Anda di halaman 1dari 68

Sejarah Kerajaan Patani

Pesanan Dari Mr. Ibrahim Syukri

     Jika lahirnya buku Sejarah Kerajaan Melayu Patani yang sekecil
ini menjadi satu daripada amal-amal soleh yang kekal, maka amal-
amal itu saya hadiahkan kepada arwah raja-raja Melayu, panglima-
panglima Melayu, pemimpin-pemimpin Melayu dan orang-orang 
Melayu Patani yang telah terkorban di medan perjuangan kerana
mempertahankan kemerdekaan, bangsa dan nusa. Semenjak dari
beberapa abad yang lampau hingga sekarang arwah-arwah meraka
yang berjasa itu telah selamat menemui Allah maka dipohonkan
kepada Allah kurniakan balasan yang baik atas pengorbanan
mereka yang suci murni itu. Diharap dia akan tetap menjadi simbol
kepada pemuda-pemuda Patani supaya memperingati jasa
pengorbanan mereka yang tak mudah dilupai dalam sejarah
perjuangan merebut kemerdekaan negeri Patani yang sudah
berbilang abad itu. Mungkin akhirnya menciptakan kebahagiaan dan
kemualiaan tahah air. Allah selamatkanlah negeri Patani.

Pendahuluan

    Adapun pekerjaan mengatur dan menyusun buku, Sejarah Kerajaan Melayu Patani ini ialah suatu
pekerjaan yang sangat sukar dan payah serta telah menggunakan masa yang sangat lanjut bagi
mendapatkan keterangan atau kenyataan yang sah dan betul dengan kejadian yang sebanar. Sekalipun
ada juga orang-orang tua dalam Patani yang telah menuliskan cerita-cerita dongeng yang tidak
munasabah atau percakapan yang tiada berguna dan tiada mustahak untuk dijadikan tawarikh yang
kekal. Dalam hal itu pun mereka sangat sayang hingga naskhah-naskhah tulisan tangan itu disimpan
dengan kemasnya serta tidak suka memberitahu kepada siapa-siap pun. Akan tetapi penulis telah
berusaha dengan bersusah payah mengumpul cerita-cerita itu sama ada dipinjam ataupun disewa
daripada tuan-tuannya. Maka di antaranya penulis telah dapati adalah sebuah naskhah tulisan tangan
yang lebih hampir dengan kebenaran dan boleh dibuat panduan dalam usaha menyusun buku ini.
Kepada tuan punya naskhah tersebut penulis mengucapkan ribuan terima kasih. Kemudian penulis mulai
menyelidik dan membandingkan semula dengan halusi dan dengan menyaksikan bekas-bekas atau
kesan-kesan lama yang masih ada bertaburan dalam Patani pada hari ini. Penulis telah menggunakan
usaha yang besar dan masa yang lama mencari keterangan-keterangan yang lanjut dalam buku tawarikh
yang ditulis dalam bahasa asing serta pergi mencari dalam gedung perpustakaan mereka dengan
beberapa lamanya. akhirnya ditapis itu hingga jadilah ia sebuah buku yang kecil seperti yang ada dalam
tangan tuan-tuan pembaca ini.

     Dengan hal itu pun penulis percaya juga bahawa susunan dan isi cerita dalam buku ini tiada akan
melengkapi semua kejadian dan perubahan yang berlaku dalam masa beratus-ratus tahun semenjak dari
abad pembangunan Kerajaan Melayu Patani. Istimewa penulis khuatir kalau ada juga ternyata kesalahan
riwayat atau pendapatan seperti yagn ditulis dalam buku ini. Tetepi penulis cuba juga menyusunnya
kerana didapati hari ini belum lagi ada buku-buku tawarikh atau sejarah yang ditulis dalam Bahasa
Melayu berkenaan dengan hal ehwal dan sejarah yang mengenai riwayat pembangunan Kerajaan
Melayu Patani itu. Hingga banyak pula di antara orang-orang  Melayu Patani hari ini tiada mengetahui
akan hal ehwal yang mengenai dengan kerajaan mereka pada zaman purbakala iaitu pada masa
Kerajaan Melayu Patani sedang berdaulat dan berkuasaan penuh dahulu. mudah-mudahan dengan buku
yang kecil ini dapatlah mereka mengetahui dengan sedikit sebanyak serta mengambil tahu hal ehwal
datuk nenek mereka yang telah meninggal beberapa lamanya itu. Istimewa diharap buku ini akan
menjadi pusaka yang kekal kepada anak-anak cucu mereka yang akan lahir di belakang hari serta
menggalakkan mereka itu pada menyiasat dan menyusun buku yang seumpama ini dengan lebih
lengkap lagi.

          Sekiranya tuan-tuan pembaca dapati kesalahan dalam susunan penulis ini maka besarlah harapan
penulis mendapat maaf dan teguran secara membina supaya boleh dibetulkan semula serta penulis
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih jua. Wassalam.

Maaf dan salam dari penulis

Mr. Ibrahim Syukri.


Bab 1:

Tanah Melayu Pada Zaman Purbakala

Tanah Melayu

Ialah suatu Semenanjung yang mengajur ke arah selatan dan duduknya di pihak tenggara benua Asia
dengan mempunayi kawasan yang luas iaitu di utaranya mulai dari Segenting Kra hingga kepada Tanah
Melayu serta pulau Singapura di selatannya.

Di utara semenanjung ini bersambung dengan tanah Siam yang terletak di tengah-tengah antara
dua buah kerajaan iaitu di kirinya kerajaan Burma dan di kanannya kerajaan Annam yang dipanggil Indo-
China Perancis, kerajaan- kerajaan Siam, Annam dan Burma ini adalah terletak di dalam Semenanjung 
yang besar iaitu Semenanjung  Indochina.

Yang demikian Semenanjung  Tanah Melayu ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian utara
dan selatan, adapun bahagian utaranya mulai dari Segenting Kra hingga kepada sempadan jajahan
Sentul Singgora, Yala dan Bangnara, sekarang jajahan-jajahan ini telah termasuk di bawah takluk
kerajaan Siam atau Thailand. Sebilangan banyak penduduk-penduduk dalam bahagain utara
Semenanjung  ini ialah orang Siam-Thai kecuali didalam eanm buan jajahan sahaja iaitu Sentul, Cenak,
Tiba, Patani, Yala dan Bangnara kerana pendudul-penduduk yang banyak sekali didalam jajahan –
jajahan ini ialah orang-orang Melayu.

Adapaun bahagian selatan Semenanjung  ini. Mulai dari sempadan jajahan-jajahan Siam-Thai
yang tersebut itu hingga sampai kepada hujung Tanah Melayu termasuk pulau Singapura. Dalam
bahagian inlah terdirinya beberapa buah kerajaan Melayu pada hari ini iaitu Kedah, Perlis, Kelantan,
Terengganu, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura
Sungguhpun semenanjung ini telah dinamakan Tanah Melayu tetapi bukanlah orang-orang
Melayu itu bangsal yang awal mendudukinya. Kerana orang-orang Melayu itu bangsa yang akhir sekali
datang menduduki dan mendiami di dalamnya setelah didiami oleh beberapa yang lain lebih dahulu.

Adapun bangsa yang lebih dahulu sekali mendiami di dalam Semenanjung  Tanah Melayu,
mengikut kenyataan dalam kitab-kita sejarah ialah orang-orang bangsa liar. Kemudian daripada itu
diduduki oleh orang-orang Hindu yang datang dari negeri India. Setelah itu dikuasai pula oleh orang-
orang Siam asli yang datang dari tanah Siam dan akhirnya baharulah kedatangan orang Melayu.

Dengan secara ringkasnya di bawah ini diterangkan serba sedikit sejarah yang berkenaan
dengan hal Tanah Melayu pada zaman purbakala.

Adalah pada masa beberapa ratus tahun sebelum daripada diperanakkan Nabi Allah Isa a.s
dikalaitu dalam Tanah Melayu ini belum lagi diduduki oleh bangsa-bangsa yang bertamadun seperti hari
ini. Keadaan buminya adalah penuh dengan hutan rimba atau belukar belantara yang hanya didiami oleh
segala jenis binatang buas sahaja. Maka dibawah lindungan pokok yang tebal serta diantara jenis
binatang-binatang buas itu adalah dua jenis manusia dari bangsa liar yang telah sedia membuat tempat
kediaman mereka. Mereka itu ialah orang-orang Seman (Pagan) orang Sakai. Sekalipun kedua-dua jenis
bangsa ini dipanggilkan juga manusia tetapi sebenarnya keadaan dan cara penghidupan mereka itu
sedang di dalam keliaran istimewanya sangatlah jauh bezanya dengan secara masnusia yang
bertamadun.

Setelah beratus-ratus tahun lamanya hingga sampai dikala hampir kezahiran Nabi Isa a.s
dewasa itulah orang-orang Hindu dari India mulai mendatangi Tanah Melayu. Dewasa itu juga orang-
orang Hindu telah terkenal suatu bangsa yang telah meningkat kemajuan dan mempuanyai kedudukan
yang tinggi dalam India. Kedatangan mereka itu ke Tanah Melayu adalah dengan maksud hendak
meluaskan penghidupan mereka di luar negeri istimewa dengan kekayaan, kemakmuran dan
kemasyhuran Tanah Melayu telah dapat memikat hari mereka itu mendatanginya oleh kawasan yang
lebih banyak sekali didatangi oleh orang Hindu itu ialah kawasan yang di sebelah timur Asia ini.

Adapun kedatangan orang  Hindu ke timur Asia pada masa itu ialah dengan menerusi dua jalan
iaitu darat dan laut. Dengan jalan daratan mereka itu keluar dari tanah India melalui tanah Burma
kemudian terus masuk ke tanah Siam serta Annam. Dan dengan jalan lautan itu mereka merantau dari
tanah India dengan mengendarai perahu-perahu atau kapal-kapal menyeberangi lautan India kemudian
masuk ke Tanah Melayu serta seluruh pulau-pulau yang di selatan seperti Pulau Sumatera, Jawa, Bali,
Brunei, dan lain-lain hingga terus juga masuk ke tanah Siam, Kemboja dan Annam.

Dengan kerana suatu bangsa yang telah mempunyai kebudayaan yang tinggi dalam India, maka
orang Hindu itu telah ada memiliki adat resam serta agamanya sendiri. Kebiasaanya apabila mereka itu
tinggal mendiami di mana-mana tempat juga maka segala adat resam dan agamanya itu sentiasalah
dipegang teguh dan dikerjakan oleh mereka sama jua seperti mereka sedang berada dalam tanah ari
mereka dalam India.

Dengan sebab orang-orang Hindu itu telah mempunyai kebudayaan yang tinggi tambahan pula
adat resam mereka telah teratur dengan kemas, apabila dipandang oleh penduduk-penduduk di sebelah
timur ini akan keindahan adat resam dan agama mereka itu maka sangatlah gemar serta masing-masing
pun tertarik hati pada meniru atau mengikut akan perbuatan orang-orang Hindu itu. Hingga jadilah orang-
orang Hindu itu sebagai guru yang mengajar penduduk-penduduk di sebelah timur ini akan keindahan
adat resam serta agama dengan tidak sengaja. Dengan hal yang demikian lama kelamaan seleruh
pendudu-penduduk sebelah timur ini pun habis menerima akan adat resam dan agama orang-orang
Hindu itu.

Adapun agama orang-orang Hindu itu sekalipun banyak jenisnya tetapi yang masyhurnya ialah
dua agama iaitu agama Brahman dan agama Buddha. Agama Brahman itu ialah agama yang
menyembah segala dewa-dewa atau dewi-dewi  serta hantu-hantu puaka-puaka iaitu terbahagi pula
kepada beberap mazhab mengikut nama dewa-dewa yang disembah itu. Seperti orang yang
menyembah dewa-dewa umpanya maka dipanggil mereka itu orang mazhab Siva atau mereka yang
menyembah dewa Vishnu dipanggil orang mazhab Vishnu demikianlah juga pada mazhab-mazhab yang
lain.

Segala dewa-dewa yang disembah oleh orang-orang Hindu itu sangatlah banyak dan tiadalah
gunanya kita sebutkan disini hanya agama ini ialah agama yang terua sekali dalam tanah India yang
dipercayai dan disembah oleh seluruh umatnya beberapa lama. dalam pada itu diantara masa dua ribu
tahun lebih yang lalu hingga sekarang timbullah seorang purbakala itu serta diajarnya suatu
persembahan yang baharu kepada umatnya iaitu yang dinamakan agama Buddha

Kemudian apabila maha guru Buddha itu telah mati maka agama Buddha ini telah berpecah pula
menjadi bebrapa mazhab tetapi di antaranya dua mazhab yang besar iaitu Hinayana dan Mahayana.
Adapaun Hinayana itu ertinya kenderaan yang pendek iaitu pengikut-pengikutnya adalah semata-mata
berpegang dengan ajaran maha gurunya yang asal sahaja dengan tidak diubah-ubah pun. Dikala itu
pengikut mazhab ini yang terbaik sekali ialah orang-orang India selatan dengan hal ini ada pun
dipanggilkan mazhab Daqsina Nika’i ertinya mazhab selatan tetapi dengan lama-kelamaanya pengajaran
mazhab ini telah layu dalam tanah India hingga akhirnya terus terhapus melainkan didalam pulau Ceylo
sahaja yang masih kekal lagi. Selain daripada pengikutnya ialah orang-orang Siam-Thai sekarang ini.

Adapun mazhab Mahayana ertinya kenderaan yang luas, ajaran-ajaran di dalam mazhab ini
telah banyak dipinda dan ubah mengikut fikiran dari pengikut-pengikutnya, ada pula sesetengahnya telah
persatukan dengan ajaran-ajaran Brahman yang asal hingga jadilah perbezaan yang jauh di antara
kedua-dua mazhab Hinayana dengan Mahayana ini. Dikala itu mazhab Mahayana ini telah dipegang dan
diikuti oleh orang India utara oleh itu ada pula digelarkan mazhab Utru Niki’i ertinya mazhab utara dan
pengikutnya dipanggil orang Mahanikka yakni orang bermazhab Mahayana. Pengajaran dalam mazhab
ini semakin lama semakin merebak dengan luasnya hingga masih kekal lagi dalam tanah India. Pada
masa ini mazhab inilah yang banyak sekali diikuti oleh orang yang di sebelah timur itu seperti orang di
dalam pulau Sumatera, Jawa, Bali, dan lain-lain termasuk juga Semenanjung  Tanah Melayu pada
zaman jahiliyyah. Demikian juga mazhab ini masih kuat dipegang dan di percayai hingga sekarang oleh
orang-orang didalam tanah Annam, Kemboja, Jepun dan Korea.

Adapun sebab-sebab yang menjadikan merebak dan luas agama Buddha mazhab Mahayana di
sebelah timur ini ialah apabila orang yang datang dari India mengembangkan agama mereka itu.
Kebanyakannya daripada orang-orang India Utara seperti dari negeri Kashmir dan lain-lainnya, mereka
itu lebih banyak sekali ialah daripada orang Buddha yang bermazhab Mahayana.

Oleh yang demikian itulah  orang-orang di sebelah timur ini selain dari mengikut agama Brahman
maka banyaklah pula yang megikut agama Buddha yang bermazhab Mahayana ini kecuali orang Siam-
Thai yang masih tetap mengikut mazhab Hinayana.

Adapun kedatangan orang-orang Hindu ke sebelah timur pada masa itu biasanya mereka itu
tinggal berkumpul-kumpul setelah perkumpulan mereka banyak jadilah ditempat itu negeri. Dengan hal
itu dalam Tanah Melayu dan lain-lain pun mulailah terbuka negeri yang awal sekali yang belum pernah
terbuka laig. Orang Hindu itu kedudukannya di dalam India suka dengan keadaan beraja-raja manakala
mereka itulah mulai menduduki Tanah Melayu perasaan beraja-raja itu tidaklah juga hilang. Setelah
negeri itu terbuka mulalah pula orang-orang Hindu itu melantik seorang penghulu atau rajanya yang
menjalankan pemerintahan untuk keamanan dan keselamatan bangsa mereka. Oleh itu tiap-tiap sebuah
negeri yang terbuka adalah pula dengan seorang raja pemerintahan sehingga terbukalah negeri itu
sebuah lepas sebuah mengikut dimana adanya orang-orang Hindu itu berkumpul. Waktu itulah dalam
bahagian utara Tanah Melayu mulai terbuka beberapa buah negeri-negeri seperti negeri Tambarlinggam,
Gerahi, Takula, Langkasuka (Kedah) dan lain-lain kesemuanya negeri-neger- ini dikuasai oleh orang
Hindu. Negeri Tambarlinggam itu ialah negeri Nakorn Sri Tammarat, atau Ligor yang ada di bawah
pemerintahan Siam-Thai pada hari ini.

Orang-orang Hindu itu ialah bangsa yang tidak lupa kepada adat resam dan agamanya, dimana
juga mereka tinggal sentiasalah dikerjakannya. Bila mereka telah mulai berkuasa dalam Tanah Melayu.
Mereka pun membangunkan binaan-binaan agama mereka seperti rumah-rumah candi, berhala, dan
lain-lainnya tempat pujaannya. Dengan yang demikian di mana-mana sahaja tempat yang telah pernah di
diami oleh orang Hindu itu dapatlah diketahui daripada bekas-bekas atau kesan dari binaan yang
tersebut itu.

Orang-orang Hindu itu bila mereka tinggal di mana-mana tempat sahaja sentiasalah mereka
berbaik-baik dan bercampur gaul dengan penduduk-penduduk di tempat itu, akhirnya mereka dapat
bersemenda-semendi dan berkahwin di antaranya. Oleh itu jadilah bertambah-tambah ramailah zuriat
keturunan mereka denga kerana percampuran itu yang akhirnya zuriat keturunan itulah yang menerima
pusaka dapat mengusai seluruh kawasan timur ini.

Di sin marilah kita memeriksakan sedikit hal ehwal penduduk-penduduk di salam Semenanjung 
Besar Indochina iaitu tempat terdirinya negeri Siam pada hari ini supaya senanglah kita memahamkan
bila disebut-sebut hal-hal yang berkenaan dengan Tanah Melayu yang akan disebut dibelakang.

Bahawa dalam masa sebelum kedatangan orang-orang Hindu. Ke sebelah timur ini adalah di
tengah-tengah Semenanjung Besar Indochina pada masa itu telah didiami oleh beberapa bangsa
daripada penduduk-penduduk tempatan yang telah ada denga negeri dan kerajaan masing-masing.
Manakala sampai kedatangan orang-orang Hindu ke sana maka berlakulah juga keadaannya seperti
kedatangan mereka di Tanah Melayu iaitu orang-orang Hindu telah diangkat oleh anak-anak negeri itu
menjadi gurunya. Dengan yang demikian tiadalah payah jika agama mereka terlalu senang menjadi
kembang dan biak hingga akhir seluruh penduduk di dalam negeri-neger itu telah berpaling memeluk
agama-agama yang dibawa oleh orang-orang Hindu itu. Anak-anak negeri itu sangatlah menghormati
dan memuliakan kedatangan orang-orang Hindu hingga ada di antaranya yang telah suka menyerahkan
daulat pemerintahan negeri kepada orang-orang Hindu itu menjadi sebagai juru-juru khidmat kepadanya.

Adapun di tengah Semenanjung  Besar Indochina pada masa itu telah terdiri 3 buah kerajaan
yang berasing-asing iaitu kerajaan bangsa Khmer duduknya di sebelah timur, kerajaan Lao duduknya di
tengah-tengah Semenanjung  yang menjadi tempat negeri Siam pada hari ini dan ketiga kerajaan bangsa
Mon. Sekalipun ketiga-tiga bangsa ini mempunyai pemerintahan masing-masing akan tetapi adat istiadat
agama serupa sahaja kecuali bangsa Mon dan bangsa Khmer itulah sahaja yang lebih banyak
terpengaruh oleh Hindu hingga raja-rajanya pun daripada orang-orang Hindu juga.

Adalah cara-cara pemerintahan Lao pada masa itu telah dibahagikan kepada empat buah jajahan dan
masing-masing mempunyai ibu negerinya sendiri. Maka diantara empat buah jajahan itu yang lebih
terkenal sekali ialah jajahan yang bernama Siam dan ibu negerinya terletak dibahagian utara jajahan
Bangkok, jajahan inilah yang lebih besar sekali daripada jajahan-jajahan yang lain itu.

Apabila orang-orang Thai yang duduk di selatan negeri China telah datang menakluk kawasan
atau jajahan itupun digelarkan negerinya dengan nama negeri Siam juga. Dengan sebaba inilah hingga
sampai pada hari ini pun orang Thai itu telah masyhur dan dikenali oleh dunia dengan nama Siam ini
juga.

Adapun ketiga-tiga buah kerajaan itu telah kekal kekuasaanya masing-masing hingga sampai
pada kurun Masehi yang ke-9 kemudian baharulah kedudukan mereka berubah iaitu kekuasaan kerajaan
Lao telah jatuh dan telah ditakluk oleh bangsa Khmer dan akhirnya kekuasaan bangsa Khmer ini telah
dirampas oleh orang Thai hingga dalam kurun Masehi yang habis termasuk dibawah kekuasaan orang
Thai. Dari semenjak itu terhapus semua sekali kuasa bangsa Khmer dalam tanah Siam itu seperti juga
bangsa Lao.
Sungguhnya ketiga-tiga buah kerajaan yang tersebut selalu membuat perhubungan dengan
seluruh negeri dan kerajaan  yang lain. Di antaranya  termasuk kerajaan-kerajaan yang memerintah yang
ada dalam seluruh pulau-pulau yang di selatan. Pada masa itulah juga orang daripada ke tanah Siam
telah mulai beransur-ansur turun ke selatan dan menumpu ke Tanah Melayu kerana meluaskan
penghidupan mereka.

Dan dengan kerana orang yang datang itu dari tanah Siam maka itulah sebabnya orang-orang
dalam Tanah Melayu memanggil mereka dengan orang-orang Siam. Supaya jangan bersubahat dengan
orang-orang Thai yang ada sekarang ini maka kita panggilkannya Siam asli ertinya orang Siam asli yang
menduduki dalam tanah Siam yang tersebut itu dahulu daripada kedatangan orang Siam-Thai sekarang
ini.

Adapun kedatangan orang-orang Siam asli ke Tanah Melayu ini ialah dengan cara beransur-
ansur dari suatu puak kepada suatu puak. Maka mengikut kenyataan dalam kitab-kitab sejarah bahawa
masa kedatangan mereka itu ke Tanah Melayu ialah dalam kurun Masehi yang ke-4 dan yang ke-5 lagi
dengan keadaan yang begitu lama menjadi ramailah mereka itu menduduki dalam Tanah Melayu.
Setelah orang-orang Siam asli mulai mendesak kekuasaan orang-orang Hindu dengan jalan bercampur
gaul dan bersemenda-semendi. Akhirnya menyebabkan darah-darah orang Hindu itu bercampur dengan
darah Siam asli yang membawa kekuasaan orang-orang Hindu itu lemah hingga akibat dari percampuran
ini raja Hindu pun telah berubah menjadi darah Siam asli. Akhirnya dengan beransur-ansur kekuasaan
orang Hindu dalam Tanah Melayu itu pun jatuhlah pula ke orang-orang Siam asli.

Setelah orang-orang Siam asli dapat berkuasa dalam Tanah Melay, maka sentiasa mereka
mendesak hingga bertambah-tambah maju dan jauh masuk ke Selatan Tanah Melayu seperti negeri-
neger Gelangggayu, Gangga Negara, Pahang dan lain-lain pada masa itulah yang dikatakan orang Siam
asli telah berkuasa dalam Tanah Melayu.

Maka kekuasaan orang-orang Siam asli dalam Tanah Melayu itu telah kekal beberapa ratus
tahun lamanya hingga sampai dalam kurun Masehi yang ke-8. kekuasaan mereka pun mulai lemah
kerana pada masa itu terdiri sebuah kerajaan orang-orang Melayu dalam Pulau Sematera iaitu kerajaan
Sri Wijaya. Kerajaan ini telah datang menakluk negeri orang Siam asli dalam Tanah Melayu dan akhir
sekali seluruh Tanah Melayu dapat ditakluk oleh kerajaan Sri Wijaya itu dan terhapus semua sekali
kekuasaan orang-orang Siam asli. Tambahan pula pada masa itu juga pusat pemerintahan orang-orang
yang dalam tanah Siam telah dapat dirampas kekuasaannya oleh orang-orang Thai yang datang dari
selatan negeri China, hingga di sini hilanglah kekuasaan orang-orang Siam asli dalam Tanah Melayu.

Adapun asalnya tempat kedudukan orang-orang Thai itu dalam daerah-daerah yang  di selatan
iaitu dalam jajahan Sze Chuan, Yunnan dan lain-lain. Oleh kerana orang-orang Thai dalam negeri China
itu sentiasa ditindas, dihimpit dan diserang oleh orang-orang China yang lebih kuat kuasanya maka
teraksalah orang-orang Thai melarikan diri merantau turun ke sebelah selatan melalui di tengah-tengah
Semenanjung  Besar Indochina dengan beransur-ansur dari suatu puak ke suatu puak, di mana sahaja
tempat yang mereka rasa aman dan selamat daripada himpitan orang-orang China, maka di situlah
mereka membuat negeri. Setelah beberapa tahun lamanya banyaklah negeri yang telah dibuka oleh
orang-orang Thai iaitu dalam kawasan yang di utara negeri Siam yang tersebut.

Di antaranya datanglah pula sebuah angkatan orang Thai yang melarikan diri itu membuka
negeri berhampiran dengan kawan tanah Siam yang dikuasai oleh bangsa Khmer. Kemudian mulalah
orang-orang Thai itu menyerang mendesak kekuasaan bangsa Khmer itu hingga akhirnya seluruh tanah
Siam pun dapatlah ditakluk oleh orang Thai. Kemudian bangsa Khmer itu telah terpaksa melarikan diri ke
sebelah tenggara dan dapatlah mereka mendirikan sebuah kerajaannya semula dalam negeri Kemboja
sehingga kerajaan telah kekal sampai sekarang.
Demikianlah juga seluruh tanah Siam itupun telah dapat ditakluk oleh orang Thai dan mereka
telah mendirikan sebuah kerajaan yang tetap  dan telah kekal kekuasaannya hingga telah terkenal
dengan nama kerajaan Thai sampai pada hari ini.

Sekarang marilah pula kita mengetahui akan hal ehwal keturunan orang-orang Melayu itu dan
dari mana asalnya kedatangan mereka masuk menduduki dalam Semenanjung  Tanah Melayu ini.
Adapun datuk nenek orang-orang Melayu itu asalnya bertempat dalam pulau Perca atau pulau
Sumatera. Dalam masa kedatangan orang-orang Hindu ke Tanah Melayu maka beberapa banyak pula di
antara mereka itu yang telah belayar arah ke timur dengan menumpu kepada pulau yang di selatan dan
yang timur Tanah Melayu itu, diantara pulau-pulau itu ialah pulau Sumatera, manakala orang Hindu itu
datang ke sana tinggallah mereka itu dengan bercampur gaul dengan penduduk-penduduk asli dalam
pulau itu sehingga terdirilah beberapa buah kerajaan yang didirikan oleh zuriat orang-orang Hindu itu.

Pada masa itu kedudukan orang-orang Jakun itu tidak bernegeri tetapi mereka ada berkampung
halaman ada dengan ketua-ketua mereka dan pandai pula mencari penghidupan seperti menangkap
ikan dan lain-lain. Demikian juga mereka pandai membuat dan menggunakan perahu dalam lautan
sertan berani mereka melayarkan perahu-perahu itu hingga jauh ke tengah lautan kerana mencari
penghidupannya.

Apabila orang-orang Hindu itu datang ke sana dan bercampur gaul dengan bangsa Jakun itu
hingga sampai beranak dan bercucu cicit menjadi zuriat keturunannya yang besar. Maka daripada zuriat
keturunan inilah yang menjelmakan pula sejenis bangsa manusia yang baharu yang menggelarkan
dirinya “orang Melayu” ertinya orang mulia.

Sungguhnya orang Melayu ini keadaannya adalah lebih maju dan bertamadun lebih tinggi
daripada datuk nenek mereka yang asal itu. Oleh kerana mereka telah dapat mempukasai kebudayaan
dan kemajuan dari dua belah pihak iaitu dari pihak bangsa Jakun dan dari pihak orang-orang Hindu.
Melayu ini adalah juga beragama dengan mengikut agama-agama datuk neneknya iaitu agama Buddha
mazhab Mahayana atau Mahanika dan agama Brahman.

Manakala kedudukan orang-orang Melayu ini bertambah hari bertambah ramai maka terpaksalah
mereka berpindah dan merantau ke seluruh daerah dan daripada orang-orang Melayu inilah yang telah
membuka beberapa buah negeri dalam pulau Sumatera itu. Setengah daripada mereka itu telah keluar
dari pantai-pantai pulau Sumatera dengan pelayarannya merantau ke seluruh pulau-pulau dan bumi-
bumi besar yang di sebelah tenggara benua Asia seperti gugusan pulau Melayu termasuk juga pulau
Hawai dan pulau Jepun yang di dalam bahagian lautan Pasifik dan ke pulau-pulau Andaman. Ceylon,
Naikobar, Mandagaskar dan lain-lain yang di dalam bahagian lautan India. Sehingga ada pula di antara
pelayaran orang-orang Melayu itu telah mendarat dan bernegeri di sebelah pantai-pantai tenggara benua
Asia.

Maka pelayaran mereka ada yang berulang-alik dan pula sesetengahnya telah langsung tinggal
mendiami pada tempat-tempat itu sehingga beranak dan bercucu cicit menjadi penduduk-penduduk
dalam seluruh tempat-tempat tersebut. Oleh sebab itulah segala pulau-pulau di dalam lautan Pasifik dan
lautan Hindi serta dalam beberapa tempat di pantai-pantai tanah besar benua Asia ini, telah di dapati
penduduk-penduduknya adalah keturunan orang Melayu purbakala. Demikian itulah juga beberapa buah
pulau-pulau yang ada di sebelah timur ini digelarkannya “gugusan pulau-pulau Melayu” iaitu gugusan
pulau yang diduduki oleh orang Melayu yang berketurunan daripada datuk nenek mereka purbakala.

Adapun pada beberapa tempat di pantai-pantai benua Asia ini banyaklah di antaranya yang telah
pernah dilawati dan di diamai oleh orang-orang Melayu purbakala. Istimewanya di Semenanjung  Tanah
Melayu ini yang telah digelarkan dengan nama Tanah Melayu khasnya maka diantara tempat-tempat
yang tersebut itu sesungguhpun pada masa ini telah tiada lagi diduduki oleh orang-orang Melayu akan
tetapi daripada riwayat dan sejarah serta melihat kepada kesan-kesan serta nama-nama tempat atau
kampung dan sebagainya nyatalah telah pernah diduduki oleh orang-orang Melayu pada zaman
purbakala. Setengah daripadanya ialah di dalam bahagian utara Semenanjung  Tanah Melayu iaitu
kawasan yang di bawah takluk kerajaan Siam-Thai sekarang telah didapati banyak tempat-tempat atau
kampung-kampung yang masih bergelar dengan nama Bahasa Melayu hingga sampai pada hari ini.

Didalam buku Tarawikh Siam-Thai, Singgora ada menyatakan bahawa pada suatu tempat yang
di pantai utara kuala negeri Singgora atas suatu pinggir bukit yang bernama Kho Deng atau Bukit Merah,
Pada masa purbakal telah terdiri sebuah negeri orang-orang Melayu di sana tetapi bilakah negeri itu
terdiri dan apakah nama negerinya tidaklah dapat diketahui dengan sah. Dalam hal itupun telah
dipercayai barangkali negeri inilah yang digelarkan negeri Singgora dari awalnya kerana Singgora itu
ertinya ialah bukit.

Lebih lanjutnya telah didapati di dalam buku tawarikh negeri Pathlung ada menyatakan bahawa
adalah raja yang memerintah negeri yang tersebut itu telah beragama Islam namanya Sultan Sulaiman.
Kerajaan orang-orang Melayu ini pada akhirnya telah ditewaskan  oleh musuhnya. Dan Sultan Sulaiman
itu telah mati di dalam peperangan. Oleh sebab itu sekalian rakyat negerinya telah menjadi berpecah-
belah dan berporak-peranda setengah daripada mereka itu telah melarikan diri ke utara lalu membuka
negeri baharu di dalam jajahan Pathalung atau Bedelung yang ada dibawah pemerintah kerajaan Siam-
Thai pada hari ini. Adapun mayat al-Marhum Sultan Sulaiman itu telah dikuburkan di negeri bagindanya
juga. Kawasan makam perkuburan itu masih lagi dapat dilihat pada masa ini yang hanya penuh dengan
hutan rimba sahaja. orang-orang Melayu di dalam negeri Singgora dan Nakorn Sri Thammarat
memanggil makam perkuburan itu “Hum” yakni al-Marhum hingga sekarangpun maih banyak juga
dilawati oleh pendduduk negeri itu pada tiap-tiap tahun.

Selain daripada itu ada pula sebuah negeri yang terebut di dalam buku sejarah bangsa-bangsa
dalam Indochina Perancis, iaitu namanya negeri Champa. Negeri ini ialah neeri yang dibuka oleh orang-
orang Melayu yang melawat ke sana pada zaman purbakala. Ibu negerinya bernama Inderapura, negeri
ini sangatlah masyhur kekuasaannya pada zaman itu, iaitu Masehi 1471 negeri itupun dapatlah ditewas
oleh musuhnya. Kemudian telah jatuh tertakluk kepada orang-orang Annam hingga sekarang tiadalah
lagi dapat diketahui di mana duduknya negeri Champa itu hanya yang menjadi sebutan ialah di dalam
buku-buku sejarah sahaja.

Maka daripada kenyataan-kenyataan yang tersebut di atas itu telah menunjukkan bagaimana
kuatnya semangat mereka hingga dapat berkuasa di dalam negeri orang yang nama sangatlah jauh
bezanya dengan orang-orang Melayu pada hari ini.

Adapun kedatangan orang-orang Melayu dari Sematera ke Tanah Melayu, mula-mulanya


mereka itu berkediaman di tepi-tepi pantai dan pulau-pulau yang berhampiran dengannya sahaja iaitu
mulai dari pantai-pantai selatan kemudian beransur-ansur masuk ke utara Tanah Melayu. Sungguhpun
pada masa itu orang-orang Siam asli sedang berkuasa di dalam Tanah Melayu tetapi kekuasaannya
ialah di dalam kawasan yang di tengah-tengah bumi yang jauh dari laut sahaja kerana biasanya orang-
orang Siam asli itu tidak berapa suka tinggal di tepi-tepi laut. Oleh itu didapati bahawa negeri-neger yang
dibuka oleh mereka itu. Banyak terdiri di tengah-tengah  bumi yang jauh dari laut sahaja.

