Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI OPERASI:

Subjek yang ditanya ialah………………………………


Ditunjukkan oleh RV
Dipengaruhi oleh MV

Contoh-contoh:
1. Membran separa telap ialah membrane tiub Visking yang membenarkan glukosa untuk
bergerak merentasnya. Ini ditunjukkan oleh perubahan warna larutan Benedict yang dipengaruhi
oleh saiz molekul yang berbeza.
2. OSMOSIS adalah proses pergerakan molekul air ke dalam jalur kentang , ditunjukkan oleh
perubahan panjang / jisim jalur / cakera kentang apabila direndam dalam lauran sukrosa
dipengaruhi oleh kepekatan larutan sukrosa yang berbeza.
3. OSMOSIS adalah pergerakan molekul air yang meresap ke dalam atau keluar dari membran
plasma bayam dan ditunjukkan/ditentukan oleh jisim bayam air selepas 30minutes. Peratusan
perubahan dalam jisim bayam air dipengaruhi oleh kepekatan larutan sukrosa.
5. ENZIM adalah pemangkin biologi yang mempercepatkan hidrolisis kanji kepada gula ringkas
(glukosa) yang tidak dapat dikesan oleh iodin , tindak balas enzim dipengaruhi oleh suhu.
6. ENZIM adalah bahan kimia yang mempercepatkan proses hidrolisis kanji kepada molekul ringkas
(glukosa) yang cukup kecil untuk meresap merentas tiub Visking. Ia ditunjukkan oleh masa yang
diambil untuk iodin tidak bertukar warna biru gelap, dipengaruhi oleh kepekatan enzim amylase
7. NILAI ENERGI adalah jumlah tenaga haba yang dibebaskan apabila satu gram kacang/sampel
makanan yang teroksidasi/terbakar sepenuhnya. Ia ditunjukkan oleh perubahan suhu air suling. Nilai
tenaga dipengaruhi oleh jenis sampel makanan.
8. FOTOSINTESIS adalah proses membuat makanan yang berlaku pada Hydrilla sp. dalam larutan
natrium hidrogen karbonat. Ini ditunjukkan oleh bilangan gelembung udara yang dihasilkan dalam
masa 5 minit. Kadar fotosintesis dipengaruhi oleh kematan cahaya / kuasa lampu / jarak tanaman dari
cahaya.
10. KADAR FOTOSYNTESIS adalah kadar pengambilan karbon dioksida ditunjukkan oleh bilangan
gelembung udara yang dihasilkan dalam masa 5 minit dipengaruhi kepekatan larutan natrium
hidrogen karbonat yang berbeza kepekatan berbeza.
11. RESPIRASI ANAEROB adalah proses di mana glukosa dipecahkan oleh yis tanpa oksigen
menghasilkan karbon dioksida dan tenaga haba.ia ditunjukkan oleh peningkatan suhu thermometer/
perubahan air kapur yang dipengaruhi oleh kehadiran glukosa
13. PERATUS LITUPAN untuk setiap kuadrat ialah bilangan 1cm 2 yang diduduki oleh Pleurococcus sp
yang dibahagikan dengan jumlah kuadrat dalam kuadrat X 100%. Ia dipengaruhi oleh keamatan
cahaya.
14. ANGGARAN POPULASI rama-rama bersayap cahaya adalah jumlah rama-rama dalam tangkapan
pertama dan tangkapan kedua dari kawasan yang sama. Bilangan rama-rama dipengaruhi oleh jarak
dari kawasan perindustrian.
15. SAIZ POPULASI SIPUT KEBUN adalah anggaran populasi siput kebun di kebun sayur sayur dan
sekolah. Ia ditunjukkan dengan Bilangan siput yang ditandakan dalam tangkapan kedua bergantung
pada kawasan tangkapan/ kelembapan tanah/
16. PERSAINGAN INTRASPECIFIK adalah pertumbuhan benih padi dalam dulang yang ditunjukkan
oleh berat kering benih padi, yang dipengaruhi oleh jarak antara benih padi.
16. PENCEMARAN AIR adalah keadaan sample air yang kotor yang ditunjukkan oleh masa yang
diambil untuk larutan metilena biru untuk luntur, dipengaruhi oleh jenis sampel air / kawasan / sumber
air.
17. TRANSPIRASI adalah proses kehilangan air dari daun tumbuhan bunga raya melalui yang
ditunjukkan oleh masa yang diambil untuk gelembung udara untuk bergerak pada jarak tertentu / dari
P ke Q / pada jarak 5cm.
18. KADAR TRANSPIRASI adalah jarak yang dilalui oleh gelembung udara dalam sebuah fotometer
dalam 5minit. Kadar transpirasi bergantung kepada pergerakan udara/suhu/kelembapan udara.
19. PERTUMBUHAN adalah peningkatan dalam panjang, jisim badan / berat badan akar anak benih /
haiwan selama 3 hari, dipengaruhi oleh kepekatan larutan kultur
20. OSMOREGULASI adalah proses yang pengawalaturan kandungan air yang ditunjukkan oleh
penghasilan (purata isipadu)air kencing oleh pelajar / kumpulan 1,2,3 dan 4 selepas satu jam. Jumlah
purata air kencing bergantung kepada jumlah pengambilan air/ isipadu air yang diminum/ Lebih besar
isipadu air yang diminum lebih besar isipadu air kecing yang dihasilkan.
21. KACUKAN MONOHIBRID adalah kacukan genetik yang hanya melibatkan satu ciri yang
ditunjukkan oleh kombinasi warna butang yang dikeluarkan dari uncang , dipengaruhi oleh bilangan
cabutan.
22. PEWARISAN HUKUM MENDEL PERTAMA adalah warna bunga dikawal oleh sepasang alel yang
diwakili oleh R untuk bunga merah dan r untuk bunga putih. Semasa pembentukan gamet,pasangan
butang merah dan putih akan terpisah. Hanya satu butang/ alel R atau r yang akan dibawa oleh
gamet.(SBP 2009)

23. VITAMIN C adalah jumlah asid askorbik yang terdapat dalam jus buah-buahan yang ditunjukkan
oleh isipadu jus yang melunturkan warna larutan DCPIP. Semakin rendah isipadu jus buah yang
digunakan untuk melunturkan DCPIP, semakin tinggi kandungan Vitamin C.

Anda mungkin juga menyukai