Anda di halaman 1dari 23

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Pembangunan Usahawan Asnaf Melalui Bantuan Dana Dan


Latihan Lembaga Zakat Selangor : Satu Sorotan

Mohd Abd Wahab Fatoni bin Mohd Balwi,


Ahmad Sufyan bin Che Abdullah, Adibah Hasanah binti Abd Halim
dan Norhalyani binti Mohamad
Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya

1.0 Pendahuluan
Zakat telah memainkan peranan yang besar dalam ekonomi umat Islam
khususnya di Malaysia. Agihan wang zakat secara efektif boleh memberi
keseimbangan dari aspek pembangunan ekonomi di kalangan masyarakat.
Perkembangan institusi pengurusan zakat dan tahap profesionalisme yang
tinggi juga telah menjadikan mereka disegani dan menjadi contoh kepada
institusi-institusi agama yang lain. Reaksi positif daripada ini adalah
keyakinan dan sokongan umat Islam terhadap institusi zakat. Natijahnya
adalah kutipan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun dan kesedaran
mengenai kewajipan berzakat yang semakin tinggi.

Institusi-institusi zakat sekarang cuba mengenal pasti dan mencari alternatif


yang terbaik dalam mengagihkan wang zakat supaya dapat menjana
pendapatan asnaf zakat disamping dapat meningkatkan ekonomi ummah.
Oleh itu dari segi pengagihan, zakat telah dipelbagaikan dari segi bentuk
bantuan dan pentakrifan asnaf juga diperluaskan sejajar dengan keperluan
semasa. Sebagai contoh pembiayaan pelajaran semakin diperbanyakkan
dan bantuan kepada fakir dan miskin juga dalam bentuk yang pelbagai
termasuk bantuan modal perniagaan, rumah dan sebagainya. Pendekatan ini
terbukti lebih baik jika dibandingkan dengan pemberian wang semata-mata
kerana asnaf dapat berusaha sendiri memulihkan kehidupan diri dan

1
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

keluarga disamping dapat menggalakkan asnaf daripada tidak terus


bergantung kepada wang zakat.

Dalam membiayai dan melatih asnaf dalam bidang perniagaan, beberapa


buah negeri telah mengambil langkah yang positif dengan memperkenalkan
program khusus bagi asnaf yang mempunyai potensi berniaga. Ini
termasuklah Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan beberapa
buah negeri lain. Bantuan yang diberikan biasanya dalam bentuk khidmat
nasihat dan pembiayaan kecil. Hasilnya, sebahagian peserta yang terlibat
berjaya keluar daripada kelompok kemiskinan.

Di Selangor, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) atau LZS merupakan


sebuah institusi zakat yang berperanan dalam membangunkan para asnaf di
Negeri Selangor untuk menjadi usahawan. Pelbagai program/ aktiviti yang
dijalankan oleh LZS yang bertujuan untuk membangunkan para asnaf.
Akademi Zakat Selangor (AZAS) berperanan penuh dalam menguruskan
dan menyelia setiap operasi yang dijalankan. Bagi memastikan kelicinan
operasi-operasi dalam program keusahawanan ini Jabatan Pembangunan
Asnaf pula ditubuhkan yang bertujuan untuk memantau secara dekat
program-program yang telah dilaksanakan.

2.0 Peranan Yang Dimainkan Oleh Lembaga Zakat Selangor


Untuk Melahirkan Usahawan Dikalangan Asnaf
Antara usaha yang ditunjukkan oleh LZS dalam melahirkan usahawan di
kalangan asnaf adalah dengan mencari dan menyelidiki asnaf yang layak
dan berkebolehan untuk dibangunkan menjadi usahawan. Seterusnya, LZS
akan memberi pendedahan dan pendidikan yang secukupnya kepada para
asnaf untuk mengenali dunia keusahawanan.1 Di samping itu, bakal

1
Akhtar Sahari (2007). Program Keusahawanan Cerahkan Masa Depan Asnaf. Asnaf. h. 6.

2
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

usahawan juga didedahkan dengan pelbagai kursus untuk memantapkan


lagi pengetahuan dalam bidang perniagaan.

Seterusnya, para asnaf ini akan diberikan bantuan modal perniagaan dan
modal pusingan. Dengan bantuan bahagian penyelidikan, LZS akan
memastikan perniagaan yang dipilih mampu berkembang dengan baik dan
akan terus mengadakan pemantauan pada setiap aktiviti yang dijalankan
oleh asnaf tersebut bagi memastikan usaha yang dijalankan bergerak
lancar.2

Bagi memastikan produk-produk yang dihasilkan diterima umum, LZS


akan membuat penyelidikan pada setiap produk yang dihasilkan dan akan
membantu memperbaikinya sekiranya terdapat kelemahan pada produk
tersebut. Di samping itu, pihak LZS turut melantik konsultan khas bagi
membuat pemantauan secara dekat dari permulaan perniagaan sehingga
berjaya.3 Selain itu, pihak LZS juga mengadakan kerjasama dengan badan-
badan kerajaan yang turut serta dalam program pembangunan usahawan
untuk sama-sama membangunkan usahawan di kalangan asnaf.

