Anda di halaman 1dari 34

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH


SBFS 1103

Jan 2020/ Semester 1

NAMA :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MAIL :
PENSYARAH :
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SIBU

1
SENARAI KANDUNGAN
BAHAGIAN 1
Perkara Muka Surat
1.0 PENGENALAN 3
2.0 KENALPASTI DAN MENGANALISIS MASALAH/ ISU 4
3.0 APLIKASI EMPAT PERINGKAT PEYELESAIAN 5
MASALAH
3.1 Mengecam dan Mendefinisikan Satu Masalah 6
3.2 Mencari Kemungkinan Penyelesaian 7
3.3 Memilih Penyelesaian Terbaik 8
3.4 Melaksanakan Penyelesaian 11
4.0 KAITAN DENGAN KITARAN MEMBUAT KEPUTUSAN 13
BERPANDUKAN BUKTI
5.0 KESIMPULAN 18
6.0 RUJUKAN 18

BAHAGIAN 2
Perkara Muka Surat
1.0 PENGENALAN 20
2.0 KENALPASTI MASALAH/ ISU 21
3.0 PENGGUNAAN SATU ALAT PENYELESAIAN 23
MASALAH ATAU STRATEGI MEMBUAT KEPUTUSAN
UNTUK MENYELESAIKAN ATAU MEMUTUSKAN
MASALAH/ ISU
4.0 HURAIAN TENTANG PENYELESAIAN KEPADA 26
MASALAH
5.0 KESIMPULAN 31
6.0 REFLEKSI 31
7.0 RUJUKAN 32

BAHAGIAN 3
PEMBENTANGAN DAN MUAT NAIK VIDEO

BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Masalah boleh didefinisikan sebagai


sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan
kesukaran (kesulitan). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Penyelesaian boleh
didefinisikan sebagai perbuatan menyelesaikan (membereskan dan lain-lain) sesuatu.

2
Secara umum, Penyelesaian Masalah boleh dijelaskan sebagai satu proses, kaedah,
langkah atau cara yang diambil oleh seseorang untuk mengatasi masalah yang
dihadapi.

Menurut Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2003), penyelesaian


masalah boleh dinyatakan sebagai satu cubaan mencari atau satu cara yang sesuai dan
berkesan dalam mencapai sesuatu matlamat. Menurut Azlena Zainal dan Munir Shuib
(2004) pula menyatakan bahawa penyelesaian masalah adalah meliputi usaha-usaha
mencari jalan atau strategi yang dapat menghasilkan matlamat yang belum ditemui.

Konsep penyelesaian masalah termasuk dalam komponan berfikir secara kritis


dan kreatif. Menyelesaikan masalah merupakan keupayaan menggunakan minda
untuk mencari idea dan langkah-langkah alternatif untuk mengatasi kekurangan atau
halangan yang ada untuk mencapai objektif yang dihasratkan. Menyelesaikan masalah
dengan bijak adalah penting dalam kehidupan seharian kita kerana dapat memajukan
lagi kehidupan kita dengan ciptaan dan rekaan teknologi yang lebih canggih dan
menjadikan kehidupan kita lebih selesa dan selamat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Keputusan boleh didefinisikan


sebagai putusan kesudahan pendapat, ikhtisar, kesimpulan, ketentuan, ketetapan.
Menurut Massie (1987), membuat keputusan dinyatakan sebagai sesuatu tindakan
yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang
diharapkan. Menurut Koontz & Dannel (1978) pula, membuat keputusan adalah
aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan.

Proses membuat keputusan adalah proses memilih pilihan yang logik daripada
pilihan yang tersedia, di mana dalam proses membuat keputusan yang baik, individu
tersebut mestilah menjangkaui pemikiran ke arah negatif dan positif terhadap setiap
pilihan yang dibuat dan lebih mengutamakan alternatif yang dipilih. Proses membuat
keputusan lebih berkesan, individu boleh menilai masa depan terhadap pilihan yang
dibuatnya kemudian berdasarkan item yang dipilih maka ia dapat menentukan pilihan
yang terbaik setiap keadaan situasi sekeliling.

Dalam tugasan ini, saya perlu mengenalpasti isu/ masalah dalam kes yang
dihuraikan. Saya perlu mengaplikasikan keempat-empat peringkat penyelesaian
masalah untuk mengenalpasti isu/ masalah tersebut dengan terperinci. Akhirnya, saya

3
perlu membuat keputusan penyelesaian isu/ masalah tersebut dengan Kaedah Kitaran
Membuat Keputusan Berpandukan Bukti.

2.0 KENAL PASTI DAN MENGANALISIS MASALAH/ ISU

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Kenal Pasti boleh didefinisikan


sebagai mengenal pasti mengetahui serta menentukan, mengetahui sehingga dapat
menyatakan dengan pasti. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Menganalisis
boleh didefinisikan sebagai melakukan analisis ke atas sesuatu (bahan, data, dan lain-
lain). Menurut Clarke dan Gillet (1997), masalah boleh didefinisikan sebagai
rintangan yang boleh menghalang seseorang daripada mencapai matlamat yang
diingini.

Menganalisis masalah boleh didefinisikan sebagai penyelidikan atau


penghuraian sesuatu (seperti keadaan, masalah, persoalan, dan lain-lain) untuk
mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dan lain-lain) secara terperinci atau
mendalam. Mengenalpasti masalah boleh didefinisikan sebagai mengetahui serta
menentukan, mengetahui sehingga dapat menyatakan dengan pasti tentang sesuatu isu
atau masalah.

Maka di sini, saya ingin mengenalpasti dan menganalisis isu/ masalah yang
dihuraikan. Daripada pepatah “Halimah berusia 19 tahun dan merancang untuk
berkahwin dengan Johan yang lebih 10 tahun daripadanya tahun depan.”, masalah
pertama yang dianalisis dapat dikenalpasti dalam perkara tersebut adalah Masalah
Kahwin Muda yang dihadapi oleh Halimah. Daripada pepatah “Halimah adalah anak
sulung dalam 7 adik beradik dan ibu bapa Halimah mengharapkan dia akan membantu
keluarga ketika dia sudah mula bekerja nanti.”, masalah kedua yang dianalisis dapat
dikenalpasti dalam perkara tersebut adalah Masalah Kewangan yang dihadapi oleh
keluarga Halimah.

3.0 APLIKASI EMPAT PERINGKAT PEYELESAIAN MASALAH

Penyelesaian masalah boleh dinyatakan sebagai satu siri tahap yang bermula
daripada mengenal pasti satu masalah dan seterusnya membawa kepada pembinaan

4
satu penyelesaian. Penyelesaian masalah boleh dilihat sebagai proses berstruktur dan
berorientasi terarah. Walaubagaimanapun, dalam menentukan arah bagi penyelesaian,
kita perlu mendefinisikan masalah terlebih dahulu, diikuti dengan matlamat yang
diingini atau perubahan yang diperlukan.

