Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum wbt dan Salam SKJ The Best..

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana diberi kesempatan kepada saya untuk
mencoretkan sepatah dua kata dalam buku program sempena Mesyuarat Agong PIBG SK Jijan ke 37.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat YB Cha
Kee Chin , Ahli Parlimen Rasah, Encik Ismail bin Abd Kadir , Yang Dipertua PIBG, Encik Faizul bin
Abdullah , Pengerusi MPKK , Kg Jijan, Puan Siti Hajar binti Mohd Basir , Pegawai Mesra SK Jijan, AJK
PIBG 2019/2020, barisan guru penolong kanan, guru-=guru serta ibu bapa yang telah memberi
kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada pihak sekolah.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan di atas usul dan cadangan yang telah dikemukakan.
Pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya mencari alternatif dan penyelesaian untuk mengatasi
kekangan terhadap isu-isu yang diutarakan demi kemajuan serta keselesaan semua pihak terutama
anak-anak didik SK Jijan.

Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting dalam semua bidang meliputi sahsiah, akademik
dan kokurikulum. Saya yakin dan percaya bahawa kemajuan sesebuah sekolah adalah terletak di atas
kekuatan dan peranan PIBG itu sendiri. Justeru, sokongan padu PIBG amat diperlukan dalam
menjayakan setiap program sekolah.Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi
kesan yang positif dan faedah yang besar kepada masa depan murid-murid ke tahap yang tertinggi.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak terutama
ketika berada di rumah. Keprihatinan dan pemantauan rapi daripada ibu bapa amat diperlukan
dalam membantu perkembangan pelajaran anak-anak dan bukannya mengharapkan kepada guru
semata-mata. Kedua-dua pihak haruslah sama-sama berganding bahu agar prestasi anak-anak dapat
dipertingkatkan. Pihak sekolah sentiasa bersikap terbuka dan berfikiran positif serta rasional
sekiranya ibu bapa menghadapi sebarang kesulitan berkaitan pembelajaran anak-anak di sekolah.

Alkhir kata, saya amat berharap kerjasama antara dua pihak terjalin erat. Begitu juga dengan
MPKK , diharapkan kita sentiasa sepakat demi kecemerlangan anak-anak di sekolah ini. Semoga SK
JIjan terus unggul dan cemerlang dalam semua aspek.

Together, Towards, excellence.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai