Anda di halaman 1dari 4
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Telefon ++603-8884 6000 (Tallan Umum) MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA Faks +603-8889 5120 LEMBAGA PEPERIKSMAN co | ose EXAMINATIONS SYNDICATE en AaaS 12509 BLOKE COUPLERS KERAURIN PARCEL € Taephone + +6088884 000 (Conran) SOSKTPENTADSRON KERSGRAN PERSEKUTUAN Far sSoscseosi20 Eason PUTRAIANA (belo | patweninongoumy a Toon Vout fu kem © KPM.100-1/7/2 JLD.3(40) Suter ‘Tarikh, = ri ‘Semua Pengarah Pendidikan mae (5; Februarl 2017, Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BILANGAN 4 TAHUN 2017: PENAMBAHBAIKAN SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN CALON PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN MULAI TAHUN 2017 Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. - 2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah menambahbaik syarat kelayakan pendaftaran peperiksaan dan pentaksiran bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran. Malaysia (SPM), Sijil, Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang-akan berkuatkuasa mulai tahun 2017 seperti dalam Lampiran’ 3. Sehubungan dengan itu, syarat pendaftaran peperiksaan yang terpakai dalam Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan yang diterbitkan pada tahun 2010 adalah TERBATAL. 4, Pihak YBhg.Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan diminta mengambil tindakan sewajarnya dan memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua sekolah termasuk sekolah swasta yang berkaitan di bawah —pentadbiran YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, Sekian, terima kasih. “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (DR. ‘ALIAH BINTI AHMAD SHAH) b.p Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Sele Ponina jan Adit. Seite Pectin Fegnien Der Keonion Tel C8502 Sei PenguramDes Dan Pdenbegm Tl: C0-8840194 sk. 1. YB Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2. YB Timbalan Menteri Pendidikan | Kementerian Pendidikan Malaysia 3. YB Timbalan Menteri Pendidikan II Kementerian Pendidikan Malaysia 4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 8. Rektor Institut Pendidikan Guru'Malaysia 9. Ketua-Kettia Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia 10.Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia 14. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka 12.Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia 13. Pengarah Urusan Institut Terjemahan & Buku Malaysia 14, Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia 15. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia 416. Ketua Pegawai Eksekutit Unit Pelaksanaan & Prestasi Pendidikan (PADU) K Pendidikan Malaysia Lampir === SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN MULAI TAHUN 2017 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) () Murid Tahun 6 yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan di sekolah-sekolah yang berdaftar dengan KPM atau Agensi Kerajaan; dan (ii) Telah mencapai umur 11 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan UPSR. PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) Calon Sekolah ()— Murid Tingkatan 3 yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan di sekolah-sekolah yang berdaftar dengan KPM atau Agensi Kerajaan; dan (ii) Telah mencapai umur 14 tahun pada 1 Januari tahun PT3. Calon Persendirian () Telah mencapai umur 14 tahun pada 1 Januari tahun PT3. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Calon Sekolah () Murid Tingkatan 5 yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan di sekolah-sekolah yang berdaftar dengan KPM atau Agensi Kerajaan; dan (i) Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM Calon Persendirian () Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM. ‘SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) (i) Calon yang pernah menduduki peperiksaan SPM /SPM(V)/SPVM/MCE. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) | Calon Sekolah 0 ii) (iy Murid Tingkatan 6 di sekolah-sekolah yang berdaftar dengan KPM atau Agensi Kerajaan seperti Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah di bawah agensi kerajaan, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), sekolah swasta dan calon yang diberi pengecualian daripada pihak KPM; dan Telah diperakui mengikuti kurikulum Ma'ahad Bu'uth Al-Azhar Al-Syarif yang dipersetujui_antara_pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pihak Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir; dan Pemah menduduki peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM); atau Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan Calon Persendirian wi) (ii) Telah diperakui mengikuti kurikulum Ma’ahad Bu'uth Al-Azhar Al-Syarif yang dipersetujui_antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pihak Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir; dan Pernah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); atau Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM.

Anda mungkin juga menyukai