Yang demikian bila orang-orang Melayu yang datang ke Tanah Melayu hanya tinggal di tepi-tepi
pantai sahaja itu tidak menjdai apa-apa pertilangkahan atau permusuhan dengan orang Siam asli itu
kerana masing-masing ada tempat kediamannya. Istimewanya pula orang-orang Melayu pada masa itu
telah memakai adat istiadat dan agama yang sejenis degan orang-orang Siam asli maka dapatkalah
mereka hidup berbaik-baik. Sebenarnya kedatangan orang-orang Melayu pada masa itu tidak adalah
tujuan selain daripada menumpang hidup bersama-sama di dalam Tanah Melayu tetapi maka semakin
hari semakin banyak kedatangan orang-orang Melayu sehingga rata seluruh Tanah Melayu diduduki oleh
mereka itu iaitu di seluruh pantai-pantai timur, barat dan selatan sampai ke utara. Berbetulan pula pada
masa itu kerajaan Sri Wijaya dalam pulau Sumatera telah meningkatkan kekuasaan maka dewasa itu
berubahlah tujuan orang-orang Melayu dari secara orang menumpang kepada cara hendak mengambil
kekuasaan di dalam Tanah Melayu. Langkah ini telah dimulai dengan seorang daripada anak Sri Wijaya
yang bernama Raja Nila Utama telah datang membuka negeri Temasek dan di situlah telah sedia didiami
oleh orang-orang Melayu lebih dahulu lagi sehingga telah menjadi sebuah kerajaan serta memerintah di
situ dengan bergelar Singapura dan di situlah negeri yang awal sekali didirikan oleh orang-orang Melayu
yang akhirnya negeri mereka itu pun habislah ditakluk oleh Raja Siam asli di dalam Tanah Melayu.

Sekarang marilah pula kita mengetahui dan mengambil kedudukan kerajaan Sri Wijaya itu
dengan secara ringkasnya. Adapun kerajaan Sri Wijaya purbakala  di dalam pulau Sumatera iaitu
kerajaan yang pertama sekali bagi orang Melayu yang berkuasa di dalam pulau itu dan telah terkenal
semenjak kurun Masehi yang pertama lagi pusat pemerintahannya ialah di dalam negeri Palembang
pada masa ini.  Orang-orang yang membuka negeri itu ialah orang-orang Melayu yang beragama Hindu
yang dipanggil juga orang-orang Melayu Hindu, kerajaannya telah diperintah oleh beberapa orang
keturunan rajanya dan dinamakan keturunan Raja Silen. Maka dipercayai juga raja yang awal membuka
dan memerintah diatas takhta kerajaan Sri Wijaya itu bernama Raja Silen. Ada juga sebagai keterangan
atas ketinggian kekuasaan pada masa itu.

Sesungguhnya kerajaan Sri Wijaya telah maju dengan luasnya hingga kepada kurun yang ke-14
baharulah terhapus kuasanya. Di dalam masa ia berkuasa itulah semua negeri yang diperintah oleh
orang Siam asli telah habis sekali ditakluknya seperti Tanah Melayu. Sumatera, Jawa, Bali dan lain-lain.
Hingga di dalam kurun yang ke-8 Sri Wijaya telah berjaya dapat menakluk negeri Melaka dan kemudian
dalam kurun Masehi yang ke-9 kekuasaan Sri Wijaya makin bertambah-tambah besar merebak sehingga
baginda dapat menakluk negeri Nakorn Sri Thammarat serta beberapa buah negeri di sebelah selatan
Siam hingga ke utara iaitu dapat menakluk negeri Nakorn Pathum atau Nika Patam yang duduk di
sebelah barat kota Bangkok pada hari ini.

Dewasa itulah Sri Wijaya telah membangunkan rumah-rumah candi yang besar di dalam negeri
Nakorn Sri Thammarat dan Nakorn Pathum maka di antara rumah-rumah  candi itu masih lagi ada
tertinggal di dalam dua buah negeri yang tersebut hingga pada hari ini. Dari semenjak itulah kekuasaan
orang-orang Siam asli dalam Tanah Melayu bertukar kepaa orang-orang Melayu dari Sumatera. Pada
masa itu, orang Melayu sentiasalah datang ke Tanah Melayu dengan bebasnya sehingga mereka telah
mendesak masuk ke seluruh Tanah Melayu dan membuka beberapa buah negeri iaitu Johor kemudian
Selangor, Terengganu, Perak, Kelantan, dan Patani. Semua negeri-neger ini tertunduk di bawah Sri
Wijaya juga.

Adapun kekuasaan kerajaan Sri Wijaya itu masih terus berdiri dan majunya hingga hampir pada
akhir kurun Masehi yang ke-14. setelah itu maka kekuasaannya mulalah beransur-ansur lemah kerana
pada masa itu negeri Palembang pusat pemerintahannya dalam Sumatera telah terjatuh ke tangan
kerajaan Majapahit iaiatu sebuah kerajaan yang baharu berkuasa di pulau Jawa iaitu dalam tahun
Masehi 1377. Dan pada tahun ini juga kerajaan Majapahit telah dapat menakluk negeri Singapura hingga
seluruh negeri-neger dalam Tanah Melayu.

Pada masa kerajaan Sri Wijaya mulai beransur-ansur hilang kekuasaan ini maka orang-orang
Thai yang telah dapat menduduki dan berkuasa di tanah Siam itu pun datanglah mereka menyerang dan
menakluk negeri Nakorn Sri Thammarat serta negeri yang di selatan Siam. Sehingga di sini kekuasaan
Sri Wijaya di dalam Tanah Melayu dan di tanah Siam pun terhapus semua sekali tiada berketinggalan
lagi, pada masa itu Tanah Melayu terasing menjadi dua bahagian iaitu bahagian utaranya telah
diperintah oleh kerajaan Thai dan bahagian selatannya telah ditakluk oleh kerajaan Majapahit.

Sungguhpun seluruh negeri Melayu telah tertakluk kepaa kerajaan Majapahit tetapi oleh kerana
pusat pemerintahannya terletak dalam Pulau Jawa yang terlalu jauh duduknya dari Tanah Melayu, maka
terbiarlah negeri-neger Melayu itu diperintah oleh rajanya masing-masing. Apabila kerajaan Majapahit itu
telah hilang kuasanya kerana ditakluk oelh sebuah kerajaan Islam yang di tanah Jawa semakinlah terbiar
hal ehwalnya dalam Tanah Melayu. Kemudian kekuasaan pemerintahan terpulanglah semula kepada
raja-raja Melayu itu memerintah negeri masing-masing dan dari semenjak itu tetaplah raja-raja Melayu
menduduki atas takhta kerajaannya dengan bebas tidak diganggu oleh siapa-siapa lagi. Itulah asas bagi
kemerdekaan negeri-neger dalam Tanah Melayu hingga sampai ke hari ini.

Tatkala lahirnya agama Islam dalam Semenanjung  Tanah Arab yang dibawa oleh junjungan
Nabi Muhammad s.a.w. maka menjalarlah ia ke tanah India dan dari tanah India itulah agama Islam telah
dibawa ke Tanah Melayu serta pulau-pulau yang di sebelah timur ini. Ahli-ahli tawarikh telah menyatakan
bahawa dalam negeri Kedah ialah awal-awal negei Melayu yang diduduki oleh orang Islam dari
semenjak kurun Masehi yang ke-9 lagi mereka itu ialah saudagar Arab, India dan Parsi yang datang
berniaga ke Tanah Melayu.

Di dalam tahun Masehi 1403 seorang daripada raja Melayu Hindu yang memerintah atas
kerajaan Melaka dengan suka harinya sendiri telah memeluk agama Islam. Baginda ini dlaam masa
beragama Hindu bergelar Raja Parameswara dan manaka beragama Islam baginda bergelar Sultan
Muhammad Syah. Kemudian daripada itu Raja Maha Wangsa yang memerintah negeri Kedah pula telah
memeluk agama Islam serta digelarkan dengan nama Sultan Mansur Syah. Semenjak itu agama Islam
telah bertambah-tambah luas dan merebak ke seluruh negeri di dalam Tanah Melayu hingga ke dalam
beberapa buah jajahan yang di bawah pemerintahan Siam. Demikian jua orang-orang Siam  sendiri pun
ada juga memeluk agama Islam itu iaitu dipanggil orang-orang Sam-sam.
Bab 2 :

Pembangunan Negeri Patani Dan Keturunan Raja-Rajanya

Dalam masa negeri Kedah telah dibuka menjadi


sebuah negeri yang masyhur  serta terbuka pula pulau
Singapura dan Melaka oleh orang-orang Melayu yang
datang dari pulau Sumatera maka dewasa itu negeri
Patani belum lagi tersebut namanya sehingga beberapa
tahun kemudian, dalam hal itupun telah dipercayai
bahawa dalam kawasan negeri Patani. Pada masa itu
juga telah diduduki oleh orang-orang Siam asli kerana
telah diketahui dengan sahnya pada zaman purbakala
seluruh Tanah Melayu memang lebih dahulu diduduki oleh
mereka itu. Sungguhpun pada masa itu telah ada orang-
orang Melayu yang datang dari pulau Sumatera
menduduki di tepi pantai laut Tanah Melayu hingga
setengah daripada mereka itu telah dapat berkuasa dan
bernegeri sebelah selatannya seperti Singapura dan
Melaka. Akan tetapi kekuasaan orang-orang Melayu itu
belum lagi meliputi hingga ke sebelah utaranya oleh
kerana itu juga terdiri kekuasaan orang-orang Siam asli di
utara Tanah Melayu dengan bebasnya seperti dalam
Pahang, Kedah, Kelantan demikian juga Patani dan lain-
lain. Sekalian pemerintahan orang Siam asli dalam negeri
ini adalah bernaung kepada pusat pemerintahan yang
terdiri di Ligor atau Nakorn Sri Thammarat.

Maka dalam masa itulah juga didalam Patani telah


terdiri sebuah kerajaan orang-orang Siam asli yang
terletak pusat pemerintahan dalam di daerah Perawan (1)
tetapi nama negerinya yang sebenar belum didapati yang
sah hanya ada tersebut dalam Cetera Negeri Patani mengatakan iaitu bergelar negeri “Kota Mahligai”
(2). Melihat daripada kesan-kesannya yang ada sekarang, nyatakan negeri ini sebuah negeri yang besar
juga dan diperintah oleh beberapa orang raja-rajanya dan akhir sekali diperintah oleh seorang raja yang
bernama (3). Di dalam masa pemerintahan Raja Sri Wangsa di Kota Mahligai itu telah pun ada orang-
orang Melayu yang datang dari negeri-neger yang baharu dibuka disebelah selatan Tanah Melayu dan
juga daripada Pulau Sumatera, mereka juga datang menduduki dan mendiami pada tepi-tepi pantai
lautan. Maka adalah negeri Kota Mahligai itu diduduknya terlalu jauh ke daratan hingga berpuluh-puluh
batu jauhnya dari muka laut kerana kebiasaannya orang-orang Siam asli itu tidak berapa suka tinggal di
tepi-tepi laut. Dengan hal yang demikian negeri Kota Mahligai sangatlah sukar hendak didatangi oleh
orang-orang dagang dan ahli-ahli perdagangan kerana duduknya terlalu jauh dari muka laut,
menyebabkan kemakmuran dan kemewahan dalam Kota Mahligai itu pun semakin hari semakinlah
kurang.  Akhirnya penduduk dalam negeri itu terpaksa keluar mencari penghidupan di luar kota negeri.
Dan mulalah negeri Kota Mahligai kekurangan penduduknya sebaliknya pula, dalam kampung-kampung
yang baharu dibuka oleh orang-orang  Melayu di tepi pantai-pantai laut itu semakin bertambah-tambah
maju dan ramai. Apabila dalam kawasan itu telah dibuka menjadi kampung makan perahu-perahu
dagangan pun selalulah singgah menjual dagangan. Demikian juga ahli-ahli perdagangan itu ada pula
yang suka tigngal berkerja dan berniaga di situ.

Dewasa itulah juga di pantai laut negeri Patani telah terdiri sebuah kampung yang asalnya
didiami oleh seorang tua Melayu mendai nelayan (penangkap ikan) bernama “Tani” orang tua ini
sangatlah baik budi bahasanya istimewa menjadi ketua kaum nelayan di situ. penduduk-penduduk dalam
kampung itu sentiasalah menghormat dan muliakan dia sehingga diberi gelarang sebagai seorang bapa
iaitu dipanggilnya “Pak Tani”. Dan kampung itu pun semakin hari semakin banyaklah orang yang datang
menumpang hingga akibatnya dinamakan mereka Kampung Pak Tani.

Kampung  ini terletak di dalam suatu kawasan yang sangat elok iaitu tanahnya datar dan tinggi
sangat jauh dari tenggelam. Bila kedatangan musim bah pantainya menjadi sebuah teluk yang luas serta
di hadapannya menganjur sebuah tanjung yang panjang sehingga dalam teluk itu boleh menjadi sebuah
pelabuhan perahu-perahu dan kapal-kapal yang sangat baik kerana terselamat dari bahaya ombak dan
tiupan angin ribut. ahli-ahli  nelayan di dalam Kampung Pak Tani itu selalulah mereka berkerja
menangkap ikan dan barang-barang laut dalam teluk ini dengan tidak payah lagi mereka keluar hingga
jauh ke tengah laut. Di dalam kawasan tanah  datar yang tinggi itulah pula penduduk Kampung Pak Tani
berbuat bendang padi serta berhampiran dengan Kampung mereka ada pula sebuah anak sungai yang
menjadi jalan kepada perahu-perahu kelaur masuk dari laut ke daratan dengan senang iaitu Sungai
Gerisik sekarang ini. Oleh itu tidak berapa lama kampung Pak Tani itu pun semakin besar penduduknya
semakin ramai sehingga jadilah ia sebuah bandar yang besar pula di tepi pantai itu dan sentiasalah ia
menjadi tumpuan ahli-ahli perniagaan  serta kedatangan mereka ke bandar itu pun tiadalah
berkeputusan.

Dalam masa Kampung Pak Tani sedang bertambah besar hingga menjadi sebuah bandar itu,
maka dalam negeri Kota Mahligai semakin pula sunyi kerana banyak penduduknya berpindah keluar.
Akhirnya Raja Sri Wangsa sendiri pun mengambil keputusan akan pindah dari Kota negeri itu. Kerana
telah bertambah kurang rakyat jelatanya setelah itu baginda pun berpindahlah dengan sekalian kaum
kerabat diraja dan rakyat jelata, mendirikan sebuah istana yang besar berhampiran dengan Kampung
Pak Tani itu iaitu dalam daerah Gerisik. Kota istana ini telah didirikan di seberang sungai yang
berhadapan dengan Kampung Pak Tani itu dan pintu kotanya menghadap arah ke sungai sampai
senang berulang-alik denga perahu. Sungai itu dinamakan Sungai Penyeri bukannya Sungai Parit yang
ada sekarang ini (Sungi Penyeri sekarang telah tertimbus)

Setelah siaplah  kota istana baginda itu lalu diperintah galikan sebuah parit di sekelilling kota itu
sebagai kubu yang akan menahankan segala serangan musuh ke dalam kota iaitu mengikut caranya
pertahanan dizaman itu. Parit itu telah digali mulai Sunga Gerisik melalui di sebelah belakang kota
baginda hingga bertemu pula dengan sungai itu dalam Kampung Parit. Semenjak itu Raja Sri Wangsa
dengan sekalian kaum kerabat diraja dan rakyat jelata pun tetap bersemayam di dalam kota istana di
Kampung Gerisik itu. Dan tertinggallah negeri Kota Mahligai dalam keadaan yang sunyi.

Pada masa itu tempat yang didirikan kota istana oleh Raja Sri Wangsa  itu belumlah ada
mempunyai nama lagi, tetapi dengan kerana duduknya berhampiran engan Kampung Pak Tani itu maka
oleh orang ramai digelar dengan nama negeri Pak Tani tetapi dengan lama kelamaan kerana hendak
menyenangkan panggilannya maka akhirnya disebutkan sahaja “negeri Patani” iaitu diringkas dari
perkataan “Pak Tani”. Begitu juga bagi pihak orang-orang  Arab yang datang berniaga di Patani selalu
menyebutnya dengan “Fathoni” mengikut kesenangan lidah mereka. Semenjak iatu negeri Patani pun
mulalah terkenal ke seluruh didunia timur dan barat hingga tetap mempunyai beberapa riwayat yang
aneh dan ganjil dari dahulu hingga sampai di hari ini.

Setelah tetaplah Raja Sri Wangsa  berkerajaan dalam negeri Patani maka negeri pun
bertambah-tambah ramai dan perniagaan  pun bertambah-tambah maju didatangi oleh ahli-ahli 
perdagangan luar negeri. Hingga beberapa tahun lamanya Raja Sri Wangsa  itu pun mangkat dan takhta
kerajaan Patani diganti oleh seorang puteranya yang bernama Raja Antira (Indera)

Pada masa itu raja pemerintah dan sekalian rakyat jelata dalam negeri Patani sedang beragama
yang dibawa oleh orang-orang  Hindu iaitu agama Buddha mazhab Mahayana. Berbetulan dewasa itu
dalam Pulau Sumatera telah terdiri sebuah negeri yang bernama Pasai seluruh rakyat telah memeluk
agama Islam tetapi disekeliling  negerinya masih orang yang beragama Hindu. Dengan hal itu negeri
Patani selalu diserang oleh orang-orang Hindu menyebabkan orang-orang Islam di dalam negeri Pasai
sentiasa hidup menderita kesusahan sehingga setengah dari mereka itu telah berpindah  ke negeri yang
lain menyelamatkan diri masing-masing, diantara mereka itu ada yang telah melarikan diri menuju ke
negeri Patani. Semenjak itu negeri Patani mulalah menerima kedatangan orang Islam dari negeri Pasai
mereka telah membuat sebuah Kampung di situ, sekalian penduduk ialah dari orang-orang Pasai belaka
kemudian kampung itu digelarkan kampung Pasai hingga sekarang gelaran Kampung Pasai masih ada
lagi dalam negeri Patani.

Di antara Kumpulan orang-orang  Islam Pasai itu adalah seorang orang tuanya yang alim dalam
hukum-hukum agama Islam bernama Syeikh Safiyy al-Din. Orang tua ini selain dari alimnya, juga ia telah
terkenal seorang dukun yang pandai mengubat bermacam-macam jenis penyakit. Demgan hal ini
penduduk-penduduk dalam negeri Patani sangatlah menghormati dan memuliakan tuan Syeikh itu.

Pada suatu masa Raja Antira (Raja Patani) itupun menghidapi sejenis penyakit pecahlah
tubuhnya atau penyakit kusta semakin lama semakin hebat penyakit itu. Banyaklah dukun-dukun atau
tabib-tabib dari orang Siam asli telah dipanggil mengubati baginda, tetapi jangankan sembuh malahan
semakin pula bertambah-tambah. Habislah sekalian dukun-dukun yang bijak dari segala bangsa telah
mencuba mengubati baginda itu tidaklah juga sembuh. Lalu disuruh oleh baginda seorang hambanya
memalu canang di seluruh ceruk negeri mencari siapa yang sanggup mengubati panyakit baginda itu
serta menawarkan bebrapa hadiah yang banyak. Berjalanlah raja itu sambil memukul canang di serata-
rata kampung dan dusun mencari dukun yang sanggup mengubati penyakit baginda tetapi tiadalah juga
dapat sehingga masuklah hamba raja itu ke dalam kampung  orang-orang  Pasai. Manakala didengar
oleh Syeikh Safiyy al-Din akan orang memalu canang itu keluarlah ia bertanya, “kenapa engkau memalu
canang itu.” Jawab hamba raja itu, “adalah raja kami sedang menghadapai penyakit kusta, habis
sekalian dukun dalam negeri ini mencuba mengubatinya tetapi tidak berjaya. Dengan sebab inilah
berjalan memalu canang mencari sesiapa yang sanggup mengubat penyakit baginda itu dan baginda
telah berjanji akan memberi sebaik-baik hadiah kepada mereka yang sanggup mengubatinya,” Maka
berkata Syeikh Safiyy al-Din, “Berilah tahu kepada raja engkau, aku sanggup mengubat penyakitnya.”

Beberapa hari kemudian kelihatanlah Syeikh Safiyy al-Din datang ke kota istana  dan masuk
mengadap baginda Raja Antira. Sambil baginda bertitah, “Betulkah Tuan Syeikh sanggup penyakit
kami?” Sembahnya, “Daulat Tuanku, ribuan ampun sangguplah patik mengubatnya tetapi dengan syarat
hendaklah tuanku membuat perjanjian dengan patik terlebih dahulu.” Titah baginda, “apakah janji yang
engkau kehendak itu?” jawab Syeikh Safiyy al-Din, “kehendak patik ialah sekiranya penyakit Duli Tuanku
itu dapat patik sembuhkan hendaklah tuanku meninggalkan agama Buddha itu dan ikutlah agama patik
iaitu agama Islam.” Kehendak Syeikh Safiyy al-Din itu telah diizinkan oleh baginda hingga beberapa hari
kemudian penyakit baginda itu dapatlah disembuhkan oleh Tuan Syeikh itu. Maka amatlah sukacitanya
baginda lalu dikurniakan beberapa banyak harta benda kepada Syeikh Safiyy al-Din tetapi janji baginda
hendak mengubah agama itu tidaklah ditunaikan.

Dalam hal itu tiada berapa lama kemudian, penyakit baginda itu berbaliklah semula, disuruh
baginda memanggil Syeikh Safiyy al-Din mengubatnya pula. Syeikh Safiyy al-Din sangguplah juga
mengubatnya tetapi dengan syarat yang tersebut mana raja pun mengakulah. Setelah diubatkan
beberapa hari kemudian penyakit itu pada kali baginda pun mungkir juga kehendak Syeikh itu tidak
diturut hingganya penyakit itu berbalik pula kali ketiga maka disuruh pula Syeikh Safiyy al-Din
mengubatnya. Pada kali ini Syeikh Safiyy al-Din berdatang semabah kepada raja itu menyatakan, “selagi
Tuanku tidak menyempurkan janji Tuanku dengan patik selama itulah penyakit tuanku tidak akan
sembuh.” Mendengar perkataan Syeikh ini bertitah bagind, “jika sembuhlah penyakit kali ini wajiblah aku
sempurnakan janji aku itu,” Lalu Syeikh Safiyy al-Din pun mengubatlah pula penyakit baginda itu
sehingga akhirnya sembuhlah dan sihat kembali tubuh baginda sebagai sedia kala.

Setelah itu baginda pun mempersilakan Syeikh Safiyy al-Din ke istananya serta disuruh ajar
kepadanya mengucap dua kalimah syahadat. Syeikh Safiyy al-Din pun sangatlah sukacita kerana
kehendaknya telah berjaya dan diajarkan baginda itu mengucapkan dua kalimah syahadat. Semenjak itu
baginda pun tetaplah memeluk agama Islam dan perpaling dari agama Buddha.

Dengan kehendak Raja Antira  itu maka Syeikh Safiyy al-Din telah dilantik menjadi guru
mengajar hukum-hukum Islam di dalam istananya dan diberi gelaran kebesaran kepadanya “Datuk Sri
Raja Fiqih. Yang demikian tinggallah Datuk Sri Raja Fiqih

Mengajar hukum-hukum Islam kepada baginda, kaum kerabat diraja dan orang-orang  besarnya
sehingga bebrapa lama habislah sekalian mereka itu memeluk agama Islam. Setelah itu mulalah pula
agama Islam menjalar keluar dari istana di raja itu beransur-ansur masuk ke tengah masyarakat rakyat
kelata negeri Patani dan akhirnya habislah orang-orang  Patani memeluk agama Islam serta agama
Hindu itupun mulalah beransur-ansur lemah dengan tidak diperduli lagi oleh orang-orang  Patani.
Seterusnya patung-patung berhala Buddha  dan tempat persembahan mereka habislah runtuh dan
binasa.

Semenjak itulah rakyat-rakyat dalam negeri Patani telah menerima agama Islam dan menjadi
agama kebangsaannya hingga sampai pada hari ini. Pada suatu hari Datuk Sri Raja Fiqih Itu telah
mengadakan suatu keramaian menabalkan Raja Antira  menjadi Sultan mengikut istiadat secara Islam
serta digelarkan nama baginda itu “Sultan Muhamad Syah”. kemudian diatur gelaran nama sekalian
orang-orang  besar raja mengikut sebagaimana gelaran yang dipakai di dalam negeri-negeri Melayu iaitu
gelaran pada pangkat menteri-menterinya dipanggil datuk danorang kaya sehingga gelaran itu telah
terlekat beberapa lamanya.

Manakala telah sempurnalah mengatur hal ehwal di dalam negeri maka Sultan Muhamad Syah
menyusun pula urusan luar negeri iaitu telah dikirim suatu rombongan utusannya kepada Sultan Melaka
guna merapatkan tali persahabatan diantara dua buah negeri ini. Istimewa neger Melaka telah terkenal
sebuah negeri Melayu yang tertua dan lebih dahulu sekali memeluk agama Islam. Pada masa itu sultan
yang memerintah neger Melaka ialah Sultan Muhamad Syah (4) manakala sampai rombongan utusan
kerajaan Melayu Patani itu ke Melaka, telah disambut oleh sultan Melaka dengan penuh kehormatannya,
sewaktu utusan itu kemabali ke Patani banyaklah pula dikirim barang-barang persembahan hadiah
kepada sultan Patani.

Tiada berapa tahun kemudian, Sultan Muhamad Syah menghatar pula suatu utusannya ke
negeri Siam (5) yang berkerajaan di Ayuthia kerana menyambung persahabatan baginda dengan Raja
Siam-Thai. Dari semenjak itulah negeri Patani pun mulailah dikenal oleh dunia luar sehingga namanya
telah dikenali oleh seluruh bangsa timur dan barat lebih daripada mara kerajaan ayahandanya lagi. ahli-
ahli perniagaan  mulalah menumpu ke negeri Patani menjual beli barang dagangan mereka. Mereka itu
ialah orang-orang  Siam-Thai, China, Jepun, Jawa, India dan Arab melainkan orang-orang  Eropah
sahaja yang belum tiba ke Patani.

Keadaan di dalam negeri Patani semakin hari semakin bertambah ramai serta perniagaan 
antarabangsa itu sentiasalah maju. Manakala di kuala atau muara sungai Patani selalulah disinggah oleh
kapal perniagaan  yang membawa barang dagangan dari luar negeri sehingga kemajuan di dalam negeri
Patani pada masa itu tiadalah kurangnya dari negeri Melaka yang lebih tua daripadanya. Kemajuan
dalam negeri Patani masih terus berjalan hingga sampai pada tahun Masehi 1516 iaitu abad kedatangan
bangsa-bangsa Eropah ke Asia Timur. Dalam tahun inilah negeri Patani

Mula merima kedatangan sebuah kapal orang-orang  Portugis dari Melaka membawa berbagai-
bagai jenis barang dagangan dengan maksud akan berniaga dalam negeri Patani. Pada masa itu negeri
Melaka telah dapat ditakluk oleh orang-orang  Portugis Manakala sampai kapal Portugis itu di Kuala
Patani naiklah kaptennya ke darat mengadap baginda sultan dan meminta kebenaran hendak berniaga
di negeri Patani. Permintaan itu telah diizinkan oleh baginda lalu naiklah orang-orang  Portugis itu ke
darat mendiri sebuah gedung perniagaannya di bandar Patani. Maka inilah tarikhnya negeri Patani mulai
menerima kedatangan bangsa Eropah yang pertama kali masuk berniaga dalam negeri Patani.

Kedatangan orang-orang  Portugis ke timur Asia ini adalah semata-mata dengan maksud mahu
berniaga, di benua Eropah mereka telah menubuhkan sebuah syarikat perdagangan yang bermaksud
hendak meluaskan perniagaan  mereka dalam kawasa timur ini. Pada awal kurun Masehi ke-15 itulah
kapal perniagaan  orang-orang  Portugis telah mula bertolak dari Eropah menuju ke tanah India. Dari sini
baharu mereka mendengar akan kemasyhuran negeri Melaka di dalam segi perniagaan. Semenjak itulah
Melaka telah menjadi sasaran kedatangan orang-orang  Portugis, tetapi manakala  mereka melihat
kedudukan Melaka itu elok dalam segi perniagaan  lebih dari yang disangkanya istimewa perniagaan 
didalamnya telah terlalu maju maka timbullah nafsu imperialis orang Portugis itu hendak menjajah negeri
Melaka. Oleh itu pada bulan April tahun Masehi 1511 tibalah sepasukan kapal perang Portugis yang
diketuai oleh Alfoso de Albuqerque, menyerang dan mendarat tenteranya di pantai Melaka, hingga
berlakulah peperangna hebat dengan orang Melayu Melaka. Pertahanan kota Melaka yang masyhur
kebal itu telah dapat juga dihancurkan dan negeri Melaka itu pun jatuh ke tangan orang-orang  Portugis.
Semenjak itu negeri Melaka telah menjadi sebuat pusat perniagaan  Portugis di Tenggara Asia ini, dari
sinilah orang-orang  Portugis ini mulai menghatar kapal perniagaannya ke negeri Patani.

Di dalam Patani perniagaan  orang-orang  Portugis itu sentiasa maju kerana dewasa itu belum
lagi ada bangsa-bangsa Eropah yang lain melainkan bangsanya sahaja yang menjalankan perniagaan 
dengan dapat berleluasa. Suatu dagangan yang ganjil sekali pada mata orang-orang  Melayu Patani
yang dibawa oleh orang-orang  Portugis pada masa itu ialah senjata api iaitu senapang dan pelurunya.
Senjata-senjata ini belum pernah diketahui oleh orang-orang  Melayu Patani manakala dibawa oleh
orang-orang  Portugis baharulah mereka tahu adan pandai menggunanya. Semenjak itu berduyun-duyun
datang kapal perniagaan  dan orang-orang  Portugis masuk berniaga di dalama Patani.

Seorang ahli perniagaan  Portugis bernama Pinto yang telah datang berniaga di Patani dalam
tahun 1538 Masehi telah menulis dalam buku perniagaan  berbunyi begini:

Pada masa saya datang ke Patani dalam tahun ini, saya telah berjumpa hampir 300 orang
Portugis yang tinggal dalam bandar Patan, selain dari bangsa Portugis itu, didapati juga bangsa-bangsa
timur iaitu Siam-Thai, China, Jepun, orang-orang  Jepun besar juga perniagaannya dalam bandar ini.

Mengikut catatan dalam buku Sejarah Patani telah menerangkan bahawa Sultan Muhamad Syah
yang menduduki takhta kerajaan Melayu Patani itu, baginda  sentiasa menjalakan pemerintahan dengan
adil saksama menyebabkan negeri Patani telah beransur-ansur meningkat kemajuan. Beberapa tahun
kemudian baginda pun mangkat denga meninggalkan dua orang putera iaitu Raja Muzaffar dan Raja
Mansur serta seorang putera Raja Aishah, Raja Aishah ini telah berkahwin dengan Raja Jalaludin yang
memerintah negeri Sai.

Dengan persetujuan kaum kerabat diraja dan orang besarnya. Maka Raja Muzaffar itu telah
ditabalkan menjadi sultan menggatikan ayahandanya al-Marhum Sultan Muhamad Syah. Dan digelarkan
Sultan Muzaffar Syah, adindanya Raja Mansur  dilantik menjadi Raja Muda serta anak cucu dari Datuk
Sri Raja Fiqih pula telah dilantik oleh baginda menjadi orang-orang  besarnya. Demikianlah keadaannya
sehingga turun temurun.

Setelah beberapa lama Sultan Muzaffar Syah menduduki takhta kerajaan Patani suatu hari
berfikirlah baginda akan melawat ke neger Siam-Thai berkenal-kenalan dan merapatkan persahabatan
dengan rajanya. Setelah siap diatur kelengkapan maka baginda menyerahkan pemerintahan negeri
sementara kepada adindanya Raja Mansur. kemudian belayarlah baginda dengan beberapa buah kapal
yang diiringi oleh orang besar dan angkatan tenteranya menuju ke negeri Siam-Thai. Beberapa hari
lamanya di dalam pelayaran, baginda pun sampailah di muara Sungai Chao Praya iaitu kuala negeri
Siam. Dengan menerusi sungai ini angkatan baginda itu mudik terus ke Kota Ayuthia (6) tetapi lawatan
baginda itu tidaklah mendapat sambutan yang baik dari Raja Siam-Thai kerana Raja Siam-Thai
memandang darjat baginda itu sangat rendah daripadanya. Tiadalah berapa hari baginda tinggal di sana,
baginda pun berangkatlah pulang ke Patani dengan membawa perasaan dendam dan tidak puas hati
melihat pekerti kesombongan orang-orang  Siam-Thai itu. Dalam hal itu pun sewaktu baginda berangkat
pulang itu telah diberi juga oleh Raja Siam-Thai itu beberapa orang hamba tawannya daripada orang
Pegu (Burma) dan orang-orang Khmer (Kemboja) sebagai hadiah atas lawatan baginda. Sekalian hamba
tawanan itu telah dibawa pulang ke Patani serta diberi baginda sebuah kampung tempat kediaman
mereka hingga hari ini anak cucu dari mereka itu masih lagi ada di dalam kampung itu. Oleh itu sebab
orang-orang  itu masih beragam Buddha maka perbuatlah di dalam kampung mereka tempat kediaman
Tok Sami yang dinamakan Kedi ertinya Rumah Sami, oleh itu orang Melayu Patani menggelarkan nama
kampung itu Kampung Kedi hingga tetap sampai sekarang.

Dalam tahun Masehi 1563 sampailah berita kepada Sultan Muzaffar Syah mengatakan negeri
Siam telah diserang oleh orang Burma. Maka teringatlah baginda akan kesombongan budi pekerti orang-
orang  Siam-Thai yang telah ditunjukkan di dalam masa lawatan baginda ke Kota Ayuthia yang demikian
bermesyuaratlah baginda dengan adindanya serta orang-orang  besar hingga telah dapat mengambil
satu keputusan akan menyerang Kota Ayuthia. Sebagai membela dan membalas dendam terhadap
orang Siam-Thai itu. Serta adindanya Raja Mansur  bersama-sama dengan sekalian menteri dan
panglima perangnya sangguplah akan menyertai baginda didalam peperangan.

Setelah itu bertitahlah baginda melengkapkan dua ratus buah kapal perang, seribu orang tentera
dan seratus orang perempuan yang bergabung menjadi sebuah angkatan perang dan akan dipimpin oleh
baginda menyerang negeri Siam. Beberapa hari kemudian beredarlah angkatan perang dari negeri
Patani itu menuju ke negeri Siam-Thai manakal pemerintahan dalam negeri telah diserahkan kepada
seorang pembesar baginda menjaganya, lalu belayarlah degan angkatan perangnya ke negeri Siam.

Setelah sampai Sultan Muzaffar Syah dengan angkatan perangnya ke negeri Siam-Thai
didapatinya Kota Ayuthia telah dikepung oleh tentera-tentera Burma. Maka dengan segera baginda
mendaratkan angkatan perangnya dan terus menyerbu ke dalam kota Raja Siam-Thai pasukan orang-
orang  Siam-Thai yang mengawal di mukka kota itu habis menjadi korban oleh tentera-tetera Melayu
Patani. Akhirnya lemah segala pertahanan orang-orang  Siam-Thai, masing-masing pun lari membawa
diri. Waktu itu rajanya ada di dalam istananya, bila terdengar tempik sorak tentera-tentera Melayu  yang
berjaya merobohkan pintu kota itu pun melarikan diri mengikut pintu belakang kota dan lari bersembunyi
di suatu tempat yang bernama “Kok Mahaphram”. Di sini orang-orang  Siam-Thai itu telah
mengumpulkan kekuatan semual akan menyerang balas angkatan perang orang-orang  Melayu Patani
itu.

Setelah puaslah mereka mengamuk dan membunuh orang-orang  Siam-Thai itu maka angkatan
perang orang-orang  Melayu itu pun mengundur keluar dari kota dan masing-masing turun ke kapal lalu
terus mengangkat sauhnya belayar pulang ke Patani. Tetapi bila angkatan mereka telah keluar sampai di
muara Sungai Chao Praya dengan kehendak tuhan yang maha kuasa baginda Sultan Muzaffar Syah pun
mangkatlah dengan terkejut. Dan terpaksalah dikebumikan di kuala negeri Siam itu juga. Kemudian
pulanglah angkatan perang orang-orang  Melayu itu ke Patani dengan beberapa dukacitanya kerana
kehilangan seorang rajanya yang dikasihi.

Adapun Sultan Muzaffar Syah pada masa baginda berangkat menyerang negeri Siam itu, maka
permaisurinya di Patani sedang mengandung. Setelah baginda mangkat dan kembalinya Raja Mansur ke
Patani, permaisurinya belum juga bersalin. Disini timbulah suatu soalan iaitu siapakah yang akan dilantik
menggantikan takhtak al-Marhum Sultan itu, pada masa itu telah ada seorang putera baginda yang tua
namanya Raja Mambang iaitu anak uang didapati dengan seorang gundik itu tidak boleh dilantik menjadi
sultan meggantikan al-Marhum itu, oleh itu bermesyuarat sekalian kerabat diraja dan orang-orang  besar.
Keputusannya masing-masing bersetuju menabal Raja Mansur itu menjadi sultan dan diberi gelaran
Sultan Mansur Syah.
Setelah sempurna istiadat menabal Raja Mansur itu, permaisuri al-marhum tadi bersalin seorang putera
dan diberi nama Raja Patik Siam. Tidak berapa lama kemudian terberitalah mengatakan bahawa Raja
Jalaludin yang memerintah negeri Sai suami Raja Aishah telah mangkat dengan tiada meninggalkan
seorang anak pun, maka Sultan Mansur Syah telah melantik seoang pembesarnya memerintah di negeri
itu dan dijemput Raja Aishah kembali bersemayam bersama-sama baginda di Patani.

Sembilan tahun lamanya Sultan Mansur Syah menduduki takhta kerajaan Melayu Patani baginda
pun mangkat dengan meninggalkan dua orang putera iaitu Raja Bahadur dan Raja Bima anak dari
seorang gundik. Sebelum dari mangkat, baginda telah berwasiat sekiranya baginda mangkat hendaklah
ditabalkan Raja Patik Siam anak saudaranya, menjadi sultan mengganti baginda sesudah baginda
mangkat maka wasiat itu telah dijalankan oleh kerabat diraja dan orang besarnya iaitu telah dilantik Raja
Patik Siam menaiki takhta kerajaan Melayu Patani dan diberi gelaran Sultan Patik Siam. Waktu itu usia
baginda baharu sahaja sembilan tahun, yang demikian segala pemerintahan negeri telah dijalankan
bersama-sama dengan seorang timbalannya iaitu Raja Aishah, bonda saudaranya.

Adapun Raja Mambang kakanda kepada Sultan itu, manakala dilihat adindanya telah menjadi
sultan, timbullah perasaan hasad dengki dan tidak puas hati kepada adindanya. Istimewa selalu pula
dihasut oleh raka-rakannya. Hingga perasaan itu tidak dapat hendak ditahan-tahan lagi. Yang demikian
pada suatu hari waktu masih pagi lagi, fajar siang hampir menyinsing, sedang Sultan Patik Siam
bersemayam di dalam istana dengan seorang dirinya, masuklah Raja Mambang ke dalam ruangan istana
itu denga sebilah keris terhunus bermaksud hendak membunuh Sultan itu dari belakangnya.

Melihat hal ini, Raja Aishah pun tahulah akan kehendak Raja Mambang itu lalu segera ia berlari
memeluk sultan menahan supaya jangan dapat ditikam oleh Raja Mambang. Tetapi pada saat itu Raja
Mambang telah hilang fikiran yang waras serta dengan mengikut kehendak hati yang panas terus juga
ditikam kedua-dua tubuh yang berpeluk itu dengan tidak merasai kasihan belas lagi. Sultan Patik Siam
bersama bonda saudaranya Raja Aishah itu pun gugurlah di tengah ruangan istana penuh bergelumang
darah dengan gementara sahaja kedua pun mangkat.

          Setelah itu gemparlah di dalam istana mengatakan sultan dan Raja Aishah telan mangkat dibunuh
oleh Raja Mambang. Maka berhimpunlah sekalian orang-orang  raja masing-masing mencair Raja
Mambang di dalam istana itu dan dapatlah mengepung Raja Mambang itu di dalam sebuah bilik lalu
terus mereka radak dengan lembing akhirnya Raja Mambang pun mati juga dengan tidak sempat hendak
melarikan diri keluar dari isatann.

          Sesudah Sultan Patik Siam mangkat maka kerabat diraja dan orang-orang  besarnya telah
bersetuju melantik Raja Bahadur  putera al-Marhum Sultan Mansur Syah menjadi sultan dan digelar
Sultan Bahadur Syah. Setelah bertahun-tahun lamanya baginda menduduki takhta kerajaan pada suatu
hari berlakulah perselisihan antara baginda dengan kekandanya Raja Bima. Perselisihan ini telah
bertambah-tambah melarat hingga membawa Raja Bima belot kepada baginda.

          Udara perselisihan itu semakin hari semakin bertambah keroh dan kesudahannya berlakulah
peristiwa (kejadian) yang menyedihkan. Manakala pada suatu hari, waktu baginda sedang bersemayam
di dalam di dalam istanany, masuklah Raja Bima ke dalam istana dengan penuh perlahan-lahan sambil
bersembunyi. Dengan segera ia menikam dari belakang baginda, hingga kerisnya terbenam di sebalah
lambungan baginda, baginda pun rebah tersungkur di situ denga tidak sempat melawan lagi, sebentar
sahaja baginda pun mangkat. Begitu juga Raja Bima sebelum ia melarikan dir, telah di kepung oleh
orang baginda serta di situ juga ia telah ditikam balas hingga mati. Kemangkatan Sultan Bahadur Syah
itu telah meninggalkan tiga orang puteri dan tiada berputera, puteri-puteri itu ialah Raja Hijau, Raja Biru,
Raja Ungu.

          Di dalam menyuarat antara kaum kerabat diraja dengan pembesar-pembesar telah mengambil
keputusan melantik Raja Hijau itu menaiki takhta kerajaan Patani dan inilah awal-awalnya seorang raja
perempuan menjalankan pemerintahan di dalam negeri Patani.
          Telah bertahun lamanya Raja Hijau menjalankan pemerintahan denga adil dan bijak sebagai
seorang perempuan. Maka namanya masyhur ke seluruh negeri hingga ke benua Eropah. Banyaklah
raja dalam negeri itu manghantar utusannya ke Patani mengadap baginda kerana mengikatkan tali
persahabatan, begitu juga Raja Hijau selalu pula menghatar rombongan utusannya kepada raja-raja
negeri itu sebagai membalas rasa persahabata, setengah dari raja-raja itu ialah raja Siam dan Jepun.
Sungguhpun telah diketahui dari keterangan Pinto saundar Portugis menyatakan sebelum dari itu pun
memang telah ada orang-orang  Jepun datang berniaga di dalam Patani tetapi rajanya belum mengambil
perhatian dan belum lagi mengadakan ikatan persahabatan yang rasmi demgan kerajaan Patan. Hanya
di dalam masa pemerintahan raja perempuan inilah baharu Raja Jepun mulai mengambil perhatian serta
dikirim utusan ke Patani meminta kebenaran rasmi akan berniaga di dalam negeri Patani.

          Di dalam sejarah bangsa Jepun ada menyatakan bahawa dalam tahun Masehi 1592 belayarlah
sebuah kapal dari negeri Jepun membawa surat rajanya serta dengan berbagai-bagai jenis barang
persembahan kepada Raja Patani dan meminta kebenaran rasmi supaya orang-orang  Jepun itu
dibenarkan menjalankan perniagaan  di dalam negeri Patani. Utusan Raja Jepun itu telah disambut
dengan baiknya oleh Raja Patani dan segala pemerintahannya telah diizinkan.

          Tujuh tahun kemudian iaitu dalam tahun Masehi 1599, Raja Patani itu menghantar rombongan
utusannya ke negeri Jepun mengadap rajanya supaya memperkemaskan tali persahabatan dan
rombongan utusannya kali yang kedua telah dihantar dalam tahun Masehi 1606.  Tiap kali sampainya
utusan Raja Patani itu selalu disambut denga baik oleh Raja Jepun. Semenjak itu perhubungan dalam
hal perniagaan  semakin maju di antara negeri Patani

Dengan Jepun.

          Dewasa itu pusat perniagaan  yang besar sekali dalam Jepun ialah negeri “Hirado” duduknya
berhampiran dengan jajahan Nagasaki sekarang ini. Dari negeri itulah kapal-kapal perniagaan  Jepun
membawa barang-barang dagangan menuju ke Patan, kapal sentiasalah belayar berulang –alik dengan
tiada keputusannya.

          Demikianlah juga perhubunga dengan negeri Siam semakin bertambah-tambah rapat sementelah
pula negei Siam duduknya berhampiran sahaja denga negeri Patani. Maka selalu kapa-kapal
perniagaan  berulang-alik dan berduyun-duyun pula orang-orang  Siam-Thai itu datang berniaga di
Patani begitu juga orang Patani selalu berniaga ke Siam. Serta Raja Patani dengan Raja Siam-Thai pun
tidak putus menghantar utusannya masing-masing diantaranya kerana merapatkan perhubungan dan
persahabatan.

          Di dalam tiap-tiap perhubungan itu Raja Siam-Thai selalu menggelarkan Raja Patani itu dengan
nama Phra Nang Cao Yang ertinya baginda raja perempuan. Gelaran ini semakin lama semakin melekat
hingga raja-raja perempuan yang menduduki takhra kerajaan Patani kemudian dari Raja Hijau itu pun
selalu digelar oleh Raja Siam seperti nama yang tersebut juga. Dengan gelaran ini semakin lama
semakin terkenal hingga membawa orang-orang  Melayu Patani sendiri turut menggela rajanya mengikut
seperti yang digelar oleh raja siam itu. Tetapi dengan kerana pelat orang-orang  Melayu itu maka dari
gelaran Phra Nang Cao Yang  telah disebut mereka perkataan “Raja Nang Cayang” sahaja. Dan gelaran
ini terlekat kepada semua raja perempuan yang memerintah negeri Patani iaitu digelarkan Raja Nang
Cayang belaka.

          Di dalam masa Raja Hijau menduduki takhta kerajaan Patani in, negeri pun bertambah-tambah
maju dan ramai penduduknya. Baginda sangatlah mengambil berat atas susah payah rakyat jelatanya,
satu daripada pekerjaan yang telah diperbuat oleh baginda ialah menggali sungai. Pada masa itu sungai
Gerisik yang mengalir di tengah-tengah penduduk rakyat jelata itu hampir-hampir tiadalah berguna keran
airnya terlampau masin sementelah pula sungai itu tiada berulu. Segala bendang padi yang ada di situ
tiadalah dapat mengeluarkan hasilnya yang baik kerana disebabkan oleh air masin itu. Yang demikian
pada suatu hari baginda itu telah mengadakan kerahannya serta mengumpulkan rakyat jelatanya
berkerja menggali sungai iaitu mulai dari Gerisik itu menuju ke hulu hingga bertemu dengan sunai besar
di Kuala Temangan (dekat Kampung Perigi sekarang ini). Setelah tertembus denga sungai besar itu air
pun turunlah mengikut sungai yang digali itu serta deras mencurah ke sungai Gerisik lalu mengalir ke laut
mengikut Kuala Ra. Dengan sampainya air dari ulu itu maka ari dalam Sungai Gerisik itu pun mulalah
tawr dan sekalinya bendang padi pun dapatlah mengeluarkan hasilnya dengan puas hati (7).

          Semenjak negeri Patani diperintah oleh Raja Hiaju itu namanya semakin terkenal dan masyhur ke
seluruh dunia timur dan barat, dalam pelabuhannya sentiasa penuh disinggah oleh kapal-kapal
perniagaan  dari beberapa bangsa. Pada masa itulah tiba orang-orang  Belanda menjalankan
perniagaan  dalam negeri Patani iaitu menjadi bangsa Eropah yang kedua kemudian daripada bangsa
Portugis.

          kedatangan orang-orang  Belanda ke timur Asia ini ialah setelah mereka mengetui akan orang-
orang  Portugis menjalankan perniagaan  di Asia dengan mendatangkan keuntungan yang sangat baik.
Dengan keran ingin melihat keuntungan orang Portugis ialah menggerakkan hati orang-orang  Belanda
mendirikan sebuah syarikat perdagangan di benua Eropah yang bermaksud akan mencuba menjalankan
perniagaan  di Asia ini. Semenjak itu mulalah orang Belanda menghantar kapal-kapal perniagaan 
menuju ke Asia dan negeri India ialah menjadi sasaran kedatangan mereka yang pertama kali, dari India
orang Belanda itu mulalah datang ke Tanah Melayu. Kedatangan orang-orang  Belanda itu telah
menimbulkan rasa tidak puas hati kepada orang-orang  Portugis yang telah lama mencari keuntungan
untuk dirinya. orang-orang  Portugis merasai kedatangan orang Belanda itu akan merosakkan dasar
perniagaan  mereka dengan bangsa-bangsa Asia, yang demikian perasaan itu semakin lama semakin
melarat. Kesudahannya membawa perkelahian di antara dua bangsa itu kerana masing-masing berebut
hendak mengusai dalam tiap-tiap segi perniagaan. orang-orang  Portugis mulalah bertindak menyekat
segala kemajuan perniagaan  orang-orang  Beland.

          Orang-orang Belanda terus juga menjalakan perniagaannya dengan tidak mengendahkan
sebarang tindakan orang-orang  Portugis itu. Sehingga dalam tahu Masehi 1641 negeri Melaka yang
telah dijajah oleh orang Portugis dan menjadi pusat perdagangan merekaitu pun telah diserang pula oleh
orang-orang  Belanda. Perjuangan antara dua bangsa Eropah itu kerana merebut negeri Melaka telah
berlaku dengan hebatnya dan dalam tahun itu juga, negeri Melaka terjatuh ke tangan orang-orang 
Belanda, menyebabkan kekuasaan orang-orang  Portugis dalam segi perniagaan  mulai mundur serta
pengaruh mereka dalam Tanah Melayu mulai terhakis. Akhirnya segala perhubungannya dengan Tanah
Melayu telah habis disapu oleh orang-orang  Belanda semenjak itu mulalah orang Belanda membuat
perhubungan dengan kerajaan Patani.

          Di dalam tahun Masehi 1602, pada suatu hari sekoyong-koyong masuklah sebuah kapa
perniagaan  Belanda ke dalam pelabuhan negeri Patani yang diketui oleh seorang kaptennya yang
bernama Daniel Van der Leck. Sesudah kapal itu berlabuh naiklah kaptennya itu ke darat serta masuk ke
dalam istana diraja mengadap Raja Patani dengan barang-barang persembahan dan meminta
kebenaran supaya dapat orang-orang  Belanda menjalankan perniagaan  di dalam negeri Patani.
Permintaan ini telah diizin oleh baginda, setelah itu naiklah semua orang-orang  Belanda ke darat
mendirikan gedung perniagaannya. Kemasukan orang-orang  Belanda ke Patani ini sangatlah
mencemaskan kepada orang-orang  Jepun dan Portugis. Perasaan benci kepada orang Belanda itu telah
tertanam di hati orang Jepun dan Portugis tetai kerana mereka tidak ada peluang menyekat orang-orang 
Belanda itu terpaksalah mereka diam sahaja dengan menyimpan rasa dendam beberapa tahun.

          Dewasa itulah negeri Patani semakin meningkat tangga kemajuan dan kemakmuran sukarlah
hendak dicari negeri-negeri Melayu yang mempunyi kedudukan yang sama dengan negeri Patani
dizaman itu. Seorang ahli perniagaan  bangsa Jerman yang bernama Mandel Slohe telah sempat
melawat negeri Patani di zaman itu, di dalam buku peringatannya ia ada menulis berbunyi begini :

 
Negeri Patani ialah sebuah negeri yang sangat makmur sekali, orang-orang  Patani boleh memakan
buah-buahan berpuluh jenisnya pada tiap-tiap bulan. Ayam disini bertelur dua kali sehari, padinya terlalu
banyak, ada bermacam-macam jenis daging seperti daging lembu, kambing, angsa, itik, ayam, kembiri,
merak, daging rusa kering, peladuk dan burung beratus-ratus jenis jenis buahan.

          Demikian bunyinya tulisan dari seorang pengembara bangsa Jerman yang dapat menunjukkan
bagaiman kemakmuran negeri Patani pada zaman itu. Di dalam  segi perniagaan  pun telah dipercayai
dewasa itu negeri Patani telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang besar di sebelah Tenggara Asia
ini sehingga negeri Ayuthia puasa pemerintahan Siam di zaman itu pun tidak akan dapat menyamai
denga kemajuan di negeri Patani dalam segi perniagaannya.

          Nafsu keinginan Raja Siam-Thai hendak menakluk negeri Patani itu semakin bernyala-nyala
hingga dalam tahun Masehi 1603, bergerak sebuah angkatan  laut Siam-Thai dari Ayuthia menuju ke
Patani dengan beribu-ribu orang tenteranya yang diketuai oleh seorang panglimanya bernama Upya-
Deca. Maksudnya akan merampas kemerdekaan orang Melayu Patani dan menakluknya. Dewasa itu
kerajaan Siam-Thai diperintah oleh rajanya yang bernama “Phra Narasuen” iaitu seorang raja yang
terkenal sejarah bangsa Siam-Thai, suka meluaskan jajahan takluk dan merampas kemerdekaan orang.

          Setelah angkatan laut Siam-Thai itu sampai di Patani, panglima siam itu mulalah mendarat
tenteranya di Kuala Patani dan menyerang ke dalam negeri. Rakyat Patani di bawah pimpinan rajanya
keluarlah melawan dan mehana serangan orang Siam-Thai itu. Dengan mendapat bantuan penuh dari
ahli-ahli  perniagaan  di dalam Patani termasuk orang-orang  Eropah telah memberi bantuan dengan
senjata-senjata api, meriam dan harta benda bersama-sama melawan kecerobohan orang-orang  Siam-
Thai otu. Dengan menggunakan meriam itu rakyat Patani telah membedil ke atas orang Siam-Thai
sehingga lemah mereka mendarat lebih jauh kerana beberapa banyak tenteranya terbunuh dan luka.
Akhirnya undurlah orang-orang  Siam-Thai turun ke kapalnya lalu belayar pulang dengan menanggung
kerugian yang hebat.

          Setelah sampai mereka ke Kota Ayuthia maka Raja Siam-Thai pun mulalah tahu akan kepentingan
bedil meriam itu dalam peperangan. Beberapa tahun kemudian ia telah menghantar utusannya ke Patani
membeli bedil meriam itu kerana pada masa itu senjata ini sangat banyak di dalam Patani dan telah
dijual menjdi suatu dagangan yang besar sehingga Raja Jepun pun sewaktu berkedendak kepada beli
meriam itu selalulah bedil-bedil itu dibeli dari Patani.

          Di dalam tawarikh kebangsaan Jepun ada tertulis, bahawa dalam tahun Masehi 1606 Raja Jepun
telah menghantar utusannya kepada Raja Siam di Kota Ayuthia meminta tolong raja itu belikan bedil
meriam hantar ke negrinya. Kemudian dihantar pula utusannya dalam tahun Masehi 1608 meminta Raja
Siam itu membeli beberapa pucuk meriam lagi akhirnya dalam tahun 1610 datanglah pula utusan dari
Raja Jepun kali yang ketiga dengan berkehendak kepada senjata-senjata itu juga. Tiap-tiap kali datang
utusan Raja Jepun itu maka dikirim oleh Raja Siam bedil-bedil meriam yang dikehendaki itu. Tetapi
semua bedil-bedil meriam yang dikirim itu adalah dibeli oleh Raja Siam-Thai dari Patani belaka.

          Sedang negeri Patani meningkati kemajuan serba aneka itu, maka dalam tahun Masehi 1605,
datanglah pula bangsa Spain ke Patani dengan maksudnya hendak menumpan berniaga juga. Kedatang
bangsa Spain itu telah disambut oleh orang-orang  Patani dengan baik, tetapi perniagaan  mereka di
Patani tiadalah berapa maju dan tidak berapa lama kemudian mereka pun berpindah ke pulau Filipina.

          Adapun orang-orang  Jepun yang berniaga di dalam Patani pada masa itu sentiasa menaruh
dendam dan tidak berpuas hati kepada orang Belanda. Bahkan selalu menjadi perkelahian di antaranya,
sehingga suatu perkelahian yang hebat sekali berlaku di dalam tahun Masehi 1606. pada kali ini orang-
orang  Jepun telah menyerang gedung perniagaan  orang-orang  Belanda dan masuk ke dalam gedung-
gedung itu membinasakan semua barang dagangan kepunyaan orang-orang  Belanda, akhirnya gedung-
gedung itu telah dibakar oleh orang-orang  Jepun. Tetapi segala perbuatan orang-orang  Jepun itu, tidak
dihiraukan oleh orang-orang  Belanda, sebaliknya dibangunkan pula gedung-gedung yang baharu serta
terus juga mereka menjalankan perniagaan  di dalam Patani. Kerugian yang ditanggung oleh orang-
orang  Belanda dengan kerana perbuatan orang-orang  Jepun itu tidaklah merosakkan sekali kepada
perniagaan  orang-orang  Belanda. Selepas daripada berlaku perkelahian itu maka masing-masing pun
terus menjalankan perniagaan  di dalam Patani dengan tenang hingga beberapa lamanya.

          Lima tahun kemudian baharulah sampai orang-orang  Inggeris menjalankan perniagaan  di dalam
Patani. Pada masa itu orang-orang  Inggeris telah mendirikan sebuah syarikat perniagaan  di London
bernama East India Company, tujuan mereka hendak meluaskan perniagaan  di dalam benua Asia ini,
kemudian baharulah dihantar kapal-kapal perniagaannya ke sebelah timur ini, mula-mulanya pelayaran
kapal-kapal itu menuju ke tanah India. Dari situlah orang Inggeris mulai mengetahui akan kemasyhuran
dan kemajuan perniagaan  di dalam Patani lalu mereka mencuba menghantar kapal-kapal
perniagaannya.

          Pada 5 Januari tahun Masehi  1611 keluarlah sebuah kapal perniagaan  dari London bernama The
Globe yang diketuai oleh seorang kaptennya bernama Anthony Hips pun memuat beberapa banyak
barang dagangan serta barang-barang persembahan dari rajanya dengan sepucuk surat yang
disampaikan kepada raja perempuan Patani. Kapal itu telah belayar berbulan-bulan lamanya menuju ke
benua Asia dengan tidak singgah menyinggah, hingga pada 23 Jan tahun Masehi  1611 sampailah kapal
itu ke Kuala Patani. Naiklah kaptannya ke darat mengadap Raja Perempuan Patani dengan membawa
barang-barang persembahan dan surat dari rajanya, serta meminta kebenaran daripada baginda supaya
membenarkan orang Inggeris berniaga di dalam Patani. Permintaannya itu telah diluluskan oleh baginda
sebagai mana yang telah dikurniakan kepada bangsa Eropah yang lain.

          kedatangan orang-orang  Inggeris itu telah disambut oleh rakyat Patani dengan segala sukacita
tetapi bagi pihat orang-orang  Belanda, Portugis dan lain-lain sangat merasai tidak puas hati dan
menambahkan benci mereka kepada orang-orang  Inggeris. Seteleh sebulan lamanya kapal The Globe
itu berlabuh di Kuala Patani maka orang Inggeris dapatkah membangun sebuah gedung perniagaan 
keran menyimpan barang-barang dagangan mereka, semenjak itu mulalah orang-orang  Inggeris
berniaga di dalam Patani.

          Di antara orang Inggeris yang datang bersama-sama dengan kapal The Globe itu adalah seorang
saudagar Inggeris yang bernama Peter William Floris, dia telah menulis berkenaan dengan perjalanan ke
Patani itu demikian bunyi:

Pada 1 bulan Jun tahun Masehi  1611 kita telah bertolah dari Bantam (dalam Pulau Jawa) lalu berlayar
ke Patani, kita sampai di Patani pada 22 Jun itu juga, kita telah bertanya khabar kepada orang yang ada
di dalam sebuah kapal dalam pelabuhan kuala negeri itu berkenaan dengan adat istiadat penduduk-
penduduk dalamnya. Pada 26 Jun kita pun naik ke darat membawa surat dan barang persembahan
kepada Raja Perempuan Patani itu, disitu kita telah disambut oleh satu pasukan kehormatan kemudian
kita telah dibawa ke dalam kota adapun surat dari raja kita itu telah disambut dan diletak diatas sebuah
anak kasa emah kemudian dimuat di atas seekor gajah menuju ke dalam kota.

              Adapun istana Raja Perempuan itu cantik juga perbuatnya. Kita telah dapat kebenaran daripada
baginda boleh berniaga di dalam Patani sebagaimana juga orang-orang  Belanda, kita kembali dari
istana raja itu dengan tidak sempat mengadap baginda sendiri. Tetapi orangnya telah membawa kita ke
rumah seorang pembesarnya yang bernama “Orang Kaya Seri Naga”. Pada keesokan harinya kita telah
dikurniakan ke kapal kita.

              Pada 3 Julai tahun itu juga adalah sebuah kapal Belanda bernama Lepri Ir bertolak dari Patani
hendak ke Jepun, kita pun mengirim sepucuk surat dengan kapal itu kepada Tuan Adams yang ada
berniaga di Jepun. Kita telah berikhtiar meminta kebenaran daripada Raja Patani itu mencari sebuah
gedung perniagaan di dalam Patani, tetapi kita terpaksa mengeluarkan belanja bukan sedikit kerana
perkara ini.

              Dalam masa kita tiggal di Patani, banyak orang dalam kapal kita mengenai penyakit. Anthony
Hips pun, kapten kapal kita pun terkena juga penyakit itu, dan pada 9 Julai dia pun mati, kita telah
melantik Tuan Brown pula. Semenjak itu kita makin bertambah mendapat kemalangan, barang-barang
dagangan kita banyak terkena curi hampir 280 kayu kayan telah dicuri.

              Orang-orang yang ada di dalam rumah kita semuanya 15 orang dan pada waktu malam, lampu
sentisa berpasang sampai siang hari, saya merasai syak bahawa pencuri-pencuri itu bukan lain laig
melainkan salah seorang daripada orang kita juga sebabnya seekor anjing besar yang ada disisi kita
sepanjang masa tidak pernah pun berbunyi salak. Saya dengan eman orang kawn telah diperintah
menunggu barang-barang dagangan di Patani hingga sampai pada 1 Ogos dan kapal The Globe telah
belayar ke Siam.

              Perniagaan kita di dalam Patani tidak berapa maju, saya berangan-angan hendak membuka
sebuah gedung perniagaan  kain di negeri Makasar di dalam Pulau Celebes oleh itu pada 15 Oktober
saya pun hantar Mr. John France membawa barang-barang ke sana dengan sebuah kapal. Pada
keesokan hari 9 Oktober kita telah terima perkhidmatan dari Tuan France dan rakan-rakannya yang pergi
ke negeri Siam itu mengatakan...(di sini hanya ditulis hal berkenaan dengan negeri Siam sahaja).

          Kita tinggal di dalam Patani sehingga lepas musim dingin dan pada 31 Disember Raja Perempuan
Patani telah berangkat bermain-main ke laut dengan diiringi oleh 600 buah perahu. Pada 25 Januari
tahun Masehi  1612 kita telah menerima perkhabaran dari Siam mengatakan, barang-barang dagangan
kita di sana telah laku dijual lebih dari separuhnya, sebahagian banyak di beli oleh Raja Siam-Thai
sendiri oleh itu pada bulan Mac kita pun menghantar sebuah kapal ke negeri Ayuthia keran membawa
barang tambahan ke sana.

          Pada 31 Julai 1612 Sultan Pahang telah sampai ke Patani, kita telah di jemput juga oleh Raja
Perempuan Patani pada 1 Ogos keran menyaksikan istiadat perkahwinan Sultan itu dengan tuan puteri
adinda bongsu kepada baginda. Kita telah diberitahu sebab berlaku perkahwinan itu menyatakan, bila
baginda ini hendak mengahwini adinda bongsunya dengan Sultan Pahang itu maka baginda telah
menghatar utusannya kepada Sultan Pahang merundingi hal itu, serta mempersila Sultan Pahang
melawat ke Patani supaya dapat menyaksikan rupa paras adinda bongsunya. Tetapi Sultan Pahang
enggan memenuhi jemputan baginda oleh itu amatlah murkanya baginda kepada Sultan Pahang keran
kehendaknya tidak berjaya. Lalu diperintah mengadakan satu angkatan tentera sebanyak 4 ribu orang
dan 80 buah perahu pergi ke Pahang kerana hendak mengugut sultan itu supaya sanggup berkahwin
denga adindanya bongsunya. Berbetulan pada masa itu negeri Pahang di dalam kesusahan. Melihat
kepada angkatan tentera dari Patani yang tersebut itu maka Sultan Pahang pun takutlah negerinya akan
binasa lalu sangguplah ia seperti kehendak Raja Perempuan Patani itu dan bila sampai perjanjian dan
tempoh maka berangkatlah Sultan Pahang ke Patani dan perkahwinan itu pun dilangsungkan.

          Pada 21 Oktober tahun Masehi  1613 kita sekalian telah mengambil keputusan akan kembali ke
England lalu masuklah kita mengadap Raja Perempuan mempersembahkan kehendak kita itu, setelah
kepada baginda maka Raja Perempuan itu mengurniakan kepada kapten F. Pington sebilah keris
kemudian kita pun beredar keluar turun ke kapal The Globe lalu belayar ke Meslipatam dalam India.

          Sekianlah bunyinya tulisan di dalam riwayat perjalanan seorang saudagar Inggeris yang telah
datang ke negeri Patani di dalam masa pemerintah baginda Raja Hijau. Segala tulisan itu dapatlah
memberi peringatan yang besar sekali merupakan bagaiman kemajuan dan kekuatan kerajaan Melayu
Patani pada akhir kurun Masehi yang 16, yang sayugia diperingati oleh orang-orang  Melayu Patani hari
ini.
          Adapun adinda bongsu Raja Hijau yang berkahwin dengan Sultan Pahan itu ialah Raja Ungu,
sesudah berkahwin kemablilah sultan itu ke Pahang membawa Raja Ungu bersama-sama.

          semenjak itu tetaplah kerajaan Patani di dalam kemajuan dan kemakmuran, seluruh rakyat
kelatanya hidup dengan aman dan damai tiada lagi dikacau oleh musuhnya. Setelah kembalinya kapal
The Globe ke England maka negeri Patani semakinlah terkenal dikalangan ahli-ahli  perniagaan 
Inggeris, kapal-kapal dan ahli-ahli  perniagaan  Inggeris yang lain pun sentiasalah datang berniaga ke
Patani.

          Bukti yang terang ada tersebut di dalam buku Sejarah Negeri Patani mengatakan bahawa pada
awal kurun Masehi yang ke-17, pelabuhan negeri Patani telah menjadi sasaran yang datang oleh kapal-
kapal perniagaan  dari beberapa bangsa dan menjadi tempat persinggahan kapal yang datang dari
negeri Surati (dalam India), Goa dan dari pantai-pantai Koromandel serta terkenal pula sebuah
pelabuhan yang teristimewa oleh kapal-kapal layar atau perahu-perahu-perahu yang datagn dari negeri
China dan Jepun.

          Sementara itu perasaan hasad dengki dan benci-membeci dalam golongan saudagar-saudagar
Eropah yang berniaga di dalam Patani semakin bertambah-tambah hebat. Istimewa perasaan orang-
orang  Belanda kepada orang-orang  Inggeris kerana ada masa itu orang-orang  Belanda telah berjaya
mengusai sebahagian besar pusat perniagaan  di dalam pulau Jawa. Oleh itu timbullah nafsu keinginan
orang-orang  Belanda hendak mengusai semua urusan perniagaan  di dalam seluruh timur Asia ini untuk
kepentingan bangsa mereka sahaja dari itu mulalah pula mereka berikhtiar dengan berhempas pula
menyekat, merosak dan membasmikan urusan perniagaan  bangsa-bangsa lain terutama sekali bangsa
Inggeris. Dengan hal ini sentiasa berlaku perkelahian di antara bangsa-bangsa itu serta berbangkit
permusuhan sama ada di darat dan di laut. kapal-kapal Belanda manakala berjumpa sahaja kapal-kapal
kepunyaan Inggeris selalu diserang dan ditembak hingga di seluruh lautan timur ini kerap kali berlaku
pertempuran antara kapal-kapal Belanda dengan kapal-kapal Inggeris. Pada tiap-tiap kali berlaku
pertempuran itu kapal-kapal Inggeris itulah yang lebih banyak sekali menanggung kerugian.

          Dengan adanya peristiwa yang seumpama ini maka susahlah orang-orang  Inggeris menjalankan
perniagaannya di sebelah timur ini, lalu bermesyuarat pegawai kompeni Inggeris mencari langkah-
langkah pada menyelamatkan urusan perniagaan  mereka dan mencegah segala gangguan orang-
orang  Belanda itu. Keputusan dari permesyuaratan itu hendaklah kapal-kapal perniagaan  yang dipunyai
oleh kompeni Inggeris itu mesti dialatkan senjata-senjata bagi melawan serangan musuh-musuhnya.
semenjak itu segala kapal-kapal perniagaan  Inggeris telah mulai berubah menjadi seakan-akan kapal-
kapal perang kerajaan.

