Anda di halaman 1dari 10

KOLEJ VOKASIONAL BETONG

FOLIO KEUSAHAWANAN

PROGRAM TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN


2 DVM SEMESTER 3

NAMA PENSYARAH :
Intan Baizura Binti Samsudin

NAMA AHLI KUMPULAN ANGKA GILIRAN


Aur Syakila Binti Ali K841FKSK003
Diana Tong K841FKSK006
Freddie Ngabung Anak Maran K841FKSK008
Karluis Anak Kion K841FKSK009
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat


1 Pengenalan Etika 1
2 Artikel/ Keratan Akhbar 2-9
3 Penerangan Etika mengenai Isu dipilih 2-9
4 Cadangan/ Pendapat atau Penyelesaian 2-9
5 Rujukan 10

PENGENALAN ETIKA
Etika adalah sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu kumpulan
manusia. Hal ini menerangkan perkara yang harus dilakukan oleh seseorang
terhadap orang lain dan menunjukkan arah serta cara untuk melakukan sesuatu.
Dalam masa yang sama, melakukan kajian tentang nilai dan moral yang diamalkan
dalam sesebuah masyarakat sama ada nilai tersebut baik atau sebaliknya. Etika
amat penting bagi menentukan mana yang baik dan tidak baik tentang tingkah laku
manusia dalam mengendalikan aktiviti perniagaan. Tambahan pula, ianya
mempengaruhi dan mendorong ke arah kebaikan dan kesejahteraan serta memberi
faedah kepada manusia sejagat.

Tujuan etika dalam keusahawanan adalah untuk memupuk perasaan


muhibbah dan semangat perpaduan di kalangan peniaga, pengguna dan kerajaan.
Selain itu, memupuk perasaan bertanggungjawab moral dan social terhadap
masyarakat ketika mengendalikan perniagaan. Akhir sekali, mendorong usahawan
mengamalkan prinsip perniagaan yang jujur, berhemah tinggi dan mengikut
peraturan.

ARTIKEL / KERATAN AKHBAR / ISU SEMASA


A) Noor Neelofa Binti Mohd Noor

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/penjenamaan-semula-
neelofa-mahu-pacu-keuntungan-mencecah-rm100-juta-230875

Ulasan/Penerangan:
Berdasarkan keratan yang telah dipilih, Usahawan dan Pengacara Terkenal
tanah air, Neelofa telah menaik taraf produk yang sedia ada untuk mengaut
keuntungan yang lebih. Beliau telah mengambil maklum balas daripada
pengguna untuk meningkatkan lagi produk beliau. Penambahbaikan yang
dilakukan kepada produk yang baru itu ialah lebih kepada perkembangan
semasa pada masa kini. Beliau juga menjangkakan akan mendapat Rm 100
ribu keuntungan daripada produk yang dicipta itu.

Cadangan:
Untuk meningkatkan jualan tudung ini perlulah dengan memilih kain yang
selesa dipakai terutamanya kepada perempuan yang berhijab. Tidak
semestinya kain yang selesa, malah setiap tudung perlu ada pilihan jenis
bidang seperti bidang 45,50,55 dan 60. Hal ini demikian, perempuan yang
bertudung pada masa kini lebih gemar memakai tudung bidang 45,50,55 dan
60 sahaja kerana ianya panjang dan selesa untuk digunakan. Sebagai contoh
bijak mengambil peluang serta kreatif. Usahawan seperti Neelofa ini perlu
bijak mengambil setiap peluang yang ada dengan mempelbagaikan lagi jenis
serta rekabentuk tudung di pasaran bagi menarik minat para pelanggan.

B) Nazrul Afizam Abdul Aziz

Sumber: https://www.felda.gov.my/berita-terkini/952-affizam-anak-felda-
berjaya

Ulasan/Penerangan:
Berdasarkan keratan akhbar yang telah dipilih, Afizam merupakan pengasas
kepada Zafesha Networking & Marketing Sdn Bhd. Beliau pernah gagal
sebanyak 10 kali dalam memulakan perniagaan tetapi beliau tetap tidak
berputus asa. Beliau telah mencipta sebuah produk kosmetik iaitu Zafesha
Simply (ZS Foundation). Kini, sebanyak 10 ejen telah berganding bahu dalam
memasarkan produk ZS foundation. Beliau telah memulakan syarikat tersebut
dengan hanya bermodalkan Rm 10,000 sahaja.

Cadangan:
Untuk penambahbaikan produk kosmetik tersebut, beliau perlu kerap
mempromosikan produk beliau bukan hanya melalui laman sosial malah boleh
juga melalui siaran yang popular. Ejen-ejen yang membantu untuk
memasarkan produk tersebut juga perlu menunjukkan maklum balas yang
baik dari pelanggan yang telah mencuba produk tersebut agar mudah menarik
perhatian orang lain untuk mencuba dan membeli produk tersebut. Ciri-ciri
pada usahawan Nazrul Afizam ialah dia seseorang yang begitu gigih. Sebagai
contoh, Nazrul Afizam perlu bersikap lebih gigih dalam memasarkan produk
buatannya agar diminati serta lebih mendapat sambutan ramai.

