Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Ros Hasri Ahmad, Siti Masnah Saringat, Noor Azrin Zainuddin dan
Basaruddin Shah Basri
Abstrak
1
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
1.0 Pendahuluan
2.0 Perniagaan
Pada kebiasaannya bidang perniagaan ini dikaitkan kemampuan untuk
menjadi kaya melalui tindakan berusaha sendiri tanpa bergantung kepada
orang lain untuk mendapatkan gaji bulanan. Balasan daripada sikap
berdikari ini dinamakan sebagai keuntungan hasil daripada proses
jualbeli yang dilakukan dengan pelanggan.
2
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Abu Bakar Hamed et. al. (1996) menjelaskan bahawa kejayaan mereka
yang melibatkan diri dalam perniagaan ini bukanlah boleh diperolehi
secara mudah dan tiba-tiba, sebaliknya ia memerlukan kesungguhan
berserta motivasi dan disiplin diri yang tinggi. Peniaga perlu mencari
sebanyak mungkin pengalaman di dalam bidang ini dan sentiasa berusaha
untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan perniagaan.
Pandangan yang hampir serupa juga telah disaran oleh Abu Bakar Hamed
et. al. (1996) di mana perniagaan merupakan sebarang aktiviti yang
dijalankan untuk memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan dengan
3
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Motif seseorang yang terlibat dalam perniagaan menurut Wan Liz Ozman
Wan Omar dan Sulzari Mohamed (2002) menjadi faktor pendorong
kepada indvidu berkenaan menceburi bidang perniagaan. Pada kebiasaan
individu ini ingin mencari kepuasan peribadi, meningkatkan taraf sosial,
mengawal nasib diri dan pulangan keuntungan yang lumayan sebagai
matlamat mereka menceburi bidang perniagaan. Namun begitu, kepuasan
peribadi ini perlu diseimbangkan dengan keperluan kerohanian agar
individu berkenaan tidak bongkak, lupa diri dan takbur apabila diberikan
kekayaan yang berlipat ganda oleh Allah s.w.t.
Secara umumnya, Wan Mohd Nazif dan Fazilah Ibrahim (2005) telah
merumuskan bahawa dengan melibatkan diri dalam perniagaan, individu
tersebut boleh merealisasikan matlamatnya untuk menjadi bos kepada
5
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
diri sendiri tanpa menerima arahan dari orang lain, menguruskan masa
mengikut kesesuian diri, memberikan komitmen serta bekerja keras untuk
diri sendiri, mampu untuk mendapatkan pendapatan yang lebih
berbanding makan gaji dan berpeluang untuk memperolehi sesuatu dari
peluang dan cabaran yang ada dalam bidang perniagaan.
Jika dilihat dari sudut Islam pula, tiada suatu ketetapan yang khusus
untuk umatnya menceburi bidang yang tertentu bagi memenuhi matlamat
hidupnya. Namun begitu segala yang dilaksanakan perlu mematuhi
prinsip umum kehidupan kita sebagai seorang muslim iaitu segala aktiviti
pekerjaan yang dilaksanakan tidak semata-mata mencari faedah
kebendaan dan keduniaan. Sebaliknya kita perlu mengambil kira apakah
pekerjaan yang kita laksanakan itu dapat menjadi ibadah yang boleh
memberikan pahala untuk kehidupan di akhirat kelak. Ini telah
diperjelaskan dalam Surah at-Taubah ayat 105 yang bermaksud:
“Bekerjalah, nanti Allah dan Rasul serta orang mukmin akan melihat
(menilai) apa yang kaum kerjakan”.
6
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Kebebasan, di mana tiada paksaan dikenakan dalam jual beli tersebut dan
mereka diberikan tempoh masa untuk memilih bagi meneruskan atau
membatalkan sesuatu urusniaga. Manakala kebebasan untuk mencari
keuntungan keduniaan semata-mata amat ditegah di dalam Islam dan ini
telah diterangkan dalam Surah ali-Imran ayat 196 yang bermaksud:
“Jangan sekali-kali kamu terpedaya dengan kebebasan orang-orang
kafir bergerak dan kelancaran mereka membina kemajuan perdagangan
dan perusahaan di dalam negeri di dunia ini. Semua itu hanya
kesenangan sementara. Kemudian (di akhirat) tempat tinggal mereka di
dalam neraka Jahannam”.
8
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
9
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
11
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
12
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
keuntungan tersebut ada pecahan sebanyak 2.5 peratus untuk asnaf yang
telah ditetapkan. Dalam Islam perlaksanaan kedua-dua perkara ini akan
membersihkan rezeki yang kita perolehi dari Allah s.w.t.
Secara umumnya dapat dijelaskan di sini bahawa keberkatan ini
bermakna kita mencari keredhaan Allah s.w.t. untuk sesuatu yang tidak
dapat dilihat, namun ianya dapat dirasai melalui apa yang berlaku pada
diri kita. Sesuatu yang diberkati selalunya dapat memberi manfaat kepada
individu tersebut dan juga orang lain, sentiasa rasa bahagia, mencukupi
dan ianya tidak habis begitu sahaja disebabkan terpaksa untuk membayar
bagi perkara yang bukan-bukan.
15
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
8.0 Kesimpulan
Setiap individu melakukan sesuatu pekerjaan sudah pasti mengharapkan
sesuatu yang terbaik di penghujung segala usaha yang telah
dicurahkannya. Jika ia melibatkan diri dalam perniagaan, pastinya
terbaik ini termasuklah perniagaan yang diusahakan berjaya, mampu
untuk membuka beberapa lagi rangkaian perniagaan, memperolehi
keuntungan yang besar, menyediakan peluang pekerjaan kepada orang
lain, memberikan kemudahan kepada masyarakat dan sebagainya.
Kejayaan ini adakalanya boleh mengaburi mata manusia hingga ada yang
menjadi tamak, angkuh, iri hati, dengki serta sanggup mengkhianati
orang lain.
Tanpa kekuatan iman dan kesedaran bahawa kehidupan kita di dunia ini
hanya sementara, manusia boleh hanyut dan sanggup melakukan apa
sahaja semata-mata untuk mengejar kemewahan hidup. Maka itu adalah
amat penting bagi para peniaga melakukan urusan perniagaannya dengan
ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. serta sentiasa
memohon agar hasil yang diperolehi merupakan rezeki yang diberkati.
Mengharapkan usaha yang dicurahkan diberi keberkatan oleh Allah s.w.t
akan mencegah manusia dari melakukan penyelewengan, penipuan,
kemungkaran dan kemaksiatan. Di samping itu, ia mampu menjana
keutuhan keusahawanan dan kepenggunaan Islam bagi umatnya yang
menceburi atau berurusan dalam bidang perniagaan.
16
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Rujukan
Abdul Sami’ al Misri (1986). Perniagaan dalam Islam, diterjemah oleh
Ahmad Hj. Hasbullah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Bakar Hamed, Rusmala Mohd Daud dan Siti Nabiha Abdul Khalid
(1996). Asas Pengurusan Perniagaan, Sintok: Universiti Utaran
Malaysia.
Barjoyai Bardai dan Mohd Fairuz Md Salleh (1998). Peluang
Perniagaan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Jaafar Salleh (2001). Ekonomi dan Perniagaan Secara Islam, Kuala
Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
Longenecker, J. G., Moore, C. W., Petty W. J. and Palich, L. E. (2006).
Small Business Management: An Entrepreneurial Emphasis, 13th
Edition, Ohio: Thomson South-Western.
Madura, J. (2007). Introduction to Business, 4th edition, Mason OH:
Thomson South-Western.
Megginson, L. C., Byrd, M. J. and Megginson, W. L. (2006). Small
business management: An Entrepreneur’s Guidebook, 5th Edition, New
York: McGraw-Hill/Irwin.
Muhammad Nasri Md. Hussain dan Muhammad Ahmad (2006). Etika
Perniagaan: Pendekatan Perspektif Islam, Petaling Jaya: Prentice Hall
Malaysia Sdn. Bhd.
Mustafa Daud (1995). Perniagaan Menurut Islam, Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Wan Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari Mohamed (2002). Memperkasa
Usahawan: Panduan Lengkap Pengurusan Perniagaan dan Penjanaan
Usahawan, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Wan Mohd Nazif dan Fazilah Ibrahim (2005). Formula Menjadi
Usahawan Berjaya, Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
17
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
18