Dapat dilihat bahawa pihak LZS telah berupaya mencari jalan bagi
membangunkan asnaf-asnaf di Negeri Selangor untuk menjadi usahawan.
Ini akan mengurangkan kebergantungan asnaf dengan bantuan zakat. Hal
ini selari dengan objektif LZS iaitu untuk membasmi kemiskinan di Negeri
Selangor dan meningkatkan sosioekonomi ummah.

2
Ibid.,
3
Ibid.,

3
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

3.0 Kursus Yang Perlu Diikuti Oleh Bakal Usahawan


Asnaf yang berpotensi perlu mengikuti kursus yang ditetapkan oleh pihak
LZS sebelum diberi modal perniagaan. Dalam menentukan kursus yang
perlu diikuti, golongan asnaf telah dibahagikan kepada dua kelompok.
Kelompok pertama adalah mereka yang tidak pernah menjalankan
perniagaan. Kelompok ini dikehendaki mengikuti kursus yang berbentuk
membina jati diri para asnaf yang dikenali sebagai “Kursus Hijrahku Bina
Insan”. Dalam kursus tersebut mereka akan dinilai melalui ujian yang
dikenali sebagai ujian personaliti.4

Setelah itu, pihak LZS akan dapat menentukan golongan asnaf yang
berminat untuk menjalankan perniagaan dan asnaf yang tidak berminat
untuk berniaga. Golongan yang berminat akan diserapkan ke kursus yang
seterusnya iaitu kursus keusahawanan yang diberi nama “Kursus Hijrah
Niaga”. Asnaf yang mengikuti kursus ini akan melalui 2 kursus hijrah niaga
iaitu kursus asas keusahawanan yang diberi nama ‘Suq al-Majinah’ dan
seterusnya kursus lanjutannya iaitu ‘Suq al-Ukaz’. Melalui kursus-kursus
ini, potensi bakal usahawan ini akan dicungkil dengan lebih terperinci.

Manakala bagi golongan yang tidak berminat untuk menjalankan


perniagaan, mereka akan diserapkan ke kursus kemahiran seperti
kemahiran memasak, kemahiran menjahit, kemahiran membuat kraftangan
dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran
kepada asnaf tersebut agar dapat mengubah kehidupan mereka nanti.

Asnaf yang telah menghadiri kursus keusahawanan dan dikenalpasti benar-


benar berkesungguhan dan mahu berdikari, mereka akan diberi kursus-
kursus lanjutan. Program ini dikenali sebagai program perintis yang

4
Mohd Sabri Mat Nor, Ketua Jabatan Pembangunan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor.
Temubual pada 4 April 2008.

4
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

bertujuan untuk memantapkan lagi pengetahuan dalam bidang yang ingin


diceburi. Setelah itu, bantuan modal perniagaan akan diberikan. Begitu juga
bagi kelompok yang kedua iaitu asnaf yang telah pun berniaga, mereka
juga akan diberi bantuan modal tambahan bagi membolehkan mereka
mengembangkan perniagaan mereka.

Selepas diberi bantuan modal permulaan perniagaan, asnaf-asnaf ini akan


terus diberi kursus tentang cara-cara mengendalikan perniagaan. Mereka
perlu mengikuti kursus berkaitan perakaunan, pemasaran, komunikasi,
pengurusan operasi pengeluaran dan sebagainya bagi memastikan
perniagaan yang dijalankan akan terus maju.5 Selain daripada kursus yang
dianjurkan oleh LZS, mereka juga didedahkan dengan kursus lanjutan
keusahawanan yang dikendalikan oleh agensi luar seperti MARDI, MARA,
UPEN dan sebaginya.6

5
Mohd Sabri Mat Nor, Ketua Jabatan Pembangunan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor.
Temubual pada 4 April 2008.
6
Siti Fatimah Azzuhara Sidek (2007), Usahawan Asnaf Zakat Bukan Sekadar Terima
Bantuan. Asnaf. h. 10.

5
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Asnaf yang tidak pernah berniaga

Kursus Hijrahku Bina Asnaf yang tidak


Insan minat berniaga

Asnaf yang berminat berniaga Kursus Kemahiran

Kursus Hijrah Niaga


‘Suq al-Majinah’

Kursus Hijrah Niaga


‘Suq al-Ukaz’
Program Perintis
Asnaf yang telah berniaga

BANTUAN MODAL

Kursus lanjutan tentang


ilmu perniagaan

Rajah 4.1 : Aliran kursus yang perlu diikuti oleh usahawan asnaf

6
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

4.0 Bentuk Bantuan Yang Diberikan


Bentuk bantuan yang diberikan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
seperti:7

i) Membelikan barangan atau perkakasan yang diperlukan untuk


memulakan aktiviti ekonomi yang dipohon
ii) Menyediakan prasarana yang diperlukan seperti tapak sawah,
tapak gerai, bengkel dan sebagainya.
iii) Pemberian wang tunai sebagai pusingan modal.

