Anda di halaman 1dari 212

Prolog

“Tasha, kita buat time-capsule nak tak?” cadang Rizalman. Natasha yang duduk di
sebelahnya memandang. Sinar matanya jelas menunjukkan tanda tanya.

“Benda apa tu?” Natasha melepaskan juga persoalan yang sedang berlegar di benaknya.
Rizalman tersenyum.

“Nah, kita tulis surat dulu,” jawab Rizalman sambil menghulurkan sekeping kertas
berserta pen pada Natasha. Natasha mengambil pemberian Rizalman dengan seribu tanda tanya.
Dia masih tidak faham tentang time-capsule yang dinyatakan Rizalman sebentar tadi. Apa kaitan
tulis surat dengan time-capsule?

“Nak tulis apa?” soal Natasha. Masih lagi dalam tanda tanya.

“Tulis tentang cita-cita dan impian Tasha lima tahun dari sekarang,” cadang Rizalman.
Natasha akur. Dia segera menulis cita-cita yang diidamkannya selama ini. Rizalman turut
berbuat perkara yang sama. Mereka berdua membelakangi antara satu sama lain. Pohon Ru yang
merendang sedia menjadi payung dari sinaran terik matahari. Angin yang bertiup sesekali
menyapa pipi mereka berdua.

Natasha meletakkan pen sebaik sahaja selesai menulis. Dia menjeling memandang
Rizalman yang masih lagi menulis di sebelah. Niatnya ingin melihat apa yang ditulis oleh teman
sepermainannya itu.

“Mana boleh tengok. Ni rahsia la,” kata Rizalman sambil menutup kertas yang ditulisnya
dengan tangan. Natasha mencebik.

“Kedekut,” ucap Natasha sambil menjelirkan lidahnya. Namun jauh di sudut hatinya dia
benar-benar ingin tahu akan impian lelaki itu. Apa yang dia tulis agaknya.

Rizalman tidak mengendahkan cemuhan Natasha padanya. Dia meneruskan penulisannya


yang terbengkalai sebentar tadi. Setelah puas dengan apa yang ditulisnya, barulah dia berhenti.
Dia menoleh memandang Natasha.

“Dah siap?” tanya Rizalman ringkas.

1
“Dah lama dah,” jawab Natasha acuh tak acuh. Dia masih lagi terasa hati dengan respon
Rizalman sebelum ini. Baginya, tiada apa yang harus Rizalman rahsiakan darinya kerana mereka
berdua sudah berkawan sejak dari kecil lagi. Malah, dia sudah menganggap Rizalman sama
seperti abang kandungnya.

Rizalman tidak menghiraukan sikap dingin yang ditunjukkan Natasha. Baginya, itu
semua tidak berapa penting. Apa yang penting ketika itu adalah time-capsule yang sudah lama
menjadi angan-angannya untuk bermain bersama-sama Natasha.

Dia mengambil kotak kayu yang diletakkan bersebelahan dengannya. Kotak sebesar
telapak tangan itu cantik dihiasi ukiran-ukiran kayu di permukaannya. Natasha kagum melihat
kotak kayu itu.

“Cantiknya,” puji Natasha. Rizalman tersengih.

“Sekarang…letak surat yang Tasha tulis tadi dalam kotak ni,” arah Rizalman. Natasha
akur. Dia melipat surat yang berisi dengan impiannya itu dengan kemas dan kemudian
memasukkannya ke dalam kotak kayu. Rizalman juga berbuat perkara yang sama. Setelah itu,
dia menutup kotak kayu itu dan menguncinya dengan kemas. Natasha hanya memerhati tanpa
sebarang bicara.

“Jom ikut Man,” ajak Rizalman sambil tangan kanannya menarik tangan Natasha. Kotak
kayu digengamnya kemas dengan tangan kiri.

“Nak pergi mana ni?” tanya Natasha hairan. Dia pelik melihat kelakuan Rizalman. Tadi
suruh tulis surat. Sekarang ni suruh ikut dia pulak.

Rizalman tidak menjawab soalan Natasha. Perhatiannya diberikan pada jalan di hadapan.
Otaknya ligat berfikir tentang jalan yang pernah dilaluinya. Rasa-rasanya betullah jalan ni. Hari
tu pun aku secara tak sengaja jumpa tempat tu.

Setelah meredah semak dan mengharungi anak sungai, akhirnya mereka tiba di destinasi.
Sebuah kawasan lapang yang dikelilingi oleh lalang yang menimbun.

“Tempat apa ni?” soal Natasha.

2
“Nilah tempat Man selalu lepak. Cantik kan,” balas Rizalman.

“Wah, best nyer. Cantik tempat ni,” puji Natasha. Matanya liar memerhatikan kawasan
lapang itu. Walaupun tidak sebesar mana, tetapi ianya sudah cukup untuk mereka berdua
bermain di situ. Timbunan lalang yang meninggi menjadi tembok yang memagari kawasan
lapang itu. Cahaya matahari yang mencurah ke daun lalang mencipta warna biru yang
mendamaikan. Terasa seperti berada di laut rasanya.

Rizalman mengorek sebuah lubang di tengah-tengah kawasan lapang itu. Setelah berpuas
hati dengan kedalaman lubang yang dikoreknya, dia memasukkan kotak kayu ke dalam dan
menimbus semula dengan tanah yang digali sebelum ini. Natasha yang berada di sisi menjadi
saksi.

“Siap,” kata Rizalman apabila selesai dengan kerjanya. Kepuasan jelas terpampang di
wajah.

“Jadi, apa yang perlu kita buat?” tanya Natasha.

“Kita cuma perlu tunggu,” jawab Rizalman.

“Tunggu? Berapa lama?” soal Natasha lagi.

“Lima tahun lagi. Lepas tu, kita sama-sama datang semula ke sini dan gali lubang ni. Kita
tukar surat yang kita tulis tadi. Man baca surat Tasha dan Tasha baca surat Man,” terang
Rizalman. Natasha angguk tanda faham.

Mereka memagari lubang yang ditimbus sebentar tadi dengan kayu-kayu kecil. Rizalman
mengambil sepotong papan dan menulis di atasnya ‘Hak milik Man dan Tasha’. Dipacakkannya
papan itu betul-betul di atas lubang di mana kotak kayu ditanam. Setelah selesai, mereka pulang
semula ke rumah meninggalkan time-capsule mereka bergerak mengharungi masa.

3
1
“Bangun…selamat pagi cikgu!” kedengaran suara ketua kelas tingkatan 3 Anggerik
memberikan ucapan selamat kepada Cikgu Fatimah yang sedang melangkah masuk ke dalam
kelas sambil menguntum senyum dibibir. Murid-murid yang lain turut mengucapkan selamat
sambil berdiri sebagai tanda hormat kepada guru muda itu. Usai memberikan ucapan selamat,
semua murid duduk di tempat masing-masing.

“Baiklah murid-murid, hari ini kita akan belajar tentang cerpen. Sila buka buku karangan
masing-masing,” ucap Cikgu Fatimah kepada pelajarnya.

Semua pelajar akur dengan kata-kata guru muda yang berdiri dihadapan mereka itu.
Mereka senang dengan cara pembelajaran yang ditunjukkannya. Penuh dengan kelembutan dan
kasih sayang. Tiada langsung rasa malas yang menyinggah setiap kali kelas Bahasa Melayu
bermula. Bagi mereka, hati Cikgu Fatimah seharusnya dijaga kerana dia merupakan guru yang
sangat penyayang lebih-lebih lagi pada murid-muridnya.

“Apa tajuk cerpen yang kami kena tulis hari ni cikgu?” soal Najwa sambil mengangkat
tangannya tanda inginkan perhatian dari Cikgu Fatimah.

Cikgu Fatimah tersenyum memandang Najwa yang kelihatan tidak sabar menunggu
jawapan darinya. Seraya itu, dia berkata.

“Saya nak kamu semua tulis pasal cita-cita kamu,” kata Cikgu Fatimah dengan jelas. Dia
mahu murid-muridnya faham akan tugasan yang diberikannya itu. Baginya, sesi pembelajaran

4
akan berjalan dengan lancar sekiranya komunikasi di antara guru dan murid jelas. Sebab itu dia
menitikberatkan tentang hubungannya dengan pelajar.

“Baiklah, siapa yang mahu kongsi tentang cita-citanya?” tanya Cikgu Fatimah. Pelajar
kelas 3 Anggerik berebut-rebut mengangkat tangan sebaik saja mendengar soalan Cikgu
Fatimah.

“Hurm, kamu Farish,” kata Cikgu Fatimah sambil menudingkan jarinya pada pelajar
lelaki yang duduk di barisan hadapan kelas. Semua penghuni kelas 3 Anggerik senyap sambil
mata mereka difokuskan kepada Farish. Farish berdiri sebaik saja tumpuan diberikan kepadanya.

“Saya nak jadi usahawan yang berjaya, sama macam bapa saya,” ucap Farish tenang.
Pelajar perempuan mula berbisik sesama mereka. Mungkin kagum dengan apa yang dikatakan
Farish. Farish tidak mengendahkan gelagat pelajar perempuan kelasnya itu kerana dia sendiri
sudah lali. Bukan sekali dua sahaja malah setiap kali dia berjalan dihadapan pelajar perempuan,
pasti dia akan terdengar bisikan kecil dari mulut mereka. Entah apa yang dibisikkan mereka pun
dia sendiri tidak tahu. Pernah sekali dia terdengar khabar angin yang mengatakan dirinya selalu
menjadi buah mulut pelajar perempuan di sekolah kerana kecomelan yang ada padanya. Memang
tidak dinafikan rupa parasnya yang comel itu mampu mengundang cemburu dikalangan wanita.
Namun itu semua hanyalah khabar angin. Bagi Farish, semua pelajar sama sahaja. Baik lelaki
mahupun perempuan. Jika bukan kerana rupa paras, harta kekayaan bapanya pula yang
diidamkan mereka. Dia sudah lali dengan semua itu. “Jangan dilayan sangat mereka ni,” bisik
hati Farish.

“Siapa lagi yang mahu kongsi?” tanya Cikgu Fatimah.

“Saya cikgu,” kedengaran suara seorang pelajar lelaki yang duduk dibarisan paling
belakang menyahut sambil tangannya diangkat. Semua mata tertumpu padanya. Pelajar lelaki itu
berdiri dengan tenang sambil matanya difokuskan pada wajah Cikgu Fatimah tanda memohon
kebenaran untuk bersuara.

“Silakan Armand,” ujar Cikgu Fatimah lembut.

Semua murid memberikan perhatian mereka kepada Armand khususnya pelajar


perempuan. Mereka ingin sekali mengetahui cita-cita lelaki tampan itu. Memang Armand

5
terkenal dengan ketampanan dan kelincahannya bersukan. Siapa tidak kenal dengannya. Satu
sekolah mengenalinya sebagai ‘king’ kerana bagi mereka, dialah juara segala-galanya baik dari
segi rupa mahupun sukan. Malah ada khabar angin yang mengatakan Armand seorang yang
sangat kaya dan tidak terkecuali, ada juga yang mengatakan dia adalah putera raja. Namun,
hanya Armand saja yang tahu akan status keluarganya kerana dia lebih suka menyembunyikan
saja hal-hal yang melibatkan keluarganya.

“Cita-cita saya nak jadi ahli sukan yang berjaya cikgu,” ucap Armand bersahaja. Pelajar
perempuan mula bersorak apabila mendengar jawapan Armand. Pelajar lelaki turut sama
bersorak tetapi bukan kerana menyokong apa yang dikatakan Armand. Mereka cemburu dengan
apa yang dikatakannya sebentar tadi.

Cikgu Fatimah cuba mententeramkan keadaan yang sudah sedia riuh akibat daripada
sorakan murid-murid lain kepada Armand. Sedang dia sibuk dengan kerjanya itu, matanya
tertacap pada seorang pelajar lelaki yang duduk di hujung kiri kelas bersebelahan dengan
tingkap. Timbul rasa hairan dibenaknya kerana pelajar itu sedikit pun tidak terganggu dengan
suasana riuh di dalam kelas. Malah pelajar itu kelihatan sedang termenung sambil matanya
dihalakan keluar tingkap.

“Boleh saya tahu cita-cita kamu yang duduk dihujung sana?” tanya Cikgu Fatimah
kepada pelajar lelaki tersebut. Buat seketika, kelas menjadi sunyi sepi kesan daripada soalan
spontan yang diajukan oleh Cikgu Fatimah. Perhatian diberikan kepada pelajar lelaki yang dari
tadi sedang asyik dengan dunianya sendiri.

Pelajar lelaki itu tersentak apabila semua mata memandang tepat kearahnya. Dengan
perlahan dia bangun dari kerusinya sambil menelan air liur. Alamak apa yang aku nak jawab ni.
Bukan aku dengar pun apa yang cikgu tanya tadi.

“Kamu pelajar baru?” soal Cikgu Fatimah apabila melihat reaksi kurang senang yang
ditunjukkan oleh pelajar lelaki itu. Dia seboleh mungkin tidak mahu mencipta suasana yang
canggung antara dirinya dan murid.

Pelajar lelaki itu mengangguk tanda membenarkan apa yang dikata oleh Cikgu Fatimah.

6
“Boleh kamu beritahu nama dan cita-cita kamu?” soal Cikgu Fatimah lagi. Kali ini,
nadanya kedengaran lembut seakan memujuk. Budak lelaki itu tersenyum mendengar soalan
yang diberikan guru muda dihadapannya. Nasib baik dia ulang. Fuh! Lega aku.

“Nama saya Rizman. Saya nak jadi novelis bila besar nanti,” ujar Rizman dengan
lantang. Suasana di dalam kelas kembali riuh dengan bisikan halus antara pelajarnya. Seakan
memperlekehkan cita-cita Rizman. Bagi mereka, kerjaya sebagai penulis bukanlah hebat sangat
jika dibandingkan dengan kerjaya yang lain. Rizman kurang senang dengan apa yang dilihatnya.
Baginya, cita-cita untuk menjadi seorang penulis merupakan perkara yang harus dibanggakan
kerana tidak semua orang boleh menulis dengan baik. Ah, lantaklah! Bukan aku kisah pun.

“Siapa lagi yang nak kongsi?” Cikgu Fatimah bertanya lagi. Cuba untuk mengalihkan
perhatian pelajar-pelajar di dalam kelasnya. Perhatian kembali diberikan kepada topik cerpen
yang dibincangkan Cikgu Fatimah. Hampir semua pelajar memberikan jawapan yang sama
kepada soalan yang diajukan. Ternyata kerjaya professional seperti doktor dan jurutera sering
mendapat tempat dihati pelajar-pelajar kini. Mungkin hasil didikan serta rangsangan yang
diberikan keluarga membuatkan kedua-dua profesion ini menjadi popular dikalangan anak muda.

Kelas Bahasa Melayu pada hari itu tamat sebaik sahaja loceng yang menandakan waktu
rehat berbunyi. Cikgu Fatimah mengingatkan murid-muridnya supaya menyiapkan tugasan yang
diberi minggu hadapan. Setelah mengemaskan buku-bukunya, Cikgu Fatimah melangkah keluar
dari kelas 3 Anggerik bersama-sama pelajar yang lain.

7
2
“Ris, kau kenal ke budak yang baru pindah tu?” tanya Armand kepada Farish. Farish
mengangkat mukanya memandang Armand. Diletakkan roti yang dijamahnya sebentar tadi di
atas meja.

“Mana la aku kenal. Lagipun dia kan baru lagi masuk sekolah ni,” jawab Farish jujur. Dia
sendiri tidak pernah bersua muka dengan pelajar baru yang dikenalinya sebagai Rizman.

“Apa nama dia tadi?” soal Armand lagi. Dia berminat untuk mengetahui perihal pelajar
baru yang berada di kelasnya itu.

“Rizman la. Yang kau beriya-iya nak tahu pasal dia ni kenapa?” soal Farish pula. Hairan
dengan soalan Armand.

“Takdelah, aku cuma nak tahu jer. Manalah tahu boleh dibuat kawan. Bolehlah dia join
kita,” balas Armand selamba. Berkerut dahi Farish mendengar kata-kata Armand sebentar tadi.
Biar betul budak ni. Selalu susah sangat nak pilih geng. Ni, senang-senang jer nak ambik budak
baru tu join.

“Kau biar betul. Budak-budak lain sibuk nak join kau tolak. Apasal pulak budak baru tu
yang kau nak,” Farish meluahkan juga kebinggungannya. Armand memandang Farish sambil
tersengih. Dia faham benar akan kata-kata sahabatnya itu.

“Kau tak nampak ke? Aku tengok budak baru tu macam lain la,” jelas Armand.

8
“Lain macam mana? Aku tengok sama jer macam kita. Takde cacat apa pun,” tanya
Farish.

“Hish, ke situ pulak. Maksud aku, budak baru tu lain dari kita semua sebab pemikiran
dia nampak matang,” jelas Armand pada Farish.

“Kenapa kau cakap macam tu?” soal Farish lagi.

“Cuba kau ingat balik apa cita-cita dia masa dalam kelas tadi,” ucap Armand. Farish cuba
mengingat kembali apa yang berlaku di dalam kelas Bahasa Melayu sebentar tadi.

“Novelis,” balas Farish ringkas. Armand tersenyum mendengar jawapan dari Farish.
Sememangnya dia sudah menduga akan apa yang Farish bakal ucapkan.

“Tepat sekali,” Armand memberikan respon.

“Jadi, apa kaitannya antara berfikiran matang dan novelis? Aku tak nampak apa-apa
kaitan pun,” sekali lagi Farish menceritakan kebinggungannya.

“Hish, kau ni...Apasal la lambat sangat. Cuba kau tengok, umur kita baru jer masuk 15
tahun. Mana ada budak yang umur macam kita ni nak jadi novelis. Kebanyakkannya mesti nak
cari kerja yang glamour macam doktor. Jadi, aku rasa budak baru tu mesti bijak. Sebab dia tak
terpengaruh pun dengan semua benda-benda ni,” terang Armand pada Farish. Farish hanya
mendengar tanpa sebarang kata. Dia cuba memahami apa yang dikatakan oleh rakannya itu.
Memang dia sendiri mengaku yang Rizman boleh dikatakan unik kerana dia seperti berada
dalam dunianya yang tersendiri. Jarang dia melihat Rizman bercampur dengan murid-murid lain.
Kebiasaannya Rizman akan duduk bersendirian sambil membaca buku. Kadang-kadang dia
mencatatkan sesuatu di dalam buku nota yang dibawanya bersama.

“Jadi kau rasa macam mana? Nak tak ambik budak baru tu join kita?” tanya Armand
dengan penuh pengharapan.

“Aku setuju kalau dia join kita. Aku tengok dia macam baik jer,” jawab Farish. Armand
tersenyum mendengar jawapan Farish. Sama seperti dirinya, Farish juga ingin berkawan dengan
Rizman. Harap-harap dia setuju.

9
3
Rizman melihat jam tangan yang dipakainya. Waktu rehat masih lagi berbaki 10 minit.
Dia berkira-kira untuk ke perpustakaan kerana ingin memulangkan semula buku yang
dipinjamnya dua hari lepas. Memang menjadi kebiasaannya untuk pergi ke perpustakaan setiap
kali waktu rehat. Sejak dari kecil lagi dirinya di ajar untuk menjadi ulat buku. Bapanya yang
merupakan novelis buku seram sering mengingatkannya akan kepentingan membaca.

“Kalau Man nak jadi penulis macam babah, Man kenalah selalu membaca,” tergiang-
giang pesanan yang diberikan bapanya itu. Sering dibisikannya akan kata-kata itu supaya satu
hari nanti dia juga akan mengikut jejak langkah bapanya.

“Man! Nak ke mana tu?” kedengaran satu suara memanggil namanya dari arah belakang.
Rizman menoleh kerana ingin melihat gerangan empunya suara. Kelihatan Armand dan Farish
sedang berjalan menghampirinya.

“Nak ke mana?” soal Armand sebaik saja tiba di hadapan Rizman. Senyuman
dihadiahkan tanda ingin bermesra. Rizman membalas senyuman yang dihadiahkan buat dirinya.

“Nak pergi library, kenapa?” balas Rizman ringkas.

“Saja jer tanya. Kalau kami nak ikut sekali boleh? Aku nak cari buku,” kata Armand
sambil tersengih. Farish yang berdiri di sebelahnya hairan dengan perangai yang ditunjukkan
Armand. Apa kena dengan budak ni. Selalu bukan main liat lagi nak baca buku. Ni tiba-tiba
pulak nak pegi library.

10
“Boleh jer, jom!” balas Rizman tanpa ragu.

Mereka bertiga berjalan menuju ke perpustakaan sekolah. Seperti biasa, sepanjang


perjalanan ke sana ramai mata yang memandang terutama pelajar perempuan. Rizman sendiri
hairan dengan sikap pelajar lain yang selalu merenungnya itu. “Aku ada buat salah ke?” bisik
Rizman dalam hati.

Rizman memandang Farish dan Armand yang berada disebelahnya. Ternyata mereka
seperti tidak tergugat dengan apa yang berlaku. Malah tidak sedikitpun perhatian mereka terusik
dek pandangan mata murid-murid lain. Rizman menjadi bingung. Dia masih tidak faham akan
fiil pelajar-pelajar di sekolah barunya itu. Ah, lantaklah.

Rizman dan dua lagi rakan barunya masuk ke dalam perpustakaan sebaik sahaja tiba di
hadapan pintu yang tertera perkataan ‘PERPUSTAKAAN’. Mereka melangkah masuk dengan
berhati-hati kerana khuatir akan menganggu pelajar-pelajar lain. Rizman menuju ke kaunter
untuk memulangkan buku manakala Farish dan Armand berjalan menuju ke rak yang
menempatkan novel-novel Melayu. Bermacam-macam novel yang mereka lihat. Ada novel
seram, ada novel cinta dan ada novel yang berunsur fantasi. Armand mengambil satu novel cinta
yang bertajuk ‘Pilot Café’. Dibeleknya novel itu sehelai demi sehelai. Macam best jer buku ni.

Armand ralit membaca novel yang dipegangnya. Dia benar-benar dibuai oleh jalan cerita
yang dibacanya.

“Seronok ke buku tu?” bisik Farish yang datang dari arah belakang. Armand tersentak.
Dia tersengih memandang Farish sambil menyorokkan novel cinta yang dibacanya ke belakang.
Farish hairan dengan respon Armand.

“Buku apa tu?” soal Farish ingin tahu.

“Tak ada apa-apa.” jawab Armand sedikit gelisah. Dia seboleh mungkin tidak mahu
Farish tahu yang dia sedang membaca novel cinta. Baginya lelaki tidak seharusnya membaca
novel seperti itu. Hilang la macho aku kalau dia tahu.

Farish mengangkat keningnya tanda bingung. Apa yang dia sorokkan tu?

11
“Pilot Café, hurm…seronok ke baca buku ni?” kedengaran suara Rizman yang sedang
berdiri di belakang Armand sambil memegang sebuah novel. Armand tersentak. Dia melihat
tangannya yang disorokkan ke belakang. Ternyata novel yang dipegangnya tadi sudah tiada.

“Kenapa kau ambik,” tempik Armand. Suaranya kedengaran sedikit keras. Mukanya
merona merah akibat menahan malu. Dia tahu yang Rizman dan Farish akan mentertawakannya.
Farish dan Rizman terkejut mendengar amarah yang dilemparkan Armand. Rizman meletakkan
jari telunjuknya dibibir sebagai tanda supaya mereka memperlahankan sedikit suara mereka.
Farish dan Armand akur.

Pengawas perpustakaan yang bertugas memandang Armand, Farish dan Rizman dengan
pandangan yang tajam.

“Boleh tolong senyap?” sindir pengawas itu. Mereka bertiga hanya tersengih sambil
mengangguk. Mereka sedar yang mereka tidak sepatutnya membuat bising.

Armand melihat Farish dan Rizman. Masing-masing tersenyum melihatnya.

“Aku tahu korang nak gelakkan aku. Gelaklah…,” ucap Armand pasrah.

“Siapa kata kami nak gelakkan kau. Kira baguslah tu yang kau nak baca novel. Tak
kisahlah novel cinta pun,” ujar Farish separuh menyindir. Dia tersenyum menahan gelodak
tawanya yang mengeletek di dalam perut.

“Aku pun baca novel cinta jugak,” kata Rizman selamba. Armand dan Farish seakan
tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Mereka terlopong seketika. Setahu mereka, novel
cinta ini jarang dibaca oleh kaum lelaki. Yang rajin membacanya hanya kaum hawa sahaja.

“Kenapa, tak percaya?” soal Rizman apabila melihat reaksi yang ditunjukkan Armand
dan Farish.

“Biar betul kau baca novel cinta. Bukan perempuan jer ke yang selalu baca novel cinta,”
Armand meluahkan pandangannya. Rizman tersenyum memandang rakan barunya itu. Dia sudah
menjangkakan yang Armand akan berkata begitu kerana bukan saja Armand malah kenalannya
sebelum ini juga bercakap benda yang sama.

12
“Siapa kata yang novel cinta untuk perempuan saja? Tak ada pun dia tulis kat kulit buku
ni,” kata Rizman sambil mengangkat novel yang dipegangnya. Armand dan Farish mengangguk
tanda setuju dengan apa yang dikatakan Rizman.

“Sebab adanya novel cinta macam nilah, ramai remaja nak membaca. Kalau tak, jangan
haraplah nak tengok diorang pegang buku,” sambung Rizman lagi. Dia tidak gemar jika ada
segelintir pihak yang mempersoalkan tentang novel-novel cinta yang kini berlambak dipasaran.
Malah dia sendiri turut mempunyai koleksi novel cintanya sendiri. Setiap bulan, bapanya akan
memberi duit untuknya membeli buku-buku yang digemari. Kini sudah hampir seratus buah
buku yang dikumpulnya.

“Dahlah, kalau kau suka novel cinta ni…kau pinjamlah. Bukan rugi pun kalau baca. Aku
pun nak pinjam satu novel cinta. Asyik baca novel serius jer…sekali-sekala nak juga aku tukar
selera,” Rizman meyakinkan Armand supaya meminjam novel Pilot Café yang dipegangnya itu.

“Aku pun nak bacalah novel cinta. Manalah tahu…lepas ni aku pun minat nak
membaca,” Farish menyatakan pula hasratnya. Armand dan Rizman tersenyum mendengar kata-
kata Farish.

Sedang mereka asyik berbual, kedengaran bunyi loceng menandakan tamatnya waktu
rehat. Rizman, Farish dan Armand berjalan menuju ke kaunter pinjaman setelah selesai
mengambil buku yang ingin dipinjam. Setelah selesai urusan pinjaman, mereka bertiga berjalan
menuju ke kelas.

Dalam pada mereka berjalan menuju ke kelas 3 Anggerik, Armand bermonolog sendiri.
Dia bangga kerana mempunyai rakan yang matang fikirannya seperti Rizman. Rizman selalu
berfikir sebelum membuat keputusan. Memang tidak salah pilihannya. Teringat kembali saat-saat
sewaktu dia mengajak Rizman untuk menjadi sahabatnya.

“Hai, nama saya Armand…yang ni Farish,” ucap Armand mesra sambil menunjukkan
Farish yang berada di sebelahnya. Rizman tersenyum memandang mereka berdua. Tangan
dihulur tanda perkenalan. Armand dan Farish menyambut dengan penuh ikhlas.

“Boleh kita berkawan?” tanya Farish pada Rizman. Berbekalkan paras rupanya yang
comel itu, hati siapa tidak tersentuh dengan permintaannya. Rizman juga tidak terkecuali, dia

13
mengangguk sebagai tanda setuju untuk bersahabat. Dia tahu yang Armand dan Farish ikhlas
untuk berkawan dengannya. Kebetulan, dia masih lagi tidak berteman di sekolah baru itu.

“Am..Am..,” suara Farish dan Rizman memecahkan lamunan Armand. Dia tersenyum
melihat kedua-dua rakannya yang sedang melambai-lambaikan tangan mereka tidak berapa jauh
dari tempat dia berdiri. Dipercepatkan langkahnya menuju ke arah Farish dan Rizman. Setelah
tiba dihadapan sahabatnya itu, mereka bertiga meneruskan perjalanan kerana kelas Matematik
Cikgu Rokiah akan bermula sebentar saja lagi.

**********

Kini, sudah lebih dua minggu usia persahabatan mereka bertiga dan ternyata Rizman
cepat mesra dengan Armand dan Farish. Mereka bertiga kelihatan seperti adik-beradik. Ke mana
saja mereka pergi, mesti bertiga. Hal ini menimbulkan rasa cemburu di kalangan pelajar lain.
Mereka iri hati melihat ‘kesempurnaan’ tiga sahabat itu. Armand yang terkenal dengan rupa
parasnya yang kacak serta aktif bersukan, Farish terkenal dengan kecomelan serta kekayaan
bapanya dan Rizman terkenal dengan kemanisan senyuman serta kematangannya.

Dalam masa yang sama, tidak kurang juga ada yang menyanjung mereka. Saban hari, ada
saja kad atau surat cinta yang dihadiahkan buat mereka bertiga. Jika tidak Armand, Farish dan
Rizmanlah surat itu ditujukan. Seperti biasa, Armand dan Farish akan membuang semua surat
yang diterima mereka. Bagi mereka, tiada gunanya melayan perasaan di usia muda begini.
Namun lain pula bagi Rizman, dia lebih selesa untuk menjaga hubungannya dengan pelajar lain
di sekolah itu. Dia akan membalas setiap surat yang diterimanya sebagai tanda menghargai si
pengirim. Dalam surat itu, dia menjelaskan yang dia lebih selesa untuk menumpukan perhatian
terhadap pelajaran kerana baginya usia yang baru setahun jagung itu tidak selayaknya untuk
bercinta.

Begitulah rutin seharian Rizman, Farish dan Armand di sekolah. Mereka sering menjadi
bahan bualan dikalangan pelajar tidak kira sama ada perempuan mahupun lelaki. Ada-ada saja
cerita tentang mereka. Bagi Armand dan Farish, semua ini hanyalah sekadar khabar angin saja.

14
Bahkan mereka sendiri sudah lali dengan cerita-cerita yang dihebahkan di sekolah mereka itu.
Bagi Rizman pula, terbit rasa hairan dengan apa yang berlaku kerana belum pernah dalam
hidupnya diberi perhatian sedemikian rupa. Lebih-lebih lagi dari rakan yang sebaya dengannya.

4
Rizman bersandar pada kerusi yang terletak dihadapan meja tulisnya. Dia memandang
siling bilik yang dicat putih. Otaknya ligat memikirkan perbualan yang berlaku di sekolah siang
tadi.

“Am, kalau aku tanya sikit boleh?” Rizman bertanya memulakan bicara. Armand dan
Farish memandang wajah jernih Rizman. Wajah yang sentiasa tersenyum itu mendamaikan hati
mereka.

“Apa dia?” tanya Armand pendek.

“Kau perasan tak yang budak-budak lain asyik tengok kita?” soal Rizman. Armand
memandang Farish yang duduk disebelahnya. Mereka tahu apa yang ingin Rizman sampaikan.

“Kau pelik?” tanya Farish pada Rizman. Rizman mengangguk.

“Budak-budak sekolah ni memang macam tu… dari dulu lagi,” kata Armand. Rizman
mengerutkan dahinya. Dia tidak faham maksud kata-kata Armand.

“Aku dan Farish memang dah lama jadi bahan tonton diorang. Bukan setakat tu aja, siap
jadi bahan gossip lagi,” sambung Armand. Rizman masih lagi binggung.

“Sebab apa? Korang ada buat salah ke?” soal Rizman ingin tahu. Armand dan Farish
ketawa mendengar soalan yang diajukan Rizman.

15
“Mana ada kami buat salah. Kami berdua dah memang popular sejak dari form 1 lagi.
Semua budak-budak kat sekolah ni sibuk nak tahu hal kami. Dengan siapa kami kawan, dengan
siapa kami jalan dan kadang-kadang tu sampai apa yang kami makan pun jadi perbualan
mereka,” terang Farish. Armand mengangguk tanda mengiyakan kata-kata sahabatnya itu.

“Jadi, kenapa diorang attack aku?” tanya Rizman.

“Sebab kau berkawan dengan kami…jadi kau pun kena sama. Sebab tu lah kau dapat kad
dan surat cinta hari-hari,” kata Armand. Kini fahamlah Rizman kenapa dia menjadi bahan
tontonan pelajar-pelajar lain.

“Patutlah aku tengok korang rileks jer,” ujar Rizman.

“Dah 3 tahun kami rasa. Mana tak rileks nyer,” ujar Farish. Armand dan Rizman ketawa
mendengar komen Farish.

Sedang Rizman sibuk melayan lamunannya, kedengaran ketukan dari luar pintu bilik.

“Siapa?” soal Rizman. Dia beralih ke katil sambil matanya melekap pada muka pintu.

“Babah ni,” sahut suara dari luar bilik.

“Masuklah, pintu tak kunci,” ucap Rizman lembut tetapi jelas kedengaran. Daun pintu
dikuak lembut. Kelihatan seorang lelaki kacak sedang tersenyum sambil melangkah masuk. Dia
duduk di birai katil bersebelahan dengan Rizman.

“Sibuk ke?” tanya Encik Zulkefly pada anaknya.

“Taklah. Tak buat apa-apa pun,” jawab Rizman sopan. Dia memandang bapanya. Lelaki
yang berada dihadapannya itu masih lagi dengan baju kerjanya. Kepenatan jelas terpancar di
wajah. Kesian babah, mesti dia penat.

“Babah baru balik?” tanya Rizman. Encik Zulkefly mengangguk perlahan.

“Dah makan? Tadi Man ada masak nasi goreng. Ada lagi atas meja kalau babah nak,”
ucap Rizman. Encik Zulkefly tersenyum mendengar kata-kata anaknya. Di usia semuda itu, dia
bangga kerana Rizman sudah mampu melakukan kerja-kerja rumah yang kebiasaannya

16
dilakukan oleh kaum ibu. Malah sejak kematian arwah isterinya 3 tahun yang lalu, Rizmanlah
yang menguruskan makan minumnya.

“Nanti babah makan,” kata Encik Zulkefly lembut. Diusap kepala anak kesayangannya
itu.

“Macam mana dengan sekolah? Banyak dapat kawan baru?” tanya Encik Zulkefly cuba
melarikan topik perbualan mereka.

“Sekolah tu…best la jugak. Kawan…Man cuma ada dua orang jer. Diorang baik dengan
Man,” jawab Rizman jujur.

“Baguslah tu. Owh ya, lupa pulak babah. Tadi, tuan rumah yang bakal kita pindah ada
call. Dia kata, kita boleh pindah masuk hujung minggu ni. So, Man dah pack semua barang-
barang Man?” kata Encik Zulkefly.

“Dah babah. Semua barang Man dah siap pack. Cuma tinggal barang dapur jer,” ucap
Rizman. Dia sudah tidak sabar untuk melihat rumah baru yang disewa bapanya.

“Takpe, barang-barang dapur biar babah yang kemas. Man cuma pack barang-barang
Man jer,” Encik Zulkefly memberikan jaminannya.

“Jauh ke rumah yang kita sewa tu dengan sekolah Man?” tanya Rizman.

“Dekat jer. Jalan kaki pun sampai,” balas Encik Zulkefly. Rizman tersenyum mendengar
jawapan bapanya. Kalau boleh dia tidak mahu bapanya bersusah-payah menghantarnya ke
sekolah seperti sekarang. Dia tidak sanggup melihat bapanya terkejar-kejar. Dia tahu yang
bapanya sentiasa sibuk dengan penulisannya. Malah, dia sendiri sanggup menaiki bas ke sekolah
jika bapanya tidak menghalang.

Rizman dan bapanya berbual sehingga jam 11 malam. Setelah mencium dahi anaknya,
Encik Zulkefly melangkah keluar dari kamar. Malam itu, Rizman tidur dengan nyenyak sambil
diulit mimpi.

17
5
“Hish! Geramnya aku…tak habis-habis. Balik-balik cerita pasal budak tiga ekor tu. Dah
macam tak ada cerita lain,” ngomel Natasha. Dia berang dengan rakan-rakan disekolahnya yang
tidak putus-putus bercerita tentang Rizman, Farish dan Armand. Macamlah bagus sangat.

Bagi Natasha, tiada apa yang harus dibanggakan sangat tentang trio itu. Sama seperti
dirinya, mereka juga manusia biasa. Dia hairan dengan sikap rakan sekelasnya. Ada-ada saja
cerita yang dibangkitkan mereka. Jika bukan tentang Armand, pasti Farish dan Rizman. Entah
apa yang seronok sangat pun dia tidak tahu. Hampir setiap hari dia mendengar benda yang sama.
Naik rimas aku dibuatnya.

Bukan niatnya untuk membenci, tetapi dia sendiri sudah tidak tahan dengan sikap teman-
temannya yang terlalu fanatik dengan trio itu. Bahkan ada yang sanggup menubuhkan kelab
peminat semata-mata untuk merapatkan lagi hubungan mereka dengan trio. Pernah sekali dia
terdengar rakan sekelasnya bercerita tentang gelaran yang diberikan kepada jejaka pujaan
mereka itu.

“Aku rasa, aku nak namakan mereka sebagai FAR. Sedap tak?” cadang Atilia. Rosma
dan Alya yang berada dihadapannya hanya mengangguk tanda setuju.

“Kenapa FAR?” sampuk Natasha yang kebetulan terdengar perbincangan di antara Atilia,
Rosma dan Alya.

18
“F untuk Farish, A untuk Armand dan R untuk Rizman. Jadi bunyinya FAR,” terang
Atilia bersungguh-sungguh. Dia berpuas hati dengan apa yang difikirkannya. Selaku ketua kelab
peminat trio pujaan ramai, dia sentiasa memastikan yang ketiga-tiga lelaki itu mendapat layanan
yang terbaik. Jadi tidak hairanlah jika dia sanggup bersusah-payah memikirkan nama buat
mereka bertiga.

Natasha mengelengkan kepala melihat gelagat Atilia dan rakan-rakannya. Sampai begitu
sekali penangan trio tu.

“Tasha! Mari makan nak,” kedengaran suara Puan Ainon dari ruang makan rumahnya.
Natasha terpaksa mematikan dahulu perasaan marah yang masih bersarang kerana khuatir akan
dihidu oleh ibunya. Dia tidak mahu ibunya bertanya akan hal-hal di sekolah.

“Baik mak,” balas Natasha ringkas. Nadanya dibuat riang dengan harapan Puan Ainon
tidak menyedari gelojak hatinya pada waktu itu.

Selang beberapa minit, Natasha keluar dari bilik menuju ke ruang makan yang terletak di
bahagian tengah rumah. Kelihatan Puan Ainon sedang menyendukkan nasi untuk anaknya.

“Ayah mana mak?” tanya Natasha apabila menyedari yang ayahnya tiada di meja makan.

“Ayah tak balik makan hari ni. Dia sibuk. Petang nanti baru dia balik,” balas Puan Ainon
lembut.

“Nanti lepas habis makan, Tasha tolong mak kemaskan rumah atas ye,” pinta Puan
Ainon. Natasha yang baru saja hendak menyuapkan nasi terbantut seketika apabila mendengar
permintaan ibunya itu. Dia hairan. Ada orang nak pindah masuk ke?

“Ada orang nak pindah masuk ke mak?” tanya Natasha hairan. Puan Ainon tersenyum
mendengar soalan anaknya.

“Rumah atas kita ni… dah ada orang sewa. Jadi, taklah Tasha rasa sunyi lagi sebab kita
dah ada jiran baru,” terang Puan Ainon.

“Siapa yang sewa?” Natasha bertanya lagi.

19
“Kalau tak silap mak…sorang lelaki dengan anaknya,” ucap Puan Ainon sambil
mengerutkan dahinya seperti cuba mengingatkan kembali kata-kata suaminya pagi tadi. Natasha
kembali menjamah nasi dihadapannya. Memang dia sudah sedia maklum yang bahagian atas
rumahnya itu sudah 5 tahun tidak berpenghuni. Kali terakhir dia mempunyai jiran sewaktu dia
berusia 10 tahun. Banyak memori silamnya bersama anak jiran sebelum ini. Tiba-tiba terlintas di
fikiran wajah teman sepermainan yang telah lama dilupakan. Man…mana kau sekarang. Hati
Natasha mula sayu. Dia rindukan teman sewaktu kecilnya itu. Mereka selalu bermain bersama.
Entah kenapa temannya itu hilang tanpa khabar berita sewaktu dia dan keluarga pergi bercuti ke
Indonesia. Masih segar dalam ingatannya, ketika dia pulang dari bercuti.

“Mak…Tasha nak main dengan Man boleh?” Natasha meminta kebenaran dari ibunya
sebaik sahaja dia meletakkan beg berisi pakaiannya di atas lantai.

“Boleh…tapi jangan lama-lama tau,” pesan Puan Ainon. Dia hanya sempat melihat
kelibat anaknya yang sedang menaiki tangga menuju ke bahagian atas rumahnya. Sesekali
digelengkan kepala mengenangkan keletah puteri tunggalnya itu. Walaupun perempuan,
lasaknya sama seperti lelaki.

Selang beberapa ketika, kelihatan Natasha muncul di muka pintu sambil tangannya
memegang sepucuk surat.

“Surat apa tu Tasha?” tanya Puan Ainon.

“Entah, tadi waktu Tasha naik ke atas. Tasha nampak surat ni kat depan pintu. Tasha
tengok ada tulis nama mak dengan ayah. Jadi Tasha ambik la,” balas Natasha sambil
menghulurkan sampul surat yang berwarna biru itu.

Puan Ainon mengambil surat yang dihulurkan Natasha dan membukanya dengan cermat.
Ditelitinya satu per satu perkataan yang ditulis di atas surat itu. Tiada satu pun yang tertinggal.
Natasha hanya memandang tanpa sebarang kata. Dia ingin tahu akan kandungan surat yang
dibaca ibunya. Setelah selesai, Puan Ainon melipat kembali surat yang dibacanya. Dia
memandang Natasha yang masih setia menanti jawapan darinya.

“Tasha, Man dah takde sayang. Dia dah pindah,” ucap Puan Ainon lembut. Natasha
terkedu mendengar kata-kata ibunya itu. Dalam sekelip mata, dia hilang teman bermain. Siapa

20
lagi yang boleh dicarinya ketika itu. Dengan hati yang sedih, Natasha melangkah menuju
kamarnya. Dia mahu bersendirian ketika ini. Rantai kunci berbentuk kucing diletakkannya di
atas meja solek. Dibiarkan saja ole-ole dari Indonesia itu di sana. Ah, tiada gunanya lagi. Man
sudah tiada. Buat apa aku simpan benda ni lagi.

Hari itu, Natasha berkurung di dalam bilik. Dia menangis semahu-mahunya. Puan Ainon
turut bersimpati dengan Natasha. Dia tahu yang anaknya sedang bersedih kerana kehilangan
teman. “Biarlah, nanti sejuklah tu,” fikir Puan Ainon.

**********

Debu yang menyelubungi ruang tamu itu menyesakkan nafasnya. Natasha terbatuk
beberapa kali akibat terhidu debu yang dibersihkannya. Puan Ainon sedang sibuk menyapu lantai
yang berdebu di bahagian dapur. Manakala Natasha membersihkan perabot-perabot yang berada
di ruang tamu. Mujurlah ruang atas rumah itu tidak terlalu besar. Hanya menempatkan tiga buah
bilik yang sederhana besar, ruang tamu, dan dapur sahaja. Jadi tidaklah teruk sangat untuk
Natasha dan ibunya mengemas. Setelah dipastikan semuanya bersih, Puan Ainon mengajak
anaknya berehat. Mereka duduk di atas sofa di bahagian ruang tamu untuk melepaskan lelah
masing-masing.

“Fuh! Penatnya,” keluh Natasha. Puan Ainon tersenyum memandang anaknya. Memang
Natasha jarang melakukan kerja-kerja rumah kerana lazimnya Puan Ainon sahaja yang
melakukannya. Dia lebih selesa begitu kerana tidak mahu menyusahkan puteri tunggalnya itu.
Lagipun hidup bertiga bersama-sama suami dan anaknya tidaklah menjadi beban kerana dia
sendiri tidak bekerja.

“Pukul berapa orang yang nak sewa tu datang mak?” Natasha bertanya kepada ibunya.
Dia sudah tidak sabar untuk melihat bakal jirannya.

21
“Kalau tak silap mak…pukul 5 nanti,” balas Puan Ainon. Natasha memandang jam yang
tergantung di dinding. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Ini menandakan yang bakal jirannya
akan datang dalam masa satu jam lagi.

Puan Ainon dan Natasha turun ke tingkat bawah melalui tangga yang terletak di luar
rumah. Rumah yang dibina bercirikan konsep Bali itu mempunyai sebuah tangga di bahagian
tepi rumah. Puan Ainon dan Encik Bahar lebih selesa memilih citarasa Bali dalam menata rias
rumah mereka. Jadi, tidak hairanlah jika banglo dua tingkat milik mereka itu dikelilingi oleh
pokok malar hijau yang ditanam secara tersusun. Banglo yang dibina di atas tanah sendiri itu
merupakan rumah peninggalan ibu Encik Bahar. Encik Baharlah yang mengambil alih rumah itu
kerana dia merupakan satu-satunya waris yang tinggal. Dia sengaja menyewakan bahagian atas
rumah itu kerana keluarganya yang hanya terdiri daripada 3 orang sudah cukup untuk hidup
selesa di bahagian bawah rumah. Isterinya turut bersetuju apabila dia menyatakan hasratnya
untuk menyewakan sahaja bahagian atas rumah mereka.

Petang itu, Puan Ainon menyediakan pisang goreng buat santapan mereka sekeluarga.
Dia dan Natasha duduk di bawah gazebo yang terletak di sudut kiri halaman rumah mereka.
Dihadapan gazebo itu pula terletak sebuah kolam kecil yang menempatkan beberapa ekor ikan
kap. Natasha sibuk memberi ikan-ikan peliharaan bapanya itu makan sambil diperhati oleh Puan
Ainon. Sedang dua beranak itu menikmati keindahan ciptaan Tuhan, mereka didatangi oleh
tetamu yang dinanti-nanti sebelum ini.

Proton Perdana yang dipandu Encik Bahar memasuki perkarangan banglo.


Dibelakangnya, sebuah Produa Myvi berwarna hitam dan sebuah lori turut masuk ke
perkarangan dengan perlahan. Setelah memberhentikan kenderaannya, Encik Bahar keluar dari
perut kereta dan berjalan menuju ke arah Produa Myvi yang berada di belakangnya. Setelah
berjabat tangan, Encik Bahar mengajak jiran barunya itu ke bawah gazebo di mana Puan Ainon
dan Natasha sudah lama menanti.

“Perkenalkan…ini Ainon, isteri saya dan itu anak saya, Natasha,” Encik Bahar
memperkenalkan keluarganya pada jiran baru mereka.

“Nama saya Zulkefly dan ini anak saya, Rizman,” ucap lelaki awal 40an yang berdiri
menghadap Puan Ainon dan Natasha. Disampingnya, seorang budak lelaki sedang tersenyum

22
memandang Puan Ainon dan Natasha. Natasha kaget. Dia tidak percaya dengan apa yang
dilihatnya. Betul ke ni. Kakinya dirasakan lemah, segala sendi terasa longgar. Pandangannya
mula kabur. Akhirnya dia rebah di pangkuan budak lelaki yang dilihatnya itu.

“Ya Allah Tasha!” jerit Puan Ainon. Dia cemas dengan apa yang dilihatnya. Encik
Zulkefly dan Encik Bahar turut cemas. Suasana hening petang itu tergugat gara-gara insiden
yang berlaku.

6
Suasana malam di perkarangan banglo milik Encik Bahar kelihatan sungguh tenang pada
waktu itu. Tiada langsung kedengaran bunyi deruman enjin yang sering didengarinya sewaktu
berada di sekolah. Damai rasanya. Tiada satu pun benda yang tidak disukainya sejak pertama
kali dia menjejakkan kaki di banglo itu hari ini. “Pandai babah pilih,” puji Rizman dalam hati.

Rizman berganjak dari balkoni ke ruang kamarnya. Tilam bersaiz queen di henyaknya.
Dipandang segenap ruang bilik yang baru dikemasnya itu. Aku suka rumah ni. Tenang. Biliknya
pun sederhana saja.

“Tok! Tok!” kedengaran bunyi ketukan di pintu bilik. Rizman memandang pintu biliknya
yang bewarna coklat itu. Kelihatan Encik Zulkefly sedang berdiri sambil tersenyum memandang
anak tunggalnya. Rizman membalas senyuman bapanya.

“Anak babah tak tidur lagi?” soal Encik Zulkefly sambil berjalan menuju ke arah katil
tempat dimana Rizman berada.

“Belum mengantuk lagi babah. Lagipun, esokkan cuti,” jawab Rizman sopan.

23
“Man suka tak rumah ni?” tanya Encik Zulkefly lagi. Direnungnya wajah Rizman yang
jernih itu. Ternyata Rizman mewarisi raut wajah arwah isterinya. Hanya matanya saja yang
diwarisi darinya. Melihat Rizman, mengingatkan dirinya pada wanita yang dicintai itu.

“Suka. Rumah ni lagi best dari rumah sebelum ni,” Rizman menyatakan pandangannya.
Encik Zulkefly tersenyum mendengar respon dari anaknya. Dia tahu yang Rizman pasti suka
akan rumah yang baru disewanya itu. Dia faham benar dengan selera anaknya itu. Sama
sepertinya yang sukakan kehijauan alam.

“Dahlah, babah ada kerja sikit. Man jangan tidur lewat pulak,” kata Encik Zulkefly
sambil melangkah keluar dari ruang kamar yang bewarna kuning itu. Rizman sekadar memerhati
dengan ekor matanya. Dia tahu yang bapanya masih lagi sibuk dengan novel terbaru. Menurut
bapanya, dia sedang menulis tentang kisah pembunuhan yang berlaku di kawasan air terjun. Jadi
tidak hairanlah jika bapanya beralih angin dengan berpindah ke kawasan yang penuh dengan
tumbuhan hijau itu. Memang sudah menjadi kebiasaan Encik Zulkefly untuk mendapatkan
suasana yang tenang dan nyaman setiap kali menulis. Lebih-lebih lagi kerana dia sering
bergelumang dengan buku-buku seram. Jadi tidak hairanlah jika dia mencari ketenangan dengan
berpindah ke kawasan yang nyaman seperti rumah barunya itu.

Sebaik sahaja daun pintu ditutup, Rizman kembali dengan dunianya. Dia teringatkan
peristiwa yang berlaku petang tadi. Sungguh dia tidak menyangka yang budak perempuan
dihadapannya itu akan rebah dipangkuannya. Mujurlah dia sempat menyambut tubuh perempuan
itu. Kalau tidak, entah apalah yang akan terjadi jika dia tidak berada di situ.

Buat seketika, Rizman tersenyum mengenangkan peristiwa yang dialaminya pada petang
itu. Comel jugak budak perempuan tu. Apa namanya ya…Ya, Natasha…sedap nama tu.

**********

Malam itu, Natasha susah untuk melelapkan matanya. Otaknya ligat memainkan
peristiwa pada petang tadi. Macam manalah aku boleh pengsan pulak. Dahlah depan Rizman.

24
Hish! Memalukan betul. Budak tu pun satu…macam tak ada rumah lain agaknya nak pindah.
Rumah aku jugak yang dia cari. Kenapalah mesti dia dan bukan orang lain.

Kalau sebelum ini dia tidak sabar untuk berkenalan dengan jiran barunya tetapi kini
Natasha berharap sangat agar dia tidak mempunyai jiran langsung. Dia tidak mahu Rizman
menjadi jirannya. Sudahlah di sekolah dia asyik mendengar berita pasal lelaki itu, kini dia
terpaksa melihat bayangnya di rumah pula. Naik rimas dibuatnya.

Natasha memandang bingkai foto yang terletak disebelah katilnya. Gambar sepasang
kanak-kanak kecil sedang tersenyum memandangnya. Natasha tersenyum kelat memandang
gambar tersebut. Man… Sekali lagi hatinya dipaut sayu. Dia rindukan teman kecilnya itu.

Rizalman yang merupakan anak kepada jirannya sebelum ini sangat rapat dan sering
menemani Natasha. Sejak kali pertama dia melihat Rizman di sekolah, dia menyangkakan yang
Rizalman sudah pulang kepadanya. Namun sangkaannya meleset sama sekali kerana Rizman
bukanlah Rizalman. Mungkin rupa mereka sama tetapi ternyata Rizman bukanlah teman
sepermainan yang dirinduinya. Malah, Rizman sendiri tidak tahu yang dia belajar di sekolah
yang sama. Dia juga tidak pernah menegur Rizman sewaktu di sekolah. Hanya melihatnya dari
jauh sahaja.

Setelah puas mengimbau kenangan manisnya bersama Rizalman, Natasha tertidur sambil
memeluk bingkai foto yang diambilnya di atas meja sisi. Malam itu, Natasha dibuai mimpi
indah. Memori antara dia dan Rizalman kembali menerjah mewarnai mimpinya. Angin yang
sesekali meniup lembut ke dalam ruang bilik seakan mengerti mimpi indah Natasha.

25
7
Suasana pagi yang tenang di Teratak Idaman milik keluarga Tan Sri Khalid mengundang
rasa damai di hati penghuninya. Burung-burung yang berterbangan mencari rezeki sesekali
berkicau tanda riang. Mungkin setuju dengan ketenangan suasana pagi itu.

“Tuan muda dah bangun,” suara Suriyanti, pembantu rumah yang sudah 5 tahun
berkhidmat untuk keluarga Tan Sri Khalid kedengaran lembut menyapa cuping telinga Farish.
Farish yang masih lagi berada di atas katil hanya mengangguk tanda mengiyakan kata-kata
Suriyanti.

“Tuan muda nak makan? Saya boleh bawakkan,” tanya Suriyanti sopan. Walaupun Farish
lebih muda 10 tahun daripadanya, tetapi Suriyanti tetap menghormatinya kerana dia telah
diamanahkan oleh Tan Sri Khalid supaya menjaga hal ehwal kebajikan Farish.

“Saya belum lapar lagi,” balas Farish. Dia membuang pandang ke arah tingkap yang
berada di sebelah kanan katilnya. Sudah lama dia mengintai dari tingkap itu, sejak kecil

26
hinggalah sekarang tiada sedikit pun perubahan yang berlaku. Masih pemandangan yang sama
dilihatnya 10 tahun dahulu. Ah, bosannya. Hari-hari asyik menghadap benda yang sama.

“Mama dengan papa ada?” soal Farish kepada Suriyanti.

“Tuan Sri dengan Puan Sri sudah lama keluar. Puan Sri pesan, kalau Tuan muda mahu
keluar panggil saja Pak Mat,” balas Suriyanti. Farish hanya mendengar tanpa sebarang respon.
Dia sudah menjangkakan yang papa dan mamanya akan sibuk dengan urusan kerja. Jarang dia
melihat kedua orang tuanya itu berada di rumah. Suriyantilah yang selalu menemaninya di
banglo mewah itu. Walaupun kadang-kala dia bangga dengan kekayaan bapanya, namun jauh di
sudut hati dia sering merasa sunyi. Dia inginkan teman, yang boleh berkongsi suka dan duka
bersamanya.

