Anda di halaman 1dari 120

KURIKULUM STANDARD KELAS PERALIHAN

BUKU PANDUAN GURU

PENDIDIKAN JASMANI
DAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
(KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2018
Terbitan Jun 2018
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Malaysia.

CIP/ISBN

ISBN 976-967-420- XXX-X


KANDUNGAN

Muka Surat
Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi
Kata Alu-aluan vii
Pendahuluan ix
Maklumat dalam Modul xiii

BIDANG KEMAHIRAN
Unit 1 Gimnastik Asas 1
Unit 2 Pergerakan Berirama 15
Unit 3 Permainan Kategori Serangan; Bola Sepak 25
Unit 4 Permainan Kategori Serangan; Bola Jaring 35
Unit 5 Permainan Kategori Jaring; Bola Tampar 49
Unit 6 Olahraga Asas 59
Unit 7 Rekreasi dan Kesenggangan 67
Unit 8 Konsep Kecergasan 77
Unit 9 Komponen Kecergasan Fizikal Berdasarkan 85
Kesihatan
Rujukan 99

Penghargaan 101
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:


Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh


tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi
KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian


Pembangunan Kurikulum telah berjaya menghasilkan Buku Panduan
Guru Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP). Buku ini diharap
dapat menjadi panduan dan rujukan guru seterusnya sebagai
pencetus idea baharu kepada guru dalam merancang dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran
KSKP di sekolah.

Selari dengan transformasi kurikulum di semua peringkat persekolahan, Buku Panduan


Guru ini memfokuskan kepada kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis melalui aktiviti dan komunikasi yang menyeronokkan
dan merangsang pembelajaran untuk mempertingkat dan memperkukuh penguasaan
bahasa Melayu. Buku ini turut memberi panduan tentang penekanan kepada
penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian
masalah, dan kepimpinan mengikut kesesuaian dan keupayaan kumpulan murid Kelas
Peralihan. Selain itu, elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melibatkan
kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta turut diintegrasikan bagi
membantu guru melaksanakannya bersesuaian dengan keupayaan dan pencapaian
murid.

Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada panel penulis dan semua pihak yang
terlibat dalam penghasilan Buku Panduan Guru KSKP. Semoga buku ini dapat memberi
manfaat kepada semua pihak dalam usaha meningkatkan kualiti penguasaan bahasa
Melayu dalam kalangan murid kelas peralihan sebagai persediaan meneruskan
pendidikan di peringkat menengah.

Sekian, terima kasih.

Dr. MOHAMED BIN ABU BAKAR


Timbalan Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2018
vii
PENDAHULUAN

Kurikulum baharu bagi Kelas Peralihan dilaksanakan mulai tahun 2019 selari dengan
perubahan dalam kurikulum kebangsaan. Kurikulum baharu ini dikenali sebagai
Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) dilaksanakan bagi menggantikan Kurikulum
Kelas Peralihan (Semakan 2003) yang mula dilaksanakan pada tahun 2003. KSKP
digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di
Kelas Peralihan selari dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kurikulum berasaskan standard yang
menjadi amalan antarabangsa dijelmakan dalam KSKP menerusi penggubalan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi semua mata pelajaran.

Usaha menambah baik kurikulum Kelas Peralihan adalah sejajar dengan usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan semua murid menguasai kecekapan
asas berbahasa Melayu. KSKP memfokuskan kepada kemahiran berbahasa iaitu
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. KSKP hendaklah dilaksanakan
melalui aktiviti dan komunikasi yang menyeronokkan dan merangsang pembelajaran
untuk mempertingkat serta memperkukuh penguasaan bahasa Melayu murid sebagai
persediaan untuk meneruskan pelajaran mereka di Tingkatan Satu. KSKP juga
mengambil kira elemen memupuk nilai perpaduan dan keharmonian kaum supaya murid
mengenal, menghormati dan menerima kelainan serta perbezaan individu.

Kejayaan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bergantung


kepada kefahaman dan penghayatan guru terhadap hasrat dan matlamat pelaksanaan
KSKP. Keberkesanan pelaksanaan KSKP menuntut komitmen yang jitu daripada guru
dalam mempelbagaikan pendekatan PdP. Buku Panduan Guru ini dihasilkan untuk
membantu guru dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan pelaksanaan KSKP
mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan.

ix
PENDAHULUAN PANDUAN GURU KSKP PJPK
(KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

Panduan Guru KSKP PJPK (Komponen Pendidikan Jasmani) ini merupakan usaha
Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
dan pelbagai pihak yang telah menyumbang masa dan tenaga bagi membantu guru
Pendidikan Jasmani terutama sekali guru-guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran
ini. Panduan Guru ini menterjemah standard pembelajaran yang terdapat dalam
Dokumen Standard Kelas Peralihan (KSKP) kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Bagi standard pembelajaran yang tidak dicakup dalam buku ini,
guru hendaklah merancang sendiri aktiviti PdP.

Panduan Guru KSKP PJPK (Komponen Pendidikan Jasmani) ini mengandungi 9 unit
bagi membantu guru dalam pengajaran Modul Kemahiran seperti yang terkandung
dalam KSKP PJPK (Komponen Pendidikan Jasmani). Unit-unit pengajaran yang
disediakan adalah mencukupi untuk dilaksanakan dalam tempoh setahun.

Aktiviti yang terdapat dalam setiap unit pengajaran menjurus kepada pencapaian
standard pembelajaran berdasarkan contoh aktiviti mengikut kemahiran yang diajar.
Cadangan aktiviti dalam panduan pengajaran juga menerapkan elemen merentas
kurikulum, kaedah inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan Teaching
Game for Understanding (TGfU). Guru perlu merangsang murid dengan mengemukakan
pertanyaan yang membolehkan murid berfikir dan membuat keputusan semasa
mempelajari sesuatu kemahiran. Murid juga dirangsang dengan kemahiran berfikir
secara kreatif dan inovatif melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta
menekankan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubahsuai serta


menambah baik aktiviti panduan pengajaran mengikut kesesuaian situasi, tempat dan
kebolehan murid. Pengajaran dan pembelajaran yang terancang dapat membina murid
menjadi individu yang cergas dan sihat, berkemahiran dan berpengetahuan serta
mengamalkan nilai murni dalam melakukan aktitiviti fizikal ke arah mencapai
kesejahteraan diri.

xi
MAKLUMAT DALAM MODUL

5 JAM BOLA TAMPAR Tajuk dan cadangan masa


setiap modul.

HURAIAN MODUL Menggambarkan


keseluruhan kandungan
Menerusi modul pengajaran bola tampar, murid boleh mengaplikasi konsep pergerakan dan prinsip dalam bidang yang hendak
mekanik dalam mempelajari kemahiran bola tampar. Murid juga mengadaptasi kemahiran bola dicapai dalam beberapa
sesi pengajaran dan
tampar yang sesuai digunakan semasa menyerang dan bertahan berdasarkan situasi permainan pembelajaran (PdP).
mengikut posisi pemain.

Standard Pembelajaran
STANDARD PEMBELAJARAN yang dikelompokkan
supaya sejajar dengan
Kemahiran servis bawah dan servis atas objektif dan aktiviti PdP.
1.5.2 Melakukan kemahiran servis bawah dan servis atas dalam situasi permainan.
2.5.2 Menerangkan lakuan kemahiran servis bawah dengan servis atas.
5.2.1 Berusaha melakukan aktiviti fizikal untuk mencapai matlamat.
5.4.4 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti. Cadangan aktiviti mencapai
SP perlu dilakukan
mengikut turutan seperti
CADANGAN AKTIVITI berikut:
Aktiviti 3: Servis dan Menyangga 1. Memanaskan Badan.
2. Penyampaian SP.
1. Murid-murid dibahagi dalam kumpulan kecil. 3. Permainan Kecil atau
2. Mula aktiviti dengan servis bawah atau atas. persembahan.
3. Murid yang menerima bola hendaklah menyangga bola kepada rakan sepasukan sebelum 4. Menyejukkan Badan.
5. Penilaian PdP.
menghantar melepasi jaring ke pihak lawan (2 sentuhan).

STRATEGI PdP
Cadangan strategi yang
Pendekatan TGfU sesuai digunakan bagi
Bentuk Permainan – aspek yang perlu dipertimbangkan bidang dalam modul.
Pembelajaran murid:
Murid bermain permainan kecil yang telah diubah suai dari segi saiz gelanggang dan alatan supaya
dapat menguasai kemahiran dengan bimbingan serta memenuhi tahap perkembangan dan minat
mereka.

CONTOH SOALAN INKUIRI Cadangan soalan inkuiri


berdasarkan fakta, konsep
Berdasarkan Fakta dan perbahasan untuk
merangsang Kemahiran
1. Nyatakan kemahiran asas bola tampar?
Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
2. Apakah kemahiran yang digunakan semasa bertahan?

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

SEMAKAN KENDIRI Cadangan pentaksiran


formatif yang sesuai untuk
ARAHAN: Tandakan (/) berdasarkan kemahiran yang dikuasai oleh kamu . modul ini.

CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF


Cadangan pentaksiran
Pada akhir modul ini, murid akan dapat: sumatif yang sesuai untuk
1. Melakukan pembentangan kumpulan tentang kemahiran bola tampar. modul ini.
2. Melakukan kemahiran servis dan menyangga dalam situasi permainan bola tampar.

xiii
5 JAM GIMNASTIK ASAS

HURAIAN MODUL

Kemahiran gimnastik asas yang dilakukan oleh murid akan meningkatkan fleksibiliti,
ketangkasan, imbangan, kekuatan dan kawalan badan. Menerusi kemahiran gimnastik
asas Kelas Peralihan, murid menggunakan kemahiran yang spesifik untuk melakukan
kawalan badan dan sokongan serta lantunan dan layangan menggunakan trampolin.
Proses PdP gimnastik asas dapat meningkatkan kemahiran interpersonal seperti
interaksi, keyakinan diri dan kerjasama dalam kumpulan. Murid didedahkan dengan
istilah yang terdapat dalam gimnastik asas.

STANDARD PEMBELAJARAN

Kemahiran Gimnastik Asas


1.1.1 Melakukan kemahiran imbangan dengan pelbagai tapak sokongan dan putaran.
1.1.2 Melakukan rangkaian lantunan, layangan dan putaran di atas trampolin dan
mendarat.
2.1.1 Menyatakan cara mengekalkan imbangan di atas trampolin.
2.1.2 Menjelaskan kemahiran putaran yang dilakukan di trampolin.
5.3.1 Berinteraksi secara positif dalam pelbagai situasi semasa melakukan aktiviti.
5.4.2 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

1
CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 1: “Jom Beraksi”

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.


2. Setiap kumpulan melakukan pelbagai aksi kemahiran imbangan, lantunan dan
putaran mengikut zon yang ditetapkan seperti Rajah 1.

Tip Guru:
Sediakan label bagi setiap zon kemahiran:
i. Zon Putaran
ii. Zon Hambur
iii. Zon Imbangan

Imbangan
Lantunan
Putaran
Zon

Zon
Zon

x
x
x
x
TAMAT

MULA

x
x
x
x

Rajah 1: Aktiviti Jom Beraksi.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

2
CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 2: “Putaran Berganti”

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan membentuk bulatan dengan seorang
berada di tengah bulatan.
2. Murid yang berada di tengah bulatan akan melompat dan membuat putaran 90 0, 1800,
2700 atau 3600 ke arah putaran jam atau lawan putaran jam dan mendarat dengan
kedua-dua belah kaki seperti Rajah 2.
3. Setiap ahli kumpulan bergilir-gilir melakukan putaran di tengah bulatan.
4. Ulang aktiviti di atas dengan melakukan putaran di atas trampolin.
5. Murid menyebut perkataan “lantun”, “layang”, “putar” dan “mendarat” semasa
melakukan kemahiran yang berkaitan dengan merujuk kad imbasan yang dipegang
oleh guru.

Tip Untuk Murid:


Fleksikan lutut dan luruskan kedua-dua belah tangan ke hadapan semasa mendarat.

