Anda di halaman 1dari 4

BINA INSAN GURU – FASA II KHIDMAT MASYARAKAT

Nama : Noraishah binti Idris


No K/P : 810705-01-5830
Kumpulan : KG 2.4

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih
saya kepada Tuhan kerana telah berjaya menyiapkan tugasan Muzik Pendidikan
Awal Kanak-kanak sehingga saya dapat menempuhi segala dugaan dengan
sempurna sekali. Saya juga turut ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
pelaksanaan saya menyiapkan Kerja Kursus Pendek ini. Tanpa kerjasama dan
sokongan dari semua pihak sudah tentu saya tidak dapat dilaksanakan tugasan
dengan sempurna.

PELAKSANAAN

Muzik memainkan peranan penting dalam menjadikan proses pengajaran dan


pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan bersesuaian dalam membina
pengetahuan pelajar, maka sebagai pelatih guru yang akan mengajar kanak-kanak
ini, adalah bersesuaian dan wajar saya mempelajari tentang muzik dalam
pendidikan awal kanak-kanak.

Kerja Kursus Pendek Muzik Pendidikan Awal Kanak-kanak ini merupakan


subjek minor yang perlu saya dan rakan-rakan Prasekolah ikuti pada semester ini
Pada semester kedua ini, Muzik Pendidikan Awal Kanak-kanak adalah merupakan
kesinambungan daripada semester 1.

Selepas memperoleh tugasan, saya dan rakan-rakan bersama-sama


mengumpul bahan yang berkaitan dengan konsep muzik dengan sebaik mungkin
untuk mendapatkan yang terbaik dalam tugasan kali ini Terdapat banyak cabaran
dan dugaan yang berlaku sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Pada awal
tugasan iaitu memperolehi tugasan yang diberi oleh pensyarah, saya merasa kurang
berkeyakinan untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik.
BINA INSAN GURU – FASA II KHIDMAT MASYARAKAT

KELEBIHAN

Melalui Kerja Kursus Pendek Muzik Pendidikan Awal Kanak-kanak, saya


dapat melihat beberapa kekuatan dalam memastikan guru pelatih dapat
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan sekaligus menimba ilmu di dalam bilik
darjah. Antaranya semangat kerjasama antara rakan-rakan dalam pengumpulan
maklumat bagi memastikan kerja kursus ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Semangat kerjasama yang di tunjukkan, samada dalam kalangan ahli kumpulan
mahupun seluruh rakan-rakan mengambarkan sikap pelatih guru yang sentiasa
mengamalkan amalan bantu membantu. Contohnya dalam proses memahami
konsep muzik untuk analisis skor muzik yang pada kami adalah sesuatu yang amat
mencabar untuk diterjemahkan kedalam bentuk pendidikan muzik.

Selain itu juga, kerjasama yang diberikan dari sudut pensyarah kami amat
dihargai. Peranan pensyarah, Puan Fauzila Abd Latif sebagai menunjuk cara dan
pembimbing kami menjadikan kami sangat berbangga dengan tunjuk ajar beliau
walaupun beliau sibuk dengan tanggungjawab. Buah fikiran, tunjuk ajar dan
komentar dari Puan Fauzila Abd Latif untuk memastikan kerja kursus pendek yang
kami lakukan adalah antara yang terbaik dan menepati kehendak dalam tugasan
yang diamanahkan.

Memandangkan bidang Muzik ini adalah merupakan sesuatu yang baru saya
terima, namun ia tidak menjatuhkan semangat saya untuk terus berusaha mencari
bahan, malahan ia telah membantu saya membina keyakinan dalaman diri.
Perasaan ingin mencari bahan yang bersesuaian dengan tugasan juga menjadikan
saya seorang yang sentiasa bersifat teliti dan bersungguh-sungguh.

Dari segi tugasan berkumpulan, walaupun kami tidak berjumpa selama 3


minggu untuk tugasan PBS dan cuti Hari Raya, namun dengan kemudahan ICT
seperti emel dan facebook menjadi perantara antara kami ahli kumpulan untuk
berinteraksi sekaligus mengumpul maklumat.
BINA INSAN GURU – FASA II KHIDMAT MASYARAKAT

KELEMAHAN

Memandangkan kami melakukan tugasan ini secara individu dan


berkumpulan, kekangan masa serta interaksi yang kurang antara ahli kumpulan
menjadikan tugasan berkumpulan kami sukar untuk dilaksanakan. Kami hanya
sempat mengumpul maklumat seminggu selepas naik bercuti. Memandangkan,
ramai rakan-rakan yang pulang ke kampung dan terdapat rakan-rakan yang tidak
dapat mengakses internet dengan baik di kampung halaman. Situasi ini menjadi
masalah kepada kami ahli kumpulan untuk berinteraksi di alam maya.

Selain itu juga, saya menghadapi masalah untuk mencari bahan rujukan
untuk Muzik. Kebanyakan rujukan yang saya perolehi adalah bahan-bahan rujukan
lama dan tidak berkaitan dengan tajuk tugasan saya. Namun berkat kesungguhan,
saya berjaya memperolehi bahan-bahan rujukan ini jauh walaupun jauh dari maktab.
Kebanyakan rujukan saya peroleh melalui pembelian dalam talian, di perpustakaan
awam Johor dan juga di kedai buku di Johor Bahru. Situasi ini juga mengundang
masalah kos kepada saya.

Selain itu juga, pertindihan kerja kursus matapelajaran lain juga menjadi salah
satu sebab yang menganggu saya untuk menyiapkan tugasan Muzik ini dengan
segera. Namun demikian, situasi ini berjaya saya atasi dengan menyusun semula
jadual menyiapkan tugasan yang lain tanpa menjejaskan tugasan yang penting.

Kekangan masa merupakan faktor penyumbang utama dalam menyiapkan


tugasan saya. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang diikuti sekaligus menjalani
PBS menjadikan masa untuk mengumpul maklumat dan menyiapkan terganggu
serba sedikit. Situasi ini menganggu saya untuk menyiapkan tugasan dengan kadar
yang segera. Namun itu sukar dilaksanakan disebabkan fakto tersebut.
BINA INSAN GURU – FASA II KHIDMAT MASYARAKAT

PENAMBAHBAIKAN

Apabila wujudnya kelemahan, maka perlulah dilakukan penambahbaikan


supaya kelemahan itu tidak menutupi kekuatan yang dilaksanakan. Maka, antara
pelaksanaan penambahbaikan yang boleh diaplikasikan adalah merancang tugasan-
tugasan subjek lain dengan baik dan teratur tanpa perlu pertindihan tugasan yang
banyak.

Selain itu juga, bahan-bahan rujukan Pendidikan Muzik yang baru di


perpustakaan maktab perlu di pertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan
pelatih guru dapat memperolehi maklumat tanpa perlu mencari bahan rujukan
ditempat lain.

Dari segi kekangan masa, cara mengatur dan mengolah perjalanan


menyiapkan kerja kursus lain perlu dilaksanakan secara berjadual dan sistematik
tanpa perlu berlaku pertindihan untuk menyiapkannya.

PENUTUP

Kesimpulannya kelemahan dan kekurangan sepanjang melaksanakan


tugasan ini akan dijadikan panduan untuk terus berjaya manakala kejayaannya
dijadikan sandaran. Pepatah pernah mengatakan bahawa :

“Pendidikan bukanlah sesuatu yang diperoleh seseorang tapi pendidikan adalah


sebuah proses seumur hidup”

Anda mungkin juga menyukai