Sedang Farish sibuk melayan perasaannya, terpampang kembali wajah gadis yang satu
ketika dahulu merupakan insan yang terpenting dalam hidupnya. Dia rindukan gadis itu. Gadis
yang sering menemaninya di kala sunyi. “Maisarah…kenapa kau tinggalkan aku,” rintih
Farish.

“Tuan muda,” suara garau Pak Cik Selamat yang muncul di muka pintu menganggu
lamunan Farish. Dia kembali semula ke alam nyata.

“Ada apa Pak Mat?” soal Farish ingin tahu. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada
lelaki separuh abad itu.

“Ini ada surat untuk Tuan muda,” jawab Pak Cik Selamat sambil menghulurkan sampul
surat berwarna kuning kepada Farish. Farish mengambil sampul surat yang dihulurkan.
Dibukanya dengan cermat supaya isinya tidak terkoyak. Pak Cik Selamat dan Suriyanti hanya
memandang tanpa sepatah kata. Mungkin hairan dengan kedatangan surat misteri itu. Setahu
mereka, Farish tidak pernah berutus surat kerana dia tidak mempunyai ramai kenalan.

Farish membaca isi surat yang baru diterimanya.

Apa yang harus ku katakan pada bulan jika ditanya kemanakah hilang pungguknya,

27
Apa yang harus ku ucapkan pada bunga jika ditanya kemanakah pergi kumbangnya,

Dan apa yang harus ku terangkan pada hati jika ditanya dimanakah dia pemiliknya.

Farish melipat semula surat yang dibacanya itu. Berkerut dahinya memikirkan gerangan
si pengirim. Siapa agaknya yang hantar surat ni?

“Ada Pak Mat nampak siapa-siapa yang lalu depan rumah?” soal Farish pada Pak Cik
Selamat.

“Tak ada Tuan muda,” jawab Pak Cik Selamat jujur. Farish hairan. Puas difikirkannya
namun tiada jawapan yang terlintas. Ah, buat apa peduli. Baik aku buat kerja aku. Akhirnya
Farish mengalah. Dia tidak mahu menghabiskan masanya pada pagi itu dengan memikirkan
tentang surat misteri yang baru diterima.

Farish mengerling jam dinding yang tergantung dihadapannya. Dah pukul 10…Alamak!
Aku dah lambat ni. Dengan pantas Farish bangun dari katil menuju ke bilik air. Pak Cik Selamat
dan Suriyanti termanggu melihat gelagat anak tunggal majikan mereka.

**********

“Klik! Klik!” bunyi lensa kamera memenuhi segenap ruang dalam studio.

“Ok good. One more time,” ucap Anuar selaku jurufoto professional dan sekaligus
merangkap tuan empunya studio. Inilah tugasnya seharian. Mengambil gambar model-model
yang memperagakan pakaian bagi tujuan pengiklanan. Memang sejak dari kecil lagi minatnya
terarah ke bidang fotografi. Baginya, dunia dari lensa kamera adalah telus. Tiada satu apapun
yang dapat disembunyikan dihadapan kamera. Jadi, tidak hairanlah jika dia sanggup
menghabiskan masanya seharian dengan duduk di belakang kamera.

28
Lain pula ceritanya dengan Armand. Dia lebih selesa berada di hadapan kamera.
Bermacam-macam gaya serta aksi yang mampu digayakannya. Tiada satupun yang cacat.
Semuanya kelihatan sempurna, lebih-lebih lagi setelah dia disolek ringkas. Sungguh
mengancam.

“Nice job Am. Kita rehat dulu,” cadang Anuar. Armand yang tadinya sedang hebat
beraksi dihadapan kamera kini terus berjalan menuju ke arah Rizman dan Farish yang sedang
duduk di salah satu sudut dalam studio.

“Wah! Handsome nampak,” ujar Farish. Armand tersenyum mendengar pujian rakannya
itu. Rizman turut tersenyum.

“Takdelah,” bidas Armand merendah diri.

“Tak tahu pulak aku yang kau ni model,” kata Rizman sambil menepuk bahu Armand.
Dia bangga dengan apa yang dilakukan oleh rakannya itu.

“Aku buat part-time jer. Kalau ada job, aku ambik la. Tu pun setakat nak tolong-tolong
kawan,” jawab Armand. Dia mula menceburi bidang peragaan apabila diajak oleh Anuar yang
merupakan kenalan lamanya. Armand mengenali Anuar sewaktu dia mewakili sekolahnya dalam
kejohanan sukan peringkat negeri. Anuar merupakan jurufoto yang diamanahkan untuk
mengambil gambar atlet-atlet sepanjang kejohanan berlangsung. Menurut Anuar, Armand
mampu berjaya dalam bidang peragaan berbanding sukan yang diceburinya. Jadi, bermula dari
situlah Armand mula belajar untuk beraksi dihadapan kamera.

“Untunglah kau, ada benda nak buat time weekend. Aku ni, selalu lepak sorang-sorang.
Family aku pulak memanjang busy,” Farish meluahkan kesedihannya. Armand dan Rizman
memandang wajah comel sahabat mereka itu. Raut yang seakan pelakon Jepun, Koike Teppei itu
kelihatan muram sesuram awan mendung yang tiba sebelum hujan turun. Timbul rasa simpati di
hati mereka.

Suasana yang tadinya ceria kini beransur suram. Masing-masing tidak berani untuk
bersuara. Tiba-tiba, Armand tersenyum. Farish dan Rizman hairan melihat reaksi yang
ditunjukkan Armand.

29
“Aku ada idea…Lepas habis photo-shot ni korang berdua ikut aku,” ucap Armand.
Rizman dan Farish memandang Armand. Cuba mencari jawapan disebalik wajah tampan itu.

“Nak ke mana?” tanya Rizman ingin tahu.

“Ada la,” balas Armand ringkas. Dia lebih selesa untuk berahsia tentang tempat yang
bakal mereka kunjungi nanti. Baru suspen!

Armand kembali menyambung kerja sambilannya sebagai part-time model setelah


berehat selama 15 minit. Farish dan Rizman setia menanti di bahagian tepi studio. Mereka
kagum dengan aksi yang ditonjolkan Armand. Sememangnya Armand mempunyai bakat yang
besar dalam bidang peragaan. Berbekalkan ketinggian 1.78m, rupa paras yang seakan model
antarabangsa dan bentuk tubuh yang sasa, tiada apa lagi yang kurang pada Armand. Memang
patutlah dia menjadi kegilaan pelajar perempuan di sekolahnya.

Rizman memandang jam tangan yang dipakainya. Jam menunjukkan pukul 12 tengah
hari. Armand masih lagi berada di dalam bilik persalinan. Sebentar tadi, selepas tamatnya sesi
photo-shoot Armand terus bergegas ke bilik persalinan. Dia tidak mahu Farish dan Rizman bosan
menunggunya. Kini, kedua-dua sahabatnya itu masih menanti dengan sabar sementara Armand
menyalin pakaian di dalam bilik yang dikhaskan untuknya.

“Lama tunggu?” tanya Armand sebaik sahaja tiba dihadapan Farish dan Rizman.

“Tak lama pun,” balas Farish. Rizman hanya tersenyum tanda senang dengan kehadiran
Armand.

“Hah! Sekarang kita nak ke mana?” soal Farish tidak sabar. Rizman hanya memandang
Armand yang sudah berdiri disebelahnya. Dia juga ingin tahu akan tempat yang bakal mereka
pergi sebentar nanti.

“Jom! Aku bawak korang ke tempat yang ada ramai orang,” ujar Armand sambil menarik
tangan kedua-dua sahabatnya. Farish dan Rizman hanya mengikut seperti lembu dicucuk hidung.

Kereta BMW 5 Series yang dipandu Pak Cik Selamat terumbang-ambing apabila melalui
jalan tanah merah yang berlopak. Terasa seakan menaiki bot lagaknya. Farish, Rizman dan

30
Armand yang turut berada di dalam perut kereta hanya memandang ke sekeliling tanpa banyak
bicara.

“Kau nak bawak kami ke mana ni Am?” tanya Farish ingin tahu. Dia seram melihat
kawasan sekeliling yang penuh dengan pokok-pokok hutan. Inilah kali pertama dia datang ke
kawasan sebegini.

“Kau ikut saja la…Tadi kau kata bosan, ni aku nak bawak kau ke tempat yang menarik
la,” balas Armand.

“Bila sampai simpang depan tu, Pak Mat masuk kiri ok,” Armand menujukkan arah pada
Pak Cik Selamat. Pak Cik Selamat hanya menurut tanpa banyak soal. Rizman dan Farish lebih
banyak membisu. Dalam hati mereka tertanya-tanya tentang destinasi yang bakal mereka pergi.

“Ok, kita dah sampai,” kata Armand.

Farish, Armand dan Rizman keluar dari perut kereta sementara Pak Cik Selamat mencari
tempat yang sesuai untuk meletakkan kereta.

“Rumah siapa ni Am?” tanya Rizman sebaik sahaja terpandang akan rumah kayu yang
berada dihadapannya. Rumah kayu itu kelihatan sangat usang. Atapnya yang diperbuat daripada
kepingan zink sudah berlubang di sana-sini. Dindingnya yang diperbuat daripada papan juga
berlubang.

“Ni lah rumah aku,” jawab Armand selamba. Farish dan Rizman membulatkan mata
mereka apabila mendengar pengakuan berani dari Armand.

“Kau jangan nak main-main Am,” betah Farish. Dia tahu yang Armand sengaja mahu
kenakan dia dan Rizman.

“Buat apa aku nak main-main. Memang ni rumah aku,” kata Armand lembut tetapi jelas.
Rizman dan Farish hanya membisu. Tidak tahu untuk berkata. Mereka takut jika apa yang
dikatakan mereka itu nanti akan menyinggung hati Armand.

“Selama ni aku tak pernah cerita kat sesiapa pun pasal keluarga aku. Cuma Cikgu
Fatimah saja yang tahu,” kata Armand apabila melihat dua sahabatnya itu diam seribu bahasa.

31
“Aku sebenarnya berasal dari keluarga susah. Keluarga aku besar. Aku ada lapan adik-
beradik dan aku anak yang ketiga. Ayah aku dah lama meninggal. Jadi, cuma tinggal mak aku
saja untuk besarkan kami anak-beranak,” sambung Armand. Farish dan Rizman masih tidak
bersuara. Mereka mendengar luahan Armand dengan penuh minat. Inilah kali pertama mereka
mendengar Armand bercerita tentang keluarganya.

“Jadi siapa yang selalu ambik kau dari sekolah?” tanya Rizman. Dia pernah melihat
Armand dijemput dengan kereta oleh seseorang yang tidak dikenalinya sewaktu pulang dari
sekolah.

“Penjaga aku,” balas Armand ringkas.

“Penjaga?” soal Farish inginkan kepastian. Armand mengangguk tanda mengiyakan kata-
kata Farish.

“Ya, penjaga. Sebab tak mampu nak hantar aku ke sekolah, jadi mak aku masukkan aku
ke rumah anak-anak yatim. Jadi, urusan sekolah aku semuanya ditanggung oleh penjaga yang
ditugaskan untuk menjaga aku,” jawab Armand panjang lebar.

“Selalu ke kau balik rumah kau?” tanya Rizman lagi.

“Aku cuma balik time weekend jer. Tu pun kalau aku tak banyak kerja,” ucap Armand.
Dia tahu yang Farish dan Rizman masih lagi tidak percaya dengan apa yang diceritakannya itu.
Sebab itulah dia lebih selesa berahsia jika ditanya perihal keluarganya. Ramai pelajar di sekolah
yang menyangka bahawa dia berasal dari keluarga yang kaya. Semuanya gara-gara
penampilannya yang sentiasa kelihatan kemas dan bergaya. Malah penjaga yang selalu datang
mengambilnya dari sekolah itu dikatakan mereka sebagai pemandu peribadinya. Armand hanya
tersenyum apabila ditanya sama ada benar dia berasal dari keluarga yang kaya-raya. Dia tidak
mahu berbohong. Baginya, lebih baik berdiam diri daripada berbohong.

“Jom, aku bawak korang jumpa mak dan adik-adik aku,” pelawa Armand. Rizman dan
Farish mengangguk tanda setuju. Mereka berjalan menuju rumah usang yang berada dihadapan
mereka.

32
“Assalamualaikum,” Armand memberi salam sebaik sahaja mereka tiba di hadapan pintu
rumah.

“Waalaikumussalam,” sambut satu suara dari dalam rumah. Kelihatan seorang wanita
berusia lewat 40-an sedang berdiri dihadapan pintu .

“Eh, Am…mak ingatkan siapa tadi. Masuklah,” pelawa wanita yang membahasakan
dirinya sebagai mak itu. Armand menghulurkan salam sambil mencium tangan wanita tua itu.
Rizman dan Farish mengikut perbuatannya sebagai tanda hormat.

“Ni kawan-kawan Am mak,” Armand memperkenalkan Rizman dan Farish pada ibunya.
Wanita tua itu tersenyum melihat wajah Rizman dan Farish silih berganti. Dalam hatinya
berbunga riang kerana anaknya kini sudah mempunyai kawan rapat. Dia faham benar akan sikap
anaknya yang terlalu memilih kawan itu.

“Masuklah nak, rumah mak cik ni sempit sikit,” pelawa ibu Armand. Farish, Rizman dan
Armand masuk ke dalam rumah setelah dipelawa oleh Puan Zainab.

“Yang lain mana mak?” soal Armand pada ibunya apabila mendapati rumahnya sunyi
sepi.

“Adik-adik kamu pergi rumah Pak Mail. Ada kenduri doa selamat,” terang Puan Zainab.

“Mak tak ikut sekali?” Armand bertanya lagi.

“Mak tak larat Am. Akhir-akhir ni badan mak asyik sengal-sengal jer,” balas Puan
Zainab.

“Mak tak pergi jumpa doktor?” Armand menyatakan kerisauannya. Dia tidak mahu apa-
apa yang tidak diingini berlaku pada ibunya.

“Tak payahlah kamu nak risau. Adik-adik kamu ada. Diorang boleh tolong picit-picitkan
badan mak ni,” ucap Puan Zainab. Dia tidak mahu Armand risau tentang kesihatan dirinya.

Armand memandang ibunya. Dia tahu yang wanita itu tidak mahu menyusahkannya.
Memang itulah sikap ibunya. Sejak dari dahulu lagi dia tidak pernah merungut dengan apa yang

33
ditanggungnya. Semua kepayahan ditempuhinya dengan sabar. Armand bersyukur kerana sikap
sabar ibunya itu kini diwarisinya.

“Mak… ni ada sikit wang belanja. Am dapat dari kerja-kerja part-time yang Am buat,”
kata Armand sambil menghulurkan beberapa keping not RM50 kepada ibunya.

“Tak payahlah susah-susah Am. Duit dulu yang kamu bagi tu pun mak tak pakai habis
lagi. Kamu simpan saja la untuk kamu belajar,” tolak Puan Zainab lembut.

“Ambik la mak. Am memang nak bagi mak pun duit ni. Ada lagi yang Am simpan untuk
Am. Yang ni memang untuk mak dan adik-adik,” pujuk Armand. Dia meletakkan not-not RM50
di dalam gengaman tangan ibunya. Puan Zainab terpaksa mengalah dengan pelawaan anaknya.
Dia menyimpan duit yang diberikan Armand ke dalam saku bajunya. Armand tersenyum melihat
ibunya. Farish dan Rizman yang dari tadi hanya melihat adegan antara dua beranak itu turut
tersenyum. Hati mereka tersentuh dengan sikap tanggungjawab yang ditunjukkan Armand. Siapa
sangka yang Armand dikenali mereka ini sanggup bersusah-payah demi kesenangan
keluarganya.

Petang itu selepas menunaikan solat Zuhur dan makan tengah hari, mereka bertiga
menghabiskan masa melayan kerenah adik-adik Armand yang baru sahaja pulang dari rumah Pak
Mail. Rizman dan Farish sangat terhibur dengan keletah yang ditunjukkan mereka. Maklumlah,
masing-masing merupakan anak tunggal. Jadi tidak hairanlah jika mereka seronok dengan
suasana riuh di rumah Armand itu.

Sebaik sahaja menunaikan solat Asar, mereka bertiga meminta diri untuk pulang. Rizman
dan Farish berjanji yang mereka akan datang melawat Puan Zainab minggu hadapan. Puan
Zainab terharu mendengar kesudian dua anak muda itu. Beruntung sungguh anaknya kerana
mempunyai rakan yang sangat prihatin.

“Kami pulang dulu ya mak cik,” ucap Rizman sopan. Dia melambaikan tangannya sebaik
sahaja kereta yang dipandu Pak Cik Selamat meninggalkan perkarangan rumah Puan Zainab.

“Terima kasihlah sebab korang sudi datang rumah dan layan adik-adik aku,” Armand
menyatakan rasa terhutang budinya pada Farish dan Rizman.

34
“Takde hal la Am. Patutnya dah lama kau bawak kitorang jumpa mak kau. Aku dah lama
tak rasa seronok macam ni,” ucap Farish riang. Kalau siang tadi moodnya agak muram, kini dia
sudah mampu tersenyum ceria. Rizman dan Armand tersenyum melihat perubahan rakan mereka
itu.

“Nanti aku bawak korang datang rumah aku pulak. Aku baru jer pindah,” pelawa Rizman
pada Armand dan Farish.

“Betul ke? Baguslah macam tu. Aku dah lama teringin nak pegi rumah kau,” Armand
menyatakan niatnya yang sudah lama terpendam.

“Betul…minggu depan hari Sabtu, ayah aku ada kat rumah. Jadi bolehlah aku kenalkan
korang dengan ayah aku. Korang boleh jugak tidur kat rumah aku. Lepas tu, kita boleh terus
gerak ke rumah Am dari sana,” ucap Rizman sambil mengaturkan jadual mereka. Farish dan
Armand bersetuju tanpa banyak bicara. Jarang mereka mendapat peluang sebegini. Mereka ingin
mengenali Rizman dengan lebih dekat.

Pak Cik Selamat memandu ke Teratak Idaman selepas menghantar Rizman dan Armand
pulang. Farish tersenyum sendiri mengenangkan perkara yang dilakukannya hari itu. Bestnyer!

8
Angin monsun yang bertiup sekitar bulan Febuari berpuput lembut di pipi Rizman.
Sesekali rambutnya jatuh menutup dahi kerana ditiup angin. Bumbung gazebo yang memayungi
kelihatan cantik disinari mentari petang. Rizman duduk di bawah gazebo sambil membaca novel
yang sudah lama dipinjamnya. Dia ingin menghabiskan buku itu hari ini juga kerana tarikh
pemulangan sudah semakin hampir. Kalau boleh, dia tidak mahu didenda kerana lewat
memulangkan buku.

Puan Ainon yang sedang menyiram pokok-pokok bunga sekitar laman tersenyum melihat
Rizman yang tidak pernah lekang dari buku itu. Berbeza sungguh dengan anaknya yang lebih
gemarkan muzik. Setiap hari, ada-ada saja lagu baru yang diciptanya. Dia masih ingat lagi
sewaktu ulang tahun kelahirannya yang lalu, Natasha menyanyikan lagu yang diciptanya sendiri

35
sebagai hadiah. Seronok dia melihat anak tunggalnya itu. Dia tidak melarang Natasha untuk
bermain alat muzik malah, dia sendiri telah mendaftarkan Natasha ke kelas piano setiap hujung
minggu. Baginya, biarlah Natasha mencorakkan hala tuju hidupnya sendiri. Dia takut yang
Natasha akan memberontak jika dia dan suami memaksanya mengikut kehendak mereka. Jadi,
lebih baik dia memberikan kebebasan pada Natasha.

Sedang Puan Ainon melayan perasaannya sendiri, kelibat Natasha muncul dipandangan.
Dia memberi salam pada ibunya yang masih lagi berangan. Puan Ainon tersentak. Bayangan
angan hilang ditiup angin. Dia menoleh memandang anaknya sambil mulutnya pantas menjawab
salam yang diberikan.

“Mak buat apa ni?” tanya Natasha sekadar berbahasa. Dia tahu yang ibunya sedang
menyiram pokok-pokok bunga.

“Tengah siram pokok ni,” jawab Puan Ainon lembut. Natasha sekadar mengangguk
apabila mendengar jawapan yang diberikan ibunya.

“Tasha tak pergi tegur Rizman?” soal Puan Ainon sambil memuncungkan bibirnya pada
Rizman yang sedang ralit membaca buku.

“Ish, tak nak lah mak. Buat apa Tasha nak tegur dia. Bukannya dia kawan Tasha pun,”
cebik Natasha. Dijelingnya Rizman yang berada di bawah gazebo. Rasa meluat bertalu-talu
menendang pintu hati.

“Tak baik Tasha cakap macam tu. Dia kan jiran baru kita. Jadi, kita kenalah berbaik-baik
dengan dia. Dah, pergi tegur dia,” Puan Ainon menasihati anaknya. Natasha hanya mendengar
tanpa sebarang bicara. Dia terpaksa akur dengan arahan ibunya. Langkah diatur dengan payah
menuju ke tempat di mana Rizman berada. Rizman yang sedang ralit membaca buku berpaling
memandang Natasha yang berjalan menghampirinya. Senyuman dihadiahkan sebagai tanda
kemesraan.

“Assalamualaikum,” Rizman memulakan bicara. Tangan dihulur tanda ingin berjabat.

36
“Waalaikumussalam,” jawab Natasha acuh tak acuh. Matanya dilarikan daripada
memandang Rizman. Huluran tangan Rizman dibiar tidak berbalas. Buat apa aku nak bersalam
dengan dia. Tak hingin aku.

Rizman menarik semula tangannya apabila ia dibiarkan sepi tanpa balas. Senyuman
dihadiahkan sekali lagi. Namun masih reaksi yang sama ditunjukkan Natasha. Dingin dan suram.
Tiada langsung tanda ingin bermesra. Rizman hairan dengan perangai anak jirannya itu. Apa
kena dengan dia ni?

“Cantikkan pemandangan di sini,” Rizman berkata lagi. Cuba mencari topik yang sesuai
untuk memulakan perbualan. Natasha masih lagi kaku. Matanya dihalakan ke kolam yang berada
di tepi gazebo.

“Pandai mak awak hias kawasan ni,” puji Rizman. Kali ini, dia berharap yang Natasha
akan membuka mulut membalas pujiannya. Namun, sekali lagi usahanya menemui jalan buntu.
Natasha tetap membatu.

“Awak tak suka saya pindah sini ke?” akhirnya Rizman memberanikan diri untuk
bertanya. Dia tahu yang Natasha kurang senang dengan kehadirannya. Melalui air mukanya saja
Rizman sudah boleh meneka yang dia dan bapanya tidak dialu-alukan Natasha.

Natasha masih lagi membisu. Sengaja dipekakkan teliganya dari mendengar pertanyaan
Rizman. Dalam hatinya, dia membalas soalan yang diajukan Rizman tadi. Kalau dah tahu, buat
apa tanya.

Rizman menggelengkan kepalanya melihat tingkah Natasha. Tiada kemesraan langsung


yang ditunjukkannya. Yang ada hanyalah layanan dingin, sedingin salju yang menutupi
pergunungan Fuji. Ah, biarlah. Kalau orang tak sudi nak berkawan, buat apa dipaksa. Rizman
berkira-kira ingin melangkah pergi dari gazebo itu kerana sudah tidak kuasa lagi melayan
karenah Natasha. Tetapi niatnya itu terbantut apabila Natasha mula membuka mulut untuk
bersuara.

“Memang betul,” ucap Natasha tenang. Wajahnya masih lagi menghadap kolam ikan.
Rizman tersenyum mendengar respon Natasha. Akhirnya dia bersuara juga. Tapi, apa yang
betul?

37
“Apa yang betul?” soal Rizman ingin tahu. Perhatiannya difokuskan pada Natasha.

“Memang saya tak suka awak pindah sini. Malah saya tak hingin pun nak jadi kawan
awak. Berlagak rajin konon. Baca buku siang malam, nak tunjuk pandailah tu. Jangan jadi
hipokrit la,” cemuh Natasha. Ayatnya yang biadap itu menampar gegendang telinga Rizman. Dia
kaku seketika. Terasa merah mukanya kerana malu mendengar cacian yang dilemparkan
Natasha. Lemah segala sendi-sendinya. Sungguh berbisa kata-kata yang diucapkan gadis
dihadapannya itu.

Seumur hidupnya, tidak ada seorang pun yang mencacinya sedemikian rupa. Dia tidak
pernah bermuka-muka. Tidak terlintas langsung dibenaknya untuk menunjuk-nunjuk yang
dirinya itu rajin membaca. Rasa sebak mula mencengkam tangkai hatinya, air jernih mula
bertakung di kolam mata. Dia cuba menahan tangisnya agar tidak jatuh dihadapan Natasha.
Dengan pantas, Rizman melangkah meninggalkan gazebo tempat dia bersantai sebentar tadi.
Dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Betapa hancur hatinya pada waktu itu.

Natasha memandang Rizman yang berlalu pergi meninggalkannya keseorangan di bawah


gazebo. “Padan muka. Baru puas hati aku,” bisik Natasha.

9
Sejak dari tadi lagi duduknya dirasakan serba tidak kena. Sekejap dia beralih ke kiri dan
sekejap ke kanan pula. Dia resah. “Betulkah apa yang aku buat ini,” bisik hati kecilnya. Dia
bangun dari sofa yang didudukinya dan berjalan menuju ke almari pakaian yang berada di
penjuru sebelah kiri bilik tidur. Dikuaknya daun pintu dengan perlahan. Dia meraba-raba
mencari sesuatu dibawah lipatan baju yang tersusun rapi. Tangan ditarik apabila sudah
menjumpai apa yang dicari. Sekeping gambar seorang budak lelaki yang sedang bermain biola
ditatapnya penuh minat. Sunshine! Matanya dipejam, dan memori silam kini berlegar-legar
dikepalanya.

“Sara nak dengar Is main biola?” tanya seorang budak kecil yang berusia 7 tahun.
Matanya yang sepet itu kelihatan hampir tertutup apabila tersenyum.

38
“Is nak main lagu apa?” soal Maisarah pula.

“Is baru belajar cipta lagu sendiri. Dengar ya,” kata Farish riang. Diletakkan biola
dibahunya kirinya dan gesekan mula kedengaran. Maisarah yang berusia 12 tahun pada waktu
itu, tersenyum mendengar gesekan biola yang dimainkan Farish. Memang tidak dinafikan yang
Farish sungguh cekap bermain alat muzik walaupun usianya baru setahun jagung. Sungguh
tenang dibuatnya. Alunan muzik yang lembut mengetuk ruang telinga hingga terkesan di kalbu.
Memang mengasyikkan.

“Sedap tak?” tanya Farish apabila selesai mendendangkan lagu yang baru diciptanya.

“Sedap,” jawab Maisarah sambil tersenyum. Farish tersenyum puas hati. Tidak sia-sia dia
menghabiskan waktu sengang dengan mencipta lagu buat temannya itu.

Memori silam terhenti. Maisarah kembali ke alam nyata. Kelopak mata dibuka dengan
perlahan. Foto yang dipegangnya tadi masih di genggaman. Langkah diatur menuju ke katil.
Dihenyaknya tilam empuk bersaiz king itu. Siling bilik ditenung. Maafkan aku Farish. Aku tidak
sengaja. Kelopak mata kembali dirapatkan. Kenangan 7 tahun yang lampau kembali menerjah
ingatan.

“Mana Sara ni, lambat nyer,” rungut Farish sendirian. Dia mundar-mandir dihadapan
bangku yang berada di taman. Seketika kemudian, muncul bayang Maisarah yang sedang
berjalan ke arahnya.

“Sorry lambat,” ucap Maisarah sambil tersenyum. Farish memuncungkan bibirnya seakan
merajuk.

“Sorry la, bukannya Sara sengaja datang lewat. Tadi Sara ada kelas tambahan kat
sekolah,” pujuk Maisarah. Farish terpaksa mengalah. Dia tidak sampai hati melihat rayuan gadis
comel itu. Maisarah sangat istimewa bagi dirinya. Sejak dari kecil, Maisarahlah yang selalu
menemaninya. Papa dan mamanya sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Sama seperti ibubapa
Maisarah. Jadi, tinggallah mereka berdua. Mujurlah papa dan mamanya berkawan rapat dengan
ibubapa Maisarah, jadi selalulah mereka bermain bersama kerana rumah Maisarah tidak berapa
jauh dari rumahnya.

39
“Ok, tapi Sara kena belanja Is kek sebagai ganti rugi,” kata Farish.

“Ok,” balas Maisarah riang. Baginya, Farish tidak susah dipujuk. Dia akan meminta
manisan sebagai denda. Memang comel perangai teman kecilnya itu.

“Jom kita pergi kedai kek,” ajak Maisarah. Dia mula melangkah meninggalkan bangku
batu tempat Farish menunggunya sebentar tadi. Farish yang sudah kembali ceria mengikutnya
dibelakang.

Mereka berdua berjalan menuju ke kedai kek yang berdekatan. Farish memilih kek coklat
kegemarannya. Keriangan jelas terpancar dimatanya. Maisarah tersenyum melihat gelagatnya.
Farish berjalan keluar dari kedai sementara Maisarah beratur untuk membuat pembayaran.
Sedang Farish menunggu, sekumpulan kanak-kanak nakal datang menghampirinya.

“Woi budak. Bak sini kek tu,” kata salah seorang daripada budak-budak nakal itu.

“Mana boleh. Ni aku punyalah,” Farish melawan.

“Aku cakap bak sini, bak sini la,” tengking budak nakal itu sambil merampas kek coklat
yang dipegang Farish. Budak-budak yang lain ketawa melihat reaksi Farish. Maisarah yang
berada di dalam kedai masih tidak menyedari insiden yang berlaku di luar.

“Bagi la balik,” rayu Farish. Dia tidak mampu melawan kerana tubuhnya yang kecil jika
dibandingkan dengan budak nakal yang berdiri dihadapannya.

“Kalau kau nak sangat kek kau ni, ambik la sendiri,” kata budak nakal itu sambil
melemparkan kek coklat yang dipegangnya ke seberang jalan. Kek coklat itu jatuh di bahu jalan.
Debu-debu tanah mula melekat. Farish berlari ke seberang jalan untuk mendapatkan kek
coklatnya. Malangnya, sebuah kereta yang sedang laju telah melanggar Farish sewaktu dia
melintas jalan. Budak-budak nakal yang melihat kemalangan itu, ternganga kerana tidak percaya
dengan apa yang dilihat mereka. Rasa bersalah mula bersarang.

“Alamak, nak buat macam mana ni,” kata ketua budak nakal itu.

“Nak buat apa lagi, larilah,” ucap seorang lagi daripada mereka. Budak-budak nakal itu
berlari lintang-pukang kerana takut akan ditangkap.

40
Maisarah yang baru sahaja selesai membuat pembayaran di dalam kedai terkedu apabila
melihat Farish sedang terbaring di tepi jalan. Darah merah membanjiri setiap inci badannya.

“Is!” jerit Maisarah. Dia berlari mendapatkan tubuh kecil Farish yang sedang kaku tidak
sedarkan diri. Orang ramai mula mengelilingi mereka kerana ingin melihat apa yang sedang
berlaku.

Dentingan jam didinding menghalaunya dari lamunan. Mata dibuka semula. Air jernih
yang bertakung mula mengalir membasahi pipinya yang gebu. Maisarah sendu, sayu
mengenangkan kisah yang berlaku. Hatinya rasa bersalah dengan nasib yang menimpa Farish.
Kalaulah aku tak biarkan dia sorang-sorang. Mesti takkan jadi benda macam ni. Maafkan aku
Farish.

10
Seperti kebiasaannya, Rizman ke perpustakaan sekolah kerana ingin memulangkan buku
yang dipinjamnya. Kali ini dia pergi bersendirian kerana Armand dan Farish sibuk membantu
Cikgu Fatimah mengemas bilik bahasa. Setelah tiba di hadapan pintu perpustakaan, Rizman
menolak daun pintu sambil melangkah masuk. Dia terus ke kaunter pemulangan buku. Setelah
selesai dengan urusannya, Rizman menuju ke deretan rak-rak buku. Dia berkira-kira ingin
meminjam novel seram namun hajatnya terbantut apabila terpandangkan novel cinta yang
berjudul ‘Ayat-ayat Cinta’. Di ambil novel yang berwarna merah jambu itu. Hurm, macam
menarik jer buku ni. Aku nak pinjamlah.

Rizman melihat jam tangannya, waktu rehat masih berbaki 5 minit. Dia harus segera ke
kelas kerana kelas Sejarah Cikgu Rosnah bakal berlangsung tidak lama lagi. Dia tidak mahu

41
ketinggalan subjek yang diminatinya itu. Sebaik sahaja selesai membuat pinjaman, Rizman
bergegas ke kelasnya.

**********

“Hish! Mana pulak ni. Tadi ada jer kat sini,” rungut Natasha.

“Kau cari apa Tasha?” tanya Raihana hairan. Dari tadi dilihatnya Natasha membelek-
belek barisan novel yang berada dihadapannya. Dia bingung dengan perbuatan rakannya itu.

“Aku cari novel la,” jawab Natasha ringkas. Matanya masih lagi tertumpu pada rak yang
berada dihadapannya.

“Novel apa yang kau cari? Penting sangat ke?” Raihana bertanya lagi.

“Penting la…kalau tak, takkan la aku nak bersusah-payah macam ni,” balas Natasha yang
masih lagi dengan pencariannya.

“Esok jer lah kau cari. Aku dah nak balik ni. Library pun dah nak tutup. Jom ar keluar,”
cadang Raihana. Kelihatan pengawas perpustakaan sedang menutup suis lampu dan kipas
menandakan yang perpustakaan itu akan ditutup. Natasha terpaksa akur dengan nasihat Raihana.
Mungkin esok aku akan jumpa novel tu.

Natasha keluar dari perpustakaan dengan berat hati. Dia berharap benar yang dia akan
menjumpai novel yang dicarinya itu esok. Ada sesuatu yang penting diletakkannya dalam novel
itu. Dia takut jika ada pelajar lain yang menjumpainya. Tadi, sewaktu kelas Geografi
berlangsung Natasha tidak dapat menumpukan perhatiannya. Akalnya ligat memikirkan tempat
di mana dia menyimpan surat luahan hati yang ditulisnya. Puas dia mengingat akan tempat-
tempat yang pernah dilaluinya pada waktu rehat sebelum ini. Tiba-tiba dia teringatkan
perpustakaan sekolah. Kalau tak silap aku, Rai ada ajak pergi library tadi. Entah-entah surat tu
ada kat sana.

42
Sebaik sahaja loceng menandakan tamatnya waktu sekolah berbunyi, berpusu-pusu
pelajar Sekolah Menengah Lagenda Permai keluar dari kelas masing-masing. Namun tidak bagi
Natasha, dia bergegas ke perpustakaan sekolah kerana ada sesuatu yang perlu dicarinya di sana.
Tetapi sayang, dia tidak menjumpai apa yang dicarinya. Natasha melangkah dengan perlahan
menuju ke pintu pagar utama sekolah. Fikirannya masih lagi ligat memikirkan tempat di mana
dia meletakkan suratnya itu.

“Tasha!” jerit Puan Ainon memanggil nama anaknya. Natasha tersentak apabila
mendengar namanya dipanggil. Dia menoleh memandang ibunya. Satu keluhan berat
dilepaskannya. Puan Ainon memandang anak tunggalnya. Naluri ibunya kuat mengatakan yang
Natasha dilanda masalah.

“Kenapa ni, ada masalah ke?” tanya Puan Ainon lembut sebaik sahaja Natasha masuk ke
dalam perut kereta. Natasha hanya tersenyum kelat.

“Tak ada apa-apa mak,” balas Natasha ringkas.

“Betul?” duga Puan Ainon. Matanya tidak lepas dari memandang wajah mulus anaknya.

“Betul,” jawab Natasha sambil menganggukkan kepalanya.

Puan Ainon memandu meninggalkan Sekolah Menengah Lagenda Permai. Natasha yang
berada disebelahnya membuang pandang ke luar tingkap kereta. Puan Ainon mengerling
anaknya itu. Dia tahu yang anaknya pasti merahsiakan sesuatu daripadanya. Jika tidak
mempunyai masalah, masakan dia boleh termenung sampai begini.

“Tasha temankan mak shopping ya. Hari ni mak nak beli barang-barang dapur. Banyak
yang dah habis kat rumah tu,” Puan Ainon bersuara memecahkan suasana sunyi yang
menyelubungi mereka. Natasha memandang ibunya. Memang sudah lama dia tidak membeli-
belah seperti yang dilakukannya dahulu ketika waktu lapang. Baik aku ikut mak. Boleh release
tension.

“Ok,” jawab Natasha pendek. Puan Ainon tersenyum mendengar persetujuan anaknya.
Dia tahu yang anaknya itu memang gemar membeli-belah. Jadi tidak hairanlah jika moodnya

43
akan bertukar sebaik sahaja diajak untuk membeli-belah. Kalau dah namanya perempuan, tak
sah kalau tak shopping.

Puan Ainon kembali memberikan perhatian pada pemanduannya. Proton Waja yang
dipandunya deras menyelusuri jalan raya yang kian sesak dengan pelbagai kenderaan.

**********

Selesai sahaja makan malam, Rizman terus masuk ke kamarnya. Dia ingin segera
menyiapkan kerja yang diberi oleh guru di sekolah. Dilabuhkan punggungnya di kerusi yang
berada di hadapan meja tulis. Diambil buku teks yang tertera perkataan ‘SEJARAH’ dikulitnya.
Helaian demi helaian diselak dengan penuh teliti. Rizman berhenti menyelak apabila terjumpa
muka surat yang dicarinya. Dia tersenyum melihat soalan yang sudah bertanda di dalam buku itu.
Nasib baik aku dah siapkan tiga soalan waktu kat sekolah tadi. Tinggal dua saja lagi. Lepas ni
bolehlah aku baca novel yang aku pinjam tadi.

Jam di dinding menunjukkan pukul 10 malam. Rizman menutup buku teks sejarah yang
berada dihadapannya. Diregangkan sendi-sendinya yang terasa lenguh. Fuh! Siap juga akhirnya.
Boleh aku baca novel pulak.

Rizman melangkah menuju tempat di mana dia meletakkan beg sekolahnya. Novel merah
jambu diambilnya dari dalam beg. Dia berjalan menuju ke katil, tempat di mana dia selalu
bersantai sambil membaca novel. Dibukanya muka surat pertama novel bercorak islamik itu.
Sekeping kertas terlurut dari tempatnya. Kertas kecil yang berwarna kuning cair itu di ambil
Rizman. Ada coretan atas kertas kecil itu. Rizman membaca tulisan tangan yang dirasakannya
comel itu.

Kehadapan diariku,

Entah kenapa aku sendiri pun tak tahu, tetapi hati aku ini kuat mengatakan yang aku
mula tertarik dengan perwatakkannya lewat kebelakangan ini. Bibirnya yang merah itu, selalu
buat aku tidak tenteram. Tambah-tambah lagi kalau dia senyum. Ah, boleh gugur jantungku

44
dibuatnya. Adakah aku sudah jatuh cinta? Tak mungkin. Mana boleh aku jatuh cinta dengan
dia.

Dulu nak dengar nama dia pun aku sudah loya, inikan pula nak bertentang mata. Tapi,
sejak akhir-akhir ini aku selalu termimpikan dia. Apa yang harus aku buat? Perlukah aku
berkawan dengan dia? Tapi…mahukah dia berkawan dengan aku? Ah, bencinya…bantulah aku,
aku perlukan pandangan dan nasihat.

Gadis yang binggung.

Rizman tersenyum sebaik sahaja selesai membaca coretan yang ditulis atas kertas kecil
yang dipegangnya. Dia faham akan dilema yang dihadapi oleh penulis itu. Perlukah aku
menolongnya?

Pen dan kertas dicapainya. Rizman mula memainkan tarian penanya. Segala tumpuan
dicurahkan pada surat yang ditulis. Niatnya hanya sekadar ingin membantu. Mungkin balasannya
ini akan meleraikan segala kekusutan yang melanda. Selesai sahaja menulis, Rizman melipat
kertas yang berwarna biru cair itu. Di selitkannya kertas kecil yang berwarna kuning berserta
surat yang ditulisnya sebentar tadi ke dalam novel cinta yang dipinjam. Esok, aku mesti
pulangkan semula buku ini. Akhirnya, isi novel cinta itu tidak jadi dijamah Rizman gara-gara
nota kecil yang dijumpainya. Rizman menyimpan kembali novel cinta itu di dalam beg
sekolahnya.

Jam di dinding dikerlingnya, masih awal untuknya masuk tidur. Baik aku sambung cerita
yang aku tulis. Rizman melangkah menuju ke luar bilik. Ruang tamu masih lagi sunyi seperti
tadi. “Rasanya babah belum balik lagi,” duga Rizman. Langkah diatur menuju bilik yang
terletak berhampiran dengan dapur. Bilik itu dijadikan bapanya sebagai perpustakaan mini dan
tempatnya menulis. Lampu dipasang bagi menerangi bilik yang gelap. Rizman merapati rak
dimana koleksi bukunya disimpan. Di ambil buku nota yang tertera tulisan tangan ‘Karya
Rizman Zulkefly’ di kulit luarnya. Rizman tersenyum memandang buku nota itu. Mungkin
bangga dengan hasil tulisannya. Lampu kembali dimatikan sebaik sahaja Rizman meninggalkan
ruang bilik.

45
“Tak tidur lagi?” kedengaran suara Encik Zulkefly membunuh kesunyian yang berada di
rumah itu. Rizman yang terkejut dengan pertanyaan bapanya melompat tanpa dipaksa. Hampir
saja dia melemparkan buku yang dipegang ke wajah bapanya. Encik Zulkefly ketawa melihat
reaksi anaknya.

“Terkejut Man,” kata Rizman sambil mencebik. Encik Zulkefly masih lagi dengan
tawanya. Rizman hanya membiarkan sahaja tawa bapanya itu.

“Kenapa tak tidur lagi?” soal Encik Zulkefly apabila tawanya sudah mula terhenti.

“Awal lagi la babah,” sambut Rizman sambil menunjukkan jam di dinding. Encik
Zulkefly memandang jam yang ditunjukkan anaknya. Dia mengangguk tanda mengerti.

“Masak apa hari ni?” tanya Encik Zulkefly lagi. Langkahnya di atur kemas menuju ke
meja makan. Rizman mengekori bapanya dari belakang.

“Man buat sushi hari ni,” balas Rizman. Dia menuangkan air ke dalam gelas dan
diberikan kepada Encik Zulkefly yang sedang duduk dihadapannya.

“Mana Man belajar buat sushi ni?” soal Encik Rizman ingin tahu.

“Dari internet,” jawab Rizman ringkas. Encik Zulkefly mengambil sushi yang terhidang
di atas meja. Disumbatkannya ke dalam mulut.

“Mmm..sedap. Pandai Man buat,” puji Encik Zulkefly. Rizman tersenyum mendengar
pujian dari bapanya.

“Man masuk bilik dulu lah babah. Ada kerja sikit,” ucap Rizman.

“Ok, good night,” kata Encik Zulkefly sambil mencium dahi anaknya. Rizman
melangkah meninggalkan Encik Zulkefly di meja makan dan menuju ke kamarnya. Encik
Zulkefly hanya memerhati sambil tersenyum. Tiba-tiba, Encik Zulkefly teringatkan sesuatu.
Lantas dia memanggil nama anaknya yang sudah bersedia melangkah masuk ke kamarnya.

“Man!” panggil Encik Zulkefly. Rizman memberhentikan langkah sebaik sahaja


mendengar namanya disebut. Dia menoleh menghadap bapanya.

46
“Ada apa babah?” soal Rizman ingin tahu.

“Hujung minggu ni babah pergi Langkawi, ada promosi buku di sana,” balas Encik
Zulkefly.

“Berapa lama?” tanya Rizman lagi.

“Tiga hari jer. Ahad malam babah balik. Man nak ikut?” pelawa Encik Zulkefly.

“Takpelah, Man dah janji nak ajak kawan datang rumah hujung minggu ni,” ujar Rizman
jujur.

“Eloklah tu, ajak diorang tidur sini sekali. Taklah sunyi nanti,” cadang Encik Zulkefly.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Rizman tersenyum sambil mengangguk. Dia baru saja ingin
meminta kebenaran dari bapanya untuk membenarkan Farish dan Armand tidur dirumahnya.
Namun bapanya sudah terlebih dahulu menyatakan persetujuannya tanpa perlu diminta. Senang
kerja aku.

“Man masuk dulu babah,” pinta Rizman. Encik Zulkefly mengangguk sebagai tanda
memberi keizinan. Bayangan Rizman hilang di balik pintu bilik.

11
Waiz memandang gambar-gambar yang berserakkan di atas mejanya. Wajah seorang
model lelaki sedang tersenyum memandangnya. Pelbagai aksi yang digayakannya. Ada yang
duduk dan ada juga yang sedang berdiri. Tiada satu pun yang cacat dimatanya. Semuanya
mengancam. Ganggang telefon yang terletak di sebelah kanan meja dicapainya. Beberapa punat
ditekan sebelum ganggang diletakkan di telinga. Talian bersambung.

“Hello,” sahut suara dari corong sebelah sana.

47
“Hello, aku ni,” kata Waiz. Nadanya kedengaran serius.

“Oh, bos. Ada apa bos?” tanya suara sebelah sana.

“Aku ada tugas yang penting. Aku nak kau siasat latar belakang lelaki ni,” arah Waiz.

“Boleh, tak ada masalah. Tapi siapa bos?” sambung suara di sebelah sana.

“Aku nak kau siasat tentang Armand bin Marzuki. Laporkan setiap pergerakkannya pada
aku dan pastikan dia tidak tahu tentang hal ini. Faham,” ujar Waiz lagi.

“Faham bos. Bila boleh start?” soal suara di hujung talian.

“Secepat mungkin,” balas Waiz pendek.

“Ok,” sahut suara itu lagi. Talian dimatikan. Waiz meletakkan semula ganggang di
tempatnya. Senyuman diukir. Marzuki…Marzuki…aku dah jumpa keluarga kau Marzuki. Kau
takkan boleh lari dari aku.

**********

Angin malam yang menerobos masuk ke dalam bilik mendinginkan penghuninya. Farish
segera menutup tingkap bilik yang dibiarkan terbuka petang tadi. Penghawa dingin yang
terpasang sejak tadi merendahkan lagi suhu di dalam bilik. Farish berjalan merapati katilnya.
Punggung dihenyak pada tilam empuk buatan Jepun itu. Selimut tebal yang membaluti tubuhnya
direnung. Surat misteri yang diterimanya petang tadi, menimbulkan rasa inkuiri. Siapa
pengirimnya yang sebenar? Apa yang dia mahu? Berkerut dahi Farish memikirkannya.
Diimbasnya kembali isi surat yang baru diterima hari ini.

Jika semua lautan di dunia ini dapat ku berikan padamu demi menengelamkan rasa
bencimu terhadapku, aku rela.

Jika semua emas di dunia ini dapat ku hadiahkan buatmu demi membeli rasa dendammu
yang membara buatku, pun aku rela.

48
Dan jika semua awan yang bertebaran di dunia ini dapat ku persembahkan di
hadapanmu demi menutup rasa meluat yang hadir, juga aku rela.

Kerana aku sudah tidak tahu lagi bagaimana caranya untuk aku membendung rasa
bersalah yang menghuni hatiku kini.

Suasana damai yang menyelubungi sekitar ruang bilik tidak mampu memberi ketenangan
pada Farish. Hatinya dipagut pelbagai persoalan. Sejak dari petang tadi lagi, dia memikirkan
tentang permasalahan ini. Namun, semuanya menemui jalan buntu. Tiada satu petunjuk pun yang
diperolehinya. Ah, pedulikan saja. Baik aku tidur. Akhirnya Farish beralah, dia malas
memikirkan perkara yang dianggap remeh sebegini. “Mungkin ada orang yang nak berkenalan
agaknya,” ucap Farish menyedapkan hati. Matanya dipejam. Dia berdoa di dalam hati supaya
mimpi indah datang menyapanya malam ini. Selang beberapa detik, dia terlelap. Tiada lagi
kedengaran suara rungutan darinya. Yang ada hanyalah dengkuran kepenatan sepanjang hari.

12
Loceng menandakan tamatnya waktu sekolah berbunyi. Sorakan gembira dari pelajar-
pelajar Lagenda Permai bergema di setiap sudut sekolah itu. Seperti menang perang lagaknya.
Farish, Armand dan Rizman mengemas buku sekolah masing-masing. Mereka berkumpul
dihadapan kelas sebaik sahaja selesai mengemas.

“Korang tunggu kejap boleh? Aku nak hantar buku la,” kata Rizman sambil
menunjukkan novel yang berwarna merah jambu.

49
“Ok,” balas Farish dan Armand serentak. Mereka bertiga berjalan menuju ke
perpustakaan sekolah. Rizman masuk ke dalam sementara Farish dan Armand hanya menunggu
di luar. Sebaik sahaja selesai dengan urusannya, Rizman keluar dari perpustakaan. Farish dan
Armand tersenyum memandangnya.

“Dah setel?” tanya Armand.

“Dah,” jawab Rizman sambil menganggukkan kepalanya.

“Kita nak pergi rumah kau terus ke?” tanya Farish pada Rizman.

“Kita singgah kedai dulu. Aku nak beli barang untuk masak malam ni,” kata Rizman.
Farish dan Armand ternganga mendengar kenyataan Rizman.

“Kau boleh masak ke?” tanya Armand tidak percaya. Rizman tersenyum mendengar
soalan Armand.

“Tengok orang la,” jawab Rizman bersahaja. Farish dan Armand saling berpandangan.
Mungkin kurang faham dengan maksud kata-kata Rizman. Boleh ke dia ni masak?

Mereka bertiga berjalan melewati pagar utama sekolah. Jalan yang berada dihadapan
sekolah kini sesak dengan pelbagai kenderaan yang bertali-arus. Asak kenderaan yang berkepul-
kepul menyesakkan pernafasan. Farish terbatuk beberapa kali kerana terhidu asap yang kotor itu.
Rizman dan Armand yang berada di sisi, tersenyum melihat gelagat sahabat mereka itu. Kesian,
mungkin dia tak biasa dengan habuk. Maklumlah, anak Tan Sri. Mana pernah jalan kaki macam
ni. Ke mana saja pergi mesti berhantar.

Setelah hampir 10 minit berjalan, mereka bertiga tiba di destinasi. Rizman segera masuk
sambil matanya melilau mencari-cari barang yang ingin dibelinya. Sementara Farish dan Armand
hanya menunggu di luar.

“Fuh! Penat juga jalan ni. Aku ingatkan tak penat,” kata Farish yang sedang melepaskan
lelahnya di kaki lima kedai. Armand yang berdiri di hadapannya tersenyum melihat. Memang
sudah dijangkakannya yang Farish akan berkata begitu. Terbit rasa simpati dengan rakannya
yang seorang itu.

50
“Penat sangat ke? Nah minum air ni,” ujar Armand sambil menghulurkan sebotol air
mineral kepada Farish. Farish mencapai botol minuman yang dihulurkan. Sebuah senyuman
dihadiahkan sebagai tanda penghargaan. Setelah puas diteguknya air yang jernih itu,
dikembalikan semula botol kepada tuan empunya. Armand menyambut dengan cermat.

Rizman keluar dari perut kedai setelah selesai membuat pembayaran. Dia berjalan
mendapatkan Farish dan Armand yang sedang menunggunya dihadapan kedai.

“Lama tunggu?” soal Rizman sekadar berbahasa. Armand dan Farish menggeleng sambil
tersenyum. Mereka bertiga mula mengatur langkah meninggalkan kedai runcit Haji Kamal. Tiba-
tiba, Farish teringatkan sesuatu.

“Alamak! Aku terlupa la,” kata Farish separuh menjerit. Rizman dan Armand yang
berada disisi memandangnya.

“Apa yang kau teringat?” tanya Armand tidak mengerti. Rizman mengangguk bagai
mengiyakan soalan Armand. Mereka ingin tahu apa yang dilupakan Farish. Mungkin sesuatau
yang serius. Farish tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Aku lupa bawak baju aku,” jawab Farish selamba. Armand dan Rizman saling
berpandangan. Hish, ingatkan apalah tadi. Buat terkejut jer. Armand mengetuk lembut kepala
Farish tanda tidak puas hati.

“Kan aku dah pesan semalam. Suruh kau bawak baju siap-siap. Hish! Buang masa aku jer
la,” Armand melepaskan geramnya. Farish masih lagi tersengih sambil tangannya menutup
kepala kerana tidak mahu menjadi mangsa ketukan Armand lagi. Rizman yang berada di tepi
tersenyum melihat gelagat mereka. Dia tahu yang Farish kadang-kala pelupa orangnya.

“Dah, dah… tak payah nak gaduh-gaduh. Baik kau call jer Pak Mat suruh hantar baju kau
kat rumah aku,” cadang Rizman. Farish akur. Segera dicapainya telefon bimbit yang diletakkan
di dalam beg sekolah. Di dailnya nombor telefon bimbit Pak Cik Selamat. Armand dan Rizman
sekadar memerhati tanpa sebarang bunyi.

“Hello, Pak Mat,” ucap Farish memulakan bicara sebaik sahaja talian bersambung.

51
“Oh, Tuan muda…ada apa Tuan muda?” respon Pak Cik Selamat apabila mendengar
suara Farish dihujung talian sebelah sana. Dia kenal sangat dengan suara anak majikannya itu.
Mana tidaknya, sebelum Farish lahir lagi dia sudah berkhidmat dengan keluarga Tan Sri Khalid.
Malah, dia sendiri yang menghantar Puan Sri Emelda ke hospital di saat kelahiran Farish.

“Tolong hantar pakaian saya ke rumah Rizman ya,” arah Farish. Nadanya kedengaran
lembut sebagai tanda menghormati lelaki berusia setengah abad itu.

“Baiklah Tuan muda. Nanti saya mintak Suriyanti siapkan pakaian Tuan muda,” nyata
Pak Cik Selamat. Talian dimatikan sebaik sahaja Farish memberikan salam tanda perpisahan.

Farish memasukkan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg sebaik sahaja selesai
membuat panggilan

“Macam mana?” tanya Armand pada Farish. Rizman yang turut berada disitu
memberikan perhatiannya pada wajah comel Farish.

“Setel,” jawab Farish ringkas. Armand dan Rizman menarik nafas lega.

“Dah setel dah kan…jom kita gerak,” ujar Rizman sambil mengatur langkah.

“Jalan lagi? Tak penat ke?” tanya Farish sambil membulatkan matanya yang bundar.

“Ala…dekat jer,” pujuk Rizman.

“Dah, dah. Jangan nak ngada-ngada,” kata Armand sambil menarik lengan Farish. Farish
tidak melawan. Dia tahu yang Armand akan memaksanya jika dia masih berdegil.

Mereka bertiga berjalan sekitar lima minit sebelum tiba di rumah Rizman. Armand
terkedu melihat banglo milik Encik Bahar sebaik sahaja mereka bertiga berdiri di hadapan pintu
pagar.

“Wah! Kayanya kau. Tak sangka aku,” puji Armand.

“Mana ada kaya. Semua ni bukan rumah aku la. Rumah aku cuma tingkat atas jer,”
Rizman menafikan pujian yang dihadiahkan buatnya. Armand dan Farish memandangnya
dengan penuh hairan. Apa yang dia maksudkan?

52
“Habis tu, siapa duduk tingkat bawah?” tanya Farish.

“Tuan rumah,” jawab Rizman pendek. Armand menggarukan kepalanya. Dia masih lagi
binggung dengan jawapan Rizman.

“Tuan rumah?” tanya Armand inginkan kepastian.

“A’ah, tuan rumah. Rumah ni bukannya rumah aku. Aku dengan bapa aku cuma sewa kat
tingkat atas rumah ni jer. Tuan punya rumah ni dan family dia tinggal kat tingkat bawah,” jelas
Rizman panjang lebar. Armand dan Farish ternganga. Tidak percaya dengan apa yang didengari
mereka sebentar tadi. Macam mana boleh satu rumah ada dua family? Ajaib ni.

“Pelik nyer. Aku tak pernah tengok dua family kongsi satu rumah,” luah Farish tidak
percaya. Armand bersetuju dengan kata-kata rakannya itu. Inilah kali pertama dia mendengar
yang dua keluarga yang tiada perkaitan tinggal sebumbung.

“Aku pun tak percaya jugak masa bapa aku bagitau dulu. Tapi, bila aku tengok sendiri
baru aku percaya. Dah lah, jom kita masuk,” kata Rizman sambil melangkah masuk ke
perkarangan banglo. Armand dan Farish menurutnya dari belakang.

Mereka bertiga menaiki tangga menuju ke bahagian atas rumah. Pintu dikuak sebaik
sahaja tombol dipulas. Rizman melangkah masuk setelah memberi salam. Dia menanggalkan
kasut dan menyusunnya di rak yang disediakan. Armand dan Farish turut melakukan perkara
yang sama.

“Kemasnya rumah kau Man,” puji Farish. Matanya liar memandang ke segenap ruang
rumah. Rizman tersenyum mendengar pujian yang dihadiahkan.

Rizman melangkah menuju ke kamarnya. Dia meletakkan beg sekolahnya di tempat yang
dikhaskan.

“Letak jer beg korang kat situ,” arah Rizman sebaik sahaja melihat Farish dan Armand di
muka pintu. Mereka melangkah masuk ke bilik yang dicat kuning itu.

“Cantiknya bilik kau. Kalau macam ni, hari-hari la aku tidur sini,” gurau Armand. Farish
dan Rizman ketawa mendengar seloroh Armand.

53
Usai solat zohor, mereka bertiga menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru-guru
mereka sewaktu di sekolah tadi. Sedang mereka asyik dengan kerja mereka, kedengaran bunyi
hon kereta diluar rumah. Rizman menjenguk keluar. Kereta BMW hitam yang dipandu Pak Cik
Selamat terparkir dihadapan rumah.

“Siapa datang?” tanya Farish pada Rizman.

“Pak Mat,” balas Rizman ringkas. Farish segera melangkah keluar dari bilik menuju ke
pintu pagar. Dia mengambil beg yang berisi pakaiannya dari tangan Pak Cik Selamat.

“Terima kasih Pak Mat,” ucap Farish riang. Pak Cik Selamat memberikan senyumannya
sebagai respon.

“Berapa lama Tuan muda tinggal di sini?” tanya Pak Cik Selamat. Dia tidak mahu
majikannya risau sekiranya mereka bertanyakan tentang Farish.

“Dua hari jer. Hari Ahad saya balik,” jawab Farish. Pak Cik Selamat mengangguk tanda
mengerti.

“Oh, lagi satu…esok Pak Mat datang jemput kami kat sini ya. Kami nak pergi rumah
Mak Cik Zainab,” pinta Farish. Pak Cik Selamat mengangguk sekali lagi. Setelah bersalaman,
Pak Cik Selamat meminta izin untuk pulang. Farish berjalan semula menuju ke tingkat atas
rumah.

Di dalam bilik, Rizman dan Armand sedang tekun menyiapkan kerja sekolah mereka.
Farish masuk diiringi senyum di bibir. Dia meletakkan beg pakaiannya di tempat yang
dikhaskan. Setelah itu, dia kembali meneruskan kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

Jam menunjukkan pukul 4 petang. Armand, Farish dan Rizman baru sahaja selesai
dengan tugas mereka. Buku-buku yang berselerak di susun dan dimasukkan ke dalam beg.

“Korang lapar tak?’ tanya Rizman. Armand dan Farish mengangguk laju.

“Nanti aku siapkan minum petang. Korang lepak ar dulu,” kata Rizman. Dia melangkah
menuju ke dapur. Dibukanya pintu peti sejuk yang terletak bersebelahan kabinet dapur. Nasib
baik ada lagi. Rizman mengeluarkan semangkuk besar puding dari dalam peti sejuk.

54
Dipotongnya puding itu kecil-kecil dan diletakkan di dalam piring. Diletaknya setangkai ceri
merah di atas setiap puding. Setelah berpuas hati, Rizman melangkah ke meja makan sambil
membawa dulang berisi puding yang di potongnya tadi. Dia kembali semula ke dapur untuk
menyediakan teh buat mereka bertiga. Setelah siap, dia memanggil Farish dan Armand untuk
menjamu selera.

“Wah! Puding,” ucap Farish riang. Sememangnya dia sangat gemarkan manisan. Hampir
semua jenis manisan diminatinya. Tidak kiralah sama ada mahal ataupun murah. Daripada kek
sampailah kepada kuih-muih, semuanya dia makan. Malah hampir setiap hari dia meminta
supaya Pak Cik Selamat membelikannya kek coklat.

Armand tersenyum melihat gelagat Farish. Sahabatnya yang seorang ini memang
berperwatakkan seperti budak kecil. Sukakan benda yang comel-comel, yang manis-manis dan
yang kecil-kecil. Mujurlah rupa Farish yang comel itu kena dengan perwatakkannya. Dia masih
ingat lagi sewaktu dia menghadiahkan Farish rantai kunci berbentuk arnab sewaktu hari jadinya.
Bukan main seronok lagi sahabatnya itu. Malah sampai sekarang Farish masih memakai rantai
kunci yang diberikannya itu.

Farish mengambil sedikit puding dengan sudu kecil yang dipegangnya dan disuapkan ke
dalam mulut.

“Sedapnya,” ucap Farish dengan penuh perasaan. Rizman dan Armand ketawa. Geli hati
dengan keletah Farish. Diantara mereka bertiga, Farishlah yang paling banyak menceriakan
suasana. Armand pula, lebih serius tetapi adakala dia juga turut sama berjenaka bersama Farish.
Cuma Rizman sajalah yang kurang bercakap. Mungkin dia lebih selesa menjadi pemerhati
daripada turut sama bergurau senda.

Mereka bertiga menunaikan solat Asar setelah selesai minum petang.

“Sedaplah puding yang kau buat Man. Boleh tak buat lagi?” pinta Farish.

“Boleh, apa salahnya. Nanti aku buat lagi,” setuju Rizman. Farish melompat riang
mendengar persetujuan Rizman. Armand dan Rizman ketawa.

55
Malam itu, setelah selesai menjamu selera mereka berbual-bual di dalam bilik. Rizman
membancuh kopi buat mereka bertiga.

“Pandailah kau masak Man. Tak sia-sia aku datang rumah kau,” puji Armand sambil
tangannya memeluk bantal yang berwarna hijau tua. Farish dan Rizman duduk menghadapnya.

“Biasalah… dah selalu aku masak,” kata Rizman.

“Mak kau tak masak ke?” tanya Farish pula. Rizman tersentak mendengar soalan Farish.
Tiba-tiba air mukanya berubah. Perasaan hiba mula bertandang.

“Mak aku dah lama meninggal,” jawab Rizman jujur. Matanya mula berkaca. Dia sudah
lama tidak menangis dan kalau boleh dia tidak mahu menangis lebih-lebih lagi di hadapan
kawan-kawannya. Farish dan Armand terdiam tanpa kata. Terasa bersalah kerana
membangkitkan hal yang tidak sepatutnya.

“Sorry, aku tak tahu,” Farish menyatakan kekesalannya. Rizman tersenyum kelat. Di seka
airmata yang mula menitik dengan hujung jari. Armand memandang dengan hati yang sayu.

“Takpe, aku pun dah lama tak nangis macam ni. Sorry sebab buat korang serba-salah
pulak,” ucap Rizman lembut. Farish mengambil kotak tisu di atas meja tulis dan memberikannya
pada Rizman yang masih lagi mengalirkan airmata. Armand sekadar memerhati tanpa berani
bersuara. Takut kalau-kalau topiknya nanti akan mengundang hiba pada Rizman. Dia
memandang ke sekeliling bilik tidur. “Kemas dan teratur,” bisik Armand. Tiba-tiba matanya
tertacap pada sebuah buku nota berwarna biru di atas meja tulis. Armand bangun dan merapati
meja tulis yang berada dibelakangnya. Diambil buku nota yang dilihatnya sebentar tadi. Dia
membaca tulisan yang tertera di luar kulit buku itu. ‘Karya Rizman Zulkefly’.

“Kau tulis novel sendiri ke Man?” terpacul soalan dari mulut Armand. Farish dan Rizman
memandang Armand yang sedang berdiri. Sebuah buku berada ditangannya. Rizman
membulatkan matanya.

“Mana kau dapat buku tu?” tanya Rizman separuh menjerit. Dia merampas buku nota
dari tangan Armand. Farish dan Armand terkedu dengan tindakan Rizman. Mereka memandang

56
sahabat mereka itu dengan penuh tanda tanya. Kenapa Rizman marah sangat? Apa yang dia nak
sorokkan?

Rizman tunduk memandang lantai bilik. Dia sedar yang dia tidak boleh berselindung lagi.
Lambat-laun, Farish dan Armand pasti akan tahu juga. Rizman mengangkat kepalanya.
Dipandang wajah Armand dan Farish yang masih lagi kaku menanti jawapan daripadanya.

“A...Aku tak ada ramai kawan,” ucap Rizman gagap. Armand dan Farish memberikan
perhatian mereka pada Rizman. Mereka ingin tahu tentang diri Rizman.

“Aku selalu duduk sorang-sorang, sebab tak ada orang yang nak kawan dengan aku. Jadi,
sebab tulah aku lebih suka habiskan masa dengan membaca. Kadang-kadang, aku tulis cerita aku
sendiri,” sambung Rizman.

“Habis tu, kenapa kau macam marah bila aku tanya pasal buku tu?” tanya Armand sambil
menudingkan jarinya pada buku yang dipegang Rizman.

“Aku bukan marah. Cuma aku rasa segan bila kau tahu pasal buku ni. Aku takut korang
gelakkan aku,” luah Rizman jujur.

“Buat apa kami nak gelakkan kau. Tak ada makna nyer,” ucap Farish.

“Betul tu, buat apa kitorang nak gelakkan kau. Kau patut bangga sebab kau mampu tulis
cerita kau sendiri,” sokong Armand. Rizman tersenyum mendengar komen kedua-dua
sahabatnya itu.

“Berapa banyak novel yang kau dah tulis?” tanya Farish.

“Lima,” jawab Rizman ringkas.

“Banyak tu, kau tak nak hantar kat mana-mana penerbit ke?” soal Farish lagi.

“Tak nak aku. Aku cuma tulis untuk suka-suka jer. Lagipun, aku tak yakin dengan
penulisan aku,” balas Rizman.

“Boleh aku pinjam?” pohon Farish.

“Kau nak baca buku yang aku tulis? Biar betul,” Rizman menyatakan keraguannya.

57
“Betul la,” kata Farish dengan bersungguh.

“Oklah, kalau kau nak sangat. Esok aku bagi semua buku-buku yang aku tulis,” setuju
Rizman.

“Thanks,” balas Farish.

Malam semakin larut. Kepekatan hitam semakin menebal diluar rumah. Tiada bulan dan
bintang yang menerangi. Yang ada hanyalah desiran angin yang sesekali berpuput lembut
menyapa pipi. Armand, Farish dan Rizman masih lagi berbual. Banyak topik yang dibualkan
mereka. Dari perihal keluarga Rizman, hinggalah tentang rumah barunya itu.

“Man, tuan rumah kau ni tak ada anak perempuan ke?” Armand bertanya.

“Kenapa, kau minat ke kalau ada?” Rizman bertanya semula.

“Takdelah, aku saja jer tanya,” balas Armand sambil tersengih.

“Ada…tapi dia tu sombong la,” ucap Rizman. Imbauan peristiwa yang berlaku pada
petang lalu mengamit memorinya. Masih jelas terbayang bagaimana dinginnya layanan yang
diberikan Natasha malah, setiap cacian yang dilemparkan padanya masih terngiang-ngiang
hingga ke hari ini. Puas dia bertanya pada diri, apa kesalahan yang telah dilakukannya sehingga
dia dilayan sebegitu rupa.

“Kenapa kau cakap macam tu?” Farish pula bertanya.

“Entahlah, aku sendiri pun tak faham. Budak perempuan tu macam tak suka jer aku
pindah sini,” cerita Rizman.

“Sangkaan kau jer kot,” duga Armand.

“Entah, malaslah aku nak pikir pasal benda ni. Kita cakap pasal benda lain jer la,” cadang
Rizman. Dia tidak mahu mengusutkan otaknya dengan masalah yang remeh sebegini. Banyak
lagi benda yang aku boleh fikir.

Mereka bertiga berbual sehingga masing-masing terlelap.

58
13
Pagi itu, Pak Cik Selamat menjemput mereka bertiga di rumah Rizman. Seperti yang
telah dijanjikan pada malam sebelumnya, Rizman memberikan buku-buku nota yang
mengandungi tulisan tangannya.

“Nah, ni buku-buku yang kau mintak semalam,” kata Rizman sambil menyerahkan
sebuah beg kertas yang penuh berisi dengan buku nota saiz B3.

“Terima kasih,” ucap Farish riang. Dia menyambut beg kertas yang dihulur Rizman.

“Jangan hilangkan pulak buku-buku tu,” pesan Rizman pada Farish.

59
“Jangan risau, aku akan jaga betul-betul buku kau ni,” Farish memberikan jaminannya.
Rizman tersenyum mendengar.

“Hoi, cepat la. Nak pergi ke tak nak,” jerit Armand dari dalam kereta. Rizman dan Farish
menoleh memandangnya.

“Nak pergilah ni,” kata Rizman sambil mengunci pintu rumah. Farish pula sedang
berjalan menuruni anak tangga menuju ke arah kereta. Setelah dipastikan yang semuanya
berkunci, Rizman turut membuntuti Farish ke kereta.

Kereta BMW yang dipandu Pak Cik Selamat mula bergerak meninggalkan perkarangan
banglo milik Encik Bahar. Di dalam kereta, Rizman, Farish dan Armand tidak banyak bicara.
Mereka lebih selesa berdiam diri dan mendengar lagu yang diputarkan di radio.

“Pak Mat, kita singgah supermarket dulu ya. Saya nak beli barang sikit,” kata Farish tiba-
tiba. Rizman dan Armand memandangnya. Hairan dengan permintaannya yang tiba-tiba. Pak Cik
Selamat hanya mengangguk tanda faham.

Kereta terus meluncur laju menuju destinasi. Armand, Rizman dan Farish kembali
melayan perasaan masing-masing. Pak Cik Selamat menumpukan sepenuh perhatian pada
pemanduannya. Selang 15 minit, mereka tiba di destinasi.

“Kau nak beli apa kat sini?” tanya Armand ingin tahu. Mereka bertiga berjalan masuk ke
dalam pasar raya.

“Aku nak beli barang-barang dapur sikit untuk mak kau,” balas Farish. Armand
memandang wajah comel Farish. Sungguh mulia hati sahabatnya itu. Sanggup bersusah-payah
membantu keluarganya. Saat ini, hanya kesyukuran yang dapat dipanjatkannya pada Ilahi kerana
diberikan rakan sebaik Farish dan Rizman.

“Terima kasih Ris. Aku tak tahu nak kata apa,” kata Armand. Dadanya sebak menahan
air mata kegembiraan. Rizman yang melihat di tepi tersenyum tanpa bersuara. Begitu mulia
sekali persahabatan yang terjalin di antara dua insan dihadapannya ini. Semoga persahabatan
mereka diberkati Tuhan sekelian alam. Amin.

60
“Jangan cakap macam tu Am. Aku bangga dapat bantu kau. Sekurang-kurangnya aku
dapat tengok family kau senang,” ucap Farish jujur. Rizman menepuk bahu kedua sahabatnya.

“Jom kita cari barang,” kata Rizman riang. Dia cuba membunuh rasa sebak yang bertamu
di hati Armand ketika ini. Armand dan Farish senyum memandangnya sambil mengangguk.

Mereka bertiga berjalan sekitar pasar raya mencari barang-barang dapur buat keluarga
Armand. Rizman turut menyumbang dengan membeli beberapa helai baju buat adik-adik
Armand. Setelah selesai membeli-belah, mereka meneruskan perjalanan ke rumah ibu Armand.

Salam diberi sebaik sahaja kaki melangkah ke perkarangan rumah. Rizman dan Farish
membantu Pak Cik Selamat mengeluarkan barang-barang yang baru dibeli sebentar tadi dari
belakang kereta. Armand mengukir senyuman apabila mendengar salamnya disambut dari dalam
rumah. Kelihatan Puan Zainab meluru keluar dari perut rumah. Dia tersenyum memandang
Armand yang berdiri dihadapannya. Wajah anak lelakinya itu dicium dengan penuh kasih
sayang. Seketika kemudian, adik-adik Armand yang seramai lima orang turut keluar dari rumah.
Mereka berlari mendapatkan abang kesayangan mereka itu. Dipeluknya tubuh sasa Armand bagi
menghilangkan rindu. Armand membalas pelukan adik-adiknya. Rizman, Farish dan Pak Cik
Selamat tersenyum melihat.

“Ni ada sikit buah tangan dari kami mak cik,” ucap Farish sambil menghulurkan
sekampit beras pada Puan Zainab.

“La…buat susah-susah aje,” kata Puan Zainab. Diambilnya kampit beras yang dihulurkan
Farish.

“Takde susahnya mak cik,” balas Farish. Rizman dan Pak Cik Selamat yang berada
dibelakang meletakkan barang-barang dapur lain disebelah Puan Zainab. Puan Zainab
memandang barang-barang dapur yang dihadiahkan Farish padanya. Macam-macam barang yang
ada. Beras, gula, kopi, minyak, telur, susu dan banyak lagi. “Banyak sungguh duit budak ni,”
bisik hati Puan Zainab.

Adik-adik Armand pula sibuk mencuba baju yang dibeli Rizman. Keseronokkan jelas
terpancar di wajah mereka. Puan Zainab tumpang gembira apabila melihat anak-anaknya riang.

61
“Makan tengah hari kat sini lah ya,” ujar Puan Zainab. Armand, Farish dan Rizman
mengangguk tanda setuju. Puan Zainab segera berjalan menuju ke dapur rumah. Dia ingin
menyediakan makan tengah hari buat tetamunya.

“Biar saya tolong mak cik,” Rizman mempelawa dirinya untuk membantu. Puan Zainab
senyum tanda berbesar hati dengan bantuan yang dihulurkan. Sementara itu, Armand yang
berada di ruang tamu sibuk melayan adik-adiknya sambil dibantu oleh Farish. Pak Cik Selamat
pula membaca akhbar yang dibeli pagi tadi.

Selesai sahaja makan tengah hari, mereka bertiga menunaikan solat Zohor secara
berjemaah. Pak Cik Selamat, Puan Zainab dan anak-anaknya juga sama-sama turut serta
melakukan rukun Islam yang kedua itu.

“Kamu bawaklah kawan-kawan kamu berehat kat depan tu. Ajak sekali Pak Mat dengan
adik-adik. Mak nak ke dapur kejap, buat minum petang,” kata Puan Zainab pada Armand sebaik
sahaja selesai menunaikan solat Zohor. Armand akur dengan arahan ibunya. Lantas dia mengajak
Pak Cik Selamat, Rizman, Farish dan adik-adiknya untuk berehat di pangking yang terletak di
luar rumah.

“Aku tak tahu nak cakap apa lagi kat korang berdua. Terima kasih banyak-banyak sebab
korang dah tolong aku,” ujar Armand. Punggungnya dilabuhkan di atas bangku yang tersedia.

“Ini saja yang mampu kami buat Am,” kata Rizman tenang. Farish di sisi mengangguk
tanda setuju. Armand senyum mendengar kata-kata Rizman.

Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sesekali membawa bersama daun-daun kering
yang berguguran. Adik-adik Armand kelihatan riang berlari di halaman rumah sementara Pak
Cik Selamat sibuk mengelap cermin kereta.

“Mari makan,” kata Puan Zainab yang menghampiri bersama dulang di tangan. Dia
menyediakan jemput-jemput sebagai juadah ringan pada hari itu. Mereka semua menjamu selera
sambil menikmati suasana petang di luar rumah.

Rizman, Farish dan Armand meminta izin untuk pulang sebaik sahaja selesai menunaikan
solat Asar. Mereka bersalaman dengan Puan Zainab sebelum mendapatkan Pak Cik Selamat

62
sudah lama menanti di dalam kereta. Lambaian perpisahan diberikan sebaik sahaja kereta
bergerak meninggalkan halaman rumah.

**********

“Kau sempat tak ambik gambar tadi?” tanya Kamal pada rakannya, Abu.

“Sempat, banyak yang aku ambik tadi. Tentu bos suka punya,” balas Abu sambil
tersengih.

“Bagus,” kata Kamal ringkas.

“Eh, kau rasa kenapa bos suruh kita intip budak tu?” soal Abu pula.

“Manalah aku tahu. Jangan-jangan bos nak kidnap budak ni tak,” duga Kamal. Dia
sendiri tidak tahu akan jawapan yang sebenar. Yang dia tahu, dia diarahkan untuk mengintip
latar belakang lelaki yang bernama Armand.

“Mengarutlah kau. Buat apa bos nak kidnap budak ni. Kau tak tengok ke tadi, dah lah
miskin apa la yang ada sangat pada budak tu. Aku rasa mesti ada sebab lain,” protes Adam.

“Ah, tu semua tak penting. Yang penting sekarang ni, kita mesti bagitau pasal maklumat
yang kita dapat kat bos,” kata Kamal. Adam mengangguk tanda setuju dengan cadangan Kamal.

63
14
Natasha membelek buat sekian kalinya pada surat biru cair yang digenggamnya. Berkerut
dahinya sewaktu meneliti setiap perkataan yang tertulis di atas kertas itu. Sungguh dia sendiri
tidak menyangka yang surat luahan hatinya akan dibalas oleh seseorang. Malah, dia sendiri
sudah lupa akan surat yang ditulisnya itu. Setelah Raihana mengingatkannya tentang novel yang
dicari sewaktu di perpustakaan dahulu, barulah dia teringat akan surat itu. Dia kemudiannya
segera ke perpustakaan sekolah untuk mencari novel di mana dia menyimpan surat luahan
hatinya. Mujurlah dia terjumpa akan novel yang dicari. Urusan peminjaman segera dilakukan
kerana waktu sekolah sudah pun tamat.

64
Setibanya di rumah, Natasha segera mencari kertas yang ditulisnya. Namun, alangkah
terperanjatnya dia apabila melihat ada surat lain yang terselit bersama-sama surat luahan hatinya.
Surat yang bertulis tangan itu dibacanya.

Buat gadis yang binggung,

Maafkan saya sekiranya kedatangan surat ini mengundang rasa tidak selesa buat diri
saudari. Namun, hati ini terpanggil untuk menolong setelah membaca isi hati saudari yang
tercoret di atas sekeping kertas kuning.

Saudari,

‘Apa’ dan ‘kata’ adalah dua perkataan yang berbeza. Satu merujuk pada persoalan dan
satu lagi merujuk pada perbuatan. Tetapi, jika digabungkan kedua-dua perkataan ini, maka
terhasillah satu perkataan yang mampu memberi harapan buat mereka yang ingin berfikir.

Ya, ‘Apa kata’ merupakan perkataan yang mampu meruntuhkan sebuah empayar malah
seluruh dunia boleh berubah dengan perkataan ini. Cuba saudari fikirkan, jika sebelum ini
saudari dikuasai oleh perasaan benci dan marah, ‘apa kata’ kalau saudari buangkan saja sifat
negatif itu. Mungkin dengan melakukannya, hati saudari akan tenang dan segala permasalahan
akan selesai. Jadi, ‘apa kata’ saudari memberi sedikit ruang dalam hati saudari untuk
memulakan persahabatan dengan insan yang sebelum ini dianggap musuh kerana mungkin apa
yang kita lihat itu, bukanlah sifat sebenarnya.

Sekian saja dari saya,

Guardian Angel

Natasha melipat semula surat biru cair yang dibacanya tadi. Pelbagai persoalan bermain
dimindanya. Siapa yang membalas surat luahan hatinya? Kenapa dia ingin membantu? Jujurkah
dia? Kenalkah dia pada Guardian Angel itu? Semuanya bercampur-baur sehingga menyesakkan
akal. “Perlukah aku bertanya?” bisik Natasha.

Tanpa disuruh, Natasha bingkas menuju meja tulis. Dicapainya pen dan kertas. Perkataan
diatur bagi membentuk ayat yang diingini. Sesekali tarian pen terhenti kerana ketandusan idea

65
dan kembali menari setelah ilham muncul semula. Natasha membaca sekali lagi surat yang
ditulisnya.

Kehadapan Guardian Angel,

Terima kasih saya ucapkan di atas nasihat yang diberikan. Sungguh berguna dan
terkesan di hati ini. Maafkan saya sekiranya bertanya, siapakah Guardian Angel yang baik budi
ini? Bolehkah saya tahu jantinanya? Jika tidak keterlaluan, bolehkah saya menghulurkan salam
perkenalan sebagai tanda penghargaan di atas tunjuk ajar yang diberikan. Semoga permintaan
saya ini dikabulkan.

Gadis yang binggung.

Natasha melipat kertas kuning yang ditulisnya dan diselitkan di dalam novel yang
bertajuk ‘Ayat-ayat Cinta’. Dia tersenyum sendirian. Esok, aku akan pulangkan semula buku ini.
Ketika Natasha sedang asyik melayan perasaan, kedengaran ketukan di pintu bilik. Natasha
segera berlari ke arah pintu bilik. Selak dibuka dan tombol dipulas.

“Ada apa mak?” soal Natasha apabila melihat ibunya yang sedang berdiri di muka pintu.

“Cepat keluar, ada tetamu datang,” kata Puan Ainon lembut.

“Siapa mak?” tanya Natasha ingin tahu.

“Kak Mai,” jawab Puan Ainon.

“Kak Mai,” Natasha mengulangi kata-kata ibunya. Dia segera keluar dari kamar dan
menapak ke ruang tamu. Di ruang tamu, Maisarah sedang duduk berbual-bual bersama Encik
Bahar.

“Bila Kak Mai sampai?” tanya Natasha sebaik sahaja tiba di ruang tamu. Maisarah yang
tadinya sedang asyik berbual memandang Natasha yang kini sudah duduk di sisinya. Encik
Bahar tersenyum memandang anak tunggalnya.

“Baru jer lagi,” balas Maisarah lembut. Natasha memandang gadis disebelahnya itu.
Wajah ayu Maisarah sungguh menawan bagi sesiapa yang melihat. Dia cemburu dengan keayuan
itu. Kalau boleh dia ingin merasa seperti mana yang dirasai oleh Maisarah setiap kali berjalan di

66
khalayak ramai. Menjadi bahan tontonan ramai. Sesiapa saja akan menoleh padanya. Mereka
akur dengan kecantikan yang terserlah pada wajah Maisarah. Malah, bukan sahaja cantik tetapi
Maisarah juga seorang yang bijak dan lemah-lembut, jauh sekali berbeza dengan dirinya yang
kasar dan lasak. Ah, aku kecik lagi. Nanti bila dah besar, tentu aku berubah.

“Papa dan mama sihat?” soal Puan Ainon yang datang dari dapur. Ditangannya, terdapat
dulang berisi air teh dan kuih. Natasha membantu ibunya menghidangkan juadah ringan buat
tetamu.

“Alhamdulilah sihat. Diorang kirim salam mak,” balas Maisarah pada ibu angkatnya.
Puan Ainon tersenyum mendengar.

“Baguslah kalau macam tu,” Puan Ainon meluahkan rasa kesyukuran.

Encik Bahar meminta izin untuk keluar kerana ada hal yang hendak diuruskan di pejabat
katanya. Setelah bersalaman dengan Maisarah dan keluarganya, dia berjalan keluar menuju ke
kereta yang sedia menanti di hadapan rumah.

Maisarah berbual-bual dengan Puan Ainon dan Natasha sambil menikmati juadah yang
disediakan buatnya. Banyak perkara yang dibualkan mereka, soal keluarga, isu semasa, rakan-
rakan dan banyak lagi.

“Kak Mai, nanti datang la sekolah Tasha. Ada hari sukan hujung minggu ni,” kata
Natasha riang.

“Hari apa?” soal Maisarah.

“Hari Sabtu. Datang la, sebab mak dengan ayah pun datang,” pohon Natasha.

“InsyaAllah, nanti akak datang. Tasha ada masuk apa-apa acara ke?” ucap Maisarah.

“Ada. Tasha masuk larian short distance. Nanti bolehlah Kak Mai tengok Tasha lari,”
balas Natasha. Maisarah tersenyum.

Mereka bertiga berbual sehingga waktu berganjak petang. Maisarah meminta izin untuk
pulang kerana banyak perkara yang perlu dilakukannya selepas ini. Setelah mengucapkan salam,
dia terus berangkat meninggalkan rumah keluarga angkatnya itu.

67
**********

Di dalam kereta, Maisarah tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian pada


pemanduan. Kepalanya sesak dengan kenangan sewaktu kecil. Terngiang-ngiang dibenaknya
akan peristiwa di mana dia pertama kali berjumpa dengan Encik Bahar sekeluarga. Umurnya
baru mencecah 13 tahun pada waktu itu. Atas desakan kerja, keluarganya terpaksa meninggalkan
Maisarah di bawah jagaan Encik Bahar. Mujurlah Maisarah akur dengan keputusan yang dibuat.
Encik Bahar dan bapa Maisarah berkawan rapat sejak dari bangku sekolah lagi. Jadi, tidak
hairanlah jika bapa Maisarah memberi sepenuh kepercayaan pada Encik Bahar untuk menjaga
anaknya.

Maisarah pula seorang yang dengar kata sejak dari kecil. Dia jarang mendatangkan
masalah pada Encik Bahar sekeluarga. Malah, dialah yang selalu menolong Puan Ainon
melakukan kerja-kerja di rumah. Encik Bahar dan Puan Ainon senang menjaganya. Tidak
banyak ragam dan mendengar kata. Maisarah tinggal bersama keluarga Encik Bahar selama 4
tahun. Setelah tamat SPM, dia diajak tinggal bersama keluarganya sendiri di Australia. Bapanya
ingin dia sambung belajar di Perth. Dia setuju, dengan syarat dia dibernarkan pulang ke Malaysia
bila-bila masa sahaja yang di mahu. Bapanya akur. Dia tahu yang Maisarah tidak akan berganjak
daripada keputusannya. Jadi, terpaksalah diikutkan sahaja kehendak puterinya itu. Maisarah
belajar di Perth selama 2 tahun. Dia kemudian meminta izin dari bapanya untuk sambung belajar
di Malaysia. Katanya, dia sudah terbiasa dengan sistem pendidikan di sana. Bapanya sekali lagi
menurut. Akhirnya dia dapat mendaftarkan diri sebagai siswazah di UKM dalam bidang
perubatan. Peluang yang diberikan bapanya ini digunakan sebaik mungkin untuk menziarahi
keluarga Encik Bahar yang sudah lama dirindui.

68
15
Angin Mac bertiup membawa bersama khabar gembira buat pelajar-pelajar Lagenda
Permai. Suasana ceria dan penuh dengan warna-warni menghiasi sekitar sekolah. Pelbagai acara
diadakan sempena kejohanan sukan tahunan pada kali itu. Armand, Rizman dan Farish turut
tidak terkecuali mengambil bahagian dalam acara yang penuh dengan gilang-gemilang itu.

“Kau dah sedia ke?” tanya Rizman pada Farish. Wajahnya yang manis itu direnung
Farish.

69
“Aku cuak la. Ni first time aku masuk acara ni,” luah Farish. Airmukanya jelas
menunjukkan rasa gementar yang bersarang di dada.

“Ala, rileks ar. Aku dengan Am kan ada. Aku pun first time jugak,” Rizman cuba
meyakinkan Farish.

“Tapi kau dah selalu masuk acara ni. Siap wakil sekolah lagi. Am tu lagi la. Sampai
wakil negeri,” betah Farish. Rizman senyum melihat omelan Farish. Macam-macam.

“Ala, jangan risaulah. Kau boleh buat punya,” sokong Rizman. Dia menepuk bahu
rakannya itu. Armand yang baru sahaja selesai melaporkan diri di khemah urusetia datang
menghampiri mereka. Farish dan Rizman menyambut kedatangan sahabat mereka itu dengan
senyuman.

“Macam mana?” tanya Rizman.

“Aku dah bagitau kat urusetia yang Wan tak boleh masuk sebab dia cedera. Jadi, aku dah
mintak diorang gantikan Wan dengan Ris. Jadi, untuk acara 4×100m ni, aku, Man, Ris dan Irfan
akan masuk. Simpanan aku letak nama Wan,” terang Armand panjang lebar. Rizman dan Farish
sekadar mengangguk tanda faham.

“Kau macam mana Ris? Ok?” soal Armand apabila melihat muka pucat Farish.

“Aku takut la. Bukannya aku pernah masuk acara ni pun,” Farish meluahkan rasa
gementarnya.

“Come on la, dah tak ada orang lain lagi yang boleh lari dalam rumah kita. Tinggal kau
jer. Lagipun, kau lari laju apa. Bukannya tak laju,” Armand cuba meniupkan kata-kata semangat
buat Farish. Rizman turut membantu.

“Ye lah, aku cuba. Tapi korang jangan salahkan aku pulak kalau kita kalah,” kata Farish.

“Belum lawan lagi, dah pikir kalah. Macam mana nak menang,” nasihat Rizman.

“Korang boleh lari, senang ar cakap. Aku ni yang lembab,” bentak Farish. Sememangnya
dia tidak mahir bersukan. Sukan bukanlah kepakarannya. Dia hanya bersukan sekadar untuk
menjaga kesihatan fizikalnya sahaja. Untuk bertanding, jauh sekali. Rasa gementar tidak padam-

70
padam dari tangkai hatinya sejak dia diberitahu yang dia terpaksa menjadi bidan terjun
menggantikan Hazwan yang cedera kakinya. “Dalam banyak-banyak orang kat dalam rumah ni,
kenapalah aku jugak yang dipilih,” luah Farish dalam hati.

“Kau cuba jer mana yang kau mampu, yang lain biar aku dengan Man yang uruskan,”
Armand memberikan jaminannya. Dia tahu yang Farish tidak yakin dengan keupayaannya. Jadi,
terpaksalah dia berkata begitu. Farish tidak memberi respon pada kata-kata Armand kerana
pengumuman tentang acara yang bakal berlangsung sebentar nanti memintas keinginannya untuk
bersuara.

“Hah, giliran kita pulak lepas ni. Jom kumpul kat khemah urusetia,” ajak Armand.
Rizman dan Farish mengikutnya dari belakang.

“Mana Irfan?” tanya Rizman apabila mendapati mereka kekurangan seorang lagi peserta.

“Dia dah tunggu kat bawah khemah tu,” kata Armand sambil memuncungkan mulut ke
arah khemah urusetia.

Selesai sahaja pengumuman dibuat, semua peserta bagi acara 4×100m mengambil tempat
di dalam padang. Bagi rumah sukan yang berwarna merah, iaitu Satria, mereka diwakili oleh
Armand, Farish, Rizman dan Irfan. Irfan yang merupakan pelari sekolah mengambil tempat
sebagai pelari pertama diikuti oleh Farish, Rizman dan akhir sekali Armand sebagai pelari
terakhir. Sorakan dari penyokong di tepi padang menambahkan lagi rasa gerun yang ada di
dalam diri mereka. Terasa seperti memikul satu tanggungjawab yang berat rasanya.

Wisel dibunyikan sebgai tanda persediaan. Cikgu Nordin menutup telinga sebelum
menekan picu pistol yang berpelurukan kapur ditangannya. Satu letupan kuat kedengaran setelah
picu ditekan. Semua peserta berlari sekuat hati meninggalkan petak permulaan. Irfan yang berada
di lorong tengah berjaya memintas semua peserta dari rumah lain. Dia menyerahkan baton pada
Farish yang sedia menantinya di petak mula. Farish tidak melepaskan kelebihan yang ada
padanya. Dia berlari sekuat hati tanpa menoleh kebelakang dan menyerahkan tugasnya pada
Rizman yang sudah lama bersedia. Rizman yang masih lagi mendahului meneruskan rentak
cemerlang yang dilakukan Irfan dan Farish sebelum ini. Dia berlari sekuat hati menuju ke arah
Armand yang merupakan tunggak kumpulannya. Baton bertukar tangan. Kini, Armand memikul

71
amanah yang diserahkan. Dia berlari sedaya yang mampu sehingga jauh meninggalkan peserta
lain. Langkah diatur dengan pantas dan akhirnya, dia tiba di garisan penamat.

Semua yang melihat memberi sorakan yang gemuruh pada Armand. Irfan, Rizman dan
Farish berlari mendapatkan Armand di garisan penamat. Mereka berpelukan antara satu sama
lain. Kejayaan yang baru diperoleh diraikan.

“Kan aku dah cakap, kau boleh buat punya,” kata Armand dengan nafas yang masih
tercungap. Rizman dan Irfan menepuk bahu Farish. Farish tersenyum.

“Tahniah,” kata Cikgu Fatimah yang juga merupakan ketua bagi rumah mereka. Rizman,
Armand, Farish dan Irfan tersenyum mendengar pujian yang dilontarkan.

Rizman dan Farish pulang ke khemah yang menempatkan ahli rumah Satria yang lain
sementara Armand pergi melaporkan diri bagi acara seterusnya. Hampir semua acara balapan
digenggam Armand. Malah dia juga turut beraksi cemerlang dalam acara lompat jauh, lompat
kijang dan lompat tinggi. Memang terserlah bakat semula jadinya itu pada hari ini. Sorakkan dari
pelajar-pelajar perempuan juga tidak pernah lekang dari menemaninya sepanjang langsungnya
hari kejohanan.

“Ris, aku nak pergi kantin ni. Kau nak ikut?” tanya Rizman pada Farish. Farish yang
masih lagi kepenatan memandang wajah Rizman.

“Takpelah, aku penat lagi ni. Nanti aku pergi sendiri,” balas Farish. Nafasnya masih lagi
turun naik. Rizman melangkah pergi meninggalkan Farish yang sedang berehat di bawah
khemah. Dia melewati khemah urusetia sewaktu dalam perjalanan ke kantin. Tiba-tiba, matanya
tertacap pada sekujur tubuh yang sedang berdiri di bawah khemah yang dilewatinya. Natasha!
Tak mungkin. Dia pun sekolah kat sini. Kenapa dia tak pernah beritahu aku?

Rizman memberanikan diri menghampiri Natasha yang masih tidak perasankannya.


Rizman memberi salam sebaik sahaja dia berdiri betul-betul dibelakang Natasha. Natasha
menoleh apabila mendengar salam yang diberi. Mulutnya yang baru saja selesai menjawab salam
tiba-tiba terkunci rapat. Terasa seperti ada benda yang tercekik di dalam tekak. “Rizman! Macam
mana dia boleh nampak aku,” hati Natasha berbisik.

72
“Awak masuk acara apa?” tanya Rizman mesra. Natasha masih lagi kaget. Mulutnya
berat untuk berkata-kata.

“Tak sangka ya, awak pun sekolah sini. Kenapa tak bagitau, kalau tak boleh kita pergi
sekolah sama-sama,” Rizman berkata-kata lagi. Natasha tetap dengan reaksinya. Kelu untuk
bersuara. Pun begitu, matanya masih sempat memandang wajah manis Rizman. Boleh tahan
jugak dia ni.

“Hurm, takpelah. Saya nak pergi kantin ni. Good luck ya,” Rizman meminta diri setelah
dirasakan yang Natasha masih tidak mahu berbual dengannya. Marah lagi ke dia kat aku.

Kejohanan ditangguhkan buat sementara waktu bagi memberi laluan pada guru dan
murid-murid untuk menunaikan solat Zohor.

“Mana Man ni. Tadi kata pergi kantin. Ni dah dua kali aku tawaf kantin, tapi tak jumpa-
jumpa jugak batang hidung dia,” ngomel Farish sendirian. Matanya melilau mencari kelibat
Rizman di sekitar kantin. Pelajar-pelajar perempuan yang duduk makan di situ mencuri pandang
padanya. Farish tidak ambil pusing. Dia sibuk dengan tugasnya.

Sedang Farish sibuk mencari bayang Rizman, matanya melekat pada sepotong tubuh
yang sedang duduk membelakanginya. Farish memberanikan diri melangkah menuju ke tempat
di mana seorang gadis sedang duduk sambil menjamu selera. Dia ingin bertanya pada gadis itu
sekiranya ada melihat kelibat Rizman di kantin.

“Assalamualaikum, boleh tumpang tanya?” soal Farish pada gadis yang berada
dihadapannya. Gadis itu menoleh seraya menjawab salam yang diberi. Farish tersenyum
memandang gadis itu. Gadis yang berkaca mata hitam itu membatu apabila melihat wajah comel
Farish. Persis sedang melihat hantu. Farish hairan dengan reaksi yang diterimanya.

“Boleh tumpang tanya?” soal Farish sekali lagi. Gadis dihadapannya mengangguk
perlahan sebagai tanda setuju.

“Ada nampak kawan saya tak, lalu kat sini,” tambah Farish. Dia turut menceritakan ciri-
ciri yang ada pada Rizman. Gadis kaca mata menggeleng tanda tidak tahu.

73
“Terima kasih,” ucap Farish lalu beredar dari situ. Dia meneruskan langkah ke surau
untuk mencari Rizman. Jangan-jangan dia ada kat situ.

Kepala paip yang sedang memuntahkan air jernih ditadah Rizman. Air disapukan ke
muka. Terasa segar semula. Tangan, kepala, telinga dan kaki dibasuh mengikut tertib. Setelah
selesai, dia berdoa dengan penuh khusyuk. Langkah di atur menaiki tangga batu. Sampai sahaja
dihujung anak tangga, Rizman berjalan ke dalam perut masjid. Dia menyertai jemaah yang
sedang khusyuk bersolat dibahagian hadapan surau. Takbir diangkat dan kalimah ‘Allahuakbar’
dilaungkan. Rukun solat dilakukan dengan tertib sepanjang menunaikan fardhu Zohor itu. Salam
diberi sebagai tanda selesainya ibadah. Zikir dibaca dan doa dipanjatkan. Setelah selesai, para
jemaah bersalaman antara satu dengan yang lain.

Rizman menuruni anak tangga dengan berhati-hati kerana permukaannya licin. Dia
mengambil kasut sukannya yang diletakkan di bahagian tepi tangga. Sarung kaki dikenakan pada
kaki dengan cermat.

“Hah, jumpa pun. Sini rupanya kau,” sergah Farish yang baru muncul. Rizman
mengangkat mukanya memandang Farish.

“Kau cari aku ke?” tanya Rizman.

“Ye la, puas aku cari kat kantin tu. Last-last kat sini aku jumpa,” ujar Farish. Matanya
dikecilkan sedikit kerana tidak tahan dengan pancaran matahari yang terik.

“Kenapa kau cari aku?” soal Rizman ingin tahu. Tangannya sibuk mengikat tali kasut
yang dipakainya.

“Aku lapar la, jom makan,” ajak Farish sambil memegang perut.

“Kau dah sembahyang?” tanya Rizman. Kali ini, dia berdiri sambil membetulkan
seluarnya.

“Belum,” jawab Farish pendek.

“Pergi sembahyang dulu. Aku tunggu kau kat sini,” arah Rizman.

74
“Ok, kau tunggu tau,” ucap Farish riang. Dia menanggalkan kasut sukannya dan meluru
ke tempat wuduk. Setelah selesai, dia melangkah masuk ke surau bagi menunaikan solat fardhu
Zohor. Selang beberapa ketika, Farish muncul semula. Dia mendapatkan Rizman yang sedang
menunggunya di tangga surau. Setelah mengenakan kasut, mereka berdua bergerak ke kantin
sekolah seperti yang dirancang sebelum ini.

Kejohanan sukan sekolah pada tahun itu tamat apabila hari merangkak petang. Juara
rumah sukan diumumkan oleh pengacara dalam acara kemuncak iaitu upacara penyampaian
hadiah.

“Juara bagi kejohanan sukan Sekolah Menengah Lagenda Permai pada tahun ini. Jatuh
kepada…,” kedengaran suara lantang pengacara majlis di corong pembesar suara. Semua pelajar
menanti keputusan yang bakal diumumkan dengan penuh debaran.

“Rumah Satria!” laung pengacara majlis. Pelajar-pelajar dari rumah Satria bangun sambil
bersorak kegembiraan. Cikgu Fatimah yang berada di tepi pula tersenyum sambil bertepuk
tangan. Armand, selaku ketua rumah dipanggil untuk naik ke pentas bagi menerima trofi.

Selain daripada juara keseluruhan, rumah Satria turut membolot beberapa lagi anugerah
seperti olahragawan sekolah yang disumbangkan Armand, rumah tercantik dan juga pakaian
beragam. Majlis petang itu diakhiri dengan laungan semangat dari para pelajar dengan diketuai
oleh pengetua sekolah.

“Eh, korang nak pergi mana lepas ni?” tanya Farish pada Rizman dan Armand. Mereka
bertiga sedang berjalan menuju pintu pagar sekolah. Ditangan mereka penuh dengan pingat-
pingat yang dimenangi. Armandlah yang paling banyak sekali. 6 emas, 2 perak dan 1 gangsa.
Sementara Rizman hanya memperoleh 1 emas dan 2 perak. Farish yang tidak menyertai apa-apa
acara selain daripada menjadi bidan terjun bagi 4×100m kelas 2 lelaki sekadar berpuas hati
dengan 1 emas yang dimilikinya.

“Nak pergi mana lagi, baliklah. Aku dah penat ni,” kata Armand.

“Kenapa, kau ada rancangan ke?” duga Rizman. Matanya merenung Farish yang berada
disebelah.

75
“Aku ingat nak bawak korang pergi makan steamboat. Tapi, dah korang kata korang
penat. Cancellah,” ucap Farish. Matanya sempat melirik pada Armand kerana dia tahu yang
Armand jarang menolak pelawaan. Lebih-lebih lagi bab makan, laju sahaja.

“Makan steamboat. Bagus jugak. Kat mana?” ujar Armand.

“Aik, tadi kata penat,” sakat Rizman.

“Hehehe…dah dengar pasal makan ni, aku rasa cergas balik,” balas Armand sambil
tersengih. Rizman dan Farish menggelengkan kepala masing-masing. Macam-macam.

“Dahlah, jom ikut aku sekarang. Pak Mat dah tunggu tu,” ajak Farish. Mulutnya
dimuncungkan pada kereta BMW yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

“Eh, kejap. Aku kena bagitau kat penjaga aku dulu. Nanti dia risau pulak,” kata Armand.

“Aku pun sama. Kena bagitau babah aku dulu,” nyata Rizman.

“Nah, pakai jer handphone aku ni,” kata Farish sambil menghulurkan telefon bimbitnya
pada Armand. Armand mengambil telefon bimbit yang dihulurkan. Panggilan dibuat. Setelah
selesai, diserahkan pula pada Rizman. Giliran Rizman pula yang membuat panggilan. Dia
mematikan talian setelah selesai dengan urusannya. Telefon bimbit kembali diserahkan pada
Farish sambil mengucapkan terima kasih.

“Jom,” ucap Farish riang. Rizman dan Armand mengikutnya dari belakang. Mereka
berjalan menuju ke kereta yang dipandu Pak Mat.

“Nak pergi mana Tuan muda?” soal Pak Cik Selamat pada Farish. Dia tahu yang Farish
masih belum mahu pulang kerana Rizman dan Armand turut berada di dalam kereta.

“Bawak kami ke restoran steamboat yang papa selalu pergi ya Pak Mat,” Farish
memberikan arahan. Pak Cik Selamat akur. Kereta mula bergerak memasuki jalan raya yang
sibuk. Kenderaan berpusu-pusu menghala keluar dari kawasan sekolah.

Pak Cik Selamat memandu dengan berhati-hati sepanjang perjalanan menuju ke restoran
yang diarahkan Farish. Maklumlah, jalan tengah sesak. Farish, Armand dan Rizman pula sudah
terlelap dek kerana terlalu letih. Pak Cik Selamat mengejutkan mereka sebaik sahaja tiba di

76
hadapan restoran. Mereka bertiga menjamu selera di restoran steamboat itu sebelum di hantar
pulang ke rumah masing-masing.

16
Suasana ceria pada pagi Ahad menyenangkan hati Rizman. Dia bangun awal hari ini,
walaupun hujung minggu selalunya digunakan untuk bermalas-malasan. Badannya yang masih
lagi lesu kerana terlalu banyak bergerak pada hari sukan semalam tidak diendahkannya. Usai
mengerjakan solat Subuh, Rizman segera ke bilik air untuk membersihkan diri. Kesegaran mula
terasa apabila tubuh terkena air panas yang dipasang. Hilang seketika lesu yang membalutinya
sebelum ini. Rizman mengenakan kemeja-T putih dan seluar track pada hari itu. Setelah siap, dia
keluar dari bilik menuju ke dapur. Peti sejuk diselongkar. Nak masak apa ya untuk breakfast
hari ni. Hurm…scramble egg pun ok jugak.

77
Rizman mengambil beberapa biji telur dari dalam peti sejuk. Dipecahkannya sebiji demi
sebiji ke dalam mangkuk besar. Telur yang dicampurkan dengan sedikit garam dan majerin itu
dipukul sehingga sebati. Api dinyalakan dan minyak dituang ke dalam kuali. Campuran telur,
garam dan majerin dituang setelah minyak panas. Selang beberapa minit, telur diangkat dari
kuali. Rizman meletakkan mayonis dan sos di atas pinggan yang berisi scramble egg tadi. Roti
bakar yang telah siap disapu majerin diletakkan di dalam pinggan yang sama. Susu segar diisi di
dalam gelas tinggi. Rizman mengangkat gelas yang mengandungi susu dan pinggan yang berisi
telur serta roti ke ruang makan. Sarapan yang ala kadar itu dijamahnya dengan penuh selera.
Begitulah rutin Rizman seharian, dialah yang menyediakan sarapannya sendiri sebelum pergi ke
sekolah. Malah, jika bapanya ada di rumah, dia akan bangun awal untuk menyediakan makan
tengah hari buat bapanya. Dia tidak pernah merungut.

“Awal bangun hari ni,” kedengaran suara Encik Zulkefly yang menyapa dari belakang.
Rizman berpaling memandang bapanya. Senyuman diukir.

“Babah nak breakfast? Man boleh buatkan,” pelawa Rizman. perhatian masih diberikan
pada wajah tenang Encik Zulkefly.

“Tak payah susah-susah. Babah nak keluar kejap lagi, ada appointment dengan
someone,” ujar Encik Zulkefly.

“Untuk manuskrip baru ke?” tanya Rizman. Hidangan di hadapan masih lagi berbaki.

“Yes,” balas Encik Zulkefly sambil menganggukkan kepalanya. Dia berlalu


meninggalkan Rizman di meja makan dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Rizman
hanya memandang kelibat bapanya hilang di balik pintu bilik air.

Rizman masuk semula ke dalam biliknya setelah selesai bersarapan. Dia berhasrat ingin
mengemas bilik tidurnya yang sudah lama dibiarkan berhabuk. Cadar dan sarung bantal yang
berwarna biru cair ditukar dengan yang baru. Lantai disapu dan cermin tingkap dilap bersih.
Buku-buku di atas rak disusun semula supaya lebih teratur. Baju-baju kotor yang berlonggokan
di dalam bakul dibawa ke mesin basuh untuk dicuci. Setelah hampir 2 jam mengemas, Rizman
berehat di atas katil sambil melepaskan lelah. Fuh! Penatnya. Nasib baik semua dah setel.
Tinggal bawah katil jer lagi.

78
Pintu bilik di ketuk. Rizman menghalakan pandangan pada pintu biliknya yang tidak
berkunci. Wajah Encik Zulkefly tersembul keluar dari muka pintu.

“Babah keluar dulu ya,” kata Encik Zulkefly.

“Ok, drive elok-elok,” pesan Rizman. Encik Zulkefly senyum mendengar pesanan
anaknya. Setelah mengucapkan salam, dia melangkah keluar dari rumah menuju kereta Myvi
yang diparkir dibawah.

Rizman kembali menyambung tugasnya yang terbengkalai. Barang-barang yang


disimpannya di bawah katil dikeluarkan semula. Sedang dia mengasingkan barang-barang yang
dikeluarkan sebentar tadi, matanya tertarik pada sebuah kotak kayu kecil yang berwarna perang.
“Kotak apa ni?” soal Rizman dalam hati. Setahunya, dia tidak pernah mempunyai kotak kayu
yang sebegitu rupa dalam simpanan. Diberanikan diri untuk mengambil kotak kayu itu. Dengan
cermat, Rizman membuka kotak yang berada di tangan. Sekeping kertas yang menjadi isi di
dalam kotak menghairankan Rizman. Peta apa ni? Kotak kayu diperiksa untuk mencari jika ada
petunjuk tentang isinya. Namun, tiada apa yang dijumpai melainkan hanya sekeping kertas yang
dilukis peta diatasnya. Kertas itu dimasukkan kembali ke dalam tempatnya. Rizman menyimpan
semula kotak kayu yang dijumpainya di bawah katil.

“Mungkin orang yang menyewa sebelum ini tertinggal kotak kayu ini,” duga Rizman.
Dia tidak mahu memberatkan otaknya dengan memikirkan tentang asal-usul kotak kayu itu. Ah,
biarlah. Kalau benda ni penting sangat, mesti akan ada orang yang datang tuntut.

