Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Ahmad Sufian Che Abdullah, Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi dan
Suhaili Sarif
Jabatan Syariah dan Pengurusan
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
Abstrak
1
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
1.0 Pendahuluan
Dunia perniagaan masa kini sudah tidak terhad lagi kepada satu ruang
fizikal yang boleh menjadi tempat pertemuan antara penjual dan pembeli.
Pada zaman teknologi komunikasi, perniagaan secara dalam talian telah
meningkat menjadi begitu popular kerana kemudahan yang diberikan
melalui medium itu kepada manusia. Mereka tidak lagi perlu beratur
panjang di jalan raya, cukuplah dengan menekan butang serta memasukkan
kata laluan pengenalan diri untuk urusan pembayaran, juga memesan
barangan, seterusnya barangan akan tiba di pintu rumah masing-masing.
2
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Fiqh al-tijarah bukan suatu perkara baru kerana ia merupakan cabang fiqh
muamalah yang lebih menumpukan kepada implikasi kontrak. Fiqh al-
tijarah yang cuba diperkenalkan ini ialah konsep hukum yang lebih
menyeluruh, yang bukan sahaja menumpukan kepada kontrak antara
penjual dan pembeli, tetapi turut menyentuh isu-isu strategi pemasaran,
pengurusan kewangan organisasi perniagaan dan pengurusan sumber
manusia agar ia selari dengan kehendak maqasid syariah Islam
2.0 Definisi
Al-Tijarah dijelaskan oleh Ibn Manzur adalah perkataan yang berasal
daripada tajara – yatjuru – tijarah yang memberi maksud urusan
pembelian dan penjualan.1 al-Quran menggunakan perkataan al-tijarah
sebagai enam kali untuk menggambarkan kepentingan perniagaan kepada
manusia. Bahkan Allah menyifatkan orang-orang yang membaca kitab
Allah (al-Quran), menunaikan solat, membelanjakan harta ke jalan Allah
ialah orang yang mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi.2 Selain
itu Allah juga menyifatkan amalan-amalan seperti yang disebut di atas
merupakan perniagaan yang boleh menyelamatkan manusia daripada api
neraka.3 Hal ini menggambarkan betapa pentingnya perniagaan kepada
manusia.
1
Ibn Manzur (t.t.), Lisan al-Arab. Kaherah: Dar al-Ma’arif, j. 5, h. 420
2
Surah Fatir: 29
3
Surah al-Saff: 10
3
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Bidang perniagaan juga dianggap oleh para ulama’ sebagai bidang yang
paling afdal untuk diceburi. Sekali pun terdapat sedikit perbezaan antara
bidang yang paling utama; sama ada bidang perniagaan, pertanian atau pun
4
Lihat Badr al-Din, Abu Muhammad Mahmud Bin Ahmad al-‘Ayni (2001), ‘Umdah al-
Qari Syarh Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, juz. 11, h. 226.
5
Lihat Abu al-Fida’ Isma’il Ibn ‘Umar Ibn Kathir (1997), al-Bidayah wal al-Nihayah.
t.t.p: Dar Hajar, j. 3, h. 462.
6
Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Buyu‘, Bab Ma Ja’a Fi
Qawl Allahi Ta’ala, Fa’iza Qudiyah al-Salah Fantasyiru Fi, No. Hadis: 1907.
4
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
7
Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar (2001), Fath al-Bari Syarh Sahih Bukhari. Riyad: t.n.p, j. 4,
h. 356.
8
Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Buyu‘, Bab Kasb al-Rajul
Wa ‘Amaluhu Biyadihi, No. Hadis: 1930.
9
Ibrahim bin Musa al-Syatibi (2003), al-Muwafaqat fi Usul al-Syari ‘ah. Beirut: Dar al-
Kutub al-‘Ilmiyyah, j. 2, h. 215
5
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Sekali pun Islam menggalakkan umatnya berniaga, tetapi Islam pada masa
yang sama memberikan panduan kepada manusia agar perniagaan yang
dilakukan adalah selaras dengan objektif sebenarnya iaitu untuk mencapai
al-falah iaitu kejayaan di dunia dan di akhirat.10 Untuk mencapai al-falah
iaitu kesinambungan keuntungan perniagaan di dunia dan akhirat, para
peniaga wajar berwaspada dengan lima isu tersebut.
