Anda di halaman 1dari 16

Lawatan ke Kedah

Ketika aku melawat Ayuthaya pada tahun 2019 dan menyaksikan peninggalan kehebatan kerajaan
Ayutthaya dalam bentuk binaan kuil-kuil besar. Ketika aku membaca sejarah Ayutthaya ada disebutkan
Kedah sebagai salah satu kerajaan yang kuat juga pada masa itu. Lalu aku cuba mendapatkan maklumat
mengenai kerajaan Kedah tua dan pergi ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang untuk melihat sendiri
peninggalan kerajaan itu. Kedudukannya ditunjukkan dalam peta di bawah.

Kedudukan Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Kami menaiki kereta dari Bangi ke Sungai Petani dan terus ke Lembah Bujang. Tidak ku sangka, dalam
perjalanan dari Sungai Petani ke Lembah Bujang terdapat banyak tapak-tapak arkeologi yang sedang
dikaji. Tapak-tapak ini berpagar dan berbumbung dan telah dibuka kepada orang awam. Melihat
banyaknya tapak-tapak arkeologi menunjukkan kawasan ini pada zaman dahulu kala adalah satu bandar
besar yang telah maju. Kami tiba di kawasan muzium lebih kurang pukul 11 pagi. Nampak sangat
lengang. Ketika kami tiba hanya satu kereta sahaja di tempat letak kereta. Apabila kami masuk ke
muzium, terdapat banyak artifak yang menarik mengenai Kerajaan Kedah Tua yang dikenali juga dengan
nama Kadaram Kalaha dan Kida

1
Muzium Lembah Bujang
Muzium ini walaupun pecil tetapi amat menarik. Terapat artifak-artifak dari kurun ke-2 dan dokumen-
dokumen yang menunjukkan kegiatan ekonomi dan perdagangan Lembah Bujang. Tetapi amat sedikit
pengunjung yang datang. Mujurlah ketika kami balik, dua bas membawa pelajar sekolah tiba.

Artifak di dalam muzium

2
Artifak-artifak Lembah Bujang

3
Batu bersurat Sungai Mas menunjukkan agama Budha adalah anutan raja dan rakyat Kedah satu masa
dulu

4
Model-model candi-candi yang telah binasa di Lembah Bujang

5
Candi-candi Bukit Batu Pahat berhampiran Muzium

6
Candi-candi Bukit Batu Pahat berhampiran Muzium

7
Sebelum balik aku sempat membeli beberapa barang cenderahati dan senaskah buku. Buku ini bertajuk
Bujang Valley: The Wonder that was Ancient Kedah, karya V. Nadarajan. Buku ini menceritakan banyak
mengenai Kedah Tua.

Kerajaan Kedah Tua


Banyaknya tapak arkeologi dan candi-candi lama menunjukkan kawasan Lembah Bujang dan Sungai
Petani dahulu adalah satu penempatan besar dan maju. Entah berapa kali kami berulang-alik antara
Sungai Petani dengan Lembah Bujang melalu jalan yang berbeza. Boleh dikatakan kami dapat melihat
candi lama dan tapak arkeologi ketika kami melalui jalan-jalan yang berbeza. Kawasan yang banyak
tapak-tapak arkeologi dan candi ditunjukkan dalam peta di bawah.

Kawasan yang banyak candi-candi dan tapak arkeologi

Apabila Orang-orang India menyebutkan nama Kedah sebagai Kadaram pada kurun ke-2, ia memberikan
makna yang besar dari segi kehebatan negeri Kedah pada masa itu. Kadaram bermakna relau atau besi.
Ini menunjukkan pada zaman silam, relau besi adalah sinonim dengan Kedah. Dari pada kajian arkeologi

8
memang menunjukkan terapat banyak relau besi di Lembah Bujang yang sangat hebat pada masa itu. Di
antara relau besi kurun ke-2 yang masih boleh dilihat ialah di tapak arkeologi Sungai Batu. Dari kajian
arkelogi ada bahagian-bahagian relau ini yang sudah wujud pada tahun 535 Sebelum Masehi. Seorang
pelayar Arab, Abu Duluf al-Yambu’i, dalam pelayarannya ke Negeri Cina singgah di Kedah pada kurun ke-
10. Ia menuliskan dalam catatannya, pedang India dibuat di Kedah.

