Anda di halaman 1dari 18

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Teori Etika Pengurusan Perniagaan Berasaskan Konsep


Keimanan Bagi Usahawan Muslim

Nor Adila Mohd Noor dan Salmiah Ismail


UiTM, Kampus Dungun

Abstrak

K eusahawanan dilihat sebagai faktor penentu dalam mengukuhkan


kedudukan ekonomi sesebuah bangsa dan negara. Dalam usaha
membentuk blok ekonomi yang kukuh dan pada masa yang sama mampu
menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini,
kaedah dan manhaj yang telah, sedang dan akan digunakan seharusnya
menepati prinsip-prinsip Islam. Lantaran teruja mengecap kemajuan, asas-
asas yang fundamental tidak harus diketepikan kerana matlamat akhir
keusahawanan itu adalah memenuhi keperluan dan tuntutan hidup manusia
tanpa melampaui batas Syariat. Oleh yang demikian, penulis merasakan
etika atau amalan keusahawanan perlu disorot dari perspektif yang betul
dan didekati dengan cara yang paling asas yang berpaksikan konsep
keimanan dan ketauhidan kepada Allah s.w.t bagi membuktikan bahawa ia
amat berkesan dan begitu efisyen bagi membolehkan usahawan muslim
bersaing di peringkat global namun masih berpaksikan kepada nilai-nilai
fitrah.

Kata kunci: usahawan muslim, etika perniagaan secara Islam, konsep


keimanan

1
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

1.0 Pengenalan
Perniagaan yang dijalankan secara beretika dan menurut prinsip-prinsip
Syariah amat dituntut oleh Islam (Abdul Sami’ al-Misri, 1993). Di dalam
sesebuah masyarakat Islam, perniagaan dan perdagangan merupakan satu
tanggungjawab sosial yang merupakan fardu kifayah (Ataul Huq Pramanik
,1993). Ia juga merupakan sebahagian dari tuntutan umum supaya manusia
saling bantu-membantu dan bekerjasama di dalam kehidupan seharian
mereka selain memenuhi keperluan hidup bermasyarakat (Nicolas P.
Aghnides, 1981). Bagi umat Islam ianya adalah sebahagian daripada usaha
kerjasama taqwa dan perkara kebaikan (Muhammad Abdul Mun’im al-
Jamal, 1992). Justeru itu, perniagaan adalah suatu bentuk sumbangan
kepada masyarakat umum dan ianya disifatkan di dalam al-Quran sebagai
satu aktiviti yang dihalalkan oleh Allah s.w.t melalui firmanNya yang
bermaksud:

“Dan Allah menghalalkan jual beli iaitu perniagaan (al-Bai) dan


mengharamkan riba.”
(Surah al-Baqarah: 275)

Imam Bukhari juga pernah meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa suatu
hari seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w untuk meminta sedekah.
Baginda s.a.w menyuruh lelaki itu menunggu sekejap lalu masuk ke dalam
rumah. Setelah keluar, baginda s.a.w memberi sebilah kapak lantas
menyuruhnya pergi bekerja mencari kayu dan menjualnya di pasar.
Sebelum lelaki itu pergi, baginda s.a.w sempat memesan kepadanya agar
dua tiga hari lagi datang bertemunya semula. Setelah beberapa hari, lelaki
itu menemui Rasulullah s.a.w semula dan ternyata hasil motivasi dan
semangat yang di berikan oleh Rasulullah s.a.w, membantu lelaki itu
menjadi seorang usahawan yang terlibat dengan industri perkayuan.
Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud:

2
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

“Mencari yang halal adalah fardu atas setiap muslim.”


(Riwayat Ibnu Abdil Bar dari Ibnu Mas’ud)

Oleh itu, berasaskan bukti daripada al-Quran dan hadis di atas jelas
menunjukkan bahawa Islam amat mengalakkan umatnya terlibat di dalam
perniagaan apatah lagi menjadi seorang usahawan muslim yang berjaya,
bahkan Islam amat membenci pengangguran dan hidup berminta-minta
(Mohd Sanusi Hj Mahmood, 1976).

