Anda di halaman 1dari 37

UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN

FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS

MPU 3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

TUGASAN TRIMESTER JANUARI 2018

TAJUK : PERANAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN GENERASI REMAJA

NAMA PENSYARAH : PUAN NAZIRAH BINTI ISMAIL

Bil. Nama Pelajar No. Pelajar Program / Tahun & Semester


1. Heng Sin Jun 1603827 CL / T1S3

2. Ng Kok Foong 1601857 CI / T1S2

3. Ng Siew Min 1601792 CL / T1S3

4. Teoh Kok Siang 1601997 ME / T1S2

5. Woon Xuet Wei 1605349 CL / T1S3

1
GAMBAR BERKUMPULAN

Teoh Kok Siang Ng Kok Foong Heng Sin Jun

Woon Xuet Wei Ng Siew Min


Rubrik Tugasan MPU3123
Kriteria
Pendahuluan (6m) Tidak Lengkap (0m) Sederhana (1m) Baik (2m) Markah
Pernyataan Masalah Tiada atau tidak jelas Sekurang-kurang ada satu Ada dua pernyataan masalah
Kajian (2m) pernyataan masalah kajian. pernyataan masalah kajian kajian dan dinyatakan dengan
yang berkaitan tajuk kajian. sangat jelas.
Objektif Kajian (2m) Tiada sebarang objektif Sekurang-kurang ada satu Ada dua objektif kajian dan
kajian /tidak jelas objektif objektif kajian yang berkaitan dinyatakan dengan sangat
kajian. permasalahan kajian jelas.
Tidak Lengkap (0m) Sederhana (1m) Baik (2m)
Metodologi kajian Penjelasan tentang Penjelasan tentang sekurang- Penjelasan sangat jelas
(2m) metodologi kajian tidak kurang satu metodologi yang tentang metodologi yang
dinyatakan/ Penjelasan digunakan dan disertakan digunakan berserta dengan
metodologi tidak berkaitan dokumen berkaitan sebagai dokumen-dokumen berkaitan
dengan tajuk tugasan. lampiran. sebagai lampiran.
Perbincangan dan Tidak Lengkap (0m) Lemah (1m) Sederhana (2m) Baik (3m)
Dapatan Kajian (16m)
Konsep nilai Tiada sebarang konsep Penjelasan tentang konsep nilai Penjelasan tentang konsep Penjelasan tentang konsep
ketamadunan (3m) nilai/konsep nilai tidak jelas kurang jelas/kurang berkaitan nilai masih jelas/masih nilai sangat jelas dan
dengan tajuk tugasan. berkaitan dengan tajuk berkaitan dengan tajuk
tugasan. tugasan.
Tidak Lengkap (0m) Lemah (1m) Sederhana (2m) Baik (3-4m)
Tiada sebarang isu/kajian Penjelasan tentang sekurang- Penjelasan yang masih jelas Penjelasan sangat jelas
Isu-isu (4m) lepas kurang satu isu / kajian lepas tentang sekurang-kurang dua tentang sekurang-kurang tiga
yang berkaitan tajuk tugasan isu/kajian lepas yang isu/kajian lepas yang
berkaitan tajuk tugasan. berkaitan tajuk tugasan.

Tidak Lengkap (0m) Lemah (1-3m) Sederhana (4-6m) Baik (7-8m)


Tiada sebarang laporan Penjelasan tentang laporan Penjelasan tentang laporan Penjelasan tentang laporan
Dapatan kajian (8m) tentang dapatan dapatan kajian kurang dapatan kajian masih dapatan kajian sangat jelas
kajian/Laporan dapatan jelas/kurang berkaitan dengan jelas/masih berkaitan dengan dan sangat berkaitan dengan
kajian tidak berkaitan tajuk tugasan. Hanya ada 1 – 2 tajuk tugasan. Sekurang- tajuk tugasan. Sekurang-
dengan tajuk tugasan dapatan kajian sahaja kurangnya ada 3 – 4 dapatan kurangnya ada 5 atau lebih
kajian dapatan kajian
Tidak Lengkap (0m) Baik (1m)
Kesimpulan (1m) Tiada sebarang sebarang Penjelasan sangat jelas
kesimpulan atau kesimpulan tentang kesimpulan yang
yang diberikan tidak berkaitan tajuk tugasan.
berkaitan dengan tajuk
tugasan.
Format dan Mutu Tidak Lengkap (0m) Lemah (1m) Sederhana (2m) Baik (3m)
Kerja (3 m)
Kebanyakan keterangan Beberapa keterangan tidak Keterangan disusun mengikut Kebanyakan keterangan
tidak disusun mengikut disusun mengikut logik dan logik dan penulisannya adalah disusun mengikut logik dan
logik dan penulisannya cara penulisannya adalah tidak bermakna. penulisannya jelas, menarik
adalah tidak bermakna. memuaskan. Penulisan mengikut kriteria dan bermakna.
Keseluruhan penulisan tidak Penulisan tidak mengikut iaitu mengandungi bahagian Penulisan mengikut kriteria
mengikut kriteria yang kriteria yang dikehendaki dan pengenalan, perbincangan dan iaitu mengandungi bahagian
dikehendaki dan format format yang ditetapkan dapatan kajian tetapi refleksi pengenalan, perbincangan dan
yang ditetapkan sepenuhnya. Penulisan kurang tersusun. Penulisan dapatan kajian dan refleksi
bibliografi tidak mengikut gaya bibliografi tidak mengikut disusun mengikut format.
APA. Bilangan sumber rujukan gaya APA sepenuhnya. Tiada Penulisan bibliografi
kurang daripada jumlah sumber rujukan mengikut gaya APA
minimum ditetapkan. buku/jurnal/artikel. sepenuhnya dan memenuhi
kriteria ditetapkan untuk
sumber rujukan.
Komen/Ulasan:

25
Tidak Lengkap (0m) Lemah (1-2m) Sederhana (3-4m) Baik (5 m)

Refleksi Tiada refleksi/Refleksi Huraian refleksi sangat Huraian refleksi masih Huraian refleksi
(5m) tidak berkaitan tajuk ringkas/kurang jelas dan berkaitan sangat jelas dan
tugasan/Meniru jelas/kurang berkaitan dengan tajuk tugasan. sangat berkaitan
refleksi ahli lain. tajuk tugasan. dengan tajuk
tugasan.