C) Dato Seri Vida

Sumber: https://youtu.be/kFVHgyHHX_M

Ulasan/Penerangan:

Berdasarkan keratan akhbar yang dipilih, Datuk Seri Vida merupakan ahli
perniagaan yang Berjaya dengan menjual produk kecantikkan yang bertemakan “Qu
Puteh”. Beliau mengaut banyak keuntungan daripada penjualan produk tersebut.
Beliau telah menjana idea baru daripada pembuatan produk tersebut. Beliau juga
telah menceburi bidang nyanyian dengan mengeluarkan lagu nya sendiri yang
bertajuk “I am Me”.
Cadangan:

Dato Seri Vida pernah mengalami kerugian besar apabila produk yang dijual oleh
beliau kurang mendapat sambutan. Oleh itu, beliau perlu meningkatkan lagi produk
“Qu Puteh” beliau dengan kerap mempromosikan produk beliau dimana-mana media
sosial. Selain itu, beliau juga boleh mencari dropship untuk membantu beliau bagi
memperkembangkan lagi produk “Qu Puteh” supaya mendapat lebih ramai
sambutan. Untuk Dato Seri Vida pula ialah, ciri-ciri padanya ialah beliau merupakan
usahawan yang berani mengambil risiko. Sebagai contoh, Dato Seri Vida
memasarkan produknya di peringkat antarabangsa walaupun permintaannya kurang
di luar sana, tetapi Dato Seri perlu berani dalam mengambil risiko bagi melariskan
setiap produk miliknya.

D) Dato Alif Syukri

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/syarikat-dherbs-milik-aliff-syukri-
bakal-disenaraikan-di-bursa-malaysia-203293
Ulasan/Penerangan:

Berdasarkan keratan akhbar yang dipilih, pengasas dan pemilik syarikat D’Herbs
Holding Sdn. Bhd, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman merupakan ahli perniagaan
yang Berjaya di Malaysia. Beliau telah mencipta produk kesihatan dan kencatikan
iaitu D’Herbs. Dengan bertemakan “D’Herbs Terlajak Laris”, produk beliau telah
Berjaya menembusi pasaran di Malaysia dan dijangka akan dikembangkan ke
Pasaran Antarabangsa.

Cadangan:

Untuk penambahbaikan produk D'Herbs yang dijual oleh Datu Aliff Syukri, beliau
boleh memperkembangkan produk yang dijual tersebut ke pasaran luar negara.
Beliau juga perlu memperbanyakkan lagi produk untuk kesihatan dan kecantikkan
supaya dapat membantu pelanggan yang sangat memerlukan produk tersebut.
Contoh, berpandangan jauh. Usahawan seperti Dato Alif Syukri atau usahawan yang
lain perlu memiliki idea yang bernas serta berpandangan jauh agar produk yang
dijual lebih menarik serta lain dari produk yang berada di pasaran kini.

E) Tan Sri Dr. Anthony Francis Fernandes


Sumber: : https://iluminasi.com/bm/kisah-inspirasi-di-sebalik-kejayaan-tony-
fernandes-membina-empayar-airasia.html

Ulasan/Penerangan:

Berdasarkan keratan akhbar yang dipilih, Tan Sri Tony Fernandes merupakan
pengasas kepada syarikat penerbangan di Malaysia iaitu Air Asia. Terdapat banyak
keuntungan yang diraih daripada syarikat Air Asia tersebut. Beliau juga telah
membeli kelab Bola Sepak di England iaitu, Queens Park Rangers. Banyak cabaran
yang telah dialami beliau dalam membentuk Syarikat yang kukuh. Berkat usaha
beliau, kini syarikat Air Asia telah mendapat tempat di Malaysia dan rakyat boleh
menggunakan penerbangan itu untuk urusan Penerbangan Domestik dan
Antarabangsa.

Cadangan:

Untuk mengekalkan syarikat tersebut agar tetap kukuh adalah sebagai seorang
pengasas dalam syarikat perlu sentiasa tegas dalam pekerjaan tetapi dalam masa
yang sama perlulah beramah mesra dengan pekerja-pekerja lain dalam syarikat.
Secara automatik, pekerja-pekerja dalam syarikat akan bekerja dalam keadaan
senang hati dan amanah dalam kerja. Contoh ciri-ciri ialah bertanggungjawab. Setiap
usahawan perlu memiliki personaliti yang bertanggungjawab agar perniagaan dapat
dijalankan dengan lancar dan dapat menarik lebih minat pelanggan.
RUJUKAN

i. http://www.astroawani.com/berita-bisnes/penjenamaan-semula-neelofa-mahu-pacu-
keuntungan-mencecah-rm100-juta-230875

ii. https://www.felda.gov.my/berita-terkini/952-affizam-anak-felda-berjaya

iii. https://youtu.be/kFVHgyHHX_M

iv. http://www.astroawani.com/berita-bisnes/syarikat-dherbs-milik-aliff-syukri-bakal-
disenaraikan-di-bursa-malaysia-203293

v. https://iluminasi.com/bm/kisah-inspirasi-di-sebalik-kejayaan-tony-fernandes-membina-
empayar-airasia.html

Anda mungkin juga menyukai