Terdapat satu proses penyelesaian masalah yang dapat membawa satu hasil
positif. Proses tersebut telah dibahagikan kepada empat peringkat penyelesaian
masalah yang dapat memperbaiki keupayaan personal menyelesaikan masalah dengan
lebih baik. Pendekatan ini penting sebab ia memfokuskan pada proses mendapatkan
penyelesaian yang menekankan lebih pada tahap-tahap dalam mencapai penyelesaian
daripada hasil terakhirnya. Keempat-empat peringkat penyelesaian masalah adalah
seperti yang berikut:

Mengecam dan mendefinisikan satu masalah

Mencari Kemungkinan penyelesaian

Memilih penyelesaian terbaik

Melaksanakan penyelesaian

Gambarajah 1 menunjukkan Peringkat Penyelesaian Masalah

3.1 Mengecam dan Mendefinisikan Satu Masalah

Sesuatu masalah hanya boleh diselesaikan apabila kewujudannya dikenal


pasti. Manakala sesetengah situasi atau masalah hanya dapat dikenal pasti apabila
masalah telah menjadi satu perkara serius. Setelah mengenal pasti masalah tersebut,
tindakan seterusnya adalah mendefinisinya secara menyeluruh. Sesuatu masalah boleh
dirujuk sebagai masalah tertutup dan masalah terbuka. Masalah tertutup melibatkan
kesemua keadaan di sekeliling yang berubah daripada norma yang perlu didefinisikan.
Manakala masalah terbuka melibatkan pengenalpastian dan pendefinisian objektif
dana pa jua kekangan yang boleh menghalang kita daripada mendapatkannya.

5
Masalah Tertutup boleh memperoleh satu atau bilangan terhad penyelesaian
yang sesuai dan analisis masalah tersebut melibatkan pengenalpastian punca sebelum
menyelesaikannya. Manakala, Masalah Terbuka boleh diselesaikan dengan
menggunakan banyak kaedah berbeza dan analisis masalah tersebut melibatkan
pencarian maklumat yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Menganalisis masalah bersungguh-sungguh penting supaya kita dapat


memahami masalah itu dan mencadangkan penyelesaian yang dapat membantu kita
mencapai matlamat. Menganalisis masalah melibatkan pengenalpastian dan
penyebabnya maklumat relevan dan menyampaikan maklumat itu dengan cara yang
bermakna. Ini akan dapat membantu kita menentukan penyelesaian yang terbaik.

Menurut situasi keluarga Halimah, pada pendapat saya, masalah


pertama, iaitu Masalah Kahwin Muda merupakan Masalah Tertutup. Ini
kerana masalah ini hanya terdapat bilangan terhad bagi penyelesaian yang
sesuai dan masalah ini berpunca daripada “Halimah hanya berusia 19 tahun
dan merancang untuk berkahwin dengan Johan yang lebih 10 tahun
daripadanya tahun depan”.

Pada pandangan saya, masalah kedua, iaitu Masalah Kewangan juga


merupakan Masalah Tertutup. Ini kerana masalah ini juga hanya terdapat
bilangan terhad bagi penyelesaian yang sesuai dan masalah ini berpunca
daripada “Halimah adalah anak sulung dalam 7 adik beradik dan ibu bapa
Halimah mengharapkan dia akan membantu keluarga ketika dia sudah mula
bekerja nanti”.

3.2 Mencari Kemungkinan Penyelesaian

Dalam proses mencari sesuatu penyelesaian, pelbagai tindakan yang


melibatkan penentuan tindakan yang sesuai untuk dianalisis, mengenal pasti kekangan
dan akhir sekali bekerja kea rah mencapai matlamat. Kadang-kala kita juga perlu
menukar dan menggabung idea menggunakan apa jua teknik kreatif yang ada bagi
menghasilkan satu penyelesaian. Hakikatnya, Lebih banyak idea untuk dipilih, lebih
besar peluang untuk mendapatkan penyelesaian yang efektif.

Selepas membuat analisis dan mengenal pasti kekangan, saya telah


mencari dan menghasilkan beberapa penyelesaian yang berkemungkinan untuk

6
menyelesaikan kedua-dua masalah tersebut. Pada pendapat saya, Kemungkinan
Penyelesaian Masalah Pertama, iaitu Masalah Kahwin Muda adalah:

a) Menghalang perkahwinan Halimah dan Johan,


b) Menasihati Halimah supaya memutus cinta dengan Johan,
c) Membawa Halimah dan Johan berjumpa dengan kaunselor
perkahwinan,
d) Berbincang dengan Halimah tentang kesesuaian pasangan
perkahwinannya,
e) Berbincang dengan Halimah tentang keperluan perkahwinan, penetapan
umur dan tarikh perkahwinan mereka.

Pada pandangan saya, Kemungkinan Penyelesaian Masalah Kedua, iaitu


Masalah Kewangan adalah:

a) Membenarkan Halimah dan Johan berkahwin, ibubapa sendiri mencari


kerja sampingan untuk memelihara keluarga,
b) Membenarkan Halimah dan Johan berkahwin tetapi kedua-duanya perlu
bekerja dan membantu keluarga Halimah,
c) Menasihati Halimah supaya bekerja beberapa tahun dahulu baru
berkahwin,
d) Menasihati Halimah melanjutkan pelajarannya ke kolej atau universiti,
e) Menasihati Halimah melanjutkan pelajarannya sambil bekerja.

3.3 Memilih Penyelesaian Terbaik

Selepas mencari kemungkinan penyelesaian, kita harus membuat keputusan


yang berasaskan perbandingan hasil yang berpotensi bagi penyelesaian alternatif.
Terdapat beberapa langkah untuk membuat keputusan terhadap penyelesaian yang
sesuai. Pertama, mengenal pasti ciri-ciri penyelesaian yang sesuai, termasuklah apa
juga halangan yang mungkin dihadapi. Kedua, membuang penyelesaian yang tidak
boleh mengatasi halangan. Ketiga, menilai penyelesaian yang masih ada. Keempat,
menilai risiko yang mempunyai kaitan dengan penyelesaian terbaik yang diinginkan.
Kelima, membuat keputusan untuk melaksanakan penyelesaian yang dipilih.

7
Ia adalah dipercayai bahawa satu masalah dianggap selesai apabila satu
penyelesaian telah dilaksanakan. Walaubagaimanapun, dalam sesetengah keadaan,
penyelesaian yang dipilih perlu diterima atau diperakui oleh individu lain supaya ia
boleh dilaksanakan dan ini mungkin melibatkan beberapa strategi persuasif.

