Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya .
Ya Allah
Kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama ( Nyatakan
bilangan hari ) dalam (Nyatakan Nama Kursus) . Kami juga bersyukur kerana Engkau
mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan
kursus ini dengan jayanya .
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang
penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan
kepada perintah-Mu.
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga
dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat
seperjuangan dalam bidang pendidikan .
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta
tangan penuh dengan pengharapan ,
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal
jamai’e dan kolektif ;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran
seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami
untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu
mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-
hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan
amal makruf dan nahi mungkar .
Doa Sempena Taklimat Pengurusan Pelaporan Akhir Tahun Perkhidmatan Bimbingan &
Kaunseling Peringkat Negeri Melaka Tahun 2019
والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين, الحمد هلل رب العالمين
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul untuk menggali ilmu Mu yang maha luas,
menambahkan pengetahuan dan menyumbangkan buah fikiran, di dalam Taklimat
Pengurusan Pelaporan Akhir Tahun Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Peringkat
Negeri Melaka Tahun 2019
Jadikanlah program pada hari ini sebagai wasilah ke arah mempereratkan hubungan antara
kami. Perkukuhkan azam dan iltizam kami bersama demi mencurahkan usaha dan tenaga
kepada agama, bangsa dan negara. Sempurnakan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah
yang dicontohi dan disegani, eratkanlah kasih sayang di kalangan kami, limpahkanlah cahaya
petunjuk untuk kami terus melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya demi
kesejahteraan masyarakat dan negara.
Perbaikilah segala kekurangan diri kami , jernihkanlah mata hati dan nurani kami, lembutkanlah
hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian
dalam menyelesaikan masalah dan tugas-tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan
kepada kami.
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan
sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan
kesihatan yang baik.
Ya Allah berilah keberkatan kepada guru-guru yang membimbing kami dengan bersungguh-
sungguh di dalam program ini agar kami dapat tampil sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling
yang berwibawa. Juga kepada seluruh yang terlibat bagi menjayakan Program pada hari ini.
وال تجعل اللهم فينا، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما، اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما
. وال معنا وال من يتبعنا شقيا وال مطرودا وال محروما
اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهما
اللهم اغفرلنا ذنوبنا وإلخواننا الذين سبقونا باإليمان وال تجعل في قلوبنا غال للذين ءامنوا
إنك رءوف رحيم
ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي األخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى هللا على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ،والحمدهلل رب العالمين
DOA SEMPENA BENGKEL
_______________________________
ِ ْهللا الرَّ ح
مـن الرَّ ِحي ِْم ِ ِبسْ ِم
صالَةُ َوال َّسالَ ُم َعلَى أَ ْش َرفِ ْاألَ ْن ِب َيا ِء َو ْالمُرْ َس ِلي َْن َو َعلَى َءا ِل ِه َّ ان إِالَّ َعلَى
َّ الظا ِل ِمي َْن َوال َ هلل َربِّ ْال َعالَ ِمي َْن َو ْال َعا ِق َب ُة ل ِْل ُم َّت ِقي َْن َوالَ ع ُْد َو
ِ ِ ا اَ ْل َحمْ ُد
َ
صحْ ِب ِه أجْ َم ِعي َْن
َ و.َ
Ya Allah kami menadah tangan memohon restu-Mu, kurniakanlah kepada kami iman yang
kamil, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumah tangga yang
bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan,
hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Kami memohon agar satukan dan perteguhkanlah hati-hati kami, siramilah hati kami dengan
cahaya ketaqwaan, jadikanlah kami di bawah lindungan-Mu. Kami memohon kesejahteraan dan
kebahgiaan berkekalan untuk kami di dunia dan akhirat.
Suburkanlah sifat-sifat yang mulia di dalam jiwa-jiwa kami, dengan sentiasa merasa redha di
atas nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami, mesrakanlah di antara hati-hati
kami,tunjukkanlah kami jalan yang selamat, hindarilah diri kami dari sifat-sifat mazmumah dan
siramilah kami dengan sifat-sifat mahmudah.
مْع َنا َه َذا َجمْعًا َمرْ ح ُْومًا َو َت َفرُّ َق َنا مِنْ َبعْ ِد ِه َت َفرُّ ًقا َمعْ ص ُْومًا
َ اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج
والَ َتجْ َع ْل فِ ْي َنا َوالَ َم َع َنا َشقِ ًّيا َوالَ َم ْطر ُْو ًدا َوالَ َمحْ ر ُْومًا.َ
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan
perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Ya
Allah permudahkanlah pegawai-pegawai kami dalam menyelesaikan kes-kes jenayah.
Jauhkanlah kami dari segala bala bencana kebinasaan dan kerosakan dan apa-apa perkara
yang menjauhi kami daripada rahmat-Mu.