2.0 Definisi Usahawan Dalam Islam


Perkataan entrepreneur adalah dalam Bahasa Inggeris berasal daripada
Bahasa Perancis entreprendre yang bermaksud memikul atau mencuba.
Manakala dalam Bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarnya berasal
daripada perkataan usaha yang membawa maksud daya upaya termasuk
ikhtiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau
menyempurnakan sesuatu pekerjaan

Oleh itu, usahawan bolehlah ditakrifkan sebagai orang yang mempunyai


pandangan yang luas dalam sesuatu perniagaan di mana mereka sentiasa
mencari peluang–peluang perniagaan. Usahawan juga mempunyai
keistimewaan yang membolehkannya mewujudkan peluang pelaburan dan
mengenal pasti projek-projek yang dianggap menguntungkan mengikut
batas-batas Islam (Barjoyai Bardai, 2000).

Oleh itu, bidang keusahawanan ini amat dimuliakan dalam Islam. Jika
dilihat dari aspek keusahawanan Islam, status pekerjaan tidak menjadi
ukuran, selama mana usaha yang dilakukan adalah dari aktiviti yang halal.
Allah s.w.t telah menganjurkan perniagaan sebagai satu bidang yang boleh
diterokai seperti firmanNya yang bermaksud:

3
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

“Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu
(dengan
meneruskan perniagaan ketika mengerjakan ibadat haji). Kemudian
apabila bertolak turun dari Padang Arafah (menuju ke Muzdalifah), maka
sebutlah nama Allah s.w.t (dengan doa, talbiah dan tasbih di tempat
Masyaril-Haram (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah s.w.t dengan
menyebut-Nya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepada
kamu; walaupun, sebelum ini kamu adalah dari golongan orang yang sesat
(tersalah jalan ibadatnya).”
(Surah al-Baqarah:198)

Sabda baginda:
“Peniaga yang sangat benar dan amanah akan bersama para nabi,
siddiqin dan para syuhada.”
(Riwayat Hakim dan al-Tirmidzi)

Hakikatnya, generasi pertama Islam telah melahirkan ramai usahawan yang


beriman dan turut memainkan peranan yang penting dalam penyebaran
agama Islam. Rasulullah sendiri merupakan perintis kepada lahirnya
usahawan muslim. Kemudian ia diikuti oleh para sahabat seperti
Abdurrahman bin Auf, Zubair Ibnu Awwam, Talhah bin Ubaidilah dan
Shuhaib bin Sinan mempunyai kualiti, keperibadian dan etika
keusahawanan yang amat tinggi. Kehebatan Abdurrahman bin Auf
misalnya dalam pengendalian perdagangan dirakamkan dalam kisah
terkenal ketika kota Madinah menjadi gempar dengan kedatangan kafilah
perdagangan mengandungi 700 kenderaan kepunyaan beliau.

4
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

3.0 Konsep Iman Dalam Perniagaan


Jika ditinjau dari perspektif Islam, konsep keimanan ini merupakan
penerapan awal oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada pelaksanaan daulah
Islamiyyah. Ia telah dibangunkan dengan penuh keharmonian serta
bijaksana. Bahkan kemajuannya juga dihormati oleh masyarakat dari
pelbagai bangsa dan agama. Mengapa iman itu penting dan paling
diutamakan dalam hidup ini? Ini kerana keimanan adalah asas kehidupan
manusia samada bahagia atau derita hidup di dunia dan di akhirat. Sejajar
dengan matlamat akhir manusia adalah kembali kepada Allah s.w.t, sudah
tentulah kebahagiaan yang hakiki adalah berlandaskan suruhan dan
peraturan daripada Allah s.w.t dan inilah pengukur keimanan seseorang.
Keimanan bukan sekadar soal kepercayaan dan pegangan seseorang, tetapi
juga merupakan penyerahan jiwa raga, tawakal, keredhaan dan segala-gala
adalah kepada Allah s.w.t. Pengertian iman dari perspektif bahasa dan
syarak kalimah iman berasal daripada ‘Amina’ yang bermaksud
membentuk keadaan aman dan tenteram (Haron Din, 1990). Dari sudut
bahasa iman ialah membenarkan, percaya dan amanah. Hal ini dibuktikan
sebagaimana

