Anda di halaman 1dari 5

Perancang Keluarga

48
Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?

Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak,
jarak kehamilan dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.

Masa yang sesuai untuk wanita hamil :

 Berumur diantara 20 dan 35 tahun

 Kelahiran anak terakhir sekurang-kurangnya 2 tahun lalu atau mempunyai masalah


perubatan yang terkawal & optima

 Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi

 Pasangan ingin mempunyai anak

Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor di atas tidak dipenuhi. Dari itu wanita adalah digalakkan
mengamalkan kaedah perancang keluarga berkesan.

Apakah kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada?

1. Kaedah semulajadi
o Kaedah masa subur

o Suhu badan asas

o Kaedah cairan dan lendiran faraj

o Kaedah gabungan

o Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan

2. Kaedah halangan
o Kondom

o Topi servik

o Diafram

2. Hormon
o Pil

o Implan

o Suntikan

2. Alat dalam rahim

3. Kaedah kekal
o Ikatan tiub fallopian/peranakan

o Pembedahan mengikat saluran mani lelaki


Apakah faedah merancang keluarga?

Faedah-faedahnya termasuklah:

 Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak

 Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak
yang lebih baik

 Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak diingini

 Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi

 Merancang keluarga membaiki kesejahteraan keluarga


Apakah kaedah yang sesuai untuk saya?

Anda perlulah menentukan kaedah yang paling sesuai untuk anda dengan bantuan anggota
kesihatan. Pasangan mempunyai peranan yang penting dalam bentuk sokongan bagi memastikan
perancang keluarga berkesan. Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum memilih kaedah
perancang keluarga:

 Umur wanita tersebut

 Taraf kesihatan

 Keberkesanan kaedah

 Kaedah yang disukai individu

 Kaedah yang terdapat di klinik

 Sejarah obstetrik & ginekologi lepas


Bagaimana untuk saya tahu yang saya tidak hamil sebelum memulakan
perancang keluarga?

Sebelum memulakan perancang keluarga, anda harus memastikan anda tidak hamil. Wanita tidak
hamil jika beliau tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan dan mempunyai kriteria seperti di bawah:

 Dalam masa 7 hari selepas haid normal

 Dalam masa 7 hari selepas keguguran

 Dalam masa 4 minggu selepas kelahiran untuk ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi

 Ibu-ibu yang menyusukan anak dalam masa 6 bulan kelahiran dan belum lagi turun haid

 Belum lagi melakukan seks sejak haid terakhir

Sekiranya kehamilan belum lagi dipastikan, anda perlu :

 melakukan ujian kehamilan air kencing atau

 tunggu sehingga haid berikutnya (kondom dan penggunaan bahan pembunuh sperma boleh
digunakan sementara menunggu haid berikutnya)
Bilakah kaedah perancang keluarga perlu dimulakan?

1. Hormon (pil)
o Wanita tidak hamil- bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari

o Selepas keguguran- mulakan serta merta

o Selepas kelahiran :-

 Jika tidak menyusukan bayi-mulakan 3 minggu selepas melahirkan anak

 Jika menyusukan bayi- mulakan 6 minggu selepas melahirkan anak atau


lebih awal jika berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula

2. Suntikan hormon

1. Mulakan dalam masa 7 hari haid

2. Mulakan serta merta selepas keguguran

3. Selepas kelahiran

 Sekiranya tidak menyusu-serta-merta selepas melahirkan anak

 Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak

2. Alat dalam rahim

1. Semasa haid

2. Serta merta selepas keguguran

3. 6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks

2. Kaedah kekal

1. Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)

 serta-merta selepas melahirkan atau

 6 minggu selepas melahirkan atau

 Semasa pembedahan kelahiran/ Caesar atau

 Bila-bila masa

1. Lelaki (Vasektomi)

 Bila-bila masa
Adakah kaedah perancang keluarga yang digunakan semasa kecemasan
berkesan untuk mengelak kehamilan?

Keberkesanan Pil perancang yang digunakan semasa kecemasan ialah 75% manakala
keberkesanan Alat dalam rahim pula adalah 99.9% untuk mengelak kehamilan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa mengambil pil kombinasi
hormon paket 21 (seperti Marvelon, Nordette)?

 Lambat memulakan
o Tidak melakukan seks atau menggunakan kondom atau gunakan bahan pemusnah
sperma sehingga anda mengambil turutan 7 pil.

 Terlupa 1 pil
o Ambil serta-merta dan sambung yang lain seperti biasa.

 Terlupa 2 atau lebih pil


o Gunakan kondom untuk selama 7 hari

o Ambil pil hormon

o Kira berapa bilangan pil hormon yang masih tinggal dalam paket, jika 7 biji atau lebih,
makan pil yang tinggal seperti biasa. Jika kurang dari 7 pil hormone yang tinggal, makan baki pil
yang tinggal itu seperti biasa dan mulakan paket baru pada hari esoknya.
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tertinggal pil hormon progestin ?
(cth, Noriday)

Ambil pil terakhir yang tertinggal serta-merta. Elakkan seks. Sambung mengambil pil berikutnya
seperti biasa. Jika tidak dapat mengelak dari melakukan seks, gunakan kaedah perancang yang lain
selama 48 jam.

Sekiranya tiub fallopian/ peranakan saya telah diikat?

Kaedah pembedahan adalah kaedah kekal dan pembedahan untuk membukanya dapat dilakukan
tetapi mungkin tidak akan berjaya.

Dimanakah saya boleh mendapat khidmat bantuan untuk perancang keluarga?

Khidmat Perancang Keluarga terdapat di semua Klinik Kesihatan Kerajaan, Klinik Lembaga
Pembangunan dan Kependudukan Negara (LPPKN) dan Klinik Pertubuhan Perancang Keluarga.

Bahan Rujukan

 WHO 1998 Health workers’ manual on FAMILY PLANNING OPTIONS

 KKM 21-22June 2001 Family Planning program guideline

 WHO 2002 Selected practice recommendations for contraceptive use

 The National Women’s Health Information center Nov 2002 Emergency Contraception

Semakan Akhir : 26 April 2012

Penulis : Dr. Fuziah Paimin

Penyemak : Dr. Sri Wahyu Taher


 

(Visited 4,808 times, 7 visits today)

Anda mungkin juga menyukai