Anda di halaman 1dari 2

Senarai tugas Guru Penasihat Kelab Bola Sepak

 Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling


yang berkaitan dengan kokurikulum.
 Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa dalam
kalangan murid.
 Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
 Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli.
 Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan 
 Memastikan aktiviti selaras dengan visi,misi, objektif dan matlamat KPM dan sekolah.
 Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.
 Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Sukan dan Permainan.
 Mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dan Sarana Ibubapa.
 Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
 Memastikan aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
 Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
 Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
 Memastikan undang-undang sukan dan perlawanan dipatuhi.
 Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum
sekolah, PPD dan JPN.
 Menganjurkan pertandingan bola sepak di peringkat sekolah.
 Mengurus penyertaan murid-murid dalam kegiatan di peringkat sekolah / kawasan /
daerah / negeri dalam pertandingan , lawatan atau projek yang dijalankan.
 Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
 Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.
 Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
 Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
 Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
 Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat
dan mencukupi untuk digunakan.
 Mendaftarkan sukan dan permainan dengan pihak berkaitan. (jika ada)
 Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.
 Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkan pencapaian.
 Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri,
wakil daerah/negeri dan negara)
 Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
 Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
 Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa
Kokurikulum Sekolah.
 Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran
diri.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan PK Kokurikulum  dari
semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai