Anda di halaman 1dari 34

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Aplikasi Nilai-Nilai Murni Dalam Kalangan Usahawan Ke


Arah Pembangunan Usahawan Muslim Yang Holistik

Shuhairimi bin Abdullah


Pusat Kemahiran Komunikasi & Keusahawanan
Universiti Malaysia Perlis

Abstrak

P ada prinsipnya, nilai-nilai murni adalah nilai bersifat universal yang


memberi penekanan kepada adab yang terpuji dan kehalusan tatasusila
individu dalam kerangka perhubungannya dengan tuhan, manusia dan
alam. Perbincangan nilai-nilai murni cenderung membahaskan domain-
domain nilai yang bersifat substantif seperti agama, rohaniah, akhlak dan
estetika yang mencetuskan stimulasi yang positif seperti ketenangan emosi,
kedamaian pemikiran, jiwa yang bersih dan keluhuran akal budi manusia.
Atas kepentingan inilah, kerangka pembangunan usahawan muslim perlu
dilatari dengan nilai-nilai murni yang dicanai dengan ruh tauhid dan
keperluan elemen yang lain. Nilai-nilai kolektif yang disaduri dengan nilai-
nilai Islam akan menzahirkan ciri-ciri yang positif seperti keadilan,
kesaksamaan, kebaikan, persaudaran,kasih sayang dan memelihara
kepentingan umum sepertimana yang telah termaktub dalam al-Quran dan
al-Sunnah. Nilai-nilai yang diutarakan tersebut mempunyai falsafah
keinsanan yang besar dan secara implisitnya memberi isyarat bahawa
manusia mempunyai nilai stratafikasi sosial yang sama tanpa wujud
perbezaan sempadan dan geografi. Ia memberi pengajaran kepada
manusia khususnya golongan usahawan agar tidak bertindak melampaui
batas sehingga menimbulkan ketidakstabilan dan ketidakharmonian dalam
hubungan dengan Allah, manusia sesama manusia dan alam dalam usaha
menjana aktiviti perekonomian. Islam sentiasa mengutamakan sistem nilai
yang adil dan bersih dari kecacatan yang boleh memberi implikasi yang
negatif kepada sistem muamalah Islam amnya melalui petunjuk wahyu.
Meskipun ada pihak yang berpandangan nilai-nilai murni dianggap
sebagai elemen yang bukan bersifat ekonomik dan elemen pinggiran
namun dengan menafikan kepentingannya akan menjejaskan usaha untuk
memperkasakan sistem pembangunan usahawan muslim yang bersifat
holistik. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengupas kepentingan nilai-nilai
murni yang perlu dihayati dan diaplikasi oleh golongan usahawan muslim
dalam konteks usahawan berjaya menurut perspektif Islam.

1
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

1.0 Pendahuluan
Dalam lipatan sejarah peradaban manusia, persoalan muamalah yang
menjurus kepada aspek keusahawanan sentiasa mengalami proses
penambahbaikan bersesuaian dengan realiti dan kemajuan pencapaian
semasa manusia. Revolusi pemikiran teoritikal manusia dalam dunia
keusahawanan telah mencetuskan satu dimensi yang positif dalam
merangka satu sistem keusahawanan yang dinamik dan bersifat
”sustainable system” hasil daripada inovasi daya kreativiti manusia.
Golongan usahawan sentiasa meneroka dan memonopoli pelbagai bidang
dalam mencipta empayar perniagaan dan mengembangkan jaringan tersebut
dari peringkat lokal sehinggalah berkembang di pentas global. Justeru itu,
masyarakat Islam mempunyai pertimbangannya yang tersendiri dalam
menentukan nilai-nilai yang bersesuaian dengan ruh syariat dan dapat
menampung realiti dan keperluan semasa masyarakat. Ajaran Islam dan
budaya masyarakat telah menjadi asas1 kepada cerminan nilai masyarakat
Islam amnya. Hanya nilai-nilai yang tidak bertentangan dengan ajaran
Islam sahaja diiktiraf sebagai nilai-nilai murni dalam Islam.

Oleh kerana manusia merupakan faktor yang dominan dalam menyuburkan


gagasan peradaban manusia sudah pastilah ia sentiasa dipengaruhi oleh
pelbagai sistem dan institusi di sekelilingnya. Akibatnya manusia yang
cenderung untuk mempertahankan sistem yang ditaja oleh manusia secara
totalnya seringkali mengutamakan kepentingan individu semata-mata dan
sanggup mengorbankan kepentingan umum. Menyedari realiti yang
berlaku, Islam mempunyai mekanisme yang tersendiri dalam menguruskan
sistem kehidupan manusia yang bersifat komprehensif dan holistik bagi
mengelakkan kezaliman dan ketidakadilan berlaku dalam institusi
masyarakat. Tuntutan kepada memaksimumkan peningkatan nilai-nilai
murni dalam setiap tindakan manusia khususnya dalam pembangunan

1
Malik bin Nabi, Musykilah al-Thaqafah, h. 126-127.

2
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

modal insan akan mengubah worldview manusia ke arah penjanaan insan


terpuji dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan.2

Dalam ruanglingkup Islam, setiap bidang komponen keperluan manusia


adalah terikat dengan konsep pandangan hidup tauhid.3 Sejarah
ketamadunan manusia telah melakarkan konsep pandang semesta manusia
tidak pernah sunyi dari petunjuk keagamaan yang berorientasikan order
tauhid. Meskipun manusia telah mencapai kemajuan dan kemodenan yang
telah diciptakan namun ia hanya bersifat kuantitatif dan sentiasa mengalami
perubahan. Berbeza pula dengan aspek ketauhidan yang yang memiliki ciri-
ciri kualitatif dan universal sifatnya sentiasa memelihara keasliannya
walaupun berbeza suasana dan tempat. Reformasi kerohanian yang
berteraskan tauhid secara eksplisitnya memberi gambaran kepada manusia
tentang hakikat kebenaran yang perlu dijadikan falsafah asasi kehidupan
manusia. Asas pegangan inilah yang akan memberi kesedaran kepada
manusia tentang hakikat kejadiannya dan objektif utama ia diutuskan atas
muka bumi ini.

Oleh yang demikian, kerangka sistem nilai yang dicanai dengan ruh tauhid
akan mencerminkan satu kebenaran tentang keindahan ajaran Islam yang
diwarnai dengan nilai-nilai murni yang luhur. Nilai-nilai kolektif yang
disaduri dengan nilai-nilai Islam akan menzahirkan ciri-ciri yang positif
seperti keadilan, kesaksamaan, kebaikan dan memelihara kepentingan
umum sepertimana yang telah termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Nilai-nilai yang diutarakan tersebut mempunyai falsafah keinsanan yang
2
M.Umer Chapra. Towards a Just Monetary System, h. 9.
3
Khursid Ahmad menjelaskan konsep tauhid sebagai “Man, who commits himself to the
will of Allah, recognizes no authority exept His accepts no guidances other than His. This
commitment is total as well as positives and vigorous. It involves love worship, obedience
and submission combined with eagerness to do His will and sense of mission. Utk
keterangan lanjut sila lihat Khursid Ahmad, ed., Islamic Perspectives, h. 17.

3
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

besar dan memberi isyarat bahawa manusia mempunyai nilai stratafikasi


sosial yang sama tanpa wujud perbezaan sempadan dan geografi. Ia
memberi pengajaran kepada manusia agar tidak bertindak melampaui batas
sehingga menimbulkan ketidakstabilan dan ketidakharmonian dalam
hubungan manusia sesama manusia. Islam sentiasa mengutamakan sistem
nilai yang adil dan bersih dari kecacatan yang boleh memberi implikasi
yang negatif kepada sistem pembangunan usahawan yang holistik
sifatnya.

2.0 Konsep Nilai Murni Menurut Perspektif Islam.

Dalam konsepsi nilai, ia mengandungi unsur-unsur seperti faedah,


kepentingan, kualiti, setiap benda yang bernilai, perkara dan fenomena
yang wujud dan berlaku dalam alam kosmologi ini. Secara implisitnya,
nilai bersifat subjektif dan kualitatif yang tercetus melalui pemikiran dan
emosi manusia berasaskan pengalamannya dalam proses interaksinya
dengan alam dan sesama manusia. Natijah daripada pertimbangan
pemikiran dan emosi, manusia telah meletakkan sesuatu nilai berdasarkan
kepada pengalaman yang dilaluinya.