          Di dalam tahun Masehi  1618, pertempuran keran muslihat perniagaan  itu kerap kali berlaku di
antara kapal-kapal Belanda dengan kapal-kapal Inggeris. Demikian juga kejadian yang seperti itu telah
berlaku di dalam Patani manakala dua buah kapal perniagaan  kompeni Inggeris yang bernama Simpson
dan Hound yang penuh memuat barang-barang dagangan akan belayar ke negeri Campa dalam
Indochina telah sampai ke negeri Patani pada 17 Julai tahun 1619 Masehi dan telah masuk berlabuh
sementara, waktu kapal-kapal Belanda sedang berkawal di situ. Manakala nampak sahaja kapal-kapal
Inggeris itu masuk berlabuh, maka kapal-kapal Belanda itu pun dengan segera melancarkan serangan
dan melepaskan bedilan yang hebat ke atas dua buah kapal Inggeris itu, mendengar letupan itu terkejut
sekalian penduduk-penduduk di dalam bandar Patani. Pertempuran tembak menembak telah berlaku
selama 5 jam baharu berhenti, didapati kapal-kapal kompeni Inggeris itu mendapat kerosakn yang teruk
akhirnya diangkat bendera damai dan segala harta benda dan barang-barang dagangan di dalam kapal-
kapal itu habis dirampas oleh orang-orang  Belanda serta orang-orang  Inggeris telah ditawan dan kedu
buah kapal itu telah dibakar.

          Dengan kemenangan di laut ini menjadikan orang-orang  Belanda itu semakin bertambah-tambah
berani dan perasaan benci mereka kepada orang-orang  Inggeris itu semakin meluap hingga naik
mereka ke darat dengan beramai-ramai hendak membinasakan orang-orang  Inggeris yang ada di dalam
bandar Patani. Tetapi baginda Raja Hijau tidak mengizinkan mereka berbuat demikian, sebaliknya
memberi perintah kepada orang-orang  baginda mengawal keamanan kepada orang-orang  Inggeris itu
dengan kuat. Maka tidaklah berani orang-orang  Belanda itu hendak mencabul daulat bagind, dalam hal
itu pun bila mereka berjumpa dengan orang-orang  Inggeris selalu diugut-ugut sahaja dengan pedang.

          Oleh sebab kapal-kapal kompeni Inggeris mendapat kerugian dengan keran perbuatan orang-
orang  Belanda itu, maka sekalian pegawai-pegawainya telah bersetuju hendak memberhentikan
perniagaan  mereka di dalam negeri-negeri Patani, Siam dan Jepun bagi sementara. Mulai dalam tahun
Masehi  1623 sekalian saudagar dan orang-orang  Inggeris yang ada di dalam bandar Patani itupun
habislah keluar melanjutkan perniagaan  di dalam negeri-negeri yang lain. Dari semenjak itu,
perhubungan orang-orang  Inggeris dengan negeri Patani mulai terhenti, sebaliknya kedudukan orang-
orang  Belanda di dalam Patani menjadi betambah-tambah baik dan terus mereka menjalankan
perniagaan  dengan bebas. Manakala tanah jajahannya di dalam Pulau Jawa telah tetap dijajahi oleh
mereka. Baharulah orang-orang  Belanda itu memindahkan pusat perniagaan  mereka ke sana pula.
Dalam hal itu pun perhubunga mereka dengan negeri Patani masih terus juga berkekalan beberapa lama
kemudian.

          Masa terus berjalan, hari sentiasa beredar, maka beberapa tahun kemudian baginda Raja Hijau
pemerintah kerajaan Patani pun mangkat, baginda ini ini juga yang digelarkan oleh rakyatnya Marhum
Temangan iaitu baginda mengambil sempena di atas keberangkatan baginda melihat rakyat jelatanya
menggali sungai di Kampung Temangan.

          Dengan kemangkatan baginda ini, maka kaum kerabat di raja dengan pembesar-pembesarnya
telah mengambil keputusan melantik adindanya Rja Biru menduduki takhta raja Patani. Dalam masa tiga
tahun kemudian. Maka sungai yang digali dari Kampung Temangan sampai ke Gerisik di dalam masa
kerajaan kakandanya al-Marhum Raja Hiaju itu didapati airnya mengalir terlampau kuat selalu
meruntuhkan tebing yang dikaki kota istana. Sementelah pula dengan kerana air di dalam Sungai Gerisik
itu telah menjadi tawar, menyebabkan segala bendang-bendang garam yang diperbuat di pantai kuala itu
tiada menjadi garam keran airnya kurang masim. Oleh itu baginda Raja Biru telah bertitah membuat
suatu tandak (empangan) supaya menahankan kedatangan air dari ulu mengalir ke Sungai Gerisik dan
telah ditutup pula muka Sungai Penyeri. Tandak (empangan) itu telah diperbuat dengan batu dan hingga
pada hari ini tempat yang diperbuatnya itu dinamakan Kampung Tandak Batu akhirnya sungai yang digali
ini telah mati begitu juga Sungai Penyeri.

          beberapa tahun kemudian suatu perkhabaran diterima oleh Pahang mengatakan bahawa Sultan
Pahang suami Raja Ungu sudah mangkat lalu ditulis seorang pembesarnya ke Pahang menjemput Raja
Ungu itu kembali ke Patani. Raja Ungu telah kembali ke Patani dengan membawa seorang puterinya
yang beroleh dengan Sultan Pahang puterinya itu diberi namanya, Raja Kuning iaitu kerana kulitnya
berwarna putih kuning.

          Dalam masa negeri Patani diperintah oleh Raja Biru, sentiasalah datang khabar-khabar angin yang
pasti mengatakan, Raja Siam-Thai yang di Kota Ayuthia sedang mengadakan angkatan perang yang
besar hendak menyerang negeri Patani. Mendengar khabar-khabar itu Raja Patani itu sentiasalah khuatir
dan bimbang kalau betulnya perkhabaran itu. Oleh itu baginda telah mengetahui bahawa orang-orang
Siam-Thai pada zaman di waktu itu bukan lagi seperti orang-orang  Siam-Thai pada zaman menyerang
Patani di dalam masa pemerintahan kakandanya Raja Hijau dahulu. Sebabnya kekuatan orang-orang 
Siam-Thai telah bertambah-tambah lengkap dan senjata-senjata api seta meriam sudah banyak dibelinya
sebaliknya di dalam angkatan perang Patani tidak berapa cukup menggunakan senjata-senjata itu.
Harapan akan mendapat bantuan dari orang-orang  asing sudah tipis benar kerana mereka itu banyak
yang telah berpindah keluar dan sentaja-senjata api atau meriam-meriam itu sudah tidak ada lagi dijual
dalam Patani.

          Dengan kerana melihat bahaya-bahaya yang sebegitu maka baginda Raja Biru telah mulai
berunding dengan para menteri dan pembesar-pembesarnya. Keran akam mengambil suatu persetujuan
hendak melengkapkan senjata-senjata itu buat menyelamatkan kemerdekaan negeri Patani dan
mengawal segala serangan musuh-musuhnya. baginda telah mencadangkan, hendaklah diperbuat
meriam-meriam besar seberapa banyak yang dapat kerana telah diketahui bahawa dengan meriam-
meriam yang dijual oleh orang-orang  Eropah itu tidak memadai buat menyelamatkan kemerdekaan
negeri Patani dan kedaulatan raja-rajanya.

          Kehendak-kehendak yang dicadangkan oleh baginda itu telah bersetuju sekalian para menteri dan
pembesar-pembesarnya. semenjak itu mulalah dijalankan urusan membuat meriam-meriambesar, tetapi
oleh kerana di dalam Patani pada masa itu belum ada leburan besi. Terpaksalah meriam-meriam besar
itu dibawa oleh orang-orang  Eropah ke Patani masa itu kebanyakannya diperbuat daripada temabaga
kuning juga. Tembaga kuning itu ialah sejenis leburan yang boleh didapati dengan mudah di dalam
negeri Patani pada masa itu.

          Soal hendak membuat meriam-meriam besar itu telah dapat dijalankan dengan cukup berjaya dan
tukang yang sanggup membuatnya ialah seorang bangsa Cina yang telah memeluk agama Islam
bernama “Tok Khiam” sebelum Islamnya bernama Lim Tok Kian iaitu berasal dari negeri China datang
mencari penghidupan di dalam Patani. Waktu itu dia telah menumpang di rumah seorang pembesar raja
dan dengan sukarelanya memeluk agama Islam dengan kerana baik budi pekertinya dia telah dilantik
menjadi penjaga cukai keluar masuk di Kuala Patani.

          Sementara itu datang pula adiknya perempuan ke Patani bernama Lim Kho Niew maksudnya
hendak mengajak abangnya pulang tetapi bila diketahui abangnya telah masuk Islam dan tidak mahu
pulang. Dukacitalah adiknya serta sangat kecil hati melihat abangnya telah menukar agama datuk
neneknya. Dengan hati yang patah adiknya Lim Khow Niew itu telah membunuh diri dengan
menggangtung lehernya sepohon pokok janggus (keterh). Matanya telah diambil oleh orang-orang  Cina
di dalam Patani dan ditanam secar adat agamanya.

          Setelah diketahui Lim Kho Niew seorang perempuan yang keras hati, tidak suka membelakangkan
agama datuk neneknya sehingga redha dia membunuh diri kerana perrbuatan abangnya mencabul
agama itu. Maka sekalian orang-orang  Cina itu pun sangatlah bersetuju kepadanya, supaya menjadi
ingatan yang kekal atas pengorbanan suci itu. Mereka telam mengambil pokok telah mengmbil pokok
janggus tadi dibuat dan dilukis menjadai rupa Lim Koh Niew kemudian disembah seperti sebuah patung
berhala yang mulia dan patung Lim Kho Niew itu digelar oleh orang-orang  Melayu Patani “Tok Pek Kong
Mek” serta disimpannya di dalam Patani sampai pada hari ini.

          Setelah ada seorang tukang yang sanggup membuat bedil-bedil meriam yang besar seperti yang
dikehendak oleh raja perempuannya supaya memberitahu kepada seluruh rakyat jelata di dalam negeri
Patani bahawa siap yang ada menaru tembaga kuning hendaklah dibawa persembahan kepada baginda
kerana hendak dibuat bedil meriam. Serta ditegah sekalian rakyat jelata mengirim atau menjual tembaga
kuning itu keluar negeri dalam masa 3 bulan. Barang siapa yang melanggar perintah ini akan dijatuhkan
hukuman bunuh.

          Dalam hal itu adalah seorang saudagar Minangkabau bernama Saudagar Gombak telah datang
berniaga dalam Patani dengan membawa seorang khadamnya bernama Abdul Mukmin. Saudagar ini
sangat banyak menyimpan tembaga kuning yang hendak dijualnya. Berbetulana dalam tahun itu juga
datanglah sebuah perahu dari Melaka kerana hendakmembeli tembaga kuning di dalam Patani, maka
tuan punya perahu itu pun berkiralah dengan Saudagar Gombak meminta beli tembaga kuning yang
tersebut sekalian pun dia telah tahu akan tegahan Raja Patani. Tetapi dengan kerana tamak saudagar itu
sangguplah ia hendak menjual tembaga itu dan bermuafakat hendak melarikan tembaga itu di waktu
malam.

          Setelah sampai waktu malam, Saudaga Gombak denga khadamnya Adul Mukmin pun
membawalah tembaganya itu di dalam sebuah sampan kelaur ke muara Sungai Kuala Ra ke perahu
orang Melaka yang sedang berlabuh di situ.
          Dengan tidak disangka kedua-duanya berjumpa dengan orang penjaga laut lalu ditangkap dan
dibawa kepada Datuk Syahbandar. Setelah hal ini dipersembahkan kepada raja, sangatlah murka
baginda kepada Saudagar Gombak dan khadamnya lalu disuruh bunuh serta mayatnya dibuang ke laut
di Kuala Ra kerana kesalanya menderhaka kepada perintah baginda. Sehari kemudian mayat itu telah
dibawa oleh air pasang ke darat dan tinggal di situ beberapa hari lamanya hingga menjadai cemas
kepada orang yang lalu lang kerana baunya terlalu busuk akhirnya terpaksa persembah keapda raja
meninta izin akan menanam mayat itu. Setelah diizin oleh baginda maka mayat Saudagar Gombak dan
khadamnya itu telah dibawa tanam pada suatu tempat yang terasing daripada perkuburan orang ramai
dan tidak dibenar tanam di dalam perkuburan orang ramai. Kuburnya telah dipanggil “Kubur Tok
Panjang” duduknya di dalam Kampung Datuk sekarang ini.

          Setelah beberapa lama banyaklah terkumpul tembaga kuning yang dipersembah oleh rakyat jelata
kepada baginda itu. Kemudian dimulai membuat bedil meriam di suatu tempat yang disebelah hulu kota
baginda hingga tempat bekas memasak tembaga itu masih lagi dapat dilihat pada hari ini di dalam suatu
tempat yang berhampiran dengan Kampung Gerisik. Kawasan tanah di situ telah menjadi hitam tidak
boleh ditumbuh oleh sebarang pokok pun. Perkerjaan membuat bedil meriam itu ialah suatu peristiwa
yang besar juga di dalam sejarah kerajaan Melayu Patani.

          Beberapa bulan kemudian siaplah perkerjaan itu dan dapat membuat tida pucuk meriam  yang
besar. Dua pucuk yang lebih besar sekali itu panjangnya tida depa satu hasta sejengkal dua jadi
setengah, pelurunya besar sebelas jari bulatan dan yang kecil sekali panjangnya lima hasta sejengkal
sembilan jari, pelurunya besar tiga jari bulatan. Dua pucuk yang besar telah dinamakan oleh baginda
meriam Seri Negara dan meriam Seri Patani, yang kecil itu telah dinamakan meriam Maha Lela. Ketiga-
tiga pucuk meriam itu telah diletak diatas sebuah roda pedati serta dijadikan alat senjata peperangan
yang utama sekali dalam angkatan peperangan dan pertahan negeri Patani pada masa itu.

          Beberapa tahun kemudian baginda Raja Biru pun mangkat dan dilantik adindanya Raja Ungu yang
menjadi Sultan Pahan menaiki takhta Kerajaan Patani menggantikan kakandanya itu. Tiada beberapa
tahun kemudian datanglah utusan dari seorang anak Raja Johor yang memerintah negeri Terengganu
yang bergelar yang Dipertuan Muda Johor, maksudnya hendak meminang Raja Kuning anakanda Raja
Patani itu. Pinangan anak Raja Johor itu telah diterima oleh Raja Patani dengan penuh sukacitanya.
Setelah itu datanglah Yang Dipertua oleh Raja Patani dengan penuh sukacitanya. Setelah itu datanglah
Yang Dipertuan Muda Johor itu ke Patani dengan seorang menterinya yang bernama Encik Idris serta
dengan tiga ribu rakyatnya dan berpuluh-puluh buah kapal layar kerana perkahwinan itu. Dalam hal itu
Raja Patani telah menangguh selama tiga bulan kerana menyediakan kelengkapan perkahwinan itu dan
terpaksalah yang Dipertua Muda Johor menunggu di Patani sehingga sampai tempohnya.

          Dalam masa negeri Patani sedang sibuk melengkapkan istiadat perkahwinan agung itu maka Raja
Siam-Thai di Kota Ayuthia semakin kuat nafsunya hendak menakluk negeri Patani menjadi hamba
abdinya. Oleh itu dalam tahun Masehi  1632 datanglah sebuah angkatan laut Siam-Thai dengan diketui
oleh panglimanya Upya-Deca juga dengan maksud hendak menyerang negeri Patani bagi kali yang
kedua.

          Tetapi sebelum daripada angkatan tentera Siam-Thai ini menyerang negeri Patani, maka Raja
Siam-Thai telah membuat perhubungan dengan kompeni Belanda yang berpusat di Betawi (Jakarta)
meminta bantuan di dalam serangan. Kompeni Belanda itu telah sanggup menghantar dua buah
kelengkapan serta alat senjata membantu orang-orang  Siam-Thai itu, tetapi bila sampai angkatan
tentera Siam-Thai itu di Patan, bantuan yang disanggup oleh kompeni Belanda itu tidak dihantarnya.

          Sekalipun begitu panglima Siam-Thai telah tetap juga akan melancarkan serangan lalu
mengeluarkan perintah mendaratkan tenteranya di pantai Kuala Patani. Orang-orang Melayu Patani di
bawah pimpin raja dan panglima-panglimanya telah bersaru melawan serangan tentera Siam-Thai itu
dengan dibantu oleh sekalian rakyat yang dibawa oleh Yang Dipertuan Muda Johor. Peperangan itu telah
berlaku dengan hebatnya di sepanjang-panjang pantai laut itu. Beberapa hari berperang tiada juga dapat
tentera Siam-Thai masuk ke dalam bandar Patani kerana mendapat tentangan serta pukulan yang hebat
dari orang-orang Melayu Patani. Istimewa alat senjata perang orang-orang  Melayu Patani pada masa itu
lebih lengkap yang disediakan oleh Raja Biru dahulu. Di dalam peperang inilah tiga pucuk meriam tadi
telah digunakan dengan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan hati mereka kerana dengan
beberapa kali tembak sahaja, beratus-ratus orang tentera Siam-Thai ini telah menjadi mayat. Dan
percubaan tentera Siam hendak masuk ke dalam bandar Patani telah terkecewa sahaja (sama sekali)

          Setelah beberapa hari berperang, panglima Siam-Thai Upya-Deca itu, putuslah harapannya akan
dapat mengalah pertahan orang-orang  Melayu Patani. Sementelah dilihatnya tentera Siam-Thai telah
lemah semangat kerana terlampau kuat dihentam oleh senjata perang orang-orang  Melayu Patani itu,
lalu dia mengambil keputusan menyuruh tenteranya berundur turun ke kapal. Setelah sempurna
mengundurkan tenteranya itu lalu panglima Siam itu terus memerintah kapal perangnya belayar kembali
ke Siam dengan membawa kekecewaan dan kekalahan yang sangat malu kerana tidak berjaya hendak
mengalahkan pertahanan orang-orang  Melayu Patani.

          Bila tamat peperangan itu, baginda Raja Biru terus melangsungkan istiadat perkahwinan anaknya
dengan Yang Dipertuan Muda Johor. Setelah selesai perkahwinan itu Yang Dipertuan Muda Johor pun
tetap tinggal di Patani tidak mahu lagi kembali ke Terengganu.

          Adapun Raja Siam setelah dia mengetahui panglima perang tidak berjaya menakluk negeri seperti
yang diinginkannya itu, sangatlah panaslah hatinya bahkan bertambah kuat pula kemahuannya akan
menakluk negeri Patani dengan sehabis-habisnya daya upayanya. Oleh itu di dalam tahun Masehi  1633
dihantar pula utusannya ke Betawi meminta bantuan ke kompeni Belanda dan memberitahu maksudnya
hendak menyerang negeri Patani sekali lagi. Permintaan Raja Siam-Thai itu dipersetujui oleh kompeni
Belanda dan sanggup hendak menghatar enam buah kapal perang serta askar dan alat senjatanya
membatu orang-orang  Siam-Thai itu. Setelah tetap perjanjian itu maka Raja Siam-Thai telah
memberitahu kepada panglima perangnya Upya-Deca supaya melengkapkan sebuah angkatan perang
yang besar dan ditambah pula beribu-ribu orang tentera Siam-Thai. Dengan penuh kepercayaannya
bahawa pada kali ini akan mendapat mengalahak pertahanan orang-orang  Melayu Patani itu.

          Setelah itu belayarlah angkatan perangnya ke Patani, manakala mereka sampai ke Kuala Patani
panglima Siam itu mulalah mendaratkan tenteranya ke Pantai kemudian bersatu menyerang ke dalam
bandar Patani. Dengan tidak bertangguh lagi orang-orang  Melayu Patani dengan rakyat Yang Dipertuan
Muda Johor telah bersatu berkerja sama menahan serangan orang-orang  Siam itu. Segala pasukan
meriam pun berkerjalah membedil orang-orang  Siam-Thai itu sambil menyerang dengan tidak berpatah
mundur. Serangan orang-orang  Siam-Thai itu semakin lama semakin kuat dan mencuba dengan
sehabis-habis kekuatannya hendak menghancurkan pertahanan orang-orang  Melayu Patani.

          Dalam masa peperangan itu sedang berjalan, panglima Siam-Thai masih juga menunggu-nunggu
kedatang bantuan yang dijanjikan oleh kompeni Belanda di bawah Betawi tetapi semakin ditunggu-
tunggunya tidak juga sampai bantuan itu. Dalam hal itu pun tidak juga berpatah hati panglima siam itu
melainkan terus juga berperang dengan menumpahkan segala tenaga dan kepandaiannya hendak
mengalahkan pertahanan orang-orang  Melayu Patani. Peperangan itu telah berlanjutan beberapa bulan
lamanya hingga menyebabkan bekalan makanan yang dibawa oleh orang-orang  Siam-Thai itu pun
kurang dan tiada berdaya panglima Siam itu hendak mencari makanan untuk orang-orangnya yang
sedang berperang itu. Serta timbul pula bermacam-macam penyakit di dalam kapal-kapal perangnya,
dengan hal ini mulalah timbul kelemahan di dalam angkatan perangnya hingga tiada berdaya lagi orang-
orang  Siam-Thai itu hendak melanjutkan peperangan. Akhirnya panglima Siam-Thai itu terpaksalah ia
mengundurkan tenteranya ke kapal lalu belayar ke Singgora dari situ terus kembali ke Ayuthia membawa
kekalahan juga. Dalam masa angkatan perang Siam-Thai itu sedang di dalam pelayarannya kembali,
baharulah sampai kapal perang Belanda dari Betawi yang telah sanggup akan membantu mereka
menyerang negeri Patani itu mengikut seperti perjalanan antara Raja Siam-Thai dengan bertemu dengan
angkatan perang Siam itu. Setelah diketahuinya kapal-kapal perang Siam-Thai itu sudah kembali,
mereka pun belayarlah pulang ke Betawi.
          Setelah dua tahun kemudian dari tamat peperangan dengan Siam itu maka dalam tahun Masehi 
1635 baginda Raja Ungu pun mangkat. Dalam permesyuaratan di balai agung di antara kerabat diraja
dengan pembesar-pembesarnya telah bersetuju melantik Raja Kuning anak baginda itu menaiki takhta
kerajaan Patani serta ditimbal oleh Yang Dipertuan Muda Johor suaminya.

          Di dalam sejarah hidup Raja Kuning ini ada menyatakan, bahawa baginda ialah seorang
pemerintah yang sangat gemar kepada perkerjaan bercucuk tanam dan berniaga. Dalam masa baginda
menjadi pemerintah itu tiada pernah baginda menggunakan wang hasil-hasil kerajaan buat perbelanjaan
hari-hari walaupun baginda berhak menggunakan wang itu. Melainkan wang perbelanjaan hari-hari
adalah hasil dari jualan bunga-bunga dan tanaman yang ada di dalam taman baginda sahaja.

          Di dalam masa pemerintahan Raja Kuning inilah juga, seorang Raja Patani yang mula-mula sekali
menjalankan perniagaan  sendiri di luar negeri, baginda telah mengadakan sebuah kapal perniagaan 
serta dilantik seorang kapten yang dipercayainya membawa segala barang dagangan dari Patani ke
seluruh negeri dan kapten itu telah dinamakan Saudagar Raja.

          Sekalipun telah tiga kali orang-orang  Siam menyerang negeri Patani, dan tiap-tiap kali
serangannya itu tidak berjaya serta menanggung pula kerugian dan kebinasaan yang banyak akan tetapi
nafsu keinginan Raja Siam hendak mankluk negeri Patani serta maksud hendak memperhambakan
orang-orang  Melayu itu tidak berkehilangan selama-lamanya. Dalam hal demikian sampailah berita
kepadanya mengatakan Raja Ungu sudah mangkat dan pemerintahan negeri Patani telah diserahkan
kepada anakandanya Raja Kuning. Mendengar berita ini, maka Raja Siam-Thai pun menghatar
panglimanya Upya-Deca ke Patani dengan sepasukan tenteranya. Kedatangannya pada kali ini tidaklah
bermaksudnya hendak menyerang negeri Patani, tetapi kedatangannya sebagai utusan Raja Siam
kerana meminta dengan baik supaya Raja Patani itu menyerah tunduk ke bawah daulat Raja Siam-Thai.
Permintaan Raja Siam itu tidak dihiraukan oleh Raja Kuning bahkan semakin mendidih darah perwiranya
kerana permintaan yang seumpama itu seolah-olah menghinakan daulat baginda. Setelah Raja Siam
mengetahui permintaannya itu tidak diturut oleh Raja Kuning. Bertambah panas hatinya serta bertambah
kuat nafsunya akan menakluk negeri Patani dan memperhambakan orang-orang  Melayu hingga sampai
pada tahun Masehi  1638 negeri Siam-Thai itu pun bertukar rajanya diperintah oleh seorang Raja Siam
yang baharu. Dalam hal itu pun kemahuan kerajaan Siam hendak menakluk negeri Patani tidak juga
hilang.

          Setelah kekuasaan negeri Siam-Thai di serah kepada raja yang baharu ini, terus diberi perintah
kepada perusuhjaya Siam-Thai yang memerintah negeri Ligor membawa rakyatnya menyerang negeri
Patani. Pesuruhjaya ini asalnya ialah seorang bangsa Jepun bernama Yamada, ia telah datang ke negeri
Siam sebagai seorang pengawal tentera yang berkhidmat kepada Raja Siam-Thai dan mengetuai
sepasukan tentera budiman Jepun di Kota Ayuthia, tetapi dengan keranan kebaikan dan jasanya kepada
Raja Siam-Thai terus dilantik ia menjadi pesuruhjaya Siam di Ligor dan diberi gelaran kepadanya Upya
Sina Phimuk.

          Apabila ia telah menerima perintah dari Raja Siam-Thai itu datanglah ia dengan sepasukan tentera
Jepun dan Siam Ligor menyerang negeri Patani, tetapi orang-orang  Melayu Patani pada masa itu sudah
biasa dengan peperangan dan sangat menghargakan daulat raja serta tahu kelebihan hidup yang
merdeka. Maka serangan tentera Jepun dan Siam Ligor pada kali ini tidak juga berjaya hendak
menghacurkan pertahanan orang-orang  Melayu Patani itu. Akhirnya terpaksalah mereka itu kembali ke
negeri Ligor dengan membawa kekalahan juga.

          Setelah empat kali berturut-turut menerima kekalahan itu, maka Raja Siam mulah mengerti akan
kelemahannya serta tahu betapa pahitnya tujuan hendak menakluk negeri Patani itu. Sekalipun negeri
Patani itu hanya sebuah negeri yang kecil sahaja pada mata Raja Siam-Thai, tetapi dengan kekalahan
yang berturut-turut itu nyatalah sangat payah hendak menakluknya. Tambahan pula orang-orang  Melayu
Patani pada masa itu masih panas darah perwiranya dan sangat setia kepada rajanya. Dengan
persetiaan itulah mereka sanggup berkorban dengan berhabisan kerana mempertahankan daulat
baginda, dan kemerdekaan negeri mereka.

          Pada masa itu negeri Patani telah mempunyai jajahan takluk yang sangat luas serta dengan
penduduk-penduduknya yang terlalu ramai. Seorang bangsa Inggeris yang bernama Hamilton telah
sempat melihat negeri Patani pada masa itu dia berkata demikian bunyinya :

Negeri Patani ini pada masa itu ia ada mempunyai 43 jajahan takluk termasuk juga negeri Terengganu
dan Kelantan, tetapi manakala seorang daripada anak Raja Johor datang berkahwin menjadi suami
kepada puteri Raja Patani, negeri Terengganu pun termasuk menjadi jajahan takluk negeri Johor, sultan
Johor telah menghantar seorang menterinya yang dipercayai memerintah di situ dan negeri Patani pun
tertinggal mempunyai 42 jajahan sahaja.

Dan katanya lagi :

Negeri Patani ada mempunyai dua kuala iaitu Kuala Patani(9) dan Kuala Bekah(10), bandar Patani ini
dipanggil Kota Kedil, tidak berapa lama anak Raja Johor (suami Raja Kuning) itu pun jatuh asyik kepada
seorang puteri yang sangat cantik rupanya iaitu seorang daripada anak-anak raja di dalam Patani juga
(11) Raja Kuning marahlah lalu dipaksa suaminya membuat sebuah caping emas besarnya satu hasta
beratnya lima kati, sangatlah ajaib tukang yang membuatnya, manakala baginda memakai caping itu
nampaklah seperti orang-orang  sedang hamil lakunya. Yang memberi geli hati kepada orang-orang 
besar yang melihatnya. Tetapi tiadalah berani mereka ketawa kerana takut dimurkai oleh baginda dan
suaminya.

Lebih lanjut Tuan Hamilton itu berkata :

Rakyat jelata di dalam negeri Patani pada masa itu dikira yang laki-laki (tidak termasuk perempuan) yang
berumur dari 16 tahun hingga 60 tahun adalah sebanyak 150,000 orang. penduduk-penduduk di dalam
bandar Patani pun terlalu ramai sehingga menjadi sebuah kota yang besar sekali serta penuh dengan
rumah yang besesak banyaknya iaitu mulai dari Pintu Kota Raja hingga sampai ke Kampung Bandar
tiadalah keputusan rumah. Jika seekor kucing berjalan di atas bumbung rumah-rumah itu mulai dari
pangkal kota hingga ke hujungnya boleh dijalani terus sahaja dengan tidak payah lagi turun berjalan di
tanah.

Setelah beberapa lamanya baginda Raja Kuning menduduki takhta kerajaan Patani maka hal
perselisihan dengan Yang Dipertuan suaminya semakinlah kuat sehingga Yang Dipertuan itupun
terpaksa berangkat kembali ke Johor serta dengan rakyatnya. Dan tinggallah baginda Raja Kuning
memerintah negeri Patani dengan seorang diri dengan keadaan aman dan damai sehingga baginda
mangkat.

          Tarikh kemangkatan baginda ini tiadalah didapati kenyataan yang sah tetapi telah diketahui
bahawa dalam tahun Masehi  1686, seorang bangsa Perancis telah melawat ke Patani mengatakan pada
masa itu negeri Patani masih diperintah oleh raja perempuan lagi. Oleh itu telah dipercaya tarikh
kemangkatan baginda ini ialah kemudian daripada tahun yang dilawati oleh seorang Perancis itu.

          Baginda Raja Kuning ini ialah raja perempuan atau Raja Nang Cayang yang akhir sekali
memerintah negeri Patani. Dengan kemangkatan baginda ini habislah raja Patani yang kerketurunan
daripada Raja Seri Wangsa iaitu raja yang awal membuka negeri Patani. Lihatlah salasilah keturunan
dari Raja Seri Wangsa itu seperti dibawah ini :

 
Catatan

1.    sekarang dipanggil


Kampung Perawan
duduknya dalam daerah
Jering. Nama yang sah
ialah Pra Wang dalam
bahasa Siam ertanya kota
raja. Sekarang dalam ini
ada lagi bekas kota raja
dan kesan-kesan
purbakala yang didirikan
oleh orang-orang  Siam
asli dan telah dijumpai
juga sebuah patung
berhala Buddha yang
besar yang disembah oleh
orang-orang  Buddha
yang dibina dalam gua di
atas sebuah bukit yang
ada dalam daerah Yala
sekarang. Patung ini telah
diperbuat oleh orang-
orang  Siam asli itu dan
ada kaitan menunjukkan
bahawa masa membuat
patung ini bersamaan
dengan masa Maharaja
Seri Wijaya Palembang
membina tiang candi di
negeri Ligor, melihat
daripada kesan-kesan
yang ada sekarang
dapatlah dipercayai
kerajaan orang-orang 
Siam asli dalam Patani
sekarang itu telah lama
terdiri dan tidaklah kecil
kerajaannya.

2.    Nama itu telah lama terdiri dalam kesamaran kerana perkataan mahligai itu daripada bahasa
Parsi bukan bahasa Siam atau Hindu harus juga pengarang buku Cetera Patani telah terkeliru
memakai perkataan ini daripada perkataan “mahanaki” ertinya negeri orang beragama Buddha
mazhab Mahayana, tetapi boleh juga difaham daripada terjemahan Pra Wang kepada perkataan
kota raja itu lalu disebut Kota Mahligai. Dalam hal itu pun belum dapat ditentu yang mana
sebenarnya.

3.    Nama raja ini tertulis dalam buku Cetera Negeri Patani dengan “Piakurup Mahayana” ertinya raja
yang menyembah ugama Mahayana iaitu bukan nama yang sah. Di dalam kitab Sejarah Melayu
disebut nama raja yang mula-mula membuka negeri Patani dengan nama Raja Seri Bangsa atau
Seri Wangsa penyusun berpendapatan nama Seri Wangsa inilah yang lebih betul sekali.

4.    Menaiki takhta kerajaan pada tahun Masehi  1478 baginda ialah Sultan yang akhir sekali
memerintah negeri Melaka pada tahun 1511 negeri Melaka telah ditakluk oleh orang-orang 
Portugis.
5.    Pada masa itu negeri Siam telah dikuasai oleh orang-orang  Siam-Thai sekarang, pada mula-
mulanya pusat pemerintahan orang-orang  Siam-Thai itu dalam negeri suku Thai kemudian
dipindahkan pusat. Pemerintahannya ke Kota Ayuthia.

6.    iaitu pusat pemerintahan orang-orang  Thai setiap negeri Siam dapat dikuasainya, rajanya
bernama para Maha Chakrapat.

7.    Akhirnya sungai yang digali ini telah ditutup semula oleh Raja Biru dan kembalilah masin airnya
semula.

8.    Telah dipercayai namanya iaitu Orang Kaya Encik Yunus , seperti yang tersebut dalam Sejarah
Patani

9.    Sekarang dipanggil Kuala Ra atau Kuala Tok Aguk, di situ menjadi pelabuhan segala kapal atau
perahu-perahu yang masuk berniaga di dalam Patani.

   10. Kuala Sungai Patani sekarang.


Bab 3:

Pemerintahan Patani Zaman Kejatuhan

Manakala Raja Kuning sudah mangkat dan tiada


lagi warisnya yang berketurunan daripada Raja
Seri Wangsa yang boleh dilantik menjadi
pemerintah menduduki takhta kerajaan Patani.
Sekalian kerabat diraja dan orang-orang
besarnya telah bermesyuarat mencari
persetujuan untuk memilih siapa yang patut dan
layak menaiki takhta kerajaan. Pada masa itu
telah ada seorang pembesar yagn tertua
bernama Raja Bakar duduknya di kampung
Teluk yang layak sekali menjadi pemerintah itu.
Di dalam permesyuaratan yang tersebut masing-
masing telah bersetuju melantik Raja Bakar ini
mendai pemerintah lalu dijemputnya menaiki
takhta kerajaan Patani tetapi tiada berapa tahun
sahaja Raja Bakar memerintah di atas takhta
kerajaan itu pun mangkat.

        Yang demikian soal memilih raja menaiki


takhta kerajaan Patani telah membawa sekali
lagi dalam majlis mesyuarat kerabat diraja dan
orang-orang  besarnya. Permesyuaratan pada
kali ini telah mengambil keputusan bahawa
mereka yang akan menjadi Raja Patani itu
berkehendaklah kepada seorang yagn
berketurunan raja yang tulen. Pada masa itu di
dalam negeri Patani sudah habis keturunan raja-
raja yang boleh menaiki takhta kerajaan oleh itu
dengan persetujuan majlis mesyuarat juga telah
mempersilakan seorang daripada anak raja
dalam Kelantan menjadi raja di negeri Patani
yagn bernama Raja Mas Kelantan. Dari
semenjak itu mulalah negeri Patani ini diperintah oleh raja-raja yang berketurunan dari raja Kelantan.
Raja Mas Kelantan ini telah menjalankan pemerintahan di Patani beberapa tahun lamanya hingga
mangkat dan takhta kerajaan Patani diserahkan kepada puterinya bernama Raja Mas Jayam
menggantinya.

        Setelah beberapa tahun kemudian Raja Mas Jayam ini pun mangkat dengan tiada meninggalkan
seorang waris juga. Kemudian dengan persetujuan mesyuarat telah melantik seorang anak raja bernama
Raja Ahmad duduknya di kampung Dual (dalam daerah Rakak sekarang) menaiki kerajaan Patani dan
digelarkan Sultan Muhamad.

        Dalam masa negeri Patani diperintah oleh Raja Bakar, Raja Mas Kelantan dan Raja Mas Jayam itu
keadaan di dalam negeri Patani sangatlah tenang dan aman tidak pernah diserang oleh musuh-
musuhnya, terutama orang-orang  Siam-Thai. Akan tetapi di dalam soal kemajuan, negeri Patani pada
masa itu beransur-ansur mundur istimewa dalam perkasa perniagaan  kerana dalam masa pemerintahan
raja-raja Patani yang berketurunan dari Raja Seri Wangsa dahulu negeri Patani telah terkenal sebuah
pusat perniagaan  yang besar di Tenggara Asia dan sentiasa didatangi oleh bangsa-bangsa Eropah.
Dalam masa pemerintahan raja-raja Kelantan ini kemajuan perniagaan  itu makin bertambah kurang dan
bangsa-bangsa Eropah pun sudah habis keluar melainkan yang masih tinggal di dalam Patani ialah
bangsa-bangsa Timur sahaja iaitu Jepun, China, saudagar India-Islam dan orang-orang  Arab. Mereka ini
sentiasa hidup baik dengan orang-orang  Melayu Patani bersama-sama menjalankan perniagaan
dengan aman.

          Dengan kerana orang-orang  India dan Arab itu beragama Islam maka senanglah mereka
bercampur gaul dengan orang-orang  Melayu dan tidak ada suatu halangan pun kepada mereka akhirnya
dapatlah mereka menjadai orang-orang  Melayu.

          Adapun orang-orang  Siam-Thai iaitu musuh yang utama kepada orang-orang  pada masa itu,
tiada mereka datang menyerang negeri Patani. Dewasa itu negeri Siam sedang berada di dalam
kesusahan dan selalu berbangkit  gerakan derhaka merebut kekuasaan sama sendiri serta peperangan
saudara kerap kali berlaku sehingga takhta kerajaannya selalu bergoyang. Tambahan pula orang-orang
Burma yang selalu menjadi musuhnya itu tiada berhenti-henti datang menyerang negeri Siam-Thai
menyebabkan Raja Siam tiada berpeluang hendak menyerang dan menakluk negeri Patani.

          Dalam tahun Masehi  1767 Kota Ayuthia pusat pemerintahan Siam pada masa itu telah dapat
ditawan oleh orang-orang  Burma menyebabkan sentisa berlaku kacau-bilau yang hebat dan orang-
orang  Burma telah masuk memerintah Kota Ayuthia itu. Sekalian raja-raja kecil yang memerintah di
merata jajahan takluk Siam pada masa itu masing-masing berangan-angan mahu memerintah sendiri
dan membebaskan kedudukan meraka dari takluk Raja Siam itu. Raja dalam negeri Ligor telah
menggunakan kesempatan ini mendiri semula kerajaannya yang bebas dan merdeka lalu dia
mengisytiharkan kerajaannya di sebelah selatan Siam. Negeri-negeri Singgora serta Pathalung telah
menjadi jajahannya serta dihantar menterinya menjadi pemerintah di dalam jajahan itu.

          Dalam masa negeri Siam sedang kacau-bilau dan raja-raja kecilnya di seluruh jajahan itu sedang
mendirikan kerajaan masing-masing timbullah seorang pembesar Siam-Thai bernama Phya Tak Sin dia
telah dapat mengumpul sekumpulan orang-orang  Siam-Thai hingga menjadi suatu pasukan yang besar,
kemudian dia telah mengetuai pasukan itu menyerang balas ke atas orang-orang  Burma dalam Kota
Ayuthia. Akhirnya dia telah berjaya dan orang-orang  Burma itu habis dihalau dan dibunuh serta Kota
Ayuthia itu dapatlah kembali ke tangan orang-orang  Siam-Thai, lalu didirikan semula pusat kerajaan
Siam-Thai itu dan dia sendiri menjadi rajanya. Tetapi pusat pemerintahan telah dipindah ke suatu tempat
yang lain di dalam jajahan Thon Buri.

          Setelah itu Phya Tak Sin

Raja Siam itupun menghantar angkatan tenteranya ke seluruh jajahan takluk kerana mengalahkan raja-
raja kecil yang berkeras mahu merdeka dari pemerintahan Raja Siam-Thai itu. Tidak berapa lama sahaja
sekalian raja-raja kecil itu habis daat ditunduk kepadanya semula hanya raja negeri Ligor sahaja yang
belum dapat dikalahkan.

          Oleh itu di dalam tahun Masehi  1769 Raja Siam-Thai itu telah melancarkan serangan yang besar
ke atas negeri Ligor dengan kerana kekuatannya lebih besar dapatlah Raja Siam itu mengalahkan Raja
Ligor dan Raja Ligor yang ingin mahu kemerdekaan itupun terpaksa melarikan diri ke Singgora tetapi
diturut pula oleh Raja Siam itu akhirnya Raja Ligor, Raja Singgora dan Raja Pathalung telah membawa
kaum kerabatnay melarikan diri ke negeri Patani serta meminta perlindungan kepada Sultan Muhamad.

          Dalam hal itu Raja Siam-Thai mengikut juga hingga sampai di daerah Tiba iaitu sempadan negeri
Patani dengan Siam pada masa itu. Dari situ dia menghantar utusannya kepada Sultan Muhamad
meminta supaya ketiga orang raja yang lari dari Singgora itu ditangkap dan dihantar kepadanya.

          Jika Sultan Muhamad enggan menyempurnakan kehendaknya iaitu dia akan tetap menyerang
negeri Patani. Utusan Raja Siam-Thai itu telah sampai di Patani pada bulan Disember tahun Masehi
1769 juga. Oleh itu Sultan Muhamad telah bermesyuarat dengan pembesar-pembesarnya mencari
keputusan mahukah diturut atau tidak akan kehendak Raja Siam-Thai itu. Keputusannya patut diturut
kerana bimbang atas keselamatan dan keamanan negeri Patani nanti diserang oleh Raja Siam-Thai
dengan hanya suatu sebab yang kecil sahaja. Tambahan baginda Sultan Muhamad telah merasai tidak
ada bersangkut paut pun dengan Raja Ligor dan rakan-rakannya itu. Setelah itu baginda menyuruh
orangnya menangkap Raja Ligor itu dihantarnya kepada Raja Siam kemudian Raja Siam-Thai belayarlah
kembali dengan membawa ketiga orang raja-raja yang tersebut sebagai tawanannya. Semenjak itu
negeri Ligor pun bercantum kembali ke bawah takluk Raja Siam-Thai.

          Adapun perkembalian Raja Siam-Thai itu bukanlah terhapus ingatan jahatnya di atas negeri Patani
akan tetapi hatinya masih kuat berkehendak supaya negeri Patani itu dapat ditakluk dan orang
Melayunya dapat diperhambakan. Sebagaimana kejayaannya dapat menakluk negeri Ligor, Singgora
dan Pathalung itu. Oleh kerana kekuatannya belum dapat meluluskan kehendaknya itu terpaksalah dia
diam dahulu sementara menunggu masa yang baik.

          Dalam hal yang demikian pada tahun Masehi  1776 orang-orang  Burma pun datang pula
menyerang negeri Siam utaranya. Dengan hal ini Raja Siam-Thai itu mahu mengetahui adakah Sultan
Muhamad Raja Patani itu takut kepada pengaruhnya atau tidak lalu pura-pura dia menghantar utusannya
ke Patani meminta bantuan Sultan Muhamad itu membantunya melawan serangan orang-orang  Burma
itu dan dikehendaki bantuan sebanyak 80,000 bath[1]. Tetapi permintaan itu tidak dihiraukan oleh Sultan
Muhamad, bila diketahui oleh Raja Siam-Thai kehendaknya tidak berjaya sangatlah panas hatinya dan
bertambah-tambah kuat azamnya hendak menakluk negeri Patani.

          Di antara itu dalam tahun Masehi  1782, Raja Siam-Thai yang bernama Phya Tak Sin

Atau Raja Thon Buri itu pun mati dibunuh oleh seorang panglimanya dan panglima inilah yang dilantik
menjadi Raja Siam-Thai menggantinya atau bergelar Phra Putrra Yu’ Fa Chula Lok atau Raja Rama
yang pertama daripada keturunan Maha Chakri. Di dalam pemerintahan raja inilah yang mula didirikan
Kota Bangkok yang ada sekarang ini.

          Dua tahun kemudian iaitu di dalam tahun Masehi  1784, orang-orang  Burma datanglah pula
menyerang negeri Ligor yang di dalam takluk Raja Siam itu. Raja Siam telah menghantar adiknya yang
menjadi Raja Muda membwa angkatan perangnya untuk melawan orang-orang  Burma itu. Angkatan
perang itu telah beredar dari Bangkok dengan beberapa buah kapal perang menuju ke negeri Ligor,
manakala sampai di Ligor terus panglima Siam-Thai itu mendaratkan tenteranya dan bersatu dengan
angkatan Siam Ligor melawan orang-orang Burma itu. Peperangan telah berlaku berbulan lamanya
kesudahannya orang-orang  Burma terrpaksa mengundurkan diri kembali setelah ditewas oleh angkatan
perang Siam-Thai yang datang dari Bangkok itu.

          Setelah tamat peperangan Raja Muda Siam itu telah membawa angkatan perangnya ke Singgora
kerana mengatur urusan pemerintahan di situ. Setelah siap urusannya dia telah menghantar utusannya
ke Patani meminta Sultan Muhamad tunduk kepadanya dengan baik.

          Bila utusan Raja Siam-Thai sampai di Patani, Sultan Muhamad telah memanggil pembesar-
pembesarnya datang mesyuarat untuk mengambil keputusan yang muktamad akhirnya tetap suara
masing-masing tidak mahu tunduk kepada Raja Siam-Thai lebih lagi tidak akan melayani segala
kehendak Raja Siam-Thai yang bertujuan hendak merampas kedaulatan Raja Dan kebebasab negeri
Patani.

          Keputusan ini telah diberitahu kepada utusan Raja Siam-Thai itu bila diketahui Raja Siam-Thai
bahawa kehendaknya tidak berjaya tambahan pula dia telah mendapat jawapan yang megahdari Sultan
Muhamad itu. Sangatlah bergelora nafsu penjajahan dalam hatinya dan memutus fikirannya akan
menyerang negeri Patani diberitahu kepada panglimanya Phraya Kalahum membawa angkatan
perasaannya menyerang negeri Patani dan memaksa panglima itu berperang secara berhabisan
sehingga negeri Patani itu dapat ditakluk.
          Sultan Muhamad sepeninggalan utusan Siam-Thai itu kembali telah yakin di hati baginda bahawa
bagaiman pun pada kali ini sudah tentu negeri Patani akan diserang oleh orang-orang  Siam-Thai. Oleh
itu baginda tidak berlengah laig terus bertitah melengkapkan senjata perang dan membina kubu-kubu
pertahanan serta mengatur langkah-langkah perang seberapa yang dapat.

          Tetapi dukacita bahawa kedudukan negeri Patani pada masa itu di dalam kelemahan kerana telah
kurang kekuatannya dan segala senjata perang sudah tidak memadai jikalau berperang dengan
berlanjutan. Semenjak berhenti peperangan dengan orang-orang  Siam-Thai dalam masa pemerintahan
Raja Kuning dahulu hampir-hampir setengah kurun lamanya negeri Patani tidak pernah diperalatkan
senjata perang kerana tidak ada musuh-musuh yang datang menyerang. Selama itulah orang-orang
Melayu Patani hanya hidup dengan aman tenteram hingga terlupa menyediakan persediaan untuk
berperang dan hampir-hampir pula terlupa mereka terhadap muslihat mengawal tanah air. Dengan hal itu
kian lama darah perwira orang-orang  Melayu itu tentu beransur-ansur lemah serta alat-alat perang yang
ada tersimpan di dalam gedung-gedung senjata tentu pula terlampau buruk. Tiadalah sama darjatnya
dengan senjata-senjata baru yang ada di dalam tangan orang-orang  Siam-Thai kerang orang-orang
Siam-Thai itu sentiasalah mengadakan senjata-senjata baru di dalam angkatan perangnya.

          Sekalipun begitu keadaannya, tetapi melihat kepada sikap Raja Siam-Thai yang telah berazam
penuh hendak menakluk negeri Patani itu. Maka Sultan Muhamad tidaklah berputus harap malahan terus
baginda mengumpulkan senjata-senjata lama yang masih ada itu dan mengisytiharkan kepada rakyat
jelatanya peperangan yang akan berlaku pada kali ini ialah peperangan yang akan menentukan buruk
baik dan hidup matinya Kerajaan Melayu Patani. Serta meminta kepada rakyat jelatanya hendaklah
masing-masing bersatu padu dan mengambil bahagian penuh di dalam peperangan pada kali ini untuk
mempertahankan kemerdekaan bangsa dan kerajaan. Permintaan Sultan Muhamad itu telah disambut
oleh rakyat jelata Patani dengan penuh gembira dan masing-masing berkesanggupan penuh untuk
melawan kecerobohan orang-orang  Siam-Thai. Sekalipun terpaksa mereka berkorban di medan perang
kerana mempertahankan kermerdekaan itu daripada hidup dijajah dan ditakluk orang-orang  Siam-Thai.

          Setelah hampir angkatan perang Siam itu akan sampai di Patani sekalian rakyat jelata Patani telah
dikerah oleh Sultan Muhamad berkumpul di luar kota Istana dan dibahagikan kepada dua pasukan.
Pasukan yang pertama diperintah berkawal dalam kubu-kubu di tepi pantai untuk mempertahankan
pendaratan orang-orang  Siam-Thai dari kapal perangnya. Pasukan kedua berkawal di hadapan Kota
Istana dan segala alat senjata termasuk meriam dan pelurunya telah dibahagi sama rata. Meriam besar
Seri Negara dan Seri Patani yang telah pernah mengalahkan orang-orang  Siam-Thai dahulu telah
dibawa semula diletak diluar kota hanya menunggu perintah akan melepaskan pelurunya yang handal
dan kedua-dua pasukan pertahanan itu hanya menanti saat sahaja akan menghentam serangan orang-
orang  Siam-Thai.

          Tiada berapa hari kemudian angkatan perang Siam-Thai yang dikepalai oleh Phraya Kalahum
sampailah di Kuala Patani dan berlabuh disitu sementera menunggu saat yang baik akan melancarkan
serangannya di dalam saat penting itu. Tiba-tiba dalam golongan orang-orang  besar Sultan Muhamad
adalah seorang Siam-Thai bernama “Nai Chan Tung” iaitu berasal dari Siam Ligor telah datang
menduduki dalam Patani dengan beberapa orang rakannya ia telah banyak berkhidmat kepada kerajaan
Patani sehingga Sultan Muhamad menaruh kerpecayaan penuh kepadanya dan telah dilantik dia
menjadai seorang pembesar raja.

          Sewaktu angkatan perang Siam-Thai berlabuh di Kuala Patani itu, timbullah perasaan jahatnya
kepada kerajaan Patani dan akan berbuat bakti kepada bangsa dan kerajaannya. Lalu dia mengatur
rancangan jahatnya kemudian dengan terburu-buru dia masuk mengadap baginda Sultan Muhamad
menyatakan bahawa dia sanggup melawan serangan orang-orang  Siam-Thai. Tetapi hendaklah
dilantiknya menjadi ketua dalam pasukan rakyat Melayu yang bertahanan dalam kubu di tepi pantai itu
serta meminta kepada sultan mengurnia kepada sebuah perahu yang besar lima hasta cukup dengan
senjata-senjata dan meriam. Dengan kerana kepercayaan itu Sultan Muhamad telah meluluskan
permintaannya. Setelah itu keluarlah Nai Chan Tung dengan perahunya. Pura-pura menuju kepada
pertahanan di tepi pantai itu, di sini mulalah dia menjalankan rancangan khianatnya kepada kerajaan
Patani.

        Manakala sampai di tengah malam waktu alam sedang gelap gelita yang akan dapat melindungi
kepada seorang yang akan berbuat jahat. Di kala itu keluarlah Nai Chan Tung dengan perahunya menuju
ke kapal perang orang-orang  Siam-Thai dan meminta berjumpa dengan panglima Phraya Kalahum.
Setelah dapat berjumpa terus dia membuka rahsia pertahanan orang-orang  Melayu Patani dan memberi
tahu tempat-tempat perkubuan mereka serta ditunjuk pula tempat-tempat menyimpan senjata perang
kemudian dia terus melarikan diri ke Singgora.

        Panglima Phraya Kalahum sangatlah sukacitanya bila dapat mengetahui rahsia pertahanan orang-
orang  Melayu itu. Dia yakin pada kali ini angkatan perangnya akan tetap menang serta terbayang-
bayang pada matanya bahawa pada kali ini sudah tentu takhta kerajaan Patani akan berguling jatuh
ditendang oleh angkatan perangnya.

        Setelah sampai saat yang baik panglima itu mulalah memerintah pasukan meriamnya membedil ke
atas kubu-kubu pertahanan orang-orang  Melayu di pantai itu. Dengan serentak dia mendaratkan
tenteranya ke pantai dengan berlindung di bawah peluru-peluru yang ditembakoleh pasukan meriam,
tetapi malangnya tiap-tiap kali peluru yang dibedil oleh Siam itu telah terjatuh di dalam kubu-kubu

orang-orang  Melayu. Sehingga beberapa kali tembak sahaja banyaklah orang-orang  Melayu itu
terbunuh dalam hal itu pun orang-orang  Melayu tetap bertegas hati membedil balas dengan hebatnya.
Serangan dan bedilan orang-orang  Siam-Thai itu semakin lama semakin kencang sehingga angkatan
perang orang-orang  Siam-Thai itu dapat naik ke pantai serta mengumpul semua kekuatannya menyerbu
ke kubu orang-orang  Melayu. Dengan sekejap sahaja kedudukan orang-orang  Melayu itu terkepung
dan terputus perhubungannya dengan pasukan yang kedua yang bertahan di hadapan kota dalam
negeri. Sekalipun mereka terkepung dan hadapannya telah terkecewa, orang-orang  Melayu dalam kubu
itu terus juga melawan dengan tidak berganjak setapak pun. Kesudahannya pertahanan orang-orang
Melayu di pantai itu hancur lebur dan kubu-kubu serta meriam-meriam mereka telah ditawan oleh orang-
orang  Siam-Thai.

          Setelah barisan pertahanan orang-orang  Melayu di pantai itu jatuh, panglima Phraya Kalahum
telah mengumpul sekali lagi kekuatan perangnya yang tinggal di situ terus melancarkan serangan ke
dalam negeri. Serangan panglima itu telah mendapat tentangan yang hebat dair pertahanan orang-orang
Melayu di hadapan Kota Istana dan Sultan Muhamad sendiri telah keluar mengatur pertahanan itu.
Meriam Seri Negara dan Seri Patani pun mulalah melepaskan pelurunya yang handal itu menyekat
kemaraaan orang-orang  Siam-Thai dan peperangan berapat-rapat dengan menggunakan senjata-
senjata pendek pun berlaku dengan hebat.

          Peperangan itu terus berlaku beberapa hari dengan tidak berhenti-henti dan malangnya Sultan
Muhamad telah terkena peluru meriam yang dibedil oleh Siam-Thai dengan sekejap sahaja baginda pun
gugur serta mangkat ditengah-tengah pertempuran itu, pertahanan orang-orang  Melayu di hadapan Kota
Istana itu pun pecah. Serangan orang-orang  Siam-Thai semakin kuat mendesak kesudahannya
pertahanan orang-orang  Melayu sampailah saaat akhir dengan berpecah belah membawa diri masing-
masing. Kota Istana itu jatuh ke tangan orang-orang  Siam-Thai serta peperangan pun tamat dengan
kekalahan orang-orang  Melayu.

          Kekalahan pada kali ini ialah kekalahan yang pertama kali di dalam sejarah Kerajaan Melayu
Patani. Dengan kekalahan ini bererti hilanglah kemerdekaan Kerajaan Melayu Patani dan terhapus
kedaulatan raja-raja Melayu yang telah dikawal beratus-ratus tahun lamanya. Juga sampailah maksud
raja Siam-Thai yang telah lama ingin hendak menakluk negeri Patani dan memperhambakan rakyat
jelatanya.
          Kekalahan orang-orang  Melayu Patani pada kali ini adalah dengan kerana beberapa sebab yang
besar sekali ialah :

1.    Rahsia pertahanan dan kekuatan orang-orang  Melayu telah pecah, dibuka oleh Nai Chan Tung
kepada panglima Siam-Thai.

2.    Sultan Muhamad telah mangkat di dalam peperangan.

3.    Kelengkapan atau senjata perang orang-orang  Melayu tidak memadai.

4.    Kekuatan perang orang-orang  Siam-Thai lebih banyak daripada orang-orang  Melayu.

Setelah semua pertahanan orang-orang  Melayu Patani hancur lebur, bermaknalah negeri Patani telah
terjatuh dibawah kongkong penaklukan Siam-Thai. Inilah tarikh awal-awalnya kejatuhan negeri Patani
yang berdaulat dan merdeka beratus-ratus tahun semenjak dari pemerintahan Raja Seri Wangsa dahulu,
dalam masa kejatuhan ini adalah sangat besar ertinya dalam sejarah kerajaan Melayu Patani. Yang
demikian susah dan pengorbanan raja-raja Patani semenjak beratus-ratus tahun pada mempertahankan
daulat kerajaan dan kemerdekaan orang-orang  Melayu itu telah jatuh terkongkong di bawah penaklukan
Siam-Thai. Dengan kejatuhan inilah membawa negeri Patani terus menerus terkongkong oleh Siam-Thai
hingga sampai pada hari ini.

     Setelah tertawan semua pertahanan orang-orang  Melayu itu, maka perkerjaan yang mula-mula
sekali dibuat oleh orang-orang  Siam-Thai di dalam Patani ialah menangkap dan membunuh orang-
orang  Melayu Patani lelaki perempuan dan kanak-kanak kecil yang tiada bersenjata serta merampas
segala harta benda, alat senjata. kemudian Kota Istana al-Marhum Sultan Muhamad itu telah dibakar
hingga licin licau.

     Lebih kurang sebulan lamanya orang-orang  Siam-Thai itu bermaharajalela di dalam Patani
kerana berhabis-habisan membalas dendamnya kepada orang-orang  Melayu Patani yagn telah
disifatkan orang-orang  Melayu itu musuh yang utama. kemudian mulalah panglima Phraya Kalahum
itu mengatur undang-undang pemerintahan di dalam Patani mengikut corak undang-undang
penakluk dan mengurangkan daulat raja dan orang-orang  besarnya.

     Setelah undang-undang itu selesai diatur maka panglima Siam itu memerintah tenteranya turu ke
kapa perang lalu mengangkat suah belayar kembali ke Bangkok dengan membawa beberapa
banyak orang-orang  tawanan Melayu termasuk lelaki perempuan dan kanak-kanak serta harta
benda rampasa perang. Di antara benda rampasan itu yang lebih berharga sekali pada orang-orang
Melayu ialah meriam-meriam besar yagn dibuat di dalam masa pemerintahan Raja Biru dahulu.
sepucuk daripadanya telah dibawa bersama-sama dengan tawanan itu ke Bangkok tetapi sepucuk
lagi telah terjatuh ke dalam laut di hadapan Kuala Patani sewaktu orang-orang  Siam-Thai itu hendak
membawanya naik ke kapal perang. Hanya sepucuk sahaja yang telah dapat dibawa ke Bangkok.
Hingga sekarang meriam besar Patani itu telah diletak menjadi perhiasan di hadapan bangunan
Jabatan Menteri Peperangan di Bangkok pada hari ini.

     Undang-undang pemerintahan yang diatur oleh panglima Siam-Thai sebelum kembali ke Bangkok
itu ialah melantik seorang daripada orang Melayu menjadi pemerintah negeri Patani sebagai raja
patung. Pentadbiran negeri terletak di bawah kuasa jagaan raja Siam-Thai di Ligor dan tiap-tiap
tahun dipaksa menghantar ufti Bunga Emas ke Bangkok menandakan taat setia kepada Raja Siam-
Thai. Raja Patung yang dilantik oleh orang-orang  Siam-Thai itu ialah Raja Bendang Badang
bernama Tengku Lamidin.

     Setelah Tengku Lamidin diangkat oleh Siam menjadi Raja Patani maka kewajipan yang mula-
mula sekali di kerajaan ialah memperbaiki Kota Istana dan mengumpulkan semula rakyat jelata
Patani yagn telah melarikan ke merata-rata [sic]. Tetapi manakala dilihat kota Istana yang di Kota
Gerisik itu sudah hasbis binasa dan rakyat jelatanya sudah sunyi sepi  kerana banyak yang telah
mati di dalam peperangan dan banyak pula yang telah ditawan  oleh Siam dibawa ke Bangkok,
Tengku Lamidin pun tiadalah berapa suka lagi tinggal di Kota Gerisik itu, lalu baginda berpindah pula
membuat istana baru di Kota Perawan serta dilantik seorang Datuk bernama Datuk Pangkalan,
duduknya di Kampung Pengkalan Besar menjadi pemerintah di Kota Gerisik itu.

     Sungguhpun Tengku Lamidin ini telah dilantik oleh Raja Siam-Thai menjadi raja patung tetapi
dalam hatinya telah tertanam perasaan sedih atas perbuatan orang-orang  Siam-Thai kepada orang-
orang  Melayu Patani. Dengan kerana itu baginda telah berazam akan menuntut bela kekalahannya
dan membebaskan kerajaan Patani dari kongkongan penaklukan Siam-Thai hanya baginda
menunggu sahaja peluang yang baik akan dijalankan maksud itu.

     Dengan hal yang demikian dalam tahun Masehi  1789, baginda pun menghantar utusannya
membawa surat kepada Raja Annam (Vietnam) dalam Indochina yang bernama Raja “Ong Chieng
Su” mengajak raja itu bermuafakat menyerang negeri Siam. Baginda akan menyerang di pihak
selatan Siam dan hendaklah Raja Annam itu menyerang di pihak utaranya.

Gambar : Meriam Seri Patani yang dirampas oleh kerajaan Siam. Sekarang berada di hadapan
Pejabat Pertahanan Siam di Bangkok

     Tetapi malangnya surat Tengku Lamidin itu telah dikirim pula oleh Raja Annam kepada Raja Siam
di Bangkok. Manakala diketahui oleh Raja Siam akan kehendak Raja Patani itu sangatlah murkanya
lalu diperintah kepada panglimanya Phraya Kalahum menangkap Raja Patani itu, tetapi dalam masa
itu juga Tengku Lamidin telah siap melengkapkan bala tenteranya. Lalu berangkatlah dengan
angkatan tenteranya itu menyerang negeri Tiba manghalau orang-orang  Siam-Thai di situ. kemudian
terus menyerang masuk ke jajahan Cenak dengan senang dan akhirnya sampai ke Singgora
manakala sampai baginda di Singgora bertempurlah baginda dengan angkatan orang-orang  Siam-
Thai yang sedang berkubu di Kampung Bukit Anak Gajah lalu berperanglah di situ beberapa hari
lamanya.

     Berita serangan orang-orang  Melayu ke Singgora itu telah sampai kepada Raja Siam-Thai di
Ligor lalu dia menghantar bantuan tenteranya menolong orang-orang  Siam-Thai Singgora.
Serangan orang-orang  Melayu yang di bawah pimpinan Tengku Lamidin itu kian lama semakin
kencang akhirnya pertahanan orang-orang  Siam-Thai Singgora dan Ligor pun melarikan diri ke
negeri Phatalung, tetapi terus juga diburu oleh orang-orang  Melayu itu sehingga berlaku pula
peperangan di negeri Pathalung.

     Dalam hal yang demikian sampailah angkatan panglima Phraya Kalahum dari Bangkok yang
bertujuan hendak menangkap Raja Patani itu. Lalu angkatanya masuk bersatu dengan Raja
Singgora dan Raja Ligor bersama-sama menahan serangan orang-orang  Patani itu.

     Pengundurun Tengku Lamidin ini tiadalah mendatangkan kebaikan suatu pun kepada baginda
kerana memberi peluang yang baik kepada orang-orang  Siam melancarkan serang balasnya. Oleh
itu sepanjang-panjang pengundurannya sentiasa diikut oleh orang-orang  Siam-Thai akhirnya
sampailah orang-orang  Melayu Patani dan masing-masing masuk bertahan dalam Kota Perawan
kerana menanti serangan orang-orang  Siam itu.

     Oleh kerana angkatan orang-orang  Siam itu telah berkumpul dari tiga angkatan besar jadilah
mereka lebih banyak daripada orang-orang  Melayu. Kesudahannya Kota Perawan itupun dapatlah
dikepung oleh orang-orang  Siam dan mereka menyekat segala perhubungan orang-orang  Melayu
itu dengan rakan-rakannya yang ada di luar kota. Dengan hal yang demikian pertahanan orang-
orang  Melayu itu pun lemah akhirnya Kota Perawan itu terjatuh ke tangan orang-orang  Siam dan
Tengku Lamidin pun dapat ditangkap oleh orang-orang  Siam. Kemudian baginda telah dihukum
bunuh atas kesalahannya menderhaka kepada Raja Siam-Thai di Bangkok. Setelah itu orang-orang
Melayu pun berpecah belah membawa diri masing-masing. Kekalahan ini ialah berlaku dalam tahun
1791 iaitu kekalahan yang kedua di dalam sejarah kerajaan Melayu Patani. Sebagaimana biasa
orang-orang  Siam-Thai itu pun masuklah ke dalam Kota Perawan menangkap dan membunuh
orang-orang  Melayu serta merampas segala harta benda mereka. Setelah puas mereka
bermaharajalela, mereka itu pun kembalilah ke Singgora dengan membawa beberapa orang-orang
tawanan Melayu.

     Sebelum orang-orang  Siam-Thai itu kembali, telah dipililh seorang pembesar Melayu diangkat
pula menajadi raja memerintah negeri Patani.  Diangkatnya “Datuk Panglakan” serta diberi gelaran
“Luang” kepadanya dengan kerana itu sekalian anak-anak datuk ini semuanya dipanggil “Long”
belaka. Dan supaya menjaga orang-orang  Melayu itu daripada menderhaka kepadanya dilantik pula
serorang orang besar Siam bernama Laksaman Dajang menjadi penjaga mengawal orang-orang
besar Melayu serta disuruh pula beberapa orang orang-orang  Siam-Thai tinggal berkawal di Patani.

     Semenjak itu tenanglah sedikit hal ehwal di dalam Patani tetapi pemerintahan Datuk Pangkalan
selalu berselisih dengan orang-orang  Siam itu kerana tidak ada kebebasan menjalankan
pemerintahan negeri hanya sentiasa sahaja dihalang oleh orang-orang  Siam-Thai. Istimewa orang-
orang  Siam itu sangat jahat perangainya dan selalu membuat keganasan kepada rakyat Melayu
Patani. Oleh itu dalam tahun Masehi  1808 timbullah suatu perselisihan yang hebat di antara Datuk
Pangkalan dengan orang-orang  Siam itu.

     Setelah hilang sabarnya, Datuk Pangkalan pun datanglah dengan orang-orangnya menyerang
orang-orang  Siam-Thai itu secara terkejut. Sehingga terpaksalah mereka itu dengan ketuanya
Laksama Dajang lari menyelamatkan diri ke Singgora. Raja Singgora pula menghantar suratnya ke
Bangkok menyatakan bahawa Datuk Pangkalan dan orang-orang  Melayu Patani telah belot kepada
Raja Siam-Thai. Sementara itu Raja Ligor dan Raja Singgora pun datanglah dengan bala tenteranya 
ke Patani keran hendak menangkap Datuk Pangkalan itu.

     Di Patani pun bersiaplah sekalian kerabat datuk-datuk iaitu Datuk Pangkalan, Datuk Sai, Datuk
Pujud dan lain-lain. Masing-masing mengumpul kekuatan menanti kedatang orang-orang  siam Ligor
dan Singgora manakala sampai orang-orang  Siam itu berperanglah dengan orang-orang  Patani
berbulan-bulan lamanya. Orang-orang Patani di bawah pimpinan datuk-datuk itu pun terus berjuang
dengan cara berhabis-habisan, masing-masing berazam teguh akan menghalau orang-orang  Siam
itu dari negeri Patani dan membebaskan diri mereka dari kongkong penaklukan Siam-Thai. Dengan
berkat azam yang suci itu maka orang-orang  Siam pun kalah lalu mengundurkan diri kembali ke
Singgora dan Laksama Dajang pun kembali juga ke Ligor.

     Beberapa bulan kemudian angkatan orang-orang  Siam-Thai dari Bangkok yang diketuai oleh
Phraya Kalahum pun sampai pula dengan beberapa buah kapal perang dan di daratan telah diiringi
pula oleh orang-orang  Siam Singgora dan Ligor. Peperangan pada kali ini telah berlaku sekali
serentak di darat dan di laut. Perjuangan di laut telah berlaku dalam Baruh Laguni dan perjuangan di
darat telah berlaku di Kota Gerisik. Akhirnya orang-orang  Melayu Patani pun telah kalah dan Datuk
Pangkalan telah mati di dalam perjuangan itu. Sekalian datuk-datuk yang lain telah lari
menyelamatkan diri masing-masing.
     Setelah mendapat kemengan itu, masuklah orang-orang  Siam-Thai dengan megahnya
memerintah negeri Patani dan ditangkap orang-orang  Melayu membuat tawanan serta merampas
segal harta benda mereka itu, dan mengatur pula undang-undang pemerintahan di dalam negeri
Patani mengikut kemahuannya.