10
Lihat Ab Mumin Ab Ghani (2006), “Sistem Pengurusan Islam: Tinjauan Menyeluruh
Dari Aspek Konsep”, dalam Ab Mumin Ab Ghani, Fadillah Mansur (Ed), Dinamisme
Pengurusan Islam: Mengurus Kerja dan Modal Insan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, h. 5.
6
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
11
Yusuf al-Qaradawi (1995), Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq fi al-Iqtisad al-Islami,
Kaherah: Maktabah Wahbah, hh 29-31
7
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
8
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
12
Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Buyu‘, Bab Man Ahabba
al-Bastu Fi al-Rizq, No. Hadis: 1925.
9
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
penetapan matlamat bagi orang Islam seperti mana yang diriwayatkan oleh
‘Umar al-Khattab r.a.:
Sudah tentu wajib bagi setiap orang Islam untuk menetapkan matlamat
yang lebih jauh daripada sekadar mendapat keuntungan dunia sahaja.
Risiko di dunia ini kadang-kala tidak dapat diduga. Jika sekadar merancang
matlamat dunia tanpa merancang untuk akhirat, maka kerugian itu makin
berganda. Jika rugi di dunia tetapi selamat di akhirat, kerugian itu hanya
bersifat sementara. Namun adalah lebih baik merancang untuk mendapat
keuntungan untuk kedua-duanya, dunia dan akhirat. Itulah al-falah yang
menjadi falsafah kepada perniagaan menurut Islam.
10
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Islam juga menetapkan bahawa ‘urf dan adat merupakan sumber penting
dalam Syariah Islam. Mana-mana hukum yang tidak ada dalilnya di dalam
al-Quran, maka ‘urf berperanan untuk menentukan sama ada baik atau
buruk sesuatu perniaagan. Justeru, mana-mana barangan yang diharamkan
oleh undang-undang tempatan, turut haram untuk diniagakan di sisi Islam13.
Hal ini kerana undang-undang tempatan biasanya diwujudkan untuk
menjaga ketenteraman masyarakat serta mengelakkan kemudaratan di
13
Lihat Ahmad Sufian Bin Che Abdullah (2007), “Pasaran Derivatif Dalam Sistem
Kewangan Islam di Malaysia: Analisis Berdasarkan al-‘Urf” (Disertasi Sarjana, Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya) h. 63.
11
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
dalam masyarakat. Hal ini adalah merupakan maksud utama Syariah Islam
itu sendiri. Perniagaan mercun, barangan yang diseludupi, barangan cetak
rompak, produk-produk yang tidak mendapat kelulusan Kementerian
Kesihatan dan lain-lain adalah contoh barangan yang diharamkan oleh
undang-undang tempatan. Mana secara automatik ia turut diharamkan
dalam Syariah Islam, selagi mana undang-undang itu tidak bercanggah
dengan mana-mana prinsip asas dalam Syariah Islam.
Dalam isu tertentu, seperti skim perniagaan internet, Swiss Cash contohnya
telah jelas diharamkan oleh undang-undang tempatan, tetapi pada suatu
ketika, sebelum fatwa belum dikeluarkan, terdapat golongan ‘agama’ yang
kononnya bergelar ‘ustaz’ cuba untuk mengharuskan program tersebut,
sedangkan ia jelas melanggar Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram
2001.
Begitu juga perniagaan berisiko tinggi seperti perniagaan mata wang asing
melalui Internet. National Future Association dan Suruhanjaya Niaga
Hadapan Komoditi dengan kerjasama FBI telah mendedahkan bahawa
sebilangan besar skim pelaburan wang asing dalam internet adalah
berbentuk scam, penipuan, berisiko tinggi dan menyalahi undang-undang.14
Maka tidak perlulah lagi sebarang usaha untuk mengharuskan perniagaan
bentuk ini sekalipun pada asalnya hukum bay‘ al-sarf yang dilakukan
secara spot dan tidak melibatkan niaga hadapan atau lock-in price adalah
harus.15 Namun begitu, perlulah difahami bahawa perniagaan pelaburan
mata wang asing melalui internet dan bay‘ al-sarf adalah suatu perkara
yang berbeza. Perniagaan tukaran wang asing yang wujud di Malaysia
14
Lihat National Future Association,
http://www.nfa.futures.org/compliance/forexInvestorAlert_020107.asp, 14 Oktober 2008.
