Anda di halaman 1dari 6

CTU 101- FUNDAMENTALS OF ISLAM

TAJUK:
ANALISIS AYAT
SURAH AN-NUR ( AYAT 2 )

DISEDIAKAN OLEH:
AMIRUL SHAHZRAN BIN YAHAYE (2017163971)
MUHAMMAD HAZYAN BIN HAMDAN (2017301649)

PENSYARAH:
USTAZAH NOR ADINA BINTI ABDUL KADIR

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN


DIPLOMA PENGAJIAN PERBANKAN
( MBA1191B )

1
SURAH AN-NUR (AYAT 2)

MAKSUD
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari
keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan
terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada
Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada
mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

‫ال َّزانِيَةُ َوال َّزانِي‬ Di dalam konteks bahasa Arab, dua kalimah ini adalah jumlah ismiyyah
yang dimana pelaku yang melakukan iaitu penzina. 

 ‫فَاجْ لِدُوا‬ cambuklah/pukullah yang bermaksud iaitu pukullah dikulit, iaitu kulit merupakan


tempat yang  akan merasa sakit apabila terkena pukulan, dengan seratus kali sebatan hukum
yang telah ditetapkan oleh Allah ta'ala dalam hukum hudud. Dengan pukulan itu, akan
membawa kembali cahaya keimanan kepada si pelaku zina dari terus berada di dalam
kegelapan, dan juga dapat menginsafi perbuatannya tersebut.

ِ ‫ َواَل تَأْ ُخ ْذ ُك ْم بِ ِه َما َر ْأفَةٌ فِي ِد‬ yang bermaksud “dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan
‫ين هَّللا‬
belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah". Allah
melarang kita merasa kasihan kepada penzina, yakni tidak sampai hati untuk melaksanakan
hukum hudud terhadap mereka. Sekiranya kita sayang kepada mereka, maka laksanakanlah
hukuman tersebut. Jika kita rasa belas kasihan terhadap mereka dan tidak mampu untuk
melaksanakan hukum hudud tersebut; sebenarnya kita tidak sayang atau kasihan terhadap
mereka.

2
َ‫ َو ْليَ ْشهَ ْد َع َذابَهُ َما طَائِفَةٌ ِمنَ ْال ُم ْؤ ِمنِين‬ yang bermaksud "dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan manusia yang beriman". 
Tujuannya adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa berzina itu merupakan satu
dosa besar, dan di samping itu orang-orang yang beriman akan mendoakan "penzina" tersebut
dengan doa yang baik-baik untuknya, supaya dia (penzina) kembali kepada jalan
Allah subhanahu wata'ala.

HURAIAN
Ayat di ayat menerangkan tentang hukuman berzina. Zina ialah suatu perbuatan yang keji dan
bahayanya amatlah besar kepada diri orang yang melakukannya. Oleh itu beratlah pula
hukuman yang dikenakan kepadanya. Hukuman yang diterangkan di dalam ayat ini adalah
secara umum.

Sesiapa yang melakukan zina, mereka telah mencampakkan diri mereka ke dalam kegelapan
demi kegelapan. Hal ini disebabkan kerana apabila sekali mereka yang melakukan perbuatan
zina, mereka akan melakukannya lagi dan lagi menyebabkan suatu ketagihan. Kemungkinan
juga pabila mereka mengandung anak luar nikah, maka terjadinya pembuangan bayi,
pembunuhan dan sebagainya. Inilah kegelapan demi kegelapan yang dimaksudkan. Dalam
hadith-hadith Nabi SAW telah dijelaskan satu persatu tentang hukum berzina antara lelaki
dengan perempuan. Di dalam konteks Islam, perlakuan zina dibezakan menjadi dua iaitu iaitu
pezina muhshan dan ghayru muhshan.

Zina muhshan ialah apabila seorang lelaki atau perempuan yang berzina itu pernah
menikmati persetubuhan yang halal dalam erti kata lain sudah memiliki pasangan sah.
Mereka dipanggil muhsan kerana yakni orang yang pernah melakukan persetubuhan dalam
ikatan nikah yang sahih sedangkan dia telah akil baligh. Hukuman bagi zina jika pelakunya
melakukan zina secara suka rela atau tidak diperkosa maka mereka dihukum dengan dipukul
sebanyak 100 kali sebatan dan kemudian direjam dan dilempari dengan batu sehingga mati.

3
Zina ghayru muhshan pula ialah apabila seorang lelaki atau perempuan yang berzina tidak
pernah mempunyai pasangan sah dalam erti kata lain tidak pernah melakukan persetubuhan
yang halal ataupun bernikah. Hukuman bagi zina tersebut adalah dengan dipukul sebanyak
100 kali sebatan dan kemudian diasingkan selama setahun.

SEBAB BERLAKUNYA ZINA


Antara penyebab terjerumusnya zina adalah berkhalwat iaitu dengan orang yang bukan
mahramnya. Kebiasaannya terjadi apabila mereka mengenali terlalu rapat iaitu lelaki dengan
perempuan sehingga berdua-dua bersama kemana sahaja. Jika sedang berdua-duan, janganlah
mencari tempat gelap, sunyi, dan sepi kerana di situlah bermula penzinaan. Sedangkan di
tempat-tempat umum tidak menutup kemungkinan, jika tidak ada iman didalam hatinya. Dari
Ibnu Abbas ra, bahwa Nabi saw bersabda: “Janganlah seorang laki-laki berdua-duaan dengan
seorang wanita (di tempat sepi) kecuali bersama mahramnya”.

