Anda di halaman 1dari 18

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Mobilasi “Wang Jumaat”: Membentuk Dana Usahawan


Muslim

Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin dan Nurul Fadly


Habidin
(Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Salwa Amirah Awang


(Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen, Tanjong Malim)

Abstrak

M odal penting dalam pembentukan dan pengembangan aktiviti


perniagaan. Lebih-lebih lagi ianya menjadi keperluan utama bagi peniaga
atau usahawan yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan. Pada
masa kini, institusi perbankan dan kewangan memainkan peranan yang
signifikan dalam memenuhi keperluan usahawan ini. Namun, bagi
usahawan baru pula, kegagalan memenuhi syarat yang diperlukan oleh
institusi pembiaya mengakibatkan idea, inovasi, kreativiti dan usaha
mereka terpadam begitu sahaja. Selain dari syarat, bebanan kewangan
kesan dari pinjaman institusi perbankan juga dipertimbangkan. Walaupun
terdapat pembiayaan bercorak pensyarikatan yang ditawarkan oleh
institusi perbankan, namun jumlahnya amat kecil berbanding pembiayaan
lain, serta amat selektif sektor yang akan dibiayai olehnya. Keadaan
kebergantungan usahawan ini dapat dikecilkan dengan mewujudkan
aliran “Wang Jumaat“ yang dikumpulkan oleh kumulatif masjid. Dengan
ini, pengembangan dapat dilakukan terhadap wang tersebut ke arah
membentuk usahawan muslim dan memberi timbal balas kepada
pembangunan qariah pada masa depan.

1
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

1.0 Pendahuluan

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata;

”Usaha untuk memperkasakan ekonomi Islam perlu


mementingkan aspek pengisian serta kaedah pelaksanaan dan
bukannya terletak pada niat atau perkara yang dilabelkan
sebagai Islamik semata-mata. Pemartabatan ekonomi Islam
secara pintar iaitu dengan penuh bijaksana dan
meminimumkan risiko perlu dijadikan landasan dalam usaha
untuk mencapai kejayaan. Itu yang saya tekankan. Umat Islam
mesti juga melihat kepada aspek lain selain fokus kepada
sesuatu yang baik dan niat yang suci saja”1

Gesaan memperkasakan ekonomi Islam secara lebih pintar itu dinyatakan


oleh beliau semasa merasmikan persidangan Pemintaran Peranan Ekonomi
Umat Islam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),
Putrajaya. Gesaan tersebut dibuat bertujuan untuk menggalakkan umat
Islam memiliki kepakaran dalam pelbagai sektor dan seterusnya menjadi
tulang belakang yang utuh kepada generasi hadapan.

Berdasarkan saranan tersebut, umat Islam kini perlu bergerak lebih agresif
lagi dalam menempuhi cabaran ekonomi global yang lebih mencabar ini.
Segala kekuatan yang dimiliki perlu dimaksimakan penggunaannya,
manakala segala kekurangan perlu sentiasa diperbaiki dan ditambah baik
masa ke semasa.

Menyahut cabaran dan gesaan untuk melakukan anjakan dalam aktiviti


ekonomi Islam, golongan usahawan kebanyakannya dibelenggu
permasalahan mendapatkan modal permulaan dan pengembangan.

1
Ekonomi Islam boleh dimaju secara pintar, Berita Harian, 10 Sept 2008, atas talian;
www.bharian.com.my diambil pada 11 Sept. 2008.

2
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

2
Keadaan ini lebih dirasai terutama bagi golongan usahawan baru serta
pengembangan produk ke pasaran baru. Sekiranya masalah ini tidak
diatasi akibat konflik3 yang timbul, maka idea, penyelidikan dan
pembangunan (R & D) yang dilakukan oleh usahawan akan tinggal nama
semata-mata tanpa mampu direalisasi dan dinilai daya saingnya.

Oleh itu, dalam kertas kerja ini cuba membincangkan serta mencadangkan
pemintaran yang dapat dilakukan terhadap dana masjid sebagai aset
kekuatan pembangunan ekonomi umat Islam yang lebih bersifat sejagat
dan berdaya tahan pada masa hadapan. Dengan ini, tanggapan masjid
sebagai institusi ibadat sahaja dapat dikembangkan kepada sebuah institusi
yang lebih komprehensif dan menyeluruh kepentingannya kepada
masyarakat Islam.