15
Bay‘ al-Sarf ialah pertukaran wang dengan wang daripada jenis yang berbeza tetapi
disyaratkan dilakukan secara serentak tanpa ada apa-apa perbezaan. Lihat Mawsu’ah
Fiqhiyyah, j. 26, h. 350.
12
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
melalui bank-bank dan pengurup wang yang sah adalah tertakluk kepada
undang-undang, kawalan dan penyeliaan. Begitu juga kontrak pasaran mata
wang asing dunia yang terletak di bawah kawalan Suruhanjaya Sekuriti dan
Opsyen USA. Sekalipun urus niaga mata wang asing tersebut dilakukan
secara di luar bursa atau Over the counter (OTC)16, tetapi ia masih lagi
tertakluk kepada suruhanjaya tersebut. Berbeza dengan urus niaga mata
wang yang banyak ditawarkan di Internet yang majoritinya tidak
mempunyai sebarang penyeliaan dan kawalan. Perniagaan mata wang
sebetulnya adalah perniagaan yang berisiko tinggi dan kandungan risiko
yang begitu tinggi ini boleh disifatkan sebagai gharar fahisy.17 Sekalipun,
bagi sesetengah orang mendakwa bahawa perniagaan ini adalah bebas
daripada riba al-fadl kerana tiada urus naiga harapan dilakukan, tetapi
mereka masih lagi tidak bebas daripada gharar fahish kerana laman web
yang menjadi asas kepada perniagaan itu tidak dapat ditentukan lokasi
asalnya yang sebenar, bahkan tiada pula kawalan oleh pihak tertentu. Itu
belum lagi mengira risiko kerugian yang sangat-sangat tinggi dalam
perniagaan mata wang asing.
16
Kaedah urus niaga di lokasi secara over-the-counter atau (OTC) ini ialah kaedah yang
dilakukan tanpa diuruskan oleh mana-mana organisasi. Ertinya setiap peserta pasaran akan
saling berhubungan antara satu sama lain menggunakan kaedah-kaedah tertentu, tanpa
adanya suatu organisasi yang menguruskan kredit, pembayaran, piawai dan prosedur,
barangan dan seumpamanya./ Lihat Norton, Edgar A., Melicher, Ronald W. (2000),
Finance: Inroduction to Institution, Investments and Management. Ohio: South-Western
College Publishing, h. 357.
17
Gharar yang diharamkan oleh Syariah iaitu ketidakpastian yang menyebabkan risiko
yang terlalu tinggi dalam urus niaga atau dalam kontrak. Menurutnya, gharar jenis ini
terdapat banyak pula bentuk-bentuk urus niaga di bawahnya, termasuklah perjudian, jual
beli ikan di lautan, burung yang berterbangan dan semua urus niaga yang mengandungi
ketidakpastian dengan kadar yang tinggi yang boleh menyebabkan terdapatnya unsur
ketidakrelaan dalam mana-mana pihak. Gharar jenis ini dinamakan sebagai gharar fahisy.
Lihat Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad al-Syawkani (1999), Nayl al-Awtar Syarh al-
Muntaqa al-Akhbar. Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, jld. 5, h. 150
13
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Cara yang mengandungi unsur penipuan atau al-ghubn adalah haram di sisi
Islam. Mengiklankan produk yang berkualiti tinggi tetapi menjual produk
yang berkualiti rendah adalah jelas mencacatkan unsur iradah atau al-
18
Muslim Bin al-Hajjaj, Sahih Muslim, Kitab al-Fada’il, Bab Wujub Imtithal Ma Qalahu
Sya’an Duna Ma Dhakarahu Min Ma’ayish al-Dunya, No Hadith, 4358.
14
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
taradi yang menjadi unsur penting dalam perniagaan. Firman Allah s.a.w di
dalam al-Quran yang bermaksud:
Ayat ini menjelaskan bahawa perniagaan yang dilakukan adalah atas dasar
sukarela antara kedua-dua pihak; penjual dan pelanggan. Faktor sukarela
ini adalah amat penting sehinggakan Imam al-Syafi‘i mewajibkan sighah
ijab dan qabul bagi mengesahkan bahawa wujudnya kerelaan kedua-dua
belah pihak yang berakad. Walau bagaimanapun, majoriti sarjana
berpandangan sighah ini adalah tidak wajib kerana tidak pernah pun
dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat baginda tetapi cukuplah dengan
apa-apa sahaja bukti kerelaan yang diiktiraf oleh kebiasaan masyarakat.19
Pandangan Imam al-Syafi‘i r.h adalah mungkin berasaskan kepada realiti
masyarakatnya ketika itu yang memerlukan sighah bagi mengatasi masalah
ketidakjelasan dalam pernyataan persetujuan terhadap akad.
15
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Begitu juga pemasaran secara paksaan seperti gores yang menang, yang
menghendaki para pelanggan membayar sejumlah wang tertentu setelah
menggores ‘kad cabutan bertuah’. Semua ini adalah perniagaan yang sangat
mengelirukan serta mempunyai unsur manipulasi dan eksploitasi yang jelas
bercanggah dengan prinsip perniagaan Islam.
16
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Sudah tentu tidak ada satu dalil yang jelas untuk mengharamkan strategi
pemasaran jenis ini tetapi apa yang jelas ialah pendapatan yang diusahakan
oleh orang yang berada di tingkat bawah adalah tidak patut untuk dinikmati
oleh orang yang berada di tingkat atas berasaskan firman Allah s.w.t:
Selain dalil tersebut, unsur kerelaan yang perlu wujud antara dua pihak
yang berakad dalam perniagaan jenis ini juga boleh dipertikaikan. Hal ini
kerana terdapat dua perkara yang menjadi niat pelanggan, sama ada semata-
mata untuk mendapatkan barangan, ataupun untuk mendapatkan
keuntungan setelah mendapatkan seramai mungkin ahli di bawahnya.
Sistem MLM ini juga terdedah kepada eksploitasi oleh mereka yang
menganjurkan skim cepat kaya dengan mengadakan pelbagai ‘barangan
yang berupa ilusi’ tetapi sebenarnya adalah menganjurkan skim piramid
yang merosakkan masyarakat. Atas dasar itu, strategi pemasaran secara
MLM adalah patut dielakkan oleh usahawan Muslim kerana perniagaan ini
bukanlah perniagaan yang sebenarnya. Ia lebih kepada suatu sistem
mengaut kekayaan berbanding memperdagangkan barangan secara
produktif dalam masyarakat.
Selain itu, strategi promosi dalam pemasaran juga perlulah mengambil kira
sensitiviti sesuatu masyarakat kerana ‘urf masyarakat hendaklah dihormati.
17
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Adalah haram bagi umat Islam untuk menyakiti hati sesiapa pun sama ada
dengan lidah mahupun perbuatan. Justeru, dalam usaha mempromosi
barangan, perasaan orang lain hendaklah diambil kira, tidak kira apa jua
agamanya sekalipun. Sabda Rasulullah s.a.w daripada Jabir:
21
Lihat Muslim Bin Hajjaj, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Bab Bayan Tafadul al-Islam Wa
Ayyi Umurhi Afdal, No. Hadis 58.
18
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Konsep perniagaan jujur juga telah dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran
melalui firman Allah:
8.0 Isu Kewangan Yang Tidak Melibatkan Unsur Riba dan Haram
Wang adalah sumber dan matlamat utama dalam bidang perniagaan. Wang
dilaburkan berserta dengan usaha untuk mendapatkan wang yang lebih
banyak yang berupa keuntungan. Harta keuntungan hasil perniagaan ini
disifatkan oleh Allah sebagai salah satu daripada kecenderungan utama
manusia untuk memperolehnya. Firman Allah s.w.t:
19
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Seperti yang telah ditegaskan sebelum ini, para sarjana secara bersepakat
menganggap bahawa sebarang nilai tambahan berasaskan kontrak hutang
adalah dianggap riba yang diharamkan oleh Allah, tidak kira nilai itu kecil
atau besar. Berbeza dengan kontrak jual beli, pertambahan yang berlaku
adalah dianggap keuntungan yang diharuskan oleh Islam. Menurut sarjana
20
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Usul Fiqh tema utama ayat yang disebutkan di atas bukan sahaja untuk
mengharamkan riba, tetapi untuk membezakan hukum dan implikasi antara
dua kontrak, riba dan jual beli. Hal ini kerana, menurut sarjana Usul Fiqh,
pengharaman riba telah diketahui oleh ayat sebelum turunnya ayat ini, dan
ayat 275 adalah bertujuan untuk membezakan antara dua kontrak itu sahaja.