Variasi 1 Variasi 2

Rajah 2: Aktiviti Putaran Berganti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

3
CADANGAN AKTIVITI

Persembahan: “Formasi Trampolin”

1. Murid dalam kumpulan kecil merancang formasi kemahiran trampolin.


2. Setiap ahli kumpulan boleh merancang untuk melompat dan membuat putaran di atas
trampolin dengan memilih salah satu kedudukan 90 0 ke kanan, 900 ke kiri atau ke
hadapan sebelum melompat keluar dari trampolin dan mendarat dengan kedua-dua
belah kaki seperti Rajah 3.
3. Murid melakukan aktiviti secara bergilir-gilir mengikut kumpulan.
4. Persembahan akan dinilai oleh kumpulan lain.

Contoh turutan formasi

Rajah 3: Persembahan Formasi Trampolin.

Bil. Sebutan Perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1. formasi Susunan dengan bentuk tertentu.


2. lantun Aksi lakuan mendarat dari permukaan dan ke atas secara
berulang-ulang.
3. layang Fasa badan di udara atau tidak menyentuh permukaan.
4. putaran Lakuan memutarkan badan pada sudut tertentu.
5. mendarat Aksi selepas melakukan sesuatu kemahiran.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

4
STRATEGI PdP

1. Guru menunjukkan contoh kemahiran gimnastik asas menggunakan trampolin kepada


murid dengan menggunakan kad imbasan, gambar, video atau demonstrasi.

2. Murid meniru pelbagai aksi yang ditunjukkan.

3. Guru membimbing murid melakukan imbangan, lantun, layangan dan putaran di atas
trampolin.

4. Guru merangsang murid menyatakan perkaitan sudut putaran dengan posisi akhir
semasa melakukan lompatan di atas trampolin.

5. Murid membuat sumbang saran merancang rangkaian pergerakan yang melibatkan


kemahiran imbangan, lantun, layangan dan putaran di atas trampolin.

6. Murid dibimbing menilai persembahan kumpulan.

7. Murid dibimbing menambahbaik kelemahan dalam gabungan kemahiran imbangan,


lantun, layangan dan putaran.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

5
CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta

1. Apakah posisi akhir apabila melakukan putaran 1800?

2. Apakah aksi yang boleh dilakukan untuk kemahiran imbangan, hambur dan putaran?

3. Lakar dan namakan formasi yang direka cipta.

4. Namakan jenis-jenis kemahiran yang dilakukan.

Berdasarkan Konsep

1. Bagaimanakah cara mendapatkan imbangan yang stabil?

2. Bagaimanakah cara menghasilkan putaran yang lebih laju?

Berdasarkan Perbahasan
1. Bincangkan kemahiran yang sesuai digunakan semasa melakukan persembahan
yang direka cipta.

2. Bincangkan bagaimanakah kamu menetapkan kriteria kumpulan bagi persembahan


terbaik. Mengapa?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

6
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

KEMAHIRAN GIMNASTIK ASAS

NAMA: ________________ KELAS: ________ TARIKH: _________

ARAHAN: Pilih dan tuliskan kemahiran berikut berdasarkan gambar.

LANTUNAN PUTARAN

LAYANGAN MENDARAT

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

7
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

BORANG PELAN PERANCANGAN PERSEMBAHAN

NAMA: ___________________ KUMPULAN: _____________________

ARAHAN: Tandakan ( √ ) pada kemahiran yang akan dilakukan.

KEMAHIRAN GIMNASTIK
(a) Kemahiran Imbangan:

Imbangan pelbagai tapak sokongan

Putaran 90⁰, 180⁰, 270⁰ atau 360⁰

(b) Rangkaian ‘Aksi Trampolin’:

Lantunan

Layangan

Putaran

Mendarat

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

8
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

ARAHAN: Tandakan ( √ ) pada formasi yang akan dilakukan dalam


kotak yang disediakan.

1. 5. 9.

2. 6. 10.

3. 7. 11.

4. 8. 12.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

9
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

Senarai Semak Kendiri bagi Penguasaan Kemahiran

NAMA KUMPULAN: ____________________

ARAHAN: Tandakan ( √ ) pada kemahiran yang akan dilakukan dalam


kotak yang disediakan.

Aktiviti
Nama Ahli dalam
Bil. Jumlah
Kumpulan Imbangan Hambur Putaran

1. Nazmi √ √ √ 3/3

2. /3

3. /3

4. /3

5. /3

6. /3

7. /3

8. /3

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

10
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

BORANG PERANCANGAN
PERSEMBAHAN RANGKAIAN ‘AKSI TRAMPOLIN’

NAMA KUMPULAN: ___________________________

ARAHAN: Isi maklumat di bawah untuk merancang persembahan


kumpulan.

Nama Ahli Kemahiran Berpasangan/ Nama Kedudukan


Bil.
dalam Kumpulan Gimnastik Individu Pasangan dalam Formasi

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

11
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

BORANG PEMARKAHAN
PERSEMBAHAN 'FORMASI TRAMPOLIN'

NAMA KUMPULAN: ___________________________

ARAHAN: Isi maklumat di bawah untuk menilai persembahan


kumpulan.

Kemahiran
Kreativiti Kerjasama
Bil. Kumpulan Trampolin Jumlah
(20 Markah) (20 Markah)
(20 Markah)

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

12
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

1. Murid berada dalam kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan mereka cipta satu rangkaian pergerakan yang


mengandungi kemahiran hambur, layangan, putaran dan imbangan.

3. Setiap kumpulan perlu mempersembahkan hasil rangkaian pergerakan


yang direka cipta.

Borang Penilaian Rakan Sebaya bagi Persembahan

NAMA KUMPULAN: _________________ KELAS: ________________


ARAHAN: Markah penilaian untuk persembahan perlu berpandukan
jadual yang diberikan.

Cemerlang Sederhana Pemulihan


SKOR
(8-10 markah) (4-7 markah) (1-3 markah)
Memenuhi keempat- Mengandungi tiga Mengandungi dua atau
empat kemahiran yang kemahiran yang kurang dari dua
dinyatakan. dinyatakan. kemahiran yang
dinyatakan.

Melibatkan pelbagai Melibatkan variasi Melibatkan hanya satu


variasi pada setiap kemahiran yang lakuan pada setiap
kemahiran. sederhana. kemahiran.

Pergerakan yang Pergerakan yang Pergerakan yang


sangat lancar dan lancar dan teratur. kurang lancar dan
teratur. teratur.

JUMLAH

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

13
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Menyenaraikan nama kemahiran yang telah dipelajari.


2. Melakarkan pelan rangkaian pergerakan yang melibatkan kemahiran hambur,
lantunan, layangan, putaran dan imbangan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

14
5 JAM PERGERAKAN BERIRAMA

HURAIAN MODUL

Pergerakan berirama merupakan medium penting untuk menggalakkan murid kreatif dan
menguasai kemahiran sosial. Pergerakan berirama bagi murid Kelas Peralihan memberi
penekanan kepada pergerakan kreatif berdasarkan tema. Menerusi kemahiran ini, murid
boleh mereka cipta pergerakan kreatif mengikut kreativiti dan membuat persembahan.
Murid menggunakan kemahiran dan pengetahuan asas dalam pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor serta tema yang dipilih dalam mereka cipta pergerakan kreatif. Murid
didedahkan dengan istilah yang terdapat dalam pergerakan berirama.

STANDARD PEMBELAJARAN

Mereka cipta pergerakan kreatif

1.2.1 Mereka cipta pergerakan kreatif secara berkumpulan berdasarkan tema mengikut
muzik yang didengar.

2.2.1 Memberi justifikasi pemilihan tema dalam mereka cipta pergerakan kreatif.

2.2.3 Memilih dan memberi justifikasi pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor
dalam mereka cipta pergerakan kreatif bertema.

5.2.3 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

15
STANDARD PEMBELAJARAN

Mempersembahkan pergerakan kreatif

1.2.2 Melakukan persembahan pergerakan kreatif bertema menggunakan props yang


direka cipta secara berkumpulan mengikut muzik yang didengar.

2.2.2 Menyatakan konsep pergerakan seperti kesedaran tubuh badan, kesedaran


ruang, kualiti pergerakan dan hubungan yang digunakan dalam mereka cipta
pergerakan kreatif bertema.

5.3.1 Berinteraksi secara positif dalam pelbagai situasi semasa melakukan aktiviti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

16
CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 1: “Aksi Bertema”

Murid melakukan aksi pergerakan kreatif bertemakan ‘Sukan di Malaysia’ secara


berkumpulan mengikut muzik dengan mengintegrasikan kemahiran dan konsep
pergerakan. Aksi yang dicadangkan adalah seperti berikut:
a. Olahraga – lari berganti-ganti sambil menghantar dan menerima baton.
b. Hoki – aksi memukul kuat, menggelecek perlahan, menguis dan menahan dengan
kayu hoki.
c. Sofbol – aksi membaling, memukul, menangkap dan berlari ke tapak dengan cepat.
d. Sepak takraw – aksi melambung, servis, menimang dengan ringan, merejam
dengan kuat, mengadang dan menanduk.
e. Kayak – aksi mendayung ke depan dan belakang, menahan dan melakukan gaya
‘drawing’ bersama dengan rakan.
f. Ulang aksi (a) hingga (e).

Persembahan: “Pergerakan Kreatif Kumpulan”

1. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil.


2. Murid merancang pergerakan kreatif dengan props dalam kumpulan mengikut muzik.
3. Murid memilih tema, watak, muzik, props dan konsep pergerakan yang terlibat dalam
pergerakan kreatif.
4. Murid merancang turutan pergerakan kreatif bertema mengikut muzik.
5. Setiap kumpulan mempersembahkan pergerakan kreatif yang telah dirancang.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

17
STRATEGI PdP

1. Guru menunjuk ajar pergerakan kreatif bertema menggunakan props tanpa muzik
dan dengan muzik. Murid memerhati dan meniru.

2. Murid menganalisis dan mengenal pasti pergerakan asas dan konsep pergerakan
yang digunakan dalam pergerakan yang ditiru.

3. Guru menggunakan muzik yang bersesuaian untuk mewujudkan keseronokan murid


semasa melakukan pergerakan kreatif bertema.

4. Guru membimbing murid merancang persembahan pergerakan kreatif bertema.

5. Murid dalam kumpulan memilih tema yang sesuai seperti Amalan Gaya Hidup Sihat,
Masyarakat Penyayang, Rantai Makanan atau Sistem Pengangkutan.

6. Murid membuat sumbang saran dalam kumpulan untuk mereka cipta pergerakan
kreatif dan props berdasarkan konsep pergerakan yang sesuai digunakan dalam
persembahan.

7. Murid mencatat turutan pergerakan dan mencuba jaya pergerakan kreatif bertema
berdasarkan muzik dan props yang dipilih.

8. Murid membuat persembahan yang akan dinilai oleh kumpulan lain menggunakan
Borang Penilaian Persembahan.

9. Guru membimbing murid menilai persembahan kumpulan sendiri dan mencadangkan


penambahbaikan untuk meningkatkan prestasi persembahan.

10. Murid memberi maklum balas yang membina terhadap persembahan kumpulan
rakan serta menerima kritikan secara terbuka daripada rakan.

11. Guru mengambil kira penggunaan rangsangan dalam bentuk visual, audio atau
kinestetik dalam persembahan murid.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

18
CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta
1. Apakah kemahiran pergerakan yang terlibat?

2. Senaraikan arah pergerakan yang kumpulan kamu pilih dalam merancang.

3. Apakah props yang digunakan dalam persembahan?

4. Apakah tema yang kumpulan kamu pilih?

5. Senaraikan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang kumpulan kamu pilih
dalam pergerakan kreatif.

Berdasarkan Konsep
1. Bagaimanakah kamu menilai persembahan pergerakan kreatif?

2. Apakah kaitan props kamu dengan tema?

3. Bagaimanakah ahli kumpulan kamu melakukan pergerakan yang seragam mengikut


tempo muzik?

Berdasarkan Perbahasan
1. Bagaimanakah aktiviti pergerakan berirama dapat meningkatkan tahap kecergasan
kamu?