     Kemudian mulai orang-orang  Siam itu menjalankan rancangan hendak menghapus daulat raja-
raja Melayu, iaitu diangkat seorang bangsa Siam-Thai brnama “Nai Khuan Sai” menjadi raja Patani.
Setelah sempurna mengatur pemerintahan dalam Patani itu, Panglima Phraya Kalahum pun kembali
ke Bangkok bersama-sama dengan angkatan perangnya. Nai Khuan Sai itu ialah anak Raja Cenak
yang berasal keturunannya daripada bangsa Cina yang datang berniaga di Cenak. Setelah itu Nai
Khuan Sai pun datanglah memerintah Patani membawa beberapa ratus orang-orang  Siam Singgora
dan berbuat kampung kediaman di bandar.

     Sejak itu kedaulatan raja-raja Melayu dalam negeri Patani pun mulai terhapus serta kekuasaan
penuh telah tercabut ke tangan orang-orang  Siam-Thai pula. Di antara beberapa tahun kemudian
raja Khuan Sai itu mati dan diganti oleh adiknya bernama Nai Phya menjadi Raja Patani serta adik
dari abangnya itu bernama Nai Him Sai yang bergelar Luang Sawad Phakdi, telah diangkat menjadi
penolongnya.

     Dalam masa Nai Phya mejadi raja memerintah negeri Patani itu, keadaan di dalam negeri Patani
tidaklah menjadi aman seperti dalam masa pemerintahan raja-raja Melayu dahulu. Oleh kerana
orang-orang  Siam telah merasai dirinya lebih berkuasa selalulah mereka berbuat ganas dan kejam
atas orang-orang  Melayu Patani, malah selalu pula orang-orang  Siam itu bertempur dengan orang-
orang  Melayu. Dengan hal itu menyebabkan orang-orang  Melayu sangat benci kepada mereka.

     Setelah Nai Phya berpendapat bahawa orang-orang  Melayu sentiasa menaruh dendam terhadap
orang-orang  Siam maka bimbanglah dalam hatinya jikalau orang-orang  Melayu memberontak
menuntut kemerdekaan pula. Oleh itu dikirimnya sepucuk surat kepada Raja Singgora menyatakan
hal kebimbangannya di Patani dan Raja Singgora pun menyampaikan hal kebimbangan itu kepada
Raja Siam di Bangkok, soal ini telah dibawa mesyuarat dengan para menterinya untuk mengambil
keputusan pada menetapkan dasar pemerintahan dalam jajahan takluknya di Patani.

     Permesyuaratan itu telah bersetuju bahawa kekuatan negeri Patani hendaklah dipecah-pecahkan
supaya senang memerintah dan dengan jalan ini dapatlah ia melemahkan pendiriajn orang-orang
Melayu. Setelah itu raja Siam mengutus seorang menterinya bernama Phraya Abya Songgram”
datang ke Singgora dan berunding dengan Raja Singgora itu untuk membahagikan negeri Patani
menjadi tujuh buah wilayah yagn kecil-kecil iaitu Patani, Jering, Nongcik, Jalur, Sai, Reman dan
Legeh.

     Yang demikian negeri Patani yang dahulu hanya diperintah oleh seorang raja sahaja dan tidak
pernah pula dipecah-pecahkan, sekarang telah terbahagi kepada beberapa buah kawasan. Dibahagi
oleh Raja Siam dengan maksudnya hendak melemahkan kekuatan orang-orang  Melayu supaya
senang dia memerintah dan mudah memperhambakan orang-orang  Melayu itu mengikut dasar
penjajah (imperialisme) iaitu “pecah-pecahkan kemudian perintah”

     Setelah pekerjaan membahagi negeri Patani sudah selesai, Nai Phya telah diangkat menjadi Raja
Jering dan diserah kuasa kepadanya menjaga segala wilayah-wilaya yang lain itu. Tetapi segala
urusan pemerintahan dalam negeri terletak di bawah perhatian dan kawalan Raja Singgora dan pada
tiap-tiap wilaya itu disuruh Nai Phya memilih orang-orangnya yang dipercayai kemudian dihantar
memerintah dalam tiap-tiap buah wilaya itu serta diberi taraf kepada meraka itu seperti raja-raja juga.

     Adapun orang-orang  yang dipilih oleh Nai Phya dan dihantar memerintah di dalam wilayah-
wilayah yang tersebut itu ialah demikian :
1.    Tuan Haji Sulong diangkat menjadi Raja Patani duduknya di Kota Gerisik

2.    Tuan Nik diangkat menjadi Raja Nongcik duduknya di Kota Nongchik.

3.    Tuan Mansur diangkat menjadi Raja Reman duduknya di Kota Baharu.

4.    Tuan Jalur diangkat menjadi Raja Jalur duduknya di Jala.

5.    Nik Dah diangkat menjadi Raja Legeh duduknya di Kota Legeh.

6.    Nik Dih diangkat menjadi Raja Sai duduknya di Jerenga.

Adapun Tuan Haji Sulong yang menjadi Raja Patani itu ialah seorang daripada anak cucu keluarga
Datuk Pangkalan duduknya dengan berumah tangga di kampung Gerisik. Selain daripadanya ialah
orang-orang  yang dipercayai oleh Nai Phya belaka. Di dalam masa Tuan Haji Sulong menjadi Raja
Patani, baginda sangatlah mengambil berat terhadap urusan agama Islam, dan baginda inilah yang
membina masjid di pintu gerbang yagn masih ada bekasnya di Kampun Gerisik hari ini.

     Dalam tahun Masehi  1871, Tuan Jalur yang memerintah wilayah Jala itu pun mangkat dan
diganti oleh anaknya bernama Tuan Bangkok menjadi pemerintah di situ. Kemudian daripada itu
Tuan Nik Raja Nongchik pula mati dan diangkat Tuan Kecik adik kepada Tuan Sulong Raja Patani
menggantinya memerintah di wilayah Nongchik itu. beberapa tahun kemudian Tuan Mansur Raja
Reman pun mati pula dan diganti oleh anaknya bernama Tuan Kundur. Demikianlah adanya
pemerintahan di dalam negeri Patani sewaktu dia telah dijajah oleh kekuasaan orang-orang  Siam itu
cara pemerintahannya adalah di bawah kongkongan penjajahan mereka.

     Mulai dari sini negeri Patani pun adalah berkaitan dengan ngeri Kedah pul. Oleh itu eloklah kita
bawakan sedikit sejarah yang berkenaan dengan negeri Kedah itu dalam masa ia ada berhubung
dengan sejarah kerajaan Melayu Patahi dan orang-orang  Siam-Thai pada masa itu supaya senang
kita memahamkannya.

     Pada masa itu negeri Kedah telah diperintah oleh seorang Raja Melayu yang bergelar Sulatan
Ahmad Abdul Halim Syah atau Tengku Pengiran namanya. Tetapi akhirnya baginda ini telah
ditewaskan oleh Raja Siam-Thai lalu lari menyelamatkan dirinya ke Melaka dan di negeri Kedah pun
diperintah oleh seorang anak raja Siam Ligor.

     Pada tahun Masehi  1831 adalah seorang putera dari keluarga Raja Kedah itu bernama Tunku
Kudin telah mengumpul sekalian rakyat Kedah yang masih taat setia kepada rajanya melancarkan
serangan ke atas orang-orang  Siam di Kedah itu. Akhirnya dapatlah merebut kembali Kota Istana
yang diduduki oleh Raja Siam dan Raja Siam denga orang-orang  besarnya lari kembali ke Singgora.
Kemudian dia telah berunding dengan Raja Singgora serta dengan bapanya Raja Ligor untuk
mengadakan sebuah angkatan yang besar bagi mengalahkan semula orang-orang  Kedah itu.
Masing-masing un bersetuju atas cadangan ini lalu mereak mengadakan sebuah angkatan perang
yagn bergabung dari orang-orang  Siam Singgora dengan orang-orang  Siam Ligor.

     Angkatan orang-orang  Siam ini telah datang melancarkan serang balas yang hebat ke atas
negeri Kedah. Tunku Din sendiri telah keluar memimpin rakyat Kedah itu melawan serangan orang-
orang  Siam-Thai. Peperangan ini telah berlaku dengan berlanjutan  tetapi serangan angkatan orang-
orang  Siam itu tidak berjaya hendak meneawaskan orang-orang  Kedah, dan terpaksa Raja Siam itu
mengundurkan angkatan perangnya kembali ke Singgora. Sepanjang-panjang pengudurannya telah
turut diserang oleh Tunki Din dengan rakyatnya hingga sampai juga ke Singgora.
     Melihat kepada serangan orang-orang  Kedah itu telah sampai dalam negerinya, Raja Singgora
pun memberitahu hal ini kepada Raja Siam di Bangkok serta meminta bantuan dengan segeri
kepadanya. Sepucuk surat pula telah dihantar kepada Raja Nai Phya di Patani meminta bantuan
juga kepadanya buat melawan orang-orang  Kedah itu. Setelah suratnya sampai di Patani, Raja Nai
Phya pun mengarah sekalian raja-raja dari eman buah wilayah dalam Patani itu membawa rakyat
masing-masing datang berkumpul di wilayah Jering (Jambu) kerana akan dihantar kepada Raja
Singgora. Raja Patani, Raja Nongchik, Raja Legeh dan Raja Yala membawa rakyat masing-masing
berkumpul di Jering hanya Raja Sai dan Raja Remen sahaja yang tidak datang. Nai Phya pun
menyuruh raja-raja yang tersebut membawa rakyatnya berjalan ke Singgora, tetapi raja-raja itu
enggan menjalankan suruhannya kerana mereka telah tahu rakyat-rakyatnya akan dibawa berperang
melawan saudara-saudaranya orang-orang  Kedah iaitu saudara-saudara yang sebangsa dengan
mereka juga. Di sini terpaksalah Nai Phya menjalankan kekerasan dan ugutan hingga empat orang
raja-raja itu sanggup hendak membawa rakyat-rakyatnya ke Singgora baharulah berhenti
kekerasannya.

Gambar : Masjid lama Gerisik, Patani atau digelar Pintu Gerbang Hang Tuah

     Dalam hal yang demikian empat orang raja-raja ini telah berunding dengan sulit untuk
memutuskan soal ini. Keputusannya masing-masing telah tetap tidak mahu membawa rakyatnya ke
Singgora berperang dengan saudaranya orang-orang  Kedah itu dan masing-masing telah bersetuju
mahu memberontak melawan Raja Nai Phya dan orang-orang  Siam yang ada di dalam Patani.

     Setelah itu empat orang raja-raja ini telah memerintah rakyat masing-masing mengakat senjata
dan bersatu menyerang orang-orang  Siam yang ada di dalam Patani itu.  Oleh kerena orang-orang
Siam itu sangat sedikit bilangannya tidak berdaya mereka hendak melawan pemberontakan orang-
orang  Melayu. Banyaklah orang-orang  Siam itu telah dapat dibunuh oleh mereka dan banyak pula
yang sempat melarikan diri ke Singgora. Tetapi telah dibunuh juga oleh orang-orang  Melayu itu
hingga sampai ke Tiba, Cenak dan masuk ke dalam sempadan Singgora lalu orang-orang  Melayu
itupun bertemulah dengan saudaranya orang-orang  Kedah yang sedang berperang dengan orang-
orang  Siam Singgora itu.
     Orang-orang Melayu Patani itu masuklah pula bersatu dengan saudaranya orang-orang  Kedah
sama-sama melawan orang-orang  Siam-Thai. Di dalam peperangan ini orang-orang  Melayu Patani
telah berkubu di Bukit Anak Gajah. Sewaktu peperangan sedang berlaku dengan hebat itu,
sampailah angkatan orang-orang  Siam-Thai dari Bangkok diketuai oleh Phray Phrak Khlang yang
dihantar oleh rajanya membantu Raja Singgora. Angkatan ini ialah suatu angkatan perang yang
besar lengkap dengan senjata-senjata yang banyak, setelah di amsuk bersatu dengan orang-orang
Siam Singgora itu bertambah besar kekuatan mereka melawan orang-orang  Melayu. Tetapi orang-
orang  Melayu itu terus juga melawan dengan tidak mengendahkan kekuatan musuhnya yang lebih
besar itu. Dalam hal yang demikian Tengku Kudin panglima angkatan orang-orang  Kedah itu mati
dalam perjuangan, dan mulalah orang-orang  Kedah itu berpecah-belah melarikan diri masing-
masing.

     Orang-orang Melayu Patani bila melihat saudaranya itu telah berpecah-belah, serta mereka telah
percaya tidak akan berdaya melawan orang-orang  Siam-Thai yang lebih besar kekuatannya itu,
mereka pun terpaksa mengundurkan diri kembali ke Patani dan masing-masing berazam akan
membuat pertahanan yang akhir di Patani.

          Setelah itu panglima Siam-Thai Phray Phrak Khlang telah mengumpul semua angkatan perang
orang-orang  Siam itu dan dibahaginya menjadai dua pasukan. Pasukan yagn pertama dihantar
menyerang orang-orang  Kedah dan pasukan yang kedua dihantar menyerang orang-orang  Patani.
Pasukan yang pertama itu mulalah melacarkan serangannya ke atas negeri Kedah dengan
menumpahkan semua kekuatannya. Kesudahannya negeri Kedah dapatlah ditakluknya kembali dan
diangkat Raja Siam yang dahulu juga menjadi pemerintah siam di situ. Setelah selesai peperangannya
dengan orang-orang  Kedah itu beredarlah pasukan yang kedua dengan diketuai sendiri oleh panglima
Phray Phrak Khlang menuju ke Patani dengan beberapa buah kapal perangnya. Setelah sampai di
Patani diapun mendaratkan orang-orangnya di pantai Kuala Patani kemudian menyerbu masuk ke dalam
negeri. Orang-orang Melayu di bawah pimpinan empat orang rajanya bertahanlah dengan bersungguh-
sungguh.

          Adapun Tuan Sulong yang menjadi pemerintah negeri Patani pada masa itu ialah saudara kepada
Sultan Kelantan yang beranam Long Muhamad. Bila diketahuinya negeri Patani diserang oleh orang-
orang  Siam itu baginda Long Muhamad pun menghantar bantuan sepasukan rakyat Kelantan menolong
orang-orang  Patani yang berperang melawan orang-orang  Siam-Thai. Pasukannya diketuai oleh Raja
Muda Kampung Laut serta anaknya Tengku Besar (Tengku Muhamad) dan Raja Banggol. Demikian juga
Sultan Terengganu telah menghantar sebuah angkatan bantuannya ke Patani dengan diketuai oleh
Panglima Tengku Idris, Panglima Encik Kulan, Panglima Wan Kamal dan Panglima Encik Ismail. Setelah
angkatan bantuan ini sampai di Patani, masuklah bersatu dengan orang-orang  Patani berperang
melawan orang-orang  Siam.

          Peperangan ini telah berlaku dengan sehabis-habis dahsyat dlaam sejarah Patani. Phray Phrak
Khlang telah memerintah orang-orang  Siam itu berperang dengan berhabis-habisan. Dia tidak
mengindahkan kerugian dan kebinasaan yang ditanggungnya lebih banyak daripada orang-orang
Melayu itu. Kesudahannya pertahanan orang-orang  Melayu pun roboh dan pintu kemenangan mulalah
terbuka kepada orang-orang  Siam itu. Orang-orang Melayu yang tidak berkuasa mempertahankan
serangan mereka. Terpaksalah berpecah belah menyelamatkan diri masing-masing. Rakyat-rakyat
Kelantan dan Terengganu sekali dengan panglima-panglimanya telah mengundur kembali ke negeri
masing-masing.

          Tuan Sulong Raja Patani dengan Tuan Kundur Raja Jalur telah undur dengan anak isterinya
berlindung di Kelantan. Sementera itu Tuan Kecik Raja Nongcik dan Nik Dah Raja Legeh mengundurkan
diri ke ulu negeri Patani tetapi diburu juga oleh orang-orang  Siam hingga sampai ke daerah Jarum
sempadan Perak. Berlaku pula perjuangan di antara dua orang raja itu dengan orang-orang  Siam
akhirnya Tuan Kecik mati dalam perjuangan dan Nik Dah berlepas ke Perak.
          Setelah raja-raja Patani itu habis melarikan diri masing-masing, maka rakyat di dalam negeri
Patani pun menderitalah kesengsaraan kerana ditindas, dibunuh dan dicabul oleh orang-orang  Siam-
Thai yang menyangka dirinya telah menang di dalam segala-gala perjuangan itu. Segala harta benda
dan makanan orang-orang  Melayu itu seperti padi, berass, ayam, itik dan lain-lain habis dipunggahnya
bawa ke kapal sebagai harta rampasan perang.

          Sesudah puas mereka bermaharajalela di dalam Patani itu. Phray Phrak Khlang panglima Siam
telah mulai pula melengkapkan angkatan perangnya akan melanggar negeri Kelantan dan Terengganu
kerana menuntut bela atas perbuatan raja-rajanya yang telah membantu orang-orang  Melayu Patani
berperang dengan orang-orang  Siam itu.

          Bila kala hal ini telah diketahui oleh Long Muhamad Sultan Kelantan itu, bimbanglah baginda nanti
negeri Kelantan pula diserang dan ditakluk oleh orang-orang Siam-Thai itu. Dan supaya mengawal
negeri Kelantan jangan menanggung nasib seperti negeri Patani itu. Maka Sulatan Kelantan itu teah
menghantar utusan damainya kepada Phray Phrak Khlang mengaku hendak tunduk kepada Raja Siam
serta sanggup membayar kesalahannya itu dengan wang sebanyak 50,000 dolar. Dan Tuan Sulong Raja
Patani dengan Tuan Kundur Raja Jalur serta anak isterinya yang ada di Kelantan itu, terpaksalah
dihantar kembali kepada panglima Siam itu. Dan cadangannya hendak menyerang negeri Kelantan pun
diubah.

          Kemudian panglim Siam-Thai itu menghantar utusannya kepda Sultan Terengganu
memperingatkan kesalahannya membantu orang-orang  Patani dan memaksa hendaklah menghantar
kembali sekalian orang-orang  Patani yang telah lari berlindung di Terengganu iut. Istimewa panglima-
panglima Patani iaitu Panglima Damit, Panglima Mahmud, Panglima Pik dan Panglima Ahmad. Sekalian
orang-orang  Patani dengan panglima-panglimanya ini telah diserahkan oleh Sultan Terengganu kepada
panglima Siam yang sedang menunggu di Patani.

          Setelah pemerintahan di dalam negeri Patani diatur semula oleh panglima Siam itu. Maka dalam
bulan September tahun 1832 angkataan perang orang-orang  Siam-Thai itu pun kembali ke Bangkok
dengan membawa beberapa banyak orang-orang  tawanan perang serta dengan harta benda rampasan
di dalam Patani. Orang-orang tawanan Melayu Patani yang dibawa oleh Siam pada kali ini tidak kurang
daripada 4,000 orang iaitu lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Azab sengsara yang ditanggung oleh
orang-orang  Melayu yang dikurung di dalam kapal-kapal perang Siam-Thai sewaktu di dalam perjalanan
ke Bangkok itu tidaklah dapat hendak dituliskan di sini dan beberapa banyak pula di antara mereka itu
telah mati di dalam kapal sebelum sampai di Bangkok.

          Sebelum orang-orang  Siam itu kembali raja-raja di dalam wilayah-wilaya kecil dalam Patani yang
telah ditangkap atau mati itu pun telah diangkat semula oleh panglima Siam menggatinya iaitu :

Di Patani diangkat Nik Yusuf orang Gerisik

Di Nongcik diangkat Nai Ming Orang Siam Cenak

Di Jala diangkat Nai Him Sai (Luang Sawad Phakdi) penolong raja Nai Phya

Di Legeh diangkat Nik Bongsu seorang yang setia kepada Nai Phya.

          Adapun Nai Him Sai Jala itu duduknya di Kubang Teras, Nik Bongsu Raja Legeh duduknya di
Tanjung Mas, Nik Yusuf Raja Patani dudukunya di Kuala Bekah iaitu di sebelah hilir gedung Cina hari ini.

          Semenjak dari masa itu negeri Patani dan Kedah duduklah di bawah kekuasaan Raja Siam iaitu di
Kedah diperintah oleh anak Raja Siam Ligor dan di Patani diperintah oleh rajaa-raja yang diletak oleh
orang-orang  Siam-Thai.
          Pemerintahannya terus menerus berjalan hingga sampai pada tahun Masehi  1838, adalah dua
orang anak raja dalam keluarga raja-raja Kedah bernama Tunku Muhamad Saad dan Tunku Abdullah.
Kedua anak raja ini telah mengatur rancangan gerakan sulit yang bertujuan hendak menggulingkan
kuasa raja Siam dan merampasa kembali takhta kerajaan Melayu Kedah. Setelah sampai hari baik ketika
baik, rakyat-rakyat Kedah di bawah pimpinan kedua anak raja itu terus menyerang orang-orang  Siam.
Denga sekali serentak sahaja dapatlah merebut kembali Kota Istana dan membunuh orang-orang  Siam
yang ada di dalam Kedah tetapi rajanya telah sampai lari ke Singgora dengan rakyatnya.

          Orang-orang Siam yang melarikan diri itu terus sahaja diburu dan diusir oleh orang-orang  Kedah
hingga sampai di Cenak. Di sini orang-orang  Siam Singgora pun datanglah membantu rakan-rakannya
menahan serangan orang-orang  Kedah itu. Dengan kerana serangan orang-orang  Kedah itu semakin
lama semakin kencang, raja Singgora pun menghantar utusannya ke Bangkok, meminta bantuan dengan
segera. Dan utusan yang seumpama itu dihantar juga kepda Raja Nai Phya di Jering.

          Raja Nai Phya pun memanggil sekalian raja-raja dari wilayah-wilayah yang tersebut membawa
rakyat masing-masing ke Singgora. Oleh sebab raja-raja itu orang yang taat setia kepada Raja Nai Phya
dan telah lama menjadi perkakasan pemerintahan kepadanya, tidaklah menjadi apa-apa halangan lagi
hanya raja-raja itu membawalah rakyat masing-masing ke Singgora. Tetapi bila mereka sampai di Cenak
banyaklah di antara mereka tidak suka membantu orang-orang  Siam. Tambahan pula mereka akan
dibawa berperang melawan saudaranya orang-orang  Kedah, rakyat-rakyat Patani yang lari itu telah
masuk bersatu dengan saudaranya orang-orang  Kedah berbalik melawan orang-orang  Siam.

          Peperangan ini terus berlaku beberapa lamnya hingga orang-orang  Melayu pun lemah. Tunku
Muhamad Saad ketua orang-orang  Kedah itu telah mati di dalam perjuangan dan Tunku Abdullah pula
mengundurkan orang-orangnya kembali ke Kedah. Di belakang pengundurunnya diikuti pula oleh
serangan orang-orang  Siam itu hingga sampai di Kedah. Oleh kerana kekuatan orang-orang  Kedah itu
telah habis digunakkan di dalam peperangan, dengan senang sahaja negeri Kedah pun jatuh semula ke
tangan orang-orang  Siam. Orang-orang Melayu Patani yang bersatu dengna orang-orang  Kedah itu pun
terpaksalah lari membawa diri masing-masing sahaja.

          Setelah tamat peperangan itu , Raja Singgora pun menyuruh raja-raja Patani dari emam buah
wilayah itu kembali membawa rakyat masing-masing kerana dia telah merasai bimbang kalau-kalau
berbangkit pula pemberontakan orang-orang  Melayu Patani. Tiada beberapa tahun kemudian, Raja Nai
Phya yang memerintah di wilayah Jering pun mati. Kematiannya telah diberitahu kepada pusat
pemerintahan di Singgora, oleh itu dengan perintah Raja Singgora telah dilantik Nai Him Sai Raja Yala
menjadi raja memerintah di Jering itu menggantinya. Kemudian dilantik pula orang Siam Singgora
bernama Nai Muang menjadi raja memerintah di Jala, dan Nai Muang telah berpindah dari Kota Kubang
Teras mendiri sebuah kota yang baharu di Kampung Seting iaitu di seberang Sungai Besirat.

          Di dalam tahun Masehi  1842 negeri Kelantan telah diperintah pula oleh Sultan Tuan Senik Mulut
Merah. Pada tahun ini udara perselisihan sedang mendung dengan gelapnya di kalangan keluarga diraja
Kelantan. Perselisihan ini telah berlaku di antara sultan itu dengan beberapa orang saudaranya iaitu
Sultan Dewa (Raja Penambang), Raja Muda, Tengku Seri Indera dan Tengku Muhamad (Tengku Besar)
anak Raja Muda Kampung Laut. Dengan kerana perselisihan ini telah membawa berlaku permusuhan
dan peperangan saudara di antara sultan itu dengan raja-raja yang tersebut.

          Setelah peperangan saudara itu berlaku beberapa lama dan tiada terbayang pun harapan akan
dapata berdamai dengan baik. Maka kedua belah pihak itu telah mengadukan hal ini kepada Raja Siam
di Bangkok, Pengaduan ini telah diterima dengan baik oleh Raja Siam lalu dia menghantar seorang
orang besarnya bernama Phraya Thai Nam bersama-sama dengan Raja Ligor dan Raja Singgora datang
ke Kelantan kerana menjadi orang tengah mendamaikan peperangan itu.

          Berbetulan dengan masa raja-raja Siam-Thai itu berkerja mendamaikan peperangan saudara di
Kelantan, Nai Him Sai (Luang Sawad Phakdi) Raja Jering pun mati dan diangkat Nik Yusuf Raja Patani
menggantinya. Oleh sebab di Patani tidak ada raja yang memerintah lalu dipersilakan Tengku Muhamad
(Tengku Besar) anak Raja Muda Kampung Laut itu berangkat ke Patani kemudian dengan rasmi dilantik
menjadi raja memerintah negeri Patani. Manakala segala pentadbiran di dalam negeri terletak di bawah
kawalan dan perhatian Raja Siam Singgora demikian juga Sultan Dewa telah berangkat ke Ligor dan
tetaplah dia tinggal di sana.

          Sewaktu keberangkatan Tengku Muhamad ke Patani itu adalah diiringi oleh seorang saudara
perempuannya bernama Tengku Tuan Menanjiwa dan Tengku Banggol ayah saudaranya serta kaum
keluarganya telah bersama-sama mengikut. Demikian juga Tengku Long Ahmad Raja Bukit, sekalian
raja-raja itu pun tinggallah bersama-sama dengan Tengku Muhamad di Patani.

          Pada mula-mulanya Tengku Muhamad itu telah berbuat kampung istana di  Seberang Hujung
Tanjung, sekarang dipanggil Kampung Tengku Besar Semerak. Tetapi tiada berapa lama kemudian telah
didapati kawasan yang kampung itu tidaklah berapa baik dan sesuai dengan keadaan geografi, lalu
masing-masing berpindah. Membuat  kota istana yang baharu Kampung Cabang Tigaa dan di situlah
telah kekal menjadi kota istana raja-raja Patani hingga sampai pada hari ini.

          Setelah Tengku Muhamad itu dilantik menjadi Raja Patani, lalu digelarkan Sultan Muhamad dan di
sisi Raja Siam Bangkok digelarkan “Phraya Tani”. Dengan kehendak dan perintah Raja Siam itu juga
sekalian keluarga diraja yang mengikut bersama-sama dengan Tengku Muhamad ke Patani itu telah
diberi jawatan masing-masing. Raja Banggol dilantik menjadi Phraya Phitak ertinya jawatan penasihat
kepada Sultan Patani dan raja-raja yang lain daripadanya telah dilantik menjadi pegawai-pegawai tinggi
kerajaan belaka. Setelah dua tahun kemudian Raja Banggol dan Tengku Long Ahmad Raja Bukit itu ,
kedua-duanya telah mangkat di Patani. kemudian dilantik Tengku Tengah anak kepada Raj Banggol itu
menjadi Phraya Phitak mengganti ayahandanya.

          semenjak itu negeri Patani mulalah diperintah oleh raja-raja dari Kelantan yang dilantik oleh Raja
Siam. Cara-caranya pemerintahan dalam negeri telah dijalankan di bawah perhatian dan kawalan Raja
Siam yang berpusat di Singgora. Yang demikian daulat Sultan Muhamad dan orang-orang besarnya itu
keadaannya tidak lebih dari hujung telunjuk Raja Siam, ertinya pemerintahan dijalankan mengikut kuit
telunjuk Raja Siam atas kemahuannya kerana mengikut kepada dasar-dasar  penaklukan mereka. Hanya
di dalam abad pemerintahan Sultan Muhamad ini, suasana di dalam negeri Patani adalah kian
bertambah aman tenteram.

          Tiada beberapa lama kemudian, Nai Ming raja Nongcik telah dicabut oleh Raja Siam dari jawatan,
alasannya kerana lemah di dalam pemerintahan, kemudian dilantik Nai Kliang, anak kepada Nai Him Sai
bekas Raja Jering dahalu, menjadi Raja Nongcik menggantinya. Nai Kliang ini telah memindahkan pusar
pemerintahannya dari kota Nongcik kepada Kampung Tok Jong.

          kemudian dari situ, Nai Muang Raja Jala pula dipecat dari jawatannya oleh Raja Siam kerana
kurang kelayakannya dalam pemerintahan. Kemudian dilantik Tengku Muhamad Saleh (Tuan Batu Putih)
menjadi raja Jala dan Tengku Muhamad Saleh ini telah memindahkan semual pusat pemerintahannya ke
Kampung Jalur seperti dahulu kala.

          Kemudian dari itu Nik Dah Raja Sai yang duduk di kota Jerenga pun mangkat dan dilantik Tengku
Jalaludin (Nik Lebai) anaknya menjadi raja di situ pula.

          Dalam tahun Masehi  1853, Nik Yusuf Raja Jeringpun mangkat, raja inilah yang digelar oleh orang-
orang  Patani Raja Tok Ki. Kemudian Raja Siam Singgora telah melantik Sultan Dewa yang duduk di
negeri Ligor menjada Raja Jering itu menggantinya. Setelah itu berpindahlah Sultan Dewa dengan anak
beranaknya memerintah di Jering dan anaknya yang bernama Tengku Sulong telah diangkat menjadi
penolongnya dengan bergelar Luang Suthon Raja.
Lebih kurang setahun lamanya Sultan Dewa menjadi raja memerintah di Jering itu pun mangkat dan
anaknya Tengku Sulong itu telah meminta izin kepada Raja Siam, berpindah kembali ke Kelantan keran
ia tidak suka lagi tinggal di Jering. Kemudian dilantik Nik Timun anak kepada Raja Nik Yusuf bekas Raja
Jering yang dahulu itu, menjadi raja memerintah di Jering pula.

          Dalam tahun Masehi  1856 Sultan Muhamad Raja Patani pun mangkat, baginda ini telah
dimakamkan di perkuburan Tanjung Datuk. Oleh itu digelarkan orang al-Marhum Tanjung hingga sampai
sekarang. Kemangkatan baginda ini telah meninggalkan empat putera dan dua orang puteri iaitu :

1.    Tengku Puthih kemudian menjadi Raja Patani yang kedua.

2.    Tengku Bulat (Tengku Haji Tua)

3.    Tengku Husin (Tengku Sulaiman Sharifudin) Raja Patani yang keempat.

4.    Tengku Tenal bersuami kepada Raja Remen.]

5.    Tengku Labuh bersuaami kepada Tengku Cik anak Tengku Banggol.

Kemudian dengan kehendak dan persetujuan Raja Siam telah melantik Tengku Putih menjadi Raja
Patani mengganti ayahandanya dan diberi gelaran “Phraya Wicit Phakdi”

          Di dalam masa pemerintahan Tengku Putih ini, negeri Patani telah mulai bertambah-tambah ramai
penduduknya terutama abli perniagaan  bangsa-bangsa asingpun banyaklah yang datang berniaga di
dalam Patani. Di antara mereka itu yang lebih banyak sekali ialah orang-orang  Cina, dengan kerana
banyaknya orang-orang  mereka lalu dipanggil kampung yang didudukinya dengan nama Kampung Cina
hingga terkenal sampai hari ini.

          Tiada berapa tahun kemudian Tuan Kundur Raja Remen, Tengku Muhamad Saleh (Tuan Batu
Putih) Raja Jala yang kedua pun mangkat dilantik Tuan Timun anak Tuan Kundur itu menjadi Raja
Remen bergelar Phraya Ratna Phakdi, raja inilah yang berpindah berbuat kampung di Kota Baharu,
Remen yang ada sekarang ini. Di Jala telah dilantik Tengku Sulaiman (Tuan Kecik) anak Tengku
Muhamad Saleh menjadi raja mengganti ayahandanya dengan bergelar Phraya Narongrit Phakdi.

          Demikian juga di wilayah Nongcik, setelah kematian rajanya yang bernama Nai Kliang lalu dilantik
seorang pembesar Siam bernama Nai Ming menjadi raja di situ dengan bergelar Phraya Phitera Phibit
Narobit.

          Kemudian daripada itu Tengku Jalaludin (Nik Lebai) Raja Sai dan Tuan Timun Raja Remen
mangkatlah pula, lalu dilantik Tengku Abdul Kadir (Nik Kalpit) anak Tengku Jalaludin itu menjadi Raja
wilayah Sai dengan bergelar Phrak Suria Suthon Phakdi dan dilantik Tengku Abdul Mutalib (Nik Pik)
menjadi penolongnya dengan bergelar Phrak Ratna Montri. Tengku Abdul Kadir inilah yang mendirikan
kota istana raja di Selindung Bayu atau Teluban pada masa ini.

          Di wilayah Reman, dilantik Tengku Abdul Kadis (Tuan Jagung) adik kepada Tuan Timun tadi
menjadi rajanya bergelar Phraya Ratna Phakdi dan dilantik Tuan Bali Jawa anak Tuan Timun itu dan
Tuan Lebeh anak Tengku Abdul Kandis menjadi penolong keduanya. Tengku Putih telah terus menerus
menjalankan pemerintahan di dalam negeri Patani dengan secara aman tenteram hingga memasuki
tahun Masehi  1881 baginda pun mangkat setelah menduduki atas takhta kerajaan Patani selama 26
tahun. Di dalam masa hayat itu baginda telah mempunyai dua orang isteri.

          Di Kelantan beristeri kepada Tengku Raja puter kepada Sultan yang menjadi penasihat raja
(Phraya Phitak). Pada masa baginda mangkat itu ialah sewaktu baginda sedang gering di Kelantan
hingga baginda mangkat pun di Kelantan juga oleh itu baginda digelarkan al-Marhum Mangkat di
Kelantan.

Gambar : Sungai ini digali oleh Tengku Abdul Kadir, Raja Patani bertempat di Kampung Perigi; Patani.