Bantuan modal yang disediakan adalah untuk pelbagai aktiviti yang dilihat
berdaya maju dan mampu berkembang seperti:8

i) modal perniagaan
ii) modal perikanan
iii) modal pertaniaan
iv) modal penternakan
v) modal pusingan

5.0 Kadar Bantuan


Lembaga Zakat Selangor (MAIS) hanya memberi modal perniagaan
sebanyak RM 5000 pada permulaan perniagaan. Sekiranya perniagaan
dilihat semakin maju, pihak LZS akan memberi modal tambahan sebanyak
RM 5000 lagi. Secara umumnya, bantuan modal diberikan berjumlah
diantara RM 2000 hingga RM 50 000. Kadar ini adalah bergantung kepada
jenis perniagaan yang dijalankan.

7
Bantuan Modal Menjana Usahawan Asnaf (2007). Op.cit., h. 24.
8
Ibid.

7
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Modal yang diberi oleh pihak LZS adalah modal hangus yang tidak perlu
dibayar balik oleh para usahawan. Para usahawan juga akan dibantu dalam
menyediakan kertas kerja bagi mendapatkan dana luar sekiranya modal
yang diberi masih tidak mencukupi.

Pihak LZS juga menyediakan bantuan modal dalam projek khas yang
dilaksanakannya iaitu perniagaan yang memerlukan modal besar. Modal
dalam perniagaan ini berjumlah RM50 000 sehingga RM100 000.9 Walau
bagaimanapun, dalam projek ini hal-hal pengurusan kewangan adalah
dilaksanakan oleh pegawai akaun yang dilantik oleh LZS.

6.0 Projek Yang Dianjurkan Oleh Lembaga Zakat Selangor

i) Projek IKS Desa Kasih / Desa Ihsan


LZS telah menyediakan program usahawan di Desa Ehsan dan Desa Kasih
yang dikenali sebagai projek pertanian tanaman kontan yang diusahakan di
Desa Ehsan Permatang Pasir, Banting dan di Desa Kasih Sungai Kajang,
Tanjung Karang Selangor. Antara bidang pertanian yang telah diusahakan
oleh asnaf atas bantuan LZS seperti mengusahakan sawah padi, tanaman
sayur-sayuran dan lain-lain.10

Selain itu, terdapat juga projek perusahaan makanan seperti mee kuning,
keropok lekor, kerepek dan sebagainya.11 Asnaf-asnaf yang terpilih akan
menguruskan projek tersebut secara berkelompok sambil dipantau secara
dekat oleh pihak LZS.

9
Sity Fatimah Azzuhara Sidek (2007), op.cit., h. 10.
10
Ahmad Shahir Mokhtar (2007, Mei). Paradigma Pengurusan Institusi Zakat :
Pengalaman Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Kertaskerja dibentangkan dalam
Persidangan Cukai dan Zakat Kebangsaan, PWTC, Kuala Lumpur. h. 15.
11
Sity Fatimah Azzuhara Sidek (2007), op.cit., h. 11.

8
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

ii) Projek Bengkel Jahitan


Setakat ini, LZS telah menubuhkan tiga bengkel jahitan. Bengkel Jahitan
yang pertama ditubuhkan di Tanjung Karang pada tahun 1997. Bengkel
Jahitan yang kedua ditubuhkan di Hulu Selangor dan di Taman Sri Manja,
Petaling Jaya.

Setiap bengkel mempunyai antara 10 hingga 15 orang peserta yang terdiri


daripada asnaf miskin. Mereka terdiri daripada kaum wanita yang
mempunyai tanggungan keluarga yang besar dan juga ibu-ibu tunggal yang
tidak mempunyai pendapatan lain.

Peserta-peserta ini ditugaskan untuk menjahit pakaian seragam sekolah


bagi tujuan agihan kepada anak-anak fakir miskin yang lain. Ia diuruskan
dan dipantau sepenuhnya oleh LZS di bawah Unit Pengurusan Usahawan,
Bahagian Pembangunan Ekonomi, JPA. Objektif penubuhan projek
bengkel jahitan ini adalah bertujuan untuk:12

• Membantu menambah pendapatan melalui pembayaran upah


jahitan pakaian.
• Melatih asnaf sehingga mampu berdikari dan menjadi usahawan
dalam bidang jahitan.

iii) Projek Penternakan Berkelompok


Projek penternakan berkelompok juga merupakan salah satu projek anjuran
LZS kepada asnaf-asnaf yang berkelayakan dalam bidang ini. Asnaf-asnaf
yang dipilih akan menjalankan aktiviti ini secara berkelompok dengan
bantuan dan tinjauan daripada pihak LZS bagi memastikan modal yang
dikeluarkan mendapat pulangan. Antara projek berkelompok yang telah
dijalankan adalah seperti projek penternakan ikan air tawar.13

12
Lembaga Zakat Selangor, http://www.e-zakat.com.my, 23 Febuari 2008.
13
Ahmad Shahir Mokhtar (2007, Mei). h. 15.

9
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

iv) Projek D’ Asnaf Kraf (ibu-ibu tunggal asnaf)