Bil. Nama Pelajar No. Pelajar Markah Jumlah


Refleksi Markah
1. Heng Sin Jun 1603827

2. Ng Kok Foong 1601857

3. Ng Siew Min 1601792

4. Teoh Kok Siang 1601997

5. Woon Xuet Wei 1605349


ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Pengenalan 1-2

Perbincangan dan Hasil Kajian 3 - 23

Refleksi 24 - 26

Rujukan/Bibliografi 27 - 29

Lampiran 30 – 32
PENGENALAN

Pernyataan Masalah

Tajuk yang kami kaji ialah “Peranan Media Sosial Dalam Kalangan Generasi Remaja”. Menurut

Dr. Ab. Halim bin Tamuri dan Zarin bin Ismail, dalam kajian mereka yang bertajuk “Peranan

Media Massa Terhadap Pegangan Nilai Akhlak Remaja”, antara isu yang terdapat ialah media

massa boleh meningkat dan juga boleh mengurang pegangan nilai akhlak pelajar-pelajar sekolah

menengah. Persoalannya kini, apakah hubungan antara tamadun dan media sosial dalan kalangan

generasi remaja? Selain itu, adakah media sosial berperanan dalam meningkatkan pegangan nilai

akhlak remaja atau mengurangkan pegangan nilai akhlak remaja? Oleh yang demikian, kami

telah menjalankan suatu kajian terhadap golongan remaja untuk mencari jawapannya.

Objektif Kajian

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk;

1. Memahami hubungan antara tamadun dan media sosial.

2. Mengkaji pengaruh media sosial terhadap pembentukan akhlak golongan remaja.

3. Menjelaskan peranan media sosial dalam kalangan generasi remaja.

Metodologi Kajian

Kajian ini telah dijalankan di Bandar Sungai Long, Kajang, Selangor untuk mengumpul pendapat

remaja terhadap peranan media sosial kepada mereka. Salah satu cara yang diguna oleh kami

ialah kajian perpustakaan. Kami telah mencari maklumat melalui internet mengenai isu-isu

semasa yang berkaitan dengan peranan media sosial terhadap golongan remaja sebagai rujukan.

Kami juga telah mencari maklumat dalam buku atau jurnal dari Perpustakaan Mary KUOK Pick

Hoo, iaitu perpustakaan UTAR. Senarai bibliografi atau rujukan telah disedia dan dilampirkan di

1
bahagian belakang. Selain itu, cara yang digunakan oleh kami ialah pengedaran borang soal

selidik. Kajian ini telah melibatkan seramai 30 orang pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman

(UTAR) yang dikategorikan dalam umur 18 hingga 21. Sebanyak 12 soalan telah disediakan

dalam satu set borang soal selidik dan borang ini diedarkan kepada responden kami melalui

google form.

2
PERBINCANGAN DAN HASIL KAJIAN

Konsep Nilai Ketamadunan

Perkataan “tamadun” mempunyai pelbagai maksud dari perspektif yang lain. “Tamadun”

menurut Ibrahim Anis ialah kata terbitan yang berakar umbi daripada kata kerja “maddana” yang

bererti “pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal” dan “membangunkan sesuatu kawasan

hingga menjadi suatu pembandaran” (Ibrahim,1960:873). “Tamadun” menurut E. B. Taylor ialah

suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-

nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh

masyarakat(Marzuki,1994:51-59). “Tamadun” menurut Umar Audab al-Khatib pula ialah

himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan

pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan kebendaan dan kerohanian

dalam sesuatu sejarah (Marzuki,1994:51-59).

“Tamadun” dalam Sains Sosial menurut Wan Hashim Wan Teh merujuk kepada

pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama

dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila iaitu adab, budi pekerti, serta organisasi politik

atau kemampuan mewujud dan menguruskan sesebuah kerajaan yang demokratis(Wan,1997:91).

Menurut Gregory L. Possehl, “tamadun indus” merujuk kepada suatu masa bandar,

pembangunan kelas sosial, pakar kraf dan kerjaya, penulisan dan perdagangan jarak jauh dengan

Mesopotamia, Asia Tengah, dan juga negara-negara dekat dengan Laut Merah(Gregory,2002:1).

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, “tamadun” ialah Negara dan penduduknya yang

mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran social, budaya, politik dan

lain-lain yang tinggi (Kamus Dewan Edisi Ketiga,1998:6&180). Selain itu, “tamadun islam”

menurut Esa Khalid merujuk kepada pencapaian kemajuan dengan mencakupi pelbagai aspek

kehidupan yang diamalkan oleh umat Islam yang tiada tolok bandingnya di dunia ini

3
(Esa,2001:1). “Tamadun” menurut Syed Naquib al-Attas merupakan tahap tatasusila yang tinggi

dan kebudayaan yang luhur oleh sesuatu masyarakat (Mahdi, Fauzi, Hashim &Maimon,2008,2).

Di samping itu, menurut Arnold Spengler, “tamadun barat” lebih mengutamakan kebendaan

kerana mereka percaya bahawa kebendaan dapat membawa kemajuan (Noor, Adibah, Siti

&Fauzi,2008:7). “Tamadun” menurut Ibnu Khaldun boleh merujuk kepada istilah umran yang

bermaksud kawasan atau rumah yang didiami, keadaan yang berkembang maju dan subur

(Rosmawati,2010:15-19).

Media sosial merupakan salah satu hasil kemajuan teknologi dalam bidang informasi dan

komunikasi. Media sosial ialah sejenis media yang menyenangkan para penggunanya untuk

berkongsi, membina atau melibatkan diri dalam laman sosial, wiki, forum atau dunia virtual.

Sebaliknya, media sosial juga dikatakan sebuah media online yang membolehkan penggunanya

untuk berkomunikasi dengan cara melalui blog-blog, wiki, laman sosial seperti Twitter,

Facebook, Friendster, Gmail dan sebagainya(Harrison,2009). Kewujudan media sosial memberi

peluang kepada para pengguna untuk menyampaikan pendapat dan fikiran masing-masing tanpa

sebarang halangan di dunia.