2. Bagaimanakah pergerakan berirama dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

19
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

PERGERAKAN KREATIF BERTEMA

NAMA KUMPULAN: _________________


Arahan: Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan tema yang
kumpulan kamu pilih.

TEMA:
Nama Murid Watak Pergerakan Props

PELAN LANTAI
ARAHAN: Lakarkan formasi pergerakan kumpulan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

20
BORANG PEMARKAHAN
PERSEMBAHAN PERGERAKAN BERIRAMA

Borang Pemarkahan diisi oleh penilai.

Pergerakan Keseragaman
Lokomotor dan Aplikasi Konsep Kesesuaian Kreativiti Kerjasama Pergerakan
Kumpulan Bukan Lokomotor Pergerakan Props Persembahan Kumpulan Mengikut JUMLAH
yang digunakan Muzik
(20 Markah) (10 Markah) (20 Markah) (10 Markah)
(20 Markah) (20 Markah)

21
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)


CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

PERGERAKAN KREATIF BERTEMA

BORANG PENILAIAN KENDIRI

NAMA: ________________ KELAS: ________ TARIKH: _________

ARAHAN: Tuliskan YA atau TIDAK pada pernyataan di bawah.

Bil. Pernyataan YA/ TIDAK


1. Saya boleh meniru pergerakan kreatif bertema yang
ditunjukkan mengikut muzik yang didengar.

2. Saya boleh mengimprovisasi dan melakukan pergerakan


kreatif bertema mengikut muzik yang didengar.

3. Saya boleh menyenaraikan empat konsep pergerakan.

4. Saya boleh menerangkan konsep pergerakan yang


sesuai digunakan semasa melakukan pergerakan kreatif
bertema.
5. Saya yakin saya boleh melakukan aktiviti pergerakan
kreatif bertema menggunakan props mengikut muzik
yang didengar.

6. Saya akan mempraktikkan pergerakan kreatif sebagai


gaya hidup sihat.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

22
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

PERGERAKAN KREATIF BERTEMA


LEMBARAN KERJA

NAMA: ________________ KELAS: ________ TARIKH: _________

ARAHAN: Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Senaraikan konsep pergerakan yang terlibat dalam pergerakan kreatif


bertema.
a) ________________________________

b) ________________________________

c) ________________________________

2. Senaraikan tiga (3) pergerakan lokomotor yang digunakan dalam


persembahan kamu. Nyatakan sebab mengapa kamu memilih
pergerakan itu.
a) ________________________________

b) ________________________________

c) ________________________________

d) Saya memilih pergerakan ini kerana

__________________________________________________________

__________________________________________________________

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

23
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Memahami konsep pergerakan dan aplikasinya di dalam pergerakan kreatif dan


pemilihan pergerakan asas yang sesuai semasa mencipta pergerakan kreatif
melalui ujian bertulis.

2. Mereka cipta pergerakan kreatif dan props yang mudah melalui penerokaan
pergerakan dan kepelbagaian menurut konsep pergerakan dalam peruntukan masa
yang diberi.

3. Membuat persembahan pergerakan kreatif bertema secara berkumpulan semasa


‘Majlis Penyampaian Hadiah’.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

24
5 JAM BOLA SEPAK

HURAIAN MODUL

Menerusi modul pengajaran bola sepak, murid boleh mengaplikasi prinsip mekanik dan
konsep pergerakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bola sepak.
Kemahiran yang dipelajari boleh diadaptasikan semasa menyerang dan bertahan dalam
situasi permainan. Murid didedahkan dengan istilah yang terdapat dalam permainan
bola sepak.

STANDARD PEMBELAJARAN

Kemahiran Hantar dan Serkap Bola


1.3.1 Melakukan hantaran leret dan lambung dalam situasi permainan.

1.3.2 Melakukan kemahiran menyerkap menggunakan pelbagai anggota badan yang


dibenarkan mengikut situasi permainan.

2.3.1 Mengenal pasti titik kontak pada bola semasa melakukan hantaran leret dan
hantaran lambung.

2.3.2 Menerangkan lakuan menyerkap bola berdasarkan situasi yang sesuai.

5.2.3 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

5.4.2 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan.

Kemahiran Mengelecek
1.3.3 Melakukan kemahiran mengelecek dalam situasi permainan.

2.3.3 Menyatakan tujuan mengelecek dalam permainanan bola sepak.

5.4.2 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan.

5.4.4 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

25
CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 1: “Siapa Cekap Menghantar dan Menyerkap Bola”

1. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil berlima.


2. Pemain dalam setiap pasukan akan cuba melakukan hantaran dan menyerkap
bola dalam kiraan dua kali tanpa halangan dari pihak lawan seperti Rajah 4.
3. Pasukan yang berjaya melakukan hantaran dan menyerkap bola dua kali berturut
akan mendapat satu mata.
4. Setiap kali mendapat mata, pemainan akan mengambil 1 kad.
5. Permainan akan diteruskan sehingga pasukan dapat mengumpulkan semua kad.
6. Pasukan yang dapat membentuk perkataan menggunakan kad yang terkumpul
dikira sebagai pemenang.

Tip Guru:

Guru boleh sediakan kad perkataan atau abjad bagi murid membentuk perkataan.

Bil. Sebutan Perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1. hantaran leret Kemahiran hantaran bola menyentuh permukaan yang


digunakan untuk hantaran dekat.
2. hantaran lambung Kemahiran hantaran bola aras tinggi.
3. menyerkap Kemahiran menahan bola.
4. menyerang Tindakan individu atau pasukan melepasi pihak lawan
untuk menghasilkan jaringan.
5. bertahan Tindakan individu atau pasukan menghalang pihak lawan
untuk menghasilkan jaringan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

26
CADANGAN AKTIVITI

Susun perkataan

Petunjuk:

arah bola

arah pergerakan pemain

Rajah 4: Aktiviti Permainan “Siapa Cekap Menghantar dan Menyerkap Bola”.

Panduan:

Selepas permainan tamat setiap kumpulan akan menyusun kad bagi membentuk
perkataan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

27
CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 2: “Siapa Cekap Mengelecek”

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.


2. Pemain mesti mengelecek melepasi pihak lawan sebelum melakukan hantaran
atau menjaringkan gol.
3. Sekiranya pemain tidak melepasi pihak lawan, bola akan bertukar kepada pihak
lawan.
4. Pasukan yang mendapat jaringan terbanyak dikira sebagai pemenang.

Bil. Sebutan Perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1. mengelecek Mengawal bola untuk melepasi pihak lawan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

28
STRATEGI PdP

Pendekatan TGfU
1. Bentuk Permainan – aspek yang perlu dipertimbangkan
a. Murid bermain permainan kecil yang telah diubah suai dari segi saiz gelanggang
dan alatan supaya dapat menguasai kemahiran dengan bimbingan serta
memenuhi tahap perkembangan dan minat mereka.
b. Guru memberi penekanan permainan bola sepak merupakan kategori serangan.
Permainan bola jaring melibatkan dua pasukan yang cuba mengatasi pihak lawan
untuk memperoleh mata kemenangan yang telah ditetapkan.
c. Penekanan kemahiran dalam permainan bola sepak Kurikulum Standard Kelas
Peralihan (KSKP) ialah kemahiran hantaran, menyerkap dan mengelecek.

2. Apresiasi Permainan – aspek yang perlu dipertimbangkan


a. Murid melakukan aktiviti seperti yang dicadangkan dalam kumpulan kecil.
b. Murid seharusnya memahami peraturan asas permainan yang dijalankan.
Pengubahsuaian beberapa peraturan ini bersesuaian dengan tahap kemahiran
dan taktik yang akan digunakan untuk menjayakan permainan tersebut. Ini akan
membolehkan murid menghargai serta seronok dengan permainan yang
dilakukan.
c. Guru memastikan kumpulan yang melakukan kemahiran hantaran akan memilih
rakan yang tidak dikawal atau hantaran kepada ahli kumpulan yang bergerak ke
ruang kosong ketika melakukan serangan. Manakala kumpulan yang bertahan
akan menetapkan posisi pemain berdasarkan strategi pihak lawan dan
mendapatkan bola untuk melakukan serangan balas.

3. Kesedaran Taktikal – aspek yang perlu dipertimbangkan


a. Murid seharusnya memahami, menyedari dan mengamalkan taktik permainan
secara beransur-ansur mengikut prinsip pergerakan, berdasarkan kepada idea
mudah, ruang dan masa supaya permainan ini mudah dijalankan dan dapat
ditingkatkan kepada situasi yang lebih kompleks. Murid dapat mengaplikasikan
taktik serangan dan pertahanan dalam situasi permainan mudah ke kompleks.
b. Guru akan memberhentikan permainan dan mengemukakan beberapa soalan
inkuiri berdasarkan fakta, konsep atau perbahasan sebagai rangsangan untuk
murid berfikir aras tinggi dan memberi respons lakuan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

29
STRATEGI PdP

c. Guru memaklumkan kepada murid bahawa mereka perlu memberi respons


lakuan mengikut kebolehan untuk mengubah suai kemahiran perlakuan dan
turutan mengikut konsep pergerakan asas; menunjuk cara taktik dan strategi
mengikut situasi permainan di mana (a) arah hantaran (b) bagaimana melakukan
kemahiran menyerkap dan/atau (c) bila sesuai melakukan kemahiran mengelecek
bola perlu dilakukan.

4. Membuat Keputusan – aspek yang perlu dipertimbangkan


a. Murid didedahkan kepada kemahiran membuat keputusan iaitu kesedaran taktikal
yang perlu dibuat semasa bermain berdasarkan perubahan situasi dan membuat
pemilihan keputusan yang terbaik untuk bertindak balas terhadap perubahan
yang berlaku. Murid memberi respons lakuan kepada soalan inkuiri sebagai
rangsangan KBAT berdasarkan fakta, konsep atau perbahasan yang
dikemukakan oleh guru.
b. Guru membuat pemerhatian terhadap pemain yang berjaya membuat keputusan
pemilihan arah hantaran, jenis hantaran dan kemahiran yang sesuai ketika
bertahan atau menyerang yang betul berdasarkan situasi permainan serta
kekuatan dan kelemahan pihak lawan berdasarkan situasi permainan.

5. Pelaksanaan Kemahiran – aspek yang perlu dipertimbangkan


a. Murid dapat mengenal pasti dan melaksanakan kemahiran dengan lakuan yang
betul dan tepat berdasarkan situasi permainan mengikut tahap kebolehan
masing-masing.
b. Guru membuat pemerhatian terhadap:
i. Pemilihan kemahiran yang sesuai dan posisi pemain semasa menyerang dan
bertahan.
ii. Pemain berjaya melakukan kemahiran hantaran yang tepat, kemahiran
menyerkap dan kemahiran mengelecek pihak lawan berdasarkan situasi
permainan.
iii. Pemain berjaya mengatasi lawan dan menjaring untuk mendapatkan mata
berdasarkan situasi permainan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

30
STRATEGI PdP

6. Prestasi – aspek yang perlu dipertimbangkan


a. Murid dapat menunjukkan prestasi yang baik dan berkemahiran secara tekal
berdasarkan kriteria spesifik kemahiran dalam situasi permainan mengikut tahap
kebolehan masing-masing.
b. Guru mengenal pasti dan menyediakan aktiviti pemulihan untuk murid yang masih
tidak menunjukkan peningkatan prestasi dari segi kemahiran asas.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

31
CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta
1. Nyatakan kemahiran asas dalam permainan bola sepak.
2. Nyatakan anggota badan yang boleh digunakan untuk menyerkap bola dalam
permainan bola sepak.

Berdasarkan Konsep
1. Nyatakan tindakan yang boleh dilaksanakan selepas mengelecek.
2. Nyatakan situasi yang sesuai untuk menggunakan hantaran lambung.
3. Jelaskan bagaimana kamu mengawal bola semasa mengelecek.
4. Bagaimanakah kamu menahan bola yang dihantar leret?

Berdasarkan Perbahasan
1. Bilakah hantaran leret atau lambung digunakan untuk menjaringkan gol?