Selepas mencari beberapa kemungkinan penyelesaian bagi kedua-dua


masalah tersebut, saya perlu memilih penyelesaian-penyelesaian baik dan sesuai
untuk mengatasi masalah tersebut. Berikut adalah huraian ciri-ciri penyelesaian
dan halangan yang mungkin dihadapi:

Penyelesaian Masalah Pertama: Masalah Kahwin Muda

N PENYELESAIAN CIRI-CIRI BAIK HALANGAN


O
1 Menghalang a) Tidak perlu menangguh kos a) Halimah benci terhadap ibubapanya.
perkahwinan perbelanjaan perkahwinan. b) Hubungan antara Halimah dan
Halimah dan b) Tidak perlu menangguh kos ibubapanya menjadi teruk.
Johan perbelanjaan keluarga baru Johan c) Halimah mungkin lari dari rumah.
dan Halimah. d) Halimah berasa sakit hati dan tidak
c) Halimah boleh bekerja dan mahu pergi bekerja.
memelihara keluarganya.

2 Menasihati a) Tidak perlu menangguh kos a) Halimah benci terhadap ibubapanya.


Halimah supaya perbelanjaan perkahwinan. b) Hubungan antara Halimah dan
memutus cinta b) Tidak perlu menangguh kos ibubapanya menjadi teruk.
dengan Johan perbelanjaan keluarga baru Johan c) Halimah mungkin lari dari rumah.
dan Halimah. d) Halimah berasa sakit hati dan tidak
c) Halimah boleh bekerja dan mahu pergi bekerja.
memelihara keluarganya.
3 Membawa a) Mengetahui peranan, corak a) Tiada
Halimah dan perhubungan, matlamat yang
Johan berjumpa ingin dicapai oleh ahli keluarga

8
dengan kaunselor dan perkahwinan pasangan.
perkahwinan b) Memahami dan menangani isu
keluarga dan perkahwinan.
c) Mengetahui dan membuat
persediaan dalam perkahwinan.
4 Berbincang a) Mengetahui keperluan sendiri a) Tiada
dengan Halimah terhadap pasangan
tentang perkahwinannya.
kesesuaian b) Memahami situasi dan sikap serta
pasangan tingkah laku pasangan
perkahwinannya perkahwinannya.
5 Berbincang a) Mengetahui keperluan a) Tiada
dengan Halimah perkahwinan mereka.
tentang keperluan b) Mengetahui perbelanjaan
perkahiwinan, perkahwinan dan perbelanjaan
penetapan umur keluarga baru selepas
dan tarikh perkahwinan.
perkahwinan c) Membuat target terhadap sendiri
mereka umur dan tarikh perkahwinan
mereka yang berpunca daripada
isu kewangan.

Penyelesaian Masalah Kedua: Masalah Kewangan

N PENYELESAIAN CIRI-CIRI BAIK HALANGAN


O
1 Membenarkan a) Halimah dan Johan berasa a) Ibubapa Halimah berasa sangat letih
Halimah dan gembira dan cinta kepada dalam kehidupan.
Johan berkahwin, ibubapanya. b) Perbelanjaan bertambah selepas
ibubapa sendiri b) Mendapat wang sampingan untuk Halimah dan Johan berkahwin.
mencari kerja memelihara keluarga Halimah. c) Ibubapa Halimah mungkin senang sakit
sampingan untuk dalam kehidupan.
memelihara

9
keluarga
2 Membenarkan a) Halimah dan Johan berasa a) Johan dan Halimah berasa sangat letih
Halimah dan gembira dan cinta kepada dalam kehidupan.
Johan berkahwin ibubapanya. b) Pendapatan Halimah rendah.
tetapi kedua- b) Mendapat wang untuk c) Perbelanjaan bertambah selepas
duanya perlu memelihara keluarga Halimah. Halimah dan Johan berkahwin.
bekerja dan d) Johan dan Halimah mungkin senang
membantu sakit dalam kehidupan.
keluarga Halimah
3 Menasihati a) Mendapat wang bantuan daripada a) Pendapatan Halimah rendah.
Halimah supaya Halimah untuk memelihara b) Kekurangan wang untuk perkahwinan.
bekerja beberapa keluarga Halimah. c) Perasaan Halimah mungkin tidak baik
tahun dahulu dan tidak suka terhadap ibubapanya.
baru berkahwin
4 Menasihati a) Mendapat pelbagai ilmu a) Perbelanjaan bertambah atas sebab
Halimah pengetahuan. pelanjutan pelajaran Halimah.
melanjutkan b) Mendapat peluang pekerjaan b) Terpaksa meninggal keluarganya ke
pelajarannya ke yang luas. tempat lain.
kolej atau c) Mempunyai pendapatan yang
universiti tinggi selepas habis belajar.

5 Menasihati a) Mendapat pelbagai ilmu a) Tiada


Halimah pengetahuan.
melanjutkan b) Mendapat peluang yang luas
pelajarannya untuk masuk ke universiti.
kepada STPM c) Dapat menangguh perbelanjaan
atau Matrikulasi keluarga Halimah.
sambil bekerja

3.4 Melaksanakan Penyelesaian

10
Selepas memastikan penyelesaian-penyelesaian yang paling baik dan sesuai
untuk Halimah, maka kita harus melaksanakan penyelesaian-penyelesaian tersebut.
Terdapat 3 langkah dalam pelaksanaan sesuatu penyelesaian, iaitu merancang dan
menyediakan pelaksanaan penyelesaian, mengambil tindakan sesuai dan memantau
kesannya serta menyemak semula kejayaan mutlak bagi tindakannya.

Langkah merancang dan menyediakan pelaksanaan penyelesaian melibatkan


penyelesaian bagi kesemua usaha dan perancangan menyeluruh yang menghurai
urutan tindakan yang perlu bagi memenuhi objektif, tempoh masa dan sumber yang
diperlukan pada setiap tahap. Langkah mengambil tindakan sesuai dan memantau
kesannya pula adalah menangani masalah atau bakal masalah secepat mungkin bagi
memastikan semuanya berjalan lancar. Langkah menyemak semula kejayaan mutlak
bagi tindakan adalah untuk mengagak keberkesanannya dalam menyelesaikan
masalah yang sama pada masa hadapan dan memastikan masalah itu telah
diselesaikan.

Selepas memastikan penyelesaian-penyelesaian yang paling baik dan


sesuai untuk Halimah, maka kita harus melaksanakan penyelesaian-
penyelesaian tersebut. Dalam masalah pertama, iaitu Masalah Kahwin Muda,
terdapat 3 penyelesaian yang baik dan boleh dilaksanakan. Penyelesaian
pertama adalah membawa Halimah dan Johan berjumpa dengan kaunselor
perkahwinan. Objektifnya adalah untuk mengetahui peranan, corak
perhubungan, matlamat yang ingin dicapai oleh ahli keluarga dan perkahwinan
pasangan; memahami dan menangani isu keluarga dan perkahwinan serta
mengetahui dan membuat persediaan dalam perkahwinan. Dari segi tindakan,
ibubapa Halimah boleh menggalakkan Halimah dan Johan supaya melaporkan
diri dalam menyertai program atau aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Kursus
Pra-Perkahwinan. Selepas penyertaan program atau aktiviti tersebut, ibubapa
Halimah boleh mendapat refleksi daripada Halimah dan Johan untuk mengenal
pasti kesan program dan aktiviti tersebut.