2.0 Institusi Masjid : Hubungan Masyarakat dan Derma.


Masjid merupakan institusi penyatuan umat Islam dalam pelbagai bidang.
Umumnya, ketika saat kegemilangan pemerintahan kerajaan Islam dahulu,
masjid dijadikan sebagai pusat rujukan utama melibatkan soal pentadbiran
kerajaan4, kewangan dan ekonomi5, keagamaan,6 perundangan,7 institusi

2
Habeb Ahmad (2002). Financing Microenterprises: An Analytical Study Of Islamic
Microeconomic Institutions, Islamic Economic Studies,V.9,N,2.
3
Dalam perniagaan, bentuk konflik yang dihadapi dapat dibahagikan kepada beberapa
teori. Antaranya ialah teori perimbangan static (static trade off theory ) dan teori susunan
pilihan (pecking order theory). Dalam perspektif Islam, konflik ini timbul akibat dari
konsep tanggungan terhad (limited liability).
4
Contoh aktiviti pemerintahan yang dilaksanakan di masjid ialah kerja-kerja perhubungan
awam, menulis surat-surat, memilih pendakwah atau utusan kepada kabilah dan raja di
luar tanah arab. Lihat dalam Joni & Che Zarrina (2002). Pembangunan Ekonomi Masjid,
dalam Seminar Pembangunan Masjid, 28 Disember 2002. Kuala Lumpur: APIUM.
5
Perkaitan masjid dan ekonomi dapat diperhatikan melalui firman Allah dalam Surah al-
Jum’ah (28):10 yang bermaksud;

“Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka


bumi, dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya
kamu beruntung”

Melalui masjid juga, nabi mengeluarkan arahan kepada gabenor-gabenor Islam untuk
melakukan pungutan cukai. Lihat dalam dalam Joni & Che Zarrina (2002). Pembangunan

3
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

sosial 8 dan sebagainya. Fungsi yang komprehensif ini menjadikan, masjid


sebagai pusat tumpuan masyarakat.

Kini, peranan yang dimainkan oleh institusi ini semakin berkurangan.


Tanggapan masyarakat terhadap peranan yang dapat dimainkan oleh
institusi masjid juga semakin mengecil9. Peranan utamanya kini adalah
sebagai institusi beribadat sahaja, manakala lain-lain peranan seperti pusat
ekonomi, sosial, kehakiman telah dikhususkan dengan penubuhan jabatan
atau agensi tertentu.

Ekonomi Masjid, dalam Seminar Pembangunan Masjid, 28 Disember 2002. Kuala


Lumpur: APIUM.
6
Peranan masjid sebagai pusat keagamaan amat jelas sekali dalam Islam. Ini ditegaskan
melalui firman Allah dalam surah an-Nur (24):36-37 yang bermaksud;
“ (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama
sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah s.w.t supaya
dimumiakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah s.w.t
padanya, di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah s.w.t
pada waktu pagi dan petang. (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang
kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli
daripada menyebut serta memperingati Allah s.w.t dan mendirikan
sembahyang serta memberi zakat, mereka takutkan hari (Kiamat) yang
padanya berbalik-balik hati dan pandangan”.
7
Contoh kes perundangan yang diselesaikan di masjid ialah kes hutang piutang antara
Ka’ab bin Malik dan Ibn al-Hadrad. Lihat dalam Joni & Che Zarrina (2002).
Pembangunan Ekonomi Masjid, dalam Seminar Pembangunan Masjid, 28 Disember
2002. Kuala Lumpur: APIUM.
8
Peranan masjid sebagai pusat kegiatan sosial dapat diambil dari hadis yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari, maksudnya;
“ Daripada Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tujuh orang yang diberikan lindungan Allah s.w.t di bawah bayangan
pada hari yang tidak ada bayangan atau naungan selainNya: Imam yang
adil, pemuda yang membesar dalam beribadah kepada Allah, seorang
lelaki yang dekat hatinya dengan masjid, bila ia keluar darinya sehingga ia
masuk kembali ke dalamnya, dua orang lelaki yang saling kasih mengasihi
antara dua orang itu kerana Allah, keduanya bertemu atas dasar itu dan
mereka berpisah atas dasar itu juga, dan seoarang lelaki yang dipanggil
oleh seorang wanita bangsawan yang cantik (untuk melakukan maksiat
walhal tidak ada yang menghalang) tetapi kerana keimanannya ia berkata :
“Sesungguhnya aku takut kepada Allah” dan seorang lelaki yang ikhlas
memberikan sedekah sesuatu dan ia menyembunyikan sedekah itu sehingga
tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya
dan seorang lelaki yang menyebut dan mengingati Allah seorang diri, maka
berlimpah keluar air matanya”.
9
Peranan masjid dipisahkan dari politik bagi tujuan penyatuan dan perpaduan umat
Islam. Pemisahan ini berlaku disebabkan unsur-unsur negatif yang wujud dalam politik
dan dibimbangi boleh meruntuhkan perpaduan ummah. Diperolehi atas talian; www.
Jais.gov.my/index.php? option=com_content&task=view&id=6088&Itemid=70, tarikh
ambil; 12 Julai 2008.

4
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Walaupun fungsi yang dimainkan oleh masjid semakin kecil, namun taraf
penghormatan masyarakat terhadapnya masih tinggi. Masjid merupakan
mihrab dan tempat berjemaah umat Islam dalam menunaikan ibadat utama
iaitu sembahyang berjemaah. Selain itu, kedudukan yang tinggi pada
pandangan umat Islam disebabkan anggota-anggota yang digunakan bagi
tujuan bersujud dalam amalan sembahyang merupakan anggota-anggota
yang mulia.10

Selain menjadikan masjid sebagai pusat peribadatan, masjid juga


menghubungkan masyarakat dengan sifat dan amalan derma dan sedekah.
Derma dan sedekah ini amat berhubungan dengan institusi ini disebabkan
ianya dianggap sebagai institusi yang menguruskan kepentingan orang-
orang Islam semasa hidup dan juga mati. Contohnya aktiviti kuliah
keagamaan, sambutan hari kebesaran Islam dan pengurusan jenazah dan
tanah perkuburan Islam. Kebiasaannya, jumlah derma dan sedekah yang
banyak dilakukan ialah pada hari Jumaat, iaitu menunaikan solat Jumaat
secara berjemaah. Oleh itu, wang yang didermakan ini dapat dinamakan
sebagai ”wang jumaat”.

Dengan demikian itu, wang jumaat yang terdiri daripada derma, sedekah
atau tabung masjid sudah sinonim dan sebati dengan masyarakat Islam
pada hari ini. Dengan wujudnya situasi sebegini, jelas membuktikan
bahawa institusi masjid mempunyai sumber dan dana hasil yang
berterusan dan dapat digunakan untuk faedah jangka panjang.11 Kesediaan
dana yang berterusan ini turut dipengaruhi oleh status Malaysia sebagai
sebuah negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

10
Joni dan Che Zarrina (2002). Pembangunan Ekonomi Masjid, dalam Seminar
Pembangunan Masjid, 28 Disember 2002. Kuala Lumpur: APIUM.
11
Fidlizan Muhammad et al (2007). Potensi Pengembangan Industri Kecil Sederhana
(IKS) Melalui Dana Masjid, dalam Prosiding Persidangan Kebangsaan Industri Kecil &
Sederhana 2007, 4-5 Disember 2007, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah.

5
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

3.0 Pengurusan Dana Masjid


Pengurusan merupakan aspek yang tidak dapat dipisahkan dalam
kehidupan manusia kini. Secara umum, pengurusan boleh ditakrifkan
sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang melalui
dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis
panduan tertentu.12

Berkaitan kepentingan pengurusan masjid pula dapat difahami dari


peristiwa yang berlaku pada zaman Rasullullah yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim yang bermaksud;13
” Dari Anas bin Malik, katanya: Pernah datang seorang Arab
dusun, lalu ia kencing di sudut masjid, lalu ia dibentak oleh
orang ramai. Maka mereka dilarang oleh Rasulullah s.a.w.
Setelah orang itu selesai kencingnya, diperintahkan oleh
Rasulullah s.a.w. mengambil setimba air, lalu disiramkan ke
atas kencingnya itu”

Peristiwa tersebut jelas menunjukkan kepentingan dan keperluan


pengurusan masjid secara bijaksana dalam apa jua bidang untuk
merealisasikan peranan institusi tersebut sebagai jantung dan nadi
masyarakat Islam.

