Anda di halaman 1dari 2

Tonton video yang mempamerkan seorang guru sedang melaksanakan PnP mata pelajaran

B. Malaysia (dilampirkan). Tumpuan perlu diberikan terhadap komunikasi lisan dan


komunikasi bukan lisan guru berkenaan. Berikan cadangan atau pendapat anda terhadap
pengajaran guru dalam video tersebut.

Selepas menonton video PdP bahasa Melayu ini, saya dapat mengenal pasti beberapa
komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan yang digunakan oleh guru tersebut dalam aktiviti
pengajaran. Komunikasi lisan berkesan dalam pengajaran kerana terdapat maklum balas
semasa pdp berlangsung. Selain itu, guru menyampaikan mesej secara lisan dengan nada
bersesuaian dengan mempunyai keyakinan diri semasa memberi ucapan. Guru tersebut juga
menggunakan bantuan teknologi dalam pengajarannya. Guru juga menghormati pandangan
orang lain dan merangsangkan perbincangan dengan menggunakan bahasa yang sesuai
semasa berkomunikasi dengan muridnya.

Manakala, komunikasi bukan lisan pula, guru menggunakan kad pelbagai warna dalam
pengajaran. Kad tersebut berwana hijau, kuning dan merah membezakan tahap penguasaan
murid terhadap isi pelajaran. Murid dapat menunjukkan kad-kad tersebut sebagai tanda tahap
kefahaman mereka. Misalnya, kad hijau bermaksud faham, kad kuning sederhana faham dan
kad merah tidak faham. Selain itu, komunikasi bukan lisan ialah guru melekatkan objektif
pembelajaran dan hasil pembelajaran yang telah dicetak di papan putih kelas. Guru telah
menggunakan komunikasi bukan lisan iaitu secara penulisan dalam pengajaran dalam bilik
darjah. Ayat yang ditulis teratur, lancar, jelas dan bersesuaian dengan tahap pemahaman
murid. Selain itu, guru juga menggunakan banyak bahasa isyarat dalam komunikasi. Misalnya,
guru menggunakan bahasa isyarat tangan untuk mengawal suasana pembelajaran murid
supaya terancang. Seterusnya, penulisan guru di papan putih kemas dan menggunakan
dakwat pen yang mudah dilihat seperti dakwat hitam dan biru. Hal ini menyebabkan
komunikasi bukan lisan dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam pengajarannya.

Bagi penambahbaikan, guru perlulah memberikan latihan pengukuhan dan pemulihan bagi
murid-murid yang lemah. Misalnya, guru boleh memberikan kerja rumah kepada murid. Hal ini
bertujuan supaya, murid boleh menguasai dan memahami isi pelajaran secara mendalam.
Guru juga perlulah membuat rumusan tentang isi pelajaran pada hari tersebut. Guru boleh
memanggil salah seorang murid dalam kelas tersebut untuk merumuskan isi pelajaran yang
dipelajari. Sekiranya, terdapat kekeliruaan murid terhadap pelajaran, guru haruslah
memperbetulkan kesilapan murid dan menerangkan sekali lagi kepada murid.

Secara keseluruhan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru tersebut agak baik kerana
mempunyai hubungan komunikasi dan maklum balas daripada murid. Guru tersebut juga
menerapkan nilai murni dalam pengajaran. Misalnya, guru menerapkan nilai bekerjasama
semasa aktiviti kumpulan berlangsung. Guru mengarahkan murid-murid menyiapkan latihan
dalam kumpulan di samping menerangkan kepada murid nilai yang diamalkan. Guru bukan
sahaja mengajar bahasa Melayu malah juga menerapkan nilai moral dalam pengajaran. Selain
itu, guru juga memberi pujian kepada murid-murid semasa mereka berjaya menjawab soalan.
Guru juga telah memberikan peneguhan dan nasihat kepada murid yang membuat kesilapan.

Anda mungkin juga menyukai