**********

Proton Wira memasuki perkarangan rumah. Armand melangkah keluar apabila kereta
yang dinaikinya berhenti. Ditangannya terdapat sebuah trofi yang berukuran setengah meter.
Dengan keriangan yang terpancar diwajahnya, Armand mengatur langkah. Dia bergerak
menghala ke arah ibunya yang sedang berdiri di halaman. Di hadapannya berdiri seorang lelaki

79
yang tidak di kenali. Armand memerhati lelaki yang sedang bercakap dengan ibunya itu.
Pakaiannya kemas, berkemeja biru serta bertali leher. Seperti golongan koperat.

“Siapa ni mak?” tanya Armand sebaik sahaja tiba di sebelah ibunya. Puan Zainab yang
sedang leka berbual tersentak mendengar soalan Armand. Dia menoleh memandang Armand
yang sedang menantikan respon daripadanya.

“La..kamu Am. Bila kamu sampai? Mak tak perasan pun,” kata Puan Zainab.

“Baru jer sampai. Ni siapa mak?” Armand kembali bertanya apabila soalannya tadi
dibiarkan tidak berjawab. Perhatian diberikan pada wanita disebelahnya.

“Oh, takde apa-apa lah. Encik ni saja jer datang, nak tanyakan khabar adik-adik kamu.
Kamu masuklah dulu. Adik-adik kamu ada kat dalam tu,” balas Puan Zainab. Nadanya ada
sedikit berbaur curiga. Armand perasan akan perubahan wajah Puan Zainab. Dia mengesyaki
yang ibunya ada menyembunyikan sesuatu daripadanya. Namun, dia tidak berani bertanya
kerana mungkin ibunya sengaja berbuat demikian.

“Am masuk dulu lah mak,” pinta Armand sambil bersalaman dengan lelaki
dihadapannya. Dia meninggalkan Puan Zainab dan lelaki itu di luar sementara dia melangkah
masuk ke dalam rumah mencari adik-adiknya.

Selang beberapa minit, Puan Zainab masuk ke dalam rumah.

“Kamu nak minum apa? Biar Mak buatkan,” tanya Puan Zainab.

“Tak payahlah mak. Am dah makan tadi sebelum datang sini,” tolak Armand lembut.

Puan Zainab berjalan menuju ke dapur sementara Armand melayan adik-adiknya. Mereka
seronok melihat trofi yang dibawa Armand.

80
17
Farish mengerutkan dahi apabila membaca baris-baris ayat yang terdapat pada surat yang
diterimanya.

Hati ini selalu merintih setiap kali mengenangkan peristiwa lalu, tiada kata-kata maaf
yang mampu dilafaz bagi membasuh segala dosa yang telah dilakukan. Kesayuan kian terasa
setiap kali memori lama menjelma. Malah semakin kuat rasa sayu itu bila melihat wajahmu
yang berubah rupa. Maafkan aku kerana telah menyiksamu sehingga begini.

Surat dilipat dan dimasukkan semula ke dalam sampul. Dibuka laci meja sisi yang berada
di sebelah kanannya. Surat yang baru dibaca dimasukkan ke dalam laci yang mengandungi dua
lagi surat misteri yang diterima sebelum ini. Masuk ni, dah 3 pucuk surat aku dapat. Tapi surat

81
yang ketiga ni taklah puitis sangat macam yang sebelum ni. Pelik, siapa yang hantar? Macam
mana dia tahu yang aku tukar rupa?

Farish garu kepala. Persoalan yang selama ini dibiarkan sepi kembali bertandang di ruang
minda. Sesak sehingga melemaskan benaknya. Siapa lagi yang tahu aku tukar rupa? Takkan
Pak Mat yang hantar surat tu. Mustahil! Siapa ya? Jawapan masih lagi dicari. Puas dikerahkan
otaknya supaya berfikir namun, tiada pembayang yang diperoleh. Tiba-tiba Farish membeliakkan
matanya. Seperti sudah mendapat jawapan yang dicari. “Maisarah!” jerit Farish dalam hati.
Buat seketika, Farish menggelengkan kepalanya. Mustahil dia yang hantar surat-surat tu sebab
dah lama dia menghilang. Ah, di mana kau sekarang Sara. Aku rindu padamu.

Angin malam bertiup lembut seperti hari-hari yang lalu. Jendela yang sengaja dibiarkan
terbuka berayun mengikut hembusan bayu malam. Farish yang sedang bermenung di atas katil
mula dipagut rasa rindu. Dia rindukan teman yang suatu ketika dahulu sering membuatkan dia
ketawa dan tidak lena tidur. Maisarah, gadis cantik yang lebih tua 5 tahun darinya itu merupakan
teman akrab sewaktu kecil. Keakraban yang terjalin antara mereka sangat kukuh sehingga dia
sendiri pernah menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Namun, semuanya hanya tinggal
kenangan sahaja apabila Maisarah pergi tanpa pesan. Gara-gara kemalangan yang menimpa,
Farish terpaksa tinggal selama berbulan-bulan di hospital. Dan sepanjang keberadaannya di sana,
tidak sekali pun Maisarah datang menjengah apatah lagi memberikannya buah tangan. Dia
kecewa dengan sikap Maisarah itu, hatinya hancur berkeping-keping. Sampai hati Maisarah
buatnya begitu. Setelah sekian lama ditahan di wad, Farish akhirnya dibenarkan pulang. Dia
gembira mendengar perkhabaran itu kerana dia tahu yang dia boleh berjumpa dengan Maisarah
apabila pulang nanti. Malangnya, dia sekali lagi kecewa. Maisarah tidak ditemui. Kata papanya,
Maisarah telah berpindah ke tempat baru. Dia sedih, satu-satunya teman yang dia ada telah pergi
meninggalkannya. Berhari-hari dia mengurungkan diri di dalam bilik. Puas Suriyanti dan Pak
Cik Selamat memujuknya, barulah dia kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Tetapi, ruang
kosong yang ditinggalkan Maisarah di hatinya masih lagi belum terisi sehingga kini.

Farish bangun dari katilnya menuju meja tulis. Bingkai gambar seorang budak lelaki
yang sedang bermain biola ditatapnya. Mata dipejam. Memori pahit sekitar 7 tahun yang lalu
kembali bertandang.

82
“Alhamdulilah, syukurlah Is dah sedar,” ucap Puan Sri Emelda sebaik sahaja melihat
Farish sudah mula membuka mata. Doktor yang merawat anaknya segera dipanggil.

“Semuanya normal. Cuma, saya nasihatkan supaya jangan benarkan orang lain
melawatnya buat masa ini kerana emosinya masih belum stabil lagi,” nasihat Doktor Lim selaku
doktor yang merawat Farish. Puan Sri Emelda mengangguk tanda faham.

Farish yang sedang terbaring di atas katil memandang siling bilik. Berapa lama aku kat
sini? Sebulan? Dua bulan? Pandangan dihalakan ke wajah Puan Sri Emelda. Ibu muda itu
tersenyum memandang satu-satunya waris dia dan Tan Sri Khalid.

“Apa yang dah berlaku ma?” tanya Farish. Nafasnya tersekat-sekat, namun digagahkan
juga untuk bersuara.

“Is accident,” jawab Puan Sri Emelda ringkas. Dia tidak mahu Farish berfikir banyak.
Farish mengerutkan dahinya. Accident?

“Doktor cakap, Is kena banyak berehat. Barulah cepat baik,” Puan Sri Emelda memujuk
anaknya. Farish tidak memberi respon pada kata-kata mamanya. Dia cuba bangun dari katil
namun di halang oleh Puan Sri Emelda.

“Is nak pergi mana ni?” soal Puan Sri Emelda. Tangannya memegang bahu Farish yang
masih lagi cuba untuk bangun dari tempat pembaringannya.

“Is nak pergi toilet,” ucap Farish. Puan Sri Emelda memapah anaknya menuju ke bilik air
yang bersambung dengan wad itu. Dia menunggu Farish di luar. Selang seketika, kedengaran
bunyi jeritan dari dalam bilik air. Puan Sri Emelda segera membuka pintu yang tidak berkunci.
Kelihatan Farish sedang terbaring di lantai sambil menarik-narik wajahnya. Puan Sri Emelda
cuba menenangkan Farish namun usahanya sia-sia. Farish makin menggila. Raungannya
bergema di sekitar bilik air. Rambutnya ditarik-tarik bagai orang histeria. Puan Sri Emelda
terpaksa memanggil beberapa orang jururawat bagi membantunya. Farish dipapah ke katil dan
suntikan ubat penenang diberikan. Keadaan mula tenang seperti sedia kala.

Puan Sri Emelda menangis memandang wajah tenang anaknya. Wajah itu berbeza sekali
dengan wajah Farish sewaktu dikandungkannya dahulu. Hati ibunya sayu mengenangkan nasib

83
Farish. Kemalangan yang meragut wajah anaknya itu terlalu berat dirasakan. Dia sendiri tidak
percaya apabila doktor menyatakan yang wajah anaknya terpaksa dibedah. Hampir keseluruhan
wajah Farish hancur kerana bergeser dengan muka jalan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu akan
perasaannya ketika itu.

“Apa yang berlaku ma. Kenapa wajah Is lain ma,” tanya Farish bersama sendu. Nafasnya
tersekat-sekat akibat sendu yang tidak dapat dikawal. Puan Sri Emelda menangis melihat
pertanyaan anaknya.

“Sabar Is. Mama sayang Is,” pujuk Puan Sri Emelda. Dia tidak tahu bagaimana untuk
bercerita pada anaknya perihal pembedahan wajah yang telah dilakukan.

Sejak mendapat tahu yang wajahnya sudah berubah rupa, Farish sering termenung. Dia
tidak banyak bercakap. Sesekali, dia bertanyakan tentang Maisarah. Dia rindukan teman
bermainnya itu. Puan Sri Emelda terpaksa memujuk Farish setiap kali isu kehadiran Maisarah
dibangkitkannya. Dia tidak mahu Farish tertekan jika mendapat tahu yang Maisarah sudah lama
berpindah. Kalau boleh, biarlah Farish tahu selepas dia sembuh sepenuhnya.

Masa berlalu dengan begitu pantas. Farish sudah boleh pulang ke rumah. Doktor
menasihatkan supaya Farish sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat bagi mengurangkan
trauma yang dialaminya. Tan Sri Khalid dan isterinya akur dengan nasihat yang diberikan
Doktor Lim. Mereka tahu yang perubahan ketara pada wajah Farish mampu membuatkan anak
tunggal mereka itu tertekan. Oleh itu, mereka sentiasa memastikan yang Farish tidak melakukan
perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya sendiri.

“Ma, boleh Is pergi rumah Sara?” tanya Farish pada suatu hari. Puan Sri Emelda
memandang wajah comel Farish. Wajah baru anaknya itu saling tak tumpah dengan wajah
pelakon Jepun, Koike Teppei.

“Is…Sara dah pindah sayang,” kata Puan Sri Emelda lembut. Farish terpempan. Kata-
kata yang keluar dari mulut Puan Sri Emelda sebentar tadi dirasakan seperti halilintar yang
memanah tepat ke jantungnya. Dunianya kini dirasakan kosong. Tiada lagi teman yang boleh
diajak berbicara.

84
Farish tidak memandang wajah kasih ibunya. Dia terus melangkah longlai masuk ke
dalam bilik. Dia ingin bersendirian ketika ini. Biarlah dia merawat hatinya yang sedang luka.
Entah apa kesilapan yang telah dilakukannya hingga diuji sebegini rupa. Wajahnya yang dulu
kini sudah bertukar rupa dan teman yang sentiasa bersama pergi meninggalkannya. Mengapa
mesti dia yang menerima semua ini. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menerima segala
ketentuanMu.

Kelopak mata kembali dibuka. Kenangan lama dibiarkan pergi dibawa angin lalu. Air
jernih mengalir membasahi pipi. Farish menyeka air yang turun dengan jarinya yang longkai.
Langkah kembali di atur ke arah katil. Gebar putih di tarik hingga ke dada. Angin yang bertiup
dari penghawa dingin terasa hingga ke tulang hitam. Lampu sisi dimatikan dan mata dipejam.

Malam itu, Farish termimpikan Maisarah. Riang dan tawanya hadir di dalam tidur,
bersama-sama kenangan yang indah.

**********

Maisarah tidak dapat melelapkan mata. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku semalam.
Sungguh dia tidak menyangka yang Natasha dan Farish bersekolah di sekolah yang sama.
Niatnya hadir pada kejohanan sukan itu semata-mata ingin memberi sokongan pada Natasha
seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Namun, perjumpaan di antara dia dengan Farish di kantin
sekolah membantutkan hasratnya. Dia terpaksa berbohong pada Natasha untuk pulang lebih
awal. Otaknya celaru pada waktu itu. Rasa malu, bersalah, dan gembira bercampur-baur dalam
hatinya.

Pada mulanya, dia berasa gembira kerana akhirnya dapat juga dia bertemu dengan Farish.
Tetapi, apabila dia berpaling dan melihat sendiri perubahan yang berlaku pada wajah lelaki itu,
hatinya hiba. Rasa bersalah menerjah ke dalam hatinya. Dia tidak tahu ke mana lagi harus dia
pergi untuk menyembunyikan diri. Mujurlah Farish tidak perasankan wajahnya kerana dia
berkaca mata hitam pada waktu itu. Is, maafkan Sara. Semua ini salah Sara.

85
18
Proton Waja yang dipandu Puan Ainon memasuki perkarangan rumahnya. Natasha
melompat keluar dari perut kereta setelah kenderaan itu dimatikan. Tanpa menoleh pada Puan
Ainon yang sedang menutup pintu kereta, dia meluru masuk ke dalam rumah. Langkahnya
dihayun laju menuju ke kamar. Novel ‘Ayat-ayat Cinta’ yang dipinjamnya tadi dari perpustakaan
dikeluarkan dari dalam beg. Beg sekolah dicampakkan di tepi katil. Tubuh yang masih lagi
dibaluti baju sekolah dihenyakkan di atas tilam. Novel dibelek dengan laju. Surat balasan yang
dinantikan dari Guardian Angel dicari. Setiap helaian diselaknya. Perbuatan terhenti apabila
surat yang dicari terpampang di hadapan mata. Diambil surat berwarna biru cair itu dan dibuka
lipatannya dengan cermat. Perhatian difokuskan pada surat yang dipegang.

Khas buat Gadis yang binggung,

86
Surat balasan saudari sudah selamat saya terima. Bagaimana dengan masalah saudari
sekarang? Saya harap ianya sudah selesai. Tentang soalan siapakah Guardian Angel itu, tidak
perlulah saya huraikan dengan panjang lebar. Cukuplah sekadar saudari mengetahui yang dia
merupakan seorang lelaki biasa yang ingin menghulurkan bantuan pada sesiapa yang
memerlukan. Dan tentang salam perkenalan yang dihulurkan saudari itu, saya rasa tidak salah
jika saya menyambutnya jika salam itu disertakan keikhlasan. Semoga saudari akan sentiasa
bahagia.

Guardian Angel.

Senyuman terukir dibibir Natasha sebaik sahaja dia selesai membaca surat yang
diterimanya. Rasa gembira menghuni hatinya kala itu kerana salam perkenalan yang dihulurkan
berjawab. Buat seketika, ingatannya melayang pada peristiwa yang berlaku sewaktu kejohanan
sukan sekolah beberapa hari lalu. Wajah Rizman yang datang menghampirinya sewaktu dia
menunggu giliran di bawah khemah urusetia bermain-main di minda. Senyuman yang
dihadiahkan lelaki itu mengetarkan hatinya. Entah kenapa, dia sendiri runsing dengan sikapnya
akhir-akhir ini. Bayangan Rizman sering menganggu tidurnya. Kalau dulu dia sangat benci pada
lelaki itu kerana dia menyangkakan yang Rizman juga seperti Rizalman yang telah mempermain-
mainkan hatinya, tetapi sekarang dia sering terbayang senyuman Rizman yang menawan itu.
Bibir merahnya kelihatan sungguh mempersona. Ah, gilakah aku? Natasha mengelengkan
kepalanya. Kesedaran mula menguasai mindanya. Perlukah aku berdamai dengannya? Tapi,
mahukah dia terima? Ah, kalau tak cuba macam mana nak tahu. Kan Guardian Angel sendiri
yang kata, kenapa aku tidak berikan sedikit ruang untuk berkenalan dengan Rizman. Mungkin
dia ikhlas mahu berkawan dengan aku.

Natasha bingkas dari katil menuju meja tulis. Pen dan kertas dicapai. Surat balasan dari
Guardian Angel diletakkan di tepi. Otak dikerah supaya memikirkan isi surat yang bakal
ditulisnya. Tarian pena bermula apabila ilham datang menerpa.

Buat Guardian Angel,

Terima kasih di atas kesudian saudara menyambut salam perkenalan dari saya. Sungguh
berbesar rasanya hati ini kerana memiliki teman yang matang dan penuh dengan nasihat seperti

87
saudara. Moga persahabatan yang bakal terjalin ini mampu menceriakan lagi warna-warna
kehidupan yang sedia ada.

Saudara,

Saya ingin meminta pandangan saudara dan berharap ianya tidak membebankan. Saya
mempunyai seorang teman sepermainan sewaktu kecil. Eloklah jika saya menamakannya
sebagai R. R adalah seorang teman yang ceria dan kami selalu habiskan masa bersama. R juga
pernah berjanji yang dia akan selalu bersama dengan saya. Suatu hari, R menghilangkan diri
secara tiba-tiba dan ini amat menyedihkan saya. Sejak dari hari itu, saya benci dengan lelaki
kerana bagi saya, mereka hanya pandai menabur janji tetapi tidak pernah ingin ditepati.

Tetapi, lewat kebelakangan ini, seorang insan lain dan saya namakannya sebagai M
muncul dalam hidup saya. Wajah M sangat mirip dengan R dan namanya juga hampir sama. M
melayan saya dengan baik dan ikhlas ingin memulakan persahabatan. Tetapi, oleh kerana
peristiwa lampau, saya tutupkan hati ini daripada menyambut salam yang dihulurkan M.
Sekarang, saya rasa terpanggil untuk berkawan dengan M. Perlukah saya menerimanya? Atau
lebih baik jika saya berdiam diri?

Gadis yang binggung

Natasha membaca semula surat yang ditulisnya. Setelah berpuas hati, dia melipat surat itu
dan diselitkan dalam novel yang ditinggalkan di atas katil. Novel itu kemudiannya dimasukkan
ke dalam beg. Hatinya berdoa agar hari ini segera berlalu kerana dia sudah tidak sabar ingin ke
perpustakaan.

88
19
Salam diberikan sebaik sahaja bayangan Cikgu Fatimah terpacak di hadapan pintu. Guru
muda itu melangkah masuk sambil menjawab salam yang diberi. Buku diletakkan di atas meja
yang berada di hadapan kelas.

“Sebelum kita mulakan pembelajaran hari ini, saya nak berbincang dengan kamu semua
tentang Hari Guru dan Hari Kokurikulum yang bakal diadakan pada bulan depan,” kata Cikgu
Fatimah. Murid-murid kelas 3 Anggerik mendengar kata-kata guru muda itu tanpa sebarang
komen. Perhatian ditumpukan pada wajah tenang Cikgu Fatimah.

“Seperti yang kamu semua sedia maklum, tiap-tiap tahun sekolah kita akan mengadakan
aktiviti sepanjang majlis ini. Pada tahun ini, pihak sekolah telah membuat sedikit kelainan. Hari
Guru dan Hari Kokurikulum akan dijalankan secara serentak. Jadi, untuk menggantikan

89
kekurangan tenaga kerja yang sedia ada, pihak sekolah telah membahagikan beberapa tugas
kepada semua pelajar mengikut tingkatan masing-masing,” terang Cikgu Fatimah panjang lebar.
Penghuni kelas 3 Anggerik masih lagi memberi perhatian padanya. Mereka ingin tahu akan
tugas-tugas yang telah diarahkan pada mereka.

“Tugas apa yang perlu kami buat cikgu?” soal Najwa yang tidak sabar ingin tahu akan
tugas yang perlu mereka lakukan.

“Setiap kelas tingkatan 3 dikehendaki membuka gerai jualan sempena Hari Guru dan
Hari Kokurikulum nanti,” ucap Cikgu Fatimah. Kelas mula gamat dengan bisikan pelajar-
pelajarnya sebagai respon pada kata-kata Cikgu Fatimah sebentar tadi.

“Gerai apa yang perlu kami buka cikgu?” tanya Farish yang berada di hadapan.

“Terpulang pada kamu semua. Kamu boleh memilih tema kamu sendiri,” jawab Cikgu
Fatimah.

“Tema yang macam mana cikgu?” soal Armand pula. Dia kurang faham dengan
penerangan yang diberikan oleh Cikgu Fatimah.

“Sebagai contoh, kelas 3 Dahlia membuka gerai sushi. Jadi, tema mereka adalah kedai
Jepun,” jelas Cikgu Fatimah. Semua pelajar 3 Anggerik mengangguk tanda faham.

“Jadi, apa tema untuk gerai kamu semua? Ada cadangan?” soal Cikgu Fatimah.

“Saya cikgu,” kata Sazali sambil mengangkat tangan.

“Silakan Sazali,” Cikgu Fatimah memberi keizinan kepada Sazali untuk menyuarakan
pandangannya. Sazali berdiri setelah diberi keizinan untuk bersuara.

“Saya cadangkan kita buka kedai makanan melayu,” ucap Sazali dengan penuh yakin.
Kelas kembali riuh dengan bisikan pelajar-pelajarnya. Ada yang setuju dan ada yang membantah
dengan cadangan yang diutarakan Sazali.

“Kalau makanan melayu dah selalu sangat la Li,” kata Armand dengan lantang.
Sebahagian pelajar setuju dengan kata-katanya.

90
“Hah! Armand, kamu ada cadangan?” tanya Cikgu Fatimah. Semua mata memandang
Armand. Mereka menanti respon darinya.

“Saya cadangkan kita buka kedai kek dan manisan cikgu,” suara Armand. Murid-murid
lain berbisik sesama mereka.

“Apa tema gerai kek kamu?” soal Cikgu Fatimah lebih lanjut.

“Pilot café,” balas Armand pendek. Bisikan-bisikan kecil kedengaran di kalangan pelajar
3 Anggerik. Mereka setuju dengan cadangan yang diberikan Armand. Unik dan luar biasa.

“Ada sesiapa yang tak bersetuju?” ucap Cikgu Fatimah. Kelas 3 Anggerik sunyi seketika.
Semua murid membisu sebagai tanda bersetuju dengan cadangan Armand.

“Baiklah. Armand, saya lantik kamu menjadi ketua untuk gerai jualan nanti. Kamu boleh
pilih mana-mana pelajar yang kamu suka untuk bantu kamu,” kata Cikgu Fatimah. Armand
mengangguk sambil tersenyum.

“Oh ya, satu lagi sebelum saya terlupa. Sesiapa yang nak buat persembahan untuk
sambutan Hari Guru nanti, boleh berjumpa dengan Cikgu Rosnah,” ucap Cikgu Fatimah.

Kelas Bahasa Melayu pada hari itu bermula setelah perbincangan selesai. Semua murid
menumpukan perhatian pada Cikgu Fatimah yang sedang berdiri di hadapan kelas. Subjek
Tatabahasa yang diajar pada hari itu berakhir setelah loceng menandakan waktu rehat berbunyi.
Cikgu Fatimah keluar dari kelas setelah memberi salam pada murid-muridnya.

**********

“Man, Am, korang boleh temankan aku jumpa Cikgu Rosnah?” tanya Farish.

“Kau nak buat apa jumpa Cikgu Rosnah?” soal Rizman ingin tahu. Armand di sebelah
hanya memandang.

91
“Dia nak daftar untuk persembahan Hari Guru nanti,” sampuk Armand. Dia tahu apa
yang dimaksudkan Farish. Hampir setiap tahun kawannya itu membuat persembahan pada Hari
Guru dan sudah tentu pada tahun ini, dia akan melakukannya juga.

“Jomlah temankan aku,” ajak Farish sambil menarik tangan Rizman dan Armand.
Mereka berdua terpaksa akur dengan permintaan Farish. Dengan rela mereka mengikut sahabat
mereka itu berjumpa dengan Cikgu Rosnah di bilik guru.

**********

“Kamu nak buat persembahan untuk Hari Guru?” soal Cikgu Rosnah. Guru yang berusia
lewat 40-an itu duduk dihadapan Natasha sambil memegang sekeping kertas kosong di tangan
kanannya.

“Ya cikgu. Ada lagi ruang kosong untuk saya masuk?” ujar Natasha. Dia memandang
guru yang berada dihadapannya. Walaupun sudah berusia, tetapi masih lagi cantik dan bergaya.
Memang sesuailah dengan pangkatnya selaku ketua bidang di Lagenda Permai.

“Ada, banyak lagi. Nah, tulis nama dan kelas kamu,” kata Cikgu Rosnah sambil
menghulurkan kertas yang dipegangnya pada Natasha. Natasha mengambil kertas yang
dihulurkan padanya. Nama dan kelas ditulis atas kertas dengan pen biru. Setelah siap, Natasha
memberikan semula kertas tersebut pada Cikgu Rosnah.

“Nanti jangan lupa berlatih di rumah,” pesan Cikgu Rosnah pada Natasha. Natasha
mengangguk sebelum melangkah keluar dari bilik guru.

92
20
Ikan kap yang berada di dalam kolam direnungnya. Entah kenapa, dia selesa begitu.
Melihat dan menghayati keindahan alam yang sememangnya penuh dengan pelbagai rahsia.
Tenang rasanya bila udara segar menerjah masuk ke dalam rongga hidung. Hebat sungguh
ciptaanNya. Tiada satu pun yang sia-sia.

“Assalamualaikum,” sapa satu suara yang tidak diketahui mana puncanya. Natasha
tersentak. Lamunan yang diciptanya lebur dek kehangatan suara yang menampar cuping telinga.
Pandangan dihalakan pada tuan empunya suara.

“Waalaikumussalam,” jawab Natasha lembut. Rizman yang sedang berdiri di hadapan


ditenungnya. Bibir merah lelaki itu mengetarkan jiwanya.

93
“Boleh saya duduk?” tanya Rizman sopan sambil menudingkan jarinya pada tempat
kosong di sebelah Natasha. Natasha mengangguk sambil berganjak sedikit ke kiri untuk memberi
ruang pada Rizman.

“Tengah buat apa ni?” soal Rizman lagi sebaik sahaja punggung dilabuhkan pada bangku
yang terdapat di bawah gazebo. Mulutnya dimuncung pada gitar yang berada di sebelah Natasha.

“Oh, ni. Tengah practice,” jawab Natasha pendek.

“Awak…”

“Tasha. Panggil jer Tasha,” potong Natasha. Rizman tersenyum mendengar. “Pelik, baik
pulak dia hari ni,” bisik Rizman.

“Tasha practice untuk Hari Guru ke?” tanya Rizman.

“A’ah,” ucap Natasha sambil menganggukkan kepalanya.

“Tasya buat persembahan apa?” Rizman bertanya lagi.

“Nyanyian jer,” balas Natasha. Matanya diarahkan ke lantai gazebo kerana malu untuk
memandang wajah manis Rizman.

“Man tak tahu pulak yang Tasha pandai nyanyi. Boleh nyanyi sikit?” pinta Rizman.

“Lagu apa?” soal Natasha. Dia memberanikan diri memandang Rizman yang berada di
sebelah.

“Lagu yang Tasha practice tadi,” jawab Rizman. Natasha akur. Gitar yang berada di
sebelah dicapainya. Diletakkannya di atas paha. Nafas di tarik dalam-dalam. Rizman hanya
memandang gadis comel itu tanpa sebarang kata. Tumpuannya difokuskan pada Natasha.

Jari longkai Natasha mula memetik tali gitar mengikut not-not lagu. Bibirnya yang
mungil pula bergerak mengalunkan bait-bait lirik lagu Kenangan Terindah yang dipopularkan
oleh band Indonesia, Samsons.

Aku yang lemah tanpamu


Aku yang rentan karena

94
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu untuk mengenangmu
Darimu...Kutemukan hidupku
Bagiku...Kau lah cinta sejati
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan 
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Rizman bertepuk sebaik sahaja Natasha selesai menyanyi. Gitar diletakkan semula
ditempatnya.

“Sedap suara Natasha,” puji Rizman. Natasha tunduk. Dia malu dengan pujian yang
diberikan Rizman.

“Siapa ajar Tasha main gitar?” tanya Rizman. Natasha mengangkat mukanya. Wajah
Rizman dipandang.

“Kawan,” jawab Natasha pendek. Air muka mula berubah. Ingatannya kembali pada
detik pertama Rizalman mengajarnya bermain gitar. Rizman yang duduk di sebelah menyedari
perubahan yang berlaku pada wajah Natasha. Dengan segera dia bertanya supaya mood Natasha
berubah.

“Selalu ke Tasha buat persembahan?” soal Rizman. Matanya dikerling pada wajah
muram Natasha. Natasha diam. Persoalan dibiarkan sepi buat seketika. Dia tahu yang Rizman
mahu menceriakannya. Sebak yang mula bersarang disimpannya kemas-kemas di dalam hati.
Dengan kekuatan yang ada, Natasha membalas pertanyaan Rizman.

95
“Tak jugak, kadang-kadang jer,” jawab Natasha. Rizman yang berada di sebelah
tersenyum lega. Dia berjaya mengembalikan mood Natasha.

“Man tak buat persembahan ke?” Natasha memberanikan diri untuk bertanya. Rizman
menggelengkan kepala.

“Tak, Man bukannya pandai menyanyi. Main gitar pun tak pandai. Bukan macam Tasha,”
balas Rizman.

“Habis tu, Man tak buat apa lah masa Hari Guru nanti?” tanya Natasha.

“Tak jugak, sebab Man sibuk dengan gerai jualan,” jawab Rizman.

“Owh…gerai apa yang kelas Man buka?” tanya Natasha lagi.

“Kami buka kedai kek. Datanglah, nanti Man belanja Tasha,” ucap Rizman sambil
tersengih. Wajah mulus Natasha ditenungnya penuh minat. “Comel,” hatinya berbisik nakal.

“Betul ke ni,” duga Natasha.

“Betul la… kalau tak percaya, nanti datang,” balas Rizman.

“Ok, nanti lepas habis perform Tasha datang,” Natasha memberikan jaminan. Rizman
senyum memandangnya.

“Man seronok dengan sekolah kita,” ucap Rizman yang tiba-tiba sahaja beralih topik.
Natasha mengerutkan dahinya.

“Kenapa?” Natasha meluahkan rasa ingin tahunya.

“Sekolah lama Man tak pernah sambut Hari Guru semeriah ni. Nilah kali pertama Man
rasa seronok sangat bila sambut Hari Guru,” ucap Rizman tenang.

“Lain tempat, lain caranya. Lagipun, bukan semua orang suka warna kuning,” kata
Natasha. Rizman memandangnya hairan. Pelik dengan kata-katanya tadi. Apa kaitannya dengan
warna kuning? Natasha ketawa melihat reaksi Rizman. Dia tahu yang Rizman pelik dengan
penyataannya sebentar tadi.

96
“Apa kaitan antara Hari Guru dengan warna kuning?” Rizman meluahkan persoalan yang
bermain dibenaknya.

“Ye la, dalam dunia ni, tak semua orang suka pada benda yang sama. Ada yang suka
warna merah, biru dan banyak lagi warna lain. Sama juga macam Hari Guru di sekolah lama
Man. Mungkin Man tak suka dengan cara sambutannya jadi, sebab itulah Man rasa tak meriah,”
terang Natasha panjang lebar. Rizman terpaku mendengar penerangan Natasha. Sungguh bernas.
Mungkin betul apa yang dikatanya.

“Betul jugak. Mana Tasha dapat kata-kata tu?” ujar Rizman.

“Kata-kata apa?” soal Natasha.

“Tak semua orang suka warna kuning,” Rizman mengulang semula kata-kata Natasha
sebelum ini.

“Oh, tak ada dari sesiapa pun. Tasha yang reka sendiri,” balas Natasha sambil
melepaskan tawanya. Rizman juga turut ketawa.

21
Rizman memasukkan kunci rumah pada lubang yang terdapat pada daun pintu. Tombol
dipulas setelah selak pintu terbuka. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah yang kelihatan sunyi
sepi. “Mesti babah belum balik lagi,” teka Rizman. Dia berjalan menuju ke kamarnya yang
terletak di sebelah ruang tamu. Beg sekolah diletakkan di atas meja tulis. Baju sekolah yang
dipakainya pagi tadi dimasukkan ke dalam bakul. Tuala mandi yang disidai pada penyidai kayu
di ambil dan langkah di atur ke bilik mandi. Setelah selesai membersihkan diri, Rizman bergerak
menuju ke almari pakaian. Kemeja-T berwarna merah di ambil dan dikenakan pada tubuh.
Rambut yang masih lagi basah dikeringkan dengan tuala. Setelah siap, tuala diletakkan semula di
tempat asal.

Solat fardhu Zohor dikerjakan dengan penuh khusyuk. Usai sahaja menunaikan solat
fardhu, Rizman menjengah ke dapur untuk menyediakan makan tengah hari. “Kalau buat mee

97
kari sedap ni,” desis hati Rizman. Bahan-bahan untuk membuat mee kari dikeluarkannya dari
dalam peti sejuk. Selang 30 minit, mee kari sudah siap untuk dijamah. Rizman menyenduk kuah
kari dari dalam periuk dan menuangkannya ke dalam mangkuk yang berisi mee kuning dan sayur
sawi. Aroma pekat daun dan serbuk kari menambahkan rasa lapar yang sedia ada. Mangkuk yang
berisi mee kari dan segelas air suam di bawa ke meja makan. Rizman menjamah makanan yang
dibuatnya sendiri dengan penuh selera. Setelah selesai, dia masuk semula ke dalam bilik.

“Rasanya semua kerja sekolah aku dah siapkan masa kat kelas tadi,” bisik Rizman
sendiri. Dia melangkah menuju meja tulisnya. Kerusi ditarik dan punggungnya dilabuhkan.
Novel warna merah jambu dikeluarkan dari dalam beg. Dibelek setiap helaian novel cinta itu.
Matanya terhenti pada helaian di mana terselit sekeping kertas kuning yang dilipat kecil. Rizman
mengambil kertas kuning itu dan dibuka lipatannya dengan cermat. Isi kandungan surat dibaca di
dalam hati. Setelah habis semua perkataan ditelitinya, Rizman melipat semula surat yang
dipegang. Dia tersenyum mengenangkan isi surat yang dibaca sebentar tadi. Dalam sedar atau
tidak, sudah hampir dua bulan dia berbalas surat dengan ‘Gadis yang Binggung’. Banyak perkara
yang telah gadis itu berkongsi dengannya. Tentang masalahnya di sekolah, kisah sewaktu kecil
dan juga tentang jiran baru. Rizman teringatkan Natasha bila soal jiran dibangkitkan. Gadis itu
sudah mula melayannya dengan baik. Dia sendiri bagai tidak percaya pada mulanya, tetapi
setelah beberapa kali menegur gadis itu, barulah dia benar-benar yakin yang Natasha
sememangnya sudah berubah. Perubahan Natasha itu turut disenangi oleh Puan Ainon dan Encik
Bahar. Mereka gembira kerana Natasha sudah boleh menerima Rizman sebagai jiran barunya.

Rizman mencapai pen yang ada di dalam mug di sudut kiri meja. Ilham yang ada di
dalam kepala dicurahkannya di atas kertas.

Buat Gadis yang binggung,

Syukur saya ucapkan kerana kehidupan saudari sudah mula menampakkan sinarnya.
Saya tumpang gembira mendengar berita ini.

Saudari,

Sebenarnya saya sudah lama ingin bertanya akan hal ini tetapi permasalahan saudari
yang memerlukan saya menyelesaikannya membuatkan saya tidak berkesempatan untuk

98
bertanya. Jika soalan saya ini tidak merungsingkan saudari, bolehkah saudari nyatakan kepada
saya siapakah M yang saudari maksudkan selama ini. Saya tertanya-tanya juga siapakah lelaki
bertuah yang telah melembutkan hati saudari ini.

Guardian Angel.

Kertas biru cair dilipat sebaik sahaja isinya selesai dibaca Rizman. Novel merah jambu di
ambil dan surat balasan diselitkan di dalamnya. Nampaknya esok aku kena pergi perpustakaan.

22
“Macam mana bos? Ok tak gambar-gambar tu?” tanya Kamal pada Waiz yang sedang
duduk di hadapannya. Adam yang berdiri di sebelah hanya mendiamkan diri. Waiz tidak
menjawab soalan yang diajukan Kamal. Dia masih lagi ralit menatap gambar-gambar yang
berada di tangannya.

“Kau pasti yang kau tak kenal dengan dua orang lagi budak dalam gambar ni?” soalan
berbalas soalan.

“Pasti bos. Kami memang tak kenal dengan dua orang budak tu. Tapi saya rasa budak-
budak tu mungkin kawan Armand bos,” Kamal memberikan pendapatnya. Waiz kembali
menatap foto Armand dan rakan-rakannya. Seketika kemudian, dia tersenyum. Kamal dan Adam

99
yang sedang berdiri menghadapnya memandang sesama sendiri kerana hairan dengan kelakuan
bos mereka.

“Aku ada rancangan yang perlu korang lakukan untuk aku,” kata Waiz. Kamal dan Adam
bertukar pandang. Mereka tertanya-tanya tentang tugas yang ingin Waiz berikan pada mereka.

“Rancangan apa bos?” tanya Adam ingin tahu.

“Sini,” ucap Waiz pendek. Kamal dan Adam mendekati bos mereka. Telinga dipasang
untuk mendengar rancangan yang di atur oleh Waiz. Waiz membisikkan rancangan yang sudah
lama diaturkannya buat Armand. Kamal dan Adam ketawa mendengar rancangan yang
diterangkan Waiz.

“Baguslah bos. Tak sangka saya, bos memang bijak,” puji Kamal. Waiz tersenyum
bangga.

“Jadi, bila kami boleh mulakan rancangan ni bos?” Adam bertanya.

“Rileks, jangan kalut. Kita mesti tunggu masa yang sesuai. Bila dah tiba masanya, aku
akan berikan arahan,” balas Waiz. Kamal dan Adam mengangguk tanda faham.

“Sudah, korang boleh keluar sekarang,” arah Waiz tegas. Kamal dan Adam akur. Mereka
melangkah keluar dari ruang pejabat. Sampai sahaja di muka pintu, Adam berhenti dan menoleh
pada Waiz.

“Tuan,” kata Adam ringkas.

“Ada apa?” soal Waiz. Matanya diarahkan pada Adam yang sedang tersengih. Kamal
sudah jauh melangkah ke hadapan meninggalkan Adam.

“Income takkan tak ada bos. Saya nak pakai duit sekarang ni bos,” jawab Adam.

“Kerja baru setengah jalan, dah nak mintak duit,” sindir Waiz. Adam tersengih
mendengar sindiran bosnya.

“Biasalah bos. Duit yang bos bagi dulu dah habis saya pakai,” balas Adam.

100
“Hish! Macam-macam. Nah ambik ni. Bagi Kamal sekali,” kata Waiz sambil
menghulurkan sampul surat berwarna perang. Adam menyambut sampul yang berada di
hadapannya.

“Berapa ni bos?” soal Adam sambil membuka sampul yang diterimanya.

“Dua ribu, tak cukup?” respon Waiz.

“Cukup bos,” ucap Adam sambil tersengih. Dia melangkah keluar dari ruang pejabat
setelah mengucapkan salam. Waiz hanya memandang dengan ekor matanya. Setelah dipastikan
yang kelibat Adam benar-benar sudah tiada di muka pintu, Waiz ketawa puas hati. Tawanya
bergema di setiap ruang bilik. Akhirnya aku berjaya. Tidak lama lagi, semuanya akan selesai.

**********

Rizman tersenyum apabila memandang beg-beg kertas yang dipegangnya. “Puas,” bisik
hati Rizman. Encik Zulkefly yang berada disebelah memandang Rizman yang sedang ralit
dengan beg-beg kertasnya.

“Seronok?” tanya Encik Zulkefly pada Rizman. Rizman memandang wajah tampan
bapanya. Senyuman dihadiahkan sebagai respon pada soalan yang ditanya.

“Seronok,” balas Rizman ringkas. Encik Zulkefly tersenyum mendengar jawapan dari
mulut Rizman. Dia gembira kerana anak tunggalnya itu senang dengan apa yang dilakukannya.
Sebaik sahaja dia dimaklumkan oleh pihak penerbitan yang royaltinya sudah boleh dituntut, dia
terus bergegas ke Lagenda Permai untuk menjemput Rizman. Dia mahu mengajak anaknya itu
membeli-belah di pasar raya. Rizman menurut pelawaannya tanpa banyak soal. Walaupun dalam
hati, dia tertanya-tanya dengan tindakan bapanya itu.

“Babah baru dapat gaji ke?’ soal Rizman pada Encik Zulkefly. Mereka berjalan melewati
beberapa buah premis yang berada di dalam The Times. Sesekali perhatian Rizman teralih pada
barangan yang dipamerkan di hadapan kedai.

101
“A’ah, babah baru jer dapat gaji. Ni yang babah bawak Man shopping ni,” balas Encik
Zulkefly. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Lesung pipit di pipi kiri menambahkan lagi
kemanisan senyumannya.

“Thanks bah sebab bawak Man pergi shopping,” Rizman menyatakan penghargaannya.

“It’s my pleasure. Lagipun dah lama kita tak hang around macam ni kan,” kata Encik
Zulkefly. Rizman mengangguk tanda setuju dengan kata-kata bapanya.

“Man free tak cuti sekolah nanti?” soal Encik Zulkefly tiba-tiba.

“Setakat ni, Man belum ada apa-apa program lagi untuk cuti tengah tahun ni. Kenapa
bah?” ucap Rizman jujur.

“Babah ingat, babah nak ajak Man pergi camping dengan kawan-kawan babah,” ujar
Encik Zulkefly.

“Siapa kawan-kawan babah tu?” soal Rizman ingin tahu.

“Man ingat tak lagi dengan Uncle Shazlan. Dia kata, dekat kampung dia ada kawasan air
terjun. Jadi, dia ajak babah dengan uncle Rahim camping kat sana. Man nak ikut?” balas Encik
Zulkefly. Rizman terdiam seketika. Dia berfikir tentang pelawaan bapanya. Bagus jugak ni.
Sekurang-kurangnya ada jugak aktiviti yang aku boleh buat masa cuti nanti. Boleh aku ajak Am
dengan Ris sekali.

“Boleh Man ajak Am dan Ris ikut sekali?” tanya Rizman.

“Boleh, apa salahnya. Lagi ramai, lagi seronok,” respon Encik Zulkefly. Rizman senyum
puas hati. Dalam fikirannya sudah terbayangkan air terjun yang bakal mereka pergi nanti.

“Man lapar tak? Babah lapar ni. Jom kita makan kat sana,” cadang Encik Zulkefly.
Rizman tersentak. Ingatannya kembali ke alam realiti. Dia mengangguk tanpa mengetahui soalan
yang diutarakan. Mereka berjalan menuju ke premis yang tertera perkataan ‘SECRET RECIPE’
dihadapannya. Langkah di atur ke dalam ruang kedai sebaik sahaja daun pintu di tolak.

102
23
Banglo tiga tingkat yang diberi nama Teratak Idaman di tatap Rizman dengan penuh
minat. Seni bina ala Victorian yang terdapat pada bangunan itu menarik perhatiannya.

“Kenapa tercegat jer kat situ, masuklah Man,” ajak Farish. Rizman yang masih lagi
berdiri di muka pintu segera membuka kasutnya dan menapak ke dalam rumah. Setibanya di
dalam rumah agam itu, Rizman sekali lagi terkedu. Rasa kagum terbit dalam hati. “Cantiknya,”
puji Rizman dalam hati.

“Dahsyatnya rumah kau Ris. Tak pernah aku tengok rumah sebesar ni,” puji Rizman.
Farish tersenyum mendengar pujian yang dilontarkan padanya. Sudah ramai berkata benda yang
sama. Armand yang sebelum ini pernah datang ke rumahnya juga memuji rumah agam itu. Bagi

103
Farish, itu semua tidak perlu dibanggakan kerana kemewahan yang di rasainya ini hanya bersifat
sementara. Dia lebih suka hidup bersederhana walaupun dia mampu untuk memiliki hampir apa
sahaja dengan harta bapanya.

“Takdelah besar mana pun,” ujar Farish pada Rizman.

“Apa pulak tak besar. Besar la ni. Ada berapa bilik?” soal Rizman yang masih lagi
memerhati sekeliling ruang dalam rumah agam itu.

“Sepuluh,” balas Farish ringkas.

“Sepuluh, biar betul. Ayah kau cadang nak buat hotel ke masa mula-mula buat rumah ni,”
ucap Rizman terkejut. Farish ketawa mendengar kata-kata Rizman.

“Manalah aku tahu kenapa ayah aku nak buat rumah ni ada sepuluh bilik,” respon Farish.
Matanya dihalakan pada Rizman.

“Dahlah, jom naik atas. Am dah lama tunggu,” ajak Farish. Mereka berdua menaiki
tangga yang berada di tengah-tengah rumah. Tangga yang diperbuat daripada batu marmar itu
melingkar hingga ke tingkat tiga rumah.

“Bilik kau tingkat berapa Ris?” tanya Rizman sewaktu mereka berjalan menaiki tangga.
Farish yang berada dihadapan menoleh memandangnya.

“Bilik aku atas sekali,” jawab Farish.

“Adoi, tak boleh ke kau pilih tingkat bawah. Naik semput aku naik tangga ni,” rungut
Rizman. Farish sekali lagi ketawa mendengar omelan sahabatnya itu.

“Ala…selalu kau naik tingkat tiga perpustakaan boleh pulak,” sindir Farish. Ditenungnya
wajah Rizman yang tidak berpuas hati dengan responnya.

“Tu lain,” kata Rizman yang cuba membalas sindiran Farish sebentar tadi. Farish tidak
membalas kata-kata Rizman. Kaki dipercepatkan apabila sampai pada anak tangga yang terakhir.
Langkah disambung ke pintu bilik yang terletak berhampiran dengan anak tangga. Tombol pintu
dipulas dan kaki melangkah ke dalam ruang bilik. Rizman yang berada dibelakang turut masuk
ke dalam kamar yang berwarna ungu muda itu. “Cantik,” desis hatinya.

104
Bilik yang hampir sama dengan keluasan ruang tamu rumahnya itu di belek Rizman
dengan penuh rasa kagum. “Dari luar lagi aku dah kagum dengan seni bina rumah ni. Bila
masuk saja dalam rumah, lagi aku terkejut sebab ruang tamu rumah ni memang cantik.
Sekarang, aku masuk bilik Ris, sekali lagi aku terkejut sebab besar yang teramat. Nasib baik aku
tak ada sakit jantung, kalau tak dah lama arwah. Hehehe,” monolog Rizman di dalam hati.

Armand yang sedang duduk di balkoni tersenyum apabila melihat bayang Farish dan
Rizman sedang berjalan menghampirinya.

“Mana korang pergi lambat sangat?” tanya Armand. Pandanganya diarahkan pada Farish
dan Rizman yang berdiri di hadapan.

“Man ni…seronok sangat tengok rumah sampai tak nak naik,” kata Farish. Dijelingnya
Rizman yang berada di sisi. Rizman membalas jelingan sahabatnya itu. Dia tahu yang dia
bersalah. Tetapi salahkan dia untuk mengagumi keindahan rumah itu. Seumur hidupnya, inilah
kali pertama dia masuk ke dalam rumah sebesar itu. Jadi, tidak hairanlah kalau gelagatnya seperti
rusa masuk kampung.

Armand memandang wajah manis Rizman. Dia tahu yang Rizman kagum dengan apa
yang dilihatnya. Dia juga seperti Rizman ketika mula-mula datang ke rumah mewah itu dua
tahun yang lalu. Sesiapa sahaja akan kagum dengan seni binanya. Baik senibina luaran mahupun
dalaman, kedua-duanya mampu mengundang rasa takjub bagi sesiapa yang melihat. Teliti dan
mewah. Itulah yang dapat digambarkan Armand tentang rumah agam itu.

“Dah lah, jangan nak berangan lagi. Jom buat kerja sekolah,” kata-kata Farish mematikan
lamunan Armand dan Rizman. Mereka mengeluarkan buku-buku yang dibawa dari dalam beg.

Angin yang bertiup masuk ke dalam ruang bilik menenangkan mereka bertiga. Tumpuan
difokuskan pada kerja masing-masing. Farish dan Rizman sibuk menyiapkan latihan Matematik
yang diberi oleh Cikgu Rokiah sementara Armand pula tekun menjawab soalan Sejarah yang
diamanahkan Cikgu Rosnah.

“Man, latihan Sejarah kau dah siap?” tanya Armand sambil tersengih.

105
“Aku dah siap dah latihan tu. Buku ada dalam beg kalau kau nak tengok,” balas Rizman.
Perhatiannya kembali diberi pada soalan matematik yang menanti untuk dijawab. Armand
mencapai beg sekolah Rizman. Zip dibuka, menampakkan isi di dalam. Buku yang tersusun
diselak satu per satu. Langkah terhenti pada buku nota yang tertulis perkataan ‘Sejarah’. Armand
menarik buku itu keluar dari dalam perut beg. Dia ingin menutup semula beg kepunyaan Rizman
itu tetapi niatnya terhenti apabila terpandangkan novel yang berjudul ‘Ayat-ayat Cinta’.
Diambilnya novel merah jambu itu. Man baca novel ni, seronok ke? Helaian demi helaian
dibelek Armand. Tiba-tiba, sehelai kertas kuning gugur dari celahan muka surat yang terdapat
pada novel itu. Armand mengambil kertas kuning yang berlipat itu.

“Jangan baca!” larang Rizman apabila melihat Armand sedang memegang sekeping
kertas kuning yang berlipat. Suaranya kedengaran lantang. Farish yang sedang leka membuat
kerjanya terkejut apabila mendengar jeritan Rizman.

“Mana kau dapat kertas tu?” soal Rizman. Armand yang masih lagi memegang kertas
kuning itu terpinga-pinga apabila disergah Rizman.

“Aku jumpa dalam novel ni,” balas Armand sambil menunjukkan novel merah jambu
yang dipegangnya. Rizman mengambil kertas kuning yang dipegang Armand.

“Kertas apa tu?” tanya Armand ingin tahu. Farish yang sudah terganggu perhatiannya
memandang Rizman. Dia juga ingin tahu tentang surat kuning yang dijumpai Armand itu.

“Tak ada apa-apa. Cuma kertas kosong jer,” dalih Rizman. Dia memasukkan kertas
kuning itu ke dalam beg sekolahnya. Armand memulangkan novel ‘Ayat-ayat Cinta’ yang
dipegangnya pada Rizman. Rizman menyambut dan menyimpannya di dalam beg.

Buat seketika, Farish tersenyum sendirian. Dia rasa yang dia tahu isi surat yang Rizman
rahsiakan darinya dan Armand. Armand yang melihat mula bertanya.

“Yang kau sengih sorang-sorang ni kenapa Ris?” tanya Armand. Farish masih lagi
dengan senyumannya.

“Aku rasa, aku tahu surat apa tu,” ucap Farish. Rizman menjeling wajah comel Farish.
Betul ke dia tahu?

106
“Surat apa?” soal Armand tidak sabar.

“Surat cintakan,” duga Farish. Matanya tajam dihalakan pada Rizman. Armand turut
mengikut. Rizman jadi serba-salah. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab telahan Farish
itu.

“Betul ke Man?” Armand bertanya inginkan kepastian. Farish disebelah menanti dengan
sabar.

“Mana ada,” bidas Rizman pendek.

“Jangan nak tipulah Man. Ramai yang dah tahu pasal kau,” telah Faris lagi. Rizman
mengerutkan dahinya. Pasal aku? Apa yang budak-budak kat sekolah tahu pasal aku?

“Tahu apa? Aku tak fahamlah,” soal Rizman pula. Armand yang memerhati dari tepi
turut menanti jawapan dari Farish. Dia juga ingin tahu akan maksud telahan Farish itu.

“Kau suka kat Natasha kan,” kata Farish selamba. Rizman membeliakkan matanya.
Manalah Ris dapat cerita ni.

“Betul ke Man?” soal Armand laju. Dia ingin mendengar dari mulut Rizman sendiri
tentang apa yang dikatakan Farish sebentar tadi.

“Hish! Mengarutlah. Mana kau dapat cerita ni?” Rizman bertanya pada Farish.

“Aku sendiri yang tengok. Natasha layan kau baik semacam jer. Mesti korang berdua
couple kan,” balas Farish.

“Memandai jer kau. Aku dengan Natasha mana ada apa-apa. Kami kawan jer la,” bidas
Rizman. Mungkin tidak selesa dengan cerita yang disampaikan Farish tadi.

“Mana boleh kawan. Mesti ada something special. Selalu Natasha tak macam tu, betul tak
Am,” kata Farish. Dia memandang wajah tampan Armand. Menanti respon darinya.

“Betul tu Man. Sebelum kau datang, ramai budak-budak laki yang nak tackle Natasha.
Tapi semua kena reject. Bila kau masuk jer, terus dia layan kau baik. Dia mesti syok kat kau,”
sokong Armand. Dia setuju dengan kata-kata Farish.

107
“Pandailah korang buat cerita. Dahlah, aku buat kerja aku lagi bagus,” ujar Rizman. Cuba
mengalih topik perbualan mereka. Dia tidak senang mereka bercerita tentang dirinya dan
Natasha. Betul ke Natasha suka kat aku? Ah, mengarulah. Takkan lah dia nak kat aku ni. Rupa
tak ada, duit lagilah. Tapi, bagus jugak kalau dia syok kat aku sebab aku pun ada hati kat dia
jugak. Hehehe.

Hari semakin berganjak menghampiri petang. Rizman, Farish dan Armand menyiapkan
tugasan mereka yang tergendala sebentar tadi. Kedengaran azan menandakan masuknya waktu
Asar berkumandang. Mereka bertiga berhenti seketika bagi menunaikan solat fardhu Asar. Usai
mengerjakan solat, mereka kembali menyambung kerja mereka.

“Alhamdulilah…siap akhirnya,” ucap Armand sambil meletakkan pen disebelah.


Pandangan dihalakan pada jam didinding. Jam menunjukkan pukul 5 setengah petang. Rizman
dan Farish masih lagi dengan kerja mereka.

“Banyak lagi ke Man?” tanya Armand. Rizman yang sedang berfikir, berhenti dengan
kerjanya. Dia menoleh pada Armand.

“Sikit jer lagi. Soalan last,” jawab Rizman.

“Kau Ris?” Armand mengalihkan soalannya pada Farish.

“Dua soalan jer lagi,” balas Farish. Matanya masih tertumpu pada buku dihadapan.

“Siap,” ucap Rizman. Buku nota ditutupnya rapat. Farish masih lagi menyiapkan baki
soalan yang tidak berjawab. Armand sudah mengemas buku-bukunya.

“Ris, buku-buku aku yang kau pinjam dulu dah habis baca?” Rizman bertanya pada
Farish. Farish mengangkat muka memandang Rizman. Kerja dihadapan dibiarkan tertangguh.

