Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGERUSI MAJLIS

PELANTIKAN & PENYERAHAN WATIKAH


PENGAWAS & PENGAWAS PSS TAHUN 2009

Bissmillah........................
Assalamualaikum Wrt. Wbt. & Salam Sejahtera

Yang dimuliakan Cif Inspektor Tuan NorAzlan Bin Limat


Yang dihormati Pn. Hjh. Bibah Bte A. Rahman
Yang Berusaha Guru Penolong Kanan 1, ...............................................
Guru Penolong Kanan Hem, .....................................................
Guru Penolong Kanan KoKu, .....................................................................
Guru-guru Pemimpin Pengawas
Guru-guru wacana kegemilangan
Barisan Pengawas Tonggak Kecemerlangan Aspirasi Kepimpinan
Seterusnya para pelajar warga SMK SM sekalian

Awal Bismillah pembuka bicara,...selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan kaum kerabat baginda serta para sahabat dan anbiya...
Sesungguhnya rahmat Allah begitu besar nikmatnya......Justeru,... setinggi-tinggi
kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi atas limpahan taufik dan perlindungan-Nya....
dapat kita berkumpul pada pagi yang penuh indah ini Tanggal 16 Februari 2009
bersamaan 20 Safar 1430 Hijriah untuk menjayakan Majlis Perlantikan & Penyerahan
Watikah Pengawas & Pengawas Pusat Sumber SMKSM bagi Tahun 2009..........

Guru2 serta para pelajar sekalian,


Memulakan acara pada pagi ini, bagi memohon restu dan keberkatan,..marilah bersama2
kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ust. Rahim
Bin Abd Aziz...majlis dengan sukacitanya mempersilakan...
________________________________________________________________________

Bersinar mentari di alam maya


Cantik cahaya penuh berserakan
Pengawas cemerlang teraju sekolah
Gemilang sekolah kebanggaan negara

Guru2 dan para pelajar sekalian,


Pengawas adalah NADI sekolah, mereka merupakan pelajar2 yang dipilih kerana akhlak
dan ketrampilan yang baik dan cemerlang. Secara amnya, pengawas sekolah berperanan
sebagai pembantu guru. Begitu juga Pengawas Pusat Sumber yang digelar Pustakawan
dan Pustakawati, bertugas membantu guru menyelia perpustakaan sekolah. Organisasi
Pengawas tidak akan berjaya merealisai visi & misi tanpa sokongan dan paduan tenaga
ahli-ahlinya yang dedikasi dan berwibawa...

Justeru, Majlis Perlantikan & Penyerahan watikah Pengawas2 ini merupakan agenda
tahunan sekolah bagi mengiktiraf Barisan Kepimpinan Pelajar.
Guru2 dan para pelajar sekalian,
Meneruskan acara pada pagi ini, marilah kita dengarkan ucapan yang akan disampaikan
oleh Pn. Hjh. Bibah Bte A. Rahman, Pengetua SMKSM....Majlis dengan hormatnya
mempersilakan

Guru2 dan para pelajar sekalian,


Pengawas yang berdaya saing adalah menjadi harapan sekolah sekaligus menjadi role
model yang mampu merealisasikan matlamat ke arah melahirkan disiplin
unggul...generasi syumul.

Majlis perlantikan dan penyerahan watikah kepada ............ orang pengawas sekolah
dan .............. pengawas Pusat Sumber pada hari ini diharap dapat menyuntik semangat
dan menjadi pendorong kepada pelajar2 lain...

Kain Berlipat Dari Istana


Buat Puteri Raja Kayangan
Secebis Nasihat Insan Berguna
Secubit Budi Jadi Kenangan

Hd,
Majlis kini diteruskan dengan ucapan oleh Yang Setia, Cif Inspektor Tuan Norazlan Bin
Limat, Ketua Balai Polis...Cawangan Merlimau

_______________________________________________________________________

Guru2 dan Pelajar sekalian,


Siapakah PENGAWAS? YA,.....ingin saya kemukakan di sini akronim kehebatan istilah
PENGAWAS.

    Prihatin terhadap persekitaran


    Elok terhadap manusia dan alam sekitar
    Nilai murni sentiasa diamalkan
    Gigih dalam pelajaran
    Awas terhadap najis dadah
    Waspada terhadap gejala negatif
    Amalkan yang baik tinggalkan yang mungkar
    Sedia berkhidmat untuk sekolah

Acara pagi ini diteruskan dengan penyerahan watikah pelantikan kepada Pengawas &
Pengawas Pusat Sumber Bagi Tahun 2009....
Bagi menyempurnakan Majlis, dipersilakan Tn. Pengetua mengiringi Yang Setia Cif
Inspektor Tuan Norazlan Bin Limat untuk menyampaikan watikah perlantikan....
Kalam Tulisan Indah Seninya
Halus Buatan Sutera Andalus
Pengawas Melangkah Penuh Bergaya
Dedikasi Di Jiwa Tersemat Tulus
Mendahului senarai penerima watikah pelantikan Pengawas pada hari ini ialah :

10 orang Pengawas mewakili 120 orang Pengawas Sekolah, Majlis untuk itu
mempersilakan :

Ketua Pengawas :

Seterusnya, 8 orang Pengawas Pusat Sumber mewakili 31 orang Pengawas Pusat Sumber
Sekolah, majlis mempersilakan majlis tertinggi Pengawas Pusat Sumber Al-Hikmah :

Hd,
Demikianlah berlangsungnya acara penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas &
Pengawas Pusat Sumber Sekolah.. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan
Norazlan Bin Limat...
Sungguh Di Barat Terbit Suria
Bintang Beribu Jua Dinanti
Sungguh Benar Bagai Dicita
Tekun Bekerja Akhlak Terpuji

Seterusnya Mari kita dengarkan Bacaan Ikrar Oleh barisan Pengawas yang akan diketuai
oleh ...................................

Majlis mengucapkan tahniah kepada para pengawas yang telah dilantik, harapan kami
agar semua pengawas dapat melaksanakan taklifan yang disandang dan amanah yang
dipikul dengan sebaik mungkin......

Guru2 dan para pelajar sekalian,


Orang Berbudi Kita Berbahasa
Orang Memberi Kita Merasa
Sebagai tanda penghargaan majlis dengan sukacitanya mempersilakan Tn. Pengetua
untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Setia Cif Inspektor Tuan Norazlan Bin
Limat
Kalau ada pangkin di ladang
Bolehlah hamba menumpang diri
Kalau ada peluang mendatang
Sudilah tuan menjenguk lagi

Majlis melabuhkan tirai di sini , sebelum bicara ini terhenti ….saya mewakili majlis
menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada keterlanjuran kata yang menghiris hati,
…mencuit jiwa,….meluka rasa,….
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Norazlan Bin Limat, … barisan pentadbir
dan seluruh warga smk seri mahkota atas komitmen dan sokongan menjayakan majlis
pelantikan & penyerahan watikah pengawas & pengawas pusat sumber tahun 2009...

Sekian, Dengan lafaz yang mulia.............................Wabillahi Taufik Wal Hidayah