Pada asasnya, nilai murni adalah nilai bersifat universal yang memberi
penekanan kepada adab yang terpuji, peradaban dan tatasusila individu
dalam kerangka perhubungannya dengan tuhan, manusia dan alam.
Perbincangan nilai murni cenderung membahaskan domain-domain nilai
substantif seperti agama, rohaniah, moral dan estetika yang mencetuskan
stimulasi yang positif seperti ketenangan emosi, kedamaian pemikiran, jiwa
yang bersih dan keluhuran akal budi manusia. Nilai murni juga
merangkumi set-set nilai yang terdiri daripada nilai instrumental, nilai

4
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

mutakhir dan nilai integratif.4 Berdasarkan kepada penjelasan ini, dapatlah


difahami bahawa unsur-unsur alam dan benda yang lain di luar kategori
manusia dianggap tidak mempunyai nilai murni.5

Umumnya, nilai-nilai murni dari perspektif Islam berfungsi sebagai


indikator dan memandu manusia ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan
melalui pedoman wahyu.6 Nilai-nilai murni Islam lebih terfokus kepada
harmonisasi antara doktrin rabbani dan kemanusiaan untuk mencapai
kejayaan hakiki dalam dimensi duniawi dan ukhrawi. Nilai murni pada
pandangan Islam bersifat `alami dan diikat dengan doktrin agama. Individu
yang menghayati nilai-nilai tersebut akan mendapat ganjaran kebaikan.
Walau bagaimanapun, jika berlaku kontradiksi dengan nilai-nilai tersebut
maka pelakunya akan mendapat dosa. Justeru itu, oleh kerana nilai-nilai
murni adalah sebahagian daripada komponen keagamaan sudah tentulah
pokok perbincangannya difokuskan kepada aspek-aspek berikut:

a. Aspek interaksi manusia dengan Allah (konsep ibadah)


b. Aspek interaksi manusia sesama manusia (pengurusan muamalah)
c. Aspek interaksi manusia dengan alam (khalifatul ard)

Berdasarkan hubungan interaksi tersebut, nilai-nilai murni yang perlu


dijadikan nilai teras dalam kehidupan insan perlu mengambilkira semua

4
Nilai instrumental dimaksudkan sebagai nilai yang berkaitan dengan mod tingkah laku,
peranan dan fungsi. Sebagai contoh, sikap amanah, integriti, ikhlas, bersih, bijak , berani
tidak berputus asa dan sebagainya. Nilai mutakhir pula dikenali sebagai nilai hakiki yang
membincangkan tentang sifat, faedah dan kepentingan kewujudan manusia, objek dan
alam. Nilai integratif pula dimaksudkan sebagai nilai yang menjana personaliti manusia
secara holistik yang mempunyai hubungkait dengan dengan perpaduan dan kesejahteraan
manusia. Lihat Rokeach (1973) The Nature of Human Values, h: 30-40.
5
Sufean Hussin (1995), Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum, h: 36-37.
6
Definisi ruang lingkup nilai-nilai murni menurut Islam berbeza dengan takrifan barat.
Anggapan barat terhadap nilai ialah tindakan dan perlakuan serta pemikiran manusia akan
menentukan nilai dan prinsip hidup manusia berdasarkan pertimbangan akal. Lihat Ismail
Ibrahim (1989), Nilai Pekerjaan dalam Islam, h: 134-136.

5
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

aspek tersebut dalam satu kitaran konfigurasi yang bersifat harmonis dan
saling berhubung kait. Semua nilai-nilai teras yang perlu dihayati oleh
usahawan akan merujuk kepada nilai luhur yang tertinggi iaitu konsep
ketauhidan kepada Allah s.w.t. Justeru itu, jika didapati terdapat nilai yang
berkontradiksi dengan keluhuran akidah, syariah dan akhlak sudah pastilah
ia tidak diiktiraf dari kaca mata Islam. Jika berlaku ketempangan atau
kecacatan terhadap sistem perhubungan tersebut sudah tentulah ia
merencatkan asas kesempurnaan sistem nilai yang dituntut oleh Islam.

Tingkahlaku manusia, sama ada yang melibatkan individu atau kolektif


perlu diharmonisasikan dengan nilai-nilai murni yang bersumberkan prinsip
ajaran Islam. Ia berfungsi untuk menghalang manusia daripada bertindak
mengikut pedoman hawa nafsu. Teoritikal nilai-nilai murni yang diberikan
roh dengan petunjuk wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah adalah bersifat
mutlak dan tidak berubah sepanjang masa. Sebagai contoh, nilai-nilai yang
berkaitan dengan ketuhanan atau dikenali sebagai ”absolute values”
bersifat objektif dan qat’ie disebabkan ia telah ditentukan oleh wahyu.
Meskipun begitu, tidak dinafikan Islam juga meraikan nilai-nilai berubah
”changeble values” disebabkan perkembangan mentaliti intelektual dan
realiti serta perkembangan norma-norma masyarakat Islam. Kelonggaran
ini diberikan kepada nilai-nilai yang tidak menyentuh perkara dasar yang
telah ditentukan oleh wahyu.

Kupasan tentang nilai-nilai yang bersifat mutlak secara dialetiknya ia


bersumberkan dalil naqliah, berfungsi sebagai doktrin yang tidak boleh
dikompromi dengan perkara-perkara lain. Ini kerana, nilai-nilai tersebut
bersifat kudus serta sensitif kepada faktor-faktor yang boleh menodai
kesuciannya. Umpamanya, perubahan nilai-nilai instrinsik dalam diri
individu yang menggugat kepercayaan tauhid boleh mengundang kepada

6
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

elemen syirik. Meskipun begitu, tidak semua nilai-nilai dalam ajaran Islam
bersifat mutlak, malah ajaran Islam mempunyai toleransi dan bersikap
fleksibiliti terhadap nilai-nilai luaran yang tidak berkonfrantasi dengan
nilai-nilai fundamental. Selagimana nilai-nilai luaran tidak bertentangan
dengan prinsip Islam, maka nilai-nilai tersebut diiktiraf sebagai doktrin
yang relevan dengan konsep-konsep nilai-nilai murni yang diutarakan oleh
Islam.

Secara tuntasnya, ajaran Islam adalah agama untuk kesejahteraan manusia


sejagat. Pensyariatannya bukan hanya dikhususkan kepada variasi ras
budaya tertentu sahaja. Atas premis inilah, Islam memberi pengiktirafan
dan meraikan nilai-nilai berubah untuk kemaslahatan manusia sejagat.
Tanpa membezakan persempadanan geografi, kepelbagaian norma hidup
masyarakat, sesuatu nilai yang dimartabatkan oleh sesuatu bangsa perlu
diterima secara positif dan selektif. Meskipun begitu, komentar yang
dikemukakan oleh Mona M. Abu Fadl,7 penyaringan nilai-nilai tersebut
perlu dilakukan secara terperinci agar ianya tidak berkonfrantasi dengan
prinsip-prinsip tauhid. Apa yang jelas, kelahiran Islam di muka bumi ini
bukanlah mempunyai objektif untuk menghazafkan secara mutlak nilai-
nilai norma hidup yang dipraktikkan oleh setiap masyarakat. Sebaliknya
unsur-unsur kedinamikan kepada ajaran ini dilihat secara tidak langsung
memperakukan sebahagian besar nilai-nilai yang dihayati oleh masyarakat
dan juga memperkayakan lagi korpus perbendaharaan nilai-nilai murni
sebagai nilai yang bersifat sintesis (nilai-nilai baru) dalam institusi

7
Beliau mengupas isu ini dengan menyatakan “ Historically the Islamic paradigm of
knowledge has proven congenial to the different modes of knowing. The legacy of the
Birunis, Ibn Haythams, al-Ghazali, Ibn Rushd, razi ia a monument to this capacity to
integrate and accommodate to diverse modes or traditions within what is more of a
synthetic rather than syncritist whole. Untuk keterangan lanjut lihat Mona M. Abu Fadl
(1995) Toward Global Cultural Renewal: Modernity and the Episteme of Transcendence,
h: 13.

7
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

masyarakat. Kombinasi di antara teoritikal nilai8 dalam Islam dengan


keperluan manusia dilihat begitu mesra dalam memenuhi fitrah insaniah.

Realitinya, keseluruhan ajaran Islam mengandungi falsafah nilai-nilai


murni yang tinggi sebagaimana yang terkandung dalam tuntutan al-Quran
dan al-Sunnah. Gambaran ini dapat dilihat daripada isi kandungan wahyu
yang menyeru kepada manusia menggembelengkan sepenuh tenaga
menjana perkara-perkara kebaikan dan kebajikan.