22
Hampir semua para sarjana bersetuju bahawa kadar bunga atau faedah
pinjaman adalah sama seratus peratus dengan riba yang dimaksudkan oleh
al-Quran. Walau bagaimanapun, terdapat juga pandangan yang mengatakan
riba yang diharamkan oleh al-Quran ialah lebihan ke atas pinjaman tidak
produktif sebagaimana yang berlaku pada zaman jahiliah, tetapi pandangan
ini ditolak dan tidak mempunyai asas sama sekali.23
Selain daripada riba yang terhasil daripada kontrak hutang seperti yang
telah jelaskan, terdapat juga riba yang diharamkan kerana berlakunya
pertambahan nilai bayaran akibat pertukaran barang-barang ribawi. Riba
jenis ini termaktub pengharamannya di dalam sebuah hadis yang sahih,
yang mana Rasulullah s.a.w telah bersabda:
22
Lihat Muh}ammad Fath}i al-Durayni (1997), al-Manahij al-Usuliyyah fi al-Ijtihad bi al-
Ra’yi fi al-Tasyri` al-Islami. Cet. Kedua. Beirut: Muassasat al-Risalah, h. 67.
23
Lihat Ab. Mumin Hj. Ab Ghani (1999) Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya
di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, h. 217.
21
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Riba al-Nasi’ah ialah riba atau lebihan bayaran yang terhasil akibat
melambatkan bayaran atau dengan kata lain, lebihan ke atas bayaran
hutang. Menurut sarjana, riba ini adalah riba yang paling utama diamalkan
pada zaman Jahiliah, dan riba jenis inilah yang dimaksudkan oleh ayat al-
Quran26. Namun begitu, berasakan hadis tadi, sekiranya emas dan emas
ditukar tetapi pada tempoh yang berlainan, maka perbezaan masa ini boleh
menjejaskan nilai harga emas itu sendiri, justeru lebihan bayaran boleh
berlaku akibat berlakunya kelewatan dalam pembayaran juga dianggap
sebagai riba al-nasi’ah. Hadis tadi juga menjelaskan bahawa riba boleh
berlaku secara al-fadl iaitu lebihan yang terhasil akibat perbezaan dua jenis
atau emas yang berkualiti berbeza, contohnya, emas yang lebih mahal
dengan emas lebih murah. Lebihan ini juga diharamkan oleh Islam.
24
Lihat Muslim bin al-Hajjaj (1998), Sahih Muslim. Kitab al-Musaqah, Bab al-Sarf wa
Bay` al-Dhahab bi al-Wariq Naqdan, No. 2970.
25
Lihat Ziaul Haque (1995), Riba: The Moral Economy of Usury, Interest and Profit.
Kuala Lumpur: S. Abdul Majeed & Co, h 62.
26
Lihat Ibid.
22
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
23
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
9.0 Kesimpulan
Apa yang diutarakan dalam artikel ini adalah satu sorotan awal yang
menyentuh hanya beberapa isu dalam perniagaan. Pelbagai lagi isu yang
perlu dianalisis secara lebih kritikal dan analitis berasaskan kepada sumber
khazanah fiqh muamalah klasik dengan menjalinkan idea-idea perniagaan
moden. Suatu perkara yang perlu difahami, fiqh al-tijarah bukan sekadar
perbincangan tentang hukum agama dalam perniagaan, tetapi lebih
daripada itu, menjadikan sumber al-Quran dan sunnah Rasulullah sebagai
inspirasi dalam menghasilkan strategi-strategi perniagaan moden yang
mampu diaplikasi tidak kira oleh usahawan peringkat awal mahupun sektor
24
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
25