Anda di halaman 1dari 4

1) Stereotaip

Stereotaip ialah suatu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap sesetengah


jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar di dalam realiti. Kita juga boleh
memahami stereotaip sebagai penilaian negatif atau positif terhadap sesuatu perkara atau
sekumpulan orang.

 Contoh kenyataan positif seperti orang Melayu bersikap peramah, orang Cina
pandai matematik dan orang India juara dalam lumba marathon.
 Contoh kenyataan negatif, Rani beranggapan bahawa semua lelaki adalah
pengotor.

2) Prasangka

Prasangka berarti, sikap atau tamggapan yang lazimnya bersifat negative terhadap sesuatu
kumpulan manusia atau ras yang lain atau sikap yang bentuk berdasarkan generalisasi yang
tidak rasional dan tegar kerana kumpulan tersebut mempunyai ciri atau kualiti tertentu.

 Prasangka kognitif, merujuk pada apa yang dianggap benar.

 Prasangka afektif, merujuk pada apa yang disukai dan tidak disukai.
 Prasangka konatif, merujuk pada bagaimana kecenderungan seseorang dalam
bertindak.
 Contoh, kita menganggap agama yang orang lain anut itu tidak sebaik agama yang
kita anut.

3) Diskriminasi

Diskriminasi berarti aksi atau perlakuan negatif terhadap sesebuah kelompok manusia.
Diskriminasi secara institusi terbentuk berpunca daripada sikap prejudis terhadap
kumpulan lain. Ahli sesuatu kumpulan atau kategori dalam masyarakat dinafikan hak
untuk mendapat layanan yang saksama dari segi undang - undang dan hak untuk
menikmati manfaat sosial yang lain. Layanan berlainan boleh disebabkan oleh faktor
perbezaan ras, etnik, agama, umur, dan jantina.

Contoh, seorang wanita menerima gaji yang lebih rendah dengan lelaki sejawatnya
meskipun pekerjaan mereka sama.
4) Akomodasi

Setiap kumpulan etnik sedar dan hormat kepada norma dan nilai kumpulan etnik lain tetapi
tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing dan hidup secara aman dan harmoni.

Konsep ini diwakili oleh formula A+B+C = A+B+C. A, B, dan C merujuk kepada budaya
(Ting 1987). Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia terutamanya selepas
merdeka.Pada peringkat pemerintahan, setiap kumpulan etnik dapat melibatkan diri
secara bebas dan sama rata dalam bidang ekonomi, politik dan pendidikan.

Setiap kumpulan etnik masih bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan
harmoni dan saling menghormati.

Contohnya di Malaysia terdapat etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Dalam sistem politik:


i) Melayu diwakili oleh PAS, PKR, UMNO
ii) Cina diwakili oleh MCA, DAP, GERAKAN
iii) India diwakili oleh MIC, PPP, IPF

5) Akulturasi

Dikenali sebagai Asimilasi Budaya. Akulturasi merupakan penerimaan unsur kebudayaan


asing dalam satu kelompok manusia hingga unsur kebudayaan asing diterima dalam
kebudayaan sendiri.

Contoh:

 Pemakaian baju kurung dalam kalangan perempuan bukan melayu di Malaysia.


 Pemakaian inai dalam kalangan orang melayu di Malaysia.
 Budaya makanan ala barat seperti makanan segera McDonald dan KFC.
6) Asimilasi

Asimilasi adalah pembauran dua kebudayaan yang disertai dengan hilangnya ciri khas
kebudayaan asli sehingga membentuk kebudayaan baru.

Proses asimilasi dapat ditandai sebagai upaya mengurangi perbedaan antar kelompok
dengan tujuan untuk mempererat kesatuan tindakan, perasaan, pemikiran dan sikap dengan
mempertimbangkan kepentingan dan tujuan bersama kelompok tersebut.

Contoh:

• Masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh proses asimilasi.

• Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks
budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

7) Amalgamasi

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan
terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Ini melahirkan satu kelompok
minoriti etnik yang baru dan mewujudkan kebudayaan yang baru.

Formula A+B+C = D. A,B, dan C mewakili kumpulan etnik yang berlainan, dan D mewakili
amalgamasi iaitu kumpulan baharu yang terhasil daripada penyatuan A, B, C.

Contoh: Perkhawinan campur antara kumpulan - kumpulan entik yang lain dan ini
membentuk satu generasi baharu dan budaya baharu tanpa menuruti budaya asal
mereka.

8) Pluralisme

Proses mempertahankan kepelbagaian. Menitikberatkan pengekalan ciri - ciri


kebudayaan pelbagai kelompok. Bertentangan dengan konsep asimilasi dan
amalgamasi, pluralisme kebudayaan boleh diwakili dengan formula A+B+C = A+B+C.
Tindakan hidup bersama secara aman damai dalam kalangan pelbagai kumpulan.
Contoh: Tidak memaksakan kehendak orang lain untuk menerima keyakinan yang kita
miliki.

Anda mungkin juga menyukai