Anda di halaman 1dari 1

Pengurusan merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan

manusia bukan sahaja dalam bidang pekerjaan tetapi dalam segala aspek kehidupan.
Pengurusan merupakan satu proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan
usaha ahli-ahli dalam sesuatu organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk
mencapai matlamat organisasi tersebut.

Maka, aspek pengurusan meliputi beberapa kepentingan yang kita tidak dapat
abaikan. Pertamanya, pengurusan yang baik dan efektif akan membantu untuk mencapai
matlamat dan objektif organisasi tercapai dengan lebih mudah dan berkesan. Selain daripada
itu, pengurusan memastikan semua sumber seperti faktor pengeluaran di dalam organisasi
dapat diselaras dan diagihkan dengan baik dan teratur.

Tambahan lagi, pengurusan yang baik juga memastikan tiada pembaziran sumber
dalam organisasi. Ini bermaksud jika seorang pengurus menguruskan tugas-tugas kakitangan
dengan sistematik maka sesuatu tugas itu dapat disiap dengan lebih mudah tanpa memerlukan
banyak tenaga pekerja. Selain daripada itu, kemahiran pengurusan juga memainkan peranan
yang sangat penting dalam keberkesanan sesebuah organisasi. Kemahiran pengurusan akan
membantu pihak pengurus untuk menjadikan sesuatu organisasi itu lebih cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai