Anda di halaman 1dari 19

1.

CADANGAN PELAKSANAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN
YANG DIJAJARKAN
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 1

2.0 Cadangan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sehari di 3


Prasekolah

2.1 Contoh Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sehari di 3


Prasekolah (240 Minit)

2.2 Contoh Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 4

3.0 Soalan Lazim 12


1.0 PENGENALAN

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) telah dijajarkan


dengan mengambil kira tempoh persekolahan, tahap perkembangan murid dan
pengoperasian prasekolah. Selepas penjajaran, kandungan kurikulum telah
dikelompokkan kepada tiga kategori iaitu Asas, Tambahan dan Pelengkap.
Kandungan kurikulum yang dijajarkan sesuai dilaksanakan menggunakan
Pembelajaran Teradun (Blended Learning) yang menggabungkan teknik pengajaran
bersemuka dan tidak bersemuka sama ada di sekolah atau di rumah. Kategori
kandungan kurikulum dan pelaksanaannya adalah seperti berikut:

Kandungan Kandungan
Kategori Kandungan Asas
Tambahan Pelengkap
Definisi pengetahuan, pengetahuan, pengetahuan,
kemahiran dan nilai kemahiran dan nilai kemahiran dan nilai
yang perlu dikuasai yang menyokong yang melengkap
murid untuk kandungan asas atau
meneruskan mengharmonikan
pembelajaran ke pengetahuan asas
peringkat seterusnya

Pelaksanaan perlu dilaksanakan


 boleh dilaksanakan menggunakan
dengan bimbingan
kaedah lain dengan bimbingan/ guru atau
guru atau
secara kendiri
menggunakan bilik
 boleh dipelajari merentas subjek
peralatan khusus
 boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian
tanpa menjejaskan konsep kandungan

Cadangan aktiviti disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada guru


merancang dan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Peranan dan tanggungjawab guru:

i. memahami kurikulum yang dijajarkan dan merancang aktiviti PdP yang


bersesuaian.

1
ii. melaksanakan PdP dengan menggunakan kemudahan sedia ada dan kaedah
yang sesuai.
iii. merancang dan menyediakan aktiviti dan/atau bahan pembelajaran yang sesuai
untuk murid belajar di rumah (sekiranya perlu).
iv. menggalakkan pelibatan sama ada ibu, bapa atau penjaga untuk membantu serta
membimbing pembelajaran anak di rumah.
v. berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga untuk mengetahui pelaksanaan
aktiviti dan memberi sokongan yang diperlukan.

2
2.0 CADANGAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEHARI DI PRASEKOLAH

3
2.2 Contoh Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

2.2.1 Aktiviti Fizikal

Tajuk Jom, bersenam!

Masa 30 minit

Standard FK 2.2.1 Melakukan pergerakan:


Pembelajaran i. berjalan
ii. berlari
iii. melompat
FK 2.2.2 Melakukan gabungan pergerakan lokomotor
FK 2.2.3 Melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai
i. arah
iv. kelajuan

Aktiviti Sekolah Rumah


Pembelajaran
1. Senamrobik dengan iringan 1. Ketingting
muzik 2. Berjoging dengan ahli
2. Melakukan aktiviti: keluarga
i. Berjalan mengelilingi kerusi 3. Beriadah di sekitar kawasan
sendiri dengan iringan muzik tempat tinggal
ii. Berlari setempat.
iii. Lompat melepasi jarak yang
ditetapkan

4
3. Melompat mengikut gambar
tapak kaki.

4. Regangan badan dengan iringan


muzik

Pentaksiran Rujuk IPPK Senarai semak (Lampiran 1)

Lampiran 1:
Borang perlu diisi oleh murid bersama-sama ibu bapa atau penjaga. Tandakan (√) pada
aktiviti yang dilaksanakan.

Nama: Tarikh:

Saya melakukan aktiviti seperti berikut:

Ketingting Berjoging Beriadah

Refleksi Murid:

Komen Ibu bapa atau penjaga:

5
2.2.2 Matematik Awal

Tajuk Mari Membilang

Masa 20 minit

Standard MA 1.2.1 Membandingkan dua kumpulan objek untuk menyatakan


Pembelajaran i. Banyak atau sedikit
MA 2.1.4 Membilang objek
MA 2.1.5 Menggunakan bentuk seperti titik untuk mewakili
bilangan objek
MA 2.1.6 Memadankan kumpulan objek dengan nombor
MA 2.1.10 Menulis nombor mengikut cara yang betul

Aktiviti Sekolah Rumah


Pembelajaran
1. Membandingkan 2 kumpulan 1. Membilang butang pada baju
objek kemeja/baju melayu dan
sebagainya
2. Membilang titik atas kad dan
padankan dengan simbol 2. Lukis gambar butang baju
nombor mengikut bilangan

Pentaksiran Rujuk IPPK Gambar/video murid membuat


aktiviti membilang butang/hasil
kerja murid

6
2.2.3 Pendidikan Islam

Tajuk Adab Makan dan Minum

Masa 60 minit

Standard PI 5.1.4 Melafazkan doa dalam amalan harian


Pembelajaran PI 5.1.2 Menunjukkan adab makan dan minum

Aktiviti Sekolah Rumah


Pembelajaran
1. Memperdengarkan doa 1. Membaca doa sebelum dan
makan. selepas makan dengan
bimbingan ibu bapa/penjaga
2. Membincangkan adab makan
dan minum.
3. Memperkenalkan doa
sebelum dan selepas makan
dan minum.
4. Simulasi adab makan dan
minum.
5. Bersoal jawab tentang
keperluan membaca doa
makan.

Pentaksiran Rujuk IPPK Senarai semak (Lampiran 2)

Lampiran 2

Senarai Semak Adab Makan (dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga)

Adab Hari
1 2 3 4 5
Lafaz doa sebelum makan
Lafaz doa selepas makan
Cuci tangan sebelum dan selepas makan
Tidak berebut semasa makan
Menghabiskan makanan

7
2.2.4 Bahasa Melayu

Tajuk Kenal dan tulis huruf c, o, a, d dan g

Masa 30 minit

Standard BM 1.3.1 Mendengar dan menyebut abjad


Pembelajaran BM 2.2.1 Mengenal pasti abjad
BM 3.2.1 Menulis huruf kecil dengan cara yang betul

Aktiviti Sekolah Rumah


Pembelajaran
1. Menyanyi lagu abjad 1. Guru membekalkan kad
huruf untuk murid menyebut
2. Murid diberi beberapa set
dan mengenal pasti huruf c,
kad huruf c, o, a, d dan g
o, a, d dan g.
dan mengumpulkan huruf
yang sama 2. Menulis huruf c, o, a, d dan
g.
3. Memperkenalkan huruf c, o,
a, d dan g.
4. Mengecam huruf c, o, a, d
dan g di persekitaran

Pentaksiran Rujuk IPPK Hasil kerja murid

8
2.2.5 English Language

Topic My Fruit

Time 30 minutes

Main Skill Focus Listening & Speaking (Lesson 1 & 2)

Learning BI 1.1.2 Listen to and respond to stimulus given:


Standard(s) i. voice sounds
ii. rhythm and rhyme
iii. alliteration
BI 1.1.3 Listen to and identify rhymes in nursery rhymes and
songs
BI 1.2.6 Listen to and recite poems and rhymes
BI 1.3.2 Name favourite things and activities
BI 1.3.4 Participate in talk about familiar activities and
experiences

Learning Activities School Home

1. Greetings and hello song Talk about favourite fruit with


guidance
2. Sing the apple and banana
song
3. Talk about one’s favourite
fruit.
4. Encounter Activity 1 *Teachers can inform parents
5. Engage Activity 1 the fruits that children have
learnt in school
6. Reflecting on learning

Assessment Refer to IPPK

9
2.2.6 Aktiviti Pembelajaran

Tajuk “Selamatkan Saya”