Merupakan salah satu projek asnaf yang diusahakan dengan konsep


'Homebase' sebagai salah satu usaha untuk menambah pendapatan asnaf
fakir dan miskin. Peserta-pesertanya terdiri daripada kaum wanita yang
majoritinya ibu-ibu tunggal. Projek ini telah dimulakan secara kecil-kecilan
sejak tahun 2003 dan produk yang mula-mula dihasilkan adalah kraftangan
yang diperbuat daripada kertas terpakai (suratkhabar dan majalah). Selain
itu, produk seperti tasbih dan aksesori wanita telah mula dihasilkan.
Banyak lagi produk-produk kraf yang bakal dihasilkan. Objektif LZS
mewujudkan projek D’ Asnaf Kraf ialah untuk14:

• Membantu menambah pendapatan melalui aktiviti homebase.


• Membentuk jati diri asnaf dalam melahirkan usahawan kraf
dalam usaha meningkatkan taraf hidup.

vi) Projek ‘Mobile Entrepreneur’

Projek ini adalah projek perniagaan bergerak. Pihak LZS akan memberikan
sebuah kenderaan yang dilengkapi dengan kesesuaian peralatan perniagaan
mereka.15 Antara kriteria mereka yang layak mendapat bantuan ini adalah
golongan asnaf yang mempunyai perniagaan sedia ada, berdaya maju dan
proaktif untuk membebaskan diri daripada kemiskinan.

Dalam program perintis, sebanyak 10 orang asnaf diberikan sebuah lori


yang akan menjalankan perniagaan berasaskan makanan secara bergerak.
Sekiranya terdapat majlis-majlis tertentu, mereka akan bergerak
menjalankan perniagaan di majlis tersebut.

14
Lembaga Zakat Selangor, http://www.e-zakat.com.my, 23 Febuari 2008.
15
Akhtar Sahari (2007). Op.cit., h. 6.

10
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Kumpulan asnaf ini perlu menghantar laporan kewangan dan laporan


aktiviti perniagaan mereka serta menghadiri mesyuarat, pada setiap bulan.
Ini bertujuan supaya pihak LZS dapat melihat perkembangan dan
peningkatan mereka.16

vii) Kedai Dobi

Projek yang telah dijalankan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS) ialah
mewujudkan satu Pusat Perkhidmatan Dobi yang dikendalikan sepenuhnya
oleh para asnaf dan dipantau oleh LZS. Pada masa ini terdapat sebuah pusat
perkhidmatan dobi yang dikenali sebagai " DOBI POINT".17 LZS telah
membantu sepenuhnya dalam penubuhan kedai ini. Asnaf yang terlibat
hanya perlu membangunkan perniagaan tersebut sehingga berjaya.

viii) Kedai Bakery

D’ Norm Delight dan Deli3 ialah kedai menjual roti yang telah diwujudkan
dan dikawal sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor. LZS akan
menguruskan bahagian kewangan dan akaun perniagaan ini manakala
pengurusannya adalah diuruskan oleh asnaf yang terpilih.

Perniagaan ini telah diberi bantuan modal sebanyak RM50,000 di awal


penubuhannya. LZS telah menyediakan bangunan yang sesuai beserta
peralatan yang lengkap sebelum perniagaan dijalankan.

Antara projek lain yang diusahakan oleh LZS untuk para asnaf seperti18 :

a) Projek pusat sembelihan dan ternakan ayam.


b) Projek ternakan kambing dan juga penubuhan MAIS Mart.

16
Izyan Liyana Mohd Darif (2008, Feb 13) Kegigihan Asnaf Kuaz. Kosmo On-line.
17
Lembaga Zakat Selangor, http://www.e-zakat.com.my, 23 Febuari 2008.
18
Laporan Majlis Agama Islam Selangor, ( 2008, Febuari 13) Lihat
http//:www.mais.gov.my.

11
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

c) Produk-produk IKS termasuk pembungkusan dibawah tanda


perniagaan MAIS.
d) Kerjasama dengan YADIM bagi mengimport daging korban di
India.
e) Projek pembangunan pusat perniagaan MAIS di Kampung Melayu
Subang.

ix) Pasar Rakyat Asnaf

LZS telah berjaya melaksanakan projek ekonomi berkelompok di bawah


program pembangunan ekonomi iaitu Pasar Rakyat Asnaf. Pasar ini
menjual bahan basah seperti pelbagai jenis ikan, daging, ayam, buah-
buahan dan sebagainya. Pasar ini dibuka pada setiap hari Sabtu dari jam 7
pagi sehingga 1 tengah hari. LZS menyediakan suntikan modal antara
RM500 hingga RM2000 kepada asnaf di samping menyediakan khemah,
meja dan sebagainya yang bernilai hampir RM30 000.