Firman Allah s.w.t:


“Mereka berkata: “Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi
berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga
barang-barang kami, lalu ia dimakan oleh serigala; dan sudah tentu ayah
tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini sekalipun kami adalah
orang-orang yang benar.”
(Surah Yusuf :17)

Dalam bidang ilmu tauhid, iman membawa pengertian membenarkan


dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran-ajaran
Allah s.w.t yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun, pengertian

5
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

iman yang diterima umum ialah beriman dengan segala rukun iman yang
enam dan mematuhinya. Ia dapat dijelaskan berdasarkan firman Allah:

“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari


Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman kepada Allah, dan
Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka
berkata) : “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari
Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi: “Kami mendengar dan kami taat.
(Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah
tempat kembali.”
(Surah al-Baqarah: 285)

Selain daripada itu, Dr. Yusuf al-Qardhawi menjelaskan Iman sebagai suatu
kepercayaan yang meresap di dalam hati, dengan penuh keyakinan, tidak
bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup,
tingkah laku dan perbuatan sehari-hari. Oleh yang demikian, iman bukanlah
hanya pengucapan dengan lidah, pengetahuan tentang rukun iman bahkan
ia merupakan niat beserta amalan yang mengikut kehendak Allah s.w.t.

Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi di atas,


iktikad iman di dalam hati dapat dibuktikan dengan turunnya firman Allah
s.w.t:

“Orang-orang Arab berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai


Muhammad): “Kamu telah beriman, (janganlah berkata demikian) tetapi
sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah
sahaja : ‘Kami telah Islam’. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah
dan RasulNya (zahir dan batin) Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun
dari pahala amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.” (Surah al- Hujurat :14)

6
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Ayat ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila baik


daging itu maka baiklah seluruh jasad dan apabila rosak ia maka rosaklah
jasad kamu. Ia adalah hati.”
(Bukhari, sahih)

Walaupun hadis dan ayat tersebut memperlihatkan peranan hati dalam


konsep iman namun iman di hati belum memadai bagi menunjukkan orang
itu benar-benar beriman. Penegasan Allah Taala dalam firmanNya;

“Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan,


padahal hati mereka meyakini (kebenaran) maka perhatikan betapa
kesudahan orang-orang yang berbuat kebinasaan.”
(Surah an-Naml : 14)

Allah menegaskan dalam ayat tersebut bahawa orang-orang yang


mendustakan ajaran-ajaran Allah yang disampaikan melalui Rasul-
rasulNya dengan rasa kesombongan hati mereka yakin bahawa hal itu
adalah ajaran-ajaran yang benar, maka mereka akan menerima hukuman
Allah baik di dunia mahupun di akhirat. Iman sebagaimana yang ditegaskan
tidak mencukupi sekadar penerimaan di hati. Ini kerana iman adalah
kesepaduan antara lidah, hati dan amalan. Lidah mengungkapkan dua
kalimah syahadah iaitu “Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi
Muhammad itu pesuruh Allah.” Hati berfungsi mengiktikadkan kalimah
syahadah dan apa yang diketahui daripada Din Islam serta beramal
dengannya (Abdul Hadi 1985).

