Anda di halaman 1dari 5

TEKS KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI LENGKAP (TAJUK: HIKMAH DI SEBALIK COVID-19)

Khutbah Pertama

WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.
Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keampunan Allah.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, hari ini 1
Syawal kita meraikan hari raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan, memuji dan mengagungkan
kebesaran Allah S.W.T.

WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH

Dalam kegembiraan kita merayakan Idul Fitri yang penuh keberkatan ini, ketahuilah kita sebenarnya
masih lagi diuji dengan wabak COVID-19 yang masih melanda negara.

Dalam Surah al-Mulk, Ayat 2, Allah mengingatkan bahawa setiap manusia pasti diuji untuk melihat
kualiti amalan yang dikerjakannya.

Firman Allah:
Maksudnya:

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan
keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas
amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”

WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH

Tindakan kerajaan menetapkan PKP dan PKPB adalah sebagai satu ikhtiar untuk membendung
penularan COVID-19 yang lebih serius dalam masyarakat. Oleh itu hendaklah kita mematuhi setiap
langkah yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia bagi memastikan wabak ini dapat dibendung
sepenuhnya.

Dalam sejarah Islam, tindakan seperti ini pernah direkodkan apabila pandemik penyakit pernah
melanda Mekah, Iraq, Palestin dan Sham yang menyebabkan beberapa kawasan ditutup
termasuklah masjid yang langsung tidak dapat didirikan solat berjemaah.

Namun selepas itu, keadaan kembali seperti biasa dan masyarakat dapat menjalankan kehidupan
harian seperti sediakala.

Kita perlu ingat bahawa ujian ini menjadi rahmat kepada insan bersabar dan memberikan tindak
balas yang betul dalam menghadapinya.

WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH

Pandemik COVID-19 ini memberi ruang lebih besar kepada kita untuk mendekatkan diri kepada
Allah. Ujian yang melanda ini merupakan satu hikmah bagi kita sekeluarga. Terdapat banyak hikmah
yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran;

Pertama: Hendaklah kita sentiasa menjaga kebersihan yang baik di kalangan keluarga sama ada di
rumah ataupun luar rumah.
Kedua: PKP/PKPB juga memberi peluang kepada kita untuk memanfaatkan masa di rumah bersama
keluarga dengan lebih bermakna. Kita dapat solat bertarawih berjemaah, berbuka puasa bersama-
sama dan tolong menolong sesama kita.

Ketiga: Kita juga dalam menjalankan banyak aktiviti kekeluargaan yang lain secara bersama
termasuklah belajar, membaca, menonton TV dan berbual bersama yang dapat merapatkan
hubungan sesama kita.

WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH

Kita sudah hampir menang melawan wabak COVID-19, oleh itu hendaklah sama-sama kita terus
membantu barisan hadapan negara dengan duduk di rumah dan selalu mengamalkan tahap
kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau
bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
KHUTBAH KEDUA

AHLI KELUARGAKU SEKALIAN,

“Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ketakwaan kita kehadrat


Allah S.W.T, mudah-mudahan kita beroleh rahmat daripadaNYA.

Marilah sama-sama kita menadah tangan dan berdoa;

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim”,

“Engkau ampunilah dosa-doa kami”,

“Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami, negara kami serta seluruh
umat Islam di dunia”.

“Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan
kami semua di dunia dan akhirat.”

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


“Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk
menghadapi dugaan-Mu yang berat ini,

“Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah “Lindungilah kami “Selamatkanlah kami


“Sejahterakanlah hidup kami.”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

*Selesailah khutbah hari raya yang penuh bermakna ini.

Anda mungkin juga menyukai