1. Kaedah Lompat Pagar - Atlet perlu memijak pagar sebelum melompat untuk melepasi halangan.
2. Kaedah lari berpagar
- Kaedah ini sama seperti larian 400 meter lompat berpagar. Pelari tidak memijak halangan berpagar tetapi terus melompat pagar tersebut.
Lompatan air Kemahiran lompatan air adalah salah satu kemahiranyang mesti dikuasai oleh atlet bagi memastikan kelancaran larian semasa melompat melepasi kolam lompatan air.
Ansur maju lari berhalang
Kemahiran lari berhalang boleh dikuasai dengan Latihan bersistematik. Latihan ini menggabungkan lompatan melepasi peti lombol dan dua halangan pagar untuk memahirkan kita dengan teknik lompatan . Kita boleh mengganggarkan kelajuan dan jarak larian yang sesuai sebelum melompat meelpasi peti lombol dan halangan berpagar . Undang – undang dan peraturan 1. Tidak mengganggu atau dengan sengaja menghalang pelari lain semasa pertandingan. 2. Semua peserta mesti melompat atau mengharung air. 3. Larian dibatalkan sekiranya peserta melompat ke kiri atau ke kanan pagar atau meleretkan kaki di luar pagar.
Aspek – aspek keselamatan
1. Memastikan halangan pagar kukuh, stabil dan mampu menanpung berat atlet. Jika permukaan halangan telah rosak dan boleh menyebabkan atlet tergelincir, gantikan dengan yang baru. 2. Memastikan atlet tidak berlari terlalu hamper di belakang atlet lain apabila menghampiri halangan pagar. Atlet digalakkan berlari di sisi supaya dapat melihat halangan dengan jelas. 3. Memastikan permukaan kolam untuk lompatan air diperbuat dengan bahan konkrit, ditutupi dengan alas lembut atau permukaan getah. Hal ini penting agar kasut spike atlet dapat mencengkam dengan baik.