7
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Secara ringkasnya dikenali dengan tasdiq (membenarkan). Tasdiq di sini


adalah menerima dan redha dengan kesemua ajaran Islam dan
kepercayaanNya, tiada ingkar dan ragu-ragu. Ini diperkukuhkan oleh Abdul
Mun’im, 1983, bahawa komponen iman ialah mempercayai dan mengakui
serta mengamalkan. Barangsiapa yang mengabaikan komponen pertama
disebut sebagai munafik, mengabaikan komponen yang kedua pula disebut
sebagai kafir dan siapa yang mengabaikan komponen yang ketiga disebut
sebagai fasik. Oleh itu, iman perlu disertai dengan ketiga-tiga komponen
tersebut tanpa mengabaikan salah satu daripadanya.

Hadis Rasulullah s.a.w menyebut:


“Iman itu bukan dugaan cita-cita dan perhiasan, tetapi ialah apa yang
tersemat di hati dan dibuktikan dengan perbuatan.”
(Riwayat Tarmizi)

Kesimpulannya, beriman kepada Allah adalah proses peralihan jiwa


manusia daripada menganggap dirinya bebas daripada sebarang kuasa dan
ikatan kepada ketundukan mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah
dan Muhammad s.a.w itu Rasulullah. Iman merangkumi tiga unsur utama
iaitu pengetahuan yang mendalam, kepercayaan yang jitu dan keyakinan
yang teguh. Ketiga-tiga unsur ini akan membentuk iman yang kukuh dan
menjadi tunggak rohaniah yang cukup kental untuk membina jiwa dan
jasmani. Penetapan iman yang teguh menjadi aset penting bagi
menjalankan segala urusan. Hasil keimanan akan melahirkan sifat dan
tabiat yang mulia sesuai dengan kehendak Islam. Sebagaimana firman
Allah;

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah,


hati mereka penuh ketakutan, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-
ayat (keterangan) Allah, keimanan mereka bertambah kerananya dan

8
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

mereka menyerahkan diri kepada Tuhannya. Mereka mengerjakan solat


dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada
mereka. Itulah orang-orang yang sebenarnya beriman.”
(Surah al-Anfal : 2-4)

Selain itu, orang yang beriman dengan Allah dan berpegang teguh dengan
ajaran agama Allah tidak akan berani melakukan kekejaman, keburukan
dan sebarang maksiat. Ini disebabkan wujudnya rasa malu dan takut kepada
Allah yang Maha Melihat, Maha Mengetahui, dan Maha Mendengar akan
gerak geri serta perbuatan setiap hambaNya. Misalnya, hadis daripada
Rasulullah s.a.w;

“Tidak berzina seseorang penzina ketika ia berzina walhal ia beriman


penuh dan tidak mencuri seorang pencuri ketika ia mencuri walhal ia
beriman penuh.”
(Kitab Iman. Bab Iman Berkurangan Jika Melakukan Maksiat dan Tidak
Sempurna Iman Seseorang Yang Sentiasa Melakukan Maksiat. Hadith: 36)

Imam Ghazali turut menekankan perlunya seseorang itu memahami hati


‘rohani’ masing-masing kerana apabila sudah dikenali maka seseorang itu
akan mengenali dirinya seterusnya membawa kepada mengenal Tuhannya.
Seseorang yang beriman mempercayai akan konsep roh dan kerohanian.
Roh yang dikurniakan Tuhan kepada manusia bukan sebarang roh
melainkan roh yang suci (Hanna Djumhana Bastaman, 1995).