Selain itu, bercampur baurnya antara lelaki dan perempuan. Ketika ini sudah tidak
memandang mahramnya atau bukan, yang penting bersahabat, Tidak hiraukan lagi batas-
batas agama. Zina bukan hanya dalam konteks bersenggama saja, namun zina anggota-
anggota badan seperti zina hati, zina pikiran, zina tangan, zina mata dan lain-lain. Inilah salah
satu pergaulan bebas yang dibenci Allah yang dapat mendatangkan kemurkaanNya.

Seterusnya, memandang gambar dan melihat video yang berunsurkan pornografi. Semakin
canggihnya teknologi, berbagai media atau sarana dalam mengundang birahi pun semakin
meningkat. Dalam sebuah hadits dikatakan yang ertinya: “Pandangan itu merupakan anak
panah beracun diantara sekian anak panah iblis. Dan barangsiapa meninggalkannya karena
Allah, niscaya Allah akan mewariskan lezatnya ibadah dihatinya yang dapat dirasakan
sampai hari kiamat“. (HR Al-Hakim).

Tambahan pula, keluarnya seorang wanita dari rumah dengan tanpa busana syar’i sesuai
dengan perintah Allah SWT. Yakni menutupi auratnya dengan pakaian Islam. Mereka yang
keluar dengan dandanan yang menarik setiap kaum Adam dan berbusana dengan busana yang
minim, ketat dan tipis. Sehingga tak banyak kaum laki-laki yang tergoda, baik hatinya,
pikirannya juga anggota badan lainnya. Itu kenapa Allah mewajibkan hijab bagi perempuan
muslimah, tidak lebih karena demi menjaga kehormatannya dan lebih mulia dipandang disisi
Allah SWT.

4
HIKMAH MELAKUKAN HUKUMAN TERHADAP PENZINA

Perlaksanaan hukum zina dari sudut sains adalah apabila Allah menjadikan manusia, Allah
juga telah menjadikan bersama kejadian manusia itu dengan undang-undang yang dapat
mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat
daripada perbuatan mereka itu sendiri. Terdapat pelbagai jenis kesalahan yang dihukum
dengan hukuman hudud antaranya salah satunya hukuman bagi mereka yang melakukan
penzinaan.

Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn. Mas’ud r.a bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara
iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan orang
yang keluar daripada agamanya juga yang berpecah daripada jemaah orang-orang Islam.”

Sepintas lalu ulama’ telah menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin
jika sabit kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran kepada mereka yang
telah melakukannya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat
ditentukan bagi pesalah jenis ini adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat
perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan oleh dorongan nafsu yang kadangkala
dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskannya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah yang sudah
berkahwin kerana pesalah jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan
yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan
banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

HADITH

:4 ‫ ابو داود‬.ُ‫فَاِ َذا ِا ْنقَطَ َع َر َج َع ِالَ ْي ِه ْا ِال ْي َمان‬. ‫ظلَّ ِة‬


ُّ ‫ فَ َكانَ َعلَ ْي ِه كَال‬.ُ‫ اِ َذا زَ نَى ال َّر ُج ُل َخ َر َج ِم ْنهُ ْا ِال ْي َمان‬:‫هللا ص‬ ُ ‫ قَا َل َر‬:‫عَنْ اَبِى ه َُر ْي َرةَ قَا َل‬
ِ ‫س ْو ُل‬
4690 :‫ رقم‬،222

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang berzina
maka iman keluar darinya. Maka ia wajib menjaga diri (dari berbuat zina), dan apabila dia
berhenti (dari berbuat zina) maka iman kembali kepadanya”. [HR. Abu Dawud juz 4, hal.
222, no. 4690] 

5
RUJUKAN

Buku
Sheikh Abdullah Basmeih. (1980). Tafsir Pimpinan AR-RAHMAN Kepada Pengertian
AL_QURAN. DarulFikir.
AL-QURAN AL-KARIM. Karya Bestari. Surah An-Nur (Surah ke-24) Juzuk 18
Dr. Mohd Azhar Abdullah (2014). Soal Jawab Hudud. Telaga Biru.

Internet
Khamid Qurays. (Julai 2017). Kumpulan Hadits Tentang Zina Lengkap. Retrieved from
http://www.fiqihmuslim.com/2017/07/hadits-tentang-zina.html

Dr. Haji Jamnul Azhar B. Haji Mulkan. (2009, Ogos 18). Hikmah Hukum Zina Dari Kaca
Mata. Retrieved from
http://usrahdegreekuis-smsu3.blogspot.my/2009/08/hikmah-hukuman-zina-dari-kaca-
mata.html

Coretan Qalb. (2013, Februari 23). Halaqah Tafsir Surah an-Nur: Ayat ke 2. Retrieved from
http://lightsuccess.blogspot.my/2013/02/ayat-ke-2.html