Relau Besi kuno di Sungai Batu. Industri besi di Kedah telah wujud semenjak kurun ke-8 sebelum Masehi.

Kerajaan Kedah Tua dalam catatan India


Kewujudan Kerajaan Kedah telah didapati dalam catatan India dalam kurun ke-2 Masehi. Nama Lembah
Bujang disebutkan dengan nama Bujangan yang bermaksud Naga. Negeri Kedah pula disebutkan sebagai
Kalagam, Kidaravan, Kadaram atau Kataha-negara. Barang-barang dagangan yang dibawa dari Kedah
ialah kayu gaharu, rotan, besi, emas dan kain sutra.

Dalam kurun ke-4, dalam catatan Kerajaan Gupta yang memerintah di Utara India ada menyebutkan
hubungan dengan Kerajaan Kataha, iaitu Kedah. Dalam kurun ke-8 ada dinyatakan perjalanan seorang
putri yang bernaka Gunawati dari Kedah ke India. Dinyatakan dalam tulisan itu Kedah adalah kerajaan
yang sangat mewah dan nama rajanya Sri Visaya Dhipati Kataha Dhippatyam Atanvata

9
Kawasan arkeologi Sungai Batu yang menunjukkan kawasan ini dahulu merupakan bangunan
pentadbiran Kedah Tua. Ada bahagian-bahagiannya yang telah wujud

Catatan dari India pada tahun 1006 pula ada menyebutkan Raja Kadaram (Kedah) yang bernama
Chudamani Warman membina satu biara Buddha di Nagapattinam, India. Pembinaan biara ini
diteruskan oleh anaknya, Mara Vijaya Tungga Warman. Pada masa itu Kedah bergabung dengan
Sriwijaya dalam satu sistem mandala, iaitu seperti persekutuan. Dalam catatan India juga ada
disebutkan Raja Rajendra Chola pernah melanda Kedah pada tahun 1030. Pada masa itu raja Kedah
bernama Sang Rama Vijaya Tungga Warman. Kejayaan Raja Chola menawan Kedah amat bermakna
sehingga ia menukar nama satu bandar di India kepada Kadaramkonda yang bermakna Penawanan
Kedah.

Kerajaan Kedah Tua dalam catatan Cina


Kedah Tua juga terkenal di kalangan orang-orang Cina semenjak kurun ke-3. Pada masa itu ramai orang-
orang Cina yang hendak ke Inda untuk belajar agama Buddha dengan menaiki kapal. Mereka akan
singgah di Palembang atau Kedah sementara menunggu pertukaran arah angina Monsoon. Kadang-
kadang mereka tinggal setahun atau dua tahun untuk belajar bahasa Sangkrit dan asas-asas agama

10
Bhuddah sebelum ke India untuk melanjutkan pelajaran. Kewujudan Kedah telah dicatatkan oleh Fa-
Hien yang pergi ke India pada tahun 413. I-Ching juga mencatatkan Kedah ketika pergi ke India pada
tahun 672 dan ketika kembali ke Negeri Cina pada tahun 685.

Peniaga-peniaga Cina juga ada yang datang ke Kedah melalui Pattani di Selatan Thailand. Mereka lebih
suka lalu jalan ini kerana mereka tidak perlu menunggu perubahan angina Monsoon Barad Daya dengan
Monsoon Timur Laut. Laluan darat dari Petani ke Kedah satu masa dahulu dikatakan laluan perniagaan
penting. Seorang sahabat saya bersama rombongannya pernah menyusuri Sungi Muda hingga ke hulu
dan kemudian berjalan kaki sehingga ke hulu Sungai Pattani di Thailand. Mereka seterusnya menyusuri
Sungai Pattani sehingga pantai Pattani. Agaknya nama pekan Sungai Petani mendapat nama dari laluan
ke Pattani. Laluan ini ditunjukkan dalam peta di bawah.