Penekanan al-Quran kepada usaha-usaha terpuji dapat dilihat melalui


firman Allah s.w.t:

ÏNù'tƒ (#θçΡθä3s? $tΒ tør& 4 ÏN≡u öy‚ø9$# (#θà)Î7tFó™$$sù ( $pκ


Ïj9uθãΒ uθèδ îπyγô_Íρ 9e≅ä3Ï9uρ

∩⊇⊆∇∪ փωs% &óx« Èe≅ä. 4’n?tã ©!$# ¨βÎ) 4 $·èŠÏϑy_ ª!$# ãΝä3Î/

Maksudnya:

”Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap


kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. di mana
saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada
hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Surah al-Baqarah, 2:148

Berdasarkan kepada firman Allah s.w.t. tersebut, al-Quran telah banyak


menyumbang ke arah pembentukan personaliti insan yang terpuji melalui
mekanismanya yang berasaskan kepada dorongan rohaniah yang menyuntik
semangat motivasi kepada manusia mengerjakan perkara kebajikan dengan

8
S. Waqar Ahmad Husaini (1980) Islamic Environmental System Engineering, h: 5.

8
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

yang semaksimum mungkin. Berdasarkan mekanisme kebaikan yang


optimum inilah, ia meninggalkan impak yang positif dalam jiwa manusia
yang telah dibuka pintu hidayahnya menjadi insan yang tinggi hati budinya
dan kaya dengan amalan nilai-nilai murni yang terpuji. Sesungguhnya
Islam merupakan penawar kepada jiwa-jiwa manusia yang cenderung ke
arah jalan yang sesat. Para sarjana silam seperti Plato dan Aristotles
memperakukan keperluan nilai-nilai murni sebagai sebahagian daripada
asas-asas yang dominan untuk pembentukan jiwa manusia yang seimbang.
Sebagai contoh, apresiasi nilai keadilan dianggap sebagai nilai yang utama
yang mencakupi domain-domain nilai yang lain. Sikap menjaga
kepentingan diri menjadi faktor yang mendorong kepada seseorang
individu melakukan kejahatan dan kemungkaran. Golongan manusia yang
tidak bersifat apologetik dengan nilai utama tersebut menyebabkan
berlakunya dekandensi moral yang menyumbang kepada kemusnahan
peradaban manusia seperti yang menimpa kaum Madyan terdahulu.9

Sehubungan dengan itu, persoalan-persoalan asas yang menyentuh tentang


akidah, pembentukan personaliti individu yang terpuji, persoalan metafizik,
politik kenegaraan, hubungan antarabangsa dan perkara-perkara asas yang
lain memerlukan adaptasi nilai-nilai murni untuk dihayati oleh manusia.
Atas kepentingan inilah nilai-nilai murni menjadi teras (core values)
pelengkap kepada manusia untuk mengasaskan peradaban insaniah yang
luhur. Malah nilai-nilai murni yang luhur ini bertindak sebagai sinergi
untuk melahirkan manusia yang seimbang dari aspek intelektual dan
spritual menurut kerangka keagamaan.

9
Yusuf Ali (1968) The Holy Quran: Text, Translation and Commentary, h: 537.

9
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Secara de factonya, falsafah nilai-nilai murni merangkumi elemen-elemen


seperti pemikiran luhur tentang kehidupan insan, masyarakat yang
memerlukan akidah, berakhlak, berkebudayaan, kemuliaan, maruah,
ketamadunan dan pelbagai aspek keperluan manusia yang lain. Umumnya,
setiap tindakan dan pemikiran manusia yang diprojekkan kepada
penghayatan nilai-nilai murni akan menjamin kepada kejayaan bukan
sahaja di dunia tetapi mendapat kerahmatan di alam akhirat kelak. Perkara
ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran seperti dalam surah an-
Nahl: 97, al-Isra’: 7, Fushilat: 46, al-Jathiyah: 45 dan surah al`Asr: 3.
Dalam ayat-ayat yang dijelaskan dalam surah-surah tersebut, secara
emphasisnya ia memberi garis panduan kepada kerangka pembentukan
domain-domain nilai-nilai murni yang menjadi pedoman kepada manusia.
Prinsip-prinsip yang terdapat dalam tuntutan ayat-ayat al-Quran yang telah
dipaparkan menjadi asas sebagai isyarat petunjuk bagaimana perilaku
manusia dinilai berasaskan wazan kodifikasi tata kelakuan individu yang
beriman. Ciri-ciri manusia yang mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam
ruang lingkup hidupnya digambarkan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad
s.a.w.: Dari `Abd Allah bin `Umar dari Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:

”Orang muslim itu ialah orang yang sejahtera dalam kalangan


semua orang Islam dari bencana lidah dan tangannya. Dan
orang muhajir ialah orang yang berhijrah (meninggalkan)
segala larangan Allah.10
(Riwayat al-Bukhari)

10
Dalam hadis ini pentafsiran muhajir bermaksud orang yang pindah iaitu berasal dari kata
akar hajara, yahjuru hijratan (hijrah). Hijrah dalam pengertian maksud hadis ini
bermaksud pindah dari kejahatan kepada perkara-perkara kebaikan. Utk keterangan lanjut
sila lihat Abu `Abd Allah Muhammad Isma`il bin Ibrahim al-Bukhari (1981) Sahih al-
Bukhari, jil. 1, h: 16.

10
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Justeru itu, untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang standard


ukuran piawaian nilai-nilai murni yang ideal ialah dengan mencontohi
nilai-nilai murni yang terpancar dalam diri Nabi Muhammad s.a.w.
Menurut Ahmad `Abd al-`Aziz al-Hadad,11 antara hikmah perutusan
baginda s.a.w. di muka bumi ini ialah untuk membersihkan jiwa-jiwa
manusia daripada dinodai dengan akhlak-akhlak yang keji dan
menggantikannya dengan menanamkan nilai-nilai rohaniah yang murni
dalam setiap jiwa manusia. Proses penyucian jiwa manusia ini perlu
disaring dengan nilai-nilai yang luhur seperti yang telah dinyatakan dalam
al-Quran melalui firman Allah s.w.t.:

ÞΟßγßϑÏk=yèãƒuρ y7ÏG≈tƒ#u öΝÍκö


n=tæ (#θè=÷Gtƒ öΝåκ÷]ÏiΒ Zωθß™u‘ öΝÎγ‹Ïù ô]yèö/$#uρ ”$uΖ−/u‘

∩⊇⊄∪ ÞΟŠÅ3ysø9$# Ⓝ͕yèø9$# |MΡr& y7¨ΡÎ) 4 öΝÍκ


Ïj.t“ãƒuρ sπyϑõ3Ïtø:$#uρ |=≈tGÅ3ø9$#

Maksudnya:

”Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan
mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan
mengajarkan kepada mereka al Kitab (al Quran) dan al-Hikmah (al-
Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Kuasa lagi Maha Bijaksana”.

Surah al-Baqarah, 2:129

11
Ahmad `Abd Aziz bin Qaim al-Hadad (2006) Akhlak al-Nabi S.A.W fi al-Quran wa al-
Sunnah, (terj.) Mohd Masbur bin Ahmat, h: 36. Al-Quran juga menjelaskan perkara ini.
Lihat al-Qalam:4.

11
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Menurut Ibn Kathir,12 ayat ini menjelaskan bahawa ia bertujuan untuk


menyempurnakan doa Nabi Ibrahim kepada penduduk tanah haram Mekah,
maka ia berdoa ke hadrat Allah S.W.T. supaya diutuskan seorang Rasul
yang akan memimpin manusia dengan ajaran yang diredhai oleh Allah.
Sejak insan diciptakan, manusia tidak pernah sunyi dengan pedoman dan
bimbingan daripada wahyu. Namun begitu, apabila tamadun manusia
semakin berkembang dan bertambah kompleks, maka Allah telah
mengutuskan perutusanNya dengan syariat yang relevan dan bersesuaian
dengan keperluan realiti masyarakat semasa dan sentiasa memelihara naluri
semulajadi manusia13 agar tidak bersifat menyalahi konsep khalifatulard
yang mengutamakan nilai-nilai yang luhur.

Sehubungan dengan itu, Imam al-Ghazali14 pernah menegaskan bahawa


mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah adalah kemuncak kepada
segala kebajikan. Kecenderungan manusia kepada sifat yang demikian akan
menceminkan nilai-nilai murni yang terpuji dalam dirinya iaitu nilai taat
yang tinggi kepada Allah S.W.T. Manusia yang berada pada tahap tersebut,
sentiasa kasih kepada Allah melebihi daripada segala-galanya dengan
melazimkan dirinya mengabdi dan mengikat jiwa kepada Pencipta-Nya.
Perasaan cinta kepada Allah dizahirkan dengan cara tidak pernah berputus
asa mengharapkan keredhaan dan mensyukuri di atas segala nikmat yang
telah dianugerahkan. Jiwa manusia yang disinari dengan sinaran makrifat
yang suci ini, secara fitrahnya cenderung mengutamakan tingkah laku nilai-
nilai terpuji dalam seluruh aspek kehidupan sama ada batiniah atau
zahiriah.

12
Ibn Kathir (1986) Tafsir Ibn Kathir, jil. 1, hal: 238-239.
13
K.A. Rashid (1988) Pemikiran Islam Satu Penilaian Semula ,(terj.) Hamidah Abdul
Hamid, h:170.
14
Al-Ghazali (1988) Mukashafah al-Qulub al-Muqarrib ila Hadrah `Allam al-Ghuyub, h:
187-188.

