Anda di halaman 1dari 38

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

PENDAWAIAN ELEKTRIK

TINGKATAN 2

i
ii
DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)


MODUL ELEKTIF KEMAHIRAN VOKASIONAL

PENDAWAIAN ELEKTRIK

TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii
Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013

Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga
bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

1
KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA 3

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 4

3. KATA PENGANTAR 5

4. PENGENALAN
4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1
4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1
4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1
4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 1

5. PELAKSANAAN
5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 2
5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)


6.1 Matlamat Modul 4
6.2 Objektif Modul 4
6.3 Fokus Modul 4
6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 4
6.5 Organisasi Standard Kurikulum 5
6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian 6-14

2
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

3
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

4
Kata Pengantar

Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad
ke-21.

Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.
Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini
diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu
kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh
diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran
tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini
menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan
cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat
membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri,
pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah
memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA)


Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

5
PENGENALAN
Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat Pendidikan Asas Vokasional


Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia
melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif Pendidikan Asas Vokasional


Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini
bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan.
PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik
pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan
sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta
memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat
membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya
niaga.

Kurikulum Berasaskan Kompetensi


Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi
yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.

Kurikulum Modular Berasaskan Standard


Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria
Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan

Kriteria Pencapaian
Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap
Standard Pembelajaran.

6
PELAKSANAAN

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)


Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 30 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 1050 waktu setahun.

Guru berlatarbelakang opsyen Kejuruteraan Elektrik paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan
prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat
dilaksanakan sebaik mungkin.

Penggunaan Teknologi Dalam P&P


Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih
belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif
dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya
mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

7
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

PENDAWAIAN ELEKTRIK

8
KOMPONEN : Kemahiran Vokasional
DIMENSI : Kemahiran Vokasional Asas (Pra Vokasional)
BIDANG : Elektrik
MODUL ELEKTIF : PENDAWAIAN ELEKTRIK (PE) TINGKATAN 5
BILANGAN WAKTU P & P : 1050 waktu

MATLAMAT

Menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran kerja-kerja elektrik satu fasa meliputi proses kerja pendawai yang
merangkumi proses pendawaian, pengujian, pemeriksaan dan pemasangan aksesori elektrik serta berupaya menyediakan laporan
tentang kerja yang dilakukan agar dapat diaplikasikan di alam pekerjaan atau menyambung pembelajaran di peringkat kemahiran
yang lebih tinggi untuk menjadi modal insan yang menyumbang kepada pembangunan Negara.

OBJEKTIF

Di akhir pembelajaran murid dapat :


1. Mengenal pasti keperluan, spesifikasi dan prosedur penyelenggaraan pendawaian satu fasa
2. Melakukan penyelenggaraan pendawaian elektrik.
3. Menguji kefungsian dan merekod penyelenggaraan pendawaian
4. Mengenal pasti spesifikasi dan prosedur pemasangan motor satu fasa.
5. Mengenal pasti alat tangan, peralatan dan bahan untuk pemasangan kawalan motor.
6. Mendawai dan memasang kawalan motor satu fasa
7. Menguji dan merekod kefungsian kawalan motor satu fasa
8. Mengenal pasti prosedur penyelenggaraan berdasarkan jenis peralatan elektrik
9. Mengenal pasti alat tangan, alat kelengkapan dan bahan penyelenggaraan elektrik satu fasa.
10. Melakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan peralatan elektrik
11. Mengenal pasti peralatan, kelengkapan dan bahan untuk pengujian dan pentauliahan.
12. Menguji rintangan penebatan, kekutuban, keterusan dan galangan bumi litar satu fasa
13. Menyediakan laporan ujian dan pentauliahan.

9
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1. Menyediakan Lukisan 1.1. Mengenalpasti keperluan dan 1.1.1. Menyatakan prosedur menyediakan lukisan satu fasa
Satu Fasa spesifikasi lukisan satu fasa berdasarkan keperluan piawaian.
1.1.2. Mengenalpasti alat perlindungan pembekal dan pengguna
satu fasa berdasarkan fungsi.

1.2. Menyediakan lukisan 1.2.1. Melukis gambarajah bentangan mengandungi simbol,


bentangan sambungan dan spesifikasi berdasarkan peraturan elektrik.

1.3. Menyediakan lukisan 1.5.1. Melukis gambarajah skematik mengandungi peranti


gambarajah skematik satu keselamatan, saiz dan jenis kabel, jenis pendawaian dan
fasa simbol elektrik berdasarkan peraturan elektrik.

1.4. Menyediakan lukisan 1.4.1.Melukis gambarjah pendawaian satu fasa berdasarkan


pendawaian satu fasa sambungan pendawaian, pendawaian alat perlindungan, dan
carta saiz kabel mengikut peraturan elektrik.
1.4.2.Menyemak lukisan satu fasa berdasarkan skala, fungsi
kawalan, susun atur litar dan prosedur lukisan.

1.5. Memeriksa lukisan satu fasa 1.5.1.Menyemak lukisan satu fasa untuk tujuan pengesahan
berdasarkan keperluan pengguna.

10
2. Memasang Pendawaian 2.1. Mengenal pasti spesifikasi dan 2.1.1.Menyenaraikan langkah membuat pendawaian satu fasa
Satu Fasa prosedur pendawaian satu berdasarkan gambar rajah pendawaian.
fasa

2.2. Mengenal pasti alat tangan, 2.2.1. Menyediakan alat tangan, peralatan dan bahan berdasarkan
peralatan dan bahan jenis pendawaian.
pendawaian satu fasa.