2. Seseorang pemain yang tidak mempunyai kemahiran mengelecek boleh menjadi


seseorang pemain bola sepak. Bincangkan.

3. Seorang pemain bola sepak perlu menguasai pelbagai kemahiran. Pada pendapat
kamu apakah kemahiran utama yang perlu dikuasai?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

32
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

SENARAI PENILAIAN KENDIRI

NAMA: ________________ KELAS: ________ TARIKH: _________

ARAHAN: Tandakan ( √ ) pada petak yang difikirkan sesuai dengan


pandangan diri kamu.
Panduan:
1. Tidak setuju 2. Tidak pasti 3. Setuju

Item Lakuan 1 2 3
1. Membuat 1. Saya dapat mencari ruang
Keputusan kosong untuk terima bola
(Kognitif) dari rakan.

2. Saya menentukan sendiri


kemahiran hantaran bola
kepada rakan semasa saya
bermain.

2. Pelaksanaan 1. Saya dapat melakukan


Kemahiran tendangan leret dengan
(Psikomotor) mudah kepada rakan.

2. Saya dapat menyerkap bola


leret dengan betul.

3. Kesukanan 1. Saya selalu dapat


(Afektif) bekerjasama dengan rakan-
rakan.

2. Saya selesa berbincang


dengan rakan dan guru
untuk memperbaiki
kemahiran bola sepak.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

33
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Menjelaskan secara lisan kemahiran asas bola sepak.


2. Menganalisis kemahiran asas bola sepak yang digunakan oleh pemin berdasarkan
gambar atau tayangan video atau perlawanan sebenar.
3. Menggunakan kemahiran asas bola sepak dalam satu perlawanan antara kumpulan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

34
5 JAM BOLA JARING

HURAIAN MODUL

Menerusi modul pengajaran bola jaring, murid boleh mengaplikasi kemahiran dan
pengetahuan dalam situasi permainan. Murid juga boleh membuat pilihan terhadap
kemahiran yang sesuai digunakan semasa menyerang dan bertahan dalam situasi
permainan. Murid didedahkan dengan istilah yang terdapat dalam permainan bola jaring.

STANDARD PEMBELAJARAN

Menghantar dan Menerima


1.4.1 Melakukan kemahiran hantaran aras dada dan lob dalam situasi permainan.

1.4.2 Melakukan kemahiran menerima bola dengan kedua-dua belah tangan dalam
situasi permainan.

2.4.1 Menyatakan lakuan kemahiran hantaran aras dada dan lob.

2.4.2 Menerangkan lakuan kemahiran menerima bola dari pelbagai arah dan
ketinggian.

5.1.1 Bersedia dari segi pakaian, peralatan dan kawasan yang selamat dan sesuai.

5.4.4 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti.

Gerak Kaki
1.4.3 Melakukan kemahiran pivot dalam situasi permainan.

2.4.3 Mengenal pasti kaki yang menjadi paksi semasa pivot ketika mendarat.

5.4.2 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

35
STANDARD PEMBELAJARAN

Mengadang
1.4.4 Melakukan kemahiran mengadang dalam situasi permainan.

2.4.4 Menjelaskan kemahiran mengadang yang sesuai digunakan berdasarkan situasi

permainan.

5.2.3 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

5.4.4 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti.

Menjaring
1.4.5 Melakukan kemahiran menjaring dalam situasi permainan.

2.4.5 Menerangkan lakuan menjaring.

5.3.2 Menerima pendapat orang lain dan memberi idea semasa melakukan aktiviti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

36
CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 1: “Mari Menghantar”

1. Murid dibahagikan dalam dua kumpulan kecil.


2. Guru menentukan masa permainan bersyarat.
3. Seorang pemain akan memulakan permainan dari bulatan tengah dengan membuat
hantaran kepada ahli kumpulan.
4. Kumpulan melakukan serangan untuk melakukan jaringan bagi mendapat mata
seperti Rajah 5.
5. Pihak lawan akan cuba mendapatkan bola dan melakukan serangan untuk menjaring.
6. Setiap jaringan akan diberi satu kad suku kata.
7. Apabila tamat permainan, guru akan memberi isyarat mula supaya setiap kumpulan
menyusun atau membentuk perkataan berdasarkan suku kata yang terkumpul.
8. Kumpulan yang dapat menyusun atau membentuk perkataan dalam masa yang
paling pantas dan perkataan yang banyak dan tepat dikira pemenang.

Contoh susunan perkataan:

Bil. Sebutan Perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1. pivot Kemahiran melibatkan pergerakan kaki iaitu sebelah kaki


menjadi paksi bagi memudahkan pergerakan ke pelbagai
arah.

2. lob Hantaran tinggi.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

37
CADANGAN AKTIVITI

Rajah 5: Aktiviti Mari Menghantar.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

38
CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 2: “Kemahiran Gerak Kaki”

1. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil.


2. Pemainan akan dimulakan dari bulatan tengah.
3. Pasukan A yang memulakan permainan akan membuat hantaran kepada rakan
sepasukan sehingga berada di kawasan gol seperti Rajah 6.
4. Murid perlu melakukan pivot sebelum menghantar bola kepada rakan.
5. Sekiranya murid gagal melakukan pivot, giliran menghantar bertukar kepada pihak
lawan.
6. Pemain yang memegang bola dalam kawasan gol perlu membuat hantaran lob
kepada pemain yang berada dalam gelung.
7. Sekiranya pemain dalam gelung berjaya menangkap bola, 1 mata akan diberi.
8. Pasukan yang mengumpulkan jumlah mata terbanyak dikira sebagai pemenang.

Rajah 6: Aktiviti Kemahiran Gerak Kaki.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

39
CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 3: “Mengadang Separa Gelanggang”

1. Murid dalam kumpulan kecil bertiga.


2. Permainan dijalankan dalam separuh gelanggang dengan menggunakan satu gol
sahaja.
3. Setiap pasukan akan melakukan kemahiran mengadang untuk memastikan pasukan
lawan tidak berjaya menjaringkan gol.
4. Pemain bertahan yang berjaya mengadang bola atau menjaringkan gol akan diberi
satu mata.
5. Tukar peranan pasukan setiap kali adangan atau jaringan gol berjaya dilakukan.
6. Pasukan yang mengumpulkan jumlah gol terbanyak dikira sebagai pemenang.

Bil. Sebutan Perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1. adang Perbuatan menghalang atau menyekat pergerakan


lawan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

40
CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 4: “Mata Tertinggi”

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Pemainan akan dimulakan dari bulatan tengah.
3. Pasukan A yang memulakan permainan akan membuat hantaran kepada rakan
sepasukan sehingga berada di kawasan gol. Manakala pasukan B akan merampas
bola untuk melakukan serangan dan menjaring.
4. Pemain yang memegang bola dalam kawasan gol perlu menjaring untuk
mendapatkan mata.
5. Sekiranya pemain berjaya melakukan jaringan, 1 mata akan diberi.
6. Pasukan yang mengumpulkan jumlah mata terbanyak dikira sebagai pemenang.

Bil. Sebutan Perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1. menjaring Memasukkan bola ke dalam gelung atau jaring.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

41
STRATEGI PdP

Pendekatan TGfU
1. Bentuk Permainan – aspek yang perlu dipertimbangkan
a. Murid bermain permainan kecil yang telah diubah suai dari segi saiz gelanggang
dan alatan supaya dapat menguasai kemahiran dengan bimbingan serta
memenuhi tahap perkembangan dan minat mereka.
b. Guru memberi penekanan permainan bola jaring merupakan kategori serangan.
Permainan bola jaring melibatkan dua pasukan yang cuba mengatasi pihak lawan
untuk memperoleh mata kemenangan yang telah ditetapkan.
c. Penekanan kemahiran dalam permainan bola jaring Kurikulum Standard Kelas
Peralihan (KSKP) ialah kemahiran hantaran aras dada dan lob, kemahiran
menerima bola dengan kedua-dua belah tangan, kemahiran pivot, kemahiran
mengadang dan kemahiran menjaring.

2. Apresiasi Permainan – aspek yang perlu dipertimbangkan


a. Murid melakukan aktiviti seperti yang dicadangkan dalam kumpulan kecil.
b. Murid seharusnya memahami peraturan asas permainan yang dijalankan.
Pengubahsuaian beberapa peraturan ini bersesuaian dengan tahap kemahiran
dan taktik yang akan digunakan untuk menjayakan permainan tersebut. Ini akan
membolehkan murid menghargai serta seronok dengan permainan yang
dilakukan.
c. Guru memastikan kumpulan yang melakukan kemahiran hantaran akan memilih
rakan yang tidak dikawal atau hantaran kepada ahli kumpulan yang bergerak ke
ruang kosong ketika melakukan serangan. Manakala kumpulan yang bertahan
akan menetapkan posisi pemain berdasarkan strategi pihak lawan dan
mendapatkan bola untuk melakukan serangan balas.

3. Kesedaran Taktikal – aspek yang perlu dipertimbangkan


a. Murid seharusnya memahami, menyedari dan mengamalkan taktik permainan
secara beransur-ansur mengikut prinsip pergerakan, berdasarkan kepada idea
mudah, ruang dan masa supaya permainan ini mudah dijalankan dan dapat
ditingkatkan kepada situasi yang lebih kompleks. Murid dapat mengaplikasikan
taktik serangan dan pertahanan dalam situasi permainan mudah ke kompleks.
b. Guru akan memberhentikan permainan dan mengemukakan beberapa soalan
inkuiri berdasarkan fakta, konsep atau perbahasan sebagai rangsangan untuk

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

42
STRATEGI PdP

murid berfikir aras tinggi dan memberi respons lakuan.


c. Guru memaklumkan kepada murid bahawa mereka perlu memberi respons
lakuan mengikut kebolehan untuk mengubah suai kemahiran perlakuan dan
turutan mengikut konsep pergerakan asas; menunjuk cara taktik dan strategi
mengikut situasi permainan di mana (a) arah hantaran dilakukan (b) posisi dan
lakuan menerima bola (c) gerak kaki pivot (d) mengadang pihak lawan dan/atau
(e) kebolehan melakukan kemahiran menjaring.

4. Membuat Keputusan – aspek yang perlu dipertimbangkan


a. Murid didedahkan kepada kemahiran membuat keputusan iaitu kesedaran taktikal
yang perlu dibuat semasa bermain berdasarkan perubahan situasi dan membuat
pemilihan keputusan yang terbaik untuk bertindak balas terhadap perubahan
yang berlaku. Murid memberi respons lakuan kepada soalan inkuiri sebagai
rangsangan KBAT berdasarkan fakta, konsep atau perbahasan yang
dikemukakan oleh guru.
b. Guru membuat pemerhatian terhadap pemain yang berjaya membuat keputusan
pemilihan arah hantaran, jenis hantaran dan kemahiran yang sesuai ketika
bertahan atau menyerang yang betul berdasarkan situasi permainan serta
kekuatan dan kelemahan pihak lawan berdasarkan situasi permainan.

5. Pelaksanaan Kemahiran – aspek yang perlu dipertimbangkan


a. Murid dapat mengenal pasti dan melaksanakan kemahiran dengan lakuan yang
betul dan tepat berdasarkan situasi permainan mengikut tahap kebolehan
masing-masing.
b. Guru membuat pemerhatian terhadap:
i. Pemilihan kemahiran yang sesuai dan posisi pemain semasa menyerang dan
bertahan.
ii. Pemain berjaya melakukan kemahiran hantaran yang tepat dan kemahiran
mengadang pihak lawan berdasarkan situasi permainan.
iii. Pemain berjaya mengatasi lawan dan menjaring untuk mendapatkan mata
berdasarkan situasi permainan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

43
STRATEGI PdP

6. Prestasi – aspek yang perlu dipertimbangkan


a. Murid dapat menunjukkan prestasi yang baik dan berkemahiran secara tekal
berdasarkan kriteria spesifik kemahiran dalam situasi permainan mengikut tahap
kebolehan masing-masing.
b. Guru mengenal pasti dan menyediakan aktiviti pemulihan untuk murid yang masih
tidak menunjukkan peningkatan prestasi dari segi kemahiran asas.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

44
CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta
1. Apakah kemahiran asas dalam permainan bola jaring?
2. Apakah peranan pemain di setiap posisi dalam permainan bola jaring?
3. Nyatakan lakuan kemahiran hantaran aras dada dan lob.
4. Nyatakan lakuan kemahiran menangkap bola dari pelbagai arah dan ketinggian.
5. Nyatakan kaki yang digunakan sebagai pivot semasa mendarat.
6. Berapakah jarak yang sesuai semasa mengadang pemain yang memegang bola?

Berdasarkan Konsep
1. Nyatakan perbezaan pergerakan bola di udara antara hantaran aras dada dan lob.
2. Nyatakan situasi yang sesuai untuk membuat hantaran aras dada dan lob.
3. Mengapakah bola perlu dipegang pada hujung jari semasa menjaring?
4. Mengapakah pemain perlu melakukan adangan dalam situasi permainan?

Berdasarkan Perbahasan
1. Apakah strategi untuk mendapatkan banyak jaringan?
2. Apakah kelebihan ketinggian pemain dalam permainan bola jaring?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

45
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

BORANG PENILAIAN KENDIRI

NAMA: ________________ KELAS: ________ TARIKH: _________

ARAHAN: Semak lakuan kamu bagi kemahiran menjaring. Tandakan


( √ ) pada ruang sesuai.

Bil. Lakuan Ya Tidak Catatan


1. Berdiri dengan kaki seluas bahu
dan menghadap gol.
2. Pandang ke arah sasaran.

3. Pegang bola dengan jari terbuka.


4. Tangan lurus ke atas di sisi
telinga. Gunakan tangan sebelah
lagi untuk menyokong sisi bola.
5. Pegang bola tinggi atas kepala
dengan tangan lurus.
6. Lakuan feksi lutut dan siku
berlaku serentak.
7. Menolak bola ke atas dan ke
hadapan sambil meluruskan kaki
dan siku.
8. Menggunakan pergelangan
tangan dan jari untuk flick bola.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

46
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

MENJARING

Senarai Semak Rakan Sebaya

NAMA: ________________ KELAS: ________ TARIKH: _________

ARAHAN: Semak lakuan rakan bagi kemahiran menjaring. Tandakan


( √ ) pada ruang sesuai.

Lakuan YA TIDAK Catatan


Badan dalam kedudukan seimbang.
Mata fokus pada hadapan gelung gol.
Pergelangan tangan dan siku perlu
selari dengan tiang.
Lutut fleksi.
Flick hujung jari semasa melepaskan
bola.
Jari dan pergelangan tangan ikut
lajak.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

47
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Menyenaraikan kemahiran yang digunakan oleh pemain bola jaring berdasarkan


tayangan video permainan bola jaring.
2. Melakukan ujian kemahiran bola jaring menerusi situasi permainan yang melibatkan
kemahiran asas dalam bola jaring.
3. Melakukan penilaian prestasi berdasarkan rakaman video semasa menyerang dan
bertahan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

48
5 JAM BOLA TAMPAR

HURAIAN MODUL

Menerusi modul pengajaran bola tampar, murid boleh mengaplikasikan konsep


pergerakan dan prinsip mekanik dalam mempelajari kemahiran bola tampar. Murid juga
mengadaptasi kemahiran bola tampar yang sesuai digunakan semasa menyerang dan
bertahan berdasarkan situasi permainan mengikut posisi pemain. Murid didedahkan
dengan istilah yang terdapat dalam permainan bola tampar.

STANDARD PEMBELAJARAN

Kemahiran menyangga

1.5.1 Melakukan kemahiran menyangga dalam situasi permainan.

2.5.1 Menyatakan bahagian tangan yang digunakan untuk menyangga semasa kontak

bola.

5.3.2 Menerima pendapat orang lain dan memberi idea semasa melakukan aktiviti.

Kemahiran servis bawah dan servis atas

1.5.2 Melakukan kemahiran servis bawah dan servis atas dalam situasi permainan.

2.5.2 Menerangkan lakuan kemahiran servis bawah dengan servis atas.

5.2.1 Berusaha melakukan aktiviti fizikal untuk mencapai matlamat.

5.4.4 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

49
CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 1: “Menyangga Bulatan”

1. Murid dalam kumpulan kecil dan membentuk bulatan.


2. Setiap kumpulan mempunyai sebiji bola.
3. Aktiviti dimulakan dengan seorang murid melambung bola kepada rakan.
4. Murid yang menerima bola hendaklah menyangga bola kepada rakan dalam
kumpulan secara berterusan.
5. Kumpulan yang berjaya mendapat bilangan menyangga tertinggi (tanpa bola jatuh)
dalam tempoh 3 minit dikira sebagai pemenang.
6. Setiap bola yang dapat disangga diberikan satu mata.
7. Kumpulan yang mengumpulkan mata tertinggi dikira sebagai pemenang.

Bil. Sebutan perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1. Menyangga Kemahiran menerima bola menggunakan bahagian


tangan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

50
CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 2: “Menyangga Cepat”

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Aktiviti dimulakan dengan seorang murid menyangga bola ke pihak lawan melepasi
jaring.
3. Murid yang menerima bola hendaklah menyangga bola terus melepasi jaring kepada
pihak lawan secara berterusan.
4. Murid digalakkan bertukar-tukar posisi semasa menyangga bola.
5. Kumpulan yang tidak dapat menyangga bola atau bola jatuh ke kawasan sendiri satu
mata akan diberi kepada pihak lawan.
6. Kumpulan yang mengumpulkan mata tertinggi dikira pemenang.

Tip Guru
Jaring bola tampar boleh digantikan dengan tali.

Bil. Sebutan perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1. melepasi Lepas dari sesuatu halangan.


2. posisi Kedudukan pemain dalam gelanggang.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

51
CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 3: “Servis dan Menyangga”

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Aktiviti dimulakan dengan servis bawah atau atas seperti Rajah 7.
3. Murid yang menerima bola hendaklah menyangga bola kepada rakan sepasukan
sebelum menghantar ke pihak lawan.
4. Kumpulan yang tidak dapat menyangga bola atau bola jatuh di dalam kawasan sendiri
satu mata akan diberi kepada pihak lawan.
5. Murid bertukar posisi selepas bola jatuh.
6. Kumpulan yang berjaya mengumpul mata paling banyak dikira sebagai pemenang.

Rajah 7: Aktiviti Servis dan Menyangga.

Bil. Sebutan perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1. servis bawah Kemahiran servis dengan bola di sisi badan atau paras
pinggang bagi memulakan perlawanan.
2. servis atas Kemahiran servis dengan bola dilambung melepasi
kepala bagi memulakan perlawanan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

52
CADANGAN AKTIVITI

Permainan Kecil: “Juara Bola Tampar”

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Seorang murid dalam kumpulan melakukan servis melepasi jaring ke pihak lawan
seperti Rajah 8.
3. Pihak lawan menyangga dan menghantar kepada rakan. Setiap kumpulan dibenarkan
menyangga bola dengan 3 sentuhan.
4. Pasukan yang gagal menyangga bola dan jatuh di kawasan sendiri atau bola tidak
melepasi jaring akan diberi ganjaran.
5. Ganjarannya adalah dengan mengambil kad perkataan dan dilekatkan pada baju.
6. Kumpulan yang tidak dapat menyangga atau bola jatuh dalam kawasan, satu mata
akan diberi kepada pihak lawan.
7. Kumpulan yang mendapat mata paling banyak dikira sebagai pemenang.

Sekiranya pasukan yang gagal menyangga


dan bola jatuh di kawasannya atau bola tidak
melepasi jaring akan dikenakan ganjaran.
Contoh:
Sebut “MENYANGGA” atau “ SERVIS”

Rajah 8: Permainan Kecil “Juara Bola Tampar”.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

53
STRATEGI PdP

Pendekatan TGfU
1. Bentuk Permainan – aspek yang perlu dipertimbangkan
a. Murid bermain permainan kecil yang telah diubah suai dari segi saiz gelanggang
dan alatan supaya dapat menguasai kemahiran dengan bimbingan serta
memenuhi tahap perkembangan dan minat mereka.
b. Guru memberi penekanan permainan bola tampar merupakan kategori jaring.
Permainan bola tampar melibatkan dua pasukan yang cuba mengatasi pihak
lawan untuk memperoleh mata kemenangan yang telah ditetapkan.
c. Penekanan kemahiran dalam permainan bola tampar Kurikulum Standard Kelas
Peralihan (KSKP) ialah menyangga dan servis.

2. Apresiasi Permainan – aspek yang perlu dipertimbangkan


a. Murid melakukan aktiviti seperti yang dicadangkan dalam kumpulan kecil.
b. Murid seharusnya memahami peraturan asas permainan yang dijalankan.
Pengubahsuaian beberapa peraturan ini bersesuaian dengan tahap kemahiran
dan taktik yang akan digunakan untuk menjayakan permainan tersebut. Ini akan
membolehkan murid menghargai serta seronok dengan permainan yang
dilakukan.
c. Guru memastikan kumpulan yang memulakan servis akan menentukan arah
servis bola ke ruang kosong. Manakala kumpulan yang menerima bola servis
akan menetapkan posisi pemain di gelanggang untuk menyangga bola dan
menghantar semula bola ke gelanggang pihak lawan.

3. Kesedaran Taktikal – aspek yang perlu dipertimbangkan


a. Murid seharusnya memahami, menyedari dan mengamalkan taktik permainan
secara beransur-ansur mengikut prinsip pergerakan, berdasarkan kepada idea
mudah, ruang dan masa supaya permainan ini mudah dijalankan dan dapat
ditingkatkan kepada situasi yang lebih kompleks. Murid dapat mengaplikasikan
taktik serangan dan pertahanan dalam situasi permainan mudah ke kompleks.
b. Guru akan memberhentikan permainan dan mengemukakan beberapa soalan
inkuiri berdasarkan fakta, konsep atau perbahasan sebagai rangsangan untuk
murid berfikir aras tinggi dan memberi respons lakuan.
c. Guru memaklumkan kepada murid bahawa mereka perlu memberi respons
lakuan mengikut kebolehan untuk mengubah suai kemahiran perlakuan dan
turutan mengikut konsep pergerakan asas; menunjuk cara taktik dan strategi
mengikut situasi permainan di mana (a) servis bawah dan servis atas dan/atau (b)
menyangga perlu dilakukan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

54
STRATEGI PdP

4. Membuat Keputusan – aspek yang perlu dipertimbangkan


a. Murid didedahkan kepada kemahiran membuat keputusan iaitu kesedaran taktikal
yang perlu dibuat semasa bermain berdasarkan perubahan situasi dan membuat
pemilihan keputusan yang terbaik untuk bertindak balas terhadap perubahan
yang berlaku. Murid memberi respons lakuan kepada soalan inkuiri sebagai
rangsangan KBAT berdasarkan fakta, konsep atau perbahasan yang
dikemukakan oleh guru.
b. Guru membuat pemerhatian terhadap pemain yang berjaya membuat keputusan
pemilihan servis yang betul berdasarkan situasi permainan dan bilangan
menyangga serta arah sasaran bola ke gelanggang pihak lawan berdasarkan
situasi permainan.

5. Pelaksanaan Kemahiran – aspek yang perlu dipertimbangkan


a. Murid dapat mengenal pasti dan melaksanakan kemahiran dengan lakuan yang
betul dan tepat berdasarkan situasi permainan mengikut tahap kebolehan masing
-masing.
b. Guru membuat pemerhatian terhadap:
i. Kedudukan sedia pemain semasa servis dan menyangga bola.
ii. Pemain berjaya melakukan servis bawah atau servis atas melepasi jaring ke
gelanggang lawan berdasarkan situasi permainan.
iii. Pemain berjaya menyangga bola tidak melebihi 3 sentuhan sebelum
menghantar ke gelanggang pihak lawan berdasarkan situasi permainan.