Barang-barang yang dijual ini adalah daripada barang perusahaan asnaf itu
sendiri. Pada 3 bulan pertama, pihak LZS sendiri yang akan mengambil
para asnaf ini ke pasar tersebut untuk memasarkan produk mereka dan
menghantar pulang selepasnya.19

x) Program D’ Asnaf Edar

Kewujudan D’ Asnaf Edar merupakan salah satu inovasi LZS yang


berperanan sebagai pusat pengumpulan produk-produk asnaf yang
bertujuan untuk membantu memasarkan beberapa produk makanan ringan
yang dihasilkan oleh asnaf-asnaf sendiri. Misi penubuhan D’ Asnaf Edar
adalah untuk merintis jalan memperkenalkan dan memajukan produk-
produk pembuatan asnaf penerima zakat ke pasaran terbuka dalam dan luar

19
Mohd Sabri Mat Nor, Ketua Jabatan Pembangunan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor.
Temubual pada 22 Febuari 2008.

12
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

negara dengan satu jenama iaitu Kumpulan Usahawan Asnaf Zakat


(KUAZ).20

7.0 Pemantauan Terhadap Aktiviti Asnaf


Setiap aktiviti yang dijalankan oleh asnaf akan sentiasa dipantau secara
dekat. Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap aktiviti berjalan dengan
baik. Bagi memastikan kejayaan perniagaan asnaf terbabit, pihak LZS
melantik beberapa orang pegawainya untuk memantau setiap aktiviti para
asnaf.21 Pantauan dilakukan sejak asnaf tersebut menerima bantuan modal
sehinggalah mereka berjaya membangunkan perniagaan masing-masing.

Di samping itu, LZS juga telah melantik konsultan luar atau perunding
yang berkelayakan untuk membuat pemantauan dalam bidang perniagaan
yang diceburi oleh asnaf. Pemantauan secara dekat ini akan dilakukan
selama setahun.22 Seterusnya, atas cadangan pihak konsultan ini juga asnaf
yang berjaya akan dikeluarkan daripada kelompok asnaf.

Setelah perniagaan yang dijalankan semakin kukuh, mereka akan


dikeluarkan daripada kelompok asnaf dan akan dibiarkan berdikari dalam
menguruskan operasi perniagaan sepenuhnya tanpa bantuan pihak LZS
lagi.

8.0 Program Latihan Hijrah Niaga Lembaga Zakat Selangor


Program Latihan Hijrah Niaga Lembaga Zakat Selangor terbahagi kepada
dua iaitu Kursus Usahawan Suq Al-Majinah dan Kursus Suq Al-Ukaz.
Kursus usahawan Suq Al-Majinah merupakan program awal yang

20
Zuarida Mohyin (2008, Febuari 13), D’ Asnaf Edar Pasarkan Produk Asnaf Secara
Terancang. Utusan Malaysia On-line.
21
Akhtar Sahari (2007). Op.cit., h. 6.
22
Sity Fatimah Azzuhara Sidek (2007), op.cit., h. 11

13
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

dijalankan oleh Lembaga Zakat Selangor sebelum membimbing para asnaf


menjadi usahawan. Kursus ini adalah kursus asas yang mendedahkan
kepada peserta mengenai konsep keusahawanan dan bagaimana seseorang
individu itu boleh menjadi seorang usahawan. Nama ‘Suq Al-Majinah’ ini
diambil bersempena nama sebuah pasar yang menjadi tempat usahawan-
usahawan di negeri Mekah menjalankan perniagaan mereka secara kecil-
kecilan sejak zaman jahiliyyah lagi.

Program ini dirangka untuk menerangkan kepada peserta peringkat-


peringkat yang perlu dilalui untuk memulakan perniagaan. Ini termasuklah
memahami definasi keusahawanan, ciri-ciri, peluang dan cabaran
keusahawanan serta memepelajari bagaimana menyediakan pelan
perniagaan. Di sepanjang program ini, peserta akan mempraktikkan
kemahiran kognitif, interaktif dan kerjasama pasukan (teamwork) serta
pemikiran kreatif, penyelesaian masalah dan komunikasi di dalam
mencapai objektif program.

Manakala Kursus Suq Al-Ukaz pula adalah kursus lanjutan daripada kursus
Suq Al-Majinah yang mana kursus ini memberi pendedahan yang lebih
mendalam tentang keusahawanan dan perniagaan kepada para asnaf. Segala
maklumat dalam perniagaan yang berkaitan dengan cara mengendalikan
perniagaan sama ada dari segi pengurusan, perakaunan, pemasaran, dan
sebagainya diperincikan dalam kursus ini.

Kursus ini mengandungi sesi kuliah dan latihan dalam kumpulan (LDK)
yang mana kedua-dua sesi ini dapat membuka minda peserta dalam
meningkatkan ilmu pengetahuan sebelum menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan yang penuh dengan saingan.

14
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

9.0 Objektif
Kedua-dua program yang dirangka khusus oleh Lembaga Zakat Selangor
ini adalah untuk mencapai beberapa objektif dalam usaha melahirkan
seorang usahawan asnaf yang berjaya. Antara objektifnya adalah
memahami sifat-sifat keusahawanan, peluang-peluang dan cabaran-cabaran
yang berkaitan dengannya. Kursus seperti ini dapat membuka peluang
kepada usahawan untuk memahami cabaran-cabaran dan peluang
perniagaan yang wujud.