Masa 90 minit

Standard BM1.4.4 Berinteraksi menggunakan ayat mudah mengikut situasi


Pembelajaran FK 5.1.2 Bercerita tentang kepentingan menjaga kebersihan diri
FK 5.2.2 Menyatakan langkah-langkah pencegahan awal penyakit
bawaan vektor
SA 2.5.2 Membuat ramalan apa yang akan berlaku berdasarkan
aktiviti yang dijalankan
SA 4.1.4 Menyiasat bahan yang boleh menyerap air
KE 3.3.2 Menghasilkan karya kreatif melalui aktiviti menggambar
KE 3.4.1 Menceritakan hasil kerja sendiri

Aktiviti Sekolah Rumah


pembelajaran
1. Bersoal jawab tentang 1. Mendapatkan maklumat
pandemik Covid 19 dan cara tambahan tentang pelitup
menjaga keselamatan dan muka (jenis/fungsi/cara
kesihatan diri pemakaian) dengan bantuan
ibu bapa/penjaga. Kongsikan
2. Berbincang tentang pelitup
dapatan dalam bentuk
muka
lukisan/ tulisan/ lisan
3. Meneroka bahan yang sesuai
2. Hasilkan pelitup muka.
untuk menghasilkan pelitup
muka
4. Menghasilkan lakaran pelitup
muka

Pentaksiran Rujuk IPPK Hasil kerja murid


i. Maklumat tambahan pelitup
muka
ii. Pelitup muka

10
2.2.7 Aktiviti Pembelajaran

Tajuk Norma Baharu Kelas Saya

Masa 90 minit

Standard KM 2.2.1 Bercerita tentang kelas


Pembelajaran KM 2.2.3 Memerihal tentang sekolah
KM 2.2.2 Mematuhi peraturan sekolah
KE 3.3.2 Menghasilkan karya kreatif melalui aktiviti menggambar
BM 1.5.1 Menyampaikan idea tentang sesuatu yang didengar, dilihat
atau dialami
BM 1.4.4 Berinteraksi menggunakan ayat mudah mengikut situasi
KE 3.3.4 Menghasilkan binaan kreatif

Aktiviti Sekolah Rumah


Pembelajaran
1. Menceritakan pengalaman 1. Menceritakan peraturan
baharu hadir semula ke sekolah baharu di kelas
2. Membincangkan peraturan 2. Membina model/melukis
baharu di kelas pelan lantai kedudukan
murid di kelas
3. Menghasilkan poster peraturan
baharu di kelas
4. Membentangkan poster yang
dihasilkan
5. Mempamerkan poster di tempat
yang sesuai

Pentaksiran Rujuk IPPK Hasil kerja murid

Nota:

Kesinambungan aktiviti pembelajaran di rumah

Pengalaman dari aktiviti pembelajaran di rumah

11
SOALAN LAZIM

12
3.0 SOALAN LAZIM
1. Adakah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Inggeris
perlu merujuk Scheme of Work (SOW)?
Ya. Walau bagaimanapun SOW boleh diubah suai mengikut KSPK (Semakan
2017) yang dijajarkan.

2. Adakah murid perlu dibekalkan dengan aktiviti/bahan pembelajaran di


rumah?
Ya. Murid perlu dibekalkan dengan aktiviti/bahan pembelajaran di rumah kerana
tempoh persekolahan telah dipendekkan, terutamanya bagi murid yang tidak
hadir ke sekolah.

3. Bagaimanakah murid yang tidak hadir ke sekolah dapat mengikuti


pembelajaran sepenuhnya di rumah?
Murid mengikuti pembelajaran menggunakan aktiviti/ bahan pembelajaran yang
disediakan oleh guru.

4. Adakah pentaksiran perlu dilaksanakan?


Ya, pentaksiran dilaksanakan sebagaimana yang disarankan dalam KSPK
(Semakan 2017).

5. Bagaimanakah pentaksiran dilakukan bagi aktiviti pembelajaran dari


rumah?
Pentaksiran dilaksanakan dengan merujuk evidens daripada ibu bapa/penjaga.
dan perlu diverifikasi melalui pemerhatian guru.

6. Adakah IPPK perlu diisi?


Ya, IPPK diisi berdasarkan tahap perkembangan dan pembelajaran semasa
murid.

13

Anda mungkin juga menyukai