6. Prestasi – aspek yang perlu dipertimbangkan


a. Murid dapat menunjukkan prestasi yang baik dan berkemahiran secara tekal
berdasarkan kriteria spesifik kemahiran dalam situasi permainan mengikut tahap
kebolehan masing-masing.
b. Guru mengenal pasti dan menyediakan aktiviti pemulihan untuk murid yang masih
tidak menunjukkan peningkatan prestasi dari segi kemahiran asas.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

55
CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta
1. Nyatakan kemahiran asas bola tampar.
2. Apakah kemahiran yang digunakan semasa bertahan?

Berdasarkan Konsep
1. Mengapa bola perlu disangga dan dihantar melepasi paras kepala?
2. Mengapa kedua-dua belah tangan perlu diluruskan semasa menyangga bola?
3. Berdasarkan titik kontak semasa servis, ke arah manakah bola itu tuju?

Berdasarkan Perbahasan
1. Apakah perbezaan menyangga kepada rakan sepasukan dengan menyangga
melepasi jaring kepada pihak lawan?
2. Mengapakah kamu memilih servis bawah atau servis atas semasa memulakan
permainan bola tampar?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

56
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

BORANG PENILAIAN KENDIRI

NAMA: ________________ KELAS: ________ TARIKH: _________

ARAHAN: Tandakan ( √ ) pada petak yang difikirkan sesuai dengan


pandangan diri kamu.

Skala:
1. Tidak setuju 2. Tidak pasti 3. Setuju

Bil. Pernyataan 1 2 3
1. Saya bergerak ke arah bola untuk menyangga.

2. Saya boleh menyangga bola dengan mudah.

3. Saya seronok bermain dalam kumpulan saya.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

57
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Melakukan pembentangan kumpulan tentang kemahiran bola tampar.


2. Melakukan kemahiran servis dan menyangga dalam situasi permainan bola tampar.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

58
5 JAM OLAHRAGA ASAS

HURAIAN MODUL

Menerusi modul pengajaran olahraga asas, murid boleh mengadaptasi prinsip


biomekanik dan perkaitannya dengan memperhalus teknik lakuan kemahiran olahraga
untuk meningkatkan prestasi. Murid didedahkan dengan istilah yang terdapat dalam
permainan olahraga asas.

STANDARD PEMBELAJARAN

Kemahiran Lari Pecut

1.6.1 Melakukan kemahiran lari pecut pada pelbagai jarak.

2.6.1 Menerangkan lakuan tangan dan kaki dalam lari pecut.

5.2.3 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

Kemahiran Lompat Jauh

1.6.2 Melakukan kemahiran lompat jauh.

2.6.2 Menerangkan perkaitan antara kepantasan lari landas dengan jarak lompatan.

5.2.1 Berusaha melakukan aktiviti fizikal untuk mencapai matlamat.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

59
CADANGAN AKTIVITI

Kemahiran Lari Pecut:

Aktiviti 1: “Padang Panas”

1. Aktiviti dilakukan di padang atau gelanggang.


2. Apabila isyarat diberi, murid perlu mengangkat kaki dengan lutut tinggi dan berlari
pantas seolah-olah padang atau gelanggang tersebut “panas” seperti Rajah 9.

Rajah 9: Aktiviti “Padang Panas”.

Bil. Sebutan perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani


1. mengangkat kaki Menaikkan kaki melalui aksi lutut tinggi.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

60
CADANGAN AKTIVITI

Kemahiran Lari Pecut:

Aktiviti 2: “Kutip Objek”

1. Murid berada di garisan permulaan dan objek akan diletakkan pada satu jarak seperti
Rajah 10.
2. Apabila isyarat diberi, murid perlu berlari pantas untuk mengambil objek tersebut.
3. Setiap murid hanya perlu mengambil objek atau kad perkataan sahaja dan berlari
kembali ke tempat permulaan.
4. Murid dikehendaki menyebut nama objek yang diambil.
5. Betulkan kesalahan lakuan dalam pergerakan tangan dan kaki.
6. Murid mengulang aktiviti dengan mengubah jarak objek dari garisan permulaan.

Rajah 10: Aktiviti Kutip Objek.

Bil. Sebutan perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1. lari pecut Berlari dengan pantas pada satu jarak.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

61
CADANGAN AKTIVITI

Kemahiran Lompat Jauh:

Aktiviti 1: “1 – 2 – 3 – 4 – 5 Lompat”

1. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil.


2. Murid akan berlari lima langkah dan lompat dengan sebelah kaki dan mendarat
dengan kedua-dua belah kaki.
3. Murid mengulang lakuan aktiviti dengan menambah kelajuan pada dua atau tiga
langkah yang akhir.

Kemahiran Lompat Jauh:

Aktiviti 2: Lompat ‘Telemark’ dari Atas Bangku

1. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil.


2. Murid akan berlari lima langkah dan melonjak daripada bangku.
3. Murid dikehendaki berada di udara seberapa lama yang mungkin dan mendarat
dengan kedua-dua belah kaki.
4. Murid mengulang lakuan aktiviti dengan menambah kelajuan pada dua atau tiga
langkah yang akhir.

Bil. Sebutan perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani


1. lompat Aksi melompat untuk mendapatkan jarak atau ketinggian.

2. lompat jauh Lakukan melibatkan beberapa fasa iaitu larian, lonjakan,


layangan dan mendarat.
3. mendarat Aksi selepas fasa layangan lompat jauh.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

62
STRATEGI PdP

1. Murid mempraktik dan memperhalus teknik lakuan kemahiran lari pecut dan lompat
jauh dengan pelbagai aktiviti yang berfokus kepada prinsip biomekanik.

2. Murid merancang dan melaksanakan aktiviti lari pecut.

3. Murid menjawab soalan pentaksiran secara bertulis dan lisan untuk menunjukkan
pencapaian prestasi berbahasa yang baik.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

63
CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta
1. Menyatakan lakuan lari pecut yang betul.
2. Menerangkan lakuan tangan dan kaki yang betul dalam meningkatkan kepantasan
larian.
3. Menyatakan tiga otot utama yang terlibat semasa lakuan lari pecut.

Berdasarkan Konsep
1. Mengapa faktor ayunan tangan dan kaki penting dalam meningkatkan kepantasan
dalam lari pecut.
2. Bagaimanakah kamu boleh meningkatkan kepantasan lari pecut?
3. Apakah perkaitan di antara kelajuan larian landas dengan jarak lompatan?

Berdasarkan Perbahasan
1. Mengapa kecederaan otot hamstring sering berlaku terhadap pelari pecut?
2. Mengapa penting melakukan pemanasan badan sebelum berlari pecut?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

64
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

BORANG PENILAIAN RAKAN SEBAYA

NAMA PELAKU: ________________ NAMA PENILAI: ______________

ARAHAN: Tandakan ( √ ) pada petak yang difikirkan sesuai dengan


lakuan rakan kamu.

Skala:
1. Salah
2. Tidak sempurna
3. Betul

SKALA
Lakuan
1 2 3
Tangan

Fleksi siku 90º.

Ayunan tangan ke atas kepala.


Ayunan tangan tidak menyilang bahagian tengah
badan.
Kaki
Lutut tinggi semasa berlari.

Kontak bebola kaki pada permukaan lantai.

Badan
Tegak

Kepala
Pandang ke hadapan

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

65
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Menjawab ujian bertulis yang menguji pengetahuan dalam lari pecut dan lompat jauh.

2. Merancang satu permainan kecil berdasarkan kemahiran lari pecut.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

66
5 JAM REKREASI DAN KESENGGANGAN

HURAIAN MODUL

Menerusi modul pengajaran rekreasi dan kesenggangan, murid boleh melakukan aktiviti
secara berkumpulan secara efektif. Semua ahli kumpulan berfungsi mengikut peranan
dan boleh berinteraksi secara lisan dan bukan lisan dengan berkesan semasa
merancang, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menilai sesuatu perkara
berdasarkan aktiviti rekreasi dan kesenggangan yang dipelajari. Murid didedahkan
dengan istilah yang terdapat dalam rekreasi dan kesenggangan.

STANDARD PEMBELAJARAN

Kemahiran Permainan Gasing Pangkah

1.7.1 Melakukan kemahiran permainan Gasing Pangkah.

2.7.1 Menerangkan teknik melilit tali pada gasing, memutar dan memangkah gasing.

5.1.1 Bersedia dari segi pakaian, peralatan dan kawasan yang selamat dan sesuai.

5.4.2 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan.

Kemahiran Permainan Galah Panjang

1.7.2 Melakukan kemahiran permainan Galah Panjang.

2.7.2 Merancang dan menjelaskan strategi mengadang dan mengacah dalam


permainan Galah Panjang.

5.2.3 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

5.3.1 Berinteraksi secara positif dalam pelbagai situasi semasa melakukan aktiviti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

67
CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 1: “Kemahiran Melilit Tali dan Memutar Gasing”

1. Murid melilit tali pada gasing mengikut arah jam atau lawan arah jam seperti
Rajah 11.
2. Murid memutarkan gasing yang telah dililit di kawasan yang sesuai.

Rajah 11: Teknik Melilit Tali Gasing.

Tip Keselamatan
Pastikan rakan berada di luar kawasan permainan dan belakang pemutar.

Permainan Kecil: “Kemahiran Permainan Gasing Pangkah”

1. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil 3 hingga 5 orang.


2. Murid pertama akan memutarkan gasing pada kawasan yang telah ditetapkan.
3. Murid kedua akan memangkah gasing yang sedang berputar supaya keluar daripada
kawasan permainan atau berhenti berputar. Gasing pemangkah perlu kekal
berpusing dalam kawasan permainan.
4. Sekiranya pangkahan tidak mengenai gasing yang sedang berpusing, pemain lain
akan meneruskan pangkahan terhadap gasing yang sedang berputar.
5. Permainan diteruskan sehinggalah semua murid dapat giliran memangkah beberapa
kali.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

68
CADANGAN AKTIVITI

Permainan Kecil: “Galah Panjang”

1. Sediakan gelanggang Galah Panjang seperti dalam Rajah 12.


2. Murid dalam dua kumpulan antara 5 hingga 7 orang.
3. Permainan dimulakan apabila ketua pasukan menyerang menepuk tangan ketua
pasukan bertahan.
4. Semua pemain menyerang hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan
belakang sekali dan kembali semula ke garisan permulaan tanpa dapat disentuh oleh
pasukan bertahan seperti Rajah 12.
5. Jika salah seorang penyerang dapat disentuh oleh pasukan bertahan, maka
pasukan itu dikira mati.
6. Pertukaran kedudukan menyerang dan bertahan akan dilakukan.
7. Satu mata akan diberikan bagi setiap orang pemain penyerang yang berjaya
melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan.
8. Pemain bertahan melakukan halangan dengan mendepakan tangan seluas mungkin
bagi menutup ruang laluan pemain penyerang.
9. Pemain penyerang melakukan acahan untuk mengelirukan pergerakan pihak
bertahan agar ruang terbuka untuk serangan ke petak seterusnya.

Bil. Sebutan perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1. galah Batang kayu atau buluh yang panjang.


2. mendepa Perbuatan meluruskan tangan ke arah sisi
bertentangan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

69
CADANGAN AKTIVITI

Mula / Tamat

D C
Jarak antara
garisan 3—4
meter.

F E

H G

J I

L K

Lebar garisan
6—8 meter.

Rajah 12: Permainan Kecil “Galah Panjang”.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

70
STRATEGI PdP

Pendekatan inkuiri dalam PdP Bidang Rekreasi dan Kesenggangan

Fasa 1 Memahami (Pelibatan dan Penerokaan)

1. Guru memberi tugasan kepada murid dalam kumpulan kecil. Tugasan: Melakukan
Kemahiran Permainan Gasing Pangkah.

2. Murid meneroka dan mengenal pasti kemahiran melilit dan memutarkan gasing
yang digunakan dalam permainan Gasing Pangkah.

3. Guru mengemukakan soalan berikut semasa murid meneroka:

a. Apakah alat yang boleh digunakan untuk melilit gasing?

b. Bagaimanakah cara lilitan gasing dilakukan?

c. Bolehkah gasing ini berputar dengan cara lilitan yang kamu lakukan?

d. Bagaimanakah cara balingan yang betul untuk memastikan gasing berputar?