12
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Pada asasnya, golongan manusia yang didominasi dengan nilai-nilai murni


yang luhur sentiasa menjauhkan diri daripada perbuatan yang dikategorikan
sebagai dosa sama ada bersifat lahiriah atau batiniah. Ini kerana, unsur-
unsur perlakuan tersebut boleh menjauhkan diri mereka dari mencapai
rahmat daripada Allah S.W.T. Oleh yang demikian, sikap menafikan
kepentingan penghayatan nilai-nilai murni dalam tingkah laku manusia
boleh mengundang kepada perbuatan menderhakai nikmat yang telah
dikurniakan oleh Allah. Sebagai contoh, menggunakan anggota tubuh
badan yang telah dianugerahkan oleh Allah untuk melakukan perkara-
perkara maksiat atau perkara lain yang ditegah oleh Allah. Pada hal, Allah
S.W.T. menciptakan anggota tubuh badan untuk beribadah kepada-Nya.
Sebaliknya ia disalahgunakan oleh manusia untuk kepentingan hawa
nafsunya semata-mata. Ia jelas berlaku pencerobohan terhadap amanah
yang telah dikurniakan oleh Allah dan secara tidak langsung merupakan
kemuncak kepada pengkhianatan. Bagi memenuhi tujuan tersebut Imam al-
Ghazali15 telah menggariskan panduan untuk mencapai tingkatan mukmin
yang bertaqwa. Beliau memberikan fokus kepada pemeliharaan anggota
zahiriah dan batiniah seperti memelihara mata, telinga, lisan, perut,
kemaluan, anggota dan kaki daripada melakukan perkara yang berunsurkan
mazmumah.

Oleh kerana nilai-nilai murni terikat dengan lokus kawalan rohaniah, sudah
tentulah ia melahirkan keinsafan dalam ufuk qalbu manusia. Atas
kesedaran inilah, jiwa-jiwa manusia yang dikoordinasikan dengan nilai-
nilai murni sentiasa memastikan setiap tindak tanduk mereka terarah
kepada perlakuan yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada diri
individu tersebut tetapi juga memberi faedah kepada kesejahteraan umum.

15
Al-Ghazali (1996) Bimbingan Mencapai Insan Mukmin (selenggara) Muhamad
Nuhaimi, h. 100-101.

13
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Keyakinan kepada unsur-unsur nilai-nilai murni inilah menjadi benteng


konkrit menghapuskan fenomena al-fasad seperti korupsi, penyelewengan,
kerosakan, penindasan, kezaliman dan nilai-nilai negatif yang lain. Justeru
itu, paradigma nilai-nilai murni yang didasari dengan prinsip Islam menjadi
asas kepada pembentukan citra hati budi individu muslim dan sekaligus
dapat menghindarkan diri daripada sindrom penyakit psikologi yang
menyumbang kepada kemuflisan moral. Lazimnya, Islam dalam memberi
gambaran umum berkaitan kesepaduan rohani dan fizikal, sentiasa
mengaitkan sesuatu yang berunsurkan keduniaan dengan memberi
penekanan terhadap aspek nilai-nilai murni yang didoktrinasikan dengan
nilai-nilai akhlak. Rasionalnya, ia bertujuan untuk mengawal manusia
daripada bertindak berdasarkan keperluan hawa nafsu sehingga boleh
merosakkan individu tersebut dan mendatangkan kemudharatan kepada
makhluk yang lain. Menurut Ibn Kathir,16 ayat ini menjelaskan bahawa ia
bertujuan untuk menyempurnakan doa Nabi Ibrahim kepada penduduk
tanah haram Mekah, maka ia berdoa ke hadrat Allah s.w.t. supaya
diutuskan seorang Rasul yang akan memimpin manusia dengan ajaran yang
diredhai oleh Allah. Sejak insan diciptakan, manusia tidak pernah sunyi
dengan pedoman dan bimbingan daripada wahyu. Namun begitu, apabila
tamadun manusia semakin berkembang dan bertambah kompleks, maka
Allah telah mengutuskan perutusanNya dengan syariat yang relevan dan
bersesuaian dengan keperluan realiti masyarakat semasa dan sentiasa
memelihara naluri semulajadi manusia17 agar tidak bersifat menyalahi
konsep khalifatulard yang mengutamakan nilai-nilai yang luhur.

16
Ibn Kathir (1986) Tafsir Ibn Kathir, jil. 1, hal: 238-239.
17
K.A. Rashid (1988) Pemikiran Islam Satu Penilaian Semula ,(terj.) Hamidah Abdul
Hamid, h:170.

14
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Sehubungan dengan itu, Imam al-Ghazali18 pernah menegaskan bahawa


mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah adalah kemuncak kepada
segala kebajikan. Kecenderungan manusia kepada sifat yang demikian akan
mencerminkan nilai-nilai murni yang terpuji dalam dirinya iaitu nilai taat
yang tinggi kepada Allah s.w.t. Manusia yang berada pada tahap tersebut,
sentiasa kasih kepada Allah melebihi daripada segala-galanya dengan
melazimkan dirinya mengabdi dan mengikat jiwa kepada PenciptaNya.
Perasaan cinta kepada Allah dizahirkan dengan cara tidak pernah berputus
asa mengharapkan keredhaan dan mensyukuri di atas segala nikmat yang
telah dianugerahkan. Jiwa manusia yang disinari dengan sinaran makrifat
yang suci ini, secara fitrahnya cenderung mengutamakan tingkah laku nilai-
nilai terpuji dalam seluruh aspek kehidupan sama ada batiniah atau
zahiriah.

Pada asasnya, golongan manusia yang didominasi dengan nilai-nilai murni


yang luhur sentiasa menjauhkan diri daripada perbuatan yang dikategorikan
sebagai dosa sama ada bersifat lahiriah atau batiniah. Ini kerana, unsur-
unsur perlakuan tersebut boleh menjauhkan diri mereka dari mencapai
rahmat daripada Allah s.w.t. Oleh yang demikian, sikap menafikan
kepentingan penghayatan nilai-nilai murni dalam tingkah laku manusia
boleh mengundang kepada perbuatan menderhakai nikmat yang telah
dikurniakan oleh Allah. Sebagai contoh, menggunakan anggota tubuh
badan yang telah dianugerahkan oleh Allah untuk melakukan perkara-
perkara maksiat atau perkara lain yang ditegah oleh Allah. Pada hal, Allah
s.w.t. menciptakan anggota tubuh badan untuk beribadah kepadaNya.
Sebaliknya ia disalahgunakan oleh manusia untuk kepentingan hawa
nafsunya semata-mata. Ia jelas berlaku pencerobohan terhadap amanah

18
Al-Ghazali (1988) Mukashafah al-Qulub al-Muqarrib ila Hadrah `Allam al-Ghuyub, h:
187-188.

15
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

yang telah dikurniakan oleh Allah dan secara tidak langsung merupakan
kemuncak kepada pengkhianatan. Bagi memenuhi tujuan tersebut Imam al-
Ghazali19 telah menggariskan panduan untuk mencapai tingkatan mukmin
yang bertaqwa. Beliau memberikan fokus kepada pemeliharaan anggota
zahiriah dan batiniah seperti memelihara mata, telinga, lisan, perut,
kemaluan, anggota dan kaki daripada melakukan perkara yang berunsurkan
mazmumah.

Oleh kerana nilai-nilai murni terikat dengan lokus kawalan rohaniah, sudah
tentulah ia melahirkan keinsafan dalam ufuk qalbu manusia. Atas
kesedaran inilah, jiwa-jiwa manusia yang dikoordinasikan dengan nilai-
nilai murni sentiasa memastikan setiap tindak tanduk mereka terarah
kepada perlakuan yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada diri
individu tersebut tetapi juga memberi faedah kepada kesejahteraan umum.
Keyakinan kepada unsur-unsur nilai-nilai murni inilah menjadi benteng
konkrit menghapuskan fenomena al-fasad seperti korupsi, penyelewengan,
kerosakan, penindasan, kezaliman dan nilai-nilai negatif yang lain. Justeru
itu, paradigma nilai-nilai murni yang didasari dengan prinsip Islam menjadi
asas kepada pembentukan citra hati budi individu muslim dan sekaligus
dapat menghindarkan diri daripada sindrom penyakit psikologi yang
menyumbang kepada kemuflisan moral. Lazimnya, Islam dalam memberi
gambaran umum berkaitan kesepaduan rohani dan fizikal, sentiasa
mengaitkan sesuatu yang berunsurkan keduniaan dengan memberi
penekanan terhadap aspek nilai-nilai murni yang didoktrinasikan dengan
nilai-nilai akhlak. Rasionalnya, ia bertujuan untuk mengawal manusia
daripada bertindak berdasarkan keperluan hawa nafsu sehingga boleh

19
Al-Ghazali (1996) Bimbingan Mencapai Insan Mukmin (selenggara) Muhamad
Nuhaimi, h. 100-101.

16
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

merosakkan individu tersebut dan mendatangkan kemudharatan kepada


makhluk yang lain.