Selain daripada itu, kursus Keusahawanan Suq Al-Majinah ini dapat


membantu peserta mengenali dan membentuk sifat-sifat dalam diri untuk
menjadi seorang usahawan yang berjaya. Bahkan kursus ini juga dapat
mewujudkan dalam diri peserta sifat berfikir secara kreatif, menyelesaikan
masalah secara bijak dan berkomunikasi dengan baik dalam mencapai
matlamat keusahawanan.

Manakala pendedahan yang lebih terperinci dalam kursus Suq Al-Ukaz


dapat membantu peserta dalam menyediakan perancangan perniagaan yang
lebih terperinci untuk dipraktikkan dalam urusan perniagaaan.

10.0 Kelebihan Kursus Keusahawanan Suq Al-Majinah Dan Suq Al-


Ukaz
Program yang telah dijalankan mampu memberikan pelbagai manfaat
terhadap para asnaf. Antara kelebihan yang diperolehi hasil pelaksanaan
kedua-dua program tersebut adalah seperti:

i) Membuka minda para asnaf tentang dunia perniagaan


Program Kursus Asas Keusahawanan Suq Al-Majinah dapat membantu
menambahkan ilmu pengetahuan para peserta tentang dunia perniagaan dan
dapat mengetahui langkah-langkah sewajarnya sebelum menceburkan diri

15
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

dalam keusahawanan. Kebanyakkan para asnaf yang terlibat tidak terdedah


dengan kursus-kursus sebegini anjuran badan-badan luar memandangkan
kursus tersebut dikenakan bayaran. Manakala kursus anjuran LZS ini tidak
mengenakan sebarang bayaran terhadap para asnaf tersebut. Dengan ini,
para asnaf dapat menyertai kursus ini disamping dapat memahami tentang
dunia perniagaan.

ii) Mengenalpasti potensi para asnaf


Melalui kursus yang dijalankan ini dapat membantu pihak Lembaga Zakat
Selangor untuk mengenalpasti asnaf yang benar-benar berpotensi, berbakat
dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan. Hal ini
kerana, para asnaf terutama asnaf fakir dan miskin yang berpotensi ini tidak
dapat dikenalpasti sekiranya program sebegini tidak dijalankan
memadangkan asnaf-asnaf ini tidak mampu berusaha sendiri disebabkan
kesempitan hidup mereka. Asnaf-asnaf yang telah dikenalpasti
berkelayakkan ini akan diberi pendedahan, latihan lanjutan dan modal
untuk memulakan perniagaan.

iii) Merapatkan silatulrahim dan berkongsi maklumat antara peserta/


asnaf.
Kursus ini dapat membantu para asnaf/ peserta untuk berkongsi maklumat
dan pengalaman bagi mereka yang pernah dan sedang menjalankan
perniagaan secara kecil-kecilan. Para asnaf berpeluang untuk bertukar-tukar
pengalaman dan pendapat di antara mereka. Maklumat ini berguna bagi
meningkatkan semangat para asnaf lain untuk turut serta berusaha. Kursus
ini juga dilihat mampu merapatkan silaturrahim di antara para asnaf
disamping menjadi medan penghubung di antara mereka.

16
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

iv) Mendedahkan peluang niaga kepada asnaf


Melalui kursus ini juga para asnaf akan didedahkan dengan peluang-
peluang perniagaan yang wujud dalam pasaran. Hal ini dapat membantu
para asnaf mengenalpasti perniagaan yang sesuai dan berpotensi untuk
dikembangkan.

v) Melatih asnaf dari sudut strategi perniagaan yang berkesan


Program yang dijalankan akan memperlihatkan kepada asnaf strategi-
strategi dalam perniagaan yang perlu diketahui. Melalui program ini, para
asnaf akan dibimbing untuk merangka langkah-langkah dan strategi-strategi
yang perlu diambil kira dalam menerokai bidang perniagaan. Para asnaf
akan diajar kesesuaian sesuatu strategi dengan jenis perniagaan yang
dijalankan.

11.0 Cabaran Yang Dihadapi Dalam Mengendalikan Program


Hijrah Niaga Lzs
Dalam membangunkan para asnaf untuk bergelar usahawan, ternyata
pelbagai halangan dan cabaran yang dihadapi oleh LZS sama ada di pihak
asnaf atau di pihak Lembaga Zakat Selangor sendiri. Cabaran-cabaran ini
boleh menyebabkan program yang dirancang terganggu. Merujuk kepada
golongan asnaf, cabaran-cabaran tersebut berkisar pada faktor-faktor yang
ada di dalam diri mereka sendiri dan juga faktor-faktor persekitaran mereka
sebagaimana yang dinyatakan berikut:

i) Ilmu
Ramai dikalangan asnaf yang dipanggil untuk menghadiri kursus ini adalah
dikalangan mereka yang berpendidikan rendah. Malahan ada sebahagian
daripada mereka langsung tidak dapat membaca dan menulis atau dengan
erti kata lain golongan yang tidak menguasai ‘3M’ iaitu menulis, membaca
dan juga mengira. Hal ini akan memberi kesan yang agak besar kepada