4. Murid juga bertanya pada diri sendiri atau guru dengan soalan berikut:

a. Apa yang perlu saya lakukan ketika melilit gasing?

b. Apa yang perlu saya lakukan untuk memastikan gasing berputar?

Fasa 2 Merancang (Pengembangan dan Penerangan)

1. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil.

2. Murid dalam kumpulan berbincang bagi menyelesaikan tugasan yang diberi


berdasarkan soalan-soalan berikut:

a. Bagaimanakah cara untuk memangkah gasing lawan dalam kemahiran


permainan Gasing Pangkah?

b. Mengapakah pemangkah tidak berjaya memangkah gasing lawan?

c. Bincangkan cara untuk melakukan pangkahan?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

71
STRATEGI PdP

3. Murid bertanya pada diri sendiri dengan soalan-soalan berikut:


Apakah yang perlu saya lakukan untuk memastikan balingan gasing mengenai
sasaran?
4. Berdasarkan hasil perbincangan, murid bekerjasama dalam kumpulan untuk
menganalisis dan mengenal pasti kemahiran yang sesuai bagi menyelesaikan
tugasan.
5. Murid mencuba dan meneroka bagaimana gasing dapat berpusing lebih lama.
6. Berdasarkan hasil perbincangan, murid dapat menganalisis dan mengenal pasti
cara yang sesuai bagi melakukan kemahiran Gasing Pangkah.

Fasa 3 Melakukan (Pengembangan dan Penilaian)


1. Murid dalam kumpulan melakukan kemahiran permainan Gasing Pangkah.
2. Setiap kumpulan melakukan aktiviti yang telah dirancang dalam masa yang
ditetapkan.
3. Semua murid dapat membuat penilaian terhadap pelakuan rakan lain.

Fasa 4 Membuat Refleksi


1. Guru membimbing murid membuat refleksi dan penambahbaikan bagi mencari
penyelesaian untuk melakukan aktiviti.
2. Semasa membimbing guru mengemukakan soalan-soalan berikut:
a. Apakah kekuatan dan kelemahan rakan yang kamu nilai?
b. Apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan?
3. Murid mengemukakan soalan berikut semasa membuat refleksi:
a. Adakah saya telah melakukan kemahiran yang betul semasa melakukan aktiviti?
b. Apakah yang perlu saya tambahbaik bagi membolehkan gasing berputar dengan
lebih lama?
c. Apakah kemahiran yang telah saya kuasai dan pelajari dalam sesi PdP pada hari
ini?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

72
CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta

1. Apakah nama gasing yang digunakan?


2. Nyatakan tugas ketua pasukan menyerang dan bertahan dalam permainan Galah
Panjang.

Berdasarkan Konsep

1. Apakah kesan perbezaan arah lilitan tali pada gasing?


2. Nyatakan kepentingan pemasaan semasa mengadang atau mengacah dalam
permainan Galah Panjang.

Berdasarkan Perbahasan

Bagaimanakah cara terbaik melepasi halangan dalam permainan Galah Panjang?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

73
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

PERMAINAN GALAH PANJANG

NAMA KUMPULAN: ________________ TARIKH: _________________

Senarai Semak Kendiri bagi Permainan Galah Panjang.

ARAHAN: Lengkapkan senarai semak di bawah berdasarkan skala


berikut:
1 - SANGAT LEMAH 2 - LEMAH 3 - MEMUASKAN 4 - BAIK 5 - CEMERLANG

Kumpulan K1 K2 K3 K4 K5
Bil.
Skala 1 2 3 4 5
1. Pembentukan Kumpulan
Pemilihan ketua
Keputusan kolaboratif
Peranan ahli
Jumlah
2. Komunikasi
Verbal
Non verbal
Jumlah
3. Penyelesaian masalah
Strategi
Kolaboratif
Jumlah

Jumlah Keseluruhan (1+2+3)

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

74
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Membincangkan kepentingan fungsi dan peranan pemain dalam Permainan Gasing


Pangkah dan Galah Panjang.

2. Melakukan pembentangan kumpulan tentang kemahiran Permainan Gasing


Pangkah dan Galah Panjang.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

75
2 JAM KONSEP KECERGASAN

HURAIAN MODUL

Menerusi modul pengajaran konsep kecergasan, murid dapat mengetahui dan


memahami kesan senaman kepada sistem tubuh, aktiviti yang meningkatkan kadar nadi
serta senaman yang betul untuk memanaskan badan dan menyejukkan badan. Konsep
ini akan memberi panduan kepada murid untuk melakukan aktiviti kecergasan secara
tekal bagi meningkatkan kesejahteraan hidup. Murid didedahkan dengan istilah yang
terdapat dalam konsep kecergasan.

STANDARD PEMBELAJARAN

Konsep Kecergasan

3.1.1 Melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan.

3.1.2 Mengira kadar nadi sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal.

4.1.1 Menerangkan tujuan memanaskan badan dan menyejukkan badan.

4.1.2 Menggunakan kadar nadi sebagai petunjuk intensiti dalam merancang aktiviti
fizikal.

5.2.1 Berusaha melakukan aktiviti fizikal untuk mencapai matlamat.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

77
CADANGAN AKTIVITI

Memanaskan Badan:
Aktiviti: “ABC Panas”

1. Murid berpasangan.
2. Muzik akan dimainkan dan setiap pasangan murid akan berlegar-legar di padang
sehingga muzik berhenti.
3. Sebaik muzik berhenti, pasangan murid akan mengambil satu Kad Aktiviti
Kecergasan Fizikal, mengeja perkataan aktiviti kecergasan fizikal yang tertera dan
selepas itu melakukan aktiviti tersebut selama 15 saat seperti Rajah 13.
4. Aktiviti ini diulang beberapa kali sehingga murid mencapai kadar nadi yang sesuai
untuk aktiviti selanjutnya.

AKSI JOGING LOMPATAN ‘X’


MENJENGKET
Joging setempat sambil Melompat sambil
Berdiri di atas jari kaki membentuk huruf
melakukan aksi
dan menurunkan tumit.
bertumbuk ke hadapan. ‘X’ di udara.

GERAK BADAN GERAK TARI


ANGKAT LUTUT
Kedua-dua belah LENGAN
Joging setempat atau
tangan menyentuh Joging setempat
berkawad setempat
kepala, bahu, lutut dan sambil mengoyangkan
dengan mengangkat
jari-jari kaki dalam kedua-dua belah
lutut tinggi.
turutan. lengan seperti sotong.
Rajah 13: Contoh Kad Aktiviti Fizikal.

Bil. Sebutan perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmnani

1. menjengket Berdiri di atas jari-jari kaki dan menurunkan tumit.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

78
CADANGAN AKTIVITI

Menyejukkan Badan:
Aktiviti: “Bingo Perkataan”

1. Setiap murid diberi satu kad suku kata yang boleh membentuk perkataan tentang
konsep kecergasan.
2. Mereka dikehendaki berjalan-jalan sambil berkomunikasi untuk mendapatkan
maklumat tentang suku kata rakan yang boleh membentuk perkataan tentang konsep
kecergasan seperti Rajah 14.
3. Murid yang berjaya membina perkataan perlu mengeja dan menyebut perkataan
tersebut.
4. Ulang aktiviti beberapa kali supaya semua murid berpeluang membentuk perkataan.

GAS DAR ZI DAN

SE FI KA TI

KAL KE AN AK

TI BA NA CER

NA MAN VI DI

Rajah 14: Contoh Kad Huruf.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

79
STRATEGI PdP

1. Murid merancang dan melaksanakan aktiviti memanaskan badan dengan muzik


sebelum memulakan aktiviti lanjutan dan aktiviti menyejukkan badan selepas
menamatkan aktiviti lanjutan.

2. Murid merancang dan melaksanakan aktiviti dengan mengambil kira faktor intensiti
dan kadar nadi.

3. Murid menjawab soalan pentaksiran secara bertulis dan lisan untuk menunjukkan
pencapaian prestasi bahasa yang baik.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

80
CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta

1. Nyatakan tujuan melakukan aktiviti memanaskan badan.


2. Nyatakan tujuan melakukan aktiviti menyejukkan badan.

Berdasarkan Konsep

1. Apakah yang menyebabkan perbezaan kadar nadi sebelum dan selepas melakukan
aktiviti fizikal?

2. Apakah kepentingan memilih aktiviti yang sesuai untuk memanaskan badan?

3. Apakah kepentingan memilih aktiviti yang sesuai untuk menyejukkan badan?

Berdasarkan Perbahasan

1. Bagaimanakah kadar nadi dapat memberi maklumat tentang intensiti sesuatu aktiviti
fizikal?

2. Bagaimanakah kamu merancang sesuatu aktiviti fizikal berdasarkan intensiti dan


kadar nadi?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

81
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

KONSEP KECERGASAN

Lembaran Kerja Murid

NAMA: ________________ KELAS: ________ TARIKH: _________

ARAHAN: Gariskan dan isi tempat kosong dengan jawapan yang betul
berdasarkan soalan yang diberi.

1. Tujuan aktiviti senaman memanaskan badan ialah untuk menyediakan


anggota (otak/ badan/ kaki) ke arah aktiviti fizikal yang lebih mencabar.

2. Tujuan aktiviti menyejukkan badan ialah untuk (memulih/ meningkat/


merehat) sistem badan selepas menjalani aktiviti fizikal.

3. Kira kadar nadi kamu selama satu minit SEBELUM menjalankan aktiviti
dan SELEPAS menjalankan aktiviti:

i. Kadar nadi sebelum menjalankan aktiviti: __________________

ii. Kadar nadi selepas menjalankan aktiviti: __________________

4. Berdasarkan maklumat yang diperolehi di atas, bilakah kadar nadi lebih


tinggi?

A. Sebelum menjalankan aktiviti.

B. Selepas menjalankan aktiviti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

82
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Menguji pengetahuan tentang tujuan mengambil kadar nadi sebelum dan selepas
melakukan aktiviti fizikal.
2. Menyatakan kefahaman tentang tujuan memanaskan badan dan menyejukkan badan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

83
8 JAM KOMPONEN KECERGASAN

HURAIAN MODUL

Menerusi modul pengajaran komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan, murid


boleh memilih senaman dan mengamalkan senaman bersesuaian dengan kemudahan
yang terdapat di persekitaran mereka untuk mengekalkan kecergasan. Murid juga boleh
memahami hubungan antara fungsi tubuh badan dengan senaman yang sesuai
mengikut komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan bagi menghasilkan
kesejahteraan hidup. Murid didedahkan dengan istilah yang terdapat dalam komponen
kecergasan.

STANDARD PEMBELAJARAN

Senaman Kapasiti Aerobik

3.2.1 Melakukan senaman meningkatkan kapasiti aerobik tiga kali seminggu.

3.2.2 Mengira kadar nadi rehat diri sendiri.

4.2.1 Menerangkan kesan senaman meningkatkan kapasiti aerobik kepada jantung.

4.2.2 Menyatakan perkaitan antara kadar nadi rehat dengan tahap kecergasan fizikal.

5.2.1 Berusaha melakukan aktiviti fizikal untuk mencapai matlamat.

Senaman Kelenturan

3.3.1 Melakukan pelbagai senaman meningkatkan kelenturan.

4.3.1 Menamakan sendi yang mendapat kesan daripada senaman kelenturan.

4.3.2 Menamakan otot yang meregang dalam senaman kelenturan.

5.1.2 Mematuhi peraturan keselamatan semasa melakukan aktiviti.

5.4.4 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

85
STANDARD PEMBELAJARAN

Senaman Daya Tahan dan Kekuatan Otot

3.4.1 Melakukan pelbagai senaman meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot.

4.4.1 Menamakan otot utama yang mendapat kesan daripada senaman daya tahan otot
dan kekuatan otot.
5.3.1 Berinteraksi secara positif dalam pelbagai situasi semasa melakukan aktiviti.

Komposisi badan

3.5.1 Mengukur ketinggian dan berat badan.

3.5.2 Mengira Indeks Jisim Badan.

4.5.1 Menerangkan kaedah untuk mengira Indeks Jisim Badan.

5.4.2 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan.


5.4.4 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti.

Pentaksiran Kecergasan Ujian SEGAK

3.6.1 Mengukur tahap kecergasan fizikal menggunakan ujian SEGAK mengikut

prosedur yang betul.

3.6.2 Melakukan aktiviti kecergasan sebagai tindakan susulan berdasarkan keputusan

ujian SEGAK.

4.6.1 Merekodkan skor SEGAK bagi diri sendiri.

4.6.2 Menganalisis keputusan SEGAK untuk diri sendiri.

4.6.3 Mencadangkan tindakan susulan berdasarkan keputusan ujian SEGAK.

5.2.1 Berusaha melakukan aktiviti fizikal untuk mencapai matlamat.

5.2.3 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

86
CADANGAN AKTIVITI

SENAMAN KAPASITI AEROBIK

Aktiviti: “Larian Bentuk”

1. Murid dalam kumpulan kecil dan berada dalam beberapa bentuk yang telah
ditetapkan.
2. Murid mengira dan catatkan kadar nadi sebelum melakukan aktiviti.
3. Apabila isyarat diberi, kumpulan murid di setiap bentuk akan berlari dalam satu
barisan mengelilingi bentuk tersebut sebanyak dua ulangan seperti Rajah 15.
4. Murid bergerak ke bentuk selanjutnya mengikut arah pusingan jam dan ulang aktiviti
sehingga semua bentuk dilalui.

arah larian
berjalan pantas

Rajah 15: Aktiviti Larian Bentuk.

Bil. Sebutan perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1. aktiviti kapasiti Aktiviti yang melibatkan kemampuan tubuh untuk


aerobik mengambil dan menggunakan oksigen untuk
meningkatkan prestasi.
2. kadar nadi rehat Kadar nadi yang diambil sejurus dari bangun tidur.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

87
CADANGAN AKTIVITI

SENAMAN KELENTURAN

Aktiviti: “Sirkit Tuala”

1. Murid dalam kumpulan kecil dan berada di enam stesen aktiviti seperti dalam rajah.
2. Murid melakukan aktiviti secara individu di setiap stesen berdasarkan maklumat yang
dipaparkan seperti Rajah 16.
3. Aktiviti yang dicadangkan ialah senaman pasif untuk meningkatkan kelenturan.
4. Setiap aktiviti senaman pasif perlu dilakukan selama 15 saat.
5. Murid bergerak ke stesen aktiviti berikutnya mengikut turutan apabila isyarat
diberikan.

Bil. Sebutan perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1. hamstring Salah satu daripada tiga otot paha posterior di antara


pinggul dan lutut.

2. quadrisep Kumpulan otot besar pada bahagian depan dan sisi


paha. Ia mempunyai empat bahagian iaitu rectus
femoris, vastus lateralis, vastus medialis dan vastus
intermedius.
3. rotasi bahu Pergerakan bahu berputar di sekitar paksi tunggal.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

88
CADANGAN AKTIVITI

A B C
Nama: Regangan Hamstring Nama: Regangan Kuadrisep Nama: Regangan Gastroknemius
Sendi yang mendapat kesan: Sendi yang mendapat kesan: Sendi yang mendapat kesan:
Lutut Lutut Pergelangan Kaki

D E F
Nama: Regangan Rotasi Bahu Nama: Regangan Dada Nama: Regangan Tarikan Sisi
Sendi yang mendapat kesan: Sendi yang mendapat kesan: Sendi yang mendapat kesan:
Bahu Bahu Bahu

Rajah 16: Cadangan Senaman Kelenturan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

89
CADANGAN AKTIVITI

SENAMAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT

Aktiviti: “Pilihan Sihat”

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Murid diberi kad-kad yang mengandungi senaman daya tahan dan kekuatan otot.
3. Letakkan semua kad di tengah kawasan permainan berbentuk segiempat atau
bulatan seperti dalam rajah 17.
4. Pastikan semua kumpulan yang bermain berada di jarak yang sama dari tengah
kawasan permainan.
5. Peraturan permainan adalah seperti berikut:
a. Pemain bergilir-gilir berlari ke tengah kawasan permainan untuk mengambil satu
kad.
b. Pemain perlu mengambil kad dengan segera (tanpa melihat kandungan) dan
membawa terus kepada kumpulannya.
c. Semua pemain mesti melakukan aktiviti daya tahan otot atau kekuatan otot seperti
yang ditunjukkan di dalam kad.
d. Permainan diteruskan sehingga semua pemain mengambil kad dan melakukan
aktiviti seperti di dalam kad tersebut.

Bil. Sebutan perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1. jumping jacks Aksi koordinasi melompat setempat sambil menepuk


tangan di atas kepala secara berselang-seli.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

90
CADANGAN AKTIVITI

Petunjuk:
Pilihan arah
larian

Rajah 17: Aktiviti Pilihan Sihat.

Contoh gambar pada Kad Senaman:

jumping jacks wall sit push-up abdominal crunch

step-up onto chair squat triceps dip on chair plank

high knees running in place lunge push-up and rotation side plank

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

91
STRATEGI PdP

1. Murid merancang dan melaksanakan aktiviti memanaskan badan dengan muzik


sebelum memulakan aktiviti lanjutan dan aktiviti menyejukkan badan selepas
menamatkan aktiviti lanjutan.

2. Murid merancang dan melaksanakan aktiviti senaman yang melibatkan Komponen


Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan.

3. Murid menjawab soalan-soalan pentaksiran secara bertulis dan lisan untuk


menunjukkan pencapaian prestasi bahasa yang baik.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

92
CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta

1. Nyatakan senaman yang sesuai untuk meningkatkan kapasiti aerobik, kelenturan,


daya tahan otot dan kekuatan otot.

2. Nyatakan dua aspek yang perlu diukur untuk mendapatkan nilai Indeks Jisim Badan.
3. Nyatakan tiga organ yang terlibat semasa melakukan senaman meningkatkan
kapasiti aerobik.
4. Nyatakan sendi-sendi yang mendapat kesan daripada senaman kelenturan.
5. Apakah petunjuk yang mudah untuk menentukan tahap kecergasan seseorang?

Berdasarkan Konsep

1. Apakah perbezaan antara senaman daya tahan otot dengan senaman kekuatan otot?

2. Mengapakah sesetengah senaman boleh menyebabkan kecederaan?

3. Apakah kepentingan memilih dan mengamalkan senaman yang sesuai?

Berdasarkan Perbahasan

1. Bagaimanakah anda mengamalkan gaya hidup yang sihat?

2. Bincangkan kepentingan otot teras yang kuat dalam membantu kesejahteraan hidup?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

93
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

SENAMAN KAPASITI AEROBIK

Lembaran Kerja Murid

NAMA: ________________ KELAS: ________ TARIKH: _________

1. Berdasarkan gambarajah di bawah namakan organ yang terlibat semasa


melakukan senaman meningkatkan kapasiti aerobik.

A) ____________

B) _____________ C) ______________

2. Murid yang mempunyai kadar nadi rehat yang rendah akan mempunyai
tahap kecergasan yang (rendah/ sederhana/ tinggi).

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

94
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

SENAMAN KELENTURAN

Lembaran Kerja Murid

NAMA: ________________ KELAS: ________ TARIKH: _________

ARAHAN: Pilih dan tuliskan nama otot yang terlibat berdasarkan


lakuan senaman kelenturan yang ditunjukkan.

lower back bahu hamstring trisep

kuadrisep gluteus gastroknemius

dada upper back

(i) (ii) (iii)

(iv) (v) (vi)

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

95
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

SENAMAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT

Lembaran Kerja Murid

NAMA: ________________ KELAS: ________ TARIKH: _________

ARAHAN: Dengan berpandukan gambar rajah yang diberi, bulatkan


sama ada aktiviti yang ditunjukkan adalah daya tahan otot atau
kekuatan otot, dan nyatakan sebab pilihan kamu.

A. DAYA TAHAN OTOT / KEKUATAN OTOT


Mengapa?

DAYA TAHAN OTOT / KEKUATAN OTOT


B.
Mengapa?

DAYA TAHAN OTOT / KEKUATAN OTOT


C.
Mengapa?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

96
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

KOMPOSISI BADAN

Lembaran Kerja Murid

NAMA: ________________ KELAS: ________ TARIKH: _________

ARAHAN: Jawab soalan berikut:

1. Kirakan Indeks Jisim Badan murid berikut jika berat badannya ialah 50 kg
dan ketinggiannya ialah 1.6 m.

Rumus Indeks Jisim Badan = Berat (kg)


Tinggi (m) x Tinggi (m)
= 50
1.6 x 1.6
=

2. Kirakan Indeks Jisim Badan kamu menggunakan rumus.

Berat ________ kg
Tinggi ________ cm

3. Apakah status BMI kamu? Tandakan ( √ ) .

Berat Badan Berlebihan


Susut Obes
Normal Berat Badan

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

97
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Menguji pengetahuan dari segi istilah kecergasan berdasarkan kesihatan, jenis-jenis


senaman dan mengira Indeks Jisim Badan dalam satu ujian bertulis.

2. Mengira Indeks Jisim Badan diri menggunakan rumus yang diberikan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

98
RUJUKAN

Jensen, J., (1994). Fundamental V olleyball. Minneapolis: Lerner Publications.

Lee, B., (2003). Jump Rope Training. Champaign, IL: Human Kinetics Publishers.

Mitchell, D., Davis, B. & Lopez, R., (2002). Teaching Fundamental Gymnastics Skills.
Champaign, IL: Human Kinetics Publishers.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

99
PENGHARGAAN

Penasihat
Dr. Mohamed bin Abu Bakar Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Penasihat Editor
Mohamed Salim bin Taufix Rashidi Ketua Sektor
Sektor Kesenian dan Kesihatan
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Editor
Kamariah binti Mohd Yassin Ketua Unit
Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Nawi bin Razali Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Bidang Gimnastik Asas


Syed Muhd Kamal bin S A Bakar IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
Muhammad Fauzi bin Narsri Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor

Bidang Pergerakan Berirama


Kok Mong Lin Open Universiti, Malaysia
Jamie Lim Siew Hoon SK Sikamat, Negeri Sembilan
Fakhri bin Mohd Nor SK Bangsar, Kuala Lumpur

Bidang Permainan Kategori Serangan; Bola Sepak


Ishak bin Othman IPG Kampus Bahasa Antarabangsa,
Kuala Lumpur
Azhar bin Ariffin SMK Datok Bahaman, Pahang
Abdul Razak bin Sulaiman SMK Dato Dol Said, Melaka

Bidang Permainan Kategori Serangan; Bola Jaring


Noorrul Afniza binti Ahmad SSN SMK Seri Kota, Melaka
Jamaludin
Nurhidayah binti Mustafar SMK Tunku Ampuan Najihah, Negeri Sembilan
Juriah binti Othman SMK Sultan Sulaiman Shah, Selangor

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

101
Bidang Permainan Kategori Jaring; Bola Tampar
Adib bin Sulaiman IPG Kampus Tun Hussein Onn, Johor
Zool Hilmi bin Abu Bakar SMK Tengku Lela Segara, Terengganu

Bidang Olahraga Asas


Gopal A/L Raman SMK Puchong Permai, Selangor
Chia Chiow Ming IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
Abdul Razak bin Sulaiman SMK Seri Indah, Selangor

Bidang Rekreasi dan Kesenggangan


Othman bin Che Man IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
Nur Ahmad Kamel bin Ahmad@ SMK Manjalara, Kuala Lumpur
Mohamed
Maizan binti Alias SMK Taman Ehsan, Selangor

Bidang Kecergasan Fizikal


Gopal A/L Raman SMK Puchong Permai, Selangor
Chia Chiow Ming IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
Syahrizal bin Drus @ Adrus SMK Chung Hua, Sarawak

Grafik dan Ilustrator


Othman bin Che Man IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
Rahayu binti Che Romli SMK Seksyen Sebelas, Selangor
Ahmad Shaker bin Abdul Majeed SMK Ayer Hangat, Kedah

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

102

Anda mungkin juga menyukai