Anda di halaman 1dari 3

JAMLIAH BINTI MASI

P102303
KUIZ
GC 8024: KAEDAH PENYELIDIKAN KUANTITATIF
FAKULTI PENDIDIKAN, UKM

SOALAN 1 (15 Minit)

Terangkan 3 falsafah penyelidikan kuantitatif. Bagaimana falsafah ini mempengaruhi tatacara


pengendalian satu kajian kuantitatif.

METODOLOGI
Bersifat general dan merupakan satu sistem panduan untuk memecahkan persoalan, di mana
komponen spesifiknya adalah bentuk, tugas, metod,teknik dan alat. Ini berbeza dengan metod kerana
metod berada di dalam metodologiatau dengan kata lain metod ialah teknik saja dari keseluruhan yang
dibahas dalammetodologi. Dalam konteks penelitian ia melibatkan teknik penggalian data, teknik
pengolahan data, penentuan populasi serta sampel dan sejenisnya.

ONTOLOGI
merupakan tuntutan serta andaian normal mengenai sesuatu realiti sosial yang berlaku dalam
masyarakat, bagaimana fenomena itu wujud, bagaimana ianya ditafsirkan, bagaimana ia berkembang
dan bagaimana setiap unit itu berinteraksi di antara satu sama lain. Perkara yang paling penting dalam
ontologiialah bagaimana kepercayaan kita terhadap realiti sosial tersebut (Blaikie, 2007).

EPISTIMOLOGI
Mempunyai kaitan dengan pertanyaan bagaimana proses yang memungkinkan suatu pengetahuan itu
diperolehi, apakah prosedur atau teknik yang perlu dilakukan di dalam mendapatkan pengetahuan yang
berupa ilmu, apakah yang dikatakan sebagai kebenaran dan sejauhmana ianya adalah benar. Fokus
utama epistemologi adalah untuk menjawab apa yang benar dan sudahdiketahui serta menjawab
persoalan bagaimana cara untuk mengetahuinya.Epistemologi hanya melihat kepada perkara yang
boleh dilihat secara realiti dankemudian diteliti secara saintifik melalui pengetahuan yang dimiliki.
Secara tidaklangsung epistemologi mencerminkan cara pandang penyelidik tentang apa yang
dapatdiketahui tentang dunia dan bagaimana kita dapat mengetahuinya.

SOALAN 2 ( 20 minit )

Bagi setiap objekif/persoalan kajian di bawah, Nyatakan rekabentuk kajian dan analisis data yang
bersesuaian. Beri justifikasi kepada jawapan anda.

Objektif 1: Menguji keberkesanan Modul XYZ terhadap pencapaian Kimia dan literasi digital
Eksperimental:
Kerana membandingkan pencapaian kimia dan literasi digital. Kaedah eksperimental ini dikaitkan
dengan pengagihan responden-responden adalah secara rawak ke dalam kedua-dua jenis pencapaian.
berdasarkan pemilihan iaitu responden memiliki peluang yang sama untuk memasuki mana-mana
kumpulan.

Objektif 2: Mengenalpasti sumbangan pembolehubah peramal (X,Y,Z) yang dapat menerangkan variasi
terhadap pelaksanaan amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Kajian Tinjauan:
kajian inferensi dengan menggunakan data-data kuantitatif dan dipungut melalui soal selidik Data-data
yang diperolehi daripada sampel rawak ini kemudiannya dianalisis dan dipersembahkan dengan statistik
perihalan dan ujian signifikan. Keputusan ujian-ujian statistik seterusnya akan memberi kesimpulan
terhadap ciri-ciri populasi yang dikaji.

SOALAN 3 (15 minit)

a) Dengan menggunakan perkataan anda sendiri beserta dengan contoh, terangkan perbezaan
antara pemboleh ubah “moderator” dan pemboleh ubah “mediator”.

Moderator:

Pembolehubah yang mempunyai keupayaan untuk menukar hubungan antara dua


pembolehubah lain. Sebab mengapa pembolehubah ini dipanggil moderator adalah kerana
hakikat bahawa ia memutuskan kekuatan hubungan antara dua pembolehubah. Pemboleh
ubah moderator boleh meningkatkan atau mengurangkan kekuatan hubungan antara dua
pembolehubah, tetapi ia juga boleh mengubah arah perhubungan. Seorang moderator
mempengaruhi kekuatan hubungan dan ia boleh diperkenalkan dalam hubungan untuk
mendorong perubahan yang dikehendaki.

Mediator:
Pembolehubah yang diperkenalkan dalam penyelidikan sosiologi untuk mendapatkan bantuan
dalam menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah tunda iaitu pembolehubah bebas dan
pembolehubah yang bergantung. Oleh itu, pengantara berfungsi sebagai pemboleh ubah
penjelasan yang bertujuan untuk mengenal pasti dan menjelaskan hubungan antara
pembolehubah bebas dan yang bergantung. Pengantara ini memainkan peranan yang sangat
penting kerana ia mengawal hubungan antara kedua-dua pembolehubah dan membolehkan
penyelidik mengenal pasti hubungan yang tepat dan sifatnya. Jika tujuan penyelidikan adalah
untuk mengetahui mengapa dua pembolehubah dikaitkan dengan kuat, pemboleh ubah
perantara didapati amat berguna. Pemboleh ubah pengantara adalah alat yang sangat baik
untuk menjelaskan sifat hubungan antara dua pembolehubah.

b) Terangkan bagaimana persampelan penting dalam kajian kuantitatif dan berperanan dalam
menentukan kualiti sesuatu penyelidikan kuantitatif.
Persamplean penting dalam kajian kuantitatif kerana beperanan untuk menentukan kesaah,
kebolehpercayaan dan kualiti hasil penyelidikan. Persempelan perlu kerana dapat jimat kos,
masa kebolehurusan dan ketepatan.

c) Nyatakan 2 andaian yang perlu dipenuhi untuk menggunakan analisis inferensi ujian-t and
ANOVA.
Andaian ujian-t: Data (IV) mestilah continuous bersifat interval & Taburan data adalah
normal.

Anda mungkin juga menyukai