Media sosial telah berkembang dengan pesat sejak 1978. Penemuan Sistem papan

bulletin memberi peluang kepada kita untuk berhubung dengan orang lain melalui surat

elektronik. Pada tahun 1995, kemunculan GeoCities yang dapat berfungsi sebagai Web Hosting

iaitu layanan penyewaan penyimpanan data-data website agar halaman website tersebut dapat

dilayari dari mana-mana sahaja. Oleh itu, GeoCities ini menjadi tonggak penciptaan website-

website lain. Laman sosial yang pertama iaitu Sixdegree.com telah wujud pada tahun 1997.

Walaupun sebelumnya pada tahun 1995 telah muncul Classmates.com namun demikian,

Sixdegree.com ini dianggap lebih dapat menampilkan sebuah jejaring sosial jika dibandingkan

dengan Classmates.com.

4
Pada tahun 1999, kemunculan Blogger yang membolehkan pengguna-penggunanya untuk

membuat blog peribadi telah memberi impak yang besar kepada perkembangan media sosial.

Blogger menawarkan penggunanya peluang untuk membuat halaman sosial sendiri. Hal ini

membolehkan pengguna Blogger untuk memuatkan isu-isu atau hal tentang apapun termasuk hal

peribadi pengguna ataupun membentang tentang isu-isu politik serta mengkritik pemimpin-

pemimpin dunia.

Seterusnya, Friendster yang dicipta pada 2002 mempercepat perkembangan media sosial.

Pengguna dapat berkongsi konten seperti foto, video, pesan, dan komentar dengan anggota lain

melalui profile dan jaringan mereka. Selain itu, laman ini juga digunakan untuk berkencan atau

pun mencari tahu tentang acara baru, brand, atau hobi. Pada tahun 2003, LinkedIn dicipta yang

berfungsi tidak hanya untuk bersosial, malah juga dapat digunakan untuk mencari pekerjaan dan

sebagainya.

Pada tahun 2004, Facebook telah muncul dan menjadi laman sosial yang paling popular

sehingga kini(Morrison,2015). Pada awalnya, Facebook dan para penggunanya pun masih terdiri

daripada kalangan pelajar universiti sahaja. Namun begitu, pengguna Facebook pun mula

berkembang ke universiti yang lain sehingga ke seluruh dunia sampai kini. Menurut

Joinson(2008), penglibatan sesama pengguna melibatkan sembilan cara, iaitu melihat foto, ditag

pada foto, melabelkan foto, menemui aplikasi baharu yang digunakan rakan, menguruskan dan

menyertai majlis atau acara tertentu, menerima jemputan bersahabat, melihat status pengguna

lain, menggunakan enjin carian untuk mencari mereka yang mempunyai ciri tertentu, dan

menyertai kumpulan dalam talian.

Perkataan tamadun di dalam bahasa Melayu diambil daripada beberapa perkataan Arab

seperti ‘maddana’, ‘umran’, ‘hadarah’, ‘madaniyyah’ dan beberapa perkataan lain tetapi tamadun

lebih popular dan meluas digunakan di dalam dunia Islam. Etimologi perkataan tamadun berasal

5
dari perkataan Arab tamadun yang berakar umbi dari perkataan ‘maddana’ yang bererti

membangunkan atau memajukan sebuah bandar dan menjadikan atau mengubah kelakuan

‘kekampungan’ seseorang kepada kelakuan ‘kebandaran’ atau ‘kepekanan’.

Mengikut Kamus Dewan Bahasa(2002), perkataan tamadun membawa empat maksud.

Yang pertama, keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf

kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran. Yang kedua, negara dan penduduknya yang

telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran dalam kalangan sosial,

budaya dan politik. Selain itu, budaya atau cara hidup penduduk sesebuah negara tertentu.

Akhirnya, penduduknya mestilah mempunyai keadaan pemikiran yang halus dalam aspek

budaya dan moral.

Secara ringkasnya, berikut adalah beberapa elemen asas yang memainkan peranan

penting dalam proses pembentukan sesebuah tamadun. Antara elemen-elemen tersebut adalah

seperti berikut:

1. Penempatan manusia pada suatu tempat yang strategik seperti pusat bandar.

2. Jangka hayat penghidupan yang stabil dan agak panjang.

3. Terdapat sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosialisasi dan

pendidikan yang teratur dan sistematik.

4. Wujud satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri yang

menjadi alat komunikasi ilmu.

5. Wujud undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan dan

tindak-tanduk anggota masyarakatnya.

6. Peningkatan daya kekreatifan dalam bidang seni, sastera, falsafah dan lain-lain.

7. Terdapat pelbagai penciptaan sains dan teknologi.

6
Ini adalah antara ciri yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai kehidupan

bertamadun. Ketiadaan ciri-ciri ini menjadikan sesebuah masyarakat tidak bertamadun dan

mundur.

Grafik di bawah merupakan ringkasan kepada sesebuah tamadun dan faktor-faktor yang

mengakibatkan keruntuhan sesebuah tamadun.

7
Perkembangan media sosial telah banyak memyumbang kepada pembangunan tamadun

sejak akhir-akhir ini. Sebagai contoh, kepesatan perkembangan sains dan teknologi

bertanggungjawab membantu memperkembangkan industri import dan eksport dalam

pengeluaran barangan seperti kertas dan sebagainya. Dalam hal ini, kewujudan media sosial telah

banyak mempercepatkan proses perdagangan dan meningkatkan darjah kehidupan manusia.

Media sosial seperti Amazon, Alibaba, FoodPanda dapat meningkatkan proses perdagangan dan

perniagaan. Dengan penggunaan telefon pintar atau juga dikenali sebagai smart phone,

pembelian barangan kegunaan harian atau pesanan makanan boleh dicapai dalam masa yang

singkat. Di samping itu, aplikasi Uber dan Grab dapat memudahkan pejalanan atau

pengangkutan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain dengan hanya satu klik. Tambahan

pula, media sosial boleh digunakan untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain dan

memudahkan interaksi harian antara kita. Contohnya, Facebook merupakan laman sosial yang

popular dalam masa kini. Facebook boleh digunakan untuk berhubung dengan ahli keluarga

yang berada di luar negara atau tempat yang jauh.

Kesimpulannya, perkembangan dan kemajuan media sosial atau teknologi telah banyak

membantu dan mengubahkan cara hidup manusia pada masa kini. Rutin harian juga telah

menjadi lebih mudah dengan bantuan media sosial dan aplikasinya.