Penyelesaian kedua adalah berbincang dengan Halimah tentang


kesesuaian pasangan perkahwinannya. Objektifnya adalah mengetahui
keperluan sendiri terhadap pasangan perkahwinannya; memahami situasi dan
sikap serta tingkah laku pasangan perkahwinannya. Dari segi tindakan,

11
sekiranya Halimah mendapati Johan merupakan seorang yang bersikap tidak
sopan dan tingkah laku teruk, maka dia bukan seorang pasangan perkahwinan
yang baik dan Halimah masih boleh membuat keputusan sama ada perlu
berkahwin dengannya atau tidak.

Penyelesaian ketiga adalah berbincang dengan Halimah tentang


keperluan perkahwinan, penetapan umur dan tarikh perkahwinan mereka.
Objektifnya adalah mengetahui keperluan perkahwinan mereka; mengetahui
perbelanjaan perkahwinan dan perbelanjaan keluarga baru selepas
perkahwinan serta membuat target terhadap sendiri umur dan tarikh
perkahwinan mereka yang berpunca daripada isu kewangan. Dari segi tindakan,
ibubapa Halimah boleh memberitahu beberapa contoh kekangan atau cabaran
kehidupan selepas mereka berkahwin. Tujuan ini adalah memberi peluang
Halimah sedar bahawa adakah dia bersedia berkahwin pada tahun depan atau
tidak.

Dalam masalah kedua, iaitu Masalah Kewangan Keluarga, terdapat 1


penyelesaian yang paling baik dan boleh dilaksanakan. Penyelesaian tersebut
adalah menasihat dan menggalakkan Halimah melanjutkan pelajarannya ke
STPM atau Matrikulasi yang tidak menambahkan perbelanjaan keluarga
Halimah. Tujuan ini adalah untuk memberi lebih banyak peluang untuk
Halimah memasuki universiti tempatan dan mendapat pekerjaan yang
berpendapatan tinggi. Di samping itu, Halimah boleh mencari kerja sampingan
untuk membantu ibubapanya dalam memelihara keluarganya.

4.0 KAITAN DENGAN KITARAN MEMBUAT KEPUTUSAN


BERPANDUKAN BUKTI

Membuat keputusan yang baik adalah kemahiran yang amat penting untuk
kejayaan peribadi dan kerjaya, khususnya untuk kepimpinan yang berkesan. Membuat
keputusan merupakan tindakan atau proses memutuskan; menentukan, mengenai satu
soalan atau keraguan, dengan membuat pertimbangan; tindakan atau keperluan untuk
menetapkan pemikiran. Terdapat beberapa langkah yang dihuraikan dalam Kitaran
Membuat Keputusan Berpandukan Bukti dapat membantu kita membuat keputusan
secara berkesan dan tepat. Berikut adalah beberapa siri langkah yang perlu diikuti
untuk menghasilkan keputusan yang tepat dan berkesan.

12
Pencetus

Refleksi Meneroka

Menilai Menyoal

Intervensi Mengumpul

Menginterprestasi Menganalisis

Gambarajah 2 menunjukkan Kitaran Membuat Keputusan Berpandukan Bukti

Langkah-langkah Kitaran Membuat Keputusan Berpandukan Bukti boleh


dikumpulkan kepada tiga tahap utama, iaitu Langkah Permulaan (pencetus, meneroka
dan menyoal), Langkah Memperoleh Maklumat (mengumpul, menganalisis dan
menginterprestasi) dan Langkah Mengubah dan Menilai (intervensi, menilai dan
refleksi). Berikut adalah huraian bagi ketiga-tiga langkah tahap utama Kitaran
Membuat Keputusan Berpandukan Bukti:

a) Langkah Permulaan:
a) Pencetus: Ia adalah apa yang membawa kepada perhatian kita bahawa
terdapat masalah atau bidang yang perlukan peningkatan. Ia
merangkumi mana-mana data, pemerhatian atau laporan yang
memulakan proses.

13
 Menurut perkara Halimah, “Halimah hanya berusia 19
tahun dan merancang untuk berkahwin dengan Johan yang
lebih 10 tahun daripadanya tahun depan” mencetus
Masalah Kahwin Muda.
 Menurut perkara Halimah, “Halimah adalah anak sulung
dalam 7 adik beradik dan ibu bapa Halimah
mengharapkan dia akan membantu keluarga ketika dia
sudah mula bekerja nanti” mencetus Masalah Kewangan
Keluarga Halimah.
b) Meneroka: Ia adalah penerokaan apa-apa sahaja yang mencetus proses
untuk mencetuskan proses untuk menentukan pendekatan paling baik
untuk pusingan seterusnya.
 Menurut perkara Halimah, “Halimah yang berusia 19
tahun sangat cinta dengan Johan yang berusia lebih 10
tahun daripadanya” mencetuskan Masalah Kahwin Muda.
 Menurut perkara Halimah, “Ibu bapa Halimah
mengharapkan Halimah akan membantu keluarga ketika
dia sudah mula bekerja nanti” mencetus Masalah
Kewangan Keluarga Halimah.

c) Menyoal: Ia adalah elemen paing penting. Ia bertindak menentukan


apa keputusan perlu dilakukan dan apa yang kita harap untuk capai dan
juga cadangkan beberapa potensi penyelesaian yang berpotensi.
 Menurut Masalah Kahwin Muda, persoalannya adalah
“Halimah wajib berkahwin dengan Johan tahun depan?
Jika Ya, apakah kebaikan dan kekangan yang akan
dihadapi? Dan sebaliknya.”
 Menurut Masalah Kewangan Keluarga, persoalannya
adalah “Jika Halimah berkahwin dengan Johan, adakah
masalah kewangan keluarga Halimah dapat diselesaikan?
Dan sebaliknya.”

