Anda di halaman 1dari 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Etika berasal daripada perkataan Greek “ethos‟ yang bermakna watak atau adat resam. Adat resam
masyarakat membentuk watak manusia. Kini istilah etika dikaitkan dengan tentang moral dimana
individu dalam sesuatu masyarakat bertindak tertakluk kepada budi pekerti moral. Etika merupakan
salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang betul dan salah dalam kehidupan seharian manusia.
Etika adalah penting, kerana ia menentukan tindak-tanduk manusia. Tanpa berpegang kepada suatu kod
etika, segala usaha manusia akan gagal. Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya
tersendiri demi memartabatkan profesion. Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh guru.
Kepentingan kod etika tidak dapat dinafikan lagi kerana adanya kod etika para guru dapat menjaga
tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh seorang guru, Pengetahuan tentang etika
profesion perguruan adalah amat penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru kerana
terdapat guru-guru yang masih melanggar tatasusila perguruan yang harus dielakkan. Di halaman depan
Buku Persediaan Mengajar dipaparkan ikrar agar semua guru mematuhi dan menjaga imej profesion.
Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan menjadikan seorang individu itu
tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan
kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai kemajuan. Dari
pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin dan ketua masyarakat
kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar dan
tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah. Guru
seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri
dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana
dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat
pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

Tujuan peraturan pendidikan adalah dilaksanakan adalah untuk mengawal tingkah laku dan
melicinkan perjalanan kehidupan warga sekolah dalam proses pembentukan jati diri dan supaya
pendidikan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Pihak kementerian jugak telah
membuat peraturan – peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap sekolah. Dengan kuasa yang
diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 Menteri telah menggubal peraturan yang dinamakan
peraturan pendidikan yang mula berkuat kuasa pada 1 January 1998. Usaha pembentukan nilai – nilai
murni ini adalah penting bagi pelajar untuk menghadapi situasi sebenar dalam alam kehidupan yang
sebenar. Bagi golongan guru hendaklah kelihatan kemas dan sesuai semasa bertugas di sekolah.
Golongan ini tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun berada pada waktu petang semasa
berada di sekolah. Selain itu pemakaian formal juga diwajibkan ketika berlangsungnya majlis – majlis
rasmi sekolah. Bagi rambut pula guru lelaki adalah dilarang untuk mempunyai potongan rambut yang
melebihi kolar baju dan haruslah kelihatan kemas kerana guru merupakan contoh yang paling terdekat
dengan murid.
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi professional yang patut dicapai oleh guru
setiap guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institut latihan perguruan bagi
membantu guru mencapai tahap kompentasi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan
dan rujukan kepada guru, pendidikan guru, agensi dan institute latihan perguruan dalam usaha untuk
melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi
tujuan penambahbaikan berterusan. Standard guru Malaysia bertujuan untuk mengenal pasti tahap
kompentasi professional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan , pengetahuan, dan
kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran mengenalpasti tahap penyedian dan
pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institute latihan perguruan bagi menjamin tahap
kompentasi guru yang ditetapkan tercapai. Standard guru Malaysia akan dapat mengenalpasti dasar dan
strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaikan sejajar dengan perkembangan dan
cabaran smasa dunia pendidikan.