8
Isu-Isu

Kajian yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami iaitu peranan media sosial dalam kalangan

remaja telah banyak dilakukan. Salah satunya adalah ‘Pengaruh Sosial Media Terhadap Tingkat

Kepercayaan Bergaul Siswa’ yang dijalankan oleh Ilham Prisgunanto pada tahun 2015. Tujuan

penelitian ini adalah untuk mengetahui pengaruh penggunaan social media terhadap tingkat

kepercayaan diri siswa-siswi di sekolah menengah di Jakarta. Antara isu yang didapati dalam

kajian ini ialah media sosial akan mempengaruhi tingkat kepercayaan bergaul siswa. Teori yang

diaplikasi adalah efek komunikasi, sosialisasi dan Looking Glass Self model Charles Horton

Cooley. Teori utama yang digunakan adalah pemahaman Boyd, Danah M, Ellisonn, Nicole

tentang social media digital. Penelitian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah di Jakarta

dengan menggunakan model pengolahan data kuantitatif dengan jenis penelitian pengaruh atau

regresi dari dua variable. Analisis kuantitatif menggunakan pendekatan berpikir deduktif dimana

kerangka analisis dimulai dari persoalan-persoalan yang khusus. 125 siswa-siswi dari sebuah

sekolah di Jakarta menjadi populasi pada penelitian ini. Tambahan pula, Ilham Prisgunanto juga

menyatakan keseringan remaja di sekolah menengah menggunakan media sosial setiap hari akan

meningkat kepercayaan diri dalam bergaul. Dalam kajian ini, penulis mengharapkan lebih

banyak penelitian yang berkaitan tentang media sosial akan diterbitkan. Hal ini demikian kerana

siswa-siswi di sekolah akan lebih mengetahui taraf meniru dan kepercayaan diri para siswa-siswi

sekolah untuk bias berinteraksi dengan sekitar (Prisgunanto,2015:101-112).

Bukan itu sahaja, kajian yang berkaitan dengan peranan media sosial dalam kalangan

remaja juga dilakukan oleh Dr. Ab. Halim bin Tamuri yang bertajuk ‘Pengaruh Media Massa

Terhadap Pegangan Nilai Akhlak Remaja”. Secara khususnya, objektif-objektif kajian ini adalah

untuk mengenal pasti tahap pendedahan media massa dalam kalangan pelajar-pelajar fakir

miskin, mengenal pasti jenis kandungan dalam media yang memberi kesan positif dan negatif

9
kepada akhlak pelajar-pelajar fakir miskin dan mengkaji hubungan pendedahan media massa

dengan pegangan nilai akhlak dalam kalangan pelajar-pelajar fakir miskin. Isu yang terdapat

dalam kajian ini ialah pengaruh media massa atau media sosial terhadap nilai akhlak dalam

kalangan pelajar-pelajar fakir miskin. Beliau menyatakan bahawa dalam membincangkan

pengaruh media terhadap perkembangan akhlak pelajar, beberapa kajian yang telah dijalankan

oleh ramai tokoh pendidikan di luar ataupun dalam negara tentang isu ini perlu dilihat dan juga

dibincang. Sebagai contohnya, kebanjiran VCD, DVD, satelit televisyen serta pelbagai program

dan rancangan televisyen dalam pasaran di merata negara-negara islam telah menimbulkan

pelbagai masalah dalam kalangan generasi muda islam mereka. Larking (1996) telah

membincangkan bagaimana media massa, khususnya televisyen, telah mempengaruhi

perkembangan kehidupan seseorang pelajar. Kajian ini dilakukan di daerah Sabak Bernam,

Selangor sebagai satu kajian awal untuk mengaji isu-isu yang berlaku dalam kalangan pelajar-

pelajar fakir miskin. 61 ramai orang pelajar dari Tingkatan 5 telah terlibat dalam kajian ini yang

diketegorikan sebagai pelajar daripada golongan fakir miskin(Halim,&Zarin,2000).

Tambahan pula, Ika Destiana, Ali Salman and Mohd. Helmi Abd. Rahim dari Universiti

Kebangsaan Malaysia juga telah menjalankan satu kajian yang berkaitan dengan tajuk kami iaitu

‘Penerimaan Media Sosial: Kajian Dalam Kalangan Pelajar Universiti di Palembang’. Kajian ini

bertujuan untuk mengenalkan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan sosial media dalam

kalangan pelajar universiti. Isu yang dinyatakan dalam kajian ini ialah pengaruh media sosial

setelah ia diterima. Data kajian ini diperoleh daripada kajian lapangan yang telah dilakukan atas

320 responden di sekitar kawasan university di Palembang, iaitu sama ada university kerajaan

mahupun university swasta yang berumur 17 hingga 25 tahun. Palembang dipilih sebagai lokasi

penyelidikan dengan pertimbangn bahawa bandar ini adalah bandar kedua terbesar di pulau

Sumatera setelah Bandar Medan yang termasuk dalam salah satu golongan pengguna media

10
sosial terbanyak di Indonesia berdasarkan Socialbakers(2012). Bilangan jantina antara lelaki dan

perempuan sengaja diagihkan seimbang untuk mendapatkan pandangan yang seimbang daripada

kedua-dua jantina. Borang soal selidik disebar pada awal bulan April 2013 dan tiga minggu

kemudian sebanyak 300(93.75%) boring selidik yang telah dijawab terkumpul. Daripada 300

borang soal selidik yang dikembalikan tersebut, hanya 298(93.1%) sahaja yang digunakan dan

dianalisis (Destiana,Ali,&Helmi,2013:125-140).

Selain itu, juga wujudnya satu kajian yang bertajuk ‘Penggunaan dan Implikasi Media

Sosial Terhadap Remaja Generasi Z’ pada November tahun 2016. Tujuan kajian ini adalah untuk

meneroka penggunaan media sosial dan implikasinya terhadap remaja generasi Z di Malaysia.