b) Langkah Memperoleh Maklumat

14
a) Mengumpul: Ia adalah proses mendapatkan semua data dan bukti yang
akan kita gunakan dalam proses membuat keputusan.
 Menurut Masalah Kahwin Muda, Kita boleh merujuk
kepada pandangan daripada bakat kaunseling atau doktor
yang mahir dalam penyelesaian masalah ini. Kita juga
boleh membuat pelbagai pembacaan daripada buku,
majalah atau internet tentang penyelesaian masalah ini.
 Menurut Masalah Kewangan Keluarga, Kita boleh
merujuk kepada bakat kaunseling keluarga atau bakat
perancangan kewangan yang mahir dalam penyelesaian
masalah ini. Kita juga boleh membuat pelbagai pembacaan
daripada buku, majalah atau internet tentang penyelesaian
masalah ini.
b) Menganalisis: Ia adalah proses menganalisis data dan maklumat yang
telah dikumpulkan untuk mencari trend dan menjawab soalan yang
telah kita kemukakan.
 Menurut persoalan Masalah Kahwin Muda, punca dan
penyelesaian boleh didapati daripada cadangan dan nasihat
bakat kaunseling atau doktor yang mahir serta isi
kandungan pembacaan masalah kahwin muda daripada
buku, majalah atau internet.
 Menurut persoalan Masalah Kewangan Keluarga, punca
dan penyelesaian boleh didapati daripada cadangan dan
nasihat bakat kaunseling keluarga atau bakat perancangan
kewangan yang mahir serta isi kandungan pembacaan
pengurusan kewangan daripada buku, majalah atau
internet.
c) Menginterprstasi: Ia adalah mengumpulkan jawapan daripada analisis
tadi. Apakah yang data kita beritahu? Apakah kesimpulan yang boleh
kita capai? Apakah tindakan boleh kita cadang berdasarkan data yang
telah kita kumpul? Pada tahap ini, adalah penting untuk meneliti secara
kritikal maklumat yang tepat dan boleh dipercayai.
 Menurut persoalan Masalah Kahwin Muda, Halimah
mungkin masih muda dan tidak tahu tentang peranan satu

15
perkahwinan. Halimah juga tidak tahu tentang peranan,
corak perhubungan, matlamat yang ingin dicapai oleh ahli
keluarga dan perkahwinan pasangan; memahami dan
menangani isu keluarga dan perkahwinan serta
mengetahui dan membuat persediaan dalam perkahwinan.
 Menurut persoalan Masalah Kewangan Keluarga,
keinginan Halimah bercinta dan berkahwin dengan Johan
menyebabkan dia mengabaikan keperluan keluarganya.
Halimah masih muda dan tidak memahami tanggungjawab
sendiri sebagai seorang anak sulung dalam keluarga.

c) Langkah Mengubah dan Menilai


a) Intervensi: Ia adalah melibatkan melaksanakan keputusan kita atau
permulaan tindakan. Tindakan kita mesti berasaskan keputusan; ia
mesti sesuatu yang boleh dilakukan dan praktikal, diberi sumber dan
persekitarannya. Lebih penting, ia mesti boleh diukur supaya kita
boleh menilainya.
 Menurut Masalah Kahwin Muda, penyelesaian yang baik
adalah membawa Halimah dan Johan berjumpa dengan
kaunselor perkahwinan; berbincang dengan Halimah
tentang kesesuaian pasangan perkahwinannya dan
berbincang dengan Halimah tentang keperluan
perkahwinan, penetapan umur dan tarikh perkahwinan
mereka.
 Menurut Masalah Kewangan, penyelesaian yang paling
baik adalah menasihat dan menggalakkan Halimah
melanjutkan pelajarannya ke STPM atau Matrikulasi
sambal mencari satu kerja sampingan untuk membantu
ibubapanya dalam kewangan keluarga.
b) Menilai: Ia adalah membenarkan kita menilai bagaimana bagus
keputusan yang kita telah lakukan dan sama ada pencetus awal telah
dijawab.

16
 Menurut Masalah Kahwin Muda, Adakah masalah ini
diselesaikan atau ditambahbaikan?
 Menurut Masalah Kewangan Keluarga. Adakah masalah
ini diselesaikan atau ditambahbaikan?
c) Refleksi: Ia adalah tahap akhir proses dan melibatkan penilaian
kesilapan, pelajaran yang telah dipelajari dan penambahbaikan masa
depan. Refleksi membenarkan peningkatan berterusan mana-mana
proses untuk hasil lebih baik jika situasi sama dihadapi pada masa
depan.
 Menurut Masalah Kahwin Muda, Adakah masalah ini
diselesaikan? Sekiranya tidak, bagaimanakah kita
menambahbaikannya? Kita boleh mencari penyelesaian
lain daripada unsur-unsur lain.
 Menurut Masalah Kewangan Keluarga, Adakah masalah
ini diselesaikan? Sekiranya tidak, bagaimanakah kita
menambahbaikannya? Kita boleh mencari penyelesaian
lain daripada unsur-unsur lain.

5.0 KESIMPULAN

Satu masalah akan wujud apabila terdapat ketidakpadanan antara apa yang
sebenarnya berlaku dengan apa yang kita mahu atau jangkaan akan berlaku. Maka
penyelesaian masalah tersebut adalah proses perolehan penyelesaian yang
memuaskan, sebaik-baiknya dalam cara yang tidak disangka. Tahap penyelesaian
masalah adalah mengecam dan mendefinisikan masalah; mencari kemungkinan
penyelesaian; memilih penyelesaian terbaik serta melaksanakan penyelesaian.
Membuat keputusan merupakan proses mengurangkan ketidaktentuan dan keraguan
mengenai alternative untuk membenarkan pilihan munasabah dibuat daripadanya.
Untuk membuat keputusan yang baik dan berkesan, kita perlu mengikut Kitaran
Membuat Keputusan Berpandukan Bukti. Kitaran ini mempunyai langkah-langkah
bersiri, iaitu: pencetus, meneroka, menyoal, mengumpul, menganalisis,
menginterprestasi, intervensi, menilai dan refleksi.

17
6.0 RUJUKAN

A. Rahman A. N. (2011). Penyelesaian Masalah (Problem Solving) Dari Sudut


Definisi Oleh Ahli-Ahli Psikologi Dan Peranan Yang Dimainkan Oleh
Heuristik Dalam Penyelesaian Masalah. Diasek pada 10 Februari 2020,
daripada https://nikalila.wordpress.com/2012/03/26/penyelesaian-masalah-
problem-solving-dari-sudut-definisi-oleh-ahli-ahli-psikologi-dan-peranan-
yang-dimainkan-oleh-heuristik-dalam-penyelesaian-masalah/

Adair, J. (2010). Decision Making and Problem Solving Strategies: Learn Key
Problem Solving Strategies; Sharpen your Creative Thinking Strategies; Make
Effective Decisions (Ed. Ke-2). London, England: Kogan Page.

Azlena Zainal & Munir Shuib. (2004). Meningkatkan Potensi Minda. Bentong: PTS
Publications & Distributors.

Baharom Bin Mohamad, Jamaludin bin Hashim, Ahmad Esa, Rafiza Binti Hassan
(2012). Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Parit Raja, Johor.