Di Malaysia, pengurusan sesebuah masjid dikendalikan melalui integrasi


dua pasukan. Integrasi pasukan yang menguruskan masjid ini dapat
dijelaskan melalui jadual 1 di bawah;

12
Mohamad Fauzi, Pengurusan: Definsi, Sejarah dan Konsep Siri 1, atas talian
http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi-sejarah-dan-konsep-siri-
1/, tarikh diambil 15 Jun 2008.
13
Mohamed Ali Haji Atan (t.t), Pengurusan Masjid: Pengalaman Republik Singapura,
atas talian: static.scribd.com/docs/2ot21r5rphyxf.pdf, tarikh diambil 15 Jun 2008.

6
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Jadual 1: Pengurusan Masjid


Pasukan Nama Fungsi Bilangan Kaedah Perlantikan
Anggota
Pertama Ahli Jawatankuasa Merancang dan 10 – 15 orang a) Penamaan melalui
Masjid mengelolakan mesyuarat agung qariah,
semua aktiviti dan senarai diserahkan
masjid untuk pengesahan oleh
pihak Majlis
b) Melalui lantikan oleh
pihak Majlis
Kedua Pegawai-pegawai Menjalankan Imam, Dilantik oleh pihak Majlis
Masjid tugas yang khatib, bilal, dan menerima elaun
ditetapkan dan siak
tidak terlibat
dalam
pelaksanaan dan
perancangan
aktiviti masjid
Sumber: Diubaisuai dari Jaffar Ahmad et al.

Manakala, dari sudut pentadbiran masjid pula dapat digambarkan melalui


carta 1 di bawah;

7
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Berdasarkan carta di atas, tiga jawatan yang penting dalam senarai ahli
jawatankuasa masjid ialah pengerusi masjid, setiausaha dan bendahari.
Segala urusan, harta dan dana masjid adalah di bawah pengurusan mereka.
Jawatankuasa ini juga diberi kuasa oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri
untuk mengadakan kutipan wang khairat kebajikan masjid, wakaf, tanah
perkuburan dan harta milik khas dengan kebenaran Majlis. Pemberian
kuasa ini jelas dinyatakan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam atau
Undang-undang Pentadbiran Hukum Syarak yang diwartakan oleh setiap
negeri.

Perolehan dana masjid untuk tujuan pembangunan masjid tidak terhad


dengan kuasa yang diberikan sahaja. Sebagai contoh, dalam Enakmen
Pentadbiran Perundangan Negeri Selangor 1989, seksyen 58 (1), terdapat
jaminan peruntukan dan pembiayaan oleh pihak Majlis bagi menjamin
keberlangsungan pengurusan dan fungsi masjid sebagai pusat ibadat umat
Islam. Selain itu, terdapat sebilangan masjid yang memperolehi dana
melalui sumbangan dan wang zakat dari badan-badan korporat. Keadaan
ini menjadikan, terdapat sebilangan masjid yang mempunyai jumlah dana
yang banyak terutama masjid-masjid yang terletak di kawasan bandar, dan
sebilangan masjid pula sebaliknya.

Dari sudut pengurusan dana yang diperolehi, ianya bergantung kepada


wawasan dan kesungguhan jawatankuasa yang dibentuk.14 Menurut kajian
yang dilakukan, bilangan masjid yang terdapat di Malaysia adalah kira-
kira 5,000 buah pada tahun 1999. Jumlah ini diyakini telah bertambah dari
semasa ke semasa sehinggalah penulisan ini dihasilkan pada 2007. Dalam
kajian berkaitan, sebanyak 1.5 peratus atau 73 buah masjid telah dijadikan
sampel. Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat

14
Jaafar Ahmad et al, (t.t). Dana dan Harta Masjid di Malaysia: Ke arah Pengurusan
Strategik, atas talian:
http://pkukmweb.ukm.my/~hairun/kertas%20kerja/Dana%20dan%20Harta%20Masjid.p
df., tarikh ambil 6 Oktober 2007.