2.3. Mendawai litar satu fasa. 2.3.1.Mendawai litar satu fasa berdasarkan gambar rajah
pendawaian.

2.4. Memasang sistem pembumian 2.4.1.Memasang sistem pembumian berdasarkan peraturan IEE
satu fasa

2.5. Memasang kotak agihan satu 2.5.1.Membuat tamatan kabel pada unit pengguna berdasarkan
fasa gambar rajah pendawaian.

2.6. Memasang alat tambah 2.8.1.Membuat tamatan kabel pada alat tambah berdasarkan
gambar rajah pendawaian.

2.7. Melakukan pemeriksaan visual 2.7.1. Memeriksa kekemasan sistem pendawaian berdasarkan
pada pendawaian pemeriksaan visual.

2.8. Melakukan ujian litar mati 2.8.1. Menguji keterusan, kekutuban dan rintangan penebatan
berdasarkan pendawaian.

11
2.9. Melakukan ujian litar hidup 2.9.1. Menguji kefungsian ELCB/RCB berdasarkan peraturan IEE

2.10. Menyediakan laporan 2.10.1 Mengesahkan laporan berdasarkan prosedur.


pendawaian satu fasa

3. Asas Komunikasi Kerja 3.1 Gunakan bahasa kerja yang 3.1.1. Mengenal pasti jenis bahasa kerja berdasarkan keperluan di
bersesuaian(Inggeris/Bahasa tempat kerja.
Kebangsaan dll.) 3.1.2. Mengenal pasti jargon yang relevan untuk komunikasi
berdasarkan keperluan di tempat kerja.
3.1.3. Menerangkan tanggungjawab komunikasi di tempat kerja
berdasarkan keperluan.
3.1.4. Mengenal pasti prosedur komunikasi berdasarkan situasi di
tempat kerja
3.1.5. Mengenal pasti prosedur kerja berdasarkan keperluan.
3.1.6. Mengaplikasi bahasa kerja berdasarkan keperluan di tempat
kerja.
3.1.7. Mematuhi amalan prosedur kerja berdasarkan keperluan di
tempat kerja.

3.2. Gunakan komunikasi lisan dan 3.2.1. Mengenal pasti jenis komunikasi lisan berdasarkan situasi
bertutur mengikut kesesuaian di tempat kerja.
3.2.2. Menentukan bahasa dan format yang sesuai untuk
komunikasi lisan berdasarkan situasi di tempat kerja.
3.2.3. Menerangkan kaedah komunikasi asas berdasarkan situasi
di tempat kerja.
3.2.4. Mengenal pasti bahasa isyarat dan gaya badan
berdasarkan situasi tempat kerja.
3.2.5. Menjelaskan idea dan medium penyampaian maklumat
berdasarkan situasi di tempat kerja.

12
3.2.6. Menjelaskan keperluan kesedaran budaya berdasarkan
situasi di tempat kerja.
3.2.7. Mengenal pasti tujuan komunikasi lisan berdasarkan situasi
ditempat kerja.
3.2.8. Mengaplikasi bahasa dan format komunikasi lisan yang
sesuai berdasarkan situasi ditempat kerja.
3.2.9. Mengaplikasi kaedah komunikasi asas berdasarkan situasi
di tempat kerja.
3.2.10.Menggunakan bahasa isyarat dan gaya badan berdasarkan
situasi tempat kerja.
3.2.11.Menyampaikan idea dan maklumat dengan jelas
berdasarkan situasi di tempat kerja.
3.2.12.Bertutur dengan jelas dan mendengar dengan betul
berdasarkan situasi ditempat kerja

3.3. Fahami bahan-bahan 1.3.1 Menyatakan tujuan membaca berdasarkan keperluan kerja.
bacaan di tempat kerja 1.3.2 Mengenal pasti jenis bahan bacaan:
i. Prosedur Operasi Standard
ii. Manual Kerja
iii. Arahan Kerja
iv. Prosedur Kerja
v. Buku Teks
vi. Kamus
vii. Jurnal
viii. Memo
ix. Brosur
1.3.3 Memilih jenis kandungan bacaan berdasarkan keperluan
kerja
1.3.4 Memahami kandungan bahan bacaan yang relevan
berdasarkan keperluan kerja
1.3.5 Menentukan maklumat daripada bahan bacaan berdasarkan
Keperluan kerja

13
4. Kemahiran Tingkah Laku 4.1. Pamerkan kejujuran dan 4.1.1. Menerangkan konsep kejujuran dan integriti berdasarkan
Personal integriti situasi di tempat kerja.
4.1.2. Mengenal pasti prinsip kerahsiaan berdasarkan situasi
ditempat kerja.
4.1.3. Mengenal pasti standard amalan integriti berdasarkan
situasi di tempat kerja.
4.1.4. Mengenal pasti garis panduan etika berdasarkan situasi di
tempat kerja.
4.1.5. Mematuhi standard amalan integriti berdasarkan situasi di
tempat kerja.
4.1.6. Mematuhi garis panduan etika berdasarkan situasi di tempat
kerja.
4.1.7. Mengamalkan interaksi integriti yang baik berdasarkan
situasi di tempat kerja.

4.2. Amalkan ketepatan masa 4.2.1. Mengenal pasti garis panduan disiplin kendiri berdasarkan
situasi di tempat kerja.
4.2.2. Menyenaraikan tugas kerja dan tanggungjawab
berdasarkan keperluan di tempat kerja
4.2.3. Menentukan garis panduan kehadiran staf di berdasarkan
situasi tempat kerja.
4.2.4. Menentukan ketepatan masa penyerahan tugasan
berdasarkan situasi di tempat kerja
4.2.5. Melaksanakan tugas kerja dan tanggungjawab
berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.2.6. Mengamalkan sistem pendