Anda di halaman 1dari 3

Kata Seru – Latihan

Keterangan :
Kata seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang
sama ada gembira, geram, marah, hairan, sakit , takut dan
sebagainya.

Contoh:
Ah – menyatakan penolakan atau rasa tidak setuju.
(Ah, jangan engkau datang mengacauku lagi !)

Aduh – menyatakan perasaan sakit.


(Aduh, sakitnya gigiku yang berdarah ini !)

Aduhai – menyatakan perasaan sedih atau rintihan.


( Aduhai, malang sungguh nasib anak kecil itu !)

Amboi – menyatakan rasa kagum atau hairan.


(Amboi,lama sungguh kamu mandi !)

Cis - untuk menyatakan perasaan marah , mencemuh atau


marah bercampur jijik.
( Cis, berani engkau menentang kata-kataku !)

Eh – perasaan hairan atau terkejut.


( Eh,rupa-rupanya dialah yang membantu saya
menyelesaikan masalah itu!)
Hai – menyapa atau menarik perhatian
(Hai, jemputlah masuk ke rumahku!)

Nah – untuk mempelawa seseorang menerima sesuatu


(Nah, ambil buku yang kau minta ini !)

Oh – menyatakan perasaan terkejut, hairan, sedih atau


kecewa.( Oh, aku gagal dalam peperiksaan lagi!)

Wah – menyatakan perasaan kagum.


(Wah, besar sungguh dusun ayahnya ini!)

Wahai – perasaan sedih atau untuk menarik perhatian.


( Wahai,anak-anakku, belajarlah  bersungguh-
sungguh demi masa hadapan kamu !)
Latihan :
Isikan tempat kosong di bawah dengan kata seru yang sesuai :
Aduh         Aduhai         Amboi         wahai           Cis        Wah       Nah         Syabas             Hai      
Oh          Eh

1.)    ______________, sudah lama kita tidak berjumpa !


2.)    ______________, kamu rupa-rupanya yang mengambil pensel aku !
3.)    ______________, kamu berjaya mendapat markah yang baik dalam peperiksaan Bahasa Melayu.
4.)    ______________, malangnya nasib pemuda yang ditimpa kemalangan di jalan raya itu.
5.)    ______________, kawan-kawan, mari kita ke kantin bersama-sama!
6.)    ______________, merahnya baju awak !
7.)    ______________,  cubalah kek yang saya buat ini !
8.)    ______________, rupa-rupanya awak yang mencuri duit aku !
9.)    ______________, malangnya mangsa-mangsa di Indonesia yang ditimpa bencana bumi seperti
tsunami dan gempa bumi.
10.) _____________, sakitnya gigi aku !
11.) _____________, cantiknya bunga ini !
12.) _____________, berani kamu menggangu adikku !
13.) _____________, ambillah wang ini !
14.) _____________, kamu telah mengambil tempat pertama dalam pertandingan melukis itu !
15.) _____________, peningnya kepala aku ini !
16.) _____________, sakitnya perut aku ini !
17.) _____________, keluarga itu sentiasa ditimpa nasib malang!