8
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

sebilangan masjid yang mendapat dana pendapatan sehingga RM 500,000


setahun, dan sebilangannya kurang dari RM 10,000. Dan jumlah
pendapatan terkumpul pada tahun 1999 yang diperolehi pula ialah RM 5.5
juta. Secara puratanya, didapati dana pendapatan tahunan masjid yang
dikaji adalah sebanyak RM 75,000. Selepas ditolak dengan perbelanjaan
agregat semua masjid, didapati terdapat lebihan dana yang tidak
dibelanjakan sebanyak RM 4,300,000. Kesemua wang ini kebanyakannya
disimpan oleh pihak masjid di bank-bank dan secara puratanya, setiap
masjid mempunyai simpanan RM 60,000. Menurut beliau lagi, sekiranya
bilangan masjid di Malaysia ialah 5,000 buah, maka secara kasar boleh
dianggarkan bahawa simpanan dana masjid di bank dan institusi
kewangan berjumlah RM 300 juta.

Diperhatikan dari kajian yang dilakukan, didapati kebanyakan masjid


hanya menyimpan beku pendapatan yang diperolehi tanpa digunakan serta
tidak menghasilkan pulangan yang tinggi melainkan keuntungan hasil dari
simpanan di institusi kewangan semata-mata.

Melihatkan jumlah wang yang dimiliki begitu banyak, beberapa pengkaji


telah mencadangkan beberapa idea bagi memajukan dana tersebut.
Antaranya;15
i) Merangka Skim Pelaburan Masjid
ii) Membentuk koperasi masjid
iii) Pelaburan dalam sektor hala sebagaimana institusi
kewangan moden
iv) Pelaburan dalam hartanah
v) Pelaburan dalam pengurusan dan perkhidmatan

Bertitik tolak dari cadangan yang disarankan ini, maka kertas kerja ini
mencadangkan langkah yang boleh dilaksanakan bagi merealisasikannya.

15
Lihat dalam Joni dan Che Zarrina (2002). Op Cit. dan Jaafar Ahmad et. Al (t.t). Op cit.

9
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Langkah yang dicadangkan ini merupakan cadangan secara kasar, dan


boleh dianggap sebagai garis permulaan dalam mengorak dan mengatur
prosedur yang lebih baik pada masa hadapan.

4.0 Mobilisasi Dana Masjid


Sumber dana yang dimiliki oleh masjid adalah berbeza dengan dana yang
diuruskan dalam institusi kewangan dan perbankan. Ini kerana, dana
dalam institusi kewangan dipengaruhi oleh liabiliti pendeposit atau
penyimpan dan juga pemegang-pemegang saham. Oleh itu, pengurus
institusi kewangan mempunyai kekangan dalam membelanja dan
melaburkan wang bersesuaian dengan risiko yang dihadapi.

Sebaliknya dalam dana masjid yang dibentuk melalui kumpulan wang-


wang derma dan wang sumbangan pada hari Jumaat, pengurus masjid
tidak dibebani dengan liabiliti kepada penderma atau penyumbang.
Namun, keadaan ini tidak menunjukkan bahawa dana masjid boleh
dibelanja tanpa diuruskan secara bertanggungjawab. Ini kerana, liabiliti
tersirat yang ditanggung oleh pengurus dana masjid ini lebih besar
seandainya masyarakat mengetahui berlaku penyelewengan dan salah
guna kuasa.

Berdasarkan kelebihan inilah, dana masjid sewajarnya digunakan untuk


tujuan yang lebih meluas dan tidak tertakluk kepada aktiviti tradisional
semata-mata. Ianya dapat digunakan bagi membentuk dana kelompok dan
membantu usahawan khususnya usahawan muslim dalam memulakan dan
mengembangkan bidang perniagaan yang bertepatan dan diperlukan oleh
masyarakat Islam.

Pembentukan dan mobilisasi dana ini penting dalam konteks kini sebagai
memenuhi tuntutan agama yang mengharamkan amalan riba. Tuntutan ini

10
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

dapat dipenuhi dengan wujudnya jalinan kerjasama dan bantu membantu


atas dasar ketakwaan sebagaimana firman Allah yang bermaksud;

"Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan


janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa, dan
permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras
dalam pembalasan sewajarnya" (5:2)

Berdasarkan ayat di atas juga, dapat dihuraikan pada bahagian seterusnya


langkah-langkah dalam membentuk dan memobilisasi dana usahawan
muslim agar dana yang dibentuk dapat diurus dengan cekap dan memberi
pulangan yang meluas bukan sahaja penduduk qariah pada kebiasaannya,
tetapi dimanfaatkan melebihi dari sempadan daerah dan negeri.

Dalam membentuk dana yang mencukupi, konsep koperasi boleh


diaplikasikan. Konsep koperasi ini adalah selaras dengan ayat al-Quran di
atas yang menganjurkan sifat tolong menolong. Kepentingan koperasi
memang diakui pada peringkat ekonomi negara pada masa kini sebagai
16
sektor ketiga terpenting dalam pembangunan negara. Kesempatan ini
wajar diambil peluang oleh institusi-institusi masjid yang kini berdiri dan
bergerak secara sendirian dalam pengurusan dana untuk bergerak secara
bersama-sama dan bersedia mengubah corak pengurusan kewangan lama
iaitu deposit dan simpanan tetap sahaja kepada pengurusan kewangan
yang baru seperti pembiayaan perniagaan, pelaburan aset-aset dan
sebagainya. Oleh itu, fasa pertama dalam menjayakan dana usahawan
muslim ini memerlukan kerjasama dan komitmen keseluruhan institusi
masjid untuk berada di bawah satu badan koperasi.

Dengan tertubuhnya institusi koperasi yang menggabungkan institusi-


institusi masjid ini, maka wang derma atau ”wang jumaat” yang diterima

16
Koperasi Boleh Bangunkan Modal Insan, Berita Harian, 16 Jun 2008.

11
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

oleh setiap institusi masjid akan dialirkan dalam jumlah atau nisbah
tertentu untuk diuruskan oleh koperasi, manakala bakinya akan diuruskan
oleh pihak masjid sendiri untuk tujuan keagamaan dan tujuan semasa yang
diperlukannya. Dengan ini, didapati bahawa wang yang didermakan oleh
masyarakat Islam bukan sahaja digunakan untuk faedah setempat, bahkan
melalui aliran yang dibuat kepada institusi koperasi, pihak penderma
melalui proksi institusi masjid dapat melakukan dan menambah pahala
kebaikan kepada masyarakat yang lebih umum.

Berdasarkan penyertaan institusi masjid dalam kelompok koperasi ini,


jumlah perolehan hasil kepada masjid juga akan semakin besar pada masa
hadapan.17 Ia akan dinikmati melalui pulangan hasil atau agihan
keuntungan koperasi bagi setiap institusi masjid yang menyertai koperasi
ini.

Dengan terbentuknya koperasi dan kemasukan dana yang berterusan dari


institusi masjid ini, perancangan pelaburan yang akan dilaksanakan oleh
pihak yang dipertanggungjawabkan dalam badan koperasi lebih mudah
dilaksanakan. Koperasi boleh melantik panel pelaburan yang berkelayakan
bagi membuat kajian, penilaian, semakan, pemantauan dan sebagainya
terhadap bidang-bidang keusahawanan yang dipohon atau dicadangkan
untuk dilaksanakan oleh usahawan muslim.

Bagi bidang-bidang keusahawanan yang dipohon dan diklasifikasikan


berdaya saing, maka konsep pembiayaan dapat dilaksanakan. Model-
model muamalah yang digunakan dalam institusi perbankan Islam boleh
diadaptasi dalam pemberian pembiayaan ini. Memandangkan dana yang
diperolehi ini tidak mempunyai liabiliti kepada penderma asal dalam

17
Justifikasi ini dibuat berdasarkan pemerhatian perbandingan terhadap pulangan
keuntungan yang diberikan oleh institusi perbankan dan kewangan dalam sektor deposit
dan simpanan tetap dengan institusi koperasi. Secara purata, kadar keuntungan perbankan
ialah dalam lingkungan 3-5 peratus berbanding keuntungan koperasi 10-17 peratus.