17
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

kelancaran program yang dijalankan apabila mereka tidak dapat mengikuti


perjalanan kursus dengan baik. Ramai peserta tidak dapat melaksanakan
perkara-perkara asas seperti mengisi borang-borang yang disediakan.

ii) Sikap
Selain itu, sikap asnaf merupakan halangan dan masalah bagi LZS dalam
melaksanakan program ini. Hal ini kerana, terdapat segelintir asnaf yang
tidak bersungguh-sungguh dalam menjayakan program yang telah
dirancang. Disamping itu, sikap malas dan kurangnya minat sesetengah
asnaf masih menebal. Perkara ini membuatkan usaha yang dijalankan oleh
LZS menemui jalan buntu kerana walaupun pelbagai program telah
dilaksanakan namun peratusan gagal masih tinggi.

Tahap disiplin yang rendah di kalangan para asnaf juga antara masalah
yang dihadapi oleh LZS untuk membangunkan asnaf-asnaf tersebut.
Buktinya, daripada 250 orang yang dipantau, hanya lebih kurang 60 orang
sahaja yang berjaya.23 Hal ini kerana, para asnaf masih tidak dapat
mendisiplinkan diri dengan corak kehidupan baru kerana mereka mungkin
merasakan mereka akan tetap diberi bantuan oleh LZS.

iii) Pemikiran
Kebanyakan asnaf tidak mendapat pendedahan luar yang mencukupi.
Mereka mempunyai pergaulan yang agak terbatas. Lazimnya pergaulan
mereka terhad kepada anggota keluarga dan jiran tetangga berdekatan
sahaja. Lantaran itu mereka kurang mengetahui perkembangan dan
kemajuan semasa. Hal ini menjadikan pemikiran golongan ini tertutup dan
sentiasa dibelenggu kejahilan dan kebekuan. Ini menyebabkan golongan
asnaf sering dilihat kurang berwawasan dan tidak mampu melihat

23
Sity Fatimah Azzuhara Sidek (2007), op.cit.,. h. 11.

18
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

perubahan yang boleh berlaku pada kehidupannya melalui pendidikan yang


diberikan.

iv) Kesihatan
Masalah kesihatan juga menjadi halangan untuk para asnaf menghadiri
program yang telah dirancang. Sebahagian asnaf yang hadir dalam keadaan
diri yang uzur dan dilihat tidak berkemampuan lagi untuk menerima
pelajaran.

v) Keluarga
Para asnaf yang terlibat juga sering kali mengalami pelbagai masalah
dalaman keluarga masing-masing. Bilangan anak yang ramai dan sukar
untuk mencari penjaga merupakan masalah utama yang dihadapi oleh
kebanyakkan asnaf yang dipanggil untuk menghadiri kursus yang
dijalankan. Akibat dari masalah ini menyebabkan ramai para asnaf yang
menghadiri kursus yang dijalankan akan turut membawa anak masing-
masing yang sedikit sebanyak akan mengganggu kelancaran perjalanan
program tersebut. Disamping itu, masalah kesihatan anak, isteri, ibu bapa
dan sebagainya juga antara masalah para asnaf yang akan menghalang para
asnaf untuk menghadiri program ini.

vi) Masyarakat
Masyarakat juga merupakan salah satu aspek yang turut berperanan dalam
menentukan kejayaan untuk membangunkan para asnaf. Kurangnya
sokongan dari masyarakat contohnya akan menyebabkan timbul rasa
kurang yakin terhadap diri sendiri untuk mengubah nasib diri dan keluarga.
Oleh itu, para asnaf ini akan mengambil keputusan untuk tidak menghadiri
program yang telah dirancangkan kepada mereka.

19
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

vii) Logistik
Kesilapan memilih tempat bagi menjalankan program yang akan diadakan
boleh juga menyebabkan perjalanan aktiviti yang telah dirancang akan
terjejas apabila kehadiran asnaf yang dipanggil sangat tidak
memberansangkan. Contohnya, apabila pihak pelaksana menjalankan
aktiviti di tempat yang agak jauh dari kediaman para asnaf yang terlibat.