Isu yang terbincang dalam kajian ini adalah media sosial bukan sahaja membawa implikasi yang

positif tetapi juga negative kepada remaja. Kajian kualitatif ini dilakukan melalui pengedaran

borang soal selidik kepada 750 orang remaja yang berumur di antara 13 hingga 21 tahun di

Malaysia pada fasa pertama. Pengumpulan data fasa kedua pula melibatkan temu ramah dalam

talian terhadap 20 orang mahasiswa Universiti Awam yang berusia di antara 19 hingga 21 tahun

(International Conference on Social and Economic Development,2016:1-3).

Selanjutnya, Hefrina Rinjani dan Ari Firmanto juga telah melakukan sebuah kajian

bertajuk ‘Kebutuhan Afliasi Dengan Intensitas Mengakses Facebook Pada Remaja’ pada Januari

tahun 2013. Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara kebutuhan afiliasi

dengan intensitas mengakas facebook pada remaja. Responden dalam penelitian ini adalah 50

orang remaja berusia 12-22 tahun yang memiliki akuan facebook. Kaedah sampling yang

digunakan adalah incendental sampling. Data dikumpulkan dengan menggunakan skala dan

dokumentasi, selanjutnya dianalisa dengan korelasi product moment. Hasil kajian tersebut

menyatakan bahawa terdapat hubungan positif yang sangat signifikan antara kebutuhan afiliasi

dengan intensitas mengakses facebook. Oleh itu, apabila kebutuhan afiliasi tinggi, intensitas

11
mengakses facebooknya juga tinggi. Sebaliknya, apabila kebutuhan afiliasi rendah maka

intensitas mengakses facebooknya juga rendah (Rinjani&Firmanto,2013:76-85).

Di samping itu, terdapat kajian yang berkaitan dengan peranan media sosial dalam

kalangan remaja yang bertajuk ‘Computer-Mediated Communication - The Power of Email as a

Driver for Changing The Communication Paradigm’ oleh Dianne Willis pada 2002. Tujuan

kajian ini adalah untuk mengumpul dan mengaji pandangan staf tentang peningkatan

bergantungan penggunaan e-mel dalam institusi mereka dan bagaimana mereka melihat pola

komunikasi masa depan yang masih dalam perkembangan. Metodologi yang dipilih adalah soal

selidik e-mel dengan pelbagai pilihan yang amat sesuai kerana fokus kajian adalah penggunaan

e-mel. Terdapat juga soalan terbuka untuk membolehkan kakitangan atau staf memberikan

pendapat mereka. Soalan kaji selidik telah dihantar kepada semua kakitangan atau staf dalam tiga

buah sekolah (seramai 150 orang), dan hanya 30 respon diterima, di mana 26 melalui email dan 4

melalui surat dalaman. Akhirnya, hanya sebanyak 20% memberikan respon. Hasil kajian ini

menyatakan penggunaan e-mel memberi banyak faedah, tetapi dengan syaratnya perlu efektif

dan tidak berlebihan sehingga menjadi beban. Penggunaan e-mel sebagai media social patut

diamali tetapi bukan sebagai medium komunikasi yang tunggal sahaja (Willis,2002:106-130).

12
Dapatan Kajian

Borang soal selidik yang mengandungi 12 soalan telah dikumpul daripada sebanyak 30 orang

pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman(UTAR) dan telah dianalisi melalui carta pai dan

dibincang seperti berikut:

13
Menurut statistik yang didapati dari carta pai di atas, ‘Berinteraksi dengan orang lain’ merupakan

tujuan utama penggunaan media sosial. Sebanyak 25(83.3%) orang memilih pilihan ini. Hal in

demikian kerana media sosial telah berjaya memudahkan komunikasi antara satu sama lain.

Contohnya, aplikasi Facebook, Messenger atau Whatsapp mempercepat dan mengurangkan kos

bagi seseorang untuk berinteraksi dengan lain. Walaubagaimanapun, tujuan ‘lain-lain’

merupakan tujuan yang paling kurang dalam penggunaan media sosial. Menurut jawapan yang

didapati daripada borang soal-selidik, ‘Tengok Loli’ merupakan jawapan yang dijawab dalam

kategori ‘lain-lain’. Untuk pengetahuan anda, ‘Tengok Loli’ bermaksud tengok gadis atau amoi

yang cantik. Selain itu, ‘Menghabiskan masa luang’ mendapat 17(56.7%) undi manakala

‘Mencari maklumat atau pengetahuan’ mendapat 16(53.3%) undi daripada responden. Tambahan

pula, tujuan ‘Membeli-belah dalam talian’ dengan menggunakan media sosial hanya dapat

3(10%) undi daripada responden. Hal ini demikian kerana ‘Membeli-belah dalam talian’

mempunyai banyak ketidakpastiaan. Sebagai contoh, penipuan sering berlaku dalam talian, stok

atau bekalan yang dibeli tidak sama atau berpatutan dengan gambar yang ditunjuk. Oleh hal yang

14
demikian ‘Membeli-belah dalam talian’ mendapat undi yang agak kurang jika berbanding

dengan tujuan lain.

Berdasarkan carta pai di atas, kebanyakan orang (80%) bersetuju atas media sosial boleh

digunakan sebagai alat untuk mengenali budaya tempatan dan dua puluh peratusan orang tidak

bersetuju. Pada pendapat saya, media sosial memainkan peranan yang vital sebagai alat untuk
15
mengenali budaya tempatan. Media sosial dapat menyebarkan maklumat dengan cepat kerana

peranti elektronik telah menjadi salah satu benda yang diperlukan untuk setiap orang di zaman

ini. Manusia pada zaman ini lebih suka membaca maklumat-maklumat atas laman web

dibandingkan kepada surat khabar ataupun buku. Oleh itu, syarikat pelancong biasanya akan

menyebarkan maklumat-maklumat tempat pelancong melalui media sosial dan salah satu

maklumatnya adalah budaya tempatan. Pelancong-pelancong yang ingin melancong di tempat

tersebut dapat memahami budaya tempat tersebut melalui iklan-iklan atas media sosial. Terdapat

juga banyak kes tentang penduduk tempatan berbantah kerana pelancong asing tidak mengikuti

pantang larang tempatan. Kes-kes tersebut juga akan disebarkan di media sosial. Secara tidak

langsung, pengguna media sosial boleh memahami pantang larang dan budaya tempatan dengan

lebih mendalami. Mereka juga akan lebih berwaspada semasa melancongi tempat orang lain.