Laluan Pattani – Kedah


menyuri Sungai Pattani
Laluan Pattani – Kedah
melalui Genting Senggora

Laluan Pattani – Kedah


menyuri Sungai Muda

11
Laluan perdagangan antara Pattani dengan Kedah Tua. Laluan ini banyak digunakan oleh peniaga-
peniaga Cina

Kerajaan Kedah Tua dalam Catatan Orang Arab


Kedah disebutkan dalam catatan Arab sebagai Killah atau Kallah. Sindbad dalam siri pelayarannya telah
mencerikakan banyak mengenai Kedah. Sebuah buku, bertajuk Akhbar a-Sin wal-Hind yang merupakan
kumpulan cerita pengembara-pengembara Cina dan Hind yang diterbitkan pada tahun 851 Masehi ada
menceritkan Kedah. Peniaga-peniaga Arab juga telah mempunyai catatan semenjak kurun ke-10
mengenai Kedah. Diceritakan pada masa itu Kedah telah mempunyai system perbandaran yang mantap.
Pasarnya menjual berbagai-bagai barang termasuk kapur barus di samping makanan dan pakaian.
Sistem penimbang dalam jual beli telah wujud dan sistem mahkamah juga telah wujud untuk
menyelaikan perselisihan.

Kerajaan Kedah Tua dalam Catatan Indonesia


Dalam sejarah kerajaan Sriwijaya ada disebutkan nama-nama raja yang berasal dari Kedah. Sriwijaya
adalah kerajaan mandala (persekutuan) dan raja Kedah pernah menjada raja kerajaan itu. Raja-raja
Kedah yang juga menjadi raja Sriwijaya ialah Sang Mara Vijaya Tungga Warman yang mula memerintah
pada tahun 1008 dan Sri Sarama Vijaya Tungga Warman yang mula memerintah pada tahun 1025.
Terdapat juga beberapa nama Sriwijaya yang tidak disebutkan datang dari mana tetapi disebutkan
dalam catatan India sebagai raja Kedah. Mereka ialah Sri Udayaditya Warmadewa yang mula memeritah
pada tahun 960 dan Chudamani Warmadewa yang mula memerintah pada tahun 988.

Kerajaan Kedah Tua dalam Catatan Melayu


Catatan-catatan dan buku-buku lama mengenai Melayu banyak yang telah dibawa oleh penjajah dan kini
tersimpan di perpustakaan-perpustakaan di London, Leiden dan Paris. Ada juga buku-buku yang dibawa
ke Eropah dikatakan telah karam bersama kapal pembawanya. Kubur, batu nisan dan batu bersurat pula
banyak yang telah musnah akibat peperangan sesama sendiri atau peperangan dengan penjajah. Walau
bagaimana pun masih terdapat beberapa dokumen penting mengenai Kedah Tua, diantaranya ialah
Hikayat Merong Maha Wangsa yang ditulis pada kurun ke-17, Sejarah Melayu yang ditulis pada tahun
1612, Tarikh Kerajaan Kedah yang ditulis pada tahun 1911 dan At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang
ditulis pada tahun 1927.

Terdapat lagi sebuah lagi buku yang bertajuk Sulalatus Salatin yang asalnya ditulis semasa kerajaan
Malaka. Dalam buku itu ada disebutkan Raja Kida Hindi yang diserang oleh Iskandar Zulkarnain dalam
perjalannya ke arah matahari terbit. Dahalu saya memahami Hindi adalah India. Tetapi saya diberi tahu

12
dahulu orang-orang Arab menyebutkan kawasan Nusantara sebahai Hindi manakala India dengan nama
Bharat. Orang-orang Inggeris dan Belanda pun ketika datang ke Nusantara menamakan syarikat mereka
di kepuluan Nusatara sebagai Hindia Timur. Orang-orang Melayu dahulu pun menyebut India seabagai
Bharat sehinggakan mata angin orang Melayu menggunakan istilah Barat untuk arah matahari
terbenam. Bahkan parti yang memerintah India sekarang juga menamakan partinya Bharatiya Janata
Party.