“Oh, buku-buku kau semua aku dah habis baca. Best la cerita yang kau tulis. Mana kau
dapat idea?” jawab Farish. Rizman tersenyum mendengar komen Farish.

“Aku ambik dari orang sekeliling aku,” ujar Rizman.

“Watak aku ada dalam novel kau tak?” tanya Armand yang mula berminat dengan tajuk
perbualan antara Farish dan Rizman. Farish kembali menumpukan perhatian pada kerjanya.

108
“Belum ada lagi. Kenapa, kau berminat ke kalau aku tulis watak kau,” ucap Rizman.

“Mesti ar. Bangga apa, bila dapat masuk buku,” balas Armand.

“Banyaklah kau. Ingat watak kau tu best sangat,” sampuk Farish. Dia baru sahaja selesai
dengan kerjanya. Buku-buku yang berselerakkan dikemas dan disusun di dalam beg.

Armand mencebik. Terasa hati dengan kata-kata Farish. Rizman ketawa melihat reaksi
yang ditunjukkan Armand.

“Oklah, nanti aku tulis watak kau pulak dalam novel baru aku,” pujuk Rizman.
Kegembiraan cuba ditiup kembali ke dalam hati Armand. Armand tersenyum tanda gembira
dengan kata-kata Rizman.

Farish bangun dari tempatnya. Langkah diatur menuju piano yang berada berhampiran
dengan pintu balkoni. Piano putih dirapatinya. Armand dan Rizman hanya melihat perlakuan
Farish tanpa bersuara. Farish melabuhkan punggungnya di atas bangku berhadapan dengan
piano. Jarinya yang longkai diletakkan di atas papan piano.

“Kau nak practice ke?” soal Armand. Dia merapati piano putih, tempat di mana Farish
berada. Rizman masih lagi ditempat lamanya. Menanti Farish membuat persembahannya.

“Taklah, aku dah practice dah semalam. Hari ni, aku nak dedicate sebuah lagu buat
korang. Especially Man,” ucap Farish. Matanya dihalakan pada wajah manis Rizman. Rizman
membalas pandangan sahabatnya.

Jemari Farish mula mengetuk papan piano. Bait-bait lagu yang dihafal mula terbit dari
bibir comelnya. Armand dan Rizman memasang telinga. Alunan melodi yang harmoni
menampar cuping telinga mereka. Terasa seperti dibuai. Irama muzik memenuhi segenap ruang
bilik. Lagu 150 juta berkumandang, melekakan sesiapa yang mendengar.

Untuk kali ke seratus lima puluh juta


Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?"
"Apa kau buta?Apa kau pura-pura suka?"
Di seratus lima puluh juta kali itu

109
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
Sambil ketawa engkau bilang satu persatu
"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas jujur apa adanya"
Aku lagi kenal dia
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"Engkau dan aku mungkin ada tidak serasi"
"Kau sangat manis,aku ini pula dawai besi"
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat padaku, jujurkan saja
Terus kau cubit daguku sambil berkata
"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"Tapi sayang tahan kalau salahnya saya"
"Sayang mungkin saja keras kepala"
"Tapi sayang manja bila kita berdua"
Saya kenal sayang saya
Buat apa dicerita bahagia kita rasa
Biar tidak dipercaya, peduli orang kata
Baju ronyok tak apa asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta

110
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Ketukan jari di piano terhenti sebaik sahaja lagu selesai dimainkan. Armand dan Rizman
masih lagi terdiam. Kagum dengan alunan muzik yang didendangkan Farish sebentar tadi.

“Fulamak! Dahsyat la kau Ris,” puji Armand. Bahu Farish ditepuknya. Farish tunduk
mendengar pujian Armand.

“Patutlah kau volunteer nak buat persembahan. Sedap suara kau,” Rizman turut memuji.

“Tapikan, lagu yang kau nyanyi tadi tu macam ada sikit-sikit perangai Natasha,” komen
Armand. Rizman mengerutkan dahi tanda tidak faham.

“Memang pun, sebab tulah aku dedicate lagu ni khas untuk Man,” balas Farish sambil
menjeling pada Rizman yang sedang duduk di tepi katil.

“Dahlah, tak habis-habis korang nak kenakan aku. Tukar topik lain la,” ucap Rizman
yang minta mereka berhenti daripada menyakatnya. Dia segan diperlakukan begitu. Namun,
dalam hati dia mengaku yang sedikit sifat Natasha terselit dalam lirik lagu tadi. Entah kenapa,
dia sendiri pun hairan dengan sikap Natasha yang tidak mudah mesra dengan lelaki lain. Ramai
budak lelaki di sekolah yang merungut dengan perangai Natasha itu. Kata mereka, “Harap muka
jer lawa, tapi garang macam singa”. Rizman ketawa bila mendengar rungutan mereka. Baginya,
Natasha penuh dengan sifat kelembutan seorang perempuan. Hatinya mudah tersentuh. Lebih-
lebih lagi pada perkara-perkara yang melibatkan keindahan alam. Mungkin inilah yang
membezakan dirinya dengan lelaki lain. Dia dilayan oleh Natasha dengan penuh rasa hormat dan
dia juga menghormati Natasha sebagai rakannya.

Mungkin dulu Natasha tidak melayannya sedemikian rupa. Tetapi itu cerita lama. Cerita
sewaktu dia mula-mula berpindah ke Lagenda Permai. Sekarang dia dan Natasha sudah boleh
dianggap sebagai kawan baik. Mereka sering berselisih di perpustakaan. Kadang-kadang mereka
bertemu di kantin sewaktu beratur untuk membeli makanan.

111
“Hoi, berangan ke,” sergah Armand sambil menepuk bahu Rizman. Rizman tersentak.
Fikirannya kembali ke alam realiti. Farish dan Armand ketawa melihat telatah Rizman.

“Ingatkan Natasha la tu,” sakat Farish. Armand tersenyum. Rizman menjeling Armand
dan Farish yang masih lagi menyakatnya. Dia tidak mahu ambil pusing dengan kata-kata Farish.
Dengan segera, dia bertanyakan pada mereka tentang perancangan cuti sekolah.

“Korang ada plan apa-apa tak cuti sekolah ni?” soal Rizman ingin tahu.

“Aku tak ada plan apa-apa. Cuma ada satu dua photo-shot jer la,” balas Armand.

“Kau Ris?” tanya Rizman pada Farish.

“Aku belum pikir apa-apa lagi pasal cuti. Kenapa kau tanya?” jawab Farish.

“Takdelah, aku ingat nak ajak korang dua ikut aku pergi camping,” ujar Rizman. dia
teringatkan ajakan bapanya sewaktu mereka pergi membeli-belah beberapa hari yang lalu.

“Camping, bagus jugak. Aku pun dah lama tak pegi camping ni,” kata Armand riang.
Farish masih lagi membisu. Rizman memandang wajahnya, menantikan jawapan.

“Kat hutan ke?” soal Farish.

“Dah nama pun camping, mestilah kat hutan. Takkan kat dalam rumah pulak,” seloroh
Rizman. Kini gilirannya pula menyakat Farish.

“Aku bukan tak nak pegi Man. Tapi, aku tak biasa la hutan-hutan ni. Seram aku,” Farish
memberikan alasan. Memang seumur hidupnya, dia tidak pernah masuk ke dalam hutan.
Papanya juga tidak pernah membawa dia dan mama ke kawasan hutan. Mereka hanya bercuti di
kota-kota terkemuka seperti Paris, London dan New York.

“Ala, rileks ar. Kami berdua kan ada. Buat apa kau nak takut,” pujuk Armand.

“Tak seronoklah kalau kau tak ada. Lagipun, bukan kita jer yang pergi. Ayah aku dan
kawan-kawan dia pun ikut sekali,” kata Rizman, cuba meyakinkan Farish. Farish berfikir buat
seketika.

112
“Oklah, aku join korang,” Farish memberikan keputusannya. Armand dan Rizman
tersenyum tanda gembira.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 setengah petang. Rizman dan Armand meminta izin
untuk pulang. Farish memulangkan semula buku-buku Rizman yang dipinjamnya. Selepas
bertukar salam, Rizman dan Armand bergerak meninggalkan rumah mewah kepunyaan Tan Sri
Khalid.

**********

Maisarah memandang surat yang baru selesai ditulisnya. “Betul ke apa yang aku buat
ni?” fikir Maisarah. Dia keliru. Mungkin apa yang dilakukannya salah. Tetapi dia tidak dapat
lari dari hakikat bahawa dia masih rindukan Farish. Namun, setiap kali dia teringatkan peristiwa
hitam yang menimpa teman lamanya itu, hatinya tidak tenteram. Dia rasa bersalah pada lelaki
comel itu. Jika bukan kerana dirinya yang cuai pada waktu itu, mungkin wajah Farish masih
boleh diselamatkan. Ya Allah, apa yang harus aku lakukan.

Air mata mula bertakung di birai mata. Jari halus Maisarah menyeka air jernih yang
turun. Aku mesti kuatkan semangat. Lagipun, aku sudah buat keputusan. Aku mesti buang Is
jauh-jauh. Luka yang ditanggungnya akan menjadi parah jika dia tahu yang aku masih cuba
menganggunya. Biarlah dia hidup bahagia bersama teman-teman barunya. Mungkin dengan
cara begitu, kedukaanya akan terubat. Esok, aku mesti hantar surat ini pada dia.

Maisarah menyimpan surat yang ditulisnya ke dalam beg tangan sebelum melangkah ke
katil. Gebar ditarik supaya membaluti tubuh. Kelopak mata dipejam. Selamat malam Sunshine.

113
24
Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba jua. Seluruh penghuni Lagenda Permai
bergembira pada hari itu. Dari guru, hinggalah kepada murid-muridnya. Semua berpakaian serba
cantik dan menawan. Orang ramai dibenarkan hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi perayaan
Hari Guru dan Hari Kokurikulum yang buat julung kalinya diadakan secara serentak.

Pagi itu, semua guru dan murid berhimpun di dalam dewan. Majlis yang diadakan secara
serba sederhana itu dimulakan dengan ucapan perasmian dari pengetua. Setelah selesai, majlis
diteruskan dengan persembahan daripada pelajar-pelajar. Farish memulakan segmen
persembahan dengan nyanyiannya.

Langkah diatur kemas menaiki pentas. Gitar yang disandang di sisi dipegang dengan erat.
Nafas ditarik sedalam-dalamnya.

114
“Lagu ini, saya tujukan buat semua guru Lagenda Permai yang telah banyak
menyumbangkan jasa mereka dengan mendidik saya sepanjang saya berada di sekolah ini.
Terimalah…ikhlas dari saya, Kau Ilhamku,” ucap Farish tenang. Sorakan dari para penonton
menggamatkan suasana di dalam dewan. Pelajar perempuan menjerit-jerit memanggil nama
jejaka kegilaan mereka itu.

Bibir comel Farish mula bergerak menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Man Bai
itu. Satu per satu lirik lagu diluahkannya dengan penuh penghayatan. Petikan gitar yang
mengiringi, kedengaran merdu di cuping telinga semua penonton. Kemanisan suara Farish benar-
benar memukau. Seperti gula rasanya.

Beribu bintang dilangit


Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

115
Tepukan gemuruh diberi sebaik sahaja Farish selesai dengan lagu yang didendangkannya.
Farish tunduk memberikan hormat sebelum melangkah ke belakang pentas. Di belakang pentas,
Rizman dan Armand sedia menanti.

“Wah, hebatlah kau Ris. Satu dewan histeria sebab kau,” puji Armand. Rizman yang
berada di sisi tersenyum.

“Mana ada,” balas Farish merendah diri.

“Dah lah, kita dah lewat ni. Baik kita pergi kelas sekarang. Nanti tak siap pulak gerai
kita,” cadang Rizman. Armand dan Farish mengangguk. Mereka bertiga perlu segera ke kelas
untuk melihat persiapan yang diadakan kerana semua pelajar akan menyerbu gerai-gerai jualan
sebaik sahaja majlis di dalam dewan selesai.

“Korang pergi dulu. Aku nak salin baju kejap,” kata Farish. Rizman dan Armand
melangkah meninggalkan Farish di belakang pentas. Langkah diatur pantas menuju ke kelas 3
Anggerik yang menjadi tapak gerai jualan mereka. Farish memandang dua sahabatnya itu hilang
di balik dinding pentas. Dia kemudiannya melangkah masuk ke dalam bilik persalinan. Sedang
dia cuba menutup pintu, kedengaran seseorang memanggil namanya. Farish menghentikan
langkahnya. Kelihatan seorang pelajar lelaki sedang berdiri menghadap Farish. Ditangannya
terdapat sekeping sampul yang berwarna ungu muda. Sampul itu dihulurkan pada Farish.

“Untuk abang,” kata pelajar lelaki itu. Farish mengerutkan dahinya.

“Untuk abang?” Farish mengulangi kata-kata pelajar lelaki tadi. Pelajar itu mengangguk.

“Siapa bagi?” tanya Farish pendek.

“Ada sorang kakak yang suruh saya bagi surat ni kat abang,” jawab budak lelaki itu.

“Adik kenal tak kakak tu?” soal Farish lagi.

“Tak kenal. Tapi kakak tu bukan pelajar sekolah ni,” balas budak lelaki itu lagi. Farish
berfikir seketika. Orang luar? Siapa dia?

“Takpe lah dik. Terima kasih ya,” kata Farish sambil mengambil surat yang dihulurkan
budak lelaki itu. Budak lelaki itu beredar sebaik sahaja tugasnya sudah selesai. Farish membelek-

116
belek sampul surat yang dipegangnya. Hurm, pelik. Selalu aku dapat surat kat rumah. Ni kat
sekolah pulak. Ah, biarlah. Baik aku siap sekarang. Nanti bising pulak Am dan Man.

Farish menyimpan sampul yang berwarna ungu cair itu di dalam beg dan kembali
melangkah masuk ke dalam bilik persalinan. Setelah menukar pakaiannya dengan seragam
kapten kapal terbang, Farish terus bergerak meninggalkan kawasan belakang pentas. Langkah
dipercepatkan kerana dia ingin segera bertemu dengan dua orang lagi rakannya.

Di dalam kelas, Rizman, Armand dan 7 lagi pelajar kelas 3 Anggerik kelihatan sedang
sibuk membuat persiapan terakhir bagi gerai jualan mereka. Kelas yang sebelum ini dipenuhi
dengan meja sudah cantik dihias. Permaidani merah di hampar pada pintu masuk dan sekitar
ruangan menunggu. Enam belas buah meja di susun secara berkelompok di sekitar kelas. Alas
meja yang berwarna merah dan hitam menjadi penyeri pada meja yang di susun empat itu.
Jambangan ros merah dan putih diletakkan di atas setiap meja. Ruang tengah yang diubah
menjadi bar mini diguna sebagai tempat menyediakan minuman. Sementara keseluruhan ruang
belakang kelas dijadikan sebagai tempat untuk mempamerkan segala macam manisan dan juga
kaunter bayaran.

Sebahagian manisan yang dijual di café mereka dibuat oleh Rizman sendiri manakala
bakinya di tempah di kedai kek yang berdekatan. Sut kepten kapal terbang yang dipakai Armand
dan Rizman ditaja sepenuhnya oleh Farish. Dia juga menampung semua peruntukan yang
digunakan untuk menghias café itu selain daripada sut peramugara dan peramugari yang dipakai
oleh 7 orang kawan mereka.

Farish yang kelihatan segak berpakaian seragam melangkah masuk ke dalam perut café.
Dia mencari kelibat Armand dan Rizman di dalam café itu.

“Ris, sinilah,” laung Armand yang berada di bahagian belakang café. Dia dan Rizman
sedang menyusun kek di dalam ruang pameran.

“Wah, sedapnya kek ni. Aku nak makan sekarang boleh?” tanya Farish tidak sabar.
Rizman dan Armand ketawa mendengar Farish.

“Kau ni, sabarlah dulu. Kitakan tengah berniaga. Macam mana nak jual kalau kau dah
habiskan semua kek-kek ni,” ujar Armand. Farish mencebik kerana permintaannya tidak dituruti.

117
“Biarlah, banyak lagi kat belakang tu,” bela Rizman. Dia tidak sampai hati untuk
mengecewakan Farish yang sangat menyukai manisan. Farish ceria dengan kata-kata Rizman.

“Nah,” kata Rizman sambil memberikan sepotong kek coklat pada Farish. Armand yang
berada di sisi hanya memerhati. Dia tahu yang Farish tidak akan mendengar jika dia melarang.
Jadi, terpaksalah dibiarkan sahaja kawannya itu.

Farish mengambil kek yang dihulurkan Rizman. Keceriaan jelas terpampang dimatanya.

“Terima kasih Man,” ujar Farish riang. Dia duduk di salah satu meja yang terdapat di
dalam café sambil menjamah kek coklat kegemarannya. Rizman dan Armand melihat gelagat
sahabat mereka itu sambil menggelengkan kepala. Macam-macam.

Majlis di dalam dewan baru sahaja tamat. Semua pelajar dan guru melangkah
meninggalkan dewan. Gerai-gerai jualan mula sesak dengan pelangan yang bertandang. Begitu
juga dengan Pilot Café yang diusahakan pelajar-pelajar tingkatan 3 Anggerik. Café yang serba
mewah itu penuh dengan pelanggan. Sehingga ada yang terpaksa menunggu di ruangan yang
telah dikhaskan. Rizman, Armand dan Farish sibuk melayan setiap pelanggan yang datang. Imej
kemas dan layanan mesra yang diberi menambat hati para pelanggan di samping aset yang
dimiliki mereka. Mereka bertiga menjadi perhatian pelajar perempuan yang datang ke Pilot Café.
Ada yang ingin bergambar dan tidak kurang juga ada yang ingin bermesra. Semua itu, dilayan
mereka secara profesional.

“Bang, ambik gambar sama-sama boleh?” tanya seorang pelajar perempuan pada
Armand. Armand mengangguk sambil tersenyum.

“Boleh, apa salahnya,” jawab Armand mesra. Pelajar perempuan itu merapatkan dirinya
pada bahu kiri Armand dan rakannya yang seorang lagi mengambil gambar mereka berdua.

“Terima kasih bang,” kata pelajar perempuan itu. Armand tersenyum mendengar kata-
kata pelajar itu.

Farish dan Rizman turut diajak bergambar selain daripada Armand. Rata-rata yang
meminta untuk bergambar adalah pelajar perempuan manakala pelajar lelaki lebih seronok

118
menjamah manisan yang ada di café. Begitulah meriahnya suasana Pilot café yang dijalankan
kelas 3 Anggerik. Berpusu-pusu orang yang bertandang. Hingga tidak menang tangan.

Di samping gerai-gerai jualan, terdapat juga kelas-kelas yang mengadakan permainan.


Tingkatan 4 diamanahkan untuk membuka gerai permainan. Ada pelbagai jenis permainan yang
disediakan. Ada rumah hantu, ada rumah cermin, ada permainan menembak dan ada juga
permainan menangkap ikan.

**********

“Seramnya, nasib baik sekejap sahaja. Kalau tak, dah lama Tasha pengsan,” kata Natasha
sebaik sahaja keluar dari rumah hantu yang dijalankan kelas 4 Bakawali. Maisarah yang
menemaninya hanya tersenyum mendengar.

“Pandai dorang buat, macam real,” ucap Maisarah. Dia dan Natasha berjalan melewati
beberapa buah gerai yang lain.

“Jom kita pergi tangkap ikan,” ajak Natasha. Dia berjalan menuju ke gerai yang berada di
sebelah kirinya. Maisarah yang berada di belakang hanya menurut.

“Ya adik, nak tangkap ikan?” tanya pelajar lelaki yang menjaga gerai. Natasha
mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan pelajar lelaki itu.

“Kasi dua ya bang,” ujar Natasha.

“Nah,” kata pelajar lelaki sambil memberikan Natasha dua mangkuk plastik dan dua
batang sauk yang diperbuat daripada dawai dan kertas.

“Kak Mai tak pandailah,” kata Maisarah apabila diberikan batang sauk padanya.

“Ala…akak sauk jer mana-mana ikan yang akak nak. Lepas tu, akak letak dalam
mangkuk ni,” terang Natasha sambil memberikan mangkuk plastik pada Maisarah. Maisarah
menyambut mangkuk plastik yang diberikan.

119
Natasha cuba menangkap ikan emas yang besar tetapi gagal kerana sauknya telah koyak
kerana basah dimakan air. Maisarah pula mencuba setelah dilihatnya Natasha gagal untuk
menangkap ikan emas yang diidamkannya.

“Akak try la tangkap yang tu,” arah Natasha sambil menunjukkan ikan emas yang gagal
ditangkapnya tadi. Maisarah memandang ikan emas yang ditunjuk.

“Akak try ya,” kata Maisarah. Dia cuba menyauk ikan emas yang dilihatnya dengan
batang sauk. Berjaya. Ikan emas sudah dapat disauk. Dengan berhati-hati, Maisarah mengangkat
batang sauknya dan ikan emas yang ditangkap dimasukkan ke dalam mangkuk yang berisi air.

“Yeay!” sorak Natasha. Mangkuk yang berisi ikan diberikan pada pelajar lelaki yang
menjaga gerai. Pelajar lelaki itu memasukkan ikan emas yang baru ditangkap Maisarah ke dalam
plastik yang berisi air. Plastik itu diberikan semula kepada Natasha. Natasha mengambil plastik
yang berisi ikan emas itu sambil tersenyum. Maisarah yang berada di sebelah gembira melihat
senyuman Natasha. Dia tahu yang adik angkatnya itu sedang berseronok.

“Lepas ni, kita nak ke mana pulak?” tanya Maisarah pada Natasha. Natasha memandang
wajah ayu Maisarah.

“Kita pergi makan nak. Tasha lapar la,” cadang Natasha.

“Bagus jugak. Akak pun dah lapar ni. Tapi, kita nak makan kat mana?” soal Maisarah.

“Tasha tahu. Jom, ikut Tasha,” jawab Natasha sambil menarik tangan Maisarah. Mereka
berjalan meninggalkan deretan gerai permainan dan menuju ke gerai makanan.

“Sini? Tak mahal ke?” tanya Maisarah. Dipandangnya papan tanda yang berada di pintu
masuk gerai mewah itu. “Pilot café. Macam novel cinta pulak,” bisik hati Maisarah.

“Tak mahal la. Lagipun, kawan Tasha dah janji nak belanja kalau Tasha datang sini,”
balas Natasha. Dia teruja melihat hiasan café yang serba mewah itu. “Elegen,” kata hatinya.

“Kawan Tasha tu lelaki ke perempuan?” soal Maisarah lagi.

“Lelaki,” jawab Natasha pendek.

120
“Boyfriend ya,” sakat Maisarah. Matanya dijeling pada Natasha yang berdiri di sebelah.

“Mana ada, kawan jer lah. Dah lah, jom masuk,” bidas Natasha. Dia segera menarik
tangan Maisarah dan mengajaknya masuk ke dalam ruang café. Maisarah menurut.

Di dalam café, Rizman, Armand dan Farish masih sibuk melayan pelanggan mereka. Kek
dan manisan yang dipesan dihidangkan mereka dengan cermat. Pesanan yang diambil juga
dicatat supaya tiada kesilapan yang berlaku.

“Selamat datang, boleh saya bantu?” tanya Rizman sebaik sahaja Natasha dan Maisarah
mengambil tempat. Matanya dihalakan pada Maisarah yang sedang menghadapnya. Natasha
yang membelakangi Rizman menoleh pada jejaka itu. Satu senyuman dihadiahkan.

“Eh, Tasha. Tak sangka pulak Tasha datang,” sapa Rizman dengan penuh mesra.
Senyuman diukir dibibirnya yang merah.

“Mestilah Tasha datang, kan ada orang tu dah janji nak belanja,” Natasha mengingatkan
Rizman tentang janjinya. Rizman tersenyum. Dia tahu yang Natasha sedang menuntut janji yang
telah dibuatnya dulu.

“Ok, this is my treat. So, what you wanna eat?” soal Rizman sambil tangannya sudah
bersedia untuk mencatat pesanan yang akan dibuat Natasha.

“Tasha nak kek strawberi dan kopi,” jawab Natasha.

“And you miss?” tanya Rizman pada Maisarah.

“Bagi mango pudding dan kopi,” balas Maisarah. Rizman mencatat kesemua pesanan
yang dibuat. Dia membacakan semula pesanan yang ditulisnya. Setelah selesai, dia meminta diri
untuk beredar dari situ.

“Jadi, nilah dia boyfriend Tasha tu,” ucap Maisarah. Natasha yang berada dihadapan
direnungnya.

“Bukanlah, kami kawan jer. Lagipun dia jiran Tasha la,” bidas Natasha. Maisarah
mengerutkan dahinya. Dia berfikir seketika. Jiran? Rumah tingkat atas ke?

121
“Oh, jadi dia nilah yang duduk atas rumah Tasha,” duga Maisarah. Natasha mengangguk.

“A’ah, dia baru jer pindah awal tahun ni. Dia pun baru masuk sekolah ni,” terang
Natasha. Maisarah mendengar penerangan Natasha dengan penuh minat. Mereka berdua berbual
kosong sambil menunggu pesanan tiba. Selang beberapa ketika, muncul Farish bersama pesanan
yang ditunggu-tunggu.

“Ini dia kek coklat dan kopi,” kata Farish sambil meletakkan secawan kopi di atas meja.

“Dan…ini pula puding mangga dan juga ko..,” Farish terkelu buat seketika apabila
terpandangkan wajah Maisarah. Kopi yang dipegangnya terlepas dan jatuh mencium lantai.
Bunyi deraian kaca yang berselerak menarik perhatian pengunjung yang sedang menjamu selera
di dalam café. Semua mata tertumpu pada Farish. Rizman dan Armand segera mendapatkan
Farish yang masih lagi kaku.

“Mintak maaf ya, nanti saya buatkan yang lain,” kata Armand sambil mengutip kaca-kaca
yang bertaburan di lantai. Rizman mengelap air kopi yang tertumpah dengan kain basah.

“Tak apalah, lagipun saya dah nak balik,” tutur Maisarah lembut. Dia bangun dari tempat
duduknya dan mula melangkah menuju pintu utama café. Natasha yang sedang terpinga-pinga
melihat aksi Maisarah itu, turut bangun dan berjalan keluar.

“Tunggu dulu,” panggil Farish tiba-tiba. Armand dan Rizman yang sedang sibuk
membersihkan tumpahan kopi di lantai terhenti seketika. Mereka ingin tahu hubungan antara
Farish dan gadis ayu yang sedang berjalan keluar dari café itu.

Maisarah menghentikan langkahnya. Dia menoleh memandang wajah comel Farish. Air
jernih sudah mula bertakung di kolam matanya.

“Sunshine,” kata Maisarah. Farish membulatkan matanya. Segala sendi dirasakannya


lemah. Sudah lama dia tidak mendengar panggilan itu. Panggilan yang Maisarah berikan
padanya suatu ketika dahulu.

Maisarah tidak menunggu lama. Dia segera melangkah keluar dari perut café bersama
Natasha. Dia tidak mahu Farish melihatnya menangis. Baginya, biarlah Farish mengenalinya
sebagai seorang yang kuat.

122
Rizman dan Armand terpinga-pinga melihat adegan yang berlaku di antara Farish dan
Maisarah. Mereka tidak pernah melihat Maisarah sebelum ini. Berbagai soalan yang bermain di
dalam benak mereka. Siapa perempuan tu? Macam mana Ris boleh kenal dia? Apa kaitan
mereka berdua? Adakah mereka berdua kawan? Apa yang sedang berlaku? Yang pasti, hanya
Farish sahaja yang tahu akan jawapannya.

25
Ruang bilik di tingkat tiga Teratak Idaman masih lagi terang dengan cahaya lampu.
Farish yang baru sahaja selesai membersihkan tubuhnya berjalan keluar dari bilik air. Dia
berjalan menuju almari pakaian. Sepasang pijama biru diambil dari dalam almari. Tuala yang
tadinya digunakan untuk membaluti tubuh, kini diletakkan di atas kepala. Rambut halus Farish
dilap sehingga kering. Setelah selesai, tuala kembali diletakkan di tempatnya. Farish berjalan
menuju ke katil.

Farish merenung pada siling yang berada diatasnya. Peristiwa yang berlaku sewaktu
disekolah tadi, menerjah ke dalam benak. Dia tidak menyangka yang wajah ayu Maisarah masih
lagi ditatapnya setelah hampir 7 tahun mereka terpisah. Hatinya yang dulu dipenuhi rajuk kini
berubah menjadi rindu. Dia rindukan saat-saat manis antara dia dan Maisarah. Tetapi, tindakan

123
Maisarah yang pergi meninggalkannya itu mematikan rindu yang sedang berbunga. Armand dan
Rizman pula sibuk bertanyakan soalan padanya sebaik sahaja Maisarah pergi. Dia sendiri tidak
tahu bagaimana untuk menerangkan perkara yang sebenar pada kedua-dua sahabatnya itu. Dia
buntu.

“Ris, kalau aku tanya sikit kau jangan marah ya,” Armand memulakan bicara ketika
mereka bertiga sedang mengemas café yang telah kosong. Semua pelajar telah pulang sebaik
sahaja majlis sambutan Hari Guru dan Kokurikulum ditamatkan oleh pengetua. Yang tinggal
hanyalah beberapa orang pelajar yang sedang mengemas gerai-gerai mereka.

“Apa dia?” soal Farish. Kotak yang diangkatnya sebentar tadi diletakkan di atas meja.
Perhatian dialihkan pada wajah tampan Armand.

“Siapa perempuan tadi tu?” Armand memberanikan diri untuk bertanya. Rizman yang
berdiri tidak berapa jauh darinya turut mendengar soalan itu. Dia memasang telinga kerana ingin
mendengar jawapan yang bakal dituturkan Farish. Farish tersenyum. Wajah Rizman dan Armand
dilihatnya silih berganti. Dia tahu yang mereka ingin mengetahui perkara yang sebenar tentang
apa yang telah berlaku antara dia dan Maisarah.

“Betul ke korang nak tahu?” tanya Farish serius. Rizman dan Armand memandang
sesama sendiri. Seketika kemudian, mereka mengangguk. Farish berjalan menghampiri Armand
dan Rizman. Sekeping foto dikeluarkan dari dalam dompetnya. Foto itu kemudian ditunjukkan
pada Armand dan Rizman. Wajah seorang budak bermata sepet ditenung dua sahabat itu dengan
penuh hairan.

“Siapa ni?” soal Rizman ingin tahu.

“Tu gambar aku,” jawab Farish tenang. Armand dan Rizman melopong. Mereka terkejut
mendengar pengakuan berani dari Farish sebentar tadi. Wajah comel Farish dan wajah budak
lelaki di dalam foto dipandang mereka silih berganti. Biar betul Ris ni. Lain benar aku tengok
gambar budak ni dengan muka dia.

“Kenapa lain?” Armand melepaskan kebinggungannya. Farish tersenyum kelat. Dia tahu
yang soalan itu akan ditujukan juga padanya dan sememangnya dia sudah bersedia dengan
jawapan.

124
“Dulu, aku terlibat dengan kemalangan. Masa tu, umur aku 8 tahun. Dalam kemalangan
tu, seluruh muka aku hancur sebab bergeser dengan jalan. Jadi, pembedahan terpaksa dilakukan
bagi merawat muka aku yang sudah hancur. Sebab itulah, rupa aku sekarang ni lain dengan rupa
asal,” terang Farish panjang lebar. Kisah hitam yang sudah lama menjadi lipatan sejarah dibuka
kembali. Rizman dan Armand diam tanpa bicara. Mereka tekun mendengar cerita yang
disampaikan Farish.

“Perempuan yang korang nampak petang tadi tu, nama dia Maisarah. Aku dengan dia
berkawan sejak kecil lagi. Tapi dia hilang macam tu jer lepas aku kemalangan. Mak aku kata dia
pindah, tapi aku sure pasal tu. Kami tak pernah jumpa sejak kemalangan tu, sampailah hari ni.
Sebab tulah aku terkejut bila nampak dia tadi. Macam tak percaya jer yang aku dah jumpa dia
balik,” Farish menyambung ceritanya.

“Habis tu, kenapa dia lari?” soal Rizman.

“Entahlah. Aku pun tak tahu. Mungkin dia tak kenal aku sebab muka aku dah lain,”
jawab Farish sebak. Hatinya mula menangis. Rizman dan Armand memandangnya dengan rasa
simpati.

Farish terjaga dari lamunan. Perbualannya dengan Armand dan Rizman hilang dibawa
angin. Kelopak mata dibuka. “Surat!” bisik Farish tiba-tiba. Farish bingkas dari katil. Beg
sekolah yang terletak di atas meja tulis dicapai. Surat yang diterimanya siang tadi di cari. Hah!
Jumpa pun. Sampul yang berwarna ungu muda di tatap Farish. Surat yang berwarna sama
dikeluarkan dari dalam sampul. Lipatan dibuka dan isi surat dibaca.

Maafkan diri ini jika sering menganggu hidupmu. Bukan niatku untuk melukakan hatimu
yang sudah sedia sakit akibat perbuatanku dahulu. Aku cuma ingin melepaskan rinduku
padamu. Rindu yang sudah lama ku benamkan dalam lautan dosa. Sungguh aku sangat
menyesali akan perbuatanku padamu dan aku harap kau bahagia di samping teman barumu.
Warkah ini merupakan yang terakhir dariku dan aku berjanji pada diriku yang aku tidak akan
muncul lagi dalam hidupmu selepas ini. Semoga memori indah masa silam dapat mengubat
rinduku padamu. Aku akan doakan kebahagiaanmu dari jauh.

125
Surat yang tidak bernama itu dilipat Farish. Dia tahu yang surat itu dan surat-surat yang
diterimanya sebelum ini berasal dari pengirim yang sama. Penulis yang merahsiakan namanya
itu sering menyatakan rasa keinsafan dan rindunya di dalam surat yang di hantar. Malah dia juga
tahu tentang kemalangan tujuh tahun yang lalu. Kalau betullah tekaan aku, orang yang hantar
surat ni mesti Sara. Hanya dia saja yang tahu tentang kemalangan tu selepas mama, papa dan
Pak Mat. Tapi, kenapa mesti dia bersembunyi? Kalau dia rindu, kenapa mesti dia lari? Dia
marahkan aku ke? Mustahil! Akulah yang sepatutnya marah, sebab aku yang ditinggalkan. Ah,
peningnya! Mana aku boleh cari jawapan? Hah, Natasha! Ya, Natasha kenal dengan Sara.
Mungkin aku boleh tanya dia pasal Sara.

**********

Natasha masih tidak dapat melelapkan matanya. Persoalan tentang peristiwa di sekolah
siang tadi berlegar-legar di dalam kepalanya. Berlegar hingga menyesakkan otaknya. “Apa
kaitan Farish dengan Kak Mai? Macam mana mereka boleh kenal? Jangan-jangan, Farish tak
budak yang Kak Mai selalu cerita dulu. Hurm…mungkin jugak sebab cirri-ciri budak yang Kak
Mai cerita dulu pun ada sikit-sikit macam Farish. Tapi, macam mana aku nak cari jawapan
yang sebenar? Takkan aku nak tanya Kak Mai, mesti dia tak nak jawab. Tapi, kalau aku tanya
Farish, agak-agak dia nak jawab ke? Macam mana pulak kalau tekaan aku salah? Ah,
pedulikan dulu semua tu. Kalau aku tak cuba, macam mana nak tahu betul ke salah. Baiklah,
aku mesti jumpa Farish. Kalau betullah tekaan aku ni, mesti Kak Mai gembira sebab dia dah
jumpa lelaki yang dia rindu selama ni” Natasha bermonolog sendiri.

**********

Rizman berdiri di balkoni biliknya. Udara malam yang dingin dihirupnya puas-puas.
Terasa nyaman hingga ke tekak. Insiden yang berlaku siang tadi bermain-main di fikirannya.

126
Kesian Ris, dah jumpa orang yang dicari, tetapi orang tu pulak yang lari. Tapi, perempuan tu
kenal dengan Natasha. Apa kaitan mereka berdua? Hurm…rumit sungguh. Ah, lupakan jer
pasal ni. Kalau Farish mintak aku dan Am tolong, baru aku fikir. Lebih baik aku jangan masuk
campur.

Langkah diatur ke dalam ruang bilik. Pintu yang menghubungkan bilik dan balkoni
ditutup rapat. Bayu malam dibiarkan terkurung di luar pintu kaca. Rizman mencapai surat kuning
cair yang diletakkannya di atas meja tulis. Surat itu dibuka lipatannya. Dia masih lagi belum
membaca isi surat yang sudah dua hari diterimanya itu kerana sibuk dengan persiapan Hari Guru
dan Kokurikulum yang diadakan sekolahnya. Baris-baris ayat di dalam surat itu ditatapnya
penuh minat.

Guardian Angel,

Terima kasih kerana saudara telah menjadi pendengar setia saya selama ini. Malah
saudara juga selalu menasihati saya dengan nasihat-nasihat yang berguna. Jasa saudara, tidak
dapat saya balas. Seperti yang saya katakana sebelum ini, kehidupan saya sudah semakin
bersinar dari hari ke hari. Atas nasihat saudara, saya sudah semakin rapat dengan M. Terima
kasih saya ucapkan.

Saudara,

Sebelum saya menjawab soalan yang saudara ajukan, eloklah jika saya memohon
supaya saudara menyimpan hal ini dari pengetahuan pelajar lain kerana saya takut yang ia
akan menjejaskan imej M di kemudian hari. Saya tidak mahu persahabatan yang baru terjalin
ini tercalar dek kerana gosip liar pelajar-pelajar lain. Saya harap, saudara mampu memberikan
kerjasama. M yang saya maksudkan sebelum ini adalah Man atau nama penuhnya Rizman
Zulkefly. Dia merupakan jiran baru saya.

Rizman membutangkan matanya. Perkataan ‘Rizman Zulkefly’ ditatap beberapa kali


kerana tidak percaya dengan apa yang dilihat. Surat yang berada digengaman dibiarkan
tergantung. Isi surat yang masih berbaki tidak mampu menarik minatnya lagi. Akalnya ligat
berfikir. Aku berutus surat dengan Tasha rupanya selama ni. Jadi, budak lelaki yang dia marah
dulu tu, akulah. Rizman ketawa sendiri. Geli hati dengan kebetulan yang berlaku. Ya Allah,

127
keciknya dunia. Dalam ramai-ramai pelajar dalam Lagenda Permai, jiran aku sendiri yang aku
nasihatkan. Patutlah dia layan aku baik semacam. Rupa-rupanya dia syok kat aku. Rizman
ketawa lagi.

Tiba-tiba Rizman berdiam. Otaknya segera berfikir. Nanti dulu, betul ke yang ni Tasha?
Entah-entah dia maksudkan orang lain. Aku jer yang pandai-pandai buat andaian. Tak boleh,
tak boleh. Aku mesti siasat dulu perkara ni. Tapi, macam mana? Permukaan siling
dipandangnya. Tiba-tiba dia tersenyum. Ilham sudah datang menjelma. Aku rasa aku dah tahu
nak buat macam mana.

**********

Bantal tidurnya basah dengan airmata yang mengalir keluar dari kolam mata. Tidak
henti-henti air jernih itu mengalir. Maisarah mencapai tisu yang berada di sebelah kirinya. Air
mata yang mengalir dilap supaya tidak terus menitik. Peristiwa yang berlaku siang tadi
memilukannya. Suara Farish yang selama ini dirinduinya terngiang-ngiang di dalam minda.
Wajah comel lelaki itu turut bermain-main. Entah kenapa, dia malu untuk berdepan dengan
lelaki itu. Banyak kesalahan yang telah dilakukannya. Dia tidak sanggup melihat lelaki itu
bersedih lagi kerananya. Cukuplah dengan apa yang telah menimpa lelaki comel itu. Biarlah dia
pergi membawa diri serta hati yang rawan ini. Walau kerinduan berbukit di hati, terpaksa
digagahinya juga untuk menerima takdir yang telah ditentukan buatnya. “Aku mesti kuat, aku
mesti lupakan Is,” tekad Maisarah di dalam hati.

128
26
Sudah dua hari berlalu, namun sambutan Hari Guru masih lagi berbekas di hati penghuni
Lagenda Permai. Kemeriahan majlis yang disambut mereka itu disimpan kemas di dalam kotak
memori. Kenangan indah yang mungkin akan diingati buat selama-lamanya. Namun tidak bagi
Farish. Sambutan Hari Guru pada tahun itu dirasakannya hambar. Walaupun kelasnya
dinobatkan sebagai gerai terbaik, namun ia tidak berkesan dihati Farish. Kehadiran Maisarah
pada hari yang gemilang itu benar-benar menghantuinya. Dia keliru dengan tindakan Maisarah
yang cuba lari darinya. Apa salah yang telah dilakukannya sehingga dilayan begitu. Sepatutnya,
dialah yang perlu merajuk dan berjauh hati kerana Maisarah tidak pernah sekalipun melawatnya
sewaktu dia terbaring di hospital dahulu.

Loceng menandakan waktu rehat mengejutkan Farish. Dia segera mengemas buku-
bukunya. Armand dan Rizman yang sudah siap mengemas menghampirinya.

129
“Jom makan,” ajak Armand. Rizman yang berdiri disebelahnya tersenyum.

“Korang pergilah dulu. Aku ada hal la. Nanti aku pergi,” balas Farish. Armand dan
Rizman mengangguk. Mereka berjalan menuju ke kantin sekolah meninggalkan Farish yang
masih lagi berdiri di tempatnya. Dia segera melangkah meninggalkan kelas 3 Anggerik sebaik
sahaja bayangan dua sahabatnya itu hilang dari pandangan. Langkah dihala ke taman sekolah.
Setibanya disana, Farish mencari-cari kelibat seseorang. Diperhatinya sekeliling kawasan taman
mini itu. Mana dia ni? Kata nak jumpa kat sini.

“Farish!” laung satu suara. Farish menoleh mencari punca suara yang didengarnya.
Kelihatan seorang pelajar perempuan sedang melambaikan tangannya dari jauh. Farish
mengamati susuk tubuh yang sedang berjalan ke arahnya. Ha, sampai pun.

“Sorry, lambat. Dah lama tunggu?” soal Natasha yang sedang berdiri dihadapan Farish.
Wajah mulus itu dipandang Farish.

“Takde lah, baru jer sampai,” balas Farish.

“Baguslah tu. Jom, kita duduk kat sana,” ajak Natasha sambil tangannya dihalakan pada
pondok yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Farish mengikut Natasha yang sedang
berjalan mendahuluinya ke pondok rehat.

Natasha duduk pada bangku yang disediakan. Farish mengikut perlakuannya. Dia
mengambil tempat di sebelah kanan Natasha.

“Kata tadi ada benda nak tanya. Apa dia?” Farish memulakan bicara. Rambutnya yang
jatuh menutup sebahagian dahi ditolak kebelakang.

“Kalau Tasha tanya sikit jangan marah ya,” pohon Natasha.

“Tanyalah,” balas Farish ringkas.

“Macam mana Farish kenal Kak Mai?” aju Natasha. Soalan yang sudah lama terpendam
di dalam benaknya itu diluahkan juga. Farish tidak terus menjawab. Dia lebih selesa membuang
pandang pada kolam mini yang terletak di hadapan pondok rehat. Nafas ditariknya dalam-dalam.
Keluhan berat dilepaskan.

130
“Kami dah lama berkawan. Sejak dari kecil lagi. Sara tu kawan lama Farish,” jawab
Farish tenang. Natasha memandang wajah comel Farish. Cuba mencari keikhlasan di sebalik
jawapan yang diberi.

“Kalau Tasha cakap sikit jangan marah ek. Farish pernah kemalangan ke?” Natasha
memberanikan diri bertanya soalan yang lebih serius. Farish segera menoleh padanya. Wajahnya
berkerut. Macam mana dia tahu?

“Mana Tasha tahu?” tanya Farish hairan. Natasha tersenyum. Soalan Farish secara tidak
langsung menjawab pernyataannya sebentar tadi.

“Kak Mai yang cerita. Dia kata, dia ada seorang kawan lelaki. Budak lelaki tu selalu
bermain dengan Kak Mai. Tapi, bila budak tu ditimpa kemalangan, Kak Mai rasa serba salah
sangat. Dia rasa yang dia bertanggungjawab atas semua yang berlaku pada budak tu. Kebetulan
pada waktu yang sama, family Kak Mai kena pindah ke Australia. Jadi, Kak Mai tinggal dengan
family Tasha. Waktu tulah Kak Mai cerita semua ni,” terang Natasha panjang lebar. Farish
mendengar dengan penuh teliti. Jadi, tahulah dia kenapa Maisarah cuba bersembunyi
daripadanya. Rupa-rupanya Sara rasa bersalah pasal accident tu. Patutlah dia asyik mintak
maaf saja kat dalam surat.

“Memang betul cerita Tasha tu. Budak lelaki tu adalah Farish. Memang dulu, Farish
pernah accident. Tapi tak sangka pulak yang Sara rasa bersalah. Farish tak pernah salahkan Sara
atas apa yang berlaku. Kemalangan yang berlaku tu, atas kecuaian Farish sendiri. Sara tak ada
kena-mengena dengan semua tu,” ucap Farish. Matanya kembali dihalakan pada kolam mini.
Natasha memandang Farish. Rasa simpati bertandang di tangkai hatinya. Kini dia tahu yang
Farish dan Maisarah tidak salah apa-apa. Cuma kedua-duanya keliru dengan apa yang telah
berlaku. Perlukah aku menolong?

“Farish nak tak kalau Kak Mai berbaik semula dengan Farish?” tanya Natasha. Farish
memandang wajah Natasha. Seakan tidak percaya dengan pelawaan yang didengarnya itu.
Namun dalam begitu, hatinya berbunga riang kerana sekurang-kurangnya Natasha sudi
membantu.

131
“Kalau masa boleh diubah, Farish nak sangat kembali pada masa kami mula-mula
berkawan. Tiada apa yang mampu pisahkan kami waktu tu,” ujar Farish.

“Jangan risau, Kak Mai masih sayangkan Farish. Tasha tahu hati Kak Mai, sebab dia
selalu cerita pasal Farish. Tasha juga boleh tolong kalau Farish nak,” kata Natasha. Cuba
menceriakan hati Farish yang mula suram.

“Terima kasih sebab Tasha sudi bantu Farish. Tapi, apa yang perlu kita buat. Sara sendiri
tak mahu jumpa dengan Farish. Macam mana nak setelkan perkara ni,” Farish meluahkan
kebimbangannya.

“Tu, Farish jangan risau. Tasha akan uruskan. Yang penting, Farish kena bersedia bila
jumpa dengan Kak Mai nanti,” Natasha memberikan jaminannya.

“Tasha ada plan?” soal Farish. Tasha mengangguk sambil tersenyum.

“Sini,” panggil Natasha. Farish mendekatkan telinganya pada Natasha. Natasha


membisikkan rancangan yang sedang berlegar di dalam akalnya pada Farish.

“Boleh jadi ke?” tanya Farish ragu-ragu.

“Jangan risau. Mesti jadi punya. Yang penting sekarang ni, Farish kena bersedia,” balas
Natasha dengan penuh yakin.

Loceng menandakan tamatnya waktu rehat berbunyi. Natasha dan Farish bangun dari
tempat masing-masing.

“Ingat tau, hujung minggu ni kita jalankan plan kita,” pesan Natasha sebelum melangkah
pergi meninggalkan Farish yang masih lagi berdiri di bawah pondok rehat. Farish mengangguk
tanda faham. Bayang Natasha diperhatikannya dengan ekor mata. “Harap-harap jadilah plan
ni,” doa Farish dalam hati.

**********

132
Malam itu, Natasha tidak senang duduk. Dia memikirkan tentang rancangan yang telah
dibuatnya. Hish! Apasallah aku ni memandai-mandai pergi buat keputusan sendiri. Sekarang,
dah padan dengan muka aku. Macam mana aku nak ajak Kak Mai ni. Fikirannya buntu.
Bermacam-macam alasan yang difikirkan untuk mengajak Maisarah keluar dengannya hujung
minggu ini. Agak-agak kalau aku kata nak makan kat restoran tu sebab aku suka dengar band
kat situ buat performance dia terima tak. Harap-harap dia terimalah kot.

“Betul ke apa yang aku buat ni?” Natasha bertanya pada hatinya. Sudah beberapa kali
soalan itu ditanyakan pada dirinya. Dia takut kalau apa yang dilakukannya ini akan mengeruhkan
lagi keadaan yang sedia ada. Dia tidak mahu menghancurkan hidup kakak angkatnya itu. Kalau
boleh, dia mahu kakaknya itu bahagia. Sudah acapkali dia melihat Maisarah menangis sendirian.
Dia tahu kakak angkatnya itu sedang menyimpan rindu yang mendalam pada Farish. Sebab
itulah dia sudi menawarkan dirinya untuk membantu Farish menjernihkan kembali hubungan
mereka. Dia berharap yang Farish dan Maisarah akan kembali mesra seperti dahulu. “Ya Allah,
jika apa yang aku lakukan ini betul. Permudahkanlah Ya Allah,” doa Natasha dalam hati.

27
Seperti yang telah dirancang oleh Natasha dan Farish, mereka akan bertemu di Restoran
Sri Jati, iaitu restoran kepunyaan kawan Tan Sri Khalid. Puas Natasha memujuk Maisarah
supaya menemaninya makan malam di restoran itu. Akhirnya Maisarah akur. Dia tidak mahu
Natasha berkecil hati sekiranya dia menolak pelawaan adik angkatnya itu.

Natasha dan Maisarah tiba di Restoran Sri Jati tepat pukul 8 malam. Kehadiran mereka
disambut mesra oleh pelayan yang setia menunggu di pintu masuk utama restoran. Pelayan yang
tidak pernah lekang dengan senyuman menunjukkan duduk letak meja yang sudah ditempah
Natasha. Dia sengaja menempah meja makan yang berada paling hampir dengan tingkap dan
pada masa yang sama tidak berapa jauh dari pentas kerana itulah yang dirancangnya bersama-
sama Farish. Dia dan Maisarah mengambil tempat sebaik sahaja tiba di meja yang ditunjukkan
pelayan. Punggung dihenyak pada permukaan kerusi.

133
“Cantik restoran ni. Tasha selalu ke makan kat sini?” Maisarah mula bersuara. Matanya
liar memerhati ke sekitar ruang dalam restoran. Natasha senyum memandangnya.

“Tak lah selalu sangat. Tapi Tasha suka makan kat sini sebab band yang perform kat sini
best-best,” balas Natasha. Maisarah mengangguk tanda faham. Matanya masih lagi memandang
ke sekeliling restoran.

“Selamat datang cik,” kata seorang pelayan yang sedang berdiri di sebelah meja di mana
Natasha dan Maisarah sedang duduk. Mereka memandang pelayan yang sedang tersenyum itu.

“Cik berdua nak makan apa?” tanya pelayan itu sambil menghulurkan menu kepada
Natasha dan Maisarah. Buku menu yang menyenaraikan pelbagai jenis makanan ditatap Natasha
dan Maisarah. Dari makanan melayu hinggalah makanan barat, semuanya ada disenaraikan di
dalam menu.

“Bagi saya mee kari dan fresh orange ya,” kata Natasha. Menu yang dipegangnya ditutup
dan dipulangkan kepada pelayan. Pelayan itu mengambil menu yang dihulurkan dan mencatat
pesanan yang dibuat Natasha. Dia kemudiannya memandang Maisarah yang masih lagi asyik
meneliti menu.

“Saya nak air laici dan nasi goreng kampung,” ucap Maisarah lembut. Menu diserahkan
pada pelayan.

“Itu saja ya,” kata pelayan restoran sebelum beredar meninggalkan Natasha dan
Maisarah.

“So, band apa yang perform hari ni?” tanya Maisarah pada Natasha.

“Hari ni ada band baru. Vokalis dia lelaki. Cute sangat,” balas Natasha.

“Sukalah tu, dapat tengok lelaki cute,” sakat Maisarah.

“Mestilah suka. Tapi, kalau nak ambik sebagai boyfriend tak nak Tasha,” ucap Natasha.
Matanya yang bulat itu dikecilkan.

“Sebab apa?” soal Maisarah ringkas.

134
“Kalau dapat boyfriend yang cute sangat, susah nak jaga. Kalau keluar pergi jalan-jalan
mesti ramai yang pandang. Jeles la Tasha nanti,” balas Natasha selamba. Maisarah ketawa
mendengar jawapan Natasha.

“Habis tu, Tasha nak yang macam mana?” Maisarah bertanya lagi. Mungkin berminat
dengan topik yang mereka bualkan.

“Kalau boleh, Tasha nak yang sedang-sedang. Taklah hensem sangat. Muka dia manis
jer. Sedap mata memandang kata orang. Pastu, senyuman dia mesti manis,” terang Natasha.
Maisarah mendengar penuh minta.

“Macam Rizman?” duga Maisarah. Dipandangnya wajah Natasha yang mula merona
merah. Dia tahu yang tekaannya betul. Adik angkatnya itu sudah terpaut pada Rizman.

“Hish! Mana ada, Tasha kecik lagi. Mana boleh bercinta,” bidas Natasha. Kepalanya
ditundukkan sedikit. Malu dengan apa yang dikatakan Maisarah. Dia tahu ke yang aku suka kat
Man? Malunya aku kalau dia tahu. Tapi, apa salahnya. Kak Mai pun bercinta juga.

Sedang Natasha dan Maisarah asyik berbincang tentang lelaki pilihan mereka, seorang
pelayan datang menghampiri. Pesanan yang dibuat sebelum ini diletakkan di atas meja. Maisarah
dan Natsha mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan. Pelayan itu kemudiannya
melangkah meninggalkan meja makan setelah selesai menjalankan tugasnya.

“Hmm..sedaplah. Patutlah Natasha suka datang sini,” kata Maisarah. Mulutnya masih
lagi mengunyah nasi goreng kampung yang disuap sebelum ini. Natasha tersenyum mendengar
komen Maisarah.

“Sedapkan, tulah…rugi kalau Kak Mai tak ikut tadi,” ujar Natasha. Dia melirik jam
tangan yang dipakainya. Ah, dah nak dekat ni. Baik aku cabut.

“Akak tunggu sini kejap ya, Tasha nak ke toilet,” Natasha meminta izin untuk beredar.
Maisarah mengangguk.

Natasha berjalan menuju ke ruang belakang restoran. Matanya liar mencari pintu tandas.
Setelah menjumpai apa yang dicari, dia mempercepatkan langkah ke sana. Daun pintu dikuak
lembut. Kaki dihalakan ke ruang dalam tandas.

135
Sementara itu, Maisarah masih lagi menjamah hidangan yang berada dihadapannya. Nasi
goreng kampung yang dipesannya benar-benar membuka selera. Air laici yang dicampur ais juga
dihirup bagi membasahkan tekak. Ketika Maisarah sedang asyik menjamu selera, kedengaran
suara pengacara majlis sedang membuat pengumuman di atas pentas. Maisarah tidak ambil
pusing. Dia masih lagi dengan nasi goreng kampungnya. Tepukan diberi pada band yang baru
menaiki pentas.