Selain itu, juga terdapat banyak blogger yang suka berkongsi pengetahuan mereka selepas

mereka melancongi suatu tempat. Gambar-gambar dan ceritanya yang menarik akan dimuat naik

di media sosial. Dengan ini, pengguna akan tertarik oleh artikel yang menarik dan mereka juga

dapat memahami budaya tempatan tersebut. Jadi jelaslah atas peranan media sosial untuk

mengenali budaya tempatan.

16
Carta pai di atas menjelaskan bahawa remaja kini kebesarannya (56.6%) tidak dipengaruhi oleh

bahan atau video lucah yang disebarkan dalam media sosial. Remaja ini berkemungkinan

mempunyai factor yang lain yang menyebabkan fikiran mereka amat matang dan tidak

dipengaruhi oleh bahan-bahan negative tersebut. Antara factornya ialah pemerhatian oleh ibu

bapa yang ketat, tidak bercampur dengan rakan-rakan yang berfikiran negative, sentiasa
17
mendapat ajaran agama, kepercayaan yang kuat pada diri, dan lain-lain. Walaubagaimanapun,

sebanyak 13 orang daripada 30 orang responden yang merangkumi 43.3% mengakui bahawa

bahan-bahan lucah telahpun mempengaruhi pemikiran mereka. Dalam era globalisasi ini,

terdapat pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab yang muat naik bahan-bahan lucah

dalam media sosial. Motif mereka telah berkesan pada remaja yang masih berfikiran kurang

matang. Kesalahgunaan media sosial ini merupakan isu yang perlu diberi perhatian agar generasi

remaja kini tidak terpengaruh oleh bahan-bahan negative ini. Media sosial dengan buktinya akan

memberi kesan negatif kepada remaja kini dan berkemungkinan menjatuhkan pegangan nilai

akhlak remaja yang merupakan tonggak generasi masa depan. Jikalau remaja kini tidak

berfikiran dan berkelakuan positif, maka nilai-nilai murni sesebuah tamadun akan berkurang dan

akhirnya menyebabkan kemerosotan tamadun tersebut.

18
Berdasar pada carta pai di atas, kebanyakan responden iaitu 86.7% berasa penggunaan media

sosial boleh digunakan sebagai sesuatu medium untuk menyebarkan budaya tempatan. Namun

demikian, masih ada 13.3% responden menentang. Kalau kita peka, akan kita tahui bahawa

media sosial merupakan penyebar saluran maklumat yang penting di Malaysia. Kepentingannya

sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wujudnya ‘teknologi maklumat’. Internet

digunakan dengan meluas kerana kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat

walaupun maklumat itu belum lagi dipastikan kesahihannya. Sebangai contohnya, maklumat-

maklumat atau informasi tentang budaya-budaya tempatan sering dipapar dan dinampak pada

laman utama facebook ataupun twitter. Bertitik tolak dari situlah, media massa mampu

meningkatkan pemahaman dan peminatan seseorang remaja terhadap budaya tempatan melalui

maklumat terkini dan penggunaan peralatan moden dan terkini semasa mereka bermain facebook

dan twitter. Bukan itu sahaja, media sosial juga menpunyai pengaruh yang kuat di setiap dimensi

kehidupan remaja. Media sosial berperanan satu bentuk kemajuan teknologi informasi dan

komunikasi dan peranan kominikasi sangat penting untuk menentukan penyampaian informasi,

oleh itu budaya tempatan dapat disebar dengan mudah dan efektif menlalui cara ini tanpa
19
sebarang larangan. Sejajar dengan itu, dengan perkembangan media sosial yang kian pesat dan

canggih, maka cara penyebaran budaya ini juga dapat disebar dengan pesat. Seterusnya,

berbanding dengan penyebaran budaya melalui periklanan, media sosial dapat menjimat lebih

dana dan masa kerana memberi dan menerima maklumat hanya dijalankan dengan jari-jari

sahaja(Sohana,2016). Sebagai kesimpulannya, media sosial memang mempunyai potensi dalam

penyebaran budaya tempatan kepada remaja Malaysia dengan kaedah yang mudah dan cepat.

20
Menurut carta pai di atas, kebanyakan responden berasa penggunaan media sosial boleh

mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Namun demikian, masih ada 13.3% responden

berasa penggunaan media sosial gagal untuk menguatkan hubungan. Pada pendapat saya,

komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam hidup seharian kita. Tidak cukup

dengan telefon pintar, tablet juga kini menjadi peneman ramai antara kita dan pastinya kita tidak

terlepas daripada komunikasi sosial melalui laman-laman sosial seperti Facebook, YouTube,

Twitter, LinkedIn dan sebagainya. Sebenarnya, media sosial bukannya baru muncul di internet.

Sejak tahun 90-an, telah muncul online chatting dan juga blog yang merupakan media sosial

terawal di internet. Perkembangan media sosial ini telah mengubah lanskap cara kita

berkomunikasi, berkongsi pandangan dan kritikan, berniaga, belajar dan seterusnya cara kita

bersosial. Melalui penggunaan media sosial seperti Wechat, kita dapat mengenali pelbagai orang

dari latar belakang yang berbeza di seluruh dunia dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan

antara satu sama lain. Kita boleh memahami budaya mereka yang berbeza dan seterusnya dapat

saling berkongsi budaya masing-masing dengan mereka. Media sosial seperti Facebook juga

21
boleh membantu kita untuk mencari kenalan lama kita, iaitu hubungan yang telah lama terputus

juga dapat dieratkan semula. Sebagai contoh, apabila seseorang itu yang terputus hubungan

dengan rakan sebaya sejak tamat pengajian di sekolah , mereka boleh mencari semula rakan

sebaya mereka melalui saluran media sosial ini di mana ia dapat digunakan sebagai suatu

medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Mereka dapat mengetahui

kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinterasi antara satu sama lain. Gambar yang

telah diletakkan di dalam profil juga boleh dilihat dan dikomen oleh semua rakan. Mereka juga

dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan

mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat

menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada. Jadi,

jelaslah bahawa media sosial ini dapat membantu kita mengeratkan hubungan kita dengan rakan

kita.