12
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

konteks perakaunan kewangan, maka kadar keuntungan pembiayaan yang


ditawarkan kepada usahawan hendaklah berada pada tahap yang rendah
dan tidak membebankan18.

Manakala, bagi aktiviti keusahawanan yang dijangkakan mempunyai


prospek jangka panjang atau memberikan impak tinggi, usahawan yang
dikenalpasti berkelayakan dapat dibiaya melalui konsep mudharabah atau
musyarakah. Dengan ini, aktiviti dan bidang keusahawanan yang asalnya
sukar untuk dilaksanakan kesan dari kos yang tinggi dan sebagainya dapat
direalisasikan dan dikembangkan pada masa depan.
Selain dari bantuan biaya modal, dana yang dikumpulkan ini dapat
dipelbagaikan kegunaannya. Pembelian aset-aset yang berdaya saing dan
terletak di kawasan-kawasan bandar untuk disewakan kepada usahawan
dapat memberikan kesan limpahan yang lebih besar lagi sama ada dalam
bentuk penyediaan peluang pekerjaan tambahan dan menyediakan
keperluan barangan yang bertepatan dengan tuntutan agama terutamanya
melibatkan premis-premis barangan makanan, sembelihan dan sebagainya.

Dengan ini, boleh dikatakan bahawa mobilisasi wang dari tempat yang
kecil dan dari jumlah yang kecil, sekiranya digerakkan secara sistematik,
dapat memberikan kemudahan dan impak kepada masyarakat ruang yang
lebih luas. Gambaran mobilisasi ”wang jumaat” kepada manfaat sejagat
khususnya dalam aktiviti keusahawanan yang dibincangkan di atas dapat
diperhatikan melalui Rajah 1 di bawah.

18
Dicadangkan, kadar keuntungan yang diletakkan mestilah lebih rendah dari kadar
keuntungan yang diletakkan oleh intitusi kewangan dan perbankan, iaitu kadar
keuntungan yang ditawarkan dapat menampung kos pengurusan dan mendapat sedikit
keuntungan.

13
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Rajah 1: Cadangan Prosedur Memobilisasi Dana / Derma Masjid

Derma Derma Derma


Individu A Individu B Individu C

M MASJID
O A
B
I A
L G
I I
S H
Bahagian Bahagian
A A
Dana 1 Dana 2
S N
I
U
D N
A Kegunaan dan Dilabur sebagai T
N keperluan sumbangan tetap U
A perbelanjaan dan ahli koperasi N
Pengurusan Masjid G
& semasa
D
E
R
KOPERASI
M
MASJID
A U
N
T
U
N
Panel G
Pelaburan @
H
A
S
I
L
Pembiayaan Sewaan
Aset

FAEDAH MOBILISASI DANA

MASYARAKAT QARIAH MASYARAKAT QARIAH


& LUAR QARIAH

14
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

5.0 Kesimpulan
Umat Islam dianugerahkan bukan sahaja dengan anugerah agama yang
terpuji dan tinggi, bahkan Allah s.w.t. juga menyediakan sumber yang
mencukupi untuk dimanfaatkan. Walau bagaimanapun, kesan penjajahan
minda yang berlaku menyebabkan berlaku pemetakan dalam bidang-
bidang yang dipelajari sehingga menimbulkan salah faham dan kekeliruan.
Dengan lain perkataan, berlaku pengasingan antara hal dunia dan akhirat
dengan momokan kedua-duanya tidak dapat berdiri seiringan.

Oleh itu, dorongan untuk mengembalikan peranan yang lebih banyak


kepada institusi masjid perlu digerakkan dalam pelbagai bidang dan tidak
terhad kepada bidang keagamaan semata-mata.