“Lagu ini, saya tujukan buat teman saya yang sudah lama menghilang. Dan jika dia
sedang mendengar, saya ingin ucapkan pada dia yang saya benar-benar rindukan waktu kecil
kita,” suara vokalis kumpulan kedengaran jelas dicuping telinga Maisarah. Namun, dia masih
tidak menghiraukan suara itu kerana kelazatan makanan yang dijamahnya lebih menggamit
tumpuan ketika itu.

“Terimalah, ikhlas dari hati saya. Lagu, Cerita Sewaktu Kecil. Semoga anda semua
terhibur,” tambah vokalis itu lagi. Bibirnya yang comel mula bergerak menyampaikan lagu,
sementara jarinya ligat memetik tali gitar yang dipegang. Melodi yang harmoni hasil daripada
gabungan suara vokalis dan petikan gitarnya melalaikan hati yang mendengar. Terasa seperti
diawangan. Bait-bait lirik kedengaran jelas di corong telinga.

Saya suka sorang budak, nama dia Sara


Dia suka makan aiskrim comot-comot
Tapi..Sara comel sangat
Hari-hari Sara tunggu saya balik sekolah
Kalau Sara tunggu, bawa aiskrim dua
Saya..sayang Sara sangat
Biarkanlah..biarkanlah
Biarkanlah..biarkanlah
Biarkanlah..biarkanlah
Biarkanlah..biarkanlah
Bila petang-petang, kita main dekat padang
Sara suka tolak, jatuh dan tersungkur
Tapi..saya sayang Sara
Bila besar nanti saya nak kahwin dengan Sara

136
Mama Sara baik, suka pujuk saya
Sebab mama sayang saya
Biarkanlah..biarkanlah
Biarkanlah..biarkanlah
Biarkanlah..biarkanlah
Biarkanlah..biarkanlah
Sekarang Sara tak ada lagi dalam dunia saya
Saya suka tunggu Sara dekat taman
Saya..rindu Sara sangat
Biarkanlah..biarkanlah
Biarkanlah..biarkanlah
Biarkanlah..biarkanlah
Biarkanlah..biarkanlah

Maisarah terkaku apabila bait-bait lirik lagu yang disampaikan penyanyi itu menyapa
telinganya. Terasa seperti lagu itu ditujukan khas buatnya. Lantas, perhatiannya dihalakan ke
pentas. Ya Allah! Bermimpikah aku. Hati Maisarah berdegup pantas. Otaknya kosong tiba-tiba.
Air liur yang berada dikerongkong terasa berat untuk ditelan. Kelu lidahnya untuk bersuara.
Seperti melihat hantu lagaknya, Maisarah membatu di meja makan. Matanya tidak mempercayai
apa yang dilihat. “Ya Allah, sedarkan aku jika aku sedang bermimpi. Hapuskanlah wajahnya
dari bayangan mataku ini. Aku tidak sanggup lagi dibayangi oleh wajahnya,” doa Maisarah.

Bayangan penyanyi yang berada di atas pentas ditenung Maisarah. Dia ingin pastikan
yang dia tidak tersalah orang. Betul, itu memang dia. Aku takkan boleh lupa mata tu. Macam
mana dia boleh ada kat sini. Hurm, baik aku belah sekarang. Maisarah bangun dari tempat
duduknya. Dia mula mengatur langkah meninggalkan meja makan. Penyanyi yang baru sahaja
selesai membuat persembahan di atas pentas memandang pada Maisarah. Dia segera turun dari
pentas dan berjalan menuju ke pintu utama restoran, tempat di mana Maisarah sedang
melangkah. Langkah dipercepatkan apabila melihat Maisarah sudah semakin jauh
meninggalkannya.

137
“Tunggu dulu Sara,” laung penyanyi itu. Nafasnya tercungap-cungap kerana kepenatan
mengejar Maisarah sebentar tadi. Maisarah memberhentikan langkahnya. Dia menoleh
kebelakang. Bayang tubuh penyanyi itu ditatapnya. Air mata mula bertakung.

“Awak nak apa lagi Is. Semuanya dah tamat. Antara kita dah tak ada apa-apa,” ucap
Maisarah. Suaranya tersekat-sekat kerana cuba menahan sebak yang mula bersarang di dalam
hati.

“Jangan cakap macam tu Sara. Is tak pernah lupakan Sara selama ni. Kenapa mesti Sara
buang semua kenangan kita sebelum ini. Takkan Sara tak kesiankan Is. 7 tahun Sara, 7 tahun Is
tunggu untuk jumpa Sara. Tapi, kenapa mesti Sara lari,” kata Farish. Air matanya sudah laju
menuruni pipi. Rasa sayu yang bertahta dihati sudah tidak dapat dibendung lagi. Dia menangis
semahunya. Tiada lagi rasa malu untuknya menahan sebak yang menggunung. Biarlah Maisarah
tahu yang dia benar-benar rindukan teman lamanya itu.

Maisarah memandang wajah comel Farish. Sungguh, dia juga rindukan lelaki itu.
Walaupun wajahnya sudah bertukar rupa, tetapi mata coklat lelaki itu tetap dikenalinya. Mata
yang sering menganggu tidurnya.

“Sara berdosa Is. Sara banyak susahkan hidup Is. Sara tak sanggup nak pandang Is lagi.
Kita dah tak boleh lagi macam dulu,” rintih Sara. Kekesalannya selama ini terluah juga setelah
bertahun-tahun tersimpan kemas sebagai rahsia di dalam penjara hati.

“Tak Sara, Sara tak salah apa-apa. Is tak pernah salahkan Sara. Semua yang berlaku
sudah ditakdirkan buat Is. Is terima semuanya,” pujuk Farish.

“Tak, Sara yang patut bertanggungjawab. Kemalangan tu takkan berlaku kalau Sara ada
kat situ. Sara yang salah Is,” ucap Maisarah. Airmatanya sudah mula membasahi pipi. Sendu
mula menguasai badannya.

“Tolonglah Sara, jangan lari dari Is. Is dah tak sanggup lagi menunggu. Biarlah kita
mulakan hidup. Semua yang telah berlaku, kita simpan sebagai sejarah,” Farish masih lagi
memujuk. Nadanya kedengaran perlahan. Dirapatinya Maisarah yang masih lagi kaku berdiri.
Kepala gadis istimewanya itu diletakkan di bahu. Kepala diusap dengan lembut. Sendu sudah
mula reda. Airmata juga sudah mula kering dibawa oleh angin malam. Bayu yang bertiup dikala

138
itu semakin kuat hembusannya. Meniup semua yang menghalang perjalanannya, serta membawa
kesedihan yang dirasai oleh Farish dan Maisarah.

Di dalam ruang restoran, Natasha melihat pasangan itu dengan linangan air mata. Betapa
sucinya kasih-sayang yang termeteri di hati mereka. Sungguh, dia mengagumi kebesaran yang
Maha Esa kerana telah menyatukan kembali hati dua insan yang sedang merana. Semoga mereka
kekal bahagia selamanya. Amin.

28
Angin Jun yang bertiup membawa sekali perkhabaran gembira buat penghuni Lagenda
Permai. Cuti sekolah yang sudah dua hari bermula menjadi saat yang paling dinanti-nantikan
oleh semua pelajar. Di waktu beginilah mereka akan menghabiskan masa mereka bersama
keluarga dan insan yang teristimewa. Begitu juga dengan Armand, Farish dan Rizman. Seperti
yang telah dirancang, mereka bertiga pergi berkhemah di kawasan air terjun berdekatan dengan
kampung Encik Shazlan. Turut sama di dalam perkhemahan itu adalah Encik Rahim dan Encik
Zulkefly. Mereka meninggalkan kereta di rumah ibu Encik Shazlan dan berjalan masuk ke dalam
kawasan hutan. Perjalanan dari tempat kereta ditinggalkan ke kawasan air terjun mengambil
masa kira-kira hampir dua jam. Khemah didirikan sebaik sahaja tiba di tapak perkhemahan.

Rizman, Armand dan Farish berkongsi satu khemah manakala Encik Shazlan, Encik
Rahim dan Encik Zulkefly tinggal di dalam khemah yang satu lagi.

139
“Man ajak kawan-kawan pergi cari kayu api boleh?” ujar Encik Zulkefly pada anaknya.
Rizman mengangguk. Dia kemudiannya mengajak Armand dan Farish untuk mencari kayu api
sementara Encik Zulkefly dan rakannya yang lain mengemas tapak khemah.

“Kita nak cari kayu api kat mana?” tanya Farish sewaktu mereka sedang berjalan
menjauhi tapak perkhemahan.

“Kita cari sekitar sini jer,” jawab Rizman. Mereka masih meneruskan perjalanan
sehingga tiba di kawasan air terjun.

“Wah! Best nyer,” kata Farish riang. Dia berlari meninggalkan Armand dan Rizman yang
masih lagi berdiri dan segera meluru ke tepi sungai. Armand dan Rizman menggelengkan kepala.
Geli hati melihat keletah Farish yang macam budak-budak itu.

“Sejuknya air ni,” ujar Farish. Kaki dimasukkan ke dalam anak sungai. Armand dan
Rizman yang sudah tiba dibelakangnya turut mengikut perlakuan Farish.

“Nyaman kan tempat ni,” ucap Rizman. Matanya dipejam dan udara sekeliling dihidu
puas-puas. Terasa nyaman hingga ke tekak.

“Pandai bapa kau cari tempat,” sokong Armand. Dia menghalakan pandangan pada air
terjun yang mengalir laju dihadapannya.

“Aku pun tak sangka tempat yang bapa aku nak bawak kita camping cantik macam ni,”
kata Rizman lagi. Mereka bertiga duduk di birai sungai sambil menikmati keindahan yang
terbentang di hadapan mereka. Tiada kata-kata yang kedengaran dari mulut mereka kerana
masing-masing sibuk pelayan perasaan sendiri. Tiba-tiba, Armand bersuara setelah lama mereka
berdiam.

“Eh, dahlah. Jom pergi kita cari kayu api. Kang tak makan pulak kita malam ni,” ingat
Armand. Dia bangun dari duduknya. Rizman dan Farish masih lagi tidak berganjak.

“Ala, rileks la Am. Kita baru jer sampai. Lagipun banyak jer kayu api kat sini. Nanti kita
kumpul la,” kata Farish. Dia tidak mahu berganjak dari tempat duduknya kerana masih belum
puas merasa kesejukkan air sungai itu. Armand menggelengkan kepalanya. Macam-macam.

140
“Dahlah, korang dua duduk sini dulu. Aku try tengok-tengok sekeliling kalau ada kayu
api yang boleh kita kutip,” cadang Armand. Rizman dan Farish mengangguk setuju.

Armand melangkah meninggalkan Rizman dan Farish di tepi sungai sementara dia pergi
mencari kayu api di sekitar kawasan. Derapan langkah di atur kemas. Setiap langkahnya di buka
dengan penuh yakin. Setelah hampir 10 minit berjalan, Armand memandang ke sekeliling.
Kawasan itu dirasakannya begitu asing sekali. Kat mana aku ni? Tadi aku tak nampak pun pokok
besar ni. Entah-entah aku dah sesat tak. Hish! Jangan, aku dah lah tak buat penanda tadi. Habis
aku, mana nak cari jalan balik ni.

Armand mula panik. Peluh sebesar biji kacang hijau menitik di dahi. Dia tidak tahu
bagaimana untuk pulang ke kawasan air terjun. Malah, dia juga tidak membawa apa-apa
peralatan yang boleh digunakannya untuk membantu. Sedang Armand cuba mengingati jalan
yang pernah dilaluinya, tiba-tiba dia terlihat sebuah pondok usang. Pondok yang sudah tidak
berpenghuni itu dirapatinya. Selangkah demi selangkah dipasangnya dengan berhati-hati. Tiba-
tiba, dia terasa seperti ada benda keras yang menghantuknya dari belakang. Kepalanya terasa
sakit dan pandangan mula berpinar-pinar. Pondok dihadapan kelihatan samar-samar sahaja.
Badannya mula lemah dan kaki pula seperti terkunci. Tidak berapa lama kemudian, Armand
rebah ke tanah tidak sedarkan diri.

Sementara itu, Rizman dan Farish masih lagi berbual-bual di tebing sungai.

“Ris, aku tengok kau happy jer sehari dua ni. Ada apa-apa ke?” tanya Rizman ingin tahu.
Wajah comel Farish direnungnya. Farish membalas pandangan Rizman. Senyuman diukir
dibibir.

“Mana ada, aku biasa jer la,” nafi Farish. Pura-pura tidak mengetahui soalan yang
diajukan Rizman padanya.

“Kau jangan nak tipu akulah. Aku bukan sehari dua kenal kau. Cakaplah, takkan dengan
aku pun kau nak berahsia,” Rizman cuba memancing. Perasaan ingin tahu mula membuak-buak.

“Betul kau nak tahu?” Farish bertanya inginkan kepastian. Rizman mengangguk.

141
“Aku dah berbaik semula dengan Sara,” jawab Farish jujur. Rizman memandang wajah
Farish. Cuba mencari kebenaran akan kata-kata yang didengarinya itu.

“Baguslah tu, akhirnya kau jumpa juga dengan orang yang kau cari selama ni. Aku
tumpang gembira dengan kau. Tapi, macam mana kau setelkan,” kata Rizman.

“Tasha yang tolong aku. Dia yang plan semua rancangan untuk bantu aku berbaik semula
dengan Sara,” jelas Farish. Rizman mengangguk tanda faham. Dia gembira apabila mendengar
cerita Farish dan baginya, cerita Farish ini sangat menyentuh hati. Walaupun lelaki yang
berperwatakan seperti kanak-kanak ini selalu riang dan gembira, namun jauh di sudut hatinya,
ada sesuatu yang disimpan. Kesunyian kerana ditinggalkan orang yang tersayang. Itulah yang
telah menghuni hati Farish sejak sekian lama. Namun, kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya.
Maisarah, teman yang dicari selama ini sudah ditemui dan hubungan mereka yang lama terpisah
kini terjalin mesra. “Aku doakan semoga kau bahagia Ris,” ujar Rizman dalam hati.

“Eh, mana Armand ni. Dah dekat setengah jam dah ni. Takkan tak jumpa lagi kayu api,”
ucap Rizman tiba-tiba. Dia mula teringatkan Armand yang sedang mencari kayu api. Farish turut
hairan. Sudah lama mereka menunggu di situ, tetapi bayang Armand masih belum kelihatan.

“Man, aku rasa tak sedap hatilah. Jangan-jangan Am sesat tak,” Farish meluahkan
kebimbangannya.

“Aku pun rasa begitu. Jom kita cari dia,” Rizman turut menyatakan kerisauannya.
Mereka berdua mula berjalan meninggalkan kawasan air terjun. Langkah dihalakan pada jalan
yang pernah dilalui Armand.

“Kau rasa betul ke jalan yang kita masuk ni?” soal Farish ragu-ragu. Rizman yang berada
dihadapan diturutinya.

“Betullah ni. Aku yakin. Jalan nilah yang Armand lalu tadi,” jawab Rizman yakin.
Matanya liar mencari bukti-bukti kewujudan Armand di situ. Mereka berjalan menyelusuri jalan
yang dikatakan bekas laluan Armand itu selama hampir 10 minit. Tiba-tiba, Farish
terpandangkan sebuah rumah usang yang tidak berpenghuni. Dia segera memberitahu Rizman
tentang rumah yang dijumpainya.

142
“Man, tengok tu,” kata Farish sambil menunjukkan sebuah rumah kosong yang berada
tidak berapa jauh dari tempat mereka.

“Entah-entah Am ada kat dalam tu tak. Jom pergi tengok,” cadang Farish. Dipandangnya
Rizman disebelah. Rizman terdiam, cuba berfikir. Mungkin betul apa yang Ris cakap. Entah-
entah, Am ada kat dalam rumah tu.

“Jom kita pergi tengok,” ajak Rizman. Farish mengikutnya dari belakang. Mereka
berjalan menuju ke rumah yang dimaksudkan Farish sebelum ini. Langkah di atur dengan
berhati-hati.

“Kau dengar tak Man?” tanya Farish pada Rizman. Rizman memghentikan langkahnya.
Telinga dipasang untuk mendengar suara yang dimaksudkan Farish. Suara seorang lelaki sedang
bercakap menampar gegendang telinga Rizman. Dia mengangguk lembut sebagai tanda
mengiyakan kata-kata Farish.

“Kau rasa suara siapa?” soal Farish. Wajahnya jelas terlukis reaksi takut.

“Ni bukan suara Am,” jawab Rizman yakin.

“Jom kita pergi tengok,” ajak Farish. Rizman mengangguk setuju.

Mereka merangkak menghampiri rumah kosong. Rizman cuba mencari lubang pada
dinding rumah yang boleh dijadikannya sebagai tempat mengintai. Setelah puas membelek
dinding kayu itu, akhirnya Rizman menjumpai sebuah lubang kecil di sudut kiri rumah. Dia
melekapkan matanya pada lubang kecil itu.

“Ada nampak apa-apa tak?” bisik Farish yang sedang berdiri dibelakangnya. Matanya liar
memandang ke sekeliling. Cuba memastikan yang tiada orang sedang melihat mereka.

“Kejap, aku tengah tengok,” jawab Rizman separuh berbisik. Perhatiannya difokuskan
pada ruang dalam rumah. Sedang dia cuba mencari-cari kelibat manusia di dalam rumah kosong
itu, matanya tertacap pada sekujur tubuh yang terbaring di atas lantai. Kaki dan tangannya
kelihatan sedang terikat dengan kain putih. Rizman cuba mengamati tubuh yang dilihatnya itu.
“Am!” jerit Rizman dalam hati.

143
“Ris, aku dah jumpa Am. Dia ada kat dalam,” kata Rizman riang. Dia berharap yang
Farish akan gembira dengan kata-katanya. Namun, tiada respon yang diterimanya dari Farish.
Hanya bunyi suara alam sahaja yang didengarinya. Rizman hairan.

“Ris, kau dengar tak. Aku dah jumpa Am,” ulang Rizman lagi. Kali ini kepalanya
ditolehkan ke belakang. Alangkah terkejutnya Rizman sebaik sahaja pandangannya di alih ke
belakang. Farish dilihatnya sudah terikat.

“Jangan cuba nak buat apa-apa,” kata lelaki yang sedang berdiri menghadap Rizman.
Muncung pistol dihalakan kearahnya. Lelaki itu memakai kemeja-T berwarna merah manakala
rakannya yang sedang memegang Farish pula memakai kemeja-T berwarna biru.

“Letakkan kedua-dua tangan ke belakang,” arah lelaki yang memakai baju merah itu.
Rizman akur. Dia meletakkan kedua-dua belah tangannya ke belakang, seperti yang diarahkan.
Lelaki berbaju merah itu mengikat tangan Rizman dengan kain batik. Rizman tidak melawan.
Dia terpaksa akur dengan tindakan yang dilakukan lelaki berbaju merah itu kerana bimbangkan
keselamatan Farish dan juga dirinya.

“Sekarang jalan,” kata lelaki berbaju merah sambil mengacukan pistolnya ke belakang
Rizman. Mereka dibawa masuk ke dalam rumah.

“Bos, saya jumpa dua orang lagi budak tengah mengendap kat luar,” kata lelaki berbaju
merah pada seorang lagi lelaki yang sedang duduk menghadapnya. Lelaki itu kelihatan kemas
berpakaian kemeja putih dan tali leher merah yang sudah dilonggarkan sedikit dari lehernya.

“Mungkin mereka ni kawan baik dia. Bawak mereka berdua ke dalam,” arah lelaki bertali
leher itu. Lelaki berbaju merah serta rakannya mengangguk tanda faham. Mereka membawa
Rizman dan Farish ke dalam sebuah bilik di mana kelihatan sekujur tubuh sedang terbaring di
perut lantai. Tubuh itu amat dikenali Rizman dan Farish.

“Am!” jerit Rizman dan Farish serentak. Mereka mula bergelut minta dilepaskan.
Namun, usaha mereka sia-sia kerana kain yang mengikat tangan mereka masih tetap kemas
walaupun sudah beberapa kali cuba dirungkai.

144
“Duduk sini diam-diam,” kata lelaki berbaju merah. Rizman dan Farish dibiarkan di
dalam bilik yang kosong itu.

“Am, bangun Am,” kata Rizman, cuba menyedarkan Armand yang masih lagi terbaring.
Armand membuka kelopak matanya. Pandangannya masih lagi pudar. Dikebil-kebilnya kelopak
mata supaya pandangan dihadapan kembali terang.

“Man, Ris macam mana korang boleh ada kat sini?” soal Armand apabila melihat
bayangan Rizman dan Farish dihadapannya. Dia bangun dari lantai.

“Kau pulak macam mana boleh terbaring kat sini?” Rizman memulangkan semula soalan
yang diajukan Armand. Armand memegang kepalanya. Terasa berdenyut dibahagian belakang.
Armand mengerutkan dahinya tanda sedang memikirkan sesuatu. Dia cuba mengingati peristiwa
yang telah berlaku padanya sebelum ini. Banyangan memori terpancar satu per satu di dalam
kotak fikirannya. Mulut mula dibuka untuk bersuara.

“Masa aku tengah cari kayu api tadi, aku ingatkan aku dah sesat sebab aku tak jumpa
jalan pulang. Jadi, aku pun paniklah. Puas aku pikir dari mana arah aku datang. Masa aku tengah
sibuk pikir, aku ternampak rumah ni. Aku ingat ada orang yang boleh tolong aku. Jadi, aku
masuklah. Tapi baru jer aku sampai kat tepi rumah, belakang kepala aku dah kena pukul. Bila
aku bangun jer, korang berdua dah ada kat sini,” terang Armand panjang lebar.

“Jadi, maknanya diorang semua tak usik kau lagi la. Nasib baik kau tak apa-apa,” ucap
Rizman lega. Farish turut menarik nafas lega apabila mendengar cerita Armand.

“Korang pulak, macam mana boleh sampai sini?” Armand mengulangi soalannya.

“Kitorang pergi cari kau, bila kitorang tunggu lama sangat kat tepi sungai tu. Kitorang
syak yang kau sesat. Man guna jalan yang kau pakai masa mula-mula cari kayu api tu. Bila
kitorang sampai saja kat depan tu, aku ternampak rumah ni. Aku dengar ada suara orang. Aku
bagitau la Man. Kemudian, kitorang try la intip takut-takut kau ada kat dalam. Masa kitorang
tengah sibuk mengendap, terus ada dua orang lelaki datang tangkap kitorang,” terang Farish.
Rizman mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Farish.

145
“Jadi, apa kita nak buat sekarang?” tanya Armand. Dia memandang wajah Rizman dan
Farish silih berganti.

“Jangan bimbang. Aku tak rasa mereka ni bahaya,” jawab Rizman tenang. Farish dan
Armand memandang wajah Rizman. Tumpuan diberi pada sahabat mereka itu.

“Kenapa kau cakap macam tu?” soal Farish ingin tahu.

“Kalau mereka nak culik kita, dah lama mereka buat masa kita kat kawasan air terjun
lagi,” ujar Rizman.

“Habis tu, diorang nak apa?” tanya Armand.

“Aku tak pasti, tapi aku rasa mereka nak korek sesuatu daripada kita bertiga,” terang
Rizman lagi. Suaranya kedengaran tenang.

“Nak korek apa? Aku bukannya ada harta pun, bapak aku banyaklah,” kata Farish. Dia
mula panik apabila mendengar jawapan Rizman. Kalau boleh, dia tidak mahu nyawanya berakhir
di rumah usang itu.

“Bukan harta, tetapi maklumat,” ucap Rizman tenang. Armand dan Farish terdiam.
Mereka merenung wajah Rizman yang sedang duduk menghadap mereka. Kebenaran cuba dicari
dari wajah manis itu. Kata-kata yang didengari mereka sebentar tadi mengundang rasa ingin
tahu. Maklumat apa? Siapa yang ada simpan rahsia?

Armand baru hendak membuka mulut untuk bertanya tetapi bunyi daun pintu yang
bergema di telinga mematahkan niatnya itu. Lelaki bertali leher masuk ke dalam ruang bilik. Di
tangannya terdapat sebuah dulang yang berisi roti dan air. Dia kemudian meletakkan dulang
yang dibawanya tadi dihadapan Armand, Rizman dan Farish.

“Makan,” kata pemuda bertali leher itu. Armand, Rizman dan Farish memandang wajah
lelaki dihadapan mereka itu dengan perasaan jelek. Rasa meluat membuak-buak di dalam hati.

“Lepaskan kami,” kata Rizman dengan berani. Dia memandang wajah lelaki
dihadapannya itu.

146
“Aku boleh lepaskan korang. Dengan syarat, korang semua jangan lari,” ucap pemuda
bertali leher. Armand, Rizman dan Farish diam tidak bersuara. Lelaki yang bertali leher
memanggil dua orang konconya masuk ke dalam bilik.

“Buka ikatan mereka,” arah lelaki bertali leher. Lelaki berbaju merah dan rakannya akur.
Mereka membuka ikatan pada tangan Armand, Rizman dan Farish. Setelah selesai, mereka
bergerak meninggalkan ruang bilik.

“Sekarang, makan,” kata lelaki bertali leher pada Armand, Rizman dan Farish. Mereka
bertiga akur. Perut yang sudah lama berkeroncong diisi dengan roti yang tersedia dihadapan
mereka. Pemuda bertali leher tersenyum melihat gelagat tiga remaja dihadapannya itu.

“Apa yang kau nak dari kami?” soal Rizman. Roti yang berada di tangan dikunyahnya
perlahan-lahan.

“Jangan takut. Aku tak nak apa-apa dari korang semua. Cuma aku ada sesuatu yang perlu
aku cakap pada kau,” balas lelaki bertali leher sambil tangannya dihalakan pada wajah Armand.
Rizman dan Farish segera memandang wajah tampan itu. Am kenal lelaki ni?

“Aku? Kenapa aku? Aku tak kenal kau,” ucap Armand hairan. Seumur hidupnya, dia
tidak pernah kenal dengan lelaki yang sedang duduk dihadapannya itu. Tetapi, hati kecilnya ada
mengatakan yang dia pernah melihat lelaki itu. Cuma dia ingat di mana mereka pernah berjumpa.
Lelaki bertali leher senyum mendengar respon Armand.

“Memang kau tak kenal aku. Tetapi, aku dah lama kenal kau. Sejak kau lahir lagi,” kata
lelaki bertali leher dengan tenang. Armand membutangkan matanya tanda tidak percaya dengan
apa yang didengar sebentar tadi. Rizman dan Farish turut terkejut dengan pernyataan lelaki
bertali leher.

“Siapa kau sebenarnya?” soal Armand ingin tahu. Nadanya kedengaran keras.

“Oh, aku lupa nak perkenalkan diri. Sorry. Nama aku Waiz, dan aku adalah pak cik kau,”
jawab Waiz tenang. Armand, Rizman dan Farish terlopong. Mereka tidak percaya dengan apa
yang didengari mereka sebentar tadi.

147
“Kau penipu!” jerit Armand. Dia tidak percaya dengan kata-kata Waiz. Masakan pak
ciknya sanggup menculik anak saudara sendiri jika apa yang dikatakannya tadi benar.

“Terpulang kepada kau sama ada mahu percaya atau tidak,” balas Waiz.

“Jadi, kenapa kau tangkap kami kalau kau benar-benar baik?” Rizman memberanikan diri
menyoal. Waiz memandang wajah Rizman. Kagum dengan kematangan fikirannya. Bijak budak
ni.

“Aku terpaksa, sebab aku dah tak ada cara lain lagi,” jawab Waiz. Dia tunduk
memandang lantai bilik.

“Dengan cara ini saja aku boleh ceritakan segalanya pada kau,” sambung Waiz.
Kepalanya di angkat dan matanya dihalakan pada Armand.

“Apa yang kau nak beritahu?” tanya Farish pula. Rasa takut sudah lama tiada dihatinya.
Dia selesa dengan layanan Waiz dan yakin bahawa lelaki itu tidak berbahaya.

“Cerita tentang asal-usul,” balas Waiz ringkas. Armand, Rizman dan Farish memandang
wajah Waiz. Perhatian diberi pada lelaki itu.

“Pasal asal-usul aku?” soal Armand. Waiz mengangguk apabila mendengar soalan yang
ditanya Armand.

“Ya, asal-usul sebenar kau. Cerita yang sengaja disembunyikan oleh ibu kau, Puan
Zainab,” kata Waiz. Wajahnya masih lagi tenang.

“Apa yang mak aku sembunyikan?” Armand melepaskan rasa ingin tahunya.

“Aku boleh ceritakan semuanya. Tapi sebelum tu, aku nak tanya kau dulu. Betul kau tak
ingat aku?” Waiz membalas soalan Armand dengan tanda tanya. Armand mengerutkan dahinya.
Cuba berfikir. Lubuk fikirannya diselongkar untuk mencari bayangan wajah Waiz. Seketika
kemudian, dia ternganga. Akalnya sudah mendapat jawapan yang dicari.

“Kau yang datang rumah hari tu,” ucap Armand perlahan. Waiz tersenyum. Dia tahu
yang Armand sudah mengingatinya.

148
“Betul. Aku yang datang ke rumah kau dulu. Kau nak tahu apa yang aku dan mak kau
bualkan?” tanya Waiz. Armand diam tidak bersuara. Dia menanti jawapan dari Waiz.

“Kami berbincang pasal kau. Tentang asal-usul kau yang sebenar. Kalau kau nak tahu,
kau sebenarnya adalah anak angkat Puan Zainab dan nama kau yang sebenar adalah Syed Indra
Zulkarnain bin Syed Marzuki,” ucap Waiz. Dia memandang Armand yang sedang kaku
merenungnya. Mungkin sedang mencari sisa-sisa kebenaran yang wujud di wajahnya.

“Kau terkejut? Ada banyak lagi perkara yang kau tak tahu pasal diri kau,” kata Waiz.
Matanya masih melekap pada wajah tampan Armand.

“Apa dia?” soal Armand tidak sabar.

“Kau bukannya berasal dari keluarga miskin kerana datuk kau adalah seorang jutawan
kapal,” jawab Waiz.

“Kalau betul aku ni anak angkat, habis mana keluarga sebenar aku?” Armand bertanya
lagi.

“Aku masih belum jumpa mereka,” balas Waiz tenang. Dia menundukkan kepalanya.
Airmuka jelas bertukar suram.

“Mana mereka pergi?” soal Armand.

“Mereka sedang bersembunyi,” ucap Waiz. Mata masih lagi di lantai.

“Sembunyi?” Farish menyoal kehairanan. Rizman yang berada di sebelah turut


menyatakan soalan yang sama di dalam hati.

“Oleh sebab kami berasal dari keluarga kaya, jadi ramai yang iri hati. Bapa kau, yang
juga adalah abang aku terpaksa menyembunyikan diri kerana diburu oleh satu sindiket haram.
Niat mereka adalah untuk menjadikan bapa kau sebagai tebusan untuk menguasai empayar
perkapalan yang dimiliki oleh datuk kau. Jadi, untuk merealisasikan impian mereka, ibu kau
telah dijadikan umpan. Kau, yang pada waktu itu masih berusia sebulan ditinggalkan dalam
jagaan Puan Zainab. Bapa kau terpaksa berbuat demikian kerana ingin keselamatan kau terjamin.
Selepas berjaya menyelamatkan ibu kau, bapa kau lari bersembunyi di kawasan pendalaman.

149
Aku pernah cuba untuk mencari, tetapi sampai sekarang aku masih belum berjumpa dengan
mereka,” terang Waiz panjang lebar. Armand, Rizman dan Farish mendengar penerangan Waiz
dengan teliti. Butir-butir kata yang mereka dengar cuba diproses oleh minda yang sedang sesak
dengan pelbagai persoalan. Armand termenung seketika. Cuba menghitung kebenaran yang
terkandung dalam cerita Waiz.

Rizman memandang Armand yang duduk sebelahnya. Dia tahu yang sahabatnya itu
sedang keliru dengan cerita yang didengarinya tadi. Mungkin tidak menyangka yang keluarga
Puan Zainab kini hanyalah keluarga angkatnya sahaja. Kesian Am.

“Semuanya terpulang pada kau sama ada untuk percaya atau tidak. Kau boleh tanya
sendiri dengan mak kau kalau kau tidak yakin dengan cerita aku. Dan lagi satu, aku ingin beri
kau pilihan, dan semua keputusan terletak di tangan kau. Kau boleh pilih sama ada ingin pulang
ke pangkuan keluarga asal kau dan menikmati kehidupan yang serba mewah atau kembali ke
pangkuan Puan Zainab seperti sekarang,” tambah Waiz. Wajah Armand yang sedia padat dengan
bermacam-macam perasaan ditenung Waiz. Dia tahu yang sukar bagi Armand untuk menerima
semua yang diceritakannya tadi dalam masa yang singkat. Remaja itu perlukan masa untuk
berfikir.

Waiz membuka mulut apabila melihat tiada respon yang ditunjukkan Armand.

“Kau tak perlu beri keputusan sekarang. Aku akan tunggu jawapan kau bila kau sudah
bersedia. Ni nombor aku. Kau boleh contact aku kalau kau dah bersedia dengan jawapan kau,”
ucap Waiz sambil memberikan kad perniagaannya pada Armand. Armand mengambil kad yang
dihulurkan padanya.

“Urusan aku dah selesai. Sekarang, kau dan kawan-kawan kau boleh pergi. Orang aku
akan tunjukkan korang berdua jalan untuk ke air terjun,” ujar Waiz lagi. Dia berjalan
meninggalkan Armand, Rizman dan Farish yang masih lagi duduk di atas lantai.

Armand memandang kad perniagaan yang dipegangnya. ‘Syed Ahmad Waiz bin Tan Sri
Syed Zakaria’ tertera di atas kad itu. Boleh ke aku percaya dengan cerita dia?

150
29
Armand tidak dapat melelapkan mata. Puas dia membetulkan posisi tidurnya, namun
tidak juga mendatangkan ngantuk. Dia mengiring ke kiri setelah lama menelentang memandang
siling. Betul ke cerita yang aku dengar? Boleh percaya ke? Kalau betul, apa keputusan yang
perlu aku buat? Hish, peningnya! Kenapalah benda-benda macam ni boleh berlaku kat aku.

Semenjak peristiwa yang berlaku sewaktu cuti sekolah duhulu, Armand tidak pernah
lekang daripada terus memikirkan tentang cerita yang didengarnya. Cerita tentang dirinya yang
merupakan seorang cucu kepada jutawan terkemuka. Sungguh tak masuk akal. Mana boleh aku
yang miskin ni jadi cucu orang kaya. Mustahil, mustahil. Tapi, logik jugak cakap Man. Rupa aku
dengan adik-beradik yang lain nampak berbeza. Tinggi pun tak sama. Mungkin ni adalah

151
petunjuk yang mengatakan aku ni anak angkat mak. Hurm, apa yang aku perlu buat? Perlu ke
aku tanya sendiri pada mak? Tapi, nak ke mak bagitau kalau aku tanya? Ah, mesti dia cerita
jugak kalau aku dah mendesak. Takkan dia nak simpan rahsia ni selama-lamanya.

Posisi diubah lagi. Kali ini, Armand mengiring ke kanan pula. Tangan diletakkan di
bawah bantal. Akalnya masih lagi ligat berfikir. Bila aku perlu tanya pada mak? Esok? Tak
boleh, trial dah dekat. Takkan aku nak kusutkan otak aku pulak. Sure hancur punca result aku
nanti. Hurm…baik aku tanya mak bila trial dah habis. Sekurang-kurangnya aku boleh rileks lagi
kalau cerita yang Encik Waiz cakap tu betul. Takdelah study aku terjejas.

Armand yakin dengan keputusannya. Dia tekad untuk bertanya perihal asal-usulnya pada
Puan Zainab sebaik sahaja selesai percubaan PMR yang bakal didudukinya minggu hadapan.
Pilihan yang dibuatnyan itu dirasakan tepat. “Baik aku fokus pada trial dulu. Semua masalah ni,
tolak tepi. Habis saja trial, aku mesti setelkan hal ni,” bisik Armand.

Kelopak mata mula dipejam. Mimpi indah menyelimut lenanya malam itu. Angin malam
yang bertiup lembut, turut sama mendodoi tidurnya. Malam itu, Armand termimpikan ibu
angkatnya, Puan Zainab.

30
Warna kirmizi yang terlukis di dada langit di pandang Natasha dengan penuh minat.
Keindahan alam yang diciptakan Tuhan tidak pernah membuatkannya bosan. Malah, rasa takjub
sentiasa berkunjung setiap kali dia melihat kebesaranNya. Dadanya akan terasa lapang setiap kali
melihat keindahan alam. Masalah yang berbukit terasa seperti hilang dibawa angin. Begitulah
cara yang dilakukan Natasha, setiap kali dirinya runsing memikirkan masalah. Tempat yang
menjadi kegemarannya untuk menenagkan fikiran adalah gazebo di halaman rumah. Kocakan air
kolam yang didengari sentiasa membuai hati perempuannya.

152
“Kenapa dia dah tak balas surat aku? Aku ada buat salah ke?” Natasha membisikkan
beberapa persoalan di dalam benaknya. Pandangan masih lagi di dada langit. Dahinya
dikerutkan tanda sedang berfikir.

“Dah nak dekat 3 bulan dia tak balas surat aku. Dia marah ke bila aku beritahu yang
aku suka kat Rizman? Ah, mustahil takkan Guardian Angel nak buat macam tu. selama ni pun,
dia selalu bantu aku. Takkan la dia nak marah pulak kalau aku syok kat Rizman. Ni mesti ada
sebab lain ni. Tapi, apa?,” monolog Natasha.

Hatinya resah. Selera makan dan minumnya juga sudah semakin berkurang. Entah
kenapa, dia sendiri tidak tahu. Guardian Angel yang dahulu setia menjawab setiap surat yang
diutusnya kini diam sepi tanpa sebarang berita. Kali terakhir dia mengutus surat pada jejaka itu
sewaktu sekolahnya sibuk mengadakan persiapan sempena Hari Guru. Di dalam surat itu, dia
menyatakan nama budak lelaki yang sering menganggu tidurnya. Tetapi, dia sendiri tidak
menyangka bahawa surat yang dihantarnya itu merupakan surat terakhir. Perhubungannya
dengan Guardian Angel terus terputus. Tiada langsung khabar berita yang diterimanya sehingga
hari ini. “Apa salah aku?” rintih hati Natasha.

Dari dalam rumah, Puan Ainon melihat gelagat Natasha. Dia tahu yang anaknya sedang
bersedih. Tetapi dia tidak tahu akan perkara yang merunsingkan puterinya itu. Kalau boleh, dia
ingin membantu. Tetapi apalah yang mampu dilakukannya ketika itu. Natasha berkeras untuk
merahsiakan masalahnya. Pernah dia bertanya jika anaknya itu mengalami masalah di sekolah.
Tetapi, jawapan yang diberi tidak sepeti yang disangka. Natasha hanya akan menggelengkan
kepalanya sambil tersenyum. Itulah respon yang diberikan padanya setiap kali dia menyuarakan
kerisauannya. Dia berharap sangat yang Natasha sudi berkongsi cerita dengannya. Dia tidak
sanggup melihat puteri tunggalnya itu bersedih. Kalau boleh, dia mahu Natasha kembali ceria
seperti sediakala.

153
31
“Seperti yang semua sedia maklum, peperiksaan percubaan PMR baru sahaja berakhir.
Jadi, hari ini saya akan umumkan keputusan percubaan bagi setiap pelajar. Saya minta, kamu
semua bersabar dan terima apa sahaja keputusan yang kamu dapat nanti. Bagi yang berjaya, saya
ucapkan tahniah dan bagi yang kurang bernasib baik, saya mahu kamu tingkatkan lagi usaha,”
kata Cikgu Fatimah selaku guru kelas 3 Anggerik. Semua pelajar yang berada dihadapannya
diam tidak bersuara. Debaran menunggu keputusan yang bakal diumumkan Cikgu Fatimah
semakin memuncak. Semua mata memandang tepat ke arah Cikgu Fatimah.

154
“Sebelum itu, saya nak umumkan nama pelajar yang mendapat keputusan percubaan
paling baik dalam sekolah kita tahun ini. Pelajar itu ialah,” ucap Cikgu Fatimah perlahan. Semua
yang berada di dalam kelas memasang telinga untuk mendengar kata-kata cikgu muda itu.

“Rizman,” sambung Cikgu Fatimah. Semua mata tertumpu pada Rizman. Tepukan
gemuruh dan pujian diberikan kepadanya. Rizman tunduk malu mendengar pujian yang
diberikan rakan-rakannya.

“Tahniah Rizman. Saya harap kamu kekalkan prestasi kamu ini,” ucap Cikgu Fatimah.
Dia kemudiannya mengumumkan keputusan pelajar-pelajar yang lain. Rata-rata pelajar di dalam
kelas 3 Anggerik memperoleh keputusan yang sederhana baik. Cikgu Fatimah sangat berpuas
hati dengan keputusan pelajar-pelajarnya. Mereka menunjukkan peningkatan yang cemerlang
jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar tahun lalu.

Loceng menandakan waktu rehat berbunyi. Cikgu Fatimah melangkah meninggalkan


kelas 3 Anggerik dan berjalan menuju ke bilik guru. Sementara itu, pelajar-pelajar yang lain
sibuk mengemas buku-buku mereka dan terus keluar dari dalam perut kelas setelah selesai
dengan kerja mereka.

“Wah, tak sangka aku. Hebat kau Man,” kata Armand. Dia menepuk bahu Rizman yang
berada di sebelah kanannya. Rizman tunduk malu. Dia segan dipuji begitu.

“Pandailah kau. Nanti kalau aku nak belajar dari kau boleh?” tanya Farish. Dia kagum
dengan kepandaian Rizman. Mungkin berkat usaha Rizman yang sentiasa bersama dengan buku
itu akhirnya membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka.

“Boleh, apa salahnya,” balas Rizman mesra. Senyuman tidak lekang dibibirnya.

Kini, semua pelajar Lagenda Permai mengenali Rizman bukan hanya kerana kematangan
fikirannya, tetapi kerana kepandaiannya. Semua akur dengan kebijaksanaan yang dimilikinya.

“Man!” panggil satu suara. Rizman, Armand dan Farish yang sedang berjalan menoleh
memandang tuan empunya suara.

“Natasha,” ucap Rizman apabila terlihatkan kelibat Natasha sedang berlari


mendapatkannya. Armand dan Farish tersenyum sambil memandang Rizman.

155
“Nampaknya, buah hati kau dah sampai Man. Kami pergi kantin dulu ya,” sakat Armand.
Farish yang berada di sisi ketawa mendengar usikan Armand. Rizman mencebik. Tidak senang
dengan kata-kata Armand tadi. Matanya dijeling pada Armand dan Farish yang sudah pun
meninggalkannya.

“Tahniah,” ucap Natasha yang baru sahaja tiba dihadapan Rizman. Nafasnya tercungap-
cungap kerana baru sahaja selepas berlari.

“Tahniah? Kenapa?” tanya Rizman tidak faham. Kening diangkat sebagai tanda
binggung.

“Eleh, buat-buat tak faham pulak. Tau la yang dia tu best student,” perli Natasha.
Mulutnya dimuncungkan. Rizman memandang reaksi Natasha. “Apa yang dia maksudkan?
Owh, pasal result trial aku kot,” bisik Rizman.

“Owh, pasal tu. Takdelah, bukannya bagus sangat pun,” Rizman merendah diri.

“Jom, kita pergi kantin. Hari ni Natasha belanja,” ajak Natasha. Rizman memandang
wajah comel Natasha. Mungkin tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

“Betul ke ni?” Rizman bertanya inginkan kepastian.

“Betul la,” jawab Natasha pendek. Rizman mengangguk tanda setuju. Mereka
kemudiannya berjalan menuju ke kantin sekolah.

“Man nak makan apa?” soal Natasha apabila mereka tiba di kantin. Dia beratur di laluan
yang telah disediakan. Rizman pula berdiri di belakang Natasha sambil matanya memandang
menu yang terpampang di dinding.

“Hurm, nasi lemaklah,” balas Rizman.

“Air?” Natasha bertanya lagi. Rizman yang berada di belakang direnungnya.

“Tak susahkan ke?” ucap Rizman berbahasa. Dia malu dilayan begitu oleh Natasha
kerana takut dipandang serong oleh pelajar lain. Kalau boleh dia tidak mahu dirinya dilabel
sebagai orang yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.

156
“Tak lah, mana ada susah. Kan tadi Tasha kata nak belanja. Cepatlah, nak minum air
apa?” Natasha menepis prasangka Rizman. Memang dia berniat untuk meraikan keputusan
Rizman yang cemerlang itu. Dia gembira apabila guru kelasnya mengumumkan nama Rizman
sebagai pelajar terbaik bagi percubaan PMR tahun ini. Jadi, sebab itulah dia beria-ia mencari
Rizman sebaik sahaja loceng rehat berbunyi.

“Sirap ais jerlah,” ucap Rizman ringkas.

“Betul?” tanya Natasha inginkan kepastian.

“Betul,” balas Rizman. Natasha mengangguk. Dia melangkah ke kaunter setelah tiba
gilirannya untuk membuat pesanan.

“Bang, kasi sirap ais dua, nasi lemak satu dan laksa satu,” Natasha memesan makanan
yang dibelinya. Not sepuluh ringgit bertukar tangan. Rizman menolong Natasha mengangkat
makanan yang sudah siap dipesan dan berjalan menuju ke ruang makan. Natasha mengambil duit
baki dari lelaki yang berada dihadapan kaunter bayaran. Setelah selesai, dia turut berjalan
mendapatkan Rizman.

“Terima kasih sebab sudi belanja,” Rizman menyatakan kesyukurannya pada Natasha di
atas pemberian yang diterimanya. Natasha tersenyum mendengar ucapan Rizman.

“No problem,” balas Natasha. Laksa yang berada dihadapannya dijamah dengan penuh
berselera.

Rizman dan Natasha menjamah makanan mereka sehingga kenyang. Rizman sekali lagi
mengucapkan terima kasih di atas kesudian Natasha yang sanggup membelanjanya hari itu.

“Thanks Tasha sebab belanja Man hari ni,” ucap Rizman. Mereka berdua berjalan
meninggalkan kawasan kantin yang masih lagi dipenuhi oleh pelajar-pelajar lain.

“Memang Tasha niat nak belanja pun sebab result trial Man bagus,” terang Natasha.
Wajah Rizman yang berada di sebelah kanannya ditenung. Bibir merah lelaki itu selalu
mendebarkan jantungnya.

157
“Kita duduk kat situ nak?” Rizman bersuara sambil menudingkan jarinya pada gazebo
yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Natasha yang sedang asyik mengelamun
tersentak mendengar suara Rizman. Khayalan yang baru menjelma kian pudar ditiup angin. Dia
mengangguk sambil mengekori langkah Rizman yang sudah berada dihadapannya. Kekenyangan
yang masih berbaki dilepaskan dengan bersantai dibawah gazebo.

“Cantikkan gazebo ni,” Rizman bersuara memulakan bicara. Natasha yang sedang duduk
disebelah memandang wajahnya. Renungan saling bertukar.

“A’ah, cantik gazebo ni,” setuju Natasha. Pandangan dihalakan pada pelajar-pelajar yang
sedang lalu-lalang.

“Result trial Tasha macam mana? Ok?” Rizman menukar topik perbualan mereka.

“Oklah, tapi takdelah hebat macam Man,” jawab Natasha. Matanya masih lagi
memandang pada tempat yang sama. Tiba-tiba Natasha teringatkan Guardian Angelnya. Kerana
terlalu asyik memikirkan sebab kenapa Guardian Angelnya itu mendiamkan diri, pelajarannya
terabai. Hasilnya, keputusan percubaan yang diperoleh sebentar tadi bener-benar tidak
memuaskan hatinya. Dia hanya mendapat 4A, 2B dan 2D. Apalah nak jadi dengan aku ni.
Natasha merenung pada lantai gazebo. Air mukanya kini berubah rupa. Persoalan tentang
sahabat penanya kini kembali menghantui minda.

Rizman memandang wajah mulus jirannya. Ada persoalan yang sedang membelenggu
gadis itu. Wajahnya yang ceria kini sudah bertukar murung. Sepi mula menguasai mereka
berdua. Tiada kata-kata yang lahir. Yang ada, hanyalah bunyi pelajar-pelajar yang lalu-lalang.
Sesekali, ada yang memerhatikan mereka di bawah gazebo itu. Rizman tidak berani untuk
bersuara kerana takut menganggu Natasha yang sedang melayan perasaan. Namun, rasa inkuiri
yang menebal membatalkan niatnya untuk terus kaku di situ. Dia mula bertanya pada Natasha
sekiranya gadis itu mempunyai masalah atau cerita yang ingin dikongsi. Dia sedia untuk
membantu jika gadis itu memerlukan pertolongannya.

“Tasha, kenapa murung? Ada masalah ke?” Rizman bertanya lembut. Natasha
mengangkat muka. Cuba memandang pada wajah manis Rizman. Perlu ke aku beritahu dia?

“Tak ada apa-apa. Cuma, Tasha rindukan kawan Tasha,” jawab Natasha.

158
“Kalau rindu, kenapa tak jumpa?” soal Rizman.

“Tasha tak kenal dia. Cuma tahu nickname dia jer,” balas Natasha.

“Pelik, macam mana Tasha boleh berkawan kalau hanya tahu nickname dia jer,” Rizman
bertanya lagi.

“Dia penpal Tasha. Kami banyak berkongsi cerita dan dia juga selalu nasihatkan Tasha,”
ujar Natasha.

Rizman mengerutkan dahinya. “Penpal?” bisik Rizman. Tiba-tiba dia teringatkan Gadis
yang Binggung. Entah-entah betul yang Tasha ni Gadis yang Binggung. Baik aku tanya. Nilah
peluang aku kalau nak tanya dia.

“Boleh Man tahu siapa nama penpal Tasha tu?” Rizman memberanikan diri untuk
bertanya. Hatinya berdebar-debar menanti balasan dari Natasha.

“Nickname dia, Guardian Angel,” jawab Natasha ringkas. Rizman tersenyum sinis.
Nampaknya apa yang aku agak selama ni betul. Tasha memang Gadis yang Binggung. Menjadi
jugak rancangan aku. Tapi, apa yang aku perlu buat sekarang? Perlu ke aku beritahu Tasha
yang akulah sebenarnya Guardian Angel tu? Macam mana pulak kalau Tasha tak percaya? Ah,
percaya atau tak, itu hal kedua. Yang penting, aku kena beritahu dia perkara sebenar.

“Err..Tasha, sebenarnya Man ada hal sikit nak beritahu Tasha,” ucap Rizman takut-takut.
Natasha memandang tepat pada Rizman. Rasa ingin tahu mula bertandang.

“Apa dia?” soal Natasha tidak sabar. Dia ingin segera mengetahui perkara yang ingin
Rizman bincangkan.

“Kringg….,” loceng yang menandakan tamatnya waktu rehat berbunyi mematahkan hajat
Rizman yang ingin bersuara. Perhatian Natasha terganggu seketika dengan bunyi loceng yang
didengarinya. Loceng yang bingit berbunyi kini kembali diam. Natasha memberikan semula
tumpuannya pada Rizman.

“Man nak cakap apa tadi?” Natasha bertanya pada Rizman.

159
“Err..takde apa-apa. Cuma nak beritahu yang waktu rehat dah nak habis,” bohong
Rizman. Natasha mengangguk mendengar kata-kata Rizman.

Natasha bangun dari tempat duduknya sementara Rizman masih lagi tidak berganjak.

“Tasha masuk kelas dulu lah ya,” Natasha meminta izin untuk beredar. Rizman
mengangguk sebagai tanda memberi izin. Bayang Natasha dihantar oleh matanya sehingga gadis
itu tidak lagi kelihatan.

“Hish, apasal lah aku bohong tadi. Kan dah melepas,” rungut Rizman sendiri. Dia mula
bangun dan berjalan menuju ke kelas meninggalkan gazebo yang menjadi tempatnya berteduh
bersama-sama Natasha sebentar tadi. Pelajar-pelajar yang berlegar di kawasan sekolah turut
melangkah masuk ke kelas masing-masing kerana sesi pembelajaran akan bermula sebentar lagi.

32
Seperti biasa, Armand pulang melawat keluarganya pada hujung minggu. Tetapi,
kedatangannya pada hari itu, bukanlah semata-mata untuk menjengah keluarganya. Dia punya
urusan lain yang perlu diselesaikannya secepat mungkin. Seperti yang dijanjinya sebelum ini, dia
akan bertanya sendiri pada Puan Zainab perihal asal-usulnya sebaik sahaja peperiksaan
percubaan PMRnya tamat. Sekarang janji yang telah dilafazkannya itu perlu dikotakan.

Armand melangkah kemas merapati pintu utama rumah. Salam diberi sebagai tanda
menghormati penghuni di dalam rumah.

160
“Assalamualaikum,” ucap Armand. Dia berdiri menghadap rumah kayu yang suatu ketika
dahulu menjadi tempat dia bermain bersama adik-adiknya yang lain.

“Waalaikumussalam,” sahut Puan Zainab yang baru sahaja muncul di hadapan pintu.
Senyuman diberikan pada anak lelaki sulung keluarganya itu. Armand menyambut tangan Puan
Zainab dan mencium tangan yang telah banyak berbakti padanya itu. Puan Zainab mengusap
kepala anaknya.

“Am datang sorang ke? Mana yang lain?” tanya Puan Zainab. Matanya liar memandang
ke halaman rumah. Cuba mencari kelibat Farish dan Rizman.

“Am datang sorang mak. Ris dengan Man sibuk hari ni. Tu yang tak dapat ikut tu,” dalih
Armand. Dia sengaja tidak mengajak Rizman dan Farish kerana ada urusan lain yang perlu
diselesaikannya pada hari itu. Dia tidak mahu Rizman dan Farish terlibat dalam hal yang
melibatkan asal-usul dirinya itu.

“Masuklah,” ucap Puan Zainab sambil menganggukkan kepalanya. Armand membuka


kasutnya sebelum melangkah masuk ke dalam perut rumah.

“Adik-adik mana mak?” tanya Armand sebaik sahaja duduk di atas lantai kayu di ruang
tamu rumah. Puan Zainab pula duduk menghadapnya di sudut yang bertentangan.

“Adik-adik kamu pergi main dengan anak-anak jiran kat sungai belakang tu,” jawab Puan
Zainab sambil memuncungkan mulutnya ke arah belakang rumah.

Armand tersenyum mendengar jawapan Puan Zainab. Kata-kata yang didengarinya itu
secara tidak langsung menyatakan bahawa, hanya dia dan ibunya sahaja yang berada di dalam
rumah itu sekarang. Nilah peluang aku. Baik aku tanya sekarang.

“Mak, kalau Am tanya sikit boleh?” tanya Armand sopan. Nadanya direndahkan supaya
ibunya tidak terkejut dengan soalannya nanti.