Clarke, V., & Gillet, S. (1997). Psychology for VCE. (2nd ed). Melbourne: Nelson
ITP.

Fogler, H. S., & LeBlanc, S. E. (2008). Strategies for Creative Problem Solving. (2nd
ed). United States: Pearson Education.

Hjh. Normah Che Din. (2012). Membuat Keputusan. Diasek pada 10 Februari 2020,
daripada http://www.myhealth.gov.my/membuat-keputusan/

LPPKN. (2020). Kaunseling Keluarga & Perkahwinan. Diasek pada 10 Februari 2020,
daripada https://www.lppkn.gov.my/index.php/perkhidmatan-pembangunan-
keluarga/173-pk0008

Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2003). Psikologi. (2nded). Universiti Putra
Malaysia, Shah Alam: Mc Graw-Hill.

Von Winterfeldt, D. & Edwards, W. (1986). Decision Analysis and Behavioral


Research. New York, NY: Cambridge Uniersity Press.

18
BAHAGIAN 2

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Jantung boleh didefinisi sebagai


organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan. Jantung manusia terletak di
dalam rongga toraks, di belakang tulang dada dan di antara paru-paru kiri dan kanan.
Rupa bentuk Jantung adalah berbentuk kon dan hujungnya adalah condong sedikit ke
arah sebelah kiri badan kita. Jantung mempunyai jisim kira-kira 300g dan terbina
daripada otot-otot jantung yang tebal dan kuat. Keseluruhan jantung dilindungi
dengan membran yang tahan lama. Ruang diantara jantung dan membran adalah berisi
cecair bagi tujuan untuk mengurangkan geseran antara jantung dan organ-organ lain
di sebelahnya.

Jantung manusia mempunyai empat ruang berotot. Dua ruang di sebelah kiri
bernama atrium kiri dan ventrikel kiri, manakala dua ruang di sebelah kanan bernama
atrium kanan dan ventrikel kanan. Ruang kiri dan kanan dipisahkan oleh otot yang

19
dikenali sebagai septum supaya darah beroksigen tidak bercampur dengan darah yang
terdeoksigen. Ciri-ciri atrium dan ventrikel adalah ventrikel mempunyai ruang isipadu
yang lebih besar daripada atrium; ventrikel mempunyai dinding yang tebal berbanding
atrium; entrikel kiri adalah lebih tebal dan lebih otot daripada ventrikel kanan kerana
ruang ini mengepam darah di bawah tekanan yang lebih tinggi ke seluruh tubuh
badan.

Setiap ventrikel dan atrium ini dihubungkan dengan satu salur darah yang
besar. Atrium kiri dihubungkan ke vena pulmonari, manakala atrium kanan
dihubungkan ke vena kava. Ventrikel kiri dihubungkan ke aorta, manakala ventrikel
kanan dihubungkan ke arteri pulmonari. Aliran darah dalam satu arah (sehala) di
dalam jantung dikawal oleh tiga jenis injap, iaitu:

a. Injap bikuspid mengawal aliran sehala darah dari atrium kiri ke ventrikel kiri.
b. Injap trikuspid mengawal aliran sehala darah dari atrium kanan ke ventrikel
kanan.
c. Injap sabit mengawal aliran sehala darah dari ventrikel kiri ke aorta, serta dari
ventrikel kanan ke arteri pulmonari.

Petikan di atas merupakan huraian bagi struktur dan fungsi jantung manusia.
Ia merupakan salah satu subtajuk yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar tingkatan 3
dalam mata pelajaran Sains. Menurut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) bagi Sains Tingkatan 3, Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
pelajar-pelajar adalah berkomunikasi untuk menerangkan struktur dan fungsi jantung
serta salur darah dalam sistem peredaran darah manusia.

Dalam tugasan ini, saya telah memilih satu masalah yang ditonjolkan oleh
pelajar-pelajar saya, iaitu masalah penguasaan subtajuk struktur dan fungsi jantung
manusia ini. Saya akan menggunakan strategi membuat keputusan, iaitu Kitaran
Membuat Keputusan Berpandukan Bukti untuk mengenal pasti masalah pelajar dalam
menguasai kefahaman subtajuk ini dan mencari penyelesaian yang terbaik dan
berkesan untuk membantu mereka dalam menguasai subtajuk ini. Selepas itu, saya
akan melaksanakan langkah penyelesaian tersebut dan membuat satu laporan serta
refleksi terhadap keseluruhan tugasan ini.

20
2.0 KENAL PASTI MASALAH/ ISU

Subtajuk “struktur dan fungsi jantung manusia” merupakan salah satu


pengetahuan dan kemahiran sains yang perlu dikuasai dan difahami oleh pelajar-
pelajar tingkatan 3 di sekolah. Namun begitu, dari pemerhatian saya melalui kerja
latihan dan Laporan Prestasi Sains dalam Peperiksaan, pelajar-pelajar dalam
Tingkatan 3B masih menghadapi masalah dalam memahami pengetahuan dan
kemahiran sains dalam subtajuk “struktur dan fungsi jantung manusia”.

Dengan masalah ini, saya terus menggunakan strategi membuat keputusan,


iaitu Kitaran Membuat Keputusan Berpandukan Bukti untuk menyelesaikan
masalah ini. Terdapat seramai 12 orang pelajar dalam kelas Tingkatan 3B yang
menghadapi masalah ini. Mereka merupakan pelajar-pelajar yang sederhana dan
memerlukan lebih masa daripada pelajar-pelajar lain dalam menguasai subtajuk ini
dalam kelas. Jika perkara ini dibiarkan, dikhuatiri masalah ini akan terbawa-bawa
dalam kehidupan pada masa depan.

Langkah Permulaan:

a) Pencetus: Beberapa orang pelajar tingkatan 3B tidak dapat menguasai


dan memahami subtajuk sains “struktur dan fungsi jantung manusia”.
b) Meneroka Data: 12 orang pelajar tingkatan 3B tidak dapat menjawab
latihan yang berkaitan dengan “struktur dan fungsi jantung manusia”
yang disediakan dengan tepat. Berikut adalah 5 contoh latihan yang
dibuat salah oleh pelajar.

21
22
c) Menyoal: Dari pemerhatian yang dijalankan melalui sesi temubual
antara guru dengan pelajar-pelajar tersebut, saya dapati mereka kurang
berminat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.
Mereka tidak faham dan keliru tentang subtajuk “struktur dan fungsi
jantung manusia” yang saya gunakan dalam buku teks dan nota. Faktor
ini menyebabkan mereka merasa bosan ketika dalam kelas.