9
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

4.0 Etika Pengurusan Perniagaan Bagi Usahawan Muslim


Berasaskan Konsep Keimanan

Siddiq
Perkataan siddiq membawa maksud benar. Benar dalam erti kata
memberitahu sesuatu perkara secara benar dan tidak ada unsur penipuan
ataupun unsur penyembunyian sesuatu. Dewasa ini seringkali kita melihat
di dada–dada akhbar bagaimana pengguna merasa tidak puas hati terhadap
sesuatu produk. Contohnya perniagaan ’gores dan menang’. Ketidakpuasan
ini timbul disebabkan ramai pengusaha tidak mengamalkan prinsip siddiq
di dalam memasarkan produk mereka sehingga sanggup menipu asalkan
jualan mereka laris dan habis dijual. Produk yang dijual pula tidak seperti
yang digambarkan. Oleh itu, bagi seseorang usahawan muslim pendekatan
pengurusan secara siddiq perlu dilaksanakan dan dipraktikkan di dalam
perniagaan mereka. Contohnya seseorang usahawan muslim mesti berani
mengakui kelebihan dan kelemahan yang wujud pada produknya,
memberitahu pengguna tentang kualiti dan standard sesuatu produk dengan
tidak ada perasaan prejudis. Jika ini diamalkan sudah pasti Wawasan 2020
akan menyaksikan lebih ramai ikon seperti Tan Sri Syed Bukhary dapat
dilahirkan. Jelas sekali di sini prinsip siddiq ini amat relevan dengan
usahawan muslim kerana ia akan membezakan seseorang usahawan muslim
dengan seseorang usahawan konvesional yang banyak tipu muslihatnya
demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda sehingga mengabaikan
konsep memaksimumkan pahala. Sesuai dengan firman Allah yang
bermaksud;

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat


kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari
perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran
kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (Surah al-Nahl: 90)

10
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Amanah
Perkataan amanah amat sinonim dengan perkataan jujur. Amanah juga
merupakan satu lagi pendekatan pemasaran secara Islam. Amanah yang
dimaksudkan di sini amanah kepada Pencipta dengan mengakui tentang
harta dan rezeki di dunia ini adalah milikNya. Selain itu, perkataan amanah
ini bermaksud jujur dalam semua perkara. Seseorang usahawan muslim
mesti percaya kepada konsep ihsan di mana di bawah konsep ini kita
percaya bahawa kita melihat Allah sepertimana Allah melihat kita. Oleh
itu, jujur dalam menjual dan mempromosikan sesuatu produk, jujur di
dalam meletakkan harga, jujur di dalam mempamerkan barangan dan jujur
dalam semua perkara yang berkaitan perniagaan perlu di jana dalam diri
usahawan muslim masa kini. Sejarah telah membuktikan bagaimana
Rasulullah yang digelar ’al-amin’ iaitu seorang yang jujur dalam
perniagaan sehinggakan masyarakat bukan Islam sendiri amat suka kepada
keperibadian Rasulullah itu. Rasulullah juga telah membuktikan bagaimana
konsep mudharabah telah dipraktikkan di dalam sistem perekonomian pada
masa itu di mana Baginda telah berkongsi tenaga dan barang dengan
Saidatina Khadijah bagi menjalankan urusniaga. Hasilnya keuntungan yang
berlipat kali ganda yang diperolehi oleh Rasulullah kesan prinsip ’al-amin’
yang di terjemahkan oleh baginda di dalam perniagaan diagihkan mengikut
persetujuan dan prinsip mudharabah. Selain itu, Allah telah berfirman:

“Dan jangan kamu meghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada


hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil ) sebahagian
daripada harta manusia dengan (berbuat dosa) padahal kamu
mengetahuinya (salahnya).”
(Surah al-Baqarah: 188)

11
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Tabligh
Tabligh bermaksud menyampaikan sesuatu dengan ikhlas. Seseorang
usahawan muslim itu perlu menyampaikan maklumat tentang produk
keluarannya tanpa rasa tergugat dan riak. Pemberian maklumat ini
merangkumi kualiti, bahan-bahan, harga barangan, dan sebagainya.
Pengurusan perniagaan secara tabliq ini juga mestilah merangkumi semua
perkara tanpa ada unsur penipuan dan sebagainya lagi. Sebaliknya konsep
taawun (bekerjasama) dipraktikkan. Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Bekerjasamalah kamu atas dasar kebaikan dan taqwa dan janganlah


sekali-kali bekerjasama atas dasar dosa dan permusuhan dan bertaqwalah
kepada Allah. Sesungguhnya seksa Allah amatlah berat.”
(Surah al-Maidah: 2)

Rasulullah juga pernah bersabda:


“Barang siapa yang di waktu petangnya merasakan kelelahan sebab kerja
tangannya, maka di waktu petang itulah ia terampun dosanya.”
(Hadis Tabrani dan Baihaqi)

Hadis di atas juga memberi motivasi kepada usahawan muslim agar


sentiasa bersyukur dan ikhlas melakukan kerja kerana Allah dengan
menggunakan tulangnya sendiri kerana keletihan yang diperolehi itu dapat
mengikis dosa-dosa sebelum ini. Ini akan memberi motivasi kepada semua
usahawan muslim agar cuba menggunakan pendekatan pemasaran secara
Islam dalam aktiviti perniagaan mereka. Oleh itu, masalah rasuah, pecah
amanah dan sebagainya lagi dapat dihapuskan. Ini kerana di dalam jiwa
manusia telah di semai semangat motivasi pemasaran secara Islam yang
menekankan aspek kejayaan di dunia dan di akhirat.

12
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Fathanah
Fathanah yang dimaksudkan di sini ialah bijaksana iaitu bijak di dalam
menjalankan perniagaan sehingga tidak melalaikan urusan akhirat.
Bijaksana di sini juga bermaksud tidak pernah putus asa dan kecewa
sebaliknya mempunyai pemikiran yang positif terhadap sesuatu perkara
yang berlaku khususnya yang berkaitan perniagaan. Oleh itu, usahawan
perlu bijak di dalam memasarkan produk mereka kepada pengguna dengan
mengaplikasikan teknologi terkini seperti internet dan media massa. Selain
itu, usahawan muslim juga perlu sedar proses untung rugi dalam perniagaan
adalah lumrah bagi usahawan muslim. Jika digabungkan prinsip siddiq,
amanah, tabligh dan fathanah sudah pasti usahawan muslim tersebut akan
memperolehi untung yang berlipat kali ganda bukan sahaja di dunia bahkan
di akhirat. Allah telah berfirman maksudnya:

“Ibadat itu dikerjakan oleh orang-orang yang kuat imannya yang tidak
dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut dan
mengingati Allah s.w.t dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat,
mereka takutkan akhirat.”
(Surah an-Nur: 37)

Adil
Keadilan dalam ekonomi bermakna setiap kegiatan ekonomi hendaklah
sentiasa seimbang dan selaras dengan kehendak hukum syarak. Umum
mengetahui bahawa adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya
atau memberikan hak orang yang berhak. Penafian hak orang yang berhak
dianggap perbuatan zalim kerana wujud unsur penindasan ke atas usaha
orang lain. Oleh itu, sebarang bentuk kemungkaran dalam kegiatan
perekonomian seperti rasuah, riba, penipuan adalah jelas bercanggah
dengan hukum syarak. Aktiviti yang bercanggah dengan hukum syarak

13
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

adalah berhak dianggap sebagai suatu perbuatan zalim kerana wujud unsur
penindasan.

Kebebasan Kehendak
Kebebasan yang diberikan kepada manusia bukanlah bersifat mutlak kerana
kebebasan mutlak hanya milik Allah s.w.t. Walaupun manusia diberi
banyak kebebasan, namun kebebasan itu masih terikat dengan peraturan
dan nilai-nilai akhlak. Islam hanya mengiktiraf kebebasan yang terikat.
Kebebasan ini bergantung kepada:

i. Kemampuan manusia bebas bertindak mengikut kemampuan dan


kemahiran yang dimiliki.

ii. Suasana-suasana dan keadaan banyak menentukan tahap kebebasan


seseorang individu.

iii. Undang-undang di mana kebebasan akan tersekat apabila seseorang


usahawan itu melanggar peruntukan undang-undang.

Bertanggungjawab
Keyakinan setiap amalan itu akan dihitung oleh Allah s.w.t secara asasnya
mampu melahirkan manusia yang sentiasa berhati-hati dalam perlakuannya.
Ini secara tidak langsung memberi peringatan kepada manusia supaya
memikirkan apa yang bakal berlaku. Kesedaran ini membantu manusia
supaya tidak melakukan perkara yang bercanggah dengan syarak. Etika ini
juga mampu mengelak seseorang usahawan itu dari melakukan amalan-
amalan yang tidak sihat dan ia mampu melahirkan usahawan yang
berwatak positif.

14
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

5.0 Rasulullah Sebagai Perintis Usahawan Muslim Dunia


Sejarah keusahawanan Islam bermula semenjak Nabi Muhammad di usia
muda lagi.Ketika itu, baginda bekerja sebagai pengembala kambing.
Setelah dewasa baginda menjadi saudagar dan dilantik oleh Siti Khadijah
selaku pengarah urusan kepada syarikat perdagangannya. Sewaktu itu umur
baginda berusia lingkungan 24 tahun. Kepercayaan Siti Khadijah kepada
Nabi Muhammad s.a.w. setelah mendapati Nabi s.a.w. mempunyai
pengalaman di dalam bidang perniagaan sejak berumur 12 tahun lagi.
Sewaktu datuk Nabi s.a.w, Abdul Mutalib meninggal dunia, baginda
dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib (bapa kepada Saidina Ali).
Abu Talib ialah seorang tokoh korporat dan ahli perniagaan yang terkenal
di Semenanjung Tanah Arab. Beliau telah melatih Nabi s.a.w di dalam
bidang perniagaan (Abdul Sami’ al-Misri, 1993) membawa ke Syria, Iraq
dan lain-lain negara di Timur Tengah (Osman Haji Khalid, 1996).

Kepandaian dan kehebatan Nabi s.a.w dalam hal-hal yang berkaitan dengan
perniagaan dan perdagangan telah menyebabkan beberapa orang bapa
saudaranya yang terdiri daripada tokoh-tokoh korporat jahiliah seperti Abu
Lahab, Abu Sufian dan beberapa orang lagi ahli lembaga pengarah syarikat
milik keluarga Bani Hashim telah bermesyuarat dan memutuskan
menawarkan modal kepada Nabi s.a.w. Apabila tawaran itu dikemukakan,
baginda menolaknya kerana tawaran itu mempunyai motif eksploitasi
terhadap baginda dan mensyaratkan Nabi s.a.wmengakui berhala Latta dan
Uzza sebagai tuhan.

Penolakan itu dilakukan kerana Nabi s.a.w tidak mahu diperalatkan oleh
para korporat feudalis untuk keuntungan peribadi mereka. Berbeza dengan
Siti Khadijah yang telah memberi kebebasan kepada baginda menguruskan
perniagaan tanpa syarat. Nabi s.a.w menerima tawaran itu kerana sifatnya
selaku seorang yang jujur dan mempunyai tanggungjawab kemanusiaan.

15
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Lantaran kejujuran baginda dengan dasar kemanusiaan itulah akhirnya


baginda terkenal bukan sahaja di Mekah dan Semenanjung Tanah Arab,
bahkan di peringkat antarabangsa selaku tokoh korporat al-amin (yang
dipercayai).

Justeru itulah, nama, keturunan dan peribadi baginda terkenal sehingga


mendapat gelaran dan bintang selaku ’al-amin’. Orang berwatak aman dan
menyenangkan semua pihak.

Setelah dilantik sebagai Rasul, lalu menjadi mudahlah masyarakat dunia


menerimanya dan mengakui kebenaran yang dibawa. Demikianlah antara
hikmah sebagai Rasul dan pemimpin (Abdul Sami’ al-Misri, 1993).

