Anda di halaman 1dari 5

Bismillahirrahmanirrahim

Solat Sunat Dhuha

Pengenalan

Solat Sunat Dhuha yang dikenali sebagai solat al-Awwabin ini merupakan
solat sunat yang amat dituntut untuk dilakukan oleh setiap muslim. Solat sunat ini
dilakukan sebagai tanda syukur keatas nikmat dan keberkatan hidup yang diberikan
oleh Allah SWT. Banyak rezeki dan nikmat yang perlu kita syukuri setiap hari seperti
udara yang kita hirup, makanan yang cukup, tempat tinggal yang selesa dan lain-lain
lagi. Solat Sunat Dhuha mempunyai fadhilat yang sangat besar dan sekiranya kita
istiqamah dalam melakukannya, pasti kita akan dapat melihat perubahan yang baik
dalam hidup kita. Nabi Muhammad SAW sendiri sangat menggalakkan kita untuk
melakukan Solat Sunat Dhuha, Baginda telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah
RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha di dalam hadis berikut:

Maksudnya: : ”Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya


melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan
solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.”
( Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721) ).

Mari kita lihat nota-nota penting berkenaan tatacara Solat Sunat Dhuha seperti di
bawah.
Waktu solat yang sesuai

Lebih kurang 20-29 minit selepas waktu syuruk (anggaran waktu selamat
pukul 8.00 pagi) dan berakhir sebelum masuk waktu zohor. Paling afdhal dilakukan
ditengah-tengah waktunya iaitu lebih kurang dalam pukul 9.30-10.00 pagi.

Niat solat

Usolli Sunnata Dhuha Rak’ataini Lillahi Ta’ala.

“Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Kaifiat solat

Berikut merupakan antara cara untuk melakukan Solat Sunat Dhuha yang dianjur
untuk dilakukan:

 Bacaan pada rakaat pertama dibaca surah al-Fatihah dan surah As-Syams
 Bacaan pada rakaat kedua dibaca surah al-Fatihah dan Surah Ad-Dhuha

Ataupun

 Bacaan pada rakaat pertama dibaca surah al-Fatihah dan surah Al-Kafirun
 Bacaan pada rakaat kedua dibaca surah al-Fatihah dan Surah Al-Iklhlas

 Ketika sujud akhir disertai zikir sebanyak 40 kali. (zikit ini tidak wajib)
Wahab li ya wahhabu ‘ilman wa hikmatan warzuqni ya razzaqu kun li musahhala

Maksudnya: Berikan kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi akan ilmu dan
hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Pemberi
Rezeki jadikan ia mudah bagiku

Jumlah rakaat

Solat Sunat Dhuha dilakukan sebanyak 2 rakaat hingga 12 rakaat. (setiap 2


rakaat 1 salam). Paling banyak dikerjakan oleh Rasullulah adalah sebanyak 8
rakaat sahaja.

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Jika dibaca tentang kelebihan-kelebihan melakukan dan mengamalkan Solat Sunat


Dhuha ini, pastinya kita akan berasa lebih semangat untuk melakukannya dan berat
hati untuk meninggalkannya. Antara kelebihan Solat Sunat Dhuha ialah:

1) Mendapat pengampunan dosa daripada Allah SWT

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang


mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya
oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.

2) Dijanjikan balasan yang baik di akhirat nanti.

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang


dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah
(malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat
Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan rahmat
Allah.” (HR At-Tabrani)
3) Mendapat pahala yang menyamai pahala sedekah.

Daripada Abi Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan
kepada sedekah, Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap
tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu
adalah sedekah, menyuruh berbuat kepada perkara baik adalah sedekah,
melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu
cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah
didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.” ( Riwayat Muslim (720) )

Doa selepas solat

Sesudah salam, bacalah doa ini. Doa ini mempunyai maksud yang cukup
indah untuk kita hayati:

Maksudnya:

“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah
kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan
itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit turunkanlah, dan jika ada di dalam bumi
keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh
dekatkanlah, berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-
Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh.”

Penutup

Kesimpulannya, Solat Sunat Dhuha ini menjanjikan banyak kelebihan kepada


orang yang istiqamah dalam melakukannya.

Sebagai seorang muslim, selain melakukan ibadat yang diwajibkan kepada


kita, kita haruslah melakukan ibadat-ibadat sunat yang lain untuk menampung
kekurangan yang ada dalam ibadat wajib kita. Jadi, saya amat mengesyorkan Solat
Sunat Dhuha dimasukkan dalam ‘bucket list’ ibadah kita. Biar amalan kita ditambah
sedikit demi sedikit namun berterusan dengan adanya ilmu pengetahuan kita
terhadapnya.

Kita boleh mulakan dengan melatih diri kita dengan melakukan 2 rakaat
sahaja pada awalnya. Nikmat dan rezeki yang Allah beri kepada kita adalah jauh
lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan solat sunat dua rakaat yang hanya
memerlukan 4-5 minit sahaja untuk dilakukan. Mari kita cuba lakukan dan amalkan,
dan lihat bagaimana solat ini merubah hidup kita kearah yang lebih baik!
Wallahualam

Nur Hafizah Mohd Jafar

Anda mungkin juga menyukai