3.0 PENGGUNAAN SATU ALAT PENYELESAIAN MASALAH ATAU


STRATEGI MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENYELESAIKAN
ATAU MEMUTUSKAN MASALAH/ ISU

Selepas mengenal pasti masalah, saya terus menjalankan langkah kedua dalam
Kitaran Membuat Keputusan Berpandukan Bukti untuk mencari maklumat yang
menyebabkan masalah ini berlaku. Dalam langkah ini, saya juga telah mencari
beberapa penyelesaian yang dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Langkah Memperoleh Maklumat

a) Mengumpul: Saya membuat perbincangan dengan panitia Sains dan


guru Sains yang berpengalaman tentang masalah ini. Saya juga
mencari dan mengkaji artikel-artikel dan kajian-kajian lepas daripada
buku dan internet yang dihurai dalam rujukan.

23
b) Menganalisis: Merujuk nasihat dan pandangan daripada guru
pengalaman Sains dan panitia serta analisis dan hasil daripada artikel
dan kajian yang dibaca, saya mendapati terdapat pelbagai
kemungkinan yang menyebabkan pelajar saya tidak dapat menguasai
dan memahami subtajuk sains “struktur dan fungsi jantung manusia”.
c) Menginterprestasi: Daripada maklumat di atas, Saya mendapati
penggunaan teknik pengajaran tradisional, iaitu penggunaan buku teks
dan nota boleh membosankan pelajar dalam pembelajaran mereka
dalam kelas. Saya juga mendapati penggunaan bahan bantu mengajar
dapat menarik perhatian murid dalam pengajaran dan meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Selepas mengenal pasti beberapa penyelesaian yang dapat menyelesaikan


masalah tersebut, saya terus menjalankan langkah terakhir dalam Kitaran Membuat
Keputusan Berpandukan Bukti untuk memilih kaedah penyelesaian yang paling baik
dan berkesan terhadap masalah tersebut. Di samping itu, saya akan melaksanakan
kaedah penyelesaian yang terbaik itu terhadap pelajar-pelajar itu dan membuat
penilaian selepas kaedah pelaksanaan penyelesaian ini. Akhirnya, saya akan membuat
satu refleksi terhadap keseluruhan tugasan ini.

Langkah Mengubah dan Menilai

a) Intervensi: Daripada maklumat di atas, saya mendapati penggunaan


bahan bantu mengajar, iaitu Slaid Power Point dan Video dapat dapat
menarik perhatian murid dalam pengajaran dan meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Maka
saya terus membuat keputusan bahawa penggunaan Slaid Power Point
dan Video dalam proses pengajaran dan pembelajaran subtajuk
“struktur dan fungsi jantung manusia”.
b) Menilai: Selepas proses pengajaran dan pembelajaran subtajuk itu
dengan penggunaan Slaid Power Point dan Video, saya terus
menyediakan latihan yang berkaitan dengan “struktur dan fungsi
jantung manusia” kepada pelajar untuk menguji dan menilai
kefahaman pelajar terhadap subtajuk ini. Berikut adalah 5 contoh
latihan yang dibuat semula oleh pelajar.

24
25
c) Refleksi: Dalam latihan penilaian yang berkaitan dengan “struktur dan
fungsi jantung manusia”, saya mendapati 12 orang pelajar tersebut
dapat menjawab dengan betul. Maka kaedah pengajaran dan
pembelajaran dengan penggunaan Power Point dan Video akan
diteruskan pada tajuk Sains lain pada masa depan.

4.0 HURAIAN TENTANG PENYELESAIAN KEPADA MASALAH

Selepas mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Tingkatan


3B, saya terus memilih satu kaedah penyelesaian yang terbaik dan berkesan terhadap
mereka, iaitu penggunaan Slaid Power Point dan Video dalam proses pengajaran dan
pembelajaran subtajuk “struktur dan fungsi jantung manusia”.

Pada mulanya, saya telah merancangkan dan menghasilkan satu rancangan


pengajaran harian tentang proses pengajaran subtajuk tersebut. Rancangan Pengajaran
Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kita perlu menguasai kemahiran
merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan. Kejayaan
sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas bergantung
sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan persediaan rapi
sebelum memulakan sesi pengajaran. Berikut adalah Rancangan Harian Pelajaran
yang saya hasilkan:

Day: Monday

Date: 3rd March 2020

Time / Class / Subject

Topic:

Chapter 6 Transportation

Subtopic:

6.2 Blood Circulatory System in Human

Objectives:

1. State the functions for blood circulatory system in human.

26
2. Identify the structure involved in this system.
3. State the circulation of blood through the human heart.
8:40 am – 9:50 am
Activities:
Form 3B
1. Explain the functions for blood circulatory system in human.
Science 2. Explain & discuss structure involved in this system.
3. Explain the circulation of blood through the human heart.
4. Give photocopy exercises.
5. Question & answer session.

Teaching aids: Power Point Presentation

Classwork/Homework: Photocopy exercises

Reference: Photocopy notes pg. 13 – pg. 20

Reflection: Objectives achieved

Day: Tuesday

Date: 4th March 2020

Time / Class / Subject

Topic:

Chapter 6 Transportation

Subtopic:

6.2 Blood Circulatory System in Human

Objectives:

1. State the functions for blood circulatory system in human.


2. Identify the structure involved in this system.
3. State the circulation of blood through the human heart.
7:30 am – 8:40 am Activities:
Form 3B 1. Revision.
Science 2. Explain the functions for blood circulatory system in human.
3. Explain & discuss structure involved in this system.
4. Explain the circulation of blood through the human heart.
5. Give photocopy exercises.

27
6. Question & answer session.

Teaching aids: Power Point Presentation & Video clip

Classwork/Homework: Photocopy exercises, Workbook pg. 10

Reference: Photocopy notes pg. 13 – pg. 20

Reflection: Objectives achieved

Gambarajah 1 menunjukkan Rancangan Pengajaran Harian yang dihasilkan

Selepas menyediakan rancangan pengajaran harian, saya terus menyediakan


dan menghasilkan slaid Power Point yang baik dalam pengajaran subtajuk ini. Power
Point merupakan program persembahan kini dibangunkan oleh Microsoft, untuk
digunakan pada kedua-dua sistem operasi Microsoft Windows dan Apple Macintosh.
Power Point berguna untuk membantu membangunkan format persembahan
berdasarkan slaid dan pada masa ini adalah salah satu program persembahan
berdasarkan slaid yang paling biasa digunakan boleh didapati. Berikut adalah slaid
Power Point yang saya hasilkan.

28
Gambarajah 2 menunjukkan slaid Power Point yang dihasilkan

29
Di samping membuat slaid Power Point, saya juga mencari video yang
berkaitan dengan “struktur dan fungsi jantung manusia” daripada internet. Video
merupakan kombinasi audio dan siri bingkai imej dalam bentuk digital secara selari
yang berasaskan masa. Video merupakana satu media dinamik hasil jalinan pelbagai
media yang lain seperti audio, grafik dan sebagainya. Ini secara tidak langsung
mampu meningkatkan lagi keberkesanan proses penyampaian sesuatu mesej kerana
video bersifat dinamik dan mampu meransang pelbagai deria seperti pendengaran dan
penglihatan. Berikut adalah video yang saya hasilkan.

