Anda di halaman 1dari 1

ni cara saya membaja nanas MD2.

1. Tabur baja NPK 15:15:15 @ NPK 16:16:16 dengan anggaran 50 gram satu pokok.
2. Caranya, buat batas lebar saiz 2'. Lepas tu tabur ditengah tengah batas tu. Jika satu baris dapat
tanam 10 pokok, maka satu batas ada 20 pokok.
3. Jumlah baja yang perlu ditabur adalah 20 x 50 gram = 1,000 gram setiap batas.
4. Lepas tabur tutup dengan plastik silvershine.
5. Pembajaan ke-2 dibuat semasa umur pokok 45 hari. Sebelum membaja, pastikan ada pucuk
baru yang tumbuh.
6. Bila ada pucuk baru, tandanya akar pokok dah kuat dan ready untuk cari baja.
7. Baja diletak ditepi pangkal pokok. Paling dekat 2 inci. Jika terkena pangkal pokok, risiko
pokok mati adalah tinggi.
8. Guna baja NPK 15:15:15 @ NPK 16:16:16 dengan anggaran 30 gram setiap point.
9. Pembajaan ke-3 dibuat pada usia 2 bulan. Guna baja NPK Larut Air 18.18.18 + mikro. Ec 1.5.
Sembur ditengah tengah pucuk lebih kurang 100 ml setiap pokok.
10. Pembajaan ke-4 dibuat pada usia 3 bulan. Guna baja NPK Larut Air 18:18:18 + mikro. Ec
2.0. Sembur ditengah tengan pucuk lebih kurang 100 ml setiap pokok.
11. Pembajaan ke-5 dibuat pada usia 4 bulan. Guna baja NPK Larut Air 18:18:18 + mikro. Ec
2.5. Sembur ditengah tengah pucuk lebih kurang 100 ml setiap pokok.
12. Pembajaan ke-6 dibuat pada usia 5 bulan. Guna baja NPK Larut Air 18:18:18 + mikro. Ec
2.5. Sembur ditengah tengah pucuk lebih kurang 100 ml setiap pokok.
13. Pembajaan ke-7 dibuat pada usia 6 bulan. Guna baja NPK Larut Air 12.12.36 + mikro. Ec
2.5. Sembur ditengah tengah pucuk lebih kurang 100 ml setiap pokok.
14. Pembajaan ke-8 dibuat pada usia 7 bulan. Guna baja NPK Larut Air 12.12.36 + mikro. Ec
2.5. Sembur ditengah tengah pucuk lebih kurang 100 ml setiap pokok.
15. Pembajaan ke-9 dibuat pada usia 8 bulan. Guna baja NPK Larut Air 12.12.36 + mikro. Ec
2.8. Sembur ditengah tengah pucuk lebih kurang 100 ml setiap pokok.
16. Semburan plant booster + asid amino dibuat 2 minggu selepas pembajaan ke-3. Semburan ini
dibuat setiap 2 minggu selepas pembajaan 3 hingga 9.
17. Aruhan boleh dibuat pada bulan ke-9. Ini subjektif dan pilihan. Nak purata berat buah lebih
kurang 2 kg, boleh buat aruhan pada pokok yang ada minimun 35 helai daun yang berfungsi
18. Untuk aruhan, saya guna ethrel + urea. Sembur ditengah tengah pucuk lebih kurang 50 ml
setiap pokok. Sembur lewat petang.
19. InsyaAllah, 135 hari lepas aruhan, nanas MD2 ready untuk diharvest.
p/s : Pembajaan ini saya buat ditanah mineral.