Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti 2:

Pembentangan Eksekutif

Dapatan:
Aktiviti ini merangkumi lima pembentangan eksekutif dengan setiap pembentangan akan
ditaksir untuk menilai pencapaian dan penguasaan kompetensi yang ditaksir. Melalui siri
pembentangan ini, saya dibimbing oleh penyelia dan setiap perkembangan saya akan
dipantau sepanjang masa. Melalui aktiviti ini, saya dapat meningkatkan keyakinan diri dalam
menyampaikan pembentangan yang mana dibuat di hadapan rakan-rakan dan pentaksir.
Melalui pembentangan eksekutif ini juga, saya dapat meningkatkan kemahiran
merancang dan mengurus masa dengan lebih efisen kerana setiap tarikh pembentangan
telah ditetapkan terlebih dahulu. Pembentangan eksekutif ini antara lain telah mewujudkan
kerjasama di kalangan ahli- ahli kumpulan kerana setiap kumpulan akan berbincang
sebelum membuat pembentangan.

Perkaitan Kompetensi:
Berfikiran strategik. Semasa membuat persediaan untuk pembentangan, saya perlu
berfikiran startegik dengan menjangkakan keperluan-keperluan yang dikehendaki oleh
pentaksir. Saya perlu menilai dengan lebih mendalam sesuatu maklumat yang akan
dimasukkan ke dalam slaid pembentangan. Kemahiran berfikiran strategik ini sangat
diperlukan oleh seorang pemimpin untuk memastikan segala perancangan yang dibuat
dapat dilaksanakan dengan lancar.
Membuat keputusan. Terdapat beberapa pembentangan eksekutif yang memerlukan saya
membuat keputusan. Pembentangan eksekutif 1, 2 dan 5 antara lain menilai kompetensi
membuat keputusan. Oleh yang demikian, saya tidak dapat lari daripada proses membuat
pilihan dan keputusan. Aktiviti pembentangan eksekutif ini banyak mengajar saya untuk
membuat keputusan yang tepat, yang mana sangat diperlukan oleh seorang pemimpin
dalam organisasi.
Menyelesaikan masalah. Bagi pembentangan eksekutif 2,3,4 dan 5, stimulus yang diberi
memerlukan saya menyelesaikan masalah yang diberi. Proses menyelesaikan masalah itu
sendiri melibatkan beberapa peringkat yang perlu diambil perhatian seperti menganalisis
persekitaran, mengenal pasti punca masalah dan sebagainya. Kemahiran menyelesaikan
masalah ini merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pemimpin untuk menjamin
kecemerlangan organisasi yang dipimpinnya.
Berkomunikasi berkesan. Semasa pembentangan eksekutif, kemahiran berkomunikasi
yang berkesan sangat penting untuk memastikan perkongsian dan idea kita dapat
disampaikan kepada pendengar. Oleh yang demikian, kemahiran ini sangat penting untuk
dikuasai oleh setiap pemimpin untuk menjamin idea-idea yang bernas dapat dikongsi
kepada semua orang bawahan.
Berkepimpinan. Setiap pembentangan eksekutif, kami dibahagian kepada beberapa
kumpulan kecil. Setiap ahli dalam kumpulan berpeluang menonjolkan sifat kepimpinan
masing-masing melalui peranan yang diberi. Saya sendiri diberi peranan sebagai ketua
kumpulan semasa melaksanakan aktiviti pembentangan eksekutif 4. Pemimpin yang
berkesan mampu menjamin kelangsungan organisasi yang dipimpinnya. Sifat-sifat
kepimpinan yang ada dalam diri seorang pemimpin bukan sahaja dapat mempengaruhi
orang-orang yang dipimpinnya, malah orang-orang bawahan akan menjadikan kita sebagai
contoh dan role model mereka.

Refleksi Kendiri:
Aktiviti ini banyak membantu saya dalam meningkatkan keyakinan diri membuat
pembentangan di hadapan orang lain. Saya mengakui bahawa walaupun tugas-tugas rutin
saya di sekolah lebih banyak kepada bertemu pelanggan (murid dan ibu bapa) keyakina
saya bercakap di hadapan orang lain sangat kurang. Oleh yang demikian, aktiviti
pembentangan eksekutif ini sangat membantu saya meningkatkan keyakinan saya.
Melalui aktiviti pembentangan eksekutif ini, saya dapat berkongsi pengetahuan dan
pengalaman dengan rakan-rakan yang lain. Setiap peserta di dalam kelas saya mempunyai
pandangan dan pendapat yang berbeza terhadap isu-isu yang dikemukakan. Oleh yang
demikian, peluang ini saya gunakan sepenuhnya untuk mempelajari sesuatu daripada
rakan-rakan yang lain.

Rumusan:
Aktiviti ini merupakan antara aktiviti yang sangat penting dan perlu diteruskan kepada setiap
peserta NPQEL kerana ianya bukan sahaja dapat menguatkan keyakinan peserta, malah
dapat membina perwatakan serta mengasah bakat kepimpinan calon bakal pemimpin
pendidikan.
Aktiviti ini juga merupakan satu cara yang paling sesuai untuk berkongsi idea,
pendapat dan amalan terbaik di kalangan peserta NPQEL. Setiap peserta berasal daripada
latar belakang dan jawatan yang berbeza di sekolah. Oleh yang demikian, ini merupakan
satu ruang kesempatan kepada semua peserta untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan
melalui perkongsian pengalaman.