“Ada apa?” soal Puan Zainab ingin tahu. Mata tuanya dilekapkan pada wajah tampan
Armand. Lelaki yang berbaju kemeja-T putih itu direnungnya dengan penuh rasa kasih sayang.

161
“Betul ke Am ni anak angkat?” Armand meluahkan soalan yang sudah lama
disimpannya. Puan Zainab tersentak mendengar pertanyaan Armand. Dahinya dikerut sambil
mata liar mencari jawapan pada wajah Armand. Kenapa tiba-tiba dia tanya? Dia dah tahu ke?

“Kenapa Am tanya?” duga Puan Zainab. Dia ingin tahu sama ada Armand sudah
mengetahui tentang status sebenar dirinya atau tidak.

“Ada orang beritahu Am yang sebenarnya Am ni anak angkat mak. Betul ke?” Armand
sekali lagi bertanya inginkan kepastian. Puan Zainab tersenyum kelat. Dia tahu yang anaknya itu
sudah tahu. Dia tidak boleh berselindung lagi. Kebenaran yang sudah lama disimpannya harus
diceritakan juga. Dengan berat hati, Puan Zainab mengangguk.

“Betul,” balas Puan Zainab ringkas. Matanya dihalakan ke perut lantai. Dia hanya
menunggu reaksi dari Armand.

Armand kaku memandang Puan Zainab. Tiada kata-kata yang dapat mengambarkan
betapa hancurnya hati dia pada waktu itu. Bagai disambar halilintar rasanya perit yang
tertanggung. Sungguh dia tidak menyangka yang selama ini dia hidup di dalam kepalsuan. Rasa
kasih yang dicurahkan Puan Zainab selama ini, tidak layak dimilikinya kerana dia bukanlah
darah daging wanita itu. Rasa hiba mula menghuni di hujung tangkai hatinya. Sebak yang hadir,
memedihkan tekaknya. Terasa perit untuknya menelan air liur yang ada.

“Kenapa mak sembunyikan hal ni dari Am?” soal Armand. Air jernih mula bergenang di
kolam mata.

“Mak terpaksa Am. Ni semua untuk kebaikan Am sendiri,” Puan Zainab membela
dirinya. Sebak yang menyelubungi hatinya kini tidak dapat ditahan. Air mata mula mengalir dari
birai mata.

“Jadi, Am ni nak siapa mak? Siapa keluarga sebenar Am?” tanya Armand pada Puan
Zainab.

Puan Zainab membiarkan soalan Armand tergantung. Air mata yang mengalir disekanya
dengan jari. Kenangan silam yang sudah lama dibiarkan terkubur dikorek kembali. Satu per satu

162
pita lama dimainkan semula. Memori yang sudah berusia hampir 15 tahun kembali menerangi
minda Puan Zainab.

“Betul Am nak tahu tentang keluarga Am?” Puan Zainab bertanya. Rasa hiba yang
dirasainya sudah mampu dikawal. Armand direnungnya tajam. Cuba menanti jawapan dari
remaja itu.

“Ceritalah mak, Am nak tahu,” respon Armand. Air jernih yang bergenang di mata di
sapu dengan jari kasarnya.

“Am sebenarnya berasal dari keluarga kaya. Ayah Am seorang ahli perniagaan,” Puan
Zainab memulakan ceritanya. Armand yang berada dihadapan hanya memandang tanpa bersuara.

“Arwah abah pernah bekerja dengan ayah Am sebagai driver. Waktu tu, keadaan
keluarga Am masih lagi tenang. Tapi, setelah Am lahir, keluarga Am di ancam bunuh oleh pihak
yang dengki melihat kemewahan yang ada pada keluarga Am. Mereka cuba menculik Am dan
ibu Am sewaktu ayah Am pergi bekerja. Oleh kerana ingin selamatkan Am, ibu Am terpaks
menyembunyikan Am di dalam longgokan kain. Penculik hanya berjaya menculik ibu Am
sementara Am ditinggalkan sendirian di rumah. Ayah Am pulang ke rumah apabila mendapat
tahu yang ibu Am diculik. Dia kemudian, menyerahkan Am pada arwah abah sebelum pergi
menyelamatkan ibu Am. Sejak dari hari tu, mak tak dengar lagi berita tentang ayah dan ibu Am.
Tapi, ada orang kampung kata yang ayah dan ibu Am sedang bersembunyi sekarang,” terang
Puan Zainab panjang lebar.

Armand memandang wajah wanita tua dihadapannya. Kejujuran jelas terpancar di ruang
mata. Cerita mak dan Encik Waiz sama. Jadi, maknanya betullah aku ni anak angkat mak. Tapi,
apa yang perlu aku buat? Mana yang perlu aku pilih?

“Am ada jumpa dengan Encik Waiz waktu cuti hari tu,” kata Armand. Puan Zainab
membeliakkan matanya apabila mendengar nama Waiz disebut.

“Am jumpa dia?” soal Puan Zainab inginkan kepastian. Armand mengangguk.

163
“Dia yang cerita semuanya pada Am dan dia beri Am pilihan sama ada nak ikut dia
pulang ke keluarga asal Am atau kekal tinggal di sini,” jawab Armand. Matanya tidak lepas dari
memandang wajah Puan Zainab.

“Apa keputusan Am?” perlahan Puan Zainab bertanya. Rasa hiba kembali beraja di
dalam hatinya. Dia sedih jika terpaksa melepaskan Armand pergi ke pangkuan keluarga asalnya.
Memori selama 15 tahun membesarkan Armand dengan titik peluhnya sendiri tidak mampu
dibuang dari hati ibunya.

“Am belum buat keputusan lagi sebab Am nak dengar dulu cerita yang sebenar dari mak.
Sekarang, bila Am dah dengar, baru Am akan buat keputusan,” balas Armand.

“Terpulanglah pada Am. Mak terima apa saja keputusan yang Am buat. Cuma, mak nak
cakap yang mak sayangkan Am dan mak tak pernah anggap Am macam orang lain. Mak sayang
semua anak-anak mak,” ucap Puan Zainab sambil menangis teresak-esak. Armand melihat
ibunya dengan rasa sayu. Dia tidak sampai hati untuk berpisah dengan wanita itu. Banyak jasa
yang telah ditabur oleh Puan Zainab padanya.

“Am pun sayangkan mak. Am tak nak berpisah dengan mak,” kata Armand sayu. Air
mata turut mengalir di pipinya. Dia merapati Puan Zainab dan memeluk wanita itu. Diusapnya
bahu ibu itu dengan penuh rasa kasih sayang.

Cuaca cerah di luar rumah tidak mampu untuk menepis tangisan sayu antara dua beranak
itu. Kebenaran yang sudah sekian lama disembunyi kini sudah tersuluh oleh lampu kejujuran.
Persoalan yang membelenggu sudah terungkai dengan jawapan silam. Yang tinggal, hanyalah
keputusan yang perlu dibuat dengan menggunakan kebijaksanaan akal supaya natijahnya nanti
tidak memakan diri serta orang sekeliling.

Armand meminta izin untuk pulang setelah segala urusannya selesai. Dia perlu
bersendirian untuk membuat keputusan yang bakal menentukan hala tuju hidupnya itu. Puan
Zainab akur dengan permintaan Armand. Dia tahu yang anaknya itu sedang rungsing
memikirkan keputusan yang perlu dibuat. Oleh itu, dia tidak akan mendesak dan sedia menerima
apa sahaja keputusan yang bakal didengarnya nanti.

164
33
Bumi berputar dengan begitu pantas, dan masa pula terasa laju meninggalkan kita yang
saban hari sibuk dengan rutin harian. Hari berganti hari dan bulan berganti bulan. Tahun
persekolahan yang pada awalnya dihiasi ceria kini bertukar menjadi debaran. Semua pelajar
tingkatan 3 di Lagenda Permai berdebar menunggu hari keramat mereka. Segala persediaan
dilakukan sebaik mungkin. Armand, Farish dan Rizman turut tidak terkecuali. Mereka
bertungkus-lumus menelaah pelajaran yang diajarkan guru-guru mereka. Ulang kaji yang mereka
adakan secara berkumpulan menambahkan lagi keseronokkan belajar. Rizman yang dilantik

165
menjadi ketua dalam kumpulan belajar sering memberikan tips-tips yang berguna pada ahli
kumpulannya. Armand dan Farish pula, tidak pernah memberi ruang sedikit pun pada sifat malas
untuk mendiami hati mereka. Keputusan Rizman yang cemerlang dijadikan matlamat dan insan
itu diangkat mereka sebagai contoh.

“Hari ni, kita nak study subjek apa?” tanya Farish. Wajah manis Rizman dipandangnya.

“Macam yang kita plan sebelum ni, kita study matematik,” balas Rizman. Farish
mengangguk tanda mengerti. Buku latihan dikeluarkan dari dalam beg. Satu per satu helaian
buku dibuka. Tiba di ruangan kosong, Farish berhenti membelek. Pen biru diambil dari dalam
bekas dan dipegangnya sebagai tanda sudah bersedia untuk menulis.

“Aku dah sedia, mana soalannya?” ucap Farish bersemangat. Rizman tersenyum
memandang wajah comel Farish. Dia kemudian mengalih pandangannya pada Armand yang
sedang termenung. Keluhan berat dilepaskan. Begitulah sikap Armand kebelakangan ini, selalu
sahaja termenung. Keceriaan seperti sudah luput dari wajahnya. Yang ada hanya suram dan
sedih. Entah apa yang difikirkan kawannya itu, dia sendiri tidak tahu.

“Am, kau ok tak?” Rizman cuba menarik perhatian Armand ke alam realiti. Armand
tersentak. Fikirannya yang sedang menerawang kini kembali bersatu. Wajah Rizman dilihatnya.

“Apa kau cakap tadi?” soal Armand. Rizman tersenyum berat. Dia tahu yang Armand
tidak mendengar apa yang dikatakannya sebelum ini.

“Aku cakap, kau ok tak? Kalau kau tak ok, kita stop,” ucap Rizman.

“Aku ok. Tak payah risaulah pasal aku. Kita terus jer,” bidas Armand.

“Ikut suka kaulah. Nah, ni soalan yang aku dah sediakan untuk korang,” Rizman
memberikan beberapa helai kertas pada Farish dan Armand. Mereka mengambil kertas yang
dihulurkan Rizman.

“Banyak nyer,” komen Farish apabila melihat kertas yang diterimanya.

“Ala, soalan senang jer. Sebab tu aku bagi banyak,” jawab Rizman. Farish mengangguk.
Kertas diletakkan dihadapan dan pen yang digengam mula diaturkan pada helaian kertas.

166
Perhatian diberi pada soalan yang ditugaskan Rizman. Armand turut berbuat perkara yang sama.
Permasalahan yang membelenggu akalnya diletakkan di tepi. Fokus hanya diberikan pada soalan
yang sedia menanti untuk dijawab. Sementara menunggu Armand dan Farish menyiapkan kerja
mereka, Rizman mencari bahan-bahan untuk dijadikan nota buat mereka bertiga. Dia menyalin
maklumat-maklumat yang dirasakannya sesuai dan mudah untuk difahami.

Selang 30 minit, Armand dan Farish berhenti dari menulis. Pen diletakkan di sebelah.

“Siap,” kata Farish dan Armand serentak. Rizman memandang mereka berdua sambil
tersenyum.

“Bagus, cepat korang siap,” puji Rizman. Armand dan Farish tersengih kerana gembira
mendengar pujian Rizman.

“Biasalah, dah selalu buat. Betul tak Am?” ucap Farish. Mata dialihkan pada Armand
yang berada di sebelah. Armand mengangguk.

“Betul tu,” ujar Armand. Rizman mengambil buku latihan Armand dan Farish. Dia
memeriksa setiap jawapan yang ditulis mereka. Hurm, bagus. Dah ada peningkatan. Hampir
semuanya betul.

Buku dipulangkan setelah siap disemak. Armand dan Farish mengambil buku latihan
mereka. Senyuman terukir dibibir.

“Kau dapat berapa?” tanya Farish ingin tahu. Matanya dilekapkan pada wajah tampan
Armand.

“Aku salah dua. Kau?” balas Armand.

“Sama, aku pun salah dua jugak,” jawab Farish. Rizman tersenyum memandang reaksi
yang ditunjukkan Armand dan Farish. Ternyata mereka berpuas hati dengan keputusan yang
mereka terima.

“Aku rasa aku dah ada confident untuk dapat straight A. Thanks Man, kau dah banyak
bantu aku. Kalau takde kau, aku tak tahu lah macam mana result PMR aku nanti,” ucap Armand.
Tangan sasanya diletakkan di bahu kiri Rizman.

167
“Takde hal la, lagipun aku bangga bila tengok korang berjaya,” balas Rizman. Dia
gembira kerana dapat membantu sahabatnya itu.

“Kita rehat kejap. Aku mintak kak Suri buatkan kita minum petang,” kata Farish. Dia
melangkah keluar dari bilik dan segera turun ke dapur. Sementara itu, Rizman dan Armand
berbual kosong di dalam bilik.

“Kau ok ke Am? Aku tengok kau asyik termenung jer dua tiga hari ni. Kalau kau ada
apa-apa masalah, bagitau la aku. Mana la tahu kalau-kalau aku boleh tolong,” ucap Rizman.
Armand memandang wajah tenang Rizman. Dia faham akan maksud soalan yang didengarinya
itu. Perlu ke aku beritahu Man?

Armand tunduk memandang lantai bilik. Soalan Rizman dibiarkan tergantung.

“Aku bukan tak nak bagitau kau, Man. Cuma, kalau boleh aku tak nak libatkan kau dan
Ris,” ujar Armand perlahan namun suaranya masih jelas kedengaran. Rizman memandang
Armand dengan perasaan sayu. Dia tahu yang rakannya itu sentiasa memikirkan tentang dirinya
dan Farish. Sejak dari mereka mula berkawan lagi, Armand sudah menunjukkan sikapnya yang
tidak pernah pentingkan diri. Baginya, orang di sekeliling patut diberi keutamaan berbanding
dirinya sendiri. Sikap itulah yang membuatkan persahabatan mereka bertiga berkekalan hingga
ke hari ini.

“Aku tahu yang kau tak nak aku dan Ris susah. Tapi, apa gunanya aku jadi kawan kalau
aku tak boleh nak tolong member aku sendiri. Kau kena ingat Am, manusia dijadikan dalam
dunia ni bermacam-macam jenis. Setiap kita ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Jadi,
sebab itulah kita perlukan kawan. Supaya kelemahan kita itu boleh ditutup dengan kelebihan
kawan kita. Mungkin sekarang kau perlukan aku. Tapi, siapa tahu kalau suatu hari nanti aku
perlukan kau pulak,” nasihat Rizman. Armand mendengar pesanan yang diberikan Rizman
buatnya. Sungguh bernas sekali kata-kata yang diucapkan Rizman. Memang patutlah Rizman
dikenali kerana kematangan fikirannya. Kata-kata yang dituturkan olehnya sentiasa membuatkan
orang yang mendengar terpanggil untuk berfikir. Sungguh dia merasa bertuah kerana mempunyai
sahabat seperti Rizman.

168
“Aku sebenarnya pening. Pening memikirkan pasal tawaran yang Encik Waiz bagi,”
Armand meluahkan juga masalah yang sedang membelenggu akalnya.

“Kenapa pulak?” tanya Rizman ingin tahu. Matanya difokuskan pada wajah tampan
Armand.

“Hari tu, lepas saja dapat keputusan trial, aku terus balik ke rumah. Niat aku nak dengar
sendiri penjelasan dari mak aku, tentang asal-usul aku,” Armand mula bercerita tentang perkara
yang berlaku beberapa hari lalu. Matanya masih lagi melekap pada dada lantai. Rizman hanya
diam tidak berkata. Dia ingin memberi ruang buat sahabatnya untuk bercerita tentang perkara
yang sedang merunsingkan fikirannya.

“Mula-mula, mak aku tak mahu ceritakan kat aku pasal hal ni. Tapi, setelah aku tanya
sama ada betul atau tidak yang aku ni anak angkat, barulah mak aku ceritakan perkara yang
sebenar. Memang apa yang Encik Waiz bagitau kita waktu camping dulu betul. Aku memang
anak angkat mak aku,” Armand menyambung ceritanya. Bibir diketap kerana cuba menahan
sebak. Air jernih sudah mula memenuhi kolam mata. Rizman mengusap belakang Armand. Dia
berharap yang rakannya itu dapat bersabar.

“Sabarlah Am, semua ini dugaan dari Tuhan. Dia lebih tahu akan perkara yang kita tak
tahu,” pujuk Rizman lembut. Kesedihan Armand cuba dibendungnya.

“Aku sedih Man. Aku rasa macam aku kena tipu. Selama ni, mati-mati aku ingat yang
aku ni anak kandung mak aku. Tapi, sebenarnya aku cuma anak angkat,” ucap Armand hiba. Air
mata sudah mengalir di pipi.

“Semuanya dah ditakdirkan buat kau Am. Kau kena terima dengan redha,” Rizman
memujuk lagi.

Armand menyapu air jernih yang sedang mengalir dari birai matanya. Kekuatan cuba
dikumpul bagi melawan rasa hiba yang sedang menguasai hatinya. Bibir diketap beberapa kali.
Rizman mengusap belakang badan sasa Armand, cuba memberi kekuatan pada lelaki itu.
Armand mengangkat mukanya memandang Rizman. Wajah tenang sahabatnya itu serba sedikit
memberi kekuatan yang ingin diraihnya.

169
“Sekarang, apa yang perlu aku buat Man? Aku buntu. Aku dah tak tahu apa yang perlu
aku buat sekarang. Aku sayangkan keluarga aku sekarang, tapi aku juga perlu kenal dengan
keluarga sebenar aku,” rintih Armand. Rizman memandang wajah tampan Armand dengan rasa
sayu. Sungguh dia juga akan buntu jika perkara yang sama menimpa dirinya. “Ya Allah,
permudahkanlah ujian sahabatku ini,” doa Rizman dalam hati.

“Aku sebenarnya bukanlah pandai sangat Am dalam hal-hal macam ni sebab aku sendiri
pun tak pernah rasa lagi. Tapi, aku cuba jugalah sebab aku pun dah cakap yang aku nak tolong
kau kan. Ni cuma pandangan aku jer, jadi terpulang pada kau sama ada nak terima atau tak. Tak
ada yang salah atau yang betul,” ujar Rizman. Dia mencuba sedaya-upaya yang boleh untuk
membantu rakannya itu. Armand mengangguk tanda faham. Dia tahu yang semua keputusan
berada di dalam gengamannya. Rizman hanya boleh membantu dengan memberikan khidmat
nasihat.

“Bagi aku, kau patut hargai keluarga kau sekarang. Walaupun hidup kau susah, tapi kau
tak pernah miskin dengan kasih sayang. Sebab didikan mak engkaulah, kau jadi macam
sekarang. Tapi, kau juga tak salah kalau nak kau nak kenal dengan keluarga sebenar kau. Mak
kau tentu faham kalau kau pilih untuk pergi semula kepada keluarga sebenar kau. Aku rasa, kau
patut tahu keluarga asal kau dan pada masa yang sama, jangan buang keluarga angkat kau.
Lagipun, Encik Waiz tak pernah cakap yang kau takkan dapat jumpa dengan keluarga angkat kau
lagi kalau kau pilih untuk ikut dia,” Rizman memberikan khidmat nasihatnya pada Armand.
Armand mendengar nasihat yang diberikan Rizman dengan penuh perhatian. Setiap butir kata
diprosesnya dalam kotak fikiran. Betul jugak apa yang Rizman cakap. Tak semestinya aku perlu
buang salah satu. Aku boleh pilih untuk bersama dengan kedua-duanya.

Sedang Rizman dan Armand berbual soal keluarga, kedengaran bunyi daun pintu bilik
dikuak. Kelibat Farish muncul bersama dengan dulang yang berisi puding roti. Dia tersenyum
memandang Rizman dan Armand.

“Dah lama ke korang tunggu?” tanya Farish. Rizman dan Armand menggeleng.

“Takde lah, mana ada lama. Kitorang tengah seronok berborak, tak sedar pun yang masa
berjalan,” ucap Rizman. Armand disebelah mengangguk sebagai tanda bersetuju dengan jawapan
yang diberikan Rizman.

170
“Sorry lah kalau aku lambat. Aku berlajar dengan kak Suri buat puding roti tadi. Try la,
ni first time aku masak. Tak tahulah sedap ke tak,” ucap Farish sambil menghulurkan Rizman
dan Armand puding roti yang diletakkannya di dalam piring.

“Kau buat sendiri. Mesti sedap ni,” kata Rizman berbahasa.

“Try lah dulu,” pelawa Farish. Rizman mencuit sedikit puding roti di atas piring dan
menyuapkannya ke dalam mulut. Farish memandang wajah Rizman. Menanti respon
daripadanya. Armand juga menantikan respon dari Rizman.

“Sedap,” ujar Rizman ringkas. Farish tersenyum puas. Akhirnya berjaya juga dia
menghasilkan manisannya sendiri.

“Makanlah lagi. Ada banyak kat dapur tu,” ucap Farish pada Armand. Armand
mengangguk dan mula menjamah manisan yang dibuat Farish. Ternyata apa yang dikatakan
Rizman adalah benar. Puding roti yang dibuat Farish memang sedap. Sungguh dia tidak
menyangka yang sahabat comelnya itu pandai membuat manisan.

“Sejak bila kau minat buat desert ni Ris?” tanya Armand. Dia berasa hairan kerana
setahunya, Farish tidak pernah ke dapur. Segala urusan makan dan minumnya diuruskan oleh
Suriyanti, selaku pembantu rumah itu.

“Sejak aku tengok Man masak. Sebab aku suka benda-benda manis, jadi aku fikir baik
kalau aku buat sendiri daripada aku beli kat kedai,” jawab Farish sambil tersenyum.

“Habis semua kawan aku dah pandai masak. Tinggal aku jer lah yang tak reti-reti lagi
memasak,” ucap Armand. Farish dan Rizman ketawa mendengar kata-kata Armand.

“Takpe lah, kalau semua pandai memasak, siapa yang nak makan. Betul tak,” tambah
Rizman. Dia gembira melihat perubahan Armand yang sudah mula ceria. Mungkin kawannya itu
sudah tahu apa yang perlu dilakukannya bagi menyelesaikan masalah yang melanda. Aku harap,
semuanya berjalan dengan lancar.

Hari itu, mereka bertiga menghabiskan masa mengulang kaji pelajaran yang tertangguh
sebentar tadi. Sebaik sahaja selesai, Rizman dan Armand pulang ke rumah masing-masing.

171
34
Bayu malam dihirupnya sedalam mungkin. Cuba merasai setiap butir nikmat yang
dianugerahkan Tuhan buatnya. Ketenangan bertandang memenuhi setiap inci ruang hati. Bertapa
dia bersyukur kerana diberi kelapangan dan kesihatan yang tidak mampu dibeli oleh wang
ringgit. Sesungguhnya, nikmat itu diturunkan dengan pelbagai jenis oleh Maha Pencipta. Mana
mungkin kita sebagai manusia ingin menghitung nikmat yang telah kita kecapi dariNya. “Ya
Allah, bertapa aku bersyukur atas kurniaanMu. Semoga Kau tidak tempatkan aku dikalangan
orang yang lalai,” doa Rizman.

172
Langkah di atur kemas ke dalam ruang kamar. Tilam empuk dihenyak dengan tubuh yang
sudah keletihan kerana banyak aktiviti yang dilakukannya di siang hari. Laci meja di sebelah
kanan katil di buka dengan perlahan. Kertas-kertas kecil yang berwarna kuning cair dikeluarkan
dari dalam laci. Rizman tersenyum memandang kertas-kertas yang dipegangnya. Wajah mulus
Natasha segera hadir di ruang minda. Gadis yang menggunakan nama samaran sebagai ‘Gadis
yang Binggung’ itu sering menghuni fikirannya akhir-akhir ini. Tidurnya juga sering diganggu
oleh senyuman gadis itu. Adakah aku sudah kena angau? Ah, mengarut. Mana mungkin aku
boleh kena angau sedangkan aku tak pernah bercinta.

Banyak cerita yang sudah Natasha kongsikan dengannya. Dari soal pelajaran, hinggalah
soal hati. Semuanya diluahkan Natasha tanpa ada rasa ragu di dalam hatinya. Begitu mudah
Natasha mempercayai ‘Guardian Angel’ yang baru dikenalinya itu. Namun begitu, Rizman
sendiri masih belum mengetahui tentang identiti sebenar ‘Gadis yang Binggung’ sehinggalah
sahabat penanya itu menceritakan tentang seorang jejaka baru yang telah mencuri hatinya.
Rizman bertanya akan nama sebenar lelaki itu dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati
yang lelaki itu adalah dirinya sendiri. Telahan yang mengatakan ‘Gadis yang Binggung’ itu
adalah Natasha kuat berbisik di dalam hati Rizman. Dia mula merancang untuk mencari identiti
sebenar di sebalik nama ‘Gadis yang Binggung’. Akhirnya, dia memutuskan untuk tidak
membalas surat yang dikirimkan sahabat penanya. Dia menduga yang Natasha pasti memberikan
respon jika benar dialah yang berutus surat dengan ‘Guardian Angel’. Ternyata, sangkaan
Rizman tepat. Kemurungan yang ditunjukkan Natasha beberapa hari yang lalu merungkai segala
persoalan yang berkeliaran di dalam benaknya. Pengakuan yang dibuat oleh gadis itu tentang
sahabat penanya secara tidak langsung menjawab soalan yang sering menyesakkan otaknya.

Dia gembira apabila mendapat tahu yang Natasha adalah ‘Gadis yang Binggung’. Entah
kenapa, di dalam hatinya terasa seperti ada pesta bunga api. Tiada perkataan yang dapat
diungkapkannya pada waktu itu. Terasa seperti sedang bermimpi apabila mendengar Natasha
menyebut nama ‘Guardian Angel’ di bibir mungilnya. Ingin sahaja dia mengaku yang dialah
sebenarnya ‘Guardian Angel’ yang dirindui Natasha. Tetapi, deringan loceng mematikan
hasratnya. Suaranya tenggelam dek jeritan loceng yang mengema. Tekaknya tiba-tiba terasa perit
untuk meluahkan kebenaran yang ada. Seluruh anggota badannya seperti tidak mahu untuk
bekerjasama dalam membongkar identiti sebenar ‘Guardian Angel’.

173
Hal ini mengundang tanda tanya di minda Rizman. Terasa seperti ada sesuatu yang tidak
kena. Seperti ada perkara yang perlu dia lakukan sebelum identitinya sebagai ‘Guardian Angel’
didedahkan. Tetapi perkara apa? Siang malam dia berfikir, cuba mencari jawapan yang diingini.
Namun, kebuntuan tetap menjadi teman setianya. Mujurlah Armand dan Farish tidak menyedari
yang dirinya sedang binggung dengan persoalan yang merimaskan ini. Dia tidak mahu dua orang
sahabatnya itu tahu. Biarlah dia berahsia dahulu kerana waktu yang sesuai masih belum tiba
untuk dia menceritakan duduk perkara yang sebenar. Masanya pasti tiba untuk aku ceritakan
perkara yang sebenar.

Rizman menghalakan perhatiannya pada dada surat yang dikirimkan Natasha. Isi surat
yang dipegangnya itu membuatkan dia benar-benar yakin bahawa perkara inilah yang perlu dia
selesaikan sebelum Natasha mengetahui siapakah sebenarnya ‘Guardian Angel’.

Kehadapan Guardian Angel,

Terima kasih kerana sudi mendengar cerita saya. Saya sungguh terharu kerana suadara
sudi meluangkan masa untuk mendengar kisah yang tidak seberapa ini.

Saudara,

Saya tidak tahu sama ada saya perlu ceritakan pada saudara tentang perkara ini atau
tidak kerana ia merupakan rahsia di antara saya dan R. Tetapi, saya perlukan pandangan
bernas saudara. Saya harap, saudara dapat menyimpan akan perkara ini dari pengetahuan
sesiapa saja. Saya percaya dengan kejujuran saudara.

Cerita ini bermula sewaktu saya berumur 10 tahun iaitu kira-kira 5 tahun yang lalu.
Pada waktu itu, R masih lagi tinggal di bahagian atas rumah saya sebagai jiran dan juga teman
sepermainan. Kami banyak menghabiskan waktu bersama terutama sekali waktu cuti sekolah.
Ada sahaja perkara baru yang R rancang untuk kami berdua.

Suatu hari, sewaktu saya dan R duduk berehat di bawah pokok, R menceritakan tentang
permainan yang dipanggilnya sebagai ‘time-capsule’. Dia mengajak saya supaya turut membuat
‘time-capsule’ bersama-samanya. Saya yang pada waktu itu tidak mengetahui apa yang
dimaksudkan dengan ‘time-capsule’ terus sahaja akur dengan ajakan R. R meminta supaya saya
menulis impian yang saya idam-idamkan pada 5 tahun akan datang dan dia juga turut sama

174
menulis tentang impiannya. Setelah selesai menulis impian masing-masing, kami menyimpan
kertas yang berisi impian itu ke dalam sebuah kotak kayu dan menguncinya. Kotak itu
kemudiannya di tanam suatu tempat. R memberitahu saya yang kami berdua perlu datang
semula ke tempat itu 5 tahun kemudian untuk bertukar surat impian yang kami tulis.

Malangnya, R sudah pun pergi meninggalkan saya. Dan tempat di mana kotak itu di
tanam juga turut lenyap bersama-sama dengan memori saya dengan R. Sekarang, sudah 5 tahun
masa berlalu. Saya mula teringatkan tentang kapsul masa yang kami buat dahulu tetapi, bila
teringatkan tentang tempat di mana kotak itu ditanam, saya terpaksa melupakan sahaja hasrat
saya itu kerana saya sendiri tidak tahu di mana sebenarnya tempat yang pernah saya pergi itu.
Apa yang perlu saya lakukan sekarang? Perlukah saya mencari kapsul masa itu atau perlukah
saya melupakan sahaja niat saya untuk membaca impian R 5 tahun yang lalu. Saya harap,
saudara sudi memberikan pandangan.

Gadis yang Binggung.

Rizman melipat semula kertas kuning cair yang dibacanya sebentar tadi. Dia terdiam buat
seketika. Cuba berfikir mencari jawapan kepada isi surat yang dibacanya. Kalau betullah
perkara ini yang perlu aku selesaikan, macam mana pula aku nak bantu? Aku sendiri pun tak
tahu kat mana kotak tu ditanam. Tak ada langsung pembayang atau peta yang boleh dijadikan
rujukan. Tiba-tiba, Rizman teringatkan sesuatu. Peta! Kalau tak silap aku, aku pernah jumpa
peta dalam bilik aku ni. Entah-entah, peta tu, peta kawasan yang Tasha maksudkan tak. Hurm,
mana aku letak peta tu? Rasanya, masa aku kemas bilik ni dulu aku jumpa kat bawah katil. Baik
aku try check. Rizman membongkokkan dirinya memandang bawah katil. Satu persatu barang
yang disimpan di bawah katil dikeluarkannya. Senyuman terukir apabila mata tertacap pada
sebuah kotak kayu. Hah, dah jumpa pun. Nasib baik ada lagi. Kotak kayu segera dicapai dan
dikeluarkan dari bawah perut katil. Debu yang menutup permukaan kotak dibersihkan.

Kotak kayu yang cantik berukir dibuka dengan berhati-hati. Rizman tersenyum apabila
melihat isi kotak kayu itu. Peta yang dicarinya masih berada dalam keadaan yang baik.
Diambilnya peta yang dilihatnya itu dan diteliti segenap ruang permukaan kertas. Cuba mencari
pembayang yang mengatakan bahawa peta itu adalah peta kepada ‘time-capsule’ yang ingin
dicari. Puas Rizman menatap peta yang berlukis tangan itu, tetapi hampa belaka kerana tiada

175
langsung pembayang yang wujud. Dia hampir-hampir berputus asa tetapi kembali bersemangat
setelah matanya terpandang pada perkataan ‘Harta Hak milik Tasha & Man’ yang berada di
bawah tanda pangkah di dalam peta. Senyuman kembali diukir. Aku rasa, memang sahlah peta
ni digunakan untuk cari time-capsule tu.

Rizman terdiam untuk kali kedua. Akalnya kembali berfikir. Tapi, perlu ke aku cari
sendiri ‘time-capsule’ tu atau bawak Tasha sekali. Atau aku bagi sendiri peta ni pada Tasha.
Hish, rumit pulak jadinya. Apa yang aku perlu buat sekarang? Rizman kembali duduk di birai
katil. Lantai bilik ditenungnya. Aku rasa, baik aku cari dulu ‘time-capsule’ tu. Kalau dah jumpa,
barulah bagitau dengan Tasha. Taklah malu nanti kalau ‘time-capsule’ tu tiba-tiba tak ada.
Hurm, habis saja PMR aku mesti cari ‘time-capsule’ tu. Rizman nekad.

35
Suasana romantis memenuhi di segenap ruang Teratak Idaman. Pasangan yang sudah
lama memendam rasa kini kembali bersama seperti sedia kala. Tiada lagi rasa duka dan derita di
dalam hati akibat menangung rindu. Yang ada, hanya bahagia dan gembira kerana sudah bertemu
dengan insan yang teristimewa. Begitulah yang berlaku pada Farish dan Maisarah. Bermula dari
persahabatan yang ikhlas terjalin, mereka mula menyulam rasa kasih di dalam hati masing-
masing. Kemudian, kasih itu dibiarkan bercambah seiring dengan usia mereka hinggalah ia
menjadi cinta yang hadir bersama-sama rindu dan cemburu.

Bagi Maisarah, dia sendiri tidak menyangka yang pertemuan semula antara dia dan
Farish mampu membuahkan rasa cintanya pada lelaki itu. Sebelum ini, dia hanya rindukan

176
Farish sebagai seorang teman dan juga adik. Tetapi kini, dia menganggap lelaki comel itu
sebagai teman yang paling istimewa buatnya. Pun begitu, dia sering mengingatkan Farish supaya
tidak terlalu asyik dengan hubungan mereka ini kerana dia tidak mahu Farish mengabaikan
pelajarannya semata-mata demi cinta. Farish akur, dia juga tidak mahu pelajarannya terjejas
lebih-lebih lagi peperiksaan PMR bakal berlangsung minggu hadapan. Dia perlu pastikan yang
fokusnya jelas.

“Sedap tak dinner tadi?” tanya Farish pada Maisarah. Dia memandang wajah ayu kekasih
hatinya itu dengan penuh rasa cinta. Maisarah membalas pandangan Farish sambil mengangguk.

“Sedap, tapi mesti bukan Is yang masak kan,” balas Maisarah. Farish mengangguk.

“Mesti lah kak Suri yang masak. Is manalah tahu memasak. Sara tahu ke memasak?” kata
Farish. Mereka berjalan meninggalkan ruang makan dan menuju ke luar rumah. Set kerusi malas
yang terletak di anjung rumah dijadikan mereka tempat berbual. Maisarah mengambil tempat di
sebelah kiri Farish.

“Mestilah tahu. Kan Sara perempuan,” ucap Maisarah. Wajah comel Farish ditatapnya.

“Bertuahnya Is, dapat isteri yang pandai memasak,” gurau Farish. Maisarah terbeliak
mendengar ucapan Farish.

“Tak malu, siapa nak kawin dengan Is,” sakat Maisarah. Dia ingin tahu reaksi Farish jika
dia berkata begitu. Farish mencebik. Mulutnya yang comel dimuncungkan.

“Tak kan tak sudi nak kawin dengan Is. Takpe, nanti Is paksa juga Sara untuk kawin
dengan Is,” balas Farish. Maisarah ketawa sambil mencubit lengan Farish.

“Gatal,” ujar Maisarah.

Sedang mereka asyik bergurau, kelihatan kelibat Suriyanti datang sambil membawa
sedulang air teh buat mereka.

“Eh, tak payah susah-susah lah kak Suri,” kata Maisarah berbahasa.

177
“Apa yang nak susahnya Sara. Dah memang kerja akak,” balas Suriyanti. Dia
kemudiannya meminta diri untuk ke dapur kerana ada banyak lagi kerja yang perlu
dilakukannya.

“Dah lama Is tak rasa happy macam ni. Rasa seronok sangat,” ucap Farish tiba-tiba.
Maisarah memandang kekasih hatinya itu.

“Kenapa Is cakap macam tu?” soal Maisarah ingin tahu.

“Sejak Sara tinggalkan Is, hati Is sentiasa sunyi. Walaupun Is ada Am dan Man, tapi rasa
sunyi tu masih ada. Is pun hairan, kenapa kesunyian tu tak hilang. Tapi, bila Is jumpa semula
Sara, barulah Is tahu yang sebenarnya rasa sunyi itu berpunca dari rindu Is pada Sara,” balas
Farish.

“Syukurlah yang sekarang kita sudah bersama semula dan Sara janji yang Sara takkan
tinggalkan Is lagi,” ucap Maisarah ikhlas. Tangan Farish diusapnya dengan penuh kasih sayang.

“Is pun harap perkara yang sama takkan berulang lagi. Is nak bersama dengan Sara
sampai Is tua nanti,” kata Farish. Sambil membalas usapan tangan Maisarah.

“Semoga apa yang kita inginkan ni diberkati Allah,” ujar Maisarah lembut. Senyuman
diberikan pada Farish.

Mereka berdua duduk di anjung rumah sambil menghirup udara malam yang dingin.
Bunyi cengkerik yang memekik di laman rumah kedengaran bagai menyanyi nyanyian alam.
Terasa nyaman sekali malam itu. Farish dan Maisarah terdiam buat seketika. Masing-masing
cuba menikmati ketenangan yang menyelubungi mereka.

“Sara nak tahu, Is rasa Is lah manusia yang paling bertuah sekali dalam dunia ni sebab Is
dapat bercinta dengan orang yang pertama sekali jadi kawan Is. Macam tak percayakan, kawan
yang selalu bermain dengan Is kini dah jadi my sweetheart,” Farish meluahkan isi hatinya pada
Maisarah. Ditatapnya wajah gadis itu dengan penuh minat. Wajah itulah yang sering
dimimpikannya sewaktu tidur dan wajah itu jugalah yang selalu membuatkan sekera makannya
terganggu.

178
“Sara pun tak percaya. Macam kelakar bunyinya. Tapi, itulah kuasa Tuhan. Pelik macam
mana sekalipun, kalau Dia nak jadikan, akan jadi juga,” balas Maisarah sambil tersenyum pada
Farish yang berada di sisi.

“Owh, ya. Minggu depan Is ada exam kan? So, How’s your preparation? Dah sedia?”
soal Maisarah tiba-tiba. Respon Farish dinantinya dengan penuh sabar. Farish mengangguk
perlahan sebagai tanda membenarkan apa yang Maisarah ucap sebentar tadi.

“Yup, my exam is on next week. Setakat ni, rasa-rasanya Is dah sedia. Thanks to Rizman
sebab dah banyak dia bantu Is. Kalau dia tak ada, tak tahulah macam mana Is nak buat exam ni,”
jawab Farish.

“Baguslah tu, I wish you good luck for this upcoming exam. Harap-harap semuanya
berjalan dengan lancar nanti,” ucap Maisarah. Farish tersenyum mendengar.

“Thanks. Is pun harap yang semuanya berjalan dengan lancar. Doakan kejayaan Is,” balas
Farish.

“Sara akan selalu doakan semoga Is berjaya,” kata Maisarah sambil tersenyum. Farish
membalas senyuman Maisarah.

Mereka berbual hingga jam 10 malam. Maisarah meminta izin untuk pulang kerana hari
sudah semakin lewat. Farish menghantar buah hatinya hingga ke pintu utama. Lambaian diberi
setelah kereta yang dipandu Maisarah mula bergerak meninggalkan kawasan halaman Teratak
Idaman. Farish tersenyum sendirian. Hatinya yang masih lagi berbunga ceria mula dipagut rindu.
Sungguh kuat penangan orang yang bercinta. Sesaat dirasakan seperti sehari lamanya. Sara,
sungguh aku benar-benar mencintaimu. Ya Allah, kekalkanlah hubungan kami ini.

179
36
Hari itu, Armand keseorangan. Sebaik sahaja selesai dengan photo-shootnya sebentar
tadi, dia terus ke Secret Recipe, café yang selalu menjadi tempat dia berkunjung setiap kali
dilanda masalah. Dia duduk di bahagian tepi café kerana tempat itu sedikit tersorok jika dilihat
dari pintu utama. Coklat panas dan kek keju kegemarannya menjadi peneman dikala itu.
Kerunsingan yang membaluti dirinya dirasakan sungguh hebat. Semenjak dari perbualannya
dengan Rizman tempoh hari, dia tidak pernah berhenti daripada memikirkan soal tawaran yang
diajukan Waiz buatnya. Dia buntu. Terasa seperti memikul batu lagaknya. Seumur hidup, inilah
kali pertama dia terpaksa membuat keputusan yang sesukar ini. “Ya Allah, permudahkanlah
urusan hambaMu ini,” Armand berdoa di dalam hati.

180
Masa semakin rancak bergerak. Hujung minggu sebegini menjadi hari yang dinanti-
nantikan oleh warga kota kerana pada waktu inilah mereka boleh menghabiskan masa bersama-
sama keluarga dan teman. Secret Recipe juga tidak lekang dari pengunjungnya. Suasana dalam
café yang semakin sesak dengan para pelanggan tidak sedikit pun meraih perhatian Armand. Dia
masih lagi termenung. Berfikir soal perjalanan hidupnya yang kian dirasakan rumit. Kata-kata
Rizman sewaktu mereka mengulang kaji pelajaran bersama terngiang-ngiang di cuping
telinganya.

“Bagi aku, kau patut hargai keluarga kau sekarang. Walaupun hidup kau susah, tapi kau
tak pernah miskin dengan kasih sayang. Sebab didikan mak engkaulah, kau jadi macam
sekarang. Tapi, kau juga tak salah kalau nak kau nak kenal dengan keluarga sebenar kau. Mak
kau tentu faham kalau kau pilih untuk pergi semula kepada keluarga sebenar kau. Aku rasa, kau
patut tahu keluarga asal kau dan pada masa yang sama, jangan buang keluarga angkat kau.
Lagipun, Encik Waiz tak pernah cakap yang kau takkan dapat jumpa dengan keluarga angkat
kau lagi kalau kau pilih untuk ikut dia”.

Kata-kata yang diucapkan Rizman itu benar-benar terkesan dihatinya. Dia yakin yang
keputusan yang bakal dibuatnya nanti mampu untuk menyelesaikan segala masalah yang
melanda diri dan juga keluarga angkatnya.

Namun, keputusan yang telah dia pilih itu masih lagi belum menemui titik noktahnya.
Armand masih belum menghubungi Waiz. Baginya, biarlah semua urusan pembelajarannya
selesai sebelum dia memberikan jawapan. Dia tidak mahu fokusnya terjejas. Malah, dia juga
sudah berjanji dengan Rizman dan Farish yang mereka bertiga akan mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan PMR yang bakal diadakan pada minggu hadapan.

Harap-harap, betullah apa yang aku pilih ni. Walaupun aku tak mampu untuk puaskan
hati semua orang, tetapi sekurang-kurangnya aku dah cuba yang terbaik dengan memilih hala
tuju hidupku sendiri. Aku harap, mak akan terima dengan hati yang terbuka. Begitu juga dengan
Encik Waiz. Tapi, buat masa sekarang, aku perlu utamakan dahulu pelajaran aku. Bila segala-
galanya selesai, baru aku beritahu Encik Waiz tentang keputusan aku.

*cerita jugak sikit pasal Waiz yang sedang telefon ayah dia. Mereka sembang soal
Armand dan sedia menerima segala keputusan Armand.

181
37
Masa bergerak dengan pantas, meninggalkan semua kisah-kisah silam yang kini sudah
menjadi sejarah. Angin Oktober kini sudah bertiup di sekitar Lagenda Permai. Membawa
bersama rasa gerun di hati penghuninya. Debaran menunggu hari kemuncak sudah lama luput di
hati pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Lagenda Permai. Kini, debaran itu sudah mula
berganti dengan bunga keriangan. Keriangan menanti detik jam yang berada dihadapan dewan.
Tinggal 15 minit sahaja lagi untuk semua pelajar mengucapkan selamat tinggal pada peperiksaan
PMR yang sedang mereka duduki. Kertas Sejarah yang juga merupakan kertas terakhir sudah
siap dijawab sepenuhnya. Hanya menanti untuk dikutip oleh pengawas peperiksaan.

Armand sudah sedia menghitung waktu pada jam dinding di hadapan dewan. Dia sudah
tidak sabar lagi untuk melaungkan perkataan ‘Merdeka’ di luar dewan bersama-sama temannya
yang lain. Farish pula, masih tekun menyemak soalan yang sudah dijawabnya. Sementara

182
Rizman baru sahaja meletakkan pensil sambil tersenyum puas. Dia yakin sepenuhnya dengan
jawapan yang diberi. Doa kecil dipanjatkan di dalam hati dengan harapan keputusan yang bakal
dia perolehi nanti mampu membuatkan dia menarik nafas lega.

“Baiklah, murid-murid. Sila letakkan alat tulis anda dan berhenti menjawab kertas soalan.
Sila duduk di tempat anda dengan senyap sehingga kertas anda dikutip oleh pengawas
peperiksaan,” umum Ketua pengawas peperiksaan yang sedang berdiri di hadapan dewan. Semua
murid yang mendengar akur dengan arahan yang telah diberikan.

Guru-guru pengawas yang ditugaskan untuk memantau para pelajar sepanjang


peperiksaan berlangsung mula bergerak mengutip kertas-kertas jawapan dari meja ke meja.
Kegembiraan jelas terpampang di setiap wajah pelajar yang berada di dalam dewan. Peperiksaan
yang dinantikan mereka selama ini akhirnya menemui noktah. Segala penat lelah yang dilakukan
untuk membuat persediaan sepanjang peperiksaan kini berakhir. Tibalah masanya untuk mereka
semua berlibur bersama teman-teman yang lain.

“Semua boleh bersurai dan pastikan tiada alat tulis atau barang yang ditinggalkan di
dalam dewan,” ucap Ketua pengawas peperiksaan. Semua pelajar bangun dari tempat duduk
masing-masing dan berjalan menuju pintu keluar yang terletak di sudut kiri dan kanan dewan.

Sorakan kegembiraan bergema sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari perut dewan.
Pelbagai ragam yang ditunjukkan oleh murid-murid tingkatan tiga Lagenda Permai. Ada yang
berbincang tentang soalan yang baru dijawab sebentar tadi, ada juga yang sedang mengemas
barangan masing-masing dan turut tidak ketinggalan, ada yang sudah berbincang soal percutian
sekolah yang bakal tiba tidak berapa lama lagi.

“Kita nak pergi mana lepas ni?” Farish bertanya pada Armand dan Rizman. Perkakas alat
tulis yang dipegangnya dimasukkan ke dalam beg sekolah. Rizman dan Armand memandang
wajah comel rakan mereka itu.

“Aku ada plan untuk korang. Jom ikut aku,” jawab Armand. Rizman dan Farish
mengerutkan dahi. Mereka tidak tahu apa yang telah Armand rancang untuk mereka bertiga.

“Apa plan kau?” Rizman bertanya ingin tahu.

183
“Ada la, jom. Pak Mat dah tunggu dah tu,” balas Armand sambil memuncung pada kereta
BMW yang dipandu Pak Cik Selamat. Mereka berjalan meninggalkan perkarangan dewan
sekolah dan menuju ke kereta tempat di mana Pak Cik Selamat sedang menanti. Pintu kereta
dibuka dan mereka masuk ke dalam.

“Pak Mat, tolong hantar kami ke studio,” Armand memberikan arahannya pada Pak Cik
Selamat. Pak Cik Selamat akur. Kereta yang dipandu mula bergerak meninggalkan kawasan
sekolah.

“Kenapa kau nak bawak kami ke studio?” soal Farish hairan.

“Hari ni aku ada special photo-shoot yang Anuar dah arrange kan untuk aku. Jadi, aku
nak korang berdua tengok,” jawab Armand.

“La, aku ingatkan apa la tadi. Rupa-rupanya nak suruh tengok kau photo-shoot. Takdelah
surprise sangat,” ujar Farish. Dia memperlekehkan rancangan yang telah diatur Armand.

“Tengok la dulu, photo-shoot ni lain dari yang lain. Korang mesti suka punya,” kata
Armand bersungguh. Dia cuba meyakinkan Farish dan Rizman bahawa rancangan yang
diaturnya itu pasti menyeronokkan mereka.

“Ok, kami tunggu,” respon Farish. Rizman yang hanya berdiam diri dari tadi
mengangguk sebagai tanda bersetuju dengan kata-kata Farish. Dia juga sudah tidak sabar
menunggu kejutan yang telah diaturkan Armand buat dirinya dan Farish.

Kereta yang dipandu Pak Cik Selamat memecut laju membelah jalan raya. Selang 20
minit, mereka tiba di destinasi. Armand, Farish dan Rizman keluar dari dalam kereta. Langkah
diatur kemas menuju pintu studio. Daun pintu dikuak lembut sambil kaki menapak ke dalam
ruang studio. Anuar yang sedia menanti di dalam tersenyum apabila melihat bayangan Armand
dan rakan-rakannya masuk ke dalam studio.

“Apa khabar Nuar? Sihat?” ucap Armand memulakan bicara. Tangan dihulur tanda
berjabat. Anuar menyambut huluran tangan Armand sambil tersenyum.

“Alhamdulilah sihat. Kau dah sedia ke?” respon Anuar. Wajah tampan Armand
dipandangnya. Selama lelaki itu bekerja dengannya, tidak pernah sedikit pun wajah itu kelihatan

184
jelek di matanya. Malah, semakin lama dia menatap wajah Armand, semakin bertambah
keinginannya untuk merakamkan gambar lelaki itu. Sungguh luar biasa sekali penangan Armand.

“Aku dah ready. Dorang pun dah ready,” jawab Armand. Sambil menunjukkan Rizman
dan Farish yang sedang berdiri di belakangnya.

“Ok, kau pergi bawak dorang tukar baju kat dalam. Aku dah suruh Lily sediakan baju dan
make up untuk korang,” arah Anuar. Armand mengangguk faham. Dia kemudiannya mengajak
Rizman dan Farish untuk masuk ke dalam bilik persalinan yang terletak di bahagian belakang
studio.

“Kenapa kau bawak kami ke sini Am? Bukan kau ke yang ada photo-shoot?” tanya
Rizman. Dia keliru dengan apa yang sedang dialaminya. Farish yang berada di sisi tidak berkata
apa-apa. Cuma menanti jawapan dari Armand. Dia juga keliru dengan apa yang sedang berlaku.
Armand tersenyum memandang kedua-dua rakannya. Dia sudah menjangkakan yang sahabatnya
itu akan bertanya perihal perkara yang sedang mereka alami. Dan semestinya dia sudah lama
bersedia dengan jawapan.

“Sebenarnya, aku ada dapat job sebagai cover sebuah majalah fesyen. Jadi, aku mintak
Nuar masukkan korang sekali. Sebab aku rasa korang adalah kawan terbaik yang pernah aku ada.
Jadi, nilah cara untuk aku hargai korang berdua,” terang Armand. Farish dan Rizman melopong.
Sungguh mereka tidak menyangka yang Armand sanggup memberi mereka penghormatan
sebegitu rupa. Rasa terharu mula bertahta di dalam hati. Rizman dan Farish memeluk Armand
yang sedang berdiri menghadap mereka.

“Thanks Am, aku pun bangga dapat kawan macam kau,” ucap Rizman. Farish
mengangguk tanda setuju.

“Come on guys. We have works to do,” kedengaran suara Lily memanggil dari belakang.
Armand, Rizman dan Farish menoleh pada wajah Lily. Seketika kemudian, mereka ketawa.

“Kacau la Lily, orang baru nak feeling,” kata Armand sambil mencebikkan mukanya.

“Mana saya tahu korang semua tengah feeling. Kalau saya tahu, saya tak kacau la. Sudah,
sudah. Pergi tukar baju sekarang,” balas Lily. Dia memberikan Armand, Rizman dan Farish

185
pakaian yang telah dipilihnya dari deretan baju yang tersangkut di ampaian yang bersebelahan
dengannya. Armand, Rizman dan Farish menyambut baju yang dihulurkan Lily. Mereka
kemudiannya melangkah masuk ke dalam bilik persalinan. Setelah siap menyalin pakaian, Lily
memanggil mereka untuk disolek.

“Memang kena solek jugak ke? Aku tak biasalah,” ujar Rizman. Dia segan apabila
wajahnya disolek kerana baginya, solekan hanya untuk kaum wanita sahaja.

“Ala, sikit jer. Bukan banyak pun. Tengok Ris, rileks jer,” pujuk Armand. Dia tahu yang
Rizman tidak selesa wajah disolek.

“Sikit saja, jangan risau saya buat pelan-pelan,” kata Lily. Dia baru sahaja selesai
menyolek Farish yang sudah siap berpakaian hitam dan putih. Rizman berjalan ke arah Lily yang
sudah sedia menantinya di meja solek.

“Duduk sini,” arah Lily sambil menarik kerusi dihadapannya. Rizman akur. Dia segera
duduk di atas kerusi yang dimaksudkan Lily.

“Mata pandang ke dalam cermin,” arah Lily sekali lagi. Rizman menghalakan matanya
pada cermin besar dihadapan.

“Duduk elok-elok ya. Saya nak make up sekarang,” kata Lily. Berus solek diambilnya
dari dalam bekas. Warna merah dicalitkan sedikit ke pipi Rizman bagi menaikkan lagi seri
wajahnya. Rizman tersenyum hingga menampakkan gigi apabila hujung berus solek menyentuh
pipinya. Mungkin geli dengan perbuatan yang dilakukan Lily padanya.

“Bibir awak cantik la, saya suka,” puji Lily. Tangannya masih ligat melakukan kerja-
kerja penyolekkan. Setelah siap, dia memanggil Armand pula untuk disolek.

“Pandai you pilih kawan. Semua kawan-kawan you ada talent jadi model. Mana you
dapat?” ucap Lily pada Armand.

“Mana ada dapat Lily. Tu semua kawan sekolah saya la,” balas Armand jujur.

“Kawan sekolah? Susah saya mau percaya. You dengan kawan you tak nampak macam
budak sekolah. Kalau you pergi jalan-jalan kat luar, tentu orang ingat you dengan kawan-kawan

186
you ni budak universiti kecuali kawan you yang comel tu,” puji Lily lagi. Armand tersenyum
bangga. Sudah acapkali dia mendengar kata-kata seperti itu. Ramai orang menyangka yang dia
dan Rizman bukan pelajar sekolah menengah kerana rupa paras mereka yang kelihatan lebih
matang dari usia sebenar. Hanya Farish sahaja yang kelihatan seperti pelajar sekolah. Tetapi,
kecomelan yang ada padanya sering menyebabkan orang keliru dengan usia sebenarnya. Rata-
rata menyangka yang Farish lebih muda berbanding umurnya sekarang. Itulah juga yang selalu
dirungutkan Farish.

“Aku tension la, setiap kali keluar dengan korang jer. Mesti orang ingat aku adik korang
berdua. Muda sangat ke aku ni?” rungut Farish. Mulut comelnya dimuncungkan ke hadapan
sebagai tanda protes. Rizman dan Armand ketawa mendengar kata-kata Farish.

“Dah kau tu comel sangat. Sebab tulah orang ingat kau adik kitorang,” ucap Rizman.
Kepala Farish diusapnya lembut. Memang wajah jambu Farish sentiasa menjadikannya kelihatan
lebih muda di samping sifat keanak-anakkan yang dia ada. Dan itu jugalah aset berharga
kawannya yang seorang ini dalam meraih perhatian sesiapa sahaja yang memandang.

“Ok, dah siap,” ujar Lily. Suaranya yang jelas kedengaran menghalau seketika lamunan
Armand. Armand tersentak. Dia segera bangun dari tempat duduknya dan berjalan mendapatkan
Farish dan Rizman yang berada di bahagian hadapan studio.

Anuar yang sedang berdiri menghadapa Rziman dan Farish tersenyum apabila melihat
Armand sudah pun berjalan ke arahnya. Armand membalas senyuman Anuar sebaik sahaja dia
tiba di sebelah Rizman.

“Ok, nampaknya semua orang dah bersedia. So, hari ni kita akan buat photo-shoot untuk
majalah fesyen. Aku nak, korang act naturally. Tonjolkan semua keyakinan, attitude dan aset
yang korang ada. Jangan takut, ok,” terang Anuar. Cuba meniupkan sedikit kekuatan pada Farish
dan Rizman.

“Alamak, macam mana ni. Aku tak reti la nak pose-pose ni,” Farish meluahkan
kebimbangannya. Armand tersenyum mendengar kata-kata sahabatnya itu. Dia juga mengalami
perkara yang sama sewaktu pertama kali beraksi dihadapan kamera.

187
“Kau rileks jer. Buat macam biasa. Bukan kau sorang jer, aku dengan Man kan ada,”
Armand memberikan kata-kata semangat buat Farish. Farish mengangguk. Kekuatan cuba diraih
sebanyak mungkin.

“Ok, semua sini. Armand, kau duduk kat sini. Ok, bagus. Rizman, aku nak kau duduk kat
tengah ni dan Farish pulak, kau berdiri kat sini,” Anuar mengatur kedudukan Armand, Rizman
dan Farish. Latar studio yang sudah cantik dihias menjadi tempat untuk mereka beraksi. Setelah
semuanya siap diatur, Anuar kembali ke belakang kamera.

“Ready, one, two ,three,” ucap Anuar sambil menekan punat kameranya.

“Ok, again,” kata Anuar lagi. Punat kamera kembali ditekan dan pancaran sinar kamera
menerjah pada Armand, Rizman dan Farish.

Rizman dan Farish yang pada mulanya merasa kekok untuk beraksi dihadapan kamera,
kini sudah mula serasi dengan cara kerja yang ditunjukkan Anuar. Mereka juga banyak mendapat
tunjuk ajar dari Armand yang tidak putus-putus membantu. Variasi yang ditonjolkan ketiga-tiga
remaja ini menjadi tema yang ingin ditonjolkan Anuar. Selaku jurufoto, dia perlu bijak mencari
sudut istimewa seseorang individu tidak kira sama ada individu itu seorang peragawan mahupun
pelajar biasa. Keunikkan karekter yang ada pada Rizman, Armand dan Farish menguatkan lagi
aura tarikan yang ada pada gambar yang diambil. Gabungan mereka bertiga boleh dikatakan
‘sempurna’.

“Ok, kita stop sini. Good job everyone,” ujar Anuar selepas selesai mengambil gambar
yang terakhir. Armand, Rizman dan Farish berjalan menuju ke salah satu sudut di dalam studio.

“Fuh, penat juga jadi model ni ya,” kata Farish sambil melepaskan lelah yang sedang
mencengkam dadanya. Rizman dan Armand tersenyum mendengar komen Farish.

“Biasalah tu, kerja macam ni memang la penat sikit. Tapi, happening,” ulas Armand.

“Aku respek la kau Am, sebab kau boleh buat kerja-kerja macam ni. Kalau aku, takat ni
jerlah. Kalau nak suruh bergambar lagi, taubat aku tak nak dah,” kata Rizman pula. Armand dan
Farish ketawa mendengar kata-kata Rizman.

188
“Ala, korang pun not bad apa. Aku tengok korang ok jer masa photo-shoot tadi,” ujar
Armand.

“Ok apa nyer. Dah naik buntu kepala aku pikir macam mana nak posing,” jawab Farish.
Memang tidak dinafikan yang dia sedikit kekok pada awalnya dan rasa itu kemudiannya mula
hilang setelah beberapa kali melakukan aksi yang diminta Anuar.

“Ok lah tu. Nanti kita tengok gambar yang Nuar cuci. Cantik ke tak,” ucap Armand.

“Eh, kita ada photo-shoot lagi ke ni? Aku nak tukar baju, rimas aku pakai baju ni.
Lagipun, aku mana biasa pakai baju mahal-mahal macam ni,” kata Rizman.

“Macamlah aku biasa,” ucap Armand ringkas. Dia memandang wajah manis Rizman
yang masih segak bersolek.

“Kau lain, kau tu kan model. Pakai apa pun masuk,” ujar Rizman. Dia sendiri kagum
dengan Armand yang mempunyai tubuh badan ideal dan sasa. Memang tidak salah jika rakannya
itu berhasrat untuk menumpukan sepenuh perhatiannya pada dunia peragaan kerana dia tahu
yang Armand mampu pergi lebih jauh dalam bidang ini.

“Banyak la kau. Dahlah, aku pun nak tukar baju ni, jom,” ajak Armand. Mereka bertiga
berjalan menuju ke bilik persalinan dan menukar semula pakaian mereka kepada uniform
sekolah. Sebaik sahaja selesai, mereka segera ke bahagian hadapan studio untuk mendapatkan
Anuar yang sedang sibuk mencuci gambar yang diambilnya sebentar tadi.

“Macam mana? Ok?” tanya Armand sebaik sahaja tiba di sebelah Anuar. Bahu rakannya
itu ditepuk lembut.

“Pergh, memang tak sia-sia aku bagi kau bawak kawan-kawan kau. Kau tengok ni,
mengancam tak?” kata Anuar dengan nada riang. Dia kemudiannya menunjukkan Armand
sekeping foto sebesar 7R. Armand memandang foto yang ditunjukkan Anuar padanya.
Senyuman puas terukir dibibir.

“Cunlah, aku nak gambar ni. Kau print tiga keping boleh?” pinta Armand. Anuar
mengangguk.

189
“Takde hal la. Kau punya pasal, aku print sepuluh pun boleh,” balas Anuar. Armand
tersenyum. Farish dan Rizman masih lagi menanti hasil yang ditunjukkan Anuar pada Armand.
Mereka tidak sempat melihat foto yang dipegang Armand sebentar tadi.

“Nah,” kata Anuar sambil menghulurkan sampul yang berisi foto yang diminta Armand
sebelum ini. Armand menyambut sampul yang dihulurkan Anuar sambil tersenyum.

“Berapa ni?” tanya Armand.

“Hari ni, sebab job kau best. Aku kasi free. Thanks sebab kau bawak kawan-kawan kau
yang superb ni,” jawab Anuar.

“Thanks Nuar, aku pergi dulu. Nanti kalau ada job baru kau inform aku,” kata Armand
pada Anuar. Dia kemudiannya mengajak Rizman dan Farish keluar dari studio milik Anuar.

“Boleh aku tengok gambar tu?” tanya Farish tidak sabar. Armand memberikan sampul
yang berisi gambar kepada Farish. Farish mencapai sampul yang diberikan Armand kepadanya.
Gambar sebesar 4R dikeluarkan dari dalam sampul. Rizman yang berada di sebelah Farish
memandang foto yang dipegang rakannya itu. Buat seketika, Farish dan Rizman ternganga.
Mereka tidak percaya dengan apa yang dilihat oleh mata mereka sendiri.

“Ini aku ke ni?” tanya Farish tidak percaya.

“Kenapa, tak percaya?” Armand memulangkan semula soalan Farish. Farish mengangguk
perlahan. Armand tersenyum melihat reaksi rakannya itu.

“Gambar kaulah ni,” kata Armand sambil menunjukkan wajah Farish yang berada di
dalam foto.

“Dahsyat gila Nuar ni. Tak sangka aku, yang gambar aku ni boleh jadi cantik macam ni,”
komen Farish. Perhatiannya masih lagi pada gambar yang dipegang.

“Patutlah aku tengok Nuar tu macam terer jer, rupa-rupanya memang hebat,” puji Rizman
pula. Dia kagum dengan hasil kerja yang ditunjukkan Anuar. Gambar yang diambilnya seakan
mempunyai aura yang tersendiri.

190
“Hebatkan. Korang berdua pun apa kurangnya, tengok tu. Aku pun tak boleh nak cam
yang ni korang. Dah macam artis dah aku tengok,” giliran Armand pula memuji Farish dan
Rizman. Kedua-dua sahabatnya itu tersenyum malu apabila mendengar pujian dari Armand.

“Kau jugak yang ajar kami. Betul tak Ris?” balas Rizman. Farish yang berjalan
disebelahnya mengangguk setuju.

“Lepas ni, korang ada apa-apa program tak? Kalau tak ada, aku nak ajak korang teman
aku makan sebab aku ada appointment dekat Restoran Mutiara. Korang nak ikut tak?” ucap
Armand. Dia memandang wajah Rizman dan Farish. Cuba menanti respon dari mereka dengan
sabar.

“Aku memang tak ada apa-apa plan lepas ni. Tapi, aku tak nak lah kacau appointment
kau,” jawab Rizman jujur.

“Ala, buka formal pun appointment ni. Aku nak jumpa dengan Encik Waiz. Sebab aku
nak beritahu dia pasal jawapan aku,” ujar Armand tenang. Farish dan Rizman terkaku buat
seketika. Di dalam hati, mereka bertanya akan keputusan yang telah dibuat oleh Armand. Apa
jawapan Am?

“Kau betul dah pikir masak-masak?” Rizman bertanya inginkan kepastian. Wajah tampan
Armand direnungnya serius. Armand mengangguk.

“Betul, dah lama aku pikir pasal ni. Dan aku rasa keputusan yang bakal aku beritahu ni,
adalah keputusan terbaik yang aku boleh buat,” balas Armand.

“Ok, kalau macam tu, aku ikut kau,” ucap Rizman.

“Kau Ris, nak ikut tak?” soal Armand pada Farish. Wajah comel lelaki itu dipandangnya.

“Dah korang berdua nak pergi makan, takkan aku tak ikut pulak. Lagipun, aku tengah
lapar ni,” jawab Farish sambil mengusap perutnya. Rizman dan Armand ketawa mendengar
jawapan Farish.

191
Mereka bertiga bergerak ke kereta BMW yang berada tidak jauh dari tempat mereka
berdiri. Pak Cik Selamat yang setia menanti di dalam perut kereta tersenyum memandang
mereka bertiga. Arahan dinanti setelah ketiga-tiga anak muda itu masuk ke dalam kereta.

“Pak Mat bawak kami ke Restoran Mutiara boleh?” tanya Farish sopan.

“Boleh,” balas Pak Cik Selamat ringkas. Kereta yang dipandunya membelok masuk ke
jalan utama. Fokus diberikan pada cermin hadapan kereta. Armand, Rizman dan Farish pula
sibuk melayan fikiran masing-masing. Tiada suara yang keluar dari mulut mereka. Yang ada,
hanyalah suara celoteh Dj di radio. Kereta terus memecut laju menuju ke destinasi yang telah
ditetapkan.

**********

“Mana pulak dia ni, janji pukul dua. Sekarang dah pukul tiga pun tak sampai-sampai lagi
ni?” rungut Waiz. Sudah satu jam dia menunggu Armand di dalam Restoran Mutiara namun
bayang remaja itu masih belum kelihatan.

“Sorry lambat. Ada hal tadi,” ucap Armand yang baru sahaja tiba dihadapan meja tempat
Waiz sedang menunggu.

“Takpe, yang penting sekarang kau dah sampai,” ujar Waiz. Armand tersenyum
mendengar kata-kata Waiz. Nasib baik dia tak marah.

“Duduklah,” pelawa Waiz. Kerusi dihadapannya ditunjukkan pada Armand.

“Boleh kita tukar meja lain tak sebab kawan-kawan saya pun datang jugak,” tanya
Armand sambil tersengih. Waiz mengangguk. Meja yang sebelum ini mejadi tempat
penantiannya ditinggalkan. Dia dan Armand kemudiannya berjalan menuju ke arah meja, tempat
di mana Farish dan Rizman sedang menanti. Salam dihulur sebagai tanda cuba bermesra. Waiz
mengambil tempat disebelah Rizman, manakala Armand pula di sebelah Farish.

“Korang dah order?” soal Waiz pada mereka bertiga.

192
“Belum,” jawab Armand ringkas. Farish dan Rizman mengangguk setuju.

“Orderlah, today is my treat,” kata Waiz sambil mengukir senyuman dibibirnya. Armand,
Rizman dan Farish gembira apabila mendengar pelawaan Waiz. Peluang yang hadir tidak disia-
siakan mereka. Pelayan restoran dipanggil tanda pesanan sudah sedia untuk dibuat.

“Nak makan apa dik?” tanya pelayan restoran ramah. Armand, Farish dan Rizman
menghadiahkan senyuman manis pada pelayan yang sedang bertanya.

“Bagi Nasi goreng biasa dua, Nasi goreng Pataya satu, Teh O Ais satu, Air Sirap satu,
dan Milo Ais satu,” kata Armand. Rizman dan Farish mengangguk tanda mengiyakan apa yang
diucapkan Armand sebentar tadi. Pelayan restoran menulis pesanan yang telah dibuat dan
membacanya semula.

“Nasi goreng biasa satu, Nasi goreng Pataya satu, Teh O Ais satu, Sirap satu, dan Milo
Ais satu. Itu saja ya,” ucap pelayan restoran sebelum melangkah meninggalkan meja makan.
Armand, Rizman dan Farish menghantar pelayan restoran tadi ke dapur dengan ekor mata
mereka.

“So, macam mana? Dah ada keputusan?” Waiz bertanya tiba-tiba. Armand, Farish dan
Rizman memandang wajah lelaki itu. Perhatian diberikan pada Waiz.

“Dah,” jawab Armand pendek. Waiz tersenyum. Dia ingin mendengar jawapan yang
sudah lama dinantikannya dari mulut Armand.

“Jadi, apa jawapannya?” soal Waiz tidak sabar. Rizman dan Farish turut memasang
telinga kerana mereka juga ingin tahu apa jawapan sebenar Armand pada tawaran yang telah
Waiz berikan padanya. Armand menarik nafas sedalam yang boleh dan melepaskannya perlahan-
lahan. Kekuatan cuba diraih untuk meluahkan jawapan yang sudah lama tersimpan dibenaknya.
Wajah Waiz direnungnya dalam-dalam.

“Aku rasa, aku nak kenal dengan keluarga sebenar aku. Jadi, aku rasa aku akan ikut kau.
Tapi, dengan satu syarat,” ucap Armand tenang. Waiz memandang hairan pada wajah tampan
Armand. Apa syarat dia?

“Apa syaratnya?” soal Waiz ingin tahu.

193
“Aku nak, semua perbelanjaan keluarga angkat aku ditanggung sepenuhnya dan aku
dibenarkan melawat mereka bila-bila masa yang aku suka,” jawab Armand. Waiz tersenyum
mendengar jawapan Armand.

“Itu mudah, asalkan kau mahu balik semula ke keluarga asal kau,” kata Waiz. Rizman
dan Farish menarik nafas lega. Akhirnya, masalah yang ditanggung Armand selesai juga.
“Alhamdulilah,” doa Rizman dalam hati.

“Aku mintak diri dulu sebab aku ada banyak kerja yang perlu aku buat di pejabat. Tapi
sebelum itu, aku nak ingatkan kau yang kau kena panggil aku Pak Su selepas ini dan aku pulak
akan panggil kau Am. Setuju?” ucap Waiz sambil menghulurkan tangannya pada Armand.

“Setuju,” jawab Armand sambil tangannya menyambut huluran salam Waiz. Waiz
tersenyum melihat respon Armand. Rizman dan Farish juga tersenyum gembira.

“Ni duit yang Pak Su belanja untuk Am dan kawan-kawan makan. Yang selebihnya, Am
simpan,” kata Waiz sambil meletakkan beberapa keping not lima puluh ringgit di atas meja. Dia
kemudiannya berlalu pergi meninggalkan Armand, Rizman dan Farish yang masih lagi duduk di
meja makan.

“Wah, baiklah Pak Su kau Am. Terus kasi kita duit belanja,” ujar Farish riang. Duit yang
berada di atas meja diberikan pada Armand. Armand mengambil wang kertas yang dihulurkan
Farish dan menyimpannya di dalam poket seluar.

“Jadi, kau happy la sekarang sebab masalah kau dah selesai,” kata Rizman. Wajah
Armand dipandangnya, cuba mencari keriangan yang terpancar dari sinar mata lelaki itu.

“Ni semua sebab nasihat yang kau bagi kat aku dulu. Kalau tak ada kau, tak tahulah aku
macam mana nak selesaikan masalah ni. Thanks Man, aku banyak terhutang budi pada kau,”
ucap Armand. Wajahnya jelas menunjukkan kegembiraan yang sedang marak menyala di dalam
hati. Sungguh dia berasa tenang ketika itu. Beban masalah yang sering menyesakkan akalnya
kini sudah hilang dibawa angin gembira.

194
“Aku tak kisah semua tu, janji kau happy. Tapi, kalau kau nak tolong aku, boleh jugak
sebab kebetulan aku ada kerja yang memerlukan bantuan korang berdua,” balas Rizman. Armand
dan Farish memandang Rizman dengan penuh tanda tanya.

“Kau nak kami tolong apa?” soal Farish ingin tahu.

“Tu, nanti aku ceritakan. Yang penting sekarang ni, kita makan dulu sebab makanan pun
dah sampai. Aku tengah lapar ni,” kata Rizman sambil memuncung pada pelayan yang sedang
berjalan ke arah mereka. Armand dan Farish akur. Perut yang sudah lama kelaparan diisi dengan
makanan tengah hari yang dipesan sebelum ini. Kelazatan yang mereka nikmati melekakan
mereka buat seketika dari tanda tanya yang membelenggu sebelum ini.

38
“Mana kau bawak kami ni Man?” tanya Farish ingin tahu. Dia rimas dengan daun lalang
yang mengelilinginya itu. Rasa gatal menggigit badannya setiap kali kulitnya bersentuhan
dengan daun itu. Hish, gatalnya!

195
“Aku pun tak tahu mana tempat ni. Kalau ikut dalam peta ni, betullah tempat yang kita
datang ni,” jawab Rizman sambil memandang pada peta yang berada ditangannya.

“Bak sini aku tengok,” pinta Armand. Rizman memberikan peta yang dipegangnya pada
Armand. Peta bertukar tangan. Armand membelek peta yang dihulur Rizman sebentar tadi.
Hurm, kalau ikut peta ni, betullah tempat ni. Tapi, tak nampak apa-apa pun kat sini.

“Kalau ikut peta ni, dah betul dah tempat ni,” Armand menyokong kata-kata Rizman.

“Habis tu, mana benda yang kau nak cari tu Man? Aku tak nampak apa-apa pun kat sini.
Daun lalang banyak la,” ucap Farish. Peluhnya sudah membasahi baju yang dipakai. Rizman
tidak menjawab soalan Farish. Dia membuang pandang ke sekeliling. Hurm, aku rasa, mesti
time-capsule tu ada tertanam sekitar sini. Tapi, di mana? Mungkin depan sana.

“Jom kita tengok sebelah sana,” ajak Rizman. Farish dan Armand mengangguk. Kaki
diatur mengikut hala tuju yang telah Rizman tetapkan. Desiran angin yang bertiup, mengalunkan
daun lalang yang tinggi melambai. Farish sesekali menolak daun lalang yang menghalang
laluannya. Rimasnya!

“Jumpa tak?” tanya Armand apabila Rizman yang berada dihadapannya tiba-tiba sahaja
berhenti. Farish yang menurut dibelakang Armand terdorong ke hadapan dan melanggar badan
sasanya.

“Kenapa tiba-tiba berhenti?” soal Farish hairan. Dia cuba mendongak ke hadapan.
Kelihatan sebatang anak sungai mengalir dihadapannya.

“Sungai,” ucap Farish spontan. Armand dan Rizman mengangguk.

“Macam mana kita nak ke seberang?” tanya Armand. Dipandangnya wajah Rizman yang
sedang berfikir mencari jawapan.

“Aku rasa, mesti ada jambatan dekat-dekat sini. Jom kita cari,” kata Rizman. Mereka
bertiga berjalan sepanjang tebing sungai sambil mata meliar mencari jambatan yang
membolehkan mereka ke seberang.

196
“Tu ada satu,” kata Farish sambil menunjukkan sebuah jambatan usang di hadapan
mereka. Armand dan Rizman tersenyum. Mereka segera berlari anak ke tempat yang ditunjukkan
Farish sebentar tadi. Jambatan usang dilintasi mereka hingga ke seberang.

“Kalau ikut peta ni, lepas aja jambatan tadi, kita patutnya dah sampai dah kat tempat
yang kita nak cari tu,” ujar Rizman sambil matanya tertumpu pada peta yang dipegang. Armand
dan Farish turut sama memandang peta yang menjadi pemandu arah mereka itu.

“Tapi, mana tempat tu? Tak nampak apa-apa pun,” Farish sekali lagi bertanyakan soalan
yang sama. Matanya liar memandang ke sekeliling.

“Kita cuba cari sekitar sini dulu. Kalau tak jumpa apa-apa, baru kita cari sebelah sana,”
cadang Armand. Rizman mengangguk. Farish yang sedang keletihan dipujuknya supaya
bersabar.

“Nanti, kalau semua ni dah selesai, aku belanja kau kek coklat. Nak tak?” Rizman cuba
memujuk Farish dengan janjinya. Wajah comel lelaki itu segera bertukar rupa. Senyuman terukir
dibibirnya.

“Kalau macam tu, baik kita cari cepat. Aku pun dah tak sabar nak makan kek coklat ni,”
jawab Farish riang. Rizman dan Armand ketawa mendengar respon Farish. Macam budak-
budak.

Sedang mereka bertiga rancak berborak, tiba-tiba Farish terasa yang kakinya seperti
terpijak sesuatu yang keras. Segera matanya memandang ke bawah. Kelihatan sekeping papan
kecil sudah berada di bawah tapak kakinya. Papan apa pulak kat tengah-tengah kawasan lalang
ni? Papan kecil yang sudah usang di ambil Farish. Permukaan papan yang sedikit berlumut
dibelek Farish penuh minat. Eh, ada tulisan la kat sini. Apa dia tulis ni? Hak milik Man dan
Tasha. Mata dibeliakkan. Benda nilah kot yang Man cari.

“Man! Am! Sini! Aku dah jumpa dah tempat tu,” jerit Farish. Rizman dan Armand yang
sedang sibuk mencari berhenti dari tugas mereka. Suara Farish jelas mengetuk gegendang
telinga. Langkah segera diatur menuju ke tempat di mana lelaki comel itu berada.

197
“Kau dah jumpa ke tempat tu? Mana?” tanya Armand tidak sabar sebaik sahaja dia tiba di
hadapan Farish. Rizman yang baru sahaja tiba disebelahnya memandang Farish. Respon dari
sahabatnya dinanti dengan sabar.

“Ni, tengok ni. Aku jumpa papan ni tadi,” kata Farish sambil menunjukkan papan yang
dijumpainya tadi. Armand dan Rizman memandang pada tulisan yang tertera di atas papan kecil
itu. “Hak milik Man dan Tasha,” sebut mereka di dalam hati.

“Aku rasa benda yang aku cari tu, mesti tertanam kat sini. Jom kita gali,” ucap Rizman.

“Tanam? Kau cari harta karun ke Man?” tanya Farish ingin tahu.

“Mana ada harta karun. Aku cari benda la,” balas Rizman.

“Benda apa yang kau cari?” soal Armand pula.

“Aku sendiri pun tak pasti lagi sama ada benda yang aku cari ni wujud ke tak. Aku agak
jer,” jawab Rizman lagi. Perhatian diberikan pada tanah yang berada di bawah tempat mereka
berdiri.

“Eh, cepatlah tolong aku gali,” Rizman meminta pertolongan Armand dan Farish. Tanah
merah yang sudah ditumbuhi lalang dikorek dengan tangan. Sedang mereka asyik mengali, tiba-
tiba tangan Armand tersentuh sesuatu yang keras. Tangannya segera mengorek dengan lebih
pantas. Rizman dan Farish turut membantu.

“Kotak apa ni?” soal Armand spontan apabila melihat sebuah kotak kayu kecil yang baru
sahaja dikeluarkannya dari dalam lubang yang digali sebentar tadi.

“Aku rasa aku dah jumpa apa yang aku nak cari,” kata Rizman sambil tersenyum. Farish
dan Armand memandangnya dengan rasa hairan. Apa yang dia cari?

“Apa yang kau cari sebenarnya Man?” tanya Farish. Dia sendiri sudah tidak ingat kali
keberapakah dia bertanyakan soalan yang sama.

“Sebenarnya aku cari time-capsule,” balas Rizman jujur.

198
“Time-capsule? Benda apa tu?” tanya Armand ingin tahu. Rizman memandang wajah
tampan Armand yang sedang duduk menghadapnya. Ingatan tentang isi surat Natasha yang
dibacanya sebelum ini kembali menerjah kotak fikiran.

“Korang ingat tak masa korang jumpa surat warna kuning dalam novel yang aku pinjam
dulu,” Rizman cuba mengingatkan Armand dan Farish akan peristiwa lama yang sudah luput dari
ingatan mereka.

“Hah, aku ingat. Surat kuning yang kau tak nak bagi kami baca tu,” ujar Farish akalnya
kembali memainkan rakaman memori beberapa bulan yang lalu. Rizman tersenyum.

“Betul,” respon Rizman.

“Jadi, apa kaitan antara surat tu dengan kotak kayu ni?” tanya Armand hairan. Dia tidak
faham akan maksud kata-kata Rizman sebentar tadi.

“Sebenarnya, surat tu dari Natasha,” ucap Rizman tenang. Armand dan Farish
membeliakkan mata mereka. Seperti tidak percaya dengan apa yang mereka dengar.

“Kau berutus surat dengan Natasha ke selama ni?” tanya Armand tidak percaya. Rizman
mengangguk sebagai jawapan kepada soalan Armand.

“Aku sendiri pun tak tahu yang sahabat pena aku tu Natasha. Cuma baru-baru ni jer aku
dapat tahu,” Rizman menceritakan perkara sebenar yang berlaku antara dia dan Natasha.

“Jadi, kotak ni, time-capsule Natasha ke?” duga Farish. Wajah manis Rizman dipandang
sambil menanti respon daripadanya. Rizman sekali lagi mengangguk.

“Dalam salah satu surat yang Natasha bagi kat aku, dia ada cakap yang dia dan kawan
lama dia pernah tanam time-capsule dorang kat sini. Jadi, aku rasa kotak nilah time-capsule yang
Natasha maksudkan,” terang Rizman. Armand dan Farish mendengar cerita yang disampaikan
Rizman dengan sepenuh perhatian.

“Habis tu, kau nak buat apa sekarang?” tanya Armand ingin tahu. Rizman tidak terus
menjawab pertanyaan Armand. Kotak kayu yang berada dihadapan ditenung lama. Jawapan
kepada soalan Armand cuba dicari. Senyuman terukir dibibir sebaik sahaja ilham menjelma.

199
“Aku rasa, kita patut tanam semula kotak ni,” kata Rizman bersahaja. Armand dan Farish
memandang sesama sendiri. Timbul rasa hairan di hati mereka apabila mendengar kenyataan
Rizman sebentar tadi. Kenapa nak tanam pulak? Bukan main penat lagi cari tadi, bila dah
jumpa nak tanam pulak.

“Kenapa pulak? Bukan main susah lagi kita korek lubang ni tadi, kau nak tanam pulak,”
luah Farish tidak puas hati.

“Tak guna juga kalau kita simpan kotak ni, sebab kita sendiri pun tak tahu sama ada betul
atau tidak yang kotak ni time-capsule Natasha. Lagipun, kita mana ada kunci untuk bukak kotak
ni,” jelas Rizman sambil menunjukkan jarinya pada lubang kunci yang terdapat pada dinding
kotak. Armand dan Farish memandang pada tempat yang ditunjukkan Rizman. Betul jugak.

“Oklah, aku ikut cadangan kau. Tapi, jangan lupa kek coklat aku,” balas Farish sambil
cuba mengingatkan Rizman akan janjinya sebelum ini. Rizman tersenyum sambil
menganggukkan kepalanya. Dia tahu yang Farish sedang menuntut janji yang dibuatnya tadi.

“Aku tak lupa la,” ucap Rizman. Wajah comel Farish dipandangnya. Lelaki comel itu
terlalu cepat berubah moodnya. Dalam sekelip mata sahaja, dia boleh berubah menjadi ceria dan
begitu jugalah sebaliknya. Bagi Rizman, sikap Farish yang selalu berubah-ubah itu sering
menghiburkannya. Tidak pernah terbit rasa bosan bila bersama rakannya itu.

“Eh, dah lah. Jom tolong aku tanam balik kotak ni,” pinta Rizman. Armand dan Farish
akur. Kotak kayu yang dijumpai dimasukkan semula ke dalam lubangnya. Tanah merah di
sekitar lubang digunakan untuk menimbus lubang yang digali sebelum ini.

“Eh, Man. Kau tak nak beritahu kat Natasha ke pasal identiti sebenar kau tentang surat
tu?” soal Armand tiba-tiba.

“Aku memang nak beritahu dia, cuma aku rasa aku kena selesaikan hal ni dulu,” ulas
Rizman.

“Kalau kau nak beritahu dia, kau cakap kat aku ya,” ujar Armand.

“Kenapa pulak?” tanya Rizman pendek.

200
“Boleh aku rakam, kisah percintaan antara kau dan Natasha. Kisah dua insan yang saling
berutus surat. Fuh, mesti romantik habis. Kalau buat novel, mesti laku punya,” sakat Armand.
Wajah Rizman dijelingnya. Menanti respon yang bakal diberi. Farish turut berbuat perkara yang
sama.

“Banyaklah kau punya romantik,” bidas Rizman sambil melangkah meninggalkan tempat
kotak kayu yang mereka tanam sebelum ini. Armand dan Farish menurutnya dari belakang. Hari
yang semakin berganjak senja mula menunjukkan tandanya dengan warna kirmizi di dada langit.
Armand, Farish dan Rizman mempercepatkan langkah mereka meninggalkan kawasan padang
lalang.

**********

“Hish, mana kunci ni?” rungut Rizman. Badannya dibongkokkan sekali lagi untuk
melihat kawasan bawah katil. Cuba mencari kunci yang digunakan untuk membuka kotak kayu
yang dijumpainya petang tadi.

Takkan la Rizalman tak simpan langsung kunci untuk bukak kotak kayu tu. Hurm, pelik.
Ni mesti ada orang lain yang simpan kalau bukan dia. Tapi siapa? Rizman termenung. Cuba
menyelesaikan teka-teki yang membelit akalnya. Entah-entah, Tasha tak yang simpan kunci
untuk kotak tu. Tapi, macam mana aku nak tanya dia? Takkan aku nak beritahu dia yang aku
tengah cari time-capsule pulak. Hish! Tak boleh, tak boleh. Aku tak boleh bongkarkan rahsia ni.
Tapi, macam mana aku nak tahu sama ada Tasha ada simpan kunci kotak kayu tu? Perlu ke aku
beritahu dia yang akulah sebenarnya Guardian Angel? Tapi, kalau aku beritahu, mahu ke dia
percaya kat aku? Macam mana pulak kalau dia tak percaya? Adui, peningnya. Rizman
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Cuba mencari jawapan yang diperlukan. Ah, tak kisahlah
kalau dia nak percaya ke tak. Niat aku ikhlas. Aku cuma nak tolong dia cari time-capsule tu.
Lagipun, aku dah jumpa time-capsule yang dia cari tu. Cuma perlu pastikan saja sama ada
kotak kayu tu benar-benar time-capsule yang ditanam. Oklah, aku tekad. Esok, aku mesti

201
beritahu Tasha tentang identiti aku dan tanya dia pasal kunci tu. Rizman mengangguk
kepalanya sambil tersenyum.

Lampu bilik dimatikan dan Rizman berbaring di atas katilnya. Kotak kayu yang berisi
peta diletakkan di atas meja sisi. “Esok, semuanya akan terbongkar,” ucap Rizman di dalam
hati. Kelopak mata dipejam dan akal dibiarkan meneroka ke alam mimpi.

39
202
Angin petang yang bertiup sekitar halaman rumah sungguh mendamaikannya. Angin
yang sedang berpuput lembut menampar pipi gebunya.

“Kenapa Rizman tiba-tiba nak jumpa dengan aku?” soal Natasha dalam hati. Dia hairan
dengan permintaan Rizman yang tiba-tiba sahaja ingin bertemu dengannya. Lelaki itu
menelefonnya semalam dan meminta untuk berjumpa di bawah gazebo di halaman rumah.
Natasha hairan dengan permintaan Rizman yang tiba-tiba itu. Namun disetujuinya juga kerana
dia menjangka yang Rizman mungkin ada sesuatu yang ingin diberitahu padanya.

“Dah lama tunggu?” suara garau Rizman mematikan lamunan Natasha. Pandangan
dihalakan pada wajah manis Rizman. Bibir merah yang sedang mengukir senyum itu direnung
Natasha. Masih lagi perasaan yang sama. Debaran yang sering hadir setiap kali dia menatap bibir
merah Rizman kembali bertandang. Terasa sesak dadanya ketika itu. Rasa gementar cuba ditahan
agar tidak disedari oleh Rizman. Dia malu jika Rizman tahu yang dia ada menaruh hati pada
jirannya itu.

“Takde lah, Tasha baru jer sampai,” ucap Natasha lembut. Senyuman dihadiahkan pada
Rizman yang sedang berjalan menghampirinya. Natasha berganjak sedikit untuk memberi ruang
pada Rizman untuk duduk di sebelahnya. Punggung dilabuhkan pada bangku yang diperbuat dari
kayu nyatuh.

“Ada apa Man nak jumpa Tasha?” soal Natasha pada Rizman apabila melihat lelaki itu
sudah bersedia untuk memulakan perbualan. Rizman memandang wajah mulus Natasha.
Tumpuan diberikan pada gadis itu.

“Man ada sesuatu yang Man nak beritahu Tasha. Tapi, Tasha jangan marah ya,” jawab
Rizman lembut.

“Buat apa Tasha nak marah kalau benda tu benda baik. Cakaplah, Tasha nak dengar,”
ucap Natasha. Dalam hati, dia sudah tidak sabar untuk mengetahui tentang perkara yang bakal
Rizman katakan padanya.

Rizman memandang kolam ikan yang berada berdekatan dengan gazebo. Ketenangan
dari riak air cuba diraih sebanyak mungkin. Kekuatan dalam diri cuba dikumpul untuk
meluahkan rahsia yang sudah lama terkunci di dalam diri.

203
“Tasha ingat tak lagi dengan Guardian Angel yang Tasha ceritakan dulu?” Rizman
mengingatkan Natasha tentang kata-katanya ketika waktu rehat di sekolah tempoh hari. Natasha
mengerutkan dahinya. Cuba mengingati peristiwa yang dinyatakan Rizman. Sejurus kemudian,
dia mengangguk. Rizman tersenyum melihat respon Natasha. Anggukannya itu secara tidak
langsung menjawab soalan yang diajukan Rizman sebentar tadi.

“Sebenarnya, Guardian Angel tu adalah Man,” kata Rizman tenang. Matanya masih
melekat pada permukaan kolam. Takut untuk menatap wajah Natasha kerana khuatir dengan
respon yang bakal diterimanya.

Natasha terkedu. Buat seketika dia terpaku apabila mendengar pengakuan berani yang
dibuat Rizman sebentar tadi. Betul ke apa yang aku dengar tadi?

“Apa Man cakap tadi?” tanya Natasha sekali lagi. Dia ingin pastikan bahawa apa yang
didengarinya sebentar tadi adalah betul.

“Man lah Guardian Angel yang sebenar,” balas Rizman perlahan.

Halilintar dirasakan seperti sedang memanah jantungnya ketika itu. Kerongkong


dirasakan sedang berpasir dan air liur terasa payah untuk ditelan. Kenyataan Rizman yang
didengarinya itu benar-benar menguji tahap kepercayaannya pada lelaki itu. Betul ke ni?

“A..Apa bukti Man?” tanya Natasha ragu-ragu. Kebenaran cuba dicari dari sinar mata
lelaki itu. Rizman tersenyum pada Natasha sambil tangannya menghulurkan sekeping kertas
kuning pada gadis itu.

“Ni,” jawab Rizman pendek. Natasha memandang pada kertas yang dihulurkan Rizman.
Tangan dimajukan ke hadapan untuk mengambil kertas yang diberi. Kertas kuning cair kini
sudah bertukar tangan. Natasha membuka lipatan pada kertas kecil itu. Matanya membutang
tiba-tiba apabila isi surat yang bertulis tulisan tangannya itu ditatap. Macam mana dia boleh ada
surat ni? Jadi, betullah dia ni Guardian Angel. Alamak malunya aku. Selama ni aku bertukar
surat dengan dia rupanya. Jadi dia tahulah semua pasal aku. Alamak! Dia dah tahu pasal aku
suka kat dia. Matilah aku! Malunya.

204
“Kenapa diam?” tanya Rizman tiba-tiba. Pertanyaannya itu menyentak monolog dalaman
Natasha. Segera senyuman diukir bagi menutup angannya tadi. Dia tidak mahu Rizman tahu
yang dia sedang berangan.

“Tasha malu?” duga Rizman. Diberanikan dirinya untuk memandang wajah Natasha.
Gadis disebelahnya itu mengangguk malu. Natasha tidak berani mengangkat mukanya. Dia
segan bila mendapat tahu yang Rizmanlah sebenarnya Guardian Angelnya. Dia malu kerana
Rizman secara sembunyi sudah pun mengetahui akan perasaanya pada lelaki itu. Apa aku nak
cakap kalau dia tanya pasal aku suka kat dia? Matilah aku! Apa aku nak jawab ni.

“Err…Man, pasal apa yang Tasha tulis dalam surat tu…,” ucap Tasha gagap. Dia tidak
tahu bagaimana untuk dia menjelaskan pada Rizman tentang soal hatinya. Rasa malu berlegar-
legar di dalam hatinya.

“Man faham. Man pun ada rahsia yang nak beritahu Tasha jugak,” potong Rizman. Dia
tahu apa yang ingin Natasha sampaikan padanya. Rona merah pada wajah gadis itu jelas
menunjukkan yang dia sedang malu.

“Apa dia?” soal Natasha ingin tahu.

“Sebenarnya, Man pun ada hati pada Tasha,” kata Rizman perlahan. Dia juga segan untuk
menyatakan pada Natasha akan hasrat hatinya pada gadis itu.

Suasana di sekitar gazebo menjadi sunyi buat seketika. Rizman dan Natasha, masing-
masing tidak berani untuk bersuara. Rasa malu mula menguasai hati mereka berdua. Isi hati yang
selama ini dipendam mereka kini, sudah diluahkan juga. Yang tinggal hanya respon dari kedua-
duanya.

“Owh ya, baru Man ingat. Man ada perkara yang Man nak tanya Tasha,” Rizman
memberanikan diri untuk memulakan semula perbualan mereka yang tergendala sebentar tadi.

“Tanyalah,” balas Natasha ringkas. Wajah Rizman dipandangnya.

“Tasha ingat tak lagi, pasal time-capsule yang Tasha beritahu dalam surat dulu?” ucap
Rizman. Natasha mengangguk laju.

205
“Kenapa?” soal Natasha ingin tahu.

“Er…tak ada apa-apa. Cuma Man saja jer nak tahu,” selindung Rizman. Macam mana
aku nak tanya dia ni? Kantoi la nanti kalau aku tanya pasal kunci tu. Hish! Macam mana ni.

“Tasha memang nak sangat cari time-capsule tu. Tasha nak baca impian yang Rizalman
tulis. Kalau boleh, Tasha nak tunaikan impian dia. Tapi, tulah. Tasha sendiri pun tak tahu kat
mana nak cari time-capsule tu,” kata Natasha. Dia membuang pandang ke arah kolam ikan. Cuba
mengatur ayat yang sesuai bagi menzahirkan apa yang terbuku di hatinya ketika itu. Rizman
memandang wajah gadis disebelahnya itu. Tumpuan diberi pada wajah insan yang sering
membuatkan tidur malamnya terganggu.

“Kunci ni, Rizalman bagi pada Tasha sebelum dia hilangkan diri. Dia suruh Tasha
simpan kunci ni elok-elok supaya nanti kami boleh buka time-capsule tu sama-sama. Tapi,
semua tu dah tinggal kenangan. Man dah tak ada dan Tasha sendiri pun tak tahu kat mana kami
tanam time-capsule tu,” sambung Natasha. Dia menarik rantai lehernya dari dalam baju. Rantai
leher yang berkalungkan kunci sebagai permatanya ditatap Rizman. Sah! Memang Tasha yang
simpan kunci time-capsule tu. Tapi, macam mana aku nak ambik kunci tu. Takkan aku nak kata
yang aku saja-saja nak pinjam. Mesti dia syak punya. Hurm, macam mana ek.

“Kalau Tasha jumpa balik time-capsule tu, apa yang Tasha akan buat?” soal Rizman.

“Macam yang Tasha cakap tadi. Tasha akan tunaikan impian Rizalman,” jawab Natasha.

“Macam nilah, Man tak tahu sama ada apa yang Man buat ni betul atau tidak. Tapi, Man
rasa Man patut buat perkara ni sebab Man adalah ‘Guardian Angel’ Tasha. Jadi, Man harap
Tasha tak marahkan Man sebab cuba masuk campur urusan peribadi Tasha,” ujar Rizman
tenang.

“Esok, hari minggu. Jadi Man nak Tasha tunggu kat sini pukul 10 pagi. Man ada sesuatu
yang Man nak tunjukkan pada Tasha,” Rizman menyambung. Natasha memandang wajah
Rizman dengan hairan. Apa yang dia nak tunjukkan?

“Apa benda yang Man nak tunjuk kat Tasha?” tanya Natasha tidak sabar.

206
“Tasha datang esok dan bawa kunci tu sekali. Nanti, Tasha akan tahu jawapannya,” balas
Rizman. Dia lebih selesa berteka-teki dengan Natasha.

“Baiklah, esok Tasha datang,” Natasha memberikan jawapannya. Rizman tersenyum


mendengar.

“Man mintak diri dulu. Jangan lupa, esok kita jumpa kat sini,” ucap Rizman sebelum
berlalu pergi meninggalkan Natasha yang masih lagi duduk di bawah gazebo. Bayangan Rizman
dihantar oleh hujung mata Natasha hingga ianya hilang dek pandangan. Apa yang dia nak
tunjukkan pada aku sebenarnya? Sampai berahsia lagi. Ni mesti ada benda penting, kalau tak
takkan sampai nak berahsia macam ni. Musykil aku.

40
207
“Dah sampai ke belum?” tanya Natasha pada Rizman. Kain yang sedang mengikat
matanya ketika itu benar-benar merimaskan. Dia ingin segera menanggalkan ikatan pada
matanya itu. Namun, arahan Rizman yang mengatakan dia tidak boleh membuka penutup
matanya selagi tidak diberitahu menghalang niat Natasha. Dia terpaksa akur walaupun dirinya
terasa rimas apabila matanya ditutup sebegitu.

“Belum, sikit jer lagi,” jawab Rizman. Tangan Natasha dipimpinnya dengan cermat.
Semak lalang yang menghalang perjalanannya di tolak ke tepi.

“Bila nak sampai ni?” rungut Natasha. Dia lemas dengan apa yang dirasainya ketika itu.

“Sabar la, kejap jer lagi. Dah nak sampai dah pun,” pujuk Rizman. Langkah masih lagi di
atur pada jalan yang pernah dilaluinya bersama-sama Armand dan Farish.

“Dah lama dah berjalan, tak kan tak sampai-sampai lagi,” rungut Natasha lagi. Nmaun,
kakinya tetap melangkah mengikut hala tuju yang Rizman tetapkan.

“Dah, kita dah sampai dah,” balas Rizman apabila mereka tiba di destinasi yang dituju.
Natasha tersenyum apabila mendengar ucapan Rizman.

“Boleh Tasha bukak mata sekarang?” soal Natasha. Tangannya sudah mula membuka
ikatan kain yang menutup matanya.

“Eh, nanti-nanti,” potong Rizman. Tangannya segera menghalang perbuatan Natasha.

“Ada apa lagi,” ngomel Natasha tidak sabar. Dia rimas dengan sikap Rizman yang masih
tidak mahu memberinya peluang untuk membuka mata.

“Biar Man yang bukakkan,” ujar Rizman. Tangannya pantas membuka ikatan pada kain
yang menutup mata Natasha. Setelah ikatan mulai longgar, Natasha segera menarik kain
pengikat daripada matanya. Kelopak mata dibuka. Sinar mentari yang bersinar masuk ke dalam
kanta matanya. Nikmat pancaindera kembali dirasai.

“Kita kat mana ni?” tanya Natasha. Dia membuang pandang ke sekeliling kawasan.
Pemandangan di sekitar dirasakan begitu asing baginya. Namun, jauh di dalam hati, dia
merasakan yang dia pernah bertandang ke tempat ini. Macam pernah aku lihat tempat ni.

208
Rizman tersenyum mendengar soalan Natasha.

“Tasha tak ingat tempat ni?” soal Rizman sekadar ingin menduga. Dipandangnya wajah
keliru Natasha.

“Tasha tak ingat. Tapi, Tasha rasa macam pernah datang ke tempat ni dulu,” ucap
Natasha. Matanya liar memandang ke sekeliling. Warna hijau daun lalang mula bertukar biru
apabila bercampur dengan sinar kuning matahari. Buat seketika, memori silamnya kembali
menerjah akal. Natasha membulatkan matanya. Tak mungkin, takkan tempat tu kot.

“Takkan ni tempat time-capsule tu?” duga Natasha. Matanya tepat memandang wajah
Rizman. Rizman mengangguk.

“Betul, nilah tempat time-capsule tu. Tasha ingat tak papan tanda ni,” balas Rizman
sambil menudingkan jarinya pada papan tanda yang sedang terpacak di atas tanah. Natasha
memandang papan yang ditunjukkan Rizman padanya. Tulisan ‘Hak milik Man dan Tasha’ yang
tertera di atas papan tanda itu benar-benar mengejutkan Natasha. Dia terlopong buat seketika.

“Macam mana Man jumpa tempat ni?” tanya Natasha. Matanya masih lagi pada papan
tanda yang terpacak di atas tanah. Rizman tersenyum pada Natasha.

“Man tengok peta yang Rizalman simpan kat bawah katil,” jawab Rizman jujur.

“Tasha tak nak tengok ke, sama ada time-capsule yang Tasha tanam tu masih ada lagi ke
tak,” ujar Rizman lagi.

Natasha duduk di atas semak lalang. Papan tanda yang terpacak dicabutnya dari atas
tanah. Tangan halus Natasha mula mengenggam tanah merah. Di kaisnya tanah itu ke bahagian
tepi sehingga sebuah lubang sedalam satu kaki terbentuk. Kotak kayu yang sudah sekian lama
tertanam kini kembali menyapa mata. Natasha memandang kotak kayu yang berada di dalam
lubang. Dia tidak pernah melupakan corak ukiran yang terdapat pada kotak kayu itu. Kotak
itulah yang menyimpan segala impiannya dan Rizalman. Mereka pernah berjanji untuk membuka
kotak itu bersama-sama dan kini, dia bersendirian. Hanya ditemani Rizman yang menjadi saksi
pada hari yang bersejarah itu. Man, aku dah tunaikan janji aku. Aku dah jumpa time-capsule
yang kita tanam dulu.

209
Kotak kayu dikeluarkan Natasha dari tempatnya. Debu tanah yang masih bersisa di atas
permukaan kotak dibersihkannya dengan jari. Kunci yang tergantung dilehernya dicapai.

“Tasha tak nak bukak?” soal Rizman pada Natasha. Dia sudah tidak sabar untuk melihat
isi kandungan kotak kayu itu. Natasha tidak menghiraukan pertanyaan Rizman. Perhatiannya
masih dihalakan pada kotak kayu yang berada di hadapan. Anak kunci dimasukkan ke dalam
lubangnya. Dengan perlahan, dia memulas kunci yang sudah melekap pada dinding kotak. Bunyi
selak yang sedang terbuka menampar gegendang telinga Natasha dan Rizman.

Penutup kotak dibuka dengan perlahan. Rizman yang berada disebelah menjeling pada isi
kotak. Dua keping surat menjadi tatapan matanya. Natasha mengambil salah satu surat yang
berada di dalam kotak kayu. Lipatan surat dibukanya dengan cermat. Baris-baris ayat yang
tertera di atas kertas menjadi bahan santapan matanya.

Khas buat sahabatku,

Natasha, tujuan sebenar Man mengajak Tasha untuk bermain time-capsule ini adalah
untuk menyatakan hasrat hati Man sendiri. Man malu untuk memberitahu Tasha secara
berdepan. Jadi, Man gunakan time-capsule sebagai alasan untuk menceritakan hasrat hati Man
pada Tasha. Man harap, Tasha tidak berkecil hati dengan perbuatan Man ini. Selain itu, Man
jugak nak memohon seribu kemaafan pada Tasha jika Man tak dapat hadir bersama-sama
Tasha untuk membaca surat ini. Maafkanlah keterbatasan Man ini.

Tasha,

Sebenarnya, Man sudah lama meminati Tasha. Sejak daripada Man mula mengenali erti
kasih sayang dan cinta. Sejak dari itu, Man selalu menyimpan angan-angan. Angan-angan yang
Man peram supaya menjadi impian. Impian untuk berkahwin dengan Tasha dan mempunyai
keluarga sendiri. Man jugak menyimpan impian untuk belajar bersungguh-sungguh supaya Man
boleh menyara kita sekeluarga nanti. Inilah azimat Man yang akan selalu Man tanam dalam
hati. Man nak selalu lihat Tasha gembira dan tersenyum. Namun, semua ini hanya mampu
dicapai jika hasrat hati Man disambut Tasha. Man berharap yang Tasha akan membalas
getaran jiwa Man.

Tasha,

210
Man jugak ada perkara yang ingin Man sampaikan pada Tasha selain daripada impian
Man. Perkara ini sudah lama Man simpan. Man sengaja menyembunyikan perkara ini sebab
Man tak mahu Tasha sedih. Tetapi, Man tak boleh nak simpan perkara ini lama-lama kerana
lambat laun, Tasha akan tahu jugak. Jadi, lebih baik kalau Man sendiri yang beritahu Tasha
tentang perkara ini. Sebenarnya, Man akan pergi ke suatu tempat yang jauh dari sini. Tempat
yang terlalu jauh sehingga Tasha sendiri tidak mampu untuk mencari Man. Tiada kenderaan
yang boleh membawa Tasha ke sana. Hanya kekuasaanNya sahaja yang mampu menemukan
kita. Jadi, janganlah Tasha menghabiskan usia muda Tasha untuk mencari Man jika Man sudah
tiada nanti. Man juga tak mahu Tasha bersedih bila Man sudah pergi.

Apa yang Man nak Tasha buat, Tasha mesti teruskan hidup Tasha dengan riang dan
gembira seperti yang Tasha lakukan sekarang. Man nak Tasha rasai kemanisan nikmat usia
yang dianugerahkan-Nya buat Tasha. Carilah impian Tasha dan capailah ia dengan segala
kudrat yang Tasha ada. Doa Man akan sentiasa mengiringi Tasha. Dan lagi satu, jika lima
tahun dari sekarang Tasha berjumpa dengan lelaki yang mampu membahagiakan Tasha, maka
Tasha terimalah dia seadanya. Layanlah dia sepertimana Tasha pernah melayan Man dengan
baik. Hargailah rasa sayang yang ada dalam hati Tasha kerana sukar untuk kita mencari rasa
sayang itu setelah kita kehilangannya.

Akhir sekali, Man ingin ucapkan semoga Tasha tabah membaca surat ini nanti dan
janganlah Tasha gugurkan air mata Tasha kerana air jernih itu sungguh bernilai untuk
dibazirkan.

Ikhlas dari sahabatmu,

Rizalman.

Epilog
Selepas kejadian tu, hubungan aku dan Natasha semakin erat. Nak kata yang kami
tengah bercinta, tak jugak sebab masing-masing tak pernah sentuh soal hati. Kami hanya

211
sekadar berkongsi saat-saat manis kami bersama dan aku selesa begini. Natasha juga senang
dengan hubungan kami. Am pulak, masih lagi aktif dengan modeling. Makin banyak tawaran
yang dia dapat sejak pihak media tahu yang dia sebenarnya cucu kepada jutawan kapal. Dia
juga banyak membantu keluarga angkatnya dari segi kewangan. Semua adik-adiknya kini sudah
mula bersekolah. Farish, sudah hidup bahagia dengan Maisarah. Pasangan bahagia ni, tak
pernah lekang. Asyik berkepit saja. Aku juga tumpang bahagia dengan mereka berdua. Semoga
mereka kekal bersama.

Sekarang, cuti sekolah sudah dua hari bermula. Aku, Farish dan Armand bercadang
untuk menghabiskan masa cuti kami di Pulau Langkawi bersama Uncle Khalid dan Auntie
Emelda. Natasha dan Maisarah juga ikut sekali. Aku harap, percutian kami nanti akan
membawa seribu satu kenangan sama seperti yang aku alami sejak kali pertama melangkah ke
Lagenda Permai. Kini, cerita antara aku, Farish dan Armand bukan lagi digelar ‘Kisah Kau,
Aku dan Dia’. Tetapi ‘Kisah Kami’ bertiga. Semoga persahabatan yang terjalin ini akan
berkekalan hingga akhir hayat. Amin.

Rizman Zulkefly.

Rizman meletakkan pen biru di atas meja. Buku yang tertera perkataan ‘Diary’
dihadapannya di tutup dengan cermat. Senyuman puas di ukir.

“Man!” laung satu suara dari halaman rumah. Rizman menjengah ke halaman dari
tingkap biliknya. Kelihatan Armand, Farish, Natasha dan Maisarah sedang tersenyum
memandangnya.

“Cepatlah, kita dah nak pergi ni,” kata Armand tidak sabar.

“Ok, ok. Aku turun sekarang,” jawab Rizman. Beg sandang yang berisi pakaian segera
dicapai. Langkah di atur laju keluar dari perut bilik. Daun pintu di tutup rapat setelah kamar
dibiarkan kosong.

212

Anda mungkin juga menyukai