22
Kesimpulan

Sejak akhir-akhir ini, media sosial menjadi semakin penting dalam kehidupan kita. Media sosial

telah banyak membantu kita dalam sektor komunikasi, pengangkutan, perdagangan dan

sebagainya. Tanpa media sosial, pelbagai aktiviti harian tidak dapat dijalan dengan lancar dan

mudah. Namun demikian, media sosial juga boleh membawa kesan yang negatif jika

disalahgunakan. Penyalahgunaan media sosial mampu menjurus kepada pelbagai kemelut sosial

seperti pembaziran masa dan wang, perjudian, penipuaan dan pendedahan kepada pelbagai

akhlak buruk. Oleh hal yang demikian, semua pihak yang terlibat baik media massa, sekolah

mahupun ibu bapa seharusnya berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memastikan

bahawa remaja-remaja menggunakan media sosial dengan betul. Sebagai kesimpulan, dengan

penggunaan media sosial yang semakin luas, remaja-remaja yang bermaklumat dan berilmu akan

mendukung peranan dan menjadi tonggak bagi kemajuan dan pembangunan negara yang kita

cintai.

23
REFLEKSI

Heng Sin Jun (1603827)

Saya Heng Sin Jun, pelajar LKC FES CL telah mengambil subjek Tamadun Islam dan Tamadun

Asia(TITAS). Melalui tugasan yang diberi oleh Puan Nazirah Binti Ismail, saya berasa sangat

bersyukur kerana saya dapat memperolehi ilmu pengetahuan tentang tamadun-tamadun Islam

dan Asia. Selain itu, saya juga dapat menambah ilmu tentang hubungan antara media social dan

kemajuan tamadun. Dalam kajian ini, saya faham tanpa media social, tamadun sekarang memang

tidak mampu untuk berkembang kepada tahap hari ini. Di samping itu, saya juga mempelajari

bagaimana merakam video dan cara-cara bekerjasama dengan orang lain untuk menyiapkan

projek ini. Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu yang telah

memberi peluang ini kepada saya untuk bekerjasama dengan kawan baru dalam membuat projek

ini.

Ng Kok Foong (1601857)

Pada pendapat saya, media sosial di negara kita sebenarnya membawa banyak faedah kepada

kalangan remaja baik dari segi membentuk remaja yang bermaklumat, berilmu pengetahuan

mahupun dari segi memupuk pegangan nilai-nilai murni. Semasa saya menjalani kajian ini, saya

dapat mempelajari pelbagai perkara yang baru dan juga menambah pengalaman saya. Sebagai

contoh, saya dapat mempelajari teknik merakam, menyunting video, bekerjasama dengan kawan

dan mengetahui tentang sejarah perkembangan media sosial. Akhir kata, saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada Puan Nazirah Binti Ismail yang banyak bertimbang rasa dan

memberi nasihat kepada kami semasa manjalankan projek TITAS ini. Saya berharap media

sosial tidak disalahgunai remaja kerana generasi muda merupakan aset yang amat penting sekali

dalam pembangunan dan kemajuan masa depan negara kita. Sekian, terima kasih.

24
Ng Siew Min (1601792)

Saya Ng Siew Min, pelajar dari LKC FES CL telah mengambil mata pelajaran Tamadun Islam

dan Tamadun Asia (TITAS). Setelah menjalankan kajian tugasan kerja kursus ini yang telah

diberi oleh pensyarah Puan Nazirah Binti Ismail telah banyak menambah ilmu pengetahuan saya

dalam bidang sejarah and tamadun-tamadun di dunia. Dengan ini, saya berasa sungguh gembira

dan bersyukur kerana dengan izinnya saya telah diberi ruang dan peluang untuk menyiapkan

tugasan kerja kursus ini. Di samping itu, tugasan kerja khusus ini juga meningkat pemahaman

saya tentang kepentingan media sosial di kalangan remaja pada masa kini. Selain itu, saya juga

menyedarkan bahawa media sosial juga berpotensi sebangai sesuatu alat untuk menyebarkan

budaya tempatan di kalangan remaja agar budaya tempatan tidak akan terhanyut dalam era

globalisasi ini. Tambahan pula, saya berasa sungguh gembira dan berasa bangga kerana remaja

di negara kita juga mendapat peluang untuk menlayari media sosial. Akhirnya, saya juga

mendapat satu pengajaran menlalui tugasan kajian ini iaitu, walaupun media sosial banyaj

membantu kita dalam kehidupan seharian, kita juga harus cermat dalam meyusun masa supaya

mempengaruhi sikap akhlak kita.

Teoh Kok Siang (1601997)

Saya Teoh Kok Siang, pelajar dari LKC FES ME telah mengambil mata pelajaran Tamadun

Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Setelah menjalankan kajian tugasan kerja kursus ini yang

telah diberikan oleh pensyarah Puan.Nazirah Binti Ismail saya dapat meningkatkan ilmu saya

tentang tamadun-tamadun di dunia. Saya berasa amat syukur dan bertuah kerana dengan izin-

Nya saya telah diberi ruang dan peluang untuk menghabiskan tugasan kerja kursus ini dengan

lancar. Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui lebih banyak sejarah tentang media sosial.

Selain itu , saya juga mempunyai peluang untuk memahami kebaikan sosial media terutamanya

25
potensinya atas mengembangkan revolusi baru.Di samping itu , saya juga memahami atas kita

perlu menggunakan media sosial secara rasional dan harus menghargainya. Akhir sekali, saya

berasa sangat gembira dan ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya kerana

mereka telah banyak memberikan pemantuan kepada saya supaya saya boleh mengenali tentang

TITAS dengan lebih lanjut dan telah mengetahui tentang kepentingan TITAS kepada kita.

Woon Xuet Wei (1605349)

Melalui kajian ini, saya telah menambah pengetahuan saya terhadap media sosial dan

peranannya kepada generasi remaja kini. Saya juga mengetahui bahawa media sosial boleh

menjadi suatu saluran untuk mengembangkan budaya Malaysia kepada negara-negara lain.

Selain itu, saya telah mengetahui kepentingan bekerjasama dengan ahli kumpulan lain untuk

mengnyiapkan tugasan yang diberi. Saya juga mendapat pengetahuan dalam merakam dan

menyunting video untuk perbentangan daripada ahli kumpulan yang lain. Akhir sekali, saya

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Tamadun Islam dan Tamadun

Asia saya, Puan Nazirah Binti Ismail kerana memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan

tugasan ini dengan ahli kumpulan saya dan memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan kumpulan saya yang membantu saya dalam

melaksanakan tugasan ini.

