Anda di halaman 1dari 5

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJONG MALIM

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa

BML 1043 : Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


Semester 2 Sesi 2010/2011
Tugasan 1 Individu ( Pemberatan 30 % )

Kriteria tugasan:

Tempoh tugasan : 7 minggu (mula 10 Jan hingga 20 Feb 2011)


Tarikh akhir hantar tugasan : 20 Februari 2011

Soalan tugasan

Arahan : Jawab kesemua soalan. Jawab dengan tepat, ringkas, padat dan gunakan tulisan
yang jelas dan mudah dibaca.

1. (a) Dengan menggunakan simbol dan contoh-contoh yang sesuai melalui jadual
yang anda sediakan, huraikan sebanyak-banyak perbezaan dan persamaan
antara transkripsi fonetik dengan transkripsi fonemik.

(b) Tukarkan kesemua perkataan berikut dalam bentuk transkripsi fonetik dan
transkripsi fonemik mengikut sebutan Bahasa Melayu Baku.

i. menyampaikan
ii. penggunaan
iii. mempengaruhi
iv. keputusan
v. menyetujui
vi. walau bagaimanapun
vii. minit mesyuaratnya
viii. pemangku-pemangku pengetua
ix. congek-cakdong
x. pesuruhanjaya tinggi Malaysia

(c) Salin semula petikan di bawah dalam bentuk transkripsi fonetik dan
transkripsi fonemik.
Ketokohan beliau membicarakan isu-isu agama Islam telah menarik
perhatian Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk perkenan melantik Tan Sri
Dato Seri (Dr) Haji Harusssani bin Haji Zakaria sebagai Mufti Perak
bermula 1985 hingga kini.

2. (a) Huraikan perbezaan antara bunyi-bunyi yang berikut:

i. bunyi vokal dan bunyi konsonan


ii. bunyi nasal dan bunyi oral
iii. bunyi distingtif dan bunyi tidak distingtif
iv. bunyi nyaring dan bunyi tidak nyaring
v. bunyi panjang dan bunyi pendek

(b) Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan Sistem Ejaan


Rumi Bahasa Melayu.

3. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan fonem suprasegmental ?

(b) Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan sekurang-


kurangnya perbezaan antara bunyi segmental dengan bunyi
suprasegmental.

(c) Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan bagaimana “tekanan”


boleh membezakan makna sesuatu frasa atau ayat.

4. (a) Huraikan perbezaan arus udara yang berikut:

i. egresif pulmonik
ii. egresif glotalik
iii. ingresif glotalik
iv. ingresif velarik

(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan perbezaan bunyi


bersuara dan bunyi tidak bersuara .

(c) Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan perbezaan diftong


menaik dan diftong menurun.

(d) Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan perbezaan antara


pembibiran dan pengglotisan.

Format

1. Kulit hadapan (Tajuk, Nama, No. Matrik, Tarikh penghantaran)


2. Format penulisan
a. Bil. halaman : mengikut keperluan
b. Jenis tulisan : Times New Roman
c. Saiz tulisan : 12
d. Langkau 1.5, santak kiri dan kanan
3. Kertas kerja anda perlu mengandungi:
a. Isi kandungan
b. Pengenalan
c. Perbincangan tentang latar belakang salah satu tajuk yang anda
pilih dan latar belakang informan.
d. Rakaman dalam bentuk CD.
e. Transkripsikan rakaman (‘Cerita Rakyat’ atau ‘Lagu Rakyat’ yang
dipilih) ke dalam bentuk (i) transkripsi fonemik, (ii) transkripsi
fonetik, dan (iii) tulisan rumi bahasa Melayu.
f. Kesimpulan
g. Bibliografi – sekurang-kurangnya lima daripada pelbagai sumber
rujukan.
4. Penulisan petikan mengikut sistem APA
a. Tarikh hantar : 20 Februari 2011
b. Tempoh tugasan : 7 minggu (10 Jan - 20 Feb 2011)
5. Bentuk serahan tugasan : Hard copy dan soft copy

Pemarkahan

1. Format : 10 markah
2. Isi kandungan dan contoh : 60 markah
3. Grafik dan kreativiti : 20 markah
4. Teknik petikan : 5 markah
5. Bibliografi : 5 markah
6. Jumlah : 100 markah
7. Pemberatan : 30 %

HAK CIPTA TERPELIHARA


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa

BML 1043 / BML 3043 : Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


Semester 2 Sesi 2010/2011
Tugasan 1 Individu ( Pemberatan 30 % )

Rubric Penilaian Tugasan 1


Kumpulan Kuliah : A/B/C
Pemarkahan

1. Format : 10 markah
2. Isi kandungan dan contoh : 60 markah
3. Grafik dan kreativiti : 20 markah
4. Teknik petikan : 5 markah
5. Bibliografi : 5 markah
6. Jumlah : 100 markah
7. Pemberatan : 30 %

Peringkat Kriteria Markah


Penulisan (100)
Cemerlang 1. Format: kemas, tersusun dan tepat sekali 80 - 100
2. Isi cukup dan sangat relevan
3. Grafik sesuai dan jelas sekali dan berunsur
kreativiti
4. Penulisan bibliografi dan petikan betul sekali.
Baik 1. Format: kemas, tersusun dan tepat 70 - 79
2. Isi cukup dan relevan
3. Grafik sesuai dan jelas dan berunsur kreativiti
4. Penulisan bibliografi dan petikan betul.
Memuaskan 1. Format masih betul dan tepat 60 - 69
2. Isi masih cukup
3. Grafik masih sesuai dan jelas
4. Penulisan bibliografi dan petikan masih betul.
Kurang 1. Format: Sedikit kesalahan 40 - 59
Memuaskan 2. Isi: bercampur-campur
3. Grafik kurang sesuai
4. Penulisan bibliografi dan petikan : berbaur
Tidak Memuaskan 1. Format: kurang tepat 0 - 39
2. Isi: Tidak cukup
3. Grafik tidak sesuai
4. Penulisan bibliografi dan petikan : banyak
kesalahan

Anda mungkin juga menyukai