Oleh itu ada kemungkinan Kida Hindi itu adalah negeri Kedah. Dalam buku Sulalatus Salatin disebutkan
Raja Kida Hindi selepas kalah dengan Iskandar Zulkarnain bersetuju menerima agama Nabi Ibrahim dan
mengahwinkan putrinya yang bernama Syahrul Bariyah dengan Iskandar. Dalam buku itu mencatatkan
sebahagian besar raja-raja Melayu di Sumatra dan Semenanjung adalah keturunan Iskandar Zulkarnain
hasil perkahwinannya dengan Syahrul Bariyah. Kemungkinan peristiwa ini berlaku lebih kurang tahun
330 Sebelum Masehi, iaitu tahun-tahun ketika Iskandar Zulkarnain melakukan ekspediri ke arah
matahari terbit.

Kedah Tua dalam kajian Arkeologi USM


Universiti Sains Malaysia telah benyak menjalankan kajian arkeologi di Kedah. Kaedah-kaedah saintifik
yang canggih dan jitu telah digunakan. Di Sungai Batu, berhampiran dengan Sungai Petani telah ditemui
dan dibuktikan kejuwudan komplek bangunan besar dan kawasan industry besi yang luas semenjak
kurun ke-8 sebelum Masehi. Ini bermakna Kerajaan Kedah Tua telah wujud lebih kurang 400 tahun
sebelum ketibaan Iskandar Zulkarnain.

Pusat Pemerintahan Negeri Kedah Tua


Pusat pemerintahan Kedah Tuan dari kurun ke-8 sebelum Masehi sehingga kurun ke-2 Masehi
berkemungkinan di Sungai Batu. Kajian USM menjukkan di kawasan ini telah wujud kompleks bangunan
dan kawasan industri besi kurun ke-8 sebelum Masehi. Tetapi maklumat kerajaan yang memerintah
belum diperolehi.

Dinasti Kerajaan Kedah yang bermula pada kurun ke-2 Masehi pula bekemungkinan berpusat di Sungai
Mas dengan pelabuhannya di kuala Sungai Muda. Nama Sungai Mas menggambarkan pada satu masa
dahulu emas menjadi bahan perniagaan Kedah tua yang penting. Kawasan hulu Sungai Muda
sebenarnya memang kaya dengan emas. Sungai Muda juga menjadi laluan utama ke kawasan
pendalaman yang kaya dengan emas itu dan juga laluan ke hulu Sungan Pattani dan seterusnya ke
Pattani di Pantai Timur Semenanjung. Laluan ini amat penting masa dahulu dan diceritakan dalam
Hikayat Merong Maha Wangsa. Batu bersurat yang didapati di Sungai Mas menunjukkan agama yang
dianuti oleh raja dan rakyat Kedah ialah Buddha.

13
Pusat pemerintahan kemudian dipindahkan ke Lembah Bujang dengan pelabuhan utama di kuala Sungai
Merbok. Di antara sebab pindah ialah Gunung Jerai yang boleh dijadikan panduan oleh kapal-kapal dan
kuala Sungai Merbok yang lebih luas serta agak terlindung. Candi-candi di Lembah Bujang menunjukkan
raja dan kebanyakan rakyat memeluk agama Hindu.

Raja yang pertama memeluk Islam ialah Sultan Muzaffar Shah I yang memerintah dari tahun 1136
hingga tahun 1179. Nama asalnya ialah Phra Ong Mahawangsa. Syeikh Abdullah bin Syeikh Ahmad bin
Syeikh Jaafar Qumairi dari Yaman adalah orang yang bertanggungjawab memberikan dakwah sehingga
paduka raja memeluk Islam. Serantak dengan itu, nama negeri Kedah ditukar dari Qalha kepada Kedah
Darul Aman. Belia membina menara dengan persetujuan raja di puncak Gunung Jerai untuk melaungkan
azan dan sempena pertukaran nama baginda dan nama negeri Kedah. Di samping itu Menara ini
menjadi mercu tanda bagi kapal-kapal yang datang dari jauh. Atas permintaannya, beliau disemadikan di
gunung ini dan kini tempat itu dinamakan Padang To’ Syeikh. Semasa hayatnya, beliau adalah orang
kepercayaan raja dan menjadi penasihat khas diraja.