26
RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

Destiana, I., Ali, S., & Helmi, A. R. (2013). Penerimaan Media Sosial: Kajian Dalam Kalangan

Pelajar Universiti Di Palembang. Jurnal Komunikasi, 29(2), 125-140.

Esa, b. K. (2001). Konsep Tamadun Islam: SAINS DAN TEKNOLOGI. Malaysia, Johor,

Skudai, MY.JH: Universiti Teknologi Malaysia.

Gregory, L. P. (2002). The Indus Civilization A Contemporary Perspective. New York, NY:

Rowman & Littlefield.

Halim, Dr. A. & Zarin (2000). Pengaruh Media Massa Terhadap Pegangan Nilai Akhlak Remaja.

Malaysia, Selangor, MY.SL: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harrison, R. & Thomas M. (2009). Identity in online communities: Social networking sites and

language learning. International Journal of Emerging Technologies and Society 7(2):

109-124.

Ibrahim, A. (1960). Mu’jam al-Wasit (Juzuk 2). Kaherah: Majma’ al-Lughah al-‘Arabiyyah.

International Conference on Social and Economic Development. (2016). Penggunaan dan

Implikasi Media Sosial Terhadap Remaja Generasi Z. Malaysia, Selangor, MY.SL:

Universiti Malaysia Terengganu

Joinson, A. N. (2008). Looking at, looking up or keeping up with people: Motives and use of

Facebook. Proceeding of the 26th annual SIGCHI Conference on Human factors in

Computing Systems.

Kamus Dewan Bahasa. (2002). (3). Malaysia, Kuala Lumpur, MY.KL: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1998). Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Malaysia, Kuala Lumpur,

MY.KL: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kimberlee, M. (2015). The Evolution of Social Media. Diambil 5 Febuari, 2018, dari:

27
http://www.adweek.com/digital/the-evolution-of-social-media-infographic/

Mahdi, S., Fauzi, Y., Hashim, I., & Maimon, A. K. (2008). Rujukan Kompak SPM Sejarah:

KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA. Malaysia, Selangor, Balakong,

MY.SL: Commercial Book Binders.

Marzuki Hj. M. (1994). Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam: KONSEP TAMADUN DARI

PELBAGAI PERSPEKTIF oleh Abdul Rauh Yaacob. Malaysia, Kuala Lumpur,

MY.KL: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd, L. H. (2008). Pengajian Tamadun Islam (Edisi Ke-2). Malaysia, Kuala Lumpur,

MY.KL: PTS Professional.

Noor, S. A. H., Adibah, S., Siti, N. B. M. Y., & Mohd, F. N. K. (2008). Teks & Rujukan

Lengkap STPM & Pra-U Sejarah Kertas 1: KEMUNCULAN TAMADUN. Malaysia,

Selangor, MY.SL: KHL Printing.

Pressbooks. (2018). Pengajian Islam. Diambil 8 Febuari, 2018, dari: https://pengajianislam

.pressbooks.com/chapter/ciri-ciri-tamadun/

Prisgunanto, I. (2015). Pengaruh Sosial Media Terhadap Tingkat Kepercayaan Bergaul Siswa

Jurnal Penelitian Komunikasi dan Opini Publik, 19, 101-112.

Rinjani, H., & Firmanto, A. (2013). Kebutuhan Afiliasi Dengan Intensitas Mengakses Facebook

Pada Remaja. Jurnal Ilmiah Psikologi Terapan, 01, 76-85.

Rosmawati, A. (2010). Merintis Kecemerlangan Islam: Sumbangan, Cabaran dan Masa

Hadapan Umat Muhammad: KONSEP TAMADUN. Malaysia, Selangor, Shah Alam,

MY.SL: Dasar Cetak (M).

Sohana, A. H. (2016). Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan Sosial Masyarakat. Journal

of Sosial Sciences and Humanities, 214-226.

28
Wan, H. W. T. (1997). Tamadun Melayu Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu. Malaysia,

Selangor, Bangi, MY.SL: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Willis, D. (2002). Computer-Mediated Communication - The Power Of Email As A Driver For

Changing The Communication Paradigm. Managing the Human Side of Information

Technology: Challenges and Solutions, 106-130.

29
LAMPIRAN

Contoh Borang Soal Selidik

Berapa lamakah anda menggunakan media sosial pada setiap hari?


1.
o Kurang daripada 1 jam

o 1 - 3 jam

o 3 - 5 jam

o Lebih daripada 5 jam

Apakah aplikasi media sosial yang anda biasa gunakan?


2.

o Facebook

o Twitter

o Instagram

o Whatsapp

3. Apakah tujuan anda semasa mengguna media sosial? (Boleh lebih daripada satu pilihan)

o Berinteraksi dengan orang lain

o Menghabiskan masa luang

o Mencari maklumat atau pengatahuan

o Membeli-belah dalam talian

Kepentingan media sosial dalam kehidupan anda.


4.
o 1 - Tidak penting

o 2 - Kurang penting

o 3 - Penting

o 4 - Amat penting

o 5 - Sangat penting
30

5.
Adakah media sosial digunakan sebagai alat kepada anda untuk mengenali budaya tempatan?

o Ya

o Tidak

Ibu bapa anda sentiasa menggalakkan anda menggunakan media sosial?


6.
o Ya

o Tidak

Adakah bahan atau video lucah yang disebarkan dalam media sosial mempengaruhi pemikiran
7.
anda?

o Ya

o Tidak

Pada pendapat anda, adakah media sosial berkemampuan untuk mengembangkan revolusi baru?
8.
o Ya

o Tidak

Adakah media sosial digunakan sebagai alat untuk menyebar budaya Malaysia dalam kalangan
9.
remaja?

o Ya

o Tidak

Pada pendapat anda, adakah maklumat yang terdapat daripada media sosial mempengaruhi
10.
pegangan nilai akhlak anda?

o Ya

o Tidak

Media sosial boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan remaja?
11.
o Ya

31
o Tidak

12. Bolehkah anda menjalankan tugasan harian tanpa media sosial?

o Ya

o Tidak

32

Anda mungkin juga menyukai