Anda di halaman 1dari 3

*Saiz dan Kualiti Otot*

Memandangkan kekuatan adalah berkadar terus dengan luas keratan lintang

dan saiz otot, maka saiz otot lelaki yang lebih besar adalah suatu

kelebihan yang penting. Pada amnya, kekuatan wanita adalah dua per tiga

lebih rendah berbanding tahap kekuatan lelaki. Punca perbezaan ini ialah

hormon pertumbuhan testoteron yang lebih dalam tubuh lelaki. Oleh itu,

ramai atlet wanita yang ingin mencapai tahap kekuatan yang lebih tinggi

menggunakan steroid dan juga testoteron tiruan (bahan-bahan yang

diharamkan oleh persatuan sukan antarabangsa). Tujuannya untuk membantu

pertumbuhan otot dan justeru itu membantu mempertingkatkan prestasi

sukan mereka. Tetapi, ini mungkin mengakibatkan penukaran bentuk tubuh

mereka yang berkekalan serta mempunyai beberapa kesan sampingan.

Umpamanya, ada antara atlet wanita yang mendapati suara mereka menjadi

lebih kasar dan mula berjanggut dan bermisai. Kesan sampingan ini boleh

berlanjutan sehingga dua tahun ataupun lebih selepas mereka berhenti

mengambil steroid berkenaan.

Menurut kajian, tidak terdapat perbezaan antara taburan fiber otot yang

sesuai untuk kerja yang berat dan pantas seperti berlari 100 meter

ataupun melontar peluru dengan fiber otot yang sesuai untuk kerja yang

memerlukan daya tahan, umpamanya berlari jarak jauh pada kadar perlahan

pada wanita dan lelaki. Harus ingat bahawa tanpa kehadiran hormon

pertumbuhan testosteron yang banyak, saiz fiber otot wanita tidak akan

menandingi perkembangan saiz otot pada seorang lelaki sekiranya latihan

yang sama dilakukan. Walau bagaimanapun hasil kajian terkini menunjukkan

bahawa saiz fiber otot kaki pelumba basikal wanita yang berlatih adalah

lebih besar berbanding dengan saiz otot lelaki atau wanita yang tidak

berlatih.
*Keupayaan Berlatih dan Menahan Sakit*

Keupayaan wanita untuk berlatih adalah lebih kurang sama dengan lelaki.

Tidak banyak perbezaan antara seorang wanita dengan seorang lelaki yang

tidak berlatih. Hal ini kerana kebanyakan wanita tidak begitu aktif

bersukan disebabkan mitos ataupun kepercayaaan karut tentang senamaan

dan wanita. Umpamanya kepercayaan bahawa senaman akan mengakibatkan

kehilangan sifat kewanitaan.

Sebenarnya latihan bebanan boleh menambahkan kekuatan dan saiz otot.

Dengan adanya latihan, kandungan lemak dalam tubuh akan kian mengurang,

manakala otot tanpa lemak akan bertambah. Atlet wanita dalam sukan yang

bersifat daya tahan (endurance) seperti lari jarak jauh mempunyai kadar

lemak tubuh yang jauh lebih rendah berbanding dengan atlet lelaki dalam

sukan yang mementingkan daya kuasa, seperti lari pecut 100 meter, lompat

tinggi dan lontar peluru.

Memandangkan wanita perlu menahan tahap kesakitan yang tinggi apabila

melahirkan anak, maka mereka dengan secara semulajadi berkemampuan

menahan kesakitan. Ini bermaksud mereka boleh melakukan beban kerja yang

lebih tinggi tanpa rungutan. Wanita juga berkecenderungan untuk

menggunakan beban latihan yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan

kecederaan. Semasa bersenam, wanita tidak banyak mengeluarkan asid

laktik. Asid inilah yang menyebabkan kita berasa pedih pada otot-otot

dan memaksa kita menghentikan senaman. Tanpa pengeluaran asid laktik

yang banyak, wanita boleh bersenam dalam tempoh yang lebih panjang.

Mereka lebih sesuai melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan daya

tahan. Di samping itu, wanita juga tidak begitu cenderung mengalami


kekejangan otot.

Anda mungkin juga menyukai