          Kemangkatan baginda telah meninggal seorang putera dan eman orang puteri iaitu :

          Dengan isteri di Kelantan

1.    Tengku Besar (Tengku Timun)ialah Raja Patani yang ketiga.

2.    Tengku Embong isteri Raja Bendahara Kelantan.

Dengan isteri di Patani

3.    Tengku Embik isteri Tengku Muhamad Kelantan

4.    Tengku Tengah isteri Raja Yala

5.    Tengku Pik isteri Tengku Muhamad anak Raja Belat.

6.    Tengku Patani isteri Tengku Besar Indera Raja Kelantan.

7.    Tengku Muhamad menjdi Raja Muda dalam pemerintahan Tengku Sulaiman Sharifudin.
Manakala Tengku putih sudah mangkat lalu dilantik puteranya Tengku Besar (Tengku Timun) duduki
takhta kerajaan Patani menjadi Raja yang ketiga. Adapun pada masa itu pangkat jawatan penasihat
raja belum lagi dilantik orang-orang  yang memangkunya kemudian daripada mangkat Raja Banggol
itu lalu dilantik Tengku Tengah anak Raja Banggol menjadi Penasihat Raja. Tengku Sulaiman
menjadi Raja Muda dan dilantik Tengku Abdul Kadir anak Tengku Tengah menjadi Penolong Raja.

     Dalam antara itu juga Nai Ming Raja Nongcik pun mati dan diganti oleh seorang orang Siam
bernama Nai Ming serta diberi gelaran Phraya Phitcra Kibal.

     Tidak berapa lama kemudian Nik Timun Raja Jering pun mangkat lalu dilantik adiknya Nik Mat
menjadi raja pemerintah di situ dengan diberi gelaran Phrya Phipit Sinamat.

     kemudian daripada itu Nai Ming Raja Nongcik pun mati serta Nik Bongsu Raja Legeh pula
mangkat lalu dilantik Nai Tad menjadi Raja Nongcik dan dilantik Tuan Andak anak Nik Bongsu itu
menjadi Raja Legeh dengan bergelar Phraya Pupha Phakdi.

          Tengku Besar (Tuan Timun) telah menduduki atas takhta kerajaan Patani selama sembilan tahun
iaitu menjadi Raja Patani yang ketiga menjalankan pemerintahan di bawah kawaland an perhatian Raja
Siam-Thai. Dengan kerana negeri Patani pada masa itu telah terjatuh ke bawah penaklukan Raja Siam
maka terkawallah soal keselamatan negeri dari diserang oleh musuh-mushnya. Oleh itu dalam sejarah
pemerintahan Tengku Besar ini negeri Patani tidaklah lagi berlaku permusuhan mahupun musuh-
musuhnya dari luar negeri atau musuhnya yang ada di dalam negeri iaitu orang-orang  Siam-Thai sendiri.

          Hingga sampai pada tahun Masehi  1890 Tengku Besar pun mangkat serta dimakamkan
diperkuburan (Tok Ayah) yang ada sekarangini. Kemangkatan baginda telah meninggalkan dua orang
putera dan tiga orang puteri serta mempunyai tiga orang isteri iaiu Cik Wa, Mek Puteh dan Cik Mek Cik
Teh.

          Dengan isteri Cik Wa :

1.    Tengku Besar, isteri Raja Muda Kelantan.

2.    Tengku Wok, isteri Tengku Husin (Tengku Besar Nai RA)

Dengan isteri Mek Putih :

3.    Tengku Nik Haji (Tengku Ismai)

Dengan isteri Cik Mek Cik Puteh iaitu:

4.    Tengku Tengah, isteri Tengk Ngah putera Raja Sai.

5.    Tengku Muhamad (Tengku Cik Ku Mat)

Setelah Tengk Besar mangkat lalu dilantik Tengku Sulaiman Sharifudin Raja Muda, menaiki takhta
kerajaan Patani dengan bergelar Sultan Sulaiman Sharifudin iaiut menjadi Raja Patani yang keempat
dalam zaman penaklukan Siam-Thai, dan bergelar di dalam bahasa Siam Phraya Wicit Phakdi.

     Kemudian dilantik Tengku Muhamad putera Tengku Besar iut juga menjadi Raja Muda, pada
masa itu Tengku Tengah yagn memangku jawatan penasihat raja (Phraya Phitak) itupun mangkat
pula lalu diganti oleh anaknya Tengku Abdul Kadir memangku jawatan itu. Serta dilantik Tengku
Abdul Kadir putera Sulaiman itu menjadi Penolong Raja (Phra Phipit Phakdi)
     Di dalam masa pemerintahan Sultan Sulaiman Sharifudin ini, banyaklah baginda membuat
kebaktian terhadap keselamatan dalam penghidupan rakyat jelata Patani. Di antaranya ialah
menggali sebuah sungai kerana membetulkan sugan Patani yang bengkok iaitu dikenali mulai dari
kampung Perigi hingga sampai ke kampung Anak Buluh panjangnya lebih kurang 7 kilometer,
sekarang telah terkenal dengan mana Sungai Baru.

     Selain dari itu, baginda sangatlah mengambil berat dalam urusan agama Islam dan dengan
kehendaknya juga telah terbina sebuah masjid batu yang besar hingga sekarang masih terdiri
dengan kukuhnya iaitu terkenal dengan nama Masjid Besar Cabang Tiga yang ada pada hari ini.
Baginda Sultan Sulaiman Sharifudin  ini tidaklah bersemayam di dalam kota istana yang dibuat oleh
al-Marhum Kelantan yang dahulu itu dan baginda telah berbuat sebuah kota Istana yang baru arah
sebelah matahari naik kota itu, di dalamnya baginda bersemayam hingga mangkat. Di dalam kota
Istana yang baharu ini juga menjadi tempat semayam Tengku Muhamad Raja Muda.

     Tiada berapa tahun kemudian Tuan Andak Raja Legeh pun mangkat, lalu dilantik Tuan Tengah
saudaranya iaitu anak kepada Tuan Sulong menjadi Raja Legeh menggantinya. Demikian juga
apabila Nik Mat Raja Jering mangkat maka dilantik Nik Wok anaknya menjadi raja memerintah di situ
pula.

     Sultan Sulaiman Sharifudin  telah menjalankan pemerintahan dengan adil saksama serta banyak
baginda berbakti kepada rakyat jelata. Kerajaan Patani sekalipun pemerintahan baginda dijalankan di
bawah kawalan perhatian Raja Siam-Thai tetapi soal menyelenggarakan kepentingan bangsa negeri
dan kerajaan tidak ditinggalkan sahaja oleh baginda itu.

     Setelah 10 tahun lamanya Sultan Sulaiman Sharifudin  menduduki di atas takhta kerajaan Patani
hingga memasuki tahun Masehi  1899 iaitu bersamaan pada hari Jumaat 4 bulan Rabiulawal 1316H
baginda pun mangkat dan dimakamkan perkuburan Tok Ayah juga.

     Kemangkatan baginda telah meninggalkan dua orang putera dan dua orang puteri yang didapati
dari dua orang isteri iaitu:

              Anak dengan bonda Kelantan :

1.    Tengku Sulung isteri Tengku Bentara.

Anak dengan Tengku Nik Putih anak Raja Sai.

2.    Tengku Besar Tuan Kembang isteri Tengku Muhamad Raja Muda.

3.    Tengku Abdul Kadir Kamarudin kemudian menjadi Raja Patani yang kelima.

4.    Tengku Muhamad Saleh.

Kemudian dari kemangkatan baginda itu, lalu dilantik puteranya Tengku Abdul Kadir Kamarudin menaiki
takhta kerajaan Patani menggatikan ayahandanya iaitu menjadi Raja Patani yagn kelima daripada
keturunan raja-raja Kelantan dan ialah juga seorang Raja Melayu yang akhir sekali memerintah negeri
Patani.

          Manakala sampai ada tahun Masehi  1902, Raja Siam-Thai di Bangkok telah mengambil
keputusannya hendak mengubah cara pemerintahan di dalam jajahan takluknya di Patani iaitu
berkehendak supaya tujuh buah wilayah dalam Patani itu dicamtum menjadi sebuah wilayah sahaja dan
dinamakan Boriwen (kawasan). Kemudian dimansuhkan daulat atau kekuasaan raja-raja Melayu yang
bertujuh itu. Serta dilantik seorang Pesuruhjaya Siam mengganti raja-raja Melayu dengan
bertanggungjawap menjalankan pemerintahan di dalam negeri Patani di bawah hukuman dan perhatian
Raja Singgora.

          Raja Siam-Thai sangat mengerti bahawa kehendaknya ini tentu akan mendapat bantahan kuat dari
raja-raja Melayu kerana iaitu bererti mencabul daulat dan kehormatan mereka sebagai raja-raja Melayu
yang mempunyai hak pertuanan di atas negeri Patani. Oleh itu dia telah menghantar seorang Menteri
utusannay ke Patani supaya merundingkan hal itu dengan raja-raja Melayu. Di dalam rundingannya ini
dia telah meminta tanda tangan daripada raja-raja Melayu itu tanda kebenaran dan persetujuan dengan
kehendak Raja Siam itu. Serta dia berjanji akan memberi gaji saraan hidup kepada raja dan kaum
kerabatnya hingga sampai mati. Akan tetapi hak-hak dan pendapatan hasil mahsul di dalam negeri
Patani itu semuanya hendaklah diserahkan kepada Raja Siam di Bangkok, serta tiap-tiap seorang Raja
Melayu itu tidak lagi dipaksa menghantar ufti Bunga Emas ke Bangkok.

          Dengan menggunakan bermacam-macam tipu muslihat. Maka banyaklah di antara raja-raja
Melayu itu telah terpedaya hingga sanggup memberi tandan tangan mengaku bersetuju dengan
kehendak Raja Siam-Thai. Kecuali Tengku Abdul Kadir Kamarudin Raja Patani sahaja yang berkeras
membantah kehendak Raja Siam itu serta tidak mahu memberi tanda tangannya kepada Menteri utusan
Siam yang datang ke Patani itu kerana baginda telah mengerti bahawa kehendak Raja Siam itu
bermaknalah hendak merampas semua sekali hak-hak orang-orang  Melayu yang mempunyai hak
pertuanan di atas negeri Patani. Dan akhinya orang-orang  Melayu juga akan jatuh terkongkong di bawah
penaklukan Siam-Thai bersama-sama dengan hak kebebasan dan kemerdekaan mereka.

          Dengan pengertian ini Tengku Abdul Kadir Kamarudin telah penuh berazam tidak mahu
membenarkan kehendak Raja Siam-Thai. Setelah itu Menteri utusannya mulalah bertindak dengan cara
kekerasan akan menangkap baginda itu. Pada suatu hari pura-pura dipersilakan baginda itu ke rumah
perhentiannya konon katanya hendak mengadakan rundingan yang baik. Bala sahaja baginda datang ke
rumahnya, denga segera ditahan oleh orang-orang  Siam-Thai dalam sebuah bilik tidak dibenarkannya
keluar. Hal ini dijalankan denga cepat ligas hingga baginda sendiri tidak sedar.

          Bila hal penangkapan ini ditetahui oleh panglima-panglima dan orang-orang  besar Melay,
datanglah mereka beramai-ramai hendak merebut rajanya di dalam tahanan orang-orang  Siam itu.
Tetapi baginda berfikir tidak berguna dibiarkan rakyatnya bertumpah darah kerana telah diketahuinya
kekuatan orang-orang  Patani itu terlampau kecil lalu dibiarkan sahaja baginda itu di dalam tahanan.
Istimewa raja-raja Melayu yang lain sudahpun berpihak kepada Raja Siam-Thai dengan memberi tanda
tangan masing-masing. Melainakan Raja Legeh dan Raja Remen sahaja yang berpendatan seperti
baginda. Dalam hai itupun kesudahannya dengan kerana digertak dan diugut oleh orang-orang  Siam-
Thai, terpaksalah raja-raja ini membenarkan kehendak Raja Siam itu.

          Setelah itu Menteri utusan Siam pun kembali ke Bangkok dengan membawa bersamanya Tengku
Abdul Kadir Kamarudin ke sana tujuannya hendak mendesak dan mengancam supaya baginda memberi
tandangan atau bersetuju dengan kehendak Raja Siam itu. Tetapi baginda ialah seorang raja Melayu
yang keras hati dan sangat menghargakan daulat Kerajan Patani terus juga membantah kehendak Raja
Siam-Thai, lalu dihantar baginda itu ke dalam sebuah tempat tahanan di negeri Pitsanuloke duduknya di
utara kota Bangkok.

          Tatkala itu banyaklah di antara orang-orang  Melayu Patani yang taat setia kepada baginda itu
telah bertawakal mengikut bersama-samanya hingga sampai ke Pitsanuloke, setengah mereka ada yang
telah mati di tengah jalan dan ada pula yang telah mati di sanal.

          Setelah dua tahun sembilan bulan lamanya baginda ditahan di situ maka pada tahun Masehi  1905
baginda pun dapatlah kebenaran dari Raja Siam kembali ke Patani. Pasa masa itu cara-cara
pemerintahan di dalam negeri Patani telah berubah dan bertukar mengikut kehendak Raja Siam-Thai.
Negeri Patani telah dicantum menjadi sebuah wilayah dan duduknyadi bawah kawalan dan hukuman
Raja Singgora yang diperintah oleh seorang Pesuruhjaya Siam bernama Phraya Mohibul duduknya di
dalam negeri Patani.

          Sekalian raja-raja yang emam itu pun terhapuslah daulat kekuasaan masing-masing hanya duduk
dengan menerima gaji saraan hidup sahaja hingga sampai mati.

          Setelah kembalinya Tengku Abdul Kadir Kamarudin itu ke Patani, baginda tidak suka lagi duduk di
Patani lalu terus berangkat tinggal di Kelantan beberapa tahun lamanya. Hingga sampai pada tahun
Masehi  1933 baginda pun mangkatlah di Kelantan dengan menghidap penyakit angin sesak.

          Kemangkatan baginda telah meninggalkan tida orang putera dan tiga orang puteri iaitu :

          Dengan Tengku Puteri Kelantan :

1.    Tengku Ahmad Nurudin (Tengku Seri Akar Raja) Kelantan.

Dengan Tuan Namas Patani :

2.    Tengku Zahedah (Tengku Besar)

3.    Tengku Yusuf Samsudin.

4.    Tengku Raudzah bersuami kepada Raja Haji Ahmad Perak.

5.    Tengku Kamariah.

Dengan Maimunah Patani :

6.    Tengku Yah bersuami kepada Tengku Abdul Kadir Petra (Tengku Petra) anak Raja Sai.

7.    Tengku Mahmood Mahyiddeen.

Yang demkian tahun 1902 M ialah tahun kejatuhan negeri Patani yang penghabisan sekali iaitu
kehilangan daulat raj-rajanya. Terhapus hak pertuanan orang-orang  Melayu atas negeri Patani, tergadai
semua hak kebebasan dan kemerdekaan mereka kepada Raja Siam-Thai. Inilah tahun yang sehabis-
habis malang sekali di dalam sejarah kejatuhan Kerajaan Melayu Patani.

          Dengan kemangkat Tengku Abdul Kadir Kamarudin itu habislah raja Melayu yang menduduki
takhta Kerajaan Patani, daripada keturunan raja-raja Kelantan. Dari semenjak itu tidak ada siapa pun lagi
yagn diangkat menjadi Raja Patani. Hanya negeri Patani mulai mejadi sebuah daripada jajahan takluk
kerajaan Siam-Thai.

          Di dalam tahun Masehi  1906 dengan kehendak Raja Siam juga pemerintahan secara Boriwen itu
hapuskan dan diganti dengan suatu cara pemerintahan yang lebih baharu. Lalu sekalian wilayah-wilayah
yang tujuh di dalam Patani itu disatukan semula menjadi sebuah jajahan provinsi Patani, dalam bahawa
Siam dinamakan Monthon Patani. Kemudian di dalam provinsi Patani itu dibahagikan menjadi empat
buah wilayah pula dipanggilnya  iaitu wilaya Patani, Yala, Saiburi dan Narathiwat (Bangnara). Kemudian
dilantik Pesuruhjaya Siam-Thai memerintah di dalam tiap-tiap buah wilayah itu.

          Serta dilantik pula seorang Pesuruhjaya Tinggi (Gabenor General) berpusar di Patan, buat
memerintah di atas empat buah wilayah itu dan sekalian pesuruhjaya di dalam tiap-tiap buah wilayah itu
menjalankan pemerintahan masing-masing dibawah kawalannya. Pesuruhjaya Tinggi itu dinamakan
dalama bahasa Siam Semo Ha Tesa Peba Monthon. Adapun orang Siam yang mula-mula sekali
memangku jawatan Pesuruhjaya Tinggi dalam provinsi Patani itu ialah yang bernama Phraya Sakseni
Narong dan nama gelarannya yang baharu Phraya Deca-Nucit.
Bab 4 :

Negeri Patani Zaman Kebangkitan

Apabila daulat raja-raja Melayu Patani


telah dapat dimansuhkan oleh kerajaan
Siam dalam tahun 1902 dengan ikhtiar tipu
dayanya. Kedudukan negeri Patani
semakin beransur-ansur tercamtum
menjadi sebahagian daripada jajahan
negeri Siam-Thai dan kerakyatan orang-
orang  Melayu Patani pun berubah pula
menjadi kerakyatan warga negara Siam-
Thai. Semenjak itu pegawai-pegawai Siam
yang datang dari kawasan Bangkok
mulalah masuk memegang jawatan di
dalam Patani. Caranya pentadbiran di
dalam negeri Siam-Thai pada masa itu
dijalanakan secara pemerintahan kuasa
raja (autokrasi) yang demikian corak
pemerintahan dalam Patani pun telah
dijalankan dengan mementingkan faedah
dan muslihat dalam Patani pun telah
dijalankan dengan mementingkan faedah
dan muslihat untuk pegawai-pegawai Siam
dan kerajaannya. s

          Orang-orang Melayu telah dikenakan dan dipaksa membayar cukai hasil mahsul kepada kerajaan
dengan sebanyak-banyaknya serta segala kekayaan di dalam Patani hendaklah juga dipungut itu
hendaklah semuanya dihantar ke Bangkok. Sebahagian kecil telah diasingkan kerana perbelanjaan gaji
pegawai-pegawai Siam itu dan boleh dikatakan tidak ada satu bahagian pun dari hasil mahsul itu yang
digunakan dalam urusan kebajikan orang-orang  Melayu yang telah berpenat lelah membayar hasil cukai
itu.

          Kebanyakan daripada pegawai-pegawai Siam itu tidak pernah mengambil berat atas perkara
faedah-faedah dan kebajikan orang-orang  Melayu. kedatangan mereka ke Patani pada mulanya hanya
membawa pangkat jawatan masing-masing sahaja tetapi bila mereka bersara, banyaklah kebun-kebun
yang luas dan kampung halaman yang besar-besar yang didapatinya dalam Patani. Setengahnya pula
bila telah bersaram mereka pun pulanglah ke Bangkok dengan membawa harta benda itu yang boleh
menghidupkan mereka dengam limpah mewah. Pegawai-pegawai Siam-Thai itu tidak pernah menindas
faham kebangsaan Melayu dan agama Islam kerana pada zaman pemerintahan autokrasi itu dasar yang
seumpama ini belum lagi ada mereka telah memerintah dengan senang lenang saja, tetapi mereka tidak
mengambil berat sedikit pun pada memajukana jajahan-jajahan itu melainkan pada perkara yang
mengenai muslihat mereka.
Rajah : Salasilah Raja Patani dari Keturunan Raja Kelantan

          Perkhidmatan dalam perkara kesihatan, pelajaran, dan kemakmuran sama sekali tidak ada,
sekolah-sekolah Siam pada masa itu hanya didirikan dalam bandar untuk faedah anak-anak pegawai
Siam. Sekolah Melayu tidak ada langsung. Sewaktu pemerintah hendak mengadakan jalan-jalan raya
bagi menyenangkan perhubungannya di antara satu jajahan dengan satu jajahan, semuanya terpulang
kepada anak negeri yang membuatnya. Mereka dikerah berkerja menjadi buruh ada kalanya terpaksa
pula membawa bekalan masing-masing.

          Pentadbiran kerja di mahkamah semuanya terpulang kepada Pesuruhjaya Tinggi, kepada pegawai
polis dan akhirnya kepada hakim.

Ada kalanya orang yang dibawa ke mahkamah itu terpaksa menanti berbulan-bulan lamanya sebelum
perkara itu dibicarakan. Hai ini ialah disebabkan pegawai-pegawai itu mahu mengetahui berapakah
banyak wang yang dapat diberi oleh orangyang terdakwa itu kepada mereka apabila perkaranya
dibicarakan.

          Pentadbiran yang dijalankan seumpama ini semuanya dirasa oleh orang-orang  Melayu itu dengan
bergelisah dan tidak puas hait.

          Dalam tahun 1923 orang-orang  Melayu itu mula mengadakan pergerakan enggan membayar
cukai kerana benci atas perbuatan pegawai-pegawai Siam-Thai yang menerima wang dan juga
perbuatan mereka tidak mengambil tahu akan hal pentadbiran memperbaiki negeri. Dalam tahun ini juga
orang-orang  Melayu telah melancarkan pergerakan menuntut kebebasan tetapi pergerakan ini telah
dapat dipadamkan oleh kerajaan Siam setelah berlaku sesuatu pertempuran di antara ahli pergerakan
dengan pasukan polis Siam dalam daerah Mayor (Rakak). Beberapa banyak ketua-ketua Melayu Patani
yang telah dituduh bersubahat dalam pergerakan ini telah ditangkap kemudian dihantar ke Bangkok
dengan alasannya sebagai kaum penderhaka, ada di antara mereka yang telah mati dan terus berkubur
di sana.

          Di antara ketua-ketua Melayu yang mengetuai dalam pergerakan ini ialah Tengku Abdul Kadir
Kamarudi, Raja Patani yang akhir yang telah menolak tawaran kerajaan Siam hendak menjadikannya
raja patung, setelah pergerakan yang mula-mula ini kecewa, baginda pun terus berundur ke Kelantan
dan terus tingal di sana hingga mangkat.

          Dengan sebab berlaku kejadian ini, serta umur telah terlampau tua, maka Phraya Deca
Pesuruhjaya Tinggi bagi provinsi (Monthon) Patani telah dilucutkan dari jawatan serta diganti oleh
seseorang yang lain kemudian beberapa kali bertukar ganti orang-orang  yang memangku jawatan ini.
Hingga sampai pada tahun 1932 iaitu tahun negeri Siam sedang diperintah oleh Raja Prajadhipok Raja
Siam yang ketujuh. Dalam masa pemerintahan raja ini keadaan iktisad negeri Siam sangatlah terjatuh
hampir-hampir akan memerbahayakan kepada kerajaannya.

          Dengan tujuan memulihkan kejatuhan iktisad ini, kerajaan Siam-Thai banyaklah mengubah cara-
cara pentadbiran di dalam negerinya. Di antaranya mengurangkan jumlah pegawai-pegawai kerajaan
dan memotong rancangan belanja yang tidak mustahak dan kemudian telah dihapuskan beberapa buah
provinsi di seluruh negeri Siam. Satu daripadanya termasuk provinsi Patani iaitu dihapuskan serta
disatukan dengan provinsi Nakhorn Sri Thammarat. Dalam Patani itu telah dihapuskan sebuah wilayah
iaitu wilayah Saiburi (Teluban) setengahnya disatukan dengan wilayah Patani dan setengahnya
disatukan dengan wilayah Narathiwat. Semenjak itu tinggallah hanya tiga buah wilayah sajaha iaitu
Patani, Yala, Narathiwat dan ketiga-tiganya termasuk di bawah perintah Pesuruhjaya Tinggi Provinsi
Nakorn Sri Thammarat yang berpusat di Singgora.

          Langkah-langkah memulih iktisad ini telah dijalankan dengan tidak memberi kejayaan yang penuh,
ahli-ahli  politik Siam telah merasai negerinya akan jatuh meleset dan miskin serta akan menambahkan
lebih banyak lagi jumlah kaum penganggur dan orang-orang  yang tiada berperkerjaan.

          Oleh itu pada waktu pagi 24 Jun 1932 berlakulah pemberontakan merampas kuasa dalam
Bangkok yang dijalankan oleh ahli politik yang bergelar “Kumpulan Rakyat” terdiri dari pegawai-pegawai
tentera darat, laut dan udara serta orang-orang  periman. Tujuannya akan mengubah pemerintahan
secara autokrasi itu kepada pemerintahan secara demokrasi (kedaulatan rakyat). Perkumpulan ini
diketuai oleh Phray Pahon, Nai Pridi Panomyang, Luang Phibun Songgram dan lain-lain termasuk juga
pemimpin-pemimpin kaum Islam dalam Bangkok seperti Haji Abdul Wahab dan Haji Shamsudin Mustafa.

          Kemudian telah diisytihar dan dipakai sebuah undang-undang perlembagaan yang baharu cara-
cara demokrasi iaitu memberi kesempatan kepada rakyat tiap wilayah berhak memilih seseorang
wakilnya hadir ke majlis mesyuarat kerajaan di Bangkok sebagai wakil-wakil rakyat yang
berketanggungan dan berhak mencampuri dalam urusan pemerintahan kerajaan. Manakala daulat Raja
Siam yang tiada berhad itu telah dibataskan oleh undang-undang perlembagaan ini, mengisytiharkan
enam dasar pemerintahan negeri sebagai sendi amalan demokrasinya iaitu:

-Mengawal keselamatan politik, keadilan dan ekonomi;

-Mengawal keselamatan dan ketenteraman di dalam negeri;

-Memajukan kemakmuran rakyat jelata;

-Memberi persamaan hak kepada rakyat jelata dan

-Memberi pelajaran kepada rakyat jelata dengan secukupnya.


Dalam tahun 1933 kerajaan Siam-Thai telah memansuhkan segala provinsi (Monthon) dalam negeri
Siam. Dikekalkan hanya wilayah-wilayah (Changwat) sahaja dan seluruh wilayah-wilayah itu termasuk
wilayah Patani, Yala dan Bangnara (Narathiwat), terus termasuk dibawah takluk dan perintah Jabatan
Menteri Dalam di Bangkok. Dengan perubahan yang akhir ini negeri Patani pada hakikatnya telah mulai
menjadi sebahagian dari nageri Siam-Thai jati dan keadaannya  semakin bertambah jauh terpisah dari
negeri Melayu dalam Semenanjung.

          Di dalam susunan perlembagaan negeri baharu itu, telah termasuk pada ayat yang pertama
bahawa (di negeri Siam-Thai) adalah satu di dalam segala-galanya dan tidak boleh dibahagi-bahagikan.

          Dalam hal itu pun, dengan corak pemerintahan demokrasi itu, orang-orang  Melayu dalam wilayah-
wilayah yang tersebut telah merasai lapang dadanya. Bila mereka mendengar isytihar-isytihar demokrasi
yang manis bunyinya itu dan masing-masing menunggu akan mengecap rasa demokrasi yang memberi
persamaan hak dan kebebasan.

          Tetapi dari setahun ke setahun tidak ada satu perubahan pun yang berlaku istimewa dalam
kesihatan, pelajaran, jalanraya dan lain-lain lagi, semuanya tinggal terbiar juga seperti zaman
pemerintahan autokrasi dahulu. Sekali lagi orang-orang  Melayu berasa sungguh gelisah tidak puas hati.

          Akan tetapii dengan cara pemerintahan demokrasi ini menjadikan orang-orang  Siam bertambah
dalam rasa kebangsaa lebih daripada masa yang dahulu. Dalam golongan orang-orang  Siam ini teah
mentafsirkan ayat pertama dalam perlembagaan tadi bahawa tiap-tiap orang yang menjadi kerakyatan
Siam-Thai mestilah dihitung sebagai orang-orang  Siam. Dalam segala hal ehwal ertinya mesti memakai
satu bahawa, adat rasmi, pakaian yang sama dan agama yang satu. Mereka telah lupa bahawa
kebebasan beragama, beribadat dan cara kedudukan kepada semua orang yang mendiami dalam negeri
Siam.

          Dalam tahun 1939 faham kebangsaan Siam-Thai telah mulai merebak di negeri Siam dibawa oleh
Luang Phibun Songgram yang pada masa itu telah menjadi Perdana Menteri. Di kalangan orang-orang
besar Siam Luang Phibun Songgram telah terkenal seorang ahli politik yang kuat memakai faham
kebangsaan. Dia telah mengadakan bermacam rancangan untuk membina faham kebangsaan itu dan
telah menjadi cita-citanya supaya Semenanjung Indochina serta berbagai-bagai pula ikhtiarnya hendak
menindas pula puak kecil dalam negerinya.

          Dalam tahun 1940, sebuah Dewan Kebudayaan Siam telah ditubuhkan di Bangkok dan terkenal
dengan nama Sapha Wattanatham tujuannya hendak memajukan faham kebangsaan dan meluaskan
kebudayaan Siam ke seluruh negerinya. Dewan Kebudayaan ini dengan beransur-ansur mengeluarkan
perintah yang berupa sebuah undang-undang “paksa” atas orang ramai suatu daripada perintah yang
mula-mula dikeluarkannya ialah memaksa semua orang-orang  Siam mesti memakai pakaian cara barat
dan disajakkan dengan topi bagi lelaki dan perempuan. Waktu makan mesti menggunakan garpu dan
bermeja kerusi.

          Orang-orang Melayu dalam wilayah Patani, Yala, Narathiwat dan Setul telah merasai perintah ini
mengenai tepat atas mereka oleh kerana mereka telah dilarang memakai pakaian Melayu, mempunyai
nama-nama Melayu bertutur dalam bahasa Melayu dan memeluk agama Islam.

          Dalam berapa syarat undang-undang memajukan kebudayaan Siam itu ialah mengharamkan
bahasa Melayu dalam segala pejabat kerajaan, pegawai kerajaan yang tahu berbahasa Melayu telah
dilarang keras bercakap-cakap bahasa Melayu dengan anak negeri. Orang-orang Melayu yang
mengurus sesuatu hal di pejabat kerajaan terpaksalah menggunakan bahasa Siam. Jikalau mereka tidak
tahu berbahasa Siam terpaksalah diupah kepada siapa-siapa yang tahu bahasa Siam menjadi guru
bahasanya dengan tiada peduli sama ada urusan itu penting atau tidak.
          Dalam syarat-syarat memajukan kebudayaan itu juga menyatakan bahawa agama Buddha ialah
agama rasmi dan agama Islam adalah mesti ditentang serta tiap-tiap urusan yang akan memajukan
agama Islam itu mesti dihalang, lebih-lebih hebat lagi apabila orang-orang  Melayu dalam daerah Saiburi
(Teluban) telah dipaksa menyembah berhala Buddha. Demikianlah berhala Buddha itu telah diletak
dalam sekolah-sekolah Siam dan murid-muridnya sebahagian banyak kanak-kanak Melayu telah dipaksa
menyembahnya.

          Sejumlah kecil anak-anak Melayu yang memegang jawatan kerajaan telah dipaksa menukar
namanya dengan bahasa Siam dan segala jawatan yang tinggi telah diharamkan kepada anak-anak
Melayu memegangnya istimewa orang-orang  yang beragama Islam telah dilarang menuntut dalam
sekolah-sekolah tentera dan memegang jawatan-jawatan yang tinggi.

          Dalam tahun 1941 undang-undang kebudayaan ini telah berjalan dengan rancaknya. Dalam
wilayah-wilayah Melayu itu pada mulanya ialah memaksa orang-orang  Melayu berpakaian Barat, kot
patalon dan bertopi bagi lelaki serta bergaun singkat dan berbaju pendek bagi perempuan. Siapa-siapa
yang enggan mengikut undang-undang ini ditangkap dan didenda kadang-kadang disepak teranjang oleh
polis-polis Siam. Dalam tahun inilah orang-orang  Melayu dalam wilayah itu mulai bergelisah istimewa
bagi pihak alim ulama, mereka juga dipaksa berpakaian Barat dan kerapkali berlaku baju-baju jubah dan
serban orang-orang  haji itu telah diseret oleh polis-polis Siam serta dipijak dengan kakinya. Begitulah
juga orang-orang  perempuan sewaktu berjual beli di pekan-pekan selalu ditendang dan dihentam
dengan buntut senapang oleh polis-polis Siam itu kerana memakai baju kebaya dan berkelubung.

          Yang demikian dengan anjuran Luang Phibun Songgram itu telah menjadikan pegawai-pegawai
Siam dalam wilayah Melayu itu dapat bermaharajalela dengan seluasnya. Istimewa dengan adanya
undang-undang kebudayaan tadi, menjadikan mereka semakin rancak mencabul kehormatan agama
Islam dan menoda adat istiada Melayu serta apabila dirasuk oleh faham kebangsaan menyebabkan
mereka memandang hina dan keji ke atas orang-orang  Melayu.

          Pada 8 Disember 1941 berlaku peperangan Asia Timur Raya, manakala tentera Jepun telah
melancarkan serangannya di sekitar Tenggara Asia di antaranya telah mendarat di seluruh Pantai Timur
Siam begitu juga di Patani, di sepanjang-panjang sempadan Timur Siam telah di serang oleh tentera
Jepun dan perjuangan dengan tentera Siam telah berlaku beberapa jama lamanya, Luang Phibun
Songgram telah memecahkan dasar perkecualinya dengan membenar tentera Jepun melalui negeri
Siam meneruskan serangannya ke Burma dan Tanah Melayu. Dengan langkahnya Luang Phibun
Songgram inilah telah menyebabkan Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun dengan
senang. Tiada berapa hari kemudian dia telah mengisytiharkan perang ke atas pihak berikat dan
mengikat setia berkerjasama dengan Jepun.

          Dalam masa peperangan itu gerakan memajukan kebudayaan dan faham kebangsaan Siam
semakin bertambah-tambah luas dan suatu perjanjian telah dibuat antara Dewan kebudayaan Siam
dengan Dewan kebudayaan Jepun kerana berbantu-bantu dalam usaha memajukan kebudayaan
masing-masing.

          Dengan menggunakan kekuatan tentera dan pengaruh tangan besi, Luang Phibun Songgram telah
berjaya memegang jawatan yang tinggi dalam pemerintahan. Dan dengan berlindung di sebalik Pedang
Samurai dia telah mulai menjalankan pemerintahan diktator dan meniru kepada langkah-langkah yang
dijalankan oleh fasis.

          Dalam masa pemerintahan diktator Phibun Songgram inilah tindakan-tindak pegawai-pegawai
Siam atas orang-orang  Melayu semakin bertambah keras dan kejam serta gerakan hendak
“mensiamkan” orang-orang  Melayu itu semakin bertambah-tambah jelas. Langkahnya yang kedua telah
mulai pula dijalankan iaitu mendirikan keagungan negara Siam-Thai dengan berdasar kepada Siam
Maha Besar (Greater Siam). Dengan dasarnya ini diktator Phibun Songgram telah menghantar pasukan
tenteranya pergi menakluk wilayah Shan dalam Burma dan masuk memerintah dalam negeri-negeri
Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah dalam tahun 1943.