Dalam usaha menjadikan masjid sebagai pusat kewangan atau penyedia


dana khususnya kepada usahawan muslim, langkah awal yang boleh
diwujudkan ialah mengadakan kerjasama antara institusi-institusi masjid
di bawah satu badan koperasi. Dengan wujudnya badan sebegini, pakar-
pakar berkelayakan dapat mengesyorkan idea perniagaan dan sebagainya
yang dapat dimajukan oleh usahawan muslim. Dengan ini, impak atau
kesan limpahan yang lebih melebar dapat berlaku melalui dana yang
disediakan seperti peluang pekerjaan baru, tempat yang strategik, makanan
dan keperluan masyarakat yang bertepatan dengan syarak dan sebagainya.

Paling utama, melalui aliran dana ini, manfaat yang diterima bukan sahaja
terhad kepada masyarakat setempat, tetapi dimanfaatkan oleh entiti
masyarakaat yang lebih menyeluruh.

Walaupun cadangan mengalirkan atau menggerakkan dana masjid ini


mudah untuk dilakarkan secara rajah, namun pencapaian pelaksanaannya
memerlukan banyak kajian susulan. Antara kajian yang perlu dilakukan
ialah berkaitan dengan bidang kuasa dan undang-undang kerana ia

15
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri. Melihatkan banyaknya negeri-


negeri di Malaysia ini, kemungkinan terdapat perbezaan dari segi
perundangan. Selain itu, pandangan pakar-pakar agama juga amat perlu
bagi menentukan status dan kedudukan wang yang didermakan di masjid
dijadikan sebagai dana pelaburan dan kemudiannya dilaburkan.

Banyak lagi persoalan yang perlu dirungkai bagi merealisasikan cadangan


atau langkah awal ini. Namun, model awal ini dapat dijadikan platform
dalam menguruskan dana masyarakat Islam ke arah yang lebih baik dan
dapat dinikmati oleh keseluruhan masyarakat tanpa membezakan tempat
dan sempadan.

16
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Rujukan
Badrul Nizam Ahmad et al, 2007, Konsep dan Peranan Masjid: Analisa
Pendapatan dan Perbelanjaan, Tugasan Semester 07/08. Tanjong Malim:
UPSI.
Fidlizan Muhammad et al (2007). Potensi Pengembangan Industri Kecil
Sederhana (IKS) Melalui Dana Masjid, dalam Prosiding Persidangan
Kebangsaan Industri Kecil & Sederhana 2007, 4-5 Disember 2007, Sutera
Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah.
Habeb Ahmad (2002). Financing Microenterprises: An Analytical Study
Of Islamic Microeconomic Institutions, Islamic Economic
Studies,V.9,N,2.
Jaafar Ahmad et al, t.t, Dana dan Harta Masjid di Malaysia: Ke Arah
Pengurusan
Strategik.http://pkukmweb.ukm.my/~hairun/kertas%20kerja/Dana%20dan
%20Harta%20Masjid.pdf
Joni Tamkin Borhan dan Che Zarrina Sa’ari, 2002. Pembangunan
Ekonomi Masjid, Seminar Pembangunan Masjid, 28 Disember 2002,
Kuala Lumpur: APIUM.
Lokman Ismail, 2007.Masjid Pusat Komuniti Masyarakat Pelbagai
Bidang, Berita Harian (Agama), 5 November 2007.
Lokman dan Musa, 1996. Pengantar Sains Pengurusan Masjid. Melaka:
Majlis Agama Islam Melaka dan Kolej Islam Melaka.
Mohamed Ali Haji Atan (t.t), Pengurusan Masjid: Pengalaman Republik
Singapura, atas talian: static.scribd.com/docs/2ot21r5rphyxf.pdf.

17
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Mohamad Fauzi, Pengurusan: Definsi, Sejarah dan Konsep Siri 1, atas


talian http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi-
sejarah-dan-konsep-siri-1/
Koperasi Boleh Bangunkan Modal Insan, Berita Harian, 16 Jun 2008, atas
talian;www.bharian.com.my.
Ekonomi Islam Boleh Dimaju Secara Pintar, Berita Harian, 10 Sept 2008,
atas talian ;www.bharian.com.my.

18

Anda mungkin juga menyukai