Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti 4:

Lawatan penanda arasan ke institut swasta

Dapatan:
Aktiviti ini memberi pendedahan kepada saya tentang pengurusan dan pentadbiran
organisasi yang cekap dan berkesan ke arah menjadikan organisasi tersebut cemerlang dan
berdaya saing. Berdasarkan dapatan yang diperoleh semasa lawatan tersebut, saya
berpeluang membawa budaya kerja yang diamalkan oleh institusi swasta ke sekolah tempat
saya bertugas. Dalam erti kata lain, saya akan mengaplikasikan sistem pengurusan yang
diguna pakai oleh institut swasta ke sekolah mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah
saya.

Perkaitan Kompetensi:
Berkomunikasi berkesan. Semasa melaksanakan aktiviti lawatan penanda arasan ke
institut swasta, salah satu kompetensi yang dinilai adalah berkomunikasi berkesan. Setiap
peserta akan berpeluang untuk bertanyakan soalan kepada pengurus organisasi yang
dilawat. Melalui aktiviti ini, saya dapat meningkatkan kemahiran saya dalam berkomunikasi
kerana sepanjang lawatan tersebut, saya berpeluang berkomunikasi dengan orang-orang
yang hebat di sekeliling saya.
Berkeperibadian tinggi. Memandangkan lawatan penanda arasan ini adalah aktiviti formal,
setiap peserta dikehendaki berpakaian formal dan menunjukkan penampilan serta
keperibadian yang tinggi. Ini secara langsung memberi pengalaman yang sangat berguna
kepada saya sebagai bakal pemimpin pendidikan kelak.

Refleksi Kendiri:
Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dinanti-nantikan oleh saya kerana melalui aktiviti ini, saya
berpeluang mendengar dan berkongsi amalan terbaik yang dipraktikkan oleh institusi
swasta. Melalui perkongsian ini, saya mempelajari sistem pentadbiran yang diamalkan oleh
sektor swasta yang membawa kepada kejayaan organisasi mereka. Ilmu yang diperoleh ini
akan di diaplikasikan di sekolah, sesuai dengan keperluan semasa.
Melalui aktiviti lawatan penanda arasan ini, saya mendapati antara kunci kejayaan
sektor swasta adalah berdasarkan kepada kepatuhan disiplin, pentadbir yang cekap dan
pengurusan sumber manusia yang efisen. Perkara-perkara sebegini perlu dipertimbangkan
untuk diaplikasikan di sekolah-sekolah kerana keberkesanannya sudah terbukti di dalam
sektor swasta.
Rumusan:
Lawatan penanda arasan ke institut swasta merupakan satu platform berguna dalam
mempelajari sistem pengurusan terbaik yang diamalkan oleh sektor swasta. Kita sering
mendengar kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh sektor swasta dalam meningkatkan
produktiviti serta kualiti perkhidmatan. Oleh yang demikian, melalui aktiviti sebegini, kita
berpeluang mempelajari sesuatu ilmu baru, seterusnya diaplikasikan di sekolah mengikut
kesesuaian dan keperluan.