          Dalam tahun 1944 Phibun Songgram telah memansuhkan jawatan Qadi Islam dalam wilayah-
wilayah Patani, Yala, Narathiwat dan Setul serta membatalkan undang-undang Islam yang berkenaan
dengan nikah cerai dan harta pusaka yang telah dipakai oleh kerajaan Siam yang dahulu semenjak
berpuluh-puluh tahun lamanya. Kemudian segala perbicaraan yang berkenaan dengan urusan Islam ini
telah dipaksa mesti mengikut undang-undang sivil kerajaan dan diputuskan oleh mahkamah Siam.

          Dalam tahun ini kedudukan orang-orang  Melayu dan kehormatan agama Islam semakin
bertambah genting bagi mempertahankan kedudukan mereka. Dalama tahun ini juga ahli-ahli  ulama
dengan diketuai oleh Haji Sulong bin Abdul Kadir telah mendirikan sebuah pertubuhan Islam dalam
Patani yang dinamakan “Hai’ah al-Nafz al-Ahkam al-Syar’iah” tujuannya hendak memperkemaskan
kerjasama di antara ketua-tua agama yang bertanggungjawab itu mempertahankan gerakan kerajaan
Siam hendak mensiamkan orang-orang  Melayu dan mencabul agama Islam.

          Maka pada 14 haribulan Januari 1944 bersamaan 1487 tahun Siam suatu rayuan telah dihantar
kepada Perdana Menteri Phibun Songgram oleh Tengku Abdul Jalal bin Tengku Abdul Muttalib pemimpin
Melayu Selatan Siam yang berjiwa kebangsaan yang sejati dan Ahli Parlimen wakil Melayu dalam
parlimen Siam-Thai pada masa itu. Berkenaan kecabulan dan perkuasaan undang-undang kebudayaan
Siam-Thai itu terhadap kebudayaan bangsa Melayu Selatan Siam dan terhada agama Islam yang
dijalankan oleh Gabenor Patani (bangsa Siam-Thai) pada masa itu. Akan tetapi malangnya telah
mendapat jawapan rasmi pada 29 haribulan April tahun 1944 bersamaan 2487 tahun Siam jawapan itu
datangnya dari Pejabat Setiausaha Perdana Menteri Phibun Songgram dan kandungnya oleh
menyokong kelakuan Gabenor Patani itu menjalankan undang-undang kebudayaan yang zalim dengan
cara kasar dan paksa, surat itu demikian bunyinya:

Saya suka memaklumkan kepada tuan bahasa surat tuan kepada Perdana Menteri bertarikh 14/2/1944
kerana memaklumkan darihal kekasaran peerjalanan Gabenor negeri Patani itu telah diperiksa, dan
Pejabat Menteri Dalam telah memberi kenyataan bahawa yang diperbuat oleh Gabenor negeri Patani itu
difikirkan patut tidak ada mendatangkan perasaan panas kepada rakyat yang banyak. Demikianlah
dimaklumkan.:

          Sekianlah jawapan kerajaan Phibun Songgram terhadap rayuan bangsa Melayu dan umat Islam
selatan Siam itu yang disuarakan oleh pemimpin dan ketua mereka akan tetapi rayuan itu bukannya
mendapat pertibangan yang adil malah pemerintah Siam menyokong pula kelakuan pegawainya yang
zalim dan kejam itu.

          Pada 14 Ogos Jepun telah mengaku kalah kepada pihak Berikat serta peperangan Asia Timur
Raya pun tamat. Diktator Phibun Songgram telah ditangkap sebagai orang salah peperangan yang
utama di dalam Siam kerana berkerjasamanya dengan Jepun dan dimasukkan ke dalam jel selama
enam bulan.

          Dengan kemenangan pihak Berikat itu menjadikan angan-angannya hendak mendirikan negara
Siam yang maha besar tidak berjaya dan pergerakan memajukan kebudayaan dan faham kebangsaan
Siam telah terhenti juga. Pada bulan Ogos 1945 Nai Khuang dilantik menjadi Perdana Menteri Siam
serta membentuk sebuah jemaah menterinya yang baharu. Kerajaan Nai Khuang ini telah memansuhkan
semua undang-undang kebudayaan yang dibuat oleh Phibun Songgram serta gerakannya hendak
mensiamkan orang-orang  Melayu itupun terhenti dengan sendiri.

          Walaupaun begitu keganasan dan kekkejaman pegawai-pegawai Siam atas orang-orang  Melayu
itu tidak juga berhenti. Dengan kerana akibat dari Peperangan Dunia Kedua, telah menjadikan akhlak
dan perasaan pegawai-pegawai Siam itu sangat rosak hingga undang-undang keadilan dan
perikemanusiaan telah dibelakangkan oleh mereka. Pada mas itu suatu penyakit yang sangat merebak di
kalangan pegawai-pegawai Siam ialah pekerjaan pecah amanah dan makan suap iaitu mulai dari
pegawai-pegawai yang renda. Sesuatu perkara yang mustahak diuruskan dengan kerajaan tidaklah akan
mendapat kejayaan jikalau tidak disediakan terlebih dahulu wang suap kepada pegawai-pegawai itu.

          Di pihak Pegawai Polis pula, seorang jahat yang telah ditangkapnya, dengan senang sahaja boleh
selamat dan biasa bila diberi wang suap kepada mereka. Acapkali berlaku apabila seseorang anak
Melayu yang telah disyaki ada bersubahat dengan penjahat-penjahat terus-terus ditangkap oleh Polis
Siam kemudian dibawanya ke tempat yang sunyi lalu ditembak dengan beramai-ramai sebelumnya
orang-orang  Melayu itu dibawa ke tempat tahanan. Begitu juga anak-anak Melayu yang dituduh ada
mengambil bahagian dalam pergerakan politik  melawan pemerintah, selalu diugut atau dibuat
bermacam-macam fitnah oleh Polis Siam sehingga mereka dapat ditangkap kemudian ditembak sahaja
dengan tidak payah dibawa ke dalam perbicaraan mahkamah.

          Dalam bulan Disember 1947 suatu kejadian yang sedih dan dahsyat telah berlaku dalam Patani
manakala seorang Merinyu Polis Siam telah ditembak mati oleh penjahat-penjahat berhampiran dengan
sebuah kampung yang bernama “Belukar Semak”. Sepasukan Polis Siam telah datang ke kampung itu
menangkap anak-anak Melayu kemudian diseksa dengan bermacam-macam perbuatan kerana hendak
mengetahui siapa dia sipembunuhnya. Tuduhan mereka mengatakan anak-anak Melayu dalam kampung
itu membekalkan makanan kepada penjahat-penjahat serta berpihak kepada penjahat-penjahat itu
dengan memberi bantuan yang penuh. Dengan tuduah ini datanglah  Polis Siam dengan beramai-ramai
membakar kampung itu dengan alasannya penduduk dalam kampung itu ada bersubahat dengan
penjahat. Dengan pembakaran ini menyebabkan 25 kaum keluarga anak Melayu yang tiada
berumahtangga.

          Pada 26 September 1947 Miss Barbara Wittingham-Jones, seorang wartawan wanita Inggeris
telah melawat ke Patani bagi julung kali semenjak lepas perang. Dia telah menjelajah sejauh 250 batu
melalui negeri ini kerana memerhati dan menyiasat kedudukan 700,000 orang-orang  Melayu di bawah
penindasan kerajaan Siam-Thai.

          Dalam akhbar Straits Times, di Singapura keluaran 1 Disember, Miss Jones telah menceritakan
pendapatan dari penyiasatan di Patani itu demikian katanya, “Di mana saya pergi, saya dapati dasar
penindasan yang dijalankan dengan teratur dan satu gerakan sengaja dilancarkan untuk mensiamkan
anak negeri. Perasaan rakyat telah menggelegak oleh larangan yang dipaksa oleh kerajaan Siam ke atas
pendidikan orang-orang  Melayu di sana,” kata Miss Jones sambil menerangkan bahawa sekolah-
sekolah Melayu dalam Patani, telah ditutup oleh kerajaan Siam-Thai.

          “Di sepanjang-panjang jalan raya lihat bangunan-bangunan sekolah ditutup dan kosong bahkan
sekolah-sekolah agama pun ikut diharamkan oleh kerajaan Siam. Meskipun satu dua sekolah-sekolah
Melayu masih hidup terutama sekali di Yala dan Narathiwat tetapi sehari dua selama lawatan saya ke
sana, beberapa buah lagi telah dipaksa ditutup, kerana orang-orang  Melayu itu tak mahu
menghantarkan anak-anaknya ke sekolah Siam sehingga mereka pun berdegil juga tidak mahu
mempelajari bahasa Siam. Maka kemunduran tentang pelajaran antara bangsa Melayu di Patani ini
adalah menghalang kemajuan masyarakat dan ekonomi mereka.

          Mengatakan bahawa dasar Siam ini telah mematikan roh dan semangat bangsa Melayu maka
Miss Jones telah menerangkan bahawa akibatnya ialah jurang yang menceraikan “penakluk-penakluk
Siam itu dengan orang-orang  Melayu makin hari makin luas”. Penjajah Siam katanya lagi terang
memandang keji dan hina rakyat Melayu iaitu mensifatkan rakyat Melayu itu sebagai satu bangsa yang
buta huruf dan orang tani yang bodoh.

          “Sebagai qariah dalam pergaulan masyarakat maka tidaklah hairan sekiranya setengah-setengah
orang Melayu lebih keras hatinya telah menjadi musuh terhadap masyarakat iaitu denga merompak di
darat dan di laut.” Demikian kata Miss Jones.
          “Segenap lapisan pegawai-pegawai Siam adalah memakan suap dan kerana keburukan ini
diburukkan lagi oleh perasaan pegawai-pegawai Siam itu memandang keji dan hina ke atas orang-orang
Melayu maka jadilah nasib orang-orang  Melayu Patani itu terus menerus menderitaaniaya kecerobohan
dan dasar tuntut bela pegawai-pegawai Siam itu.” Kemudian Miss Jones pun meceritakan bagaimana
Polis Siam pernah membakar kampung-kampung Melayu sampai hangus semata-mata kerana kampung
itu dituduh melindungi penjahat-penjahat.

          “Polis-polis Siam tidak mahu menyiasat sama ada benar atau tidak tuduhan-tuduhan itu atau
membicarakan orang-orang  itu di dalam mahkamah. Pegawai-pegawai Siam pernah masuk ke rumah-
rumah orang-orang  Melayu mencabul perempuan-perempuan Melayu dan memaksa kedai-kedai Melayu
supaya membayar wang perlindungan kepada mereka wang perlindunga ini berjumlah sampai beribu-
ribu dan polis Siam selalu masuk ke kedai-kedai Melayu merampas apa sahaja barang yagn disukainya”
kata Miss Jones.

          Menunjukkan nyawa orang-orang  Melayu di Patani tidak berharga. Wartawan itu mengatakan,
“Orang-orang Melayu selalu ditembak begitu sahaja dengan tidak ada usul periksa lagi atau hilang ghaib
dengan tidak meninggalkan kesan dan cerita lagi.

          “Kerana Patani terpencil dari dunia luar makan orang-orang  Melayu tak dapat dan tak berupaya
menentang pemerintahan yang kejam dan ganas ini, teguran-teguran yang sederhana kepada
pemerintah Siam adalah dianggap sebagai membahayakan keselamatan negeri, oleh kerajaan Siam
teguran-teguran ini pun ditindas dengan hukum bunuh atau disiksa. Orang-orang Melayu di Patani tidak
ada kebebasan bercakap, tidak ada surat khabar, tidak banyak mempunyai peti-peti radio dan tidak ada
badan politik. Tempat yang digunakan oleh orang-orang  Melayu Patani untuk bersuara ialah di masjid-
masjid. Sekali sekali sebuah surat khabar Melayu telah dibawa masuk dengan sulit ke Patani iaitu surat
khabar Utusan Melayu”

          Lebih jauh Miss Jones menerangkan, “Bahawa walaupun sudah lebih lima puluh tahun Siam-Thai
menindas orang-orang  Melayu begini dahsyatnya. Tetapi dasar mensiamkan orang-orang  Melayu
belum lagi berjaya. Saya hairan melihat kekuatan batin orang-orang  Melayu Patani menahan tindasan
itu sehingga dapat mereka memelihara adat mereka.

          Demikianlah ringkasan dari kenyataan wartawan Miss Jones membayangkan keadaaan yang
sebenar berlaku dalam wilayah-wilayah Melayu selatan Siam dan dapatlah pengertian mengapa
sebabnya orang-orang  Melayu Patani telah bangkit serentak menuntut kemerdekaan dan keadilan.

          Setelah berita keganasan dan gerakan hendak mensiamkan orang-orang  Melayu di Patani itu
terheboh ke seluruh dunia terutama di Malaya, maka pada bulan Ogos 1947 kerajaan Siam-Thai telah
menghantar rombongan penyiasatnya seramai tujuh orang ke Patani, bagi menyiasat perkara-perkara
yang tersebut serta akan mendengar fikiran penduduk-penduduk tempatan bagi mengadakan suatu
perubahan yang sesuai dengan kehendak orang-orang  Melayu itu.

          Pada 24 Ogos rombongan penyiasat ini telah mengadakan perjumpaan besar dengan orang-orang
Melayu di Patani serta diberi kesempatan bersoal jawap dengannya. Dalam perjumpaan ini Haji Sulong
bin Abdul Kadir, Ketu Majli Islam dan Wan Othmann Ahmad ketua Persatuan Semangat Patani dengan
mewakil rakyat tuntutan yang dihadapkan kepada kerajaan. Kandungan tuntutan itu ialah;

1.        Hendaklah kerajaan Siam-Thai mengadakan seorang yang berjawatan tinggi dengan
berkuasa penuh memerintah atas empat wilayaw iaitu Patani, Yala, Narathiwat dan Setul, yang
dilantik daripada orang Islam yagn diperanakkan dalam salah satu wilayah ini dengan dipilih
oleh rakyat jelatanya sendiri. Orang yang memegang jawatan ini hendaklah dikekalkan selama-
lamanya dengan tidak bertukar ganti.
2.        Sekalian hasil-mahsul yang didapati dalam empat wilayah ini hendaklah dibelanjakan
untuknya semata-mata.

3.        Hendaklah kerajaan mengadakan pelajaran bahasa Melayu dalam sekolah-sekolah mukim
dalam empat wilayah ini hingga sampai darjah empat.

4.        Pegawai kerajaan dalam empat wilayah ini hendaklah 80 peratus jumlahnya daripada orang-
orang  Islam yang diperanakkan dalam wilayah-wilayah ini.

5.        Hendaklah kerajaan menggunakan bahasa Melayu dalam pejabat kerajaan bersama-sama
dengan bahasa Siam.

6.        Hendaklah kerajaan membenarkan Majlis Agama Islam mengeluarkan undang-undangnya


sendiri yang berkenaan dengan adat istiadat agama Islam dengan persetujuan orang yang
berjawatan tinggi itu.

7.        Hendaklah kerajaan mengasingkan mahkamah syariah daripada mahkamah kerajaan yang
ada dalam empat wilayah itu dan berkuasa menghukum perbicaraannya dengan bebas.

Gambar : Pintu Kota Cabang Tiga, Patani

Kandungan surat tuntutan ini lebih lanjut lagi mengupaskan peri amalan bahagian daripada
pegawai-pegawai Siam tempatan kerap kali menceroboh hak-hak rakyat jelata Melayu sambil
dirayukan kepada kerajaan Siam-Thai bahawa tuntutan mereka hari bukanlah bererti hendak
memecah dasar perlembagaan kerajaan Siam-Thai malah tuntutan ini adalah dituju pada maksud
untuk memperbaiki nasib bangsa dan tanah air mereka dalam masa dunia sedang sibuk
merancangkan kepentingan hak dan kemerdekaan bangsa-bangsa yang telah terjajah.

          Tatkala mengupas soal kerakyatan Melayu maka tuntutan itu berkata, “....kami orang-
orang  Melayu telah insaf bahawa hakikat yang sebenar kedudukan kami di dalam pemerintahan
Siam telah tercabul dan terhina manakala kami telah dipanggil ‘Thai-Islam’ dengan panggilan ini
nyatalah soal kerakyatan kami sebagai bangsa Melayu telah tiada diiktiraf oleh kerajaan Siam-Thai.
Oleh itu kami atas nama seluruh rakyat jelata Melayu di Patani dengan sebulat suara menuntut
hendaklah kerajaan Siam mengutamankan kerakyatan kami sebagai bangsa Melayu yang berugama
Islam supaya janganlah selama-lamanya dunia memandangkan kami sebagi Thai-Islam yang sejati.
          Segala tuntutan orang-orang  Melayu itu telah diterima oleh rombongan penyiasat
kerajaan Siam-Thai itu dan sanggup hendak menyampaikannya kepada kerajaan di Bangkok.

          Sementara itu dikhabarkan bahawa orang-orang  Melayu dalam wilayah Narathiwat juga
bersama-sama mengemukakan tuntutan seumpama itu kepada Rombongan Penyiasat tersebut.
Tuntutan dengan menerusi 55 orang ketua-ketua Melayu di sana. Di antara tuntutannya itu ialah
pejabat Tetuang Udara Siam di Bangkok hendaklah mengadakan bagaiman siaran dalam bahagian
Melayu pada tiap-tiap hari. Pejabat-pejabat kerajaan hendaklah ditutup pada hari Jumaat sebagai
hari kelepasan dan juga pada hari kemuliaan agama Islam. Menubuhkan pelejaran cara baharu
mengikut bagaimana kemajuan dunia sekarang di bawah anjuran pegawai-pegawai Islam, hasil-
mahsul dalam yang didapat dalam empat wilayah hendaklah diutamakan bagi kemakmuran di dalam
empat wilayah itu. Dan lain-lain lagi tuntutannya yang mengandungi 13 perkara begitu juga tiada
beberapa hari kemudian itu juga, tuntutan dengan menerusi Encik Abdullah bi Muhamad Saad wakil
rakyat Wilayah Setul.

          Sekalian tuntutan orang-orang  Melayu itu telah disampaikan kepada kerajaan di Bangkok,
tetapi kesudahannya tidak mendapat layanan dari pemerintah Siam-Thai, sebaliknya di antara ahli
pemerintah Siam telah berpendapat bahawa tuntutan itu sangat berlawanan dengan dasar
Perlembaggan Negara dan tidak harus diberi timbangan.

          Pada 30 Januari 1948 wakil khas Utusan Melayu di Bangkok telah bertanya kepada
Timbalan Perdana Menteri Siam, bagaimana sikap pemerintah terhadap tuntutan itu, dia telah
menjawab, “bahawa tuntutan-tuntutan itu akan dihalusi dengan saksama dan seberapa dapat
tuntutan itu akan dipenuhi.” Ertinya jawapan ini mana-mana tuntutan Melayu itu yang tidak merugikan
muslahat pemerintah Siam akan dipenuhi manakala mana-mana yang mengecewakan
kepentingannya akan ditolak.

          Setengah ahli-ahli  pemerintah Siam telah mentafsirkan bahawa tuntutan itu ialah suatu
pergerakan politik yang salah dalam undang-undang perlembagaan. Dan wajib dijalankan tindakan
kerasa ke atas orang-orang  Melayu.

          Dengan perintah Pesuruhjaya Siam Patani maka pada pagi 16 Januari 1948 sepasukan
polis Siam yang bersenjata telah datang menangkap  Haji Sulong di rumahnya dan dua hari
kemudian telah menangkap Wan Othman Ahmad, Haji Wan Husin dan Wan Muhamad Amin iaitu
ketua-ketua Melayu yang menghantar tuntutan orang-orang  Melayu itu atas tuduhannya
“menderhaka” kepada kerajaan. Sebulan kemudian Haji Sulong dan rakannya telah dibawa ke
Nakorn Sri Thammarat. Dan Mahkamah Siam di sana telah memutuskan perbicaraannya dengan
hukuman jel 3 tahun dua bulan kemudian mereka telah dibawa ke Bangkok dan ditahan dalam jel
besar “Bang Kuang”.

          Semenjak penangkapan ini, banyaklah orang-orang  Melayu Patani yang dituduh
bersubahat dalam pergerakan itu, telah melarikan diri masing-masing berlindung di Malaya. Dan
Majlis Agama Islam di Patani telah diharamkan oleh pemerintah dalam tahun inilah juga segala
gerak-geri orang-orang  Melayu Patani sentiasa dalam pemerhatian pemerintah Siam. Dan beberapa
banyak pula dihantar mata-mata gelap istimewa dari Bangkok ke dalam Patani, Yala, Narathiwat.
Bagi menyiasat pergerakan orang-orang  Melayu itu yang telah dituduhnya mengadakan pergerakan
politik menentang pemerintah dan menuntut kemerdekaan.

          Soal orang-orang  Melayu itu telah mendapat tempat yang utama dalam perbincangan
ahli-ahli  pemerintah Siam selanjutnya soal mereka telah menjadi heboh lagi di Tanah Melayu.
Manakala surat-surat khabar Melayu telah berdiri menyertai dan menyokong pergerakan orang-
orang  Melayu Melayu di Selatan Siam. Utusan Melayu ialah akhbar kebangsaan Melayu yang utama
sekali telah membela dan menyokong cita-cita mereka itu. Suara Utusan Melayu kerap kali
mengharu masuk ke dalam lubang telinga ahli-ahli  pemerintah Siam dan suaranya pernah pula
bergema di dalam Parlimen Siam tatkala kedudukan orang-orang  Melayu yang menderiata di sebalik
tabir besi Siam itu telah dapat dipecahkan.

Gambar : Bekas Kota Jerenga. Wilayah Bangnara.

          Sementara itu golongan akhbar Siam yang memakai faham kolot dan penganut
pemerintahnya kerap kali cuab memburukkan cita-cita orang-orang  Melayu itu serta menjahatkan
pergerakan mereka. Dan ada pula akhbar-akhbar Siam yang memakai fahaman yang jujur dan
menghargakan dasar persuratan akhbar Melayu membayangkan rasa simpatinya kepada orang-
orang  Melayu itu.

          Pada 30 Januari 1948 pasukan polis Siam istimewa telah dihantar dari Bangkok ke
wilayah-wilayah Melayu itu bagi memperkuatkan kawalan pemerintah atas orang-orang  Melayu yang
telah dipercayainya pergerakan mereka akan bertambah besar. Pada 28 April 1948 berlakulah
pertempuran hebat di antara seribu orang-orang  Melayu dengan pasukan polis Siam-Thai di
kampung Dusun Nyiur dalam wilayah Narathiwat. Polis Siam lebih dahulu yang memulakan
serangannya atas orang-orang  Melayu itu kerana dituduhnya orang-orang  Melayu di situ sedang
menganjurkan pergerakan melawan pemerintah Siam. Pertempuran telah berlaku selama 36 jam,
kemudian orang-orang  Melayu telah mengundur diri ke hutan rimba kerana melanjutkan perjuangan
cara gerila, hampir 400 orang-orang  Melayu termasuk orang-orang tua, perempuan dan kanak-
kanak kecil telah mati dalam pertempuran ini dan lebih daripada 30 orang polis Siam telah terbunuh.

          Pada 27 April tiga buah kapal terbang pengebom Siam telah melayang di angkasa
pertempuran itu mencuba hendak menggugurkan bom atas orang-orang  Melayu. Kapal perang Siam
yang sedang berlabuh di Kuala Bangnara telah diperintah mendaratkan tenteranya bagi membantu
polis Siam kerana membunuh orang-orang  Melayu itu. Kemudian Kamnan Muhamad, Penggawa
Kampung Tanjung Mas dan Mustafa seorang ketua Melayu di Teluban, telah ditangkap oleh polis
Siam atas tuduhan bersubahat menganjurkan pergerakan dan keduanya telah dibunuh dengan tidak
dibawa bicara di mahkamah.

          Pihak pemerintah Siam telah mencuba hendak menyembunyikan punca-punca yang
menyebabkan berlaku pertempuran itu dan menbuat dakyah palsunya kepada dunia mengatakan
kejadian itu ialah suatu pertempuran biasa sahaja di antara kaum penjahat dengan pengawal
keamanan. Tetapi kebenaran tidak dapat disembunyikan kerana iaitu menjadi bukti yang terang
menunjukkan bahawa orang-orang  Melayu itu telah hilang rasa sabar dan lebih mendalam rasa tak
puas hati mereka kepada pemerintah Siam-Thai. Dengan terkorban ratusan jiwa orang-orang 
Melayu itu telah menjadi suatu peristiwa yang besar sekali dalam sejarah kebangkitan orang-orang 
Melayu Patani, menuntut keadilan dan kebebasan.

          Lebih dari itu, pemerintah Siam telah berusaha hendak mengaburkan mata dunia dengan
jalan dakyahnya memperkecilkan pergerakan orang-orang  Melayu itu sambil menegaskan bahawa
orang-orang  Melayu itu bergerak dengan kerana dihasut dan diupah oleh sebilangan kecil orang-
orang  Melayu Patani yang melarikan diri ke Malaya.

          Bagi menentang dakyah pemerintah Siam ini maka pada 6 Februari 1948 dengan
menerusi Ketu Jawatankuasa Perwakilan Melayu di Selatan Siam telah menghantar bantahan
kepada Perdana Menteri Siam yang mengatakan pergerakan orang-orang  Melayu itu terbit daripada
sekumpulan kecil sahaja.

          Ketua Jawatankuasa itu telah menghantar juga bantahannya ke Lake Success New York
meminta supaya Majlis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mengambil tindakan campur tangan
menyiasat ke Siam bagi mengadakan suatu pemilihan suara ramai untuk menentukan kedudukan
dan sikap orang-orang  Melayu yang sebenar di selatan Siam itu.

          Salinan dari bantahan ini telah dihantar juga kepada Menteri utusan British dan Amerika di
Bangkok kerana menyatakan kedudukan yang sebenar dalam pergerakan orang-orang  Melayu itu.
Dalam bantahan ini telah menuntut juga kepada Perdana Menteri Siam membuktikan kepada dunia
betul atau tidaknya pendirian kerajaan Siam itu dengan jalan membenarkan langkah mengadakan
suara ramai yang diketuai oleh wakil Bangsa-bangsa Bersatu tetapi tidak dengan menghadirkan
tentera dan pegawai-pegawai Siam dalam pemilihan raya itu.

          Bantahan ini telah diterima oleh pemerintah Siam di Bangkok. Tetapi tidak diendahkannya
pada 8 Disember 1947 pemeberontakan rampas kuasa telah berlaku di Bangkok dan dua kemudian
Luang Phibun Songgram bekas ahli jenayah peperangan telah menjadi Perdana Menteri. Pada 29
Januari 1948 kerajaan Phibun Songgram telah mengadakan pemilihan raya bagi mengkhaskan
kerajaannya untuk mendapatkan pengakuan negara-negara luar terutama kuasa-kuasa dunia.

          Orang-orang Melayu Patani telah mencuba hendak memulaukan pemilihan raya itu dan
tidak mahu memilih wakil-wakil mereka ke Parlimen kerana kedatangan Luang Phibun Songgram kali
yang kedua ini tidak sah dalam undang-undang Perlembagaan Negara. Dan meraka tidak mahu
mengiktiraf kerajaan Phibun Songgram tetapi percubaan orang-orang  Melayu itu tidak berjaya
kerana digerak dan dipaksa oleh polis Siam. Akhirnya Luang Phibun Songgram datang sekali lagi
memegang kuasa pemerintah. Kedatangan ini orang-orang  Melayu rasa bergelisah tidak puas hati
sebab dalam zaman pemerintahan diktator dahulu, Luang Phibun Songgram telah menjadi musuh
besar orang-orang  Melayu.

          Dengan kedatangan Luang Phibun Songgram kali yang kedua ini telah menimbulkan
tanda soal yang besar kepada orang-orang  Melayu adakah dia akan menjalankan semula dasar
“mensiamkan”orang-orang  Melayu seperti dahulu atau langkah mana pula dia akan berjalan. Tetapi
dalam beberapa bulan kemudian dia telah menghidup semula “Dewan kebudayaan” dan mulai
beransur-ansur memulihkan undang-undang kebudayaan yang dahulu yang merupakan undang-
undang paksa. Suatu perintah telah dikeluarkan mulai dari tahun 1950 maka 13 macam mata
pencarian hidup telah diharamkan kepada orang-orang  Cina di dalam Siam dan telah ada ura-
uranya akan memaksa orang-orang  Melayu memakai pakaian Barat semula. Hal ini sedang dirasa
oleh orang-orang  Melayu.

          Pada 10 Oktober 1949 dengan jemputan kerajaan Siam. Maka sekumpulan wartawan-
wartawan Malaya yang diwakili akhbar-akhbar Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil telah dibawa
melawat dan meninjau ke dalam wilayah Patani, Yala, Narathiwat bagi memerhati dan menyiasat hal
ehwal kedudukan orang-orang  Melayu yang sebenar di selatan Siam. Sepanjang-panjang lawatan
mereka itu senantiasa digaul dan diintip oleh polis Siam keadaan mereka samalah seperti orang-
orang tawanan. Tujuannya tidak mahu memberi wartawan-wartawan itu dapat berjuma dan bercakap
dengan orang-orang  Melayu bagi mendapat kenyataan yang sebenar daripada mereka.

          Walau bagaimanapun ditutup dan disembunyikan oleh pemerintah Siam, akan tetapi
kedudukan orang-orang  Melayu di selatan Siam hari ini telah terang kepada mata dunia bahawa
mereka selama-lamanya hidup menderita tidak mendapat layanan baik dari pemerintah Siam-Thai.
Jikalau dikaji dengan sedalam-dalamnya, bahawa semenjak kejatuhan negeri Patani dalam abad 18
Masehi yang lampau hingga sekarang telah terang bahawa pemerintahan Siam sangat kurang
kebolehan dan kecakapannya dlaam hal pemerintahan. Dalam masa begitu lama, tidak ada saatu
perubahan yang lebih besar berlaku dalam hal kemajuan negeri Patani yang boleh memberi
kebajikan kepada orang-orang  Melayu, perkara kesihatan, pelajaran, perkawalan dan iktisad dalam
Patani sangat jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kemajuan dalam negeri rakan-rakannya di
Malaya. Langkah pemerintah Siam membiarkan orang-orang  Melayu hidup dalam kemunduruan itu
memang memberi keuntungan yang besar kepada dasar mereka tetapi itulah yang menyedihkan hati
orang-orang  Melayu. Orang-orang Melayu Patani telah dipaksa menggadaikan negerinya kepada
pemerintahan Siam dengan harapannya supaya mereka diberi suatu pimpinan yang baik menuju
kepada kemajuan umum sekurang-kurangnya biarlah setimbang dengan pimpinan yang diberikan
kepada orang-orang  Siam. Negeri Patani tidaklah begitu miskin, tetapi kaya-raya dengan hasil
buminya yang asli, di antaran jajahan-jajahan yang di selatan Siam, maka Patani sebuah jajahan
yang berhitung kaya tidak berkehendak menumpang kepada harta orang-orang  Siam dari lain-lain
jajahan untuk dibelanjakan bagi kebajikan orang-orang  Melayu itu. Sekiranya dalam masa 60 tahun
leboh pemerintah Siam menjajah negeri Patani itu, kalau 50 peratus sahaja dari hasil buminya
dibelanjakan bagi kebajikan orang-orang  Melayu, sudah tentu hari ini negeri Patani akan berupa
dengan keadaan yang lebih bagus dalam perkara kemajuan sekurang-kurangnya jalan-jalan raya
dalam Patani hari ini telah menjadi jalan-jalan untuk kereta-kereta lembu dan bandarnya tentulah
tidak menjadi seperti bandar-bandar kaum Sakai di Malaya.

          Dasar demokrasi Siam telah mendakwa hendak memberi persamaan hak kebebasan,
memberi pelajaran yang cukup kepada rakyat dan berbagai-bagai rupa dakwa yang indah. Tetapi
sudah 17 tahun lamanya demokrasi Siam berjalan, satu bukti tak dapat dipandang oleh orang-orang 
Melayu. Memang ada juga kemajuan di zaman demokrasi misalnya bentuk bandar Bangkok hari ini
lebih jauh maju dari masa sepuluh tahun yang lalu. Jalan-jalan raya dalamnya telah dibuat dengan
batu konkrit, beratus-ratus buah hospital telah didirikan, berpuluh-puluh buah sekolah tinggi telah
diadakan, segala segi penghidupan orang-orang  Siam telah diberi layanan dan bermacam-macam
lagi pimpinan yagn baik kepada orang-orang  Siam itu. Di Patani demokrasi yang seumpama itu
rupanya tidak sampai dan tidak diketahui oleh orang-orang  Melayu dalam Patani, kerana demokrasi
Siam itu nampaknya bersetakat dan ada sempadan Cuma di dalam kawasan Bangkok dan jajahan
yang di sekelilingnya sahaja. Tegasnya demokrasi Siam-Thai itu untuk orang-orang Siam-Thai, untuk
agama Buddha, untuk menindasi orang-orang  Melayu dan mencabul agama Islam. Sungguh aneh
demokrasi Siam maka nyatalah demokrasi buatan Siam tidak sesuai dengan orang-orang  Melayu.

          Melihat kepada keadaan dunia hari ini, timbul pula satu tanda soal. Apakah kesudahannya
kedudukan orang-orang  Melayu Patani, memadaikah selama-lamanya mereka hidup dnegan
merengkok di bawah demokrasi Siam-Thai yang kolot, pada hal sekarang dunia sedang bergerak
membina faham demokrasi tulen, dasar agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lake
Success, New York, ialah membebaskan bangsa-bangsa yang terjajah. Menanam rasa demokrasi
kepada seluruh bangsa supaya reka cipta mesra kepada demokrasi sehingga mereka insaf
bertanggungjawab bersama-sama mengawal keamanan dunia. Bilakah orang-orang  Melayu Patani
semuanya akan faham demokrasi, insaf kepada nasib mereka, sanggup mereka berjuang berhabis-
habisan kerana demokrasi soal-soal ini menjadi kesulitan yang besar kepada ahli-ahli  fikri Melayu
Patani hari ini.

          Di antara 100 juta bangsa Melayu dalam dunia, maka orang-orang  Melayu di Patani itulah
yang lebih buruk nasib mereka, walaupun orang-orang  Melayu Patani telah lama hidup di dunia
demokrasi, tetapi dengan kerana demokrasi Siam-Thai itu ada kelas-kelas dan bersetakat jadilah
nasib orang-orang  Melayu itu seperti “pokok kadok tak nak junjung”. Hanya sentiasa merengkok di
pangkal junjung.

          Sesungguhnya nasib orang-orang  Melayu Patani tidak harus diletak dalam tangan
pemerintah Siam tetapi langkah memperbaiki nasib kedudukan mereka adalah terletak di
dalam tangan mereka sendiri

Anda mungkin juga menyukai