Oleh itu, jelas bagi penulis bagaimana pengurusan perniagaan secara Islam
berpaksikan konsep keimanan yang mengamalkan etika seperti ‘al-amin’
ataupun jujur telah menjadikan Rasulullah terkenal dan berjaya sebagai
ikon usahawan muslim dunia sehingga hari ini.

6.0 Kesimpulan
Etika pengurusan perniagaan Islam amat jarang dipraktikkan oleh
usahawan muslim masa kini. Ramai usahawan muslim tidak sedar bahawa
ia akan menjamin ke arah keberkatan kekayaan di dunia dan di akhirat.
Sejarah Rasulullah sendiri telah membuktikan bahawa baginda dan ramai
sahabat lagi telah berjaya menjadi usahawan muslim yang disegani oleh
masyarakat pada masa tersebut hasil daripada amalan etika pegurusan
perniagaan secara Islam yang berpaksikan konsep keimanan kepada Allah.

Namun, konsep memaksimumkan keuntungan lebih dititikberatkan


usahawan masa kini. Pelbagai perkara tidak sihat dipraktikkan dalam
amalan pengurusan perniagaan mereka seperti amalan rasuah,

16
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

menyembunyikan kos-kos tertentu daripada pengguna, menipu dan


membohongi pengguna melalui barangan yang ditawarkan serta sebagainya
lagi jelas memperlihatkan kekotoran jiwa usahawan masa kini.

Oleh itu, usahawan muslim perlu bangkit dan melepaskan diri dari
kepompong ini dengan mempraktikkan pengurusan perniagaan secara Islam
sepertimana yang digariskan oleh Rasulullah.

Teori etika pengurusan perniagaan yang berasaskan konsep keimanan ini


perlu dirangsangkan dalam perniagaan usahawan muslim masa kini bagi
membezakan usahawan muslim yang berorientasikan Syariah dan
usahawan konvensional yang berorientasikan materialistik dan kepuasan
semata-mata.

17
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Rujukan
Ab Latif Muda, Rosmawati Ali. 1998. Pengantar Ilmu Tauhid Pustaka
Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Abu Mazaya Al-Hafiz. 2002. Sirah dan Riwayat Hidup Nabi Rasulullah
SAW. Al-Hidayah Publisher
H. Zainal Abidin Ahmad. 1975. Imam Bukhari-pemuncak Ilmu Hadith.
Bulan Bintang, Jakarta. Penterjemah: Zainal Abidin, Abdullah Hassan dan
Ilyas Hasan. 1992.
H.S. Zuardin Azzaino.(tarikh tidak dapat dikesan, helaian terkoyak). Azas-
azas Akuntasi Pahala dan Dosa. Pustaka Al-Hidayah
Ismail Nor. 2000. Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.-Pengurusan
Altruistik: modelikutan sepanjang masa. Perbandingan-Silang dengan
Kepimpinan dan pengurusan Semasa. Utusan Publication & Distribution
Sdn Bhd.
Jaafar Muhamad. 1999. Asas Pengurusan. Fajar bakti Sdn Bhd. Selangor
Darul Ehsan 1999. Islam & Bisnes. Jilid 1. Masjid An-Nur KOTARAYA.
Johor Bahru
Mohd Shawani Hj Othman. 1991. Pengurusan Organisasi dari Perspektif
Islam. Universiti Putra Malaysia. Selangor Darul Ehsan
Muhammad al-Buraey. 1990. Management and Admistration in Islam.
Saudi Arabia:Dhahron
Muhammad Bukhari Lubis. 1981. Sekitar Sejarah dan Tamadun Islam.
Ustara Sdn Bhd
Wan Liz Ozman Wan Omar. 1996. Pengurusan Islam Abad ke 21; Revolusi
Pengurusan Untuk Keunggulan Sektor Awam dan Koporat. Utusan
Publications & Distributions Sdn Bhd. Kuala Lumpur

18

Anda mungkin juga menyukai