Selain daripada masalah yang dihadapi oleh asnaf, terdapat juga cabaran-
cabaran yang berpunca daripada faktor-faktor persekitaran pihak Lembaga
Zakat Selangor sendiri. Sebarang masalah yang timbul perlu ditangani
dengan bijaksana untuk memastikan matlamat organisasi membantu para
asnaf dapat dicapai dengan jayanya. Antara faktor-faktor berkaitan
organisasi yang mempengaruhi keberkesanan program adalah seperti
dinyatakan berikut:

i) Struktur/ Birokrasi
Amalan birokrasi yang terdapat dalam struktur organisasi di Lembaga
Zakat Selangor akan menentukan kelancaran program yang dirangka oleh
LZS sendiri. Oleh yang demikian, LZS perlu memastikan amalan birokrasi
yang ada tidak merencatkan perjalanan program yang diatur.

ii) Sistem Pengurusan Data Asnaf


Keberkesanan program yang dijalankan boleh terjejas ekoran daripada
wujudnya masalah dalam sistem pengumpulan data asnaf di Lembaga
Zakat Selangor. Kegagalan pihak LZS dalam menyediakan data-data
terkini berkaitan dengan nama-nama dan latar belakang asnaf yang
menyebabkan proses pemilihan dan pengambilan asnaf untuk program
yang dirancang tidak menepati kehendak program yang dijalankan.
Ketiadaan semakan senarai yang sentiasa dikemaskini menyebabkan
mereka yang tidak layak turut dipanggil manakala ada yang layak tidak

20
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

dipanggil mengikuti program latihan yang diadakan. Apa yang lebih


membimbangkan ialah jika ada yang telah terkeluar dari golongan asnaf
turut dipanggil mengikuti kursus yang diadakan dan turut sama
menggunakan dana zakat.

iii) Kakitangan
Kakitangan merupakan satu faktor yang amat penting dalam menentukan
kejayaan segala dasar dan usaha yang dijalankan oleh sesuatu organisasi.
Bagi memastikan langkah-langkah yang diambil tidak terjejas oleh faktor-
faktor kakitangan, pihak pengurusan LZS perlu menentukan segala perkara
berkaitan kakitangan ditangani dengan sewajarnya. Antara faktor berkaitan
kakitangan yang perlu diambil kira adalah:

1. Bilangan kakitangan
Bilangan kakitangan yang mencukupi perlu bagi memastikan
kelancaran sesuatu program. Kekurangan kakitangan boleh
mengakibatkan tanggungan berlebihan kakitangan yang ada dan
mengurangkan kecekapan kerja. Dalam hal ini, pihak Lembaga
Zakat Selangor perlu memastikan ia tidak menghadapi masalah
bilangan kakitangan yang tidak mencukupi dalam mengendalikan
segala aktivitinya.

2. Latihan Kakitangan
Kelancaran program yang dijalankan juga berkait rapat dengan
pengawasan dan pemantauan pegawai yang terlibat. Kemahiran dan
latihan pegawai-pegawai adalah penting bagi memastikan program
yang diatur berjalan dengan lancar. Persoalan yang perlu diajukan
kepada pihak LZS ialah samada latihan kakitangan yang diberikan
dapat memberikan impak yang optimum dalam membantu LZS
mengubah kehidupan golongan asnaf.

21
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

12.0 Penutup
Secara kesimpulannya, penulis mendapati bahawa Lembaga Zakat Selangor
telah menunjukkan komitmen yang begitu baik dalam usaha untuk
melahirkan usahawan di kalangan asnaf. Program yang telah dijalankan ini
merupakan satu langkah yang efektif bagi membantu meningkatkan
sosioekonomi para asnaf disamping menjadi medan permulaan bagi
kehidupan baru bagi para asnaf.

Walau bagaimanapun, program ini tidak dapat menunjukkan hasil yang


baik sekiranya masalah-masalah yang timbul samada masalah dalaman para
asnaf atau masalah organisasi LZS sendiri tidak diurus dengan baik. Hal ini
kerana, kelancaran perjalanan sesuatu program adalah berkait rapat dengan
penerimaan dan komitmen yang diberi oleh para asnaf yang terlibat serta
keberkesanan sistem penyampaian LZS.

22
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Rujukan
Ahmad Shahir Mokhtar (2007, Mei). Paradigma Pengurusan Institusi
Zakat : Pengalaman Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Kertaskerja
dibentangkan dalam Persidangan Cukai dan Zakat Kebangsaan, PWTC,
Kuala Lumpur.
Akhtar Sahari (2007). Program Keusahawanan Cerahkan Masa Depan
Asnaf. Asnaf.
Izyan Liyana Mohd Darif (2008, Feb 13) Kegigihan Asnaf Kuaz. Kosmo
On-line.
Lembaga Zakat Selangor, http://www.e-zakat.com.my, 23 Febuari 2008.
Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, http://www.i-zakatdpuz.com.my , 15 Mac
2008.
Siti Fatimah Azzuhara Sidek (2007), Usahawan Asnaf Zakat Bukan
Sekadar Terima Bantuan. Asnaf.
Zuarida Mohyin (2008, Febuari 13), D’ Asnaf Edar Pasarkan Produk Asnaf
Secara Terancang. Utusan Malaysia On-line.
Laporan Majlis Agama Islam Selangor, http//:www.mais.gov.my, 13
Febuari 2008.

Temubual

Mohd Sabri Mat Nor, Ketua Jabatan Pembangunan Asnaf, Lembaga Zakat
Selangor. Temubual pada 4 April 2008.

23

Anda mungkin juga menyukai