Menara asal dibina oleh Syeikh Abdullah bin Syeikh Ahmad yang berdakwah di Kedah sehingga raja
menjadi Islam. Menara ini menandakan keislaman Sultan Kedah dan di sinilah azan yang pertama di
laungkan secara resmi di negeri Kedah. Menara ini berada di atas Gunung Jerai, Kedah

14
Di antara raja-raja Kedah Tua adalah diberikan dalam Jadual 1. Dari senarai raja-raja ini di antara yang
menarik ialah empat orang raja Kedah Tua pernah menjadi raja Sriwijaya di bawah system mandala
(persekutuan). Dalam istilah kita sekarang baginda yang empat orang ini adalah Yang Dipertuan Agung
kerajaan Sriwijaya. Raja Chudamani Warmadewa telah membina sebuah biara Buddha di India dan biara
itu dinamakan dengan namanya.

Jadual 1: Di antara Senarai Raja-raja Kedah Tua

Nama Tahun Catatan


memerintah
1 Merong Maha Kurun ke-2 Masehi Datang dari Rom. Mungkin dari Rom Timur, iaitu
Wangsa Turki Sekarang. Baginda dikatakan keturunan
Iskandar Zulkarnain.
Merong bermakna pahlawan perkasa. Oleh itu
namanya boleh diterjemahkan sebagai Pahlawan
Perkasa Bangsa Besar
2 Sri Visaya Dhipati Kurun ke-8 Kedah bergabung dengan Sriwijaya dalam satu
Kataha Dhippatyam system mandala (persekutuan)
Atanvata (catatan
India)
3 Sri Udayaditya 960 – 988 Baginda juga raja Sriwijaya di bawah system
Warmadewa (catatan mandala (Persekutuan)
India)
4 Chudamani 988 -1006 Membina biara Buddha di Nagapattinam, India.
Warmadewa (catatan Biara itu dinamakan sempena namanya, iaitu
India) Chulamani Vihara
Baginda juga raja Sriwijaya di bawah system
mandala (Persekutuan)
5 Sang Mara Vijaya 1006 - 1017 Namanya tercatat dalam dokumen Kerajaan Chola,
Tungga Warman India pada tahun 1006 sebagai raja Kedah.
(Catatan Indonesia) Meneruskan pembinaan biara Buddha, Chulamani
Vihara, yang dibina oleh ayahnya di India.
Baginda juga menjadi raja Sriwijaya di bawah
system mandala (persekutuan)
6 Sri Sarama Vijaya 1025 Kerajaan Kedah Tua diserang secara besar-besaran
Tungga warman oleh Raja Chola dari India pada tahun 1025.
(Catatan Indonesia) Baginda juga menjadi raja Sriwijaya di bawah
system mandala (persekutuan).
Dalam catatan Srilangka dan Thai, baginda
menyerang balas sehingga dapat membebaskan
Srilangka dan membunuh Raja Chola.
7 Maha Dewa II 1028 - Baginda membangunkan semula kerajaan Kedah
Dikenali juga dengan Tua
nama Seri Maha
Wangsa

15
8 Darma Raja Bergelar Raja Ong Maha Perita Deria
Dikenali juga dengan Lebih dikenali dengan nama Raja Bersiong kerana
nama Seri Maha suka minum darah manusia.
Indrawangsa Ia tidak lama memerintah. Ia diturunkan dari
takhta oleh kerabat diraja dan pembesar kerajaan
kerana kezalimannya.
9 Phra Ong Maha Dikenali juga dengan nama Maharaja Maha Jiwa
Pudisat dan Durbar Raja I
10 Phra Ong Maha 1136 – 1179 Dikenali juga dengan nama Seri Paduka Maharaja
Wangsa Durbar Raja II
Menjadi Islam dengan dakwah Syeikh Abdullah.
Nama Islam baginda ialah Muzaffar Syah I.
Nama rasmi Kedah telah ditukar dari Qalha kepada
Kedah Darul Aman. Oleh itu baginda dianggap
sebagai sultan Kedah yang pertama.

Makam Sultan Muzaffar Syah 1, raja Kedah yang pertama memeluk Islam

16

Anda mungkin juga menyukai