3.0 Aplikasi Nilai-Nilai Murni Dalam Kalangan Usahawan Berjaya

Dalam konteks faham Islam, keusahawanan merupakan sebahagian


daripada aktiviti yang berkaitan dengan bidang perekonomian. Atas asas
tersebut, bidang keusahawanan dilihat sebagai orientasi pengembangan
ekonomi yang mempunyai objektif untuk mensejahterakan umat manusia.
Melalui penjanaan kepada aktiviti tersebut, individu yang dikenali sebagai
usahawan memberi sumbangan dalam bentuk penerokaan, nukilan idea dan
mencari peluang atau mencipta sesuatu untuk memberi manfaat kepada
manusia amnya. Natijahnya, penglibatan golongan sedemikian dalam
institusi masyarakat telah memberi impak yang positif terhadap penjanaan
ekonomi masyarakat dan secara tidak langsung merangsang pertumbuhan
ekonomi negara secara lebih mapan serta dapat mengislahkan masyarakat
ke arah kehidupan yang lebih kondusif menurut petunjuk agama. Dalam
masa yang sama, peningkatan daya saing20 dalam kalangan usahawan
berjaya mencipta satu suasana yang positif untuk memacu tahap
perkembangan ekonomi yang lebih pesat. Realiti semasa sekarang yang
memperlihatkan order ekonomi dunia kini sedang mengharungi arus
gelombang globalisasi yang hebat dan mewujudkan persaingan yang sengit
di antara satu sama lain. Justeru itu, bagi mengekalkan daya saing tersebut
golongan usahawan perlu mencipta, meneroka potensi alternatif,
mengilhamkan idea dan merebut peluang yang sedia ada untuk
menyelesaikan masalah dan cabaran semasa yang dihadapi.21

20
Rahmah Ismail et. al. (2006) Daya Saing Usahawan dan Syarikat Melayu Dalam Sektor
Pembuatan dan Perkhidmatan, h: 1.
21
Mustafa Dakian (2005) Sistem Kewangan Islam, h: 13-14.

17
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Meskipun Islam memberi kebebasan kepada golongan usahawan untuk


memanipulasikan sumber alam bagi tujuan untuk merancakkan aktiviti
perekonomian, namun individu tersebut perlu terikat dengan ketentuan dan
peraturan yang termaktub dalam mu`amalah Islam. Peraturan yang bersifat
Ilahi inilah yang menjadi dasar panduan dan etika kepada setiap individu
usahawan dalam beinteraksi sesama manusia dan makhluk lain. Ini kerana,
usahawan dikonotasikan sebagai pemegang amanah atau dikenali sebagai
pengurus. Golongan ini mempunyai obligasi hak keagamaan yang perlu
ditunaikan sama ada yang melibatkan hubungan dengan PenciptaNya,
sesama insan dan makhluk lain. Kealpaan dan kelalaian individu
melakukan pelanggaran kewajiban yang telah ditentukan oleh syari`at maka
pelakunya akan dikenakan azab yang pedih di hari pembalasan kelak.

Kerangka keusahawanan menurut worldview Islam bukan hanya


berorientasi keuntungan material di dunia semata-mata namun ia merentasi
alam fizikal yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera manusia biasa
iaitu alam akhirat. Atas kefahaman inilah konsep keuntungan (gain) dan
kerugian (loss) perlu dilihat dari medium syariat dan bukan hanya
berdasarkan pertimbangan rasional akal manusia semata-mata. Justeru itu,
tanpa bimbingan daripada wahyu mengakibatkan manusia menjadi ta`sub
dan terpesona kepada kehidupan dunia yang penuh dengan fitnah dan
kepalsuan. Dampaknya, untuk mencapai cita-cita persaingan pengumpulan
harta, manusia sanggup membelakang keperluan tanggungjawab agama,
berlaku penindasan, kezaliman, amalan riba, gharar dan unsur-unsur
negatif lain. Kemuncak kepada fenomena yang tidak sihat tersebut
berlakulah satu penciptaan order masyarakat yang penuh dengan
kebobrokan dan tidak bermoral22 yang jelas bertentangan dengan falsafah
Islam.

22
Fazlur Rahman (1974) Islam and Problem of Economic Justice, h: 15.

18
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan masalah kemuflisan moral dan


ketidakadilan ekonomi berlaku dalam aktiviti keusahawanan sudah tentulah
kegiatan menjana harta bukanlah dianggap sebagai satu kebenaran yang
mutlak dan menjadi kemuncak kepada matlamat hidup. Sebaliknya, Islam
secara keras mengkritik kelompok manusia yang bersifat sedemikian
dengan melakukan menyalahgunakan kuasa dan salah urus harta ke jalan
kebinasaan. Situasi tidak sihat ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam al-
Quran:

∩∠∪ tβθè=Ï"≈xî ö/ãφ ÍοtÅzFψ$# Çtã öΝèδuρ $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θuŠptø:$# zÏiΒ #\Îγ≈sß tβθßϑn=ôètƒ

Maksudnya:

”Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang
mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai”.

Surah al-Rum: 7

Berdasarkan kepada mafhum ayat tersebut, perkataan akhirat yang


diungkapkan dalam ayat tersebut mengandungi maksud rahsia yang
tertinggi iaitu sebagai kehidupan yang abadi bagi seluruh manusia.
Sementara dunia pula adalah sebagai tempat persinggahan bagi manusia
untuk membuat persediaan menuju ke alam akhirat.

Dalam memenuhi konseptual keusahawanan Islam yang besifat holistik,


sistem falsafahnya perlu didasari dengan asas-asas al-din yang berfungsi
sebagai fondisi konkrit untuk direalisasikan dalam kegiatan amali manusia.

19
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Asas-asas agama ini penting kerana ia bersifat konsisten dan mempunyai


potensi yang bersifat rabbani sebagai panduan tata cara kepada manusia
menghadirkan diri dalam aktiviti keusahawanan. Peraturan ini dilihat
sebagai keperluan kepada umat manusia disebabkan ia untuk menjamin hak
dan kepentingan setiap insan dalam sebarang bentuk transaksi mu`amalah
yang melibatkan interaksi sesama Pencipta, manusia dan alam. Manusia
yang melanggar hak-hak tersebut adalah jelas melakukan pelanggaran
kewajipan terhadap agama. Tindakan dan perbuatannya tersebut bukan
sahaja mendatang kemudharatan kepada dirinya sahaja tetapi juga terhadap
makhluk yang lain dan yang lebih malang lagi ia akan mendapat balasan
yang setimpal di dunia dan di akhirat kelak. Atas kesedaran inilah setiap
kegiatan aktiviti transaksi manusia, gelagat, fungsi, sistem, garis panduan
dan etika adalah terikat dan tunduk kepada tatacara syariat dan norma
akhlak. Setiap tindak tanduk usahawan perlu diselaraskan dengan
memenuhi objektif dan hukum-hukum syariat yang bersifat tetap dan tidak
berubah. Atas ketentuan inilah, dalam kerangka konseptual keusahawanan
Islam, sebarang usaha yang akan atau telah dilaksanakan tidak boleh wujud
unsur-unsur kemudharatan kepada pihak lain. Prinsip ini dikenali sebagai
”no injury principle”. Pematuhan kepada prinsip ini adalah bertujuan untuk
menghalang sebarang tindakan atau gerak kerja yang dilakukan dicerakin
dan dirumuskan mengikut keperluan hawa nafsu manusia.