Gambarajah 3 menunjukkan Video yang digunakan dalam proses pengajaran

Selepas membuat persediaan, proses pengajaran dan pembelajaran tentang


subtajuk “struktur dan fungsi jantung manusia” terus dilaksanakan. Proses pengajaran
dan pembelajaran saya akan dirakam dan direkodkan dalam bentuk MP4. Video
tersebut akan dimuat naik ke dalam pautan yang ditetapkan.

30
Gambarajah 4 menunjukkan Video yang dirakamkan dan dimuat naikkan

5.0 KESIMPULAN

Sebagai seorang bakal guru, saya ingin menerapkan budaya penyelidikan


untuk memahami persekitaran pembelajaran serta amalan dan tindakan diri demi
mempertingkatkan kualiti profesionalisme saya. Saya juga perlu sentiasa mengemas
kini pengetahuan dalam mengikut trend perubahan dunia ledakan maklumat dan turut
membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Saya percaya kaedah membuat keputusan ini boleh menyediakan ruang dan peluang
ke arah tersebut.

6.0 REFLEKSI

Selepas saya menghabiskan tugasan ini, saya turut menulis refleksi saya
terhadap pengalaman yang telah diterima sebelum, semasa dan selepas saya
menghasilkan tugasan ini. Akhirnya saya juga menghuraikan pengalaman yang
meningkatkan kefahaman saya tentang perkembangan kognitif saya. Dalam
keseluruhan penyediaan proses pengajaran dan pembelajaran ini sampai habis
pengajaran, saya telah mendapat pelbagai pengalaman yang berharga dan berguna.
Sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, saya mendapat

31
pengalaman bagaimana menggunakan 4 tahap penyelesaian masalah dalam
menyelesaikan satu masalah pengajaran dan pembelajaran. Dalam tahap-tahap
penyelesaian masalah ini, saya belajar bagaimana mengecam dan mendefinisikan satu
masalah, bagaimana mencari kemungkinan penyelesaian, bagaimana memilih
penyelesaian terbaik dan bagaimana melaksanakan penyelesaian dengan baik dan
cekap.

Selain itu, saya juga mendapat pengalaman bagaimana menggunakan teknik


membuat keputusan, iaitu Kitaran Membuat Keputusan Berpandukan Bukti untuk
membuat keputusan yang berkesan dan tepat. Dalam Kitaran Membuat Keputusan
Berpandukan Bukti ini, saya dapat meneroka apa-apa yang mecetus sesuatu masalah
itu berlaku dan mendapat persoalan masalah yang berlaku. Dalam Kitaran Membuat
Keputusan Berpandukan Bukti ini, saya juga belajar cara-cara dan teknik-teknik
mengumpul dan menganalisis data atau maklumat yang dikumpul untuk mencari
trend. Selepas itu, saya boleh menginterprestasi masalah tersebut kenapakah masalah
itu boleh berlaku.

Di samping itu, saya juga belajar cara memilih kaedah intervensi yang sesuai
untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, saya akan melaksanakan kaedah
intervensi itu dan membuat penilaian terhadap keberkesanan kaedah intervensi
tersebut. Akhirnya, saya juga membuat satu refleksi terhadap segala Kitaran Membuat
Keputusan Berpanduan Bukti ini. Ia boleh membantu saya mengesan punca
kelemahan pembelajaran murid-murid dan pengajaran sendiri tentang penguasaan
kefahaman serta kemahiran Sains terhadap subtopiknya.

Akhirnya pemikiran saya akan menjadi lebih saintifik dan dapat


menyelesaikan masalah atau tugasan yang lebih abstrak. Menurut Teori Bruner, saya
telah menjumpai pelbagai jenis masalah sama ada daripada murid-murid atau saya
sesendiri. Saya turut membayangkan masalah tersebut dan menyimpan dalam otak.
Saya akan membuat pelbagai analisis dan mengatasi masalah tersebut dengan langkah
demi langkah mengikut pengalaman dan pengetahuan saya.

32
7.0 RUJUKAN

Aeyn Solehah. (2013). Rancangan Pengajaran Harian. Diaseks pada 3 March 2020,
daripada https://www.slideshare.net/AeynSolehah/rancangan-pengajaran-
harian-20846369

Aszoura Binti Muhamed Salleh. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran


Berbantukan Komputer (Penggunaan Perisian Power Point Interaktif)
Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains Dalam Tajuk Sel Untuk
Sains Tingkatan Satu. Fakulti Sains dan Pendidikan Asas, Universiti Terbuka
Malaysia.

Bodha Guru. (2018). How Our Heart Works – Structure And Function (3D
Animation) - In English. Diaseks pada 3 March 2020, daripada
https://www.youtube.com/watch?v=46u2ON6d4mg

Cikgu Najian. (2012). Peranan Video Dalam Pembelajaran dan Pengajaran. Diaseks
pada 3 March 2020, daripada
http://cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/6.pdf

Cikgu Naza. (2012). Struktur Jantung Manusia. Diaseks pada 3 March 2020, daripada
http://www.sains123.cikgunaza.com/2012/04/struktur-jantung-manusia.html

Irene Tee Ai Ling. (2012). Keberkesanan Penggunaan Powerpoint Ke Atas Murid


Tahun Tiga Yang Berpencapaian Sederhana Lemah Dalam Sains Di Kuching.
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Sekolah Rendah,


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tingkatan 3. Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muhammad Nasrullah. (2016). Struktur & Fisiologi – Jantung. Diaseks pada 3 March
2020, daripada https://www.slideshare.net/nassruto/struktur-fisiologi-jantung

Ngin Wei Haw. (2012). Keberkesanan Penggunaan Powerpoint Terhadap Penguasaan


Konsep Sains Bagi Murid Tahun 5. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang.

33
Ngu Hang Ling. (2012). Penggunaan Video Untuk Meningkatkan Kefahaman Dan
Minat Murid Tahun Empat Dalam Tajuk Proses Kehidupan Haiwan. Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Rian Vebrianto & Kamisah Osman. (2012). Keberkesanan Penggunaan Pelbagai


Media Pengajaran Dalam Meningkatkan Kemahiran Proses Sains Dalam
Kalangan Pelajar. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wikipedia. (2020). Microsoft Power Point. Diaseks pada 3 March 2020, daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Microsoft_PowerPoint

Wong Ying Ying & Dr. Tan Ming Tang. (2018). Penggunaan Video Untuk
Meningkatkan Minat Dan Kefahaman Murid Tahun Lima Dalam Subtopik
“Pergerakan Bumi” Di Kuching. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang.

34