Justeru itu, bagi mengelakkan manusia dipengaruhi secara total dengan


keghairahan mencari harta memanipulasikan alam ini sebagai matlamat
tunggal, maka Islam telah menentukan tauhid sebagai elemen asas tertinggi
yang menjadi prinsip kehidupan manusia. Manifestasi tauhid yang bertapak
kukuh dalam diri manusia memancarkan nur keimanan yang hakiki
memandu manusia meng`abdikan diri secara mutlak kepada Allah Yang
Maha Esa. Golongan manusia yang memiliki kualiti iman yang sedemikian

20
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

akan berusaha dengan tekun memakmurkan sumber alam ini dan


menjananya untuk dikongsi oleh seluruh manusia. Penjiwaan tauhid inilah
menjadi perangsang rohaniah kepada individu yang bergelar usahawan
mematuhi lunas syarak, menitikberatkan prinsip keadilan, bersikap ihsan,
berkeperibadian luhur, bekerja bersungguh-sungguh23 dan sebagainya.
Tambahan lagi tuntutan mempraktikkan nilai-nilai rajin dan bersungguh-
sungguh dalam setiap amalan yang dikerjakan dapat disingkap dalam
sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

”Dari `Aishah R.A. katanya Rasulullah S.A.W. pernah ditanya:


Amal yang bagaimanakah yang paling disukai oleh Allah?
Jawab baginda: Amal yang diusahakan secara tetap meskipun
sedikit.” 24

Dalam Islam, individu yang bergelar usahawan terikat sebagai pemegang


amanah yang sinonim dengan fungsinya sebagai khalifatulard. Atas prinsip
inilah individu tersebut ditaklifkan dengan kodifikasi hukum yang telah
disyaria`tkan oleh Islam. Berdasarkan kepada penilaian inilah setiap apa
yang diusahakan adalah tertakluk kepada konsep ibadah dan natijah
daripada kesan perlakuan tersebut akan dinilai sama ada mendapat ganjaran
atau balasan. Oleh yang demikian, individu usahawan yang diikat dengan
norma-norma agama yang luhur tidak akan melakukan sebarang bentuk
perbuatan yang dicela atau ditegah dalam aktiviti ber`mu`amalah. Atas
keinsafan inilah setiap tindakan dilakukan dengan penuh berhati-hati atas
dasar keimanan yang hakiki kepada Allah s.w.t. Apa yang menjadi
keutamaan bagi setiap usahawan adalah memperolehi pendapat yang halal
lagi berkat. Hasil pendapatan yang sedemikianlah yang dituntut oleh syarak
meskipun sedikit tetapi ia mempunyai nilaian yang tinggi dari kaca mata
Islam. Bagi memenuhi objektif yang murni tersebut, Islam telah

23
Yusuf Qaradhawi (1995) Dawr al-Qiyam wa al-Akhlak fi al-Iqtisad al-Islami, h: 151.
24
Al-Nawawi (1994) Shahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, hadis no. 1827.

21
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

menujukkan jalan kepada manusia untuk membersihkan pendapat dan


perolehan yang diperolehi melalui aktiviti zakat dan menginfaqkan
sebahagian daripada harta kepada golongan yang memerlukannya. Oleh
yang demikian, jelaslah bahawa Islam telah memperundangkan peraturan
yang komprehensif dalam mengatur urusan tindakan manusia dalam
kegiatan mu`amalah yang merangkumi hak dan kewajipan sesama mereka,
institusi masyarakat dan negara amnya.

Dalam konteks keusahawanan, Islam telah mengkodifikasikan prinsip-


prinsip asas yang terkandung dalam sistem muamalah Islam untuk
diaplikasikan oleh manusia. Oleh kerana, sistem keusahawanan merupakan
sebahagian daripada komponen keagamaan, sudah pastilah golongan
usahawan berkapasiti untuk mematuhinya secara mutlak. Kegagalan dan
pengabaian dalam kalangan usahawan untuk mematuhi segala peraturan
yang telah ditetapkan mengakibatkan berlaku ketempangan dan wujudnya
lompang-lompang dalam sistem keusahawanan dan natijahnya ia akan
membawa kesan negatif kepada sosioekonomi masyarakat dan negara
amnya. Ini kerana, dalam ajaran Islam setiap tingkah laku manusia
tertakluk kepada tanggungjawab beragama dan kesedaran akhlak yang
tinggi. Setiap manusia perlu memelihara keharmonian sesama makhluk dan
tidak dibenarkan melakukan sebarang bentuk pencerobohan yang boleh
menjejaskan objektif syarak. Justeru itu, gagasan konseptual keusahawanan
yang digagaskan oleh Islam dapat merangsang tranformasi aktiviti
keusahawanan ke arah melahirkan usahawan muslim berjaya seperti yang
digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana neraca keusahawanan
yang berteraskan panduan wahyu dapat membantu manusia mencapai
kejayaan yang seimbang di dunia dan di akhirat. Sebaliknya perencanaan
manusia yang bertemakan kebendaan atau tidak bermoral akan melahirkan

22
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

persekitaran masyarakat yang dihimpit dengan fenomena fasad akan


memberi impak yang negatif terhadap kesejahteraan umat manusia.

Secara konseptualnya, usahawan berjaya dalam kaca mata mua`malah


Islam iaitu individu yang cemerlang dalam aktiviti keusahawanan dan
komited terhadap perintah agama atas kapasitinya sebagai seorang muslim,
mukmin dan muhsin. Dalam Islam, ketentuan untuk mencapai kejayaan ini
dikenali sebagai konsep al-Falah. Dengan kata lain, konsep ini dapat
difahami sebagai pencapaian cemerlang yang mencakupi keseluruhan aspek
kehidupan manusia dari aspek kerohanian, kebendaan, moral dan
sebagainya untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Kehidupan yang
baik dan sejahtera serta sentiasa mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah


kepadamu (kebahagian) negeri akhirat dan janganlah kamu
melupakan habuanmu dari (kenikmatan) di dunia.”
Surah Al-Qasas: 77

Melalui konsep ini, golongan usahawan akan lebih cenderung untuk


berusaha secara konsisten melaksanakan tugasnya sebagai khalifah al-Ard
untuk melakukan kebaikan kepada manusia demi mencari keredhaan yang
hakiki. Semangat al-Falah yang dihayati oleh usahawan muslim akan
mendorong mereka mengoptimumkan segala sumber-sumber yang
dianugerahkan oleh Allah s.w.t. untuk kemaslahatan umat manusia sejagat.

Usahawan muslim perlu memastikan mereka menjauhkan diri daripada


terlibat dengan sebarang bentuk penyelewengan dan unsur-unsur yang
boleh mencemarkan keharmonian sistem keusahawanan Islam. Harta yang

23
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

diperolehi melalui aktiviti perekonomian bukan bersifat pemilikan yang


mutlak, sebaliknya manusia hanyalah sebagai pemegang amanah yang
menguruskan sumber tersebut. Usahawan berjaya juga perlu
mengambilkira faktor pembangunan insan dalam lapangan kerja yang
diusahakannya. Contohnya, melazimkan sembahyang berjamaah dalam
kalangan pekerjanya, membudayakan penghayatan ilmu dalam kalangan
stafnya, bersifat terbuka dan bertoleransi terhadap kritikan yang membina,
menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat luar dan
menekankan nilai-nilai murni dalam organisasinya. Usahawan yang
mempraktikkan nilai-nilai tersebut akan mendapat ganjaran yang besar
kelak.

Oleh kerana sistem keusahawanan perlu diikat dengan prinsip-prinsip


teologis maka sudah tentulah setiap aktiviti keusahawanan perlu didominasi
dengan nilai-nilai murni.25 Ini kerana, nilai-nilai murni yang
berorientasikan prinsip syariat dan akhlak akan mencerminkan tahap
ketaqwaan seseorang muslim. Atas kepentingan inilah Islam menyeru
pengikutnya mengaplikasikan nilai-nilai mahmudah dalam setiap tindak
tanduk yang dilakukan. Umpamanya, berakhlak mulia, beretika,
mengukuhkan perasaan persaudaraan, tolong-menolong, bersimpati
terhadap golongan yang lemah dan sebagainya. Meskipun nilai-nilai murni
ini dilihat sebagai salah satu aspek yang menyokong kepada aktiviti

25
Istilah nilai-nilai murni menurut persepktif Islam bukan hanya ditentukan oleh manusia
semata-mata tetapi ia telah ditentukan oleh Allah melalui wahyu. Wahyu menjadi sumber
rujukan yang hakiki tentang kebergunaan semua perkara. Sesuatu perkara atau perbuatan
yang telah diiktiraf baik dan mulia secara asasnya bersifat dogmatif dan bersesuaian
dengan fitrah manusia. Nilai bersifat hakiki dan Allah merupakan sumber teragung kepada
semua nilai. Oleh itu, nilai mutlak menjadi asas kepada semua nilai dalam kehidupan
manusia ialah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Yang Esa. Berasaskan nilai inilah
terpancar nilai-nilai terpuji lain yang menjadi pedoman kepada semua tingkah laku
manusia serta menjadi asas kepada pembentukan citra hati budi insan yang beriman dan
terpuji. Lihat Nik Azis Nik Pa (1994), Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 1-15), Rizavi, Sayyid Sajjad (1986).
Islamic Philosophy of Education, Lahore: Institute of Islamic Culture, h. 15-25)

24
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

keusahawanan namun jika dianalisis secara terperinci ia memberi implikasi


yang besar dalam pembentukan usahawan yang cemerlang.

Al-Quran secara jelas mengkritik golongan manusia yang bertindak


melakukan penyelewengan dan mengabaikan nilai-nilai murni dalam setiap
aktiviti usahawan. Golongan ini melakukan penipuan dan penindasan
dalam pelbagai bidang yang diusahakan disebabkan keuntungan merupakan
objektif yang penting dalam hidup mereka. Sikap sedemikian dicela oleh
al-Quran sebagaimana dapat dilihat dalam firman Allah s.w.t. :

∩⊄∪ …çνyŠ£‰tãuρ Zω$tΒ yìuΗsd “Ï%©!$# ∩⊇∪ >οt“yϑ—9 ;οt“yϑèδ Èe≅à6Ïj9 ≅÷ƒuρ

∩⊂∪ …çνt$s#÷{r& ÿ…ã&s!$tΒ ¨βr& Ü=|¡øts†

Maksudnya:

“Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela yang mengumpul


harta benda dan menghitung-hitungkannya, tidakkah ia mengira bahawa
hartanya itu akan mengekalkannya di dunia ini?”

Surah al-Humazah, 104:1-3

Dalam surah yang lain, Allah S.W.T berfirman:

∩⊄∪ tÎ/$s)yϑø9$# ãΛänö‘ã— 4®Lym ∩⊇∪ ãèO%s3−G9$# ãΝä39yγø9r&

25
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Maksudnya:

“Perlumbaan memperbanyakkan harta dan anak-anak telah melalaikan


kamu (iaitu mengabaikan nilai-nilai yang lebih mulia) sehingga kamu
masuk kubur”

Surah at-Takaathur, 102: 1-2

Justeru itu, Islam telahpun menyediakan satu garis panduan berkaitan


bentuk-bentuk aktiviti keusahawanan yang dihalalkan dan melarang aktiviti
yang mempunyai unsur-unsur yang diharamkan. Oleh yang demikian,
seseorang usahawan yang mengabaikan nilai-nilai murni dalam aktiviti
yang diceburi akan mendorong kepada perkara yang boleh merosakkan
kepentingan masyarakat dan merampas hak orang lain. Di samping itu juga,
nilai-nilai negatif yang diamalkan oleh sebahagian daripada usahawan
secara tidak langsung boleh merosakkan akhlak dalam sesebuah
masyarakat. Menginsafi hakikat ini menyebabkan Islam mengharamkan
perbuatan yang bercanggah dengan norma-norma masyarakat dan agama
seperti amalan rasuah, khianat, tidak amanah, riba, tipu helah, judi, sorok
barang dan pelbagai lagi. Islam juga melarang penganutnya daripada
melakukan pembaziran. Sebagai contoh, terlibat dalam sistem riba dalam
urusan transaksi perniagaan yang diceburi.

Sistem ekonomi abad 21 yang berorientasikan sistem ekonomi kapitalis


menyaksikan organisasi-organisasi korporat berperanan dominan dalam
bidang ekonomi. Pemusatan kuasa ekonomi global barat pada 'multi
national corporation' (MNCs) mengancam penjajahan semula sesebuah
negara yang turut memberi kesan kepada nilai hidup dan budaya setempat.
Jika budaya negatif ini tidak disaring dengan nilai-nilai rohaniah ia boleh
memberi impak yang tidak baik dan boleh mempengaruhi amalan

26
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

keusahawanan. Akibatnya, usahawan yang meminggirkan nilai-nilai murni


cenderung dipengaruhi oleh pertimbangan akal yang dikuasai oleh hawa
nafsu dalam memutuskan sesuatu perkara. Apa yang dibimbangkan ialah
apabila usahawan melihat keuntungan material yang menjadi keutamaan
dalam setiap transaksinya sudah pastila ia sanggup melakukan sesuatu
keputusan meskipun berlaku kontradiksi dengan tuntutan syarak.
Keutamaan kebajikan masyarakat umum bukanlah menjadi asas
pertimbangannya tetapi cenderung kepada memenuhi keperluan individui
yang optimum.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Usahawan Nasional


Berhad (PUNB) mendapati 65 peratus nisbah kegagalan usahawan
Bumiputera berpunca daripada masalah disiplin dan integriti yang lemah
manakala 35 peratus kerana masalah perniagaan yang diceburi. Menurut
Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Datuk Mohd Nasir Ahmad, kajian yang
dilaksanakan ke atas projek usahawan bumiputera dalam bidang peruncitan
(PROSPER) mendapati sebahagian besar usahawan Bumiputera gagal
membentuk disiplin dan integriti yang baik menyebabkan perniagaan yang
dijalankan gulung tikar.26

Dalam kajian yang dilakuakn ke atas usahawan Industri Kecil dan


Sederhana (IKS) Bumiputera, golongan ini lazimnya `mudah lupa' apabila
berada di puncak kejayaan. Mereka beranggapan perkara remeh-temeh
tidak boleh menggugat prestasi syarikat perniagaan. Kajian yang telah
dilakukan oleh Biro Pembangunan IKS, Dewan Usahawan Muda

26
Berita Harian, Ekonomi, 24 Julai 2006.

27
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Bumiputera Malaysia (BEPI-DUMBM) mendapati antara perkara asas yang


sering diabai oleh pengusaha IKS Bumiputera27 ialah:-

• Tidak amanah, jujur, telus dan bertanggungjawab dengan


perniagaan sendiri.
• Tidak menjaga kebajikan pekerja dengan sebaik mungkin.
• Gagal membayar gaji, elaun, KWSP pekerja mengikut jadual.
• Bertukar gaya hidup dari mengamal sistem kehidupan Islam kepada
kehidupan barat.
• Terlalu sibuk dengan perkara-perkara yang tidak berhubung kait
dengan urusan perniagaan mereka seharian.
• Mengabaikan soal kualiti produk keluaran mereka dengan sengaja.
• Tidak mempunyai pasukan R&D yang bertauliah serta mengambil
sikap sambil lewa dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran
syarikat.
• Mempunyai sikap ego dan berfikiran sempit dalam menghadapi
situasi menjelang AFTA 2003.
• Mempunyai budaya `tunggu dan lihat' barulah mereka mula berfikir
untuk mencari peluang yang pada ketika itu sudah terlambat.

Berdasarkan kepada masalah-masalah yang telah dikenalpasti tersebut


dapat difahami bahawa antara punca yang menyumbang kepada kegagalan
usahawan Bumiputera berkait rapat dengan pengabaian nilai etos dan sikap
buruk yang diamalkan oleh golongan usahawan. Secara tidak langsung
hasil kajian tersebut membuktikan kelompangan menghayati nilai-nilai
murni yang berteraskan keagamaan dalam kalangan usahawan akan

27
Direktori Usahawan Malaysia edisi internet. http://portal.dumei.com/ar_mot5.php.
Capaian pada 2.1.2008.

28
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

28
memberi kesan yang negatif terhadap prestasi kejayaan usahawan. Apa
yang jelas, penghayatan kepada nilai-nilai dalam kalangan usahawan
merupakan pemangkin yang mendorong usahawan bertindak mengikut tata
cara usahawan seperti yang digariskan oleh Islam.

Sebuhungan dengan itu, usahawan yang berjaya sentiasa mempunyai sikap


yang positif untuk bertindak terhadap stimulus yang mendorong dan
merangsang aspirasi kejayaan mereka. Meskipun begitu, kriteria yang
menjadi indikator kepada kejayaan usahawan tersebut dilihat masih lagi
tidak bersifat holistik. Usahawan berjaya banyak dilihat daripada kerangka
model yang ditaja oleh barat. Kecenderungan pendekatan usahawan berjaya
menurut persepektif barat dinilai berasaskan penguasaaan monopoli
pasaran perniagaan yang dijalankan. Implikasinya dalam keghairahan
mengejar keuntungan material, prinsip agama dan tradisi terpaksa
dikorbankan. Pemahaman sarjana ekonomi barat tentang konsep usahawan
berjaya hanya ditekankan kepada kejayaan yang berunsurkan materialistik
semata-mata dan disokong dengan teori akliah semata-mata.29 Oleh yang

28
Kajian yang telah dibuat oleh Nagata ke atas enam puluh peniaga kecil muslim
mendapati meskipun mereka berpegang teguh kepada amalan keagamaan dan adat
golongan tersebut didapati cemerlang dalam bidang perniagaan yang diceburi. Lihat Judith
A. Nagata (1925), Muslim Entrepreneurs & The Second Malaysia Plan; Some
Sociocultural Considerations, hal: 308-310. Dalam kajian yang dibuat oleh Syed Hussein
al-Attas, beliau menjelaskan bahawa penghayatan nilai-nilai agama mempunyai pengaruh
yang positif dalam kalangan usahawan muslim terhadap pencapaian prestasi mereka.
Lihat Syed Hussein Alatas, The Webber Thesis and Southeast Asia, dalam Syed Hussien
Alatas, Modernisation and Social Change, hal: 18-20.
29
Sarjana-sarjana barat seperti Max Webber, Schumpeter, McClelland, Hagen, Kunkel,
Cochran dan Young mempunyai pandangan yang berbeza tentang teori keusahawanan
khususnya berkaitan fungsi dan ciri-ciri usahawan berjaya. Perbezaan pandangan ini
berlaku disebabkan pemahaman mereka berbeza dari sudut aliran yang dibawa Secara
keseluruhannya, perbincangan mereka banyak ditumpukan kepada semangat kapitalisme
terhadap aktiviti pengumpulan wang harta kekayaan dan mencipta peluang. Dalam
perbincangan yang dikemukakan, nilai-nilai rohaniah yang berunsurkan etika dan moral
tidak diberi perhatian sebagai asas indikator untuk melihat konsep usahawan berjaya.
Perbincangan lanjut boleh dilihat dalam Max Webber (1965), The Protestant Ethics and
Spirits of Capitalism, h:10-20. Joseph Schumpeter(1934), The Theory of Economics
Development, h: 15-25. David McClelland (1961), The Achieving Society, h: 15-20,

29
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

demikian, meskipun secara lahiriah usahawan tersebut dikatakan berjaya


namun dari sudut yang lain ia muflis dari aspek nilai-nilai kerohanian dan
miskin akal budi yang terpuji. Islam mempunyai pandangan yang berbeza
dalam hal ini disebabkan segala tingkah laku manusia dicorakkan melalui
pedoman wahyu yang hakiki. Pembangunan keusahawanan yang tidak
diimbangi dengan nilai-nilai rohaniah akan menyuburkan lagi semangat
materialistik dan invidualistik dalam kalangan usahawan.

Justeru itu, amalan keusahawanan yang bercitrakan kerangka Ilahi akan


membentuk satu falsafah keusahawanan yang mengutamakan prinsip
keadilan dan kesaksamaan serta nilai-nilai murni yang positif. Justeru itu,
nilai-nilai murni yang berorientasikan prinsip akhlak yang terpancar
melalui aktiviti keusahawanan akan meninggalkan kesan yang praktikal
dan realistik dalam kehidupan seseorang. Dalam masa yang sama ia
bertindak sebagai tenaga kawalan dalaman dalam diri seseorang dalam
setiap tingkah laku. Atas kesedaran inilah para usahawan perlu memberi
penekanan dan mehayati nilai-nilai murni dalam sebarang tindak-tanduk
mereka seperti berakhlak terpuji, profesionalisme, keadilan, amanah,
berintegriti, bersyukur, amanah, bertanggungjawab, meningkatkan
kemahiran, pembelajaran yang berterusan, berinovasi, kreatif dan
sebagainya. Pengabaian kepada penghayatan nilai-nilai murni tersebut akan
melahirkan individu usahawan yang bersifat individualistik, materialistik,
bersikap michiavelli, mengejar jalan pintas untuk mengaut keuntungan
sehingga sanggup memencilkan nilai-nilai luhur agama dan kepentingan
umum masyarakat.

Thomas Cochran (1965), The Entrepreneur and Economic Change, dalam Explorations in
Entrepreneurial History, h: 111-119. Frank Young (1971), A MacroSociological
Interpretation of Entrepreneurship, dalam Kilby (ed.) h: 139-150.

30
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

4.0 Kesimpulan

Nilai-nilai murni yang disaduri dengan nilai-nilai Islam perlu dilihat


sebahagian daripada komponen penting dalam kerangka pembangunan
usahawan. Meskipun nilai-nilai tersebut dilihat subjektif dan tidak
bermotifkan keuntungan namun mengabaikannya dalam amalan
keusahawanan akan menjejaskan usaha untuk melahirkan usahawan
muslim yang dinamik dan cemerlang. Dari sudut dimensi Islam, usahawan
yang berjaya bukan sahaja cemerlang dalam setiap aktiviti yang
diusahakannya tetapi ia juga didominasi dengan nilai-nilai akhlak dan
moral yang tinggi. Usahawan yang berjaya bukan sahaja memberi
keuntungan kepada dirinya semata-mata tetapi memberi manfaat kepada
keluarga, pekerja, masyarakat umum dan negara melalui sumbangan
pemikiran dan tenaganya. Oleh yang demikian, bersesuaian dengan sifat
keusahawanan Islam yang holistik ia bukan sahaja memberi jaminan
kepada golongan usahawan untuk menempa kejayaan di dunia semata-mata
tetapi yang lebih ialah meraih keuntungan yang hakiki di hari akhirat kelak.
Atas premis inilah, setiap keputusan yang dibuat oleh golongan usahawan
perlu berpaksikan kepada dimensi agama dan bukannya berakidah secara
mutlak kepada pemikiran manusia yang dominan. Oleh itu, dalam usaha
golongan usahawan mengejar cita-citanya memaksimumkan keuntungan
dalam sesuatu projek yang diusahakannya nilai-nilai murni tidak boleh
dipinggirkan sebaliknya perlu diintegrasi secara komprehensif dan
konsisten kerana amalan tersebut merupakan formula yang terbaik untuk
melahirkan usahawan berjaya bercitrakan keusahawanan Islam.

31
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Rujukan

`Ali, `Abd Allah Yusuf (1968) The Holy Quran: Text, Translation and
Commentary. Beirut: Dar at-Tiba`ah wa an-Nashr wa at-Tawzi`.

Abu `Abd Allah Muhammad Isma`il bin Ibrahim al-Bukhari (1981) Sahih
al-Bukhar. Jil. 1, Istanbul: al-Maktabah al-Islamiyyah.
Abu Hamid Muhammad b. Muhammad al-Ghazali (1996) Bimbingan
Mencapai Insan Mukmin. Diselenggara oleh Muhammad Nuhaimi. Kuala
Lumpur: Pustaka Ilmi.

Ahmad `Abd Aziz bin Qaim al-Hadad (2006) Akhlak al-Nabi S.A.W fi al-
Quran wa al-Sunnah, (terj.) Mohd Masbur bin Ahmat. Johor: Jahabersa.

Ahmad, Khurshid, dan Zafar Ishaq Ansari (1979) Islamic Perspectives:


Studies in Honour of Mawlana Sayyid Abul `Ala Mawdudi. Leicester: The
Islamic Foundation.

Bennabi, Malik (1979) Musykilah al-Thaqafah. Damsyiq: Dar al-Fikr.

Chapra, M. Umer (1985) Towards a Just Monetary System. Leceister UK:


The Islamic Foundation.

Fazlur Rahman (1974) Islam and Problem of Economic Justice. Pakistan.

Ghazali, Abi Hamid ibn Muhammad (1988) Mukashafah al-Qulub al-


Muqarrib ila Hadrah `Allam al-Ghuyub. Kaherah: Maktabah al-Tawfiqiah.

Ibn Kathir, Ismail bin `Umar (1986) Tafsir Ibn Kathir, jil. 1. Beirut: Dar al-
Fikr.

Ismail Ibrahim (Prof Dr.) (1989), Nilai Pekerjaan Dalam Islam.


Diselenggara oleh Shafie Hj Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi Hassan,

32
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

dalam Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dan Amalan Dalam Islam. Kuala


Lumpur: Institut Tadbiran Awam Malaysia.

Khawaja `Abd al-Rashid (1988) Pemikiran Islam Satu Penilaian Semula


(terj.) Hamidah Abdul Hamid. Selangor: Thinker Library Sdn. Bhd.

McClelland, David, C. (1961), The Achieving Society. Princeton: Van


Nostrand.

Mona M. Abu Fadl (1995) Toward Global Cultural Renewal: Modernity


and the Episteme of Transcendence. Herndon: International of Islamic
Thought.

Muslim bin Hajjaj al-Qusairy (1994) Shahih Muslim bi Syarh al-Nawawi.


Kaherah: Dar al-Hadith

Mustafa Dakian (2005) Sistem Kewangan Islam. Kuala Lumpur: Utusan


Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nagata, Judith A., Muslim Entrepreneurs & The Second Malaysia Plan;
Some Sociocultural Considerations, dalam Asia Research Buletin, Jil. 11,
bil. 4, 1925.

Nik Azis Nik Pa (1994), Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Qaradhawi, Yusuf (1995) Dawr al-Qiyam wa al-Akhlak fi al-Iqtisad al-


Islami. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Rahmah Ismail et. al. (2006) Daya Saing Usahawan dan Syarikat Melayu
Dalam Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Rizavi, Sayyid Sajjad (1986). Islamic Philosophy of Education, Lahore:


Institute of Islamic Culture.

33
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Rokeach, M. (1973) The Nature of Human Values. New York: The Free
Press.

S. Waqar Ahmad Husaini (1980) Islamic Environmental System


Engineering. London: Macmillan.

Sufean Hussin (1995) Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum. Ed. 2. Selangor:


Penerbit Fajar Bakti.

Syed Hussein Alatas (1972), The Webber Thesis and Southeast Asia, dalam
Syed Hussien Alatas, Modernisation and Social Change. Sydney: August
Robertson Publisher.

Webber, Max (1965), The Protestant Ethics and Spirits of Capitalism.


London: Unwin University Books.

Young, Frank W. (1971) “A Macro sociological Interpretation of


Entrepreneurship”, in Entrepreneurship and Economic Development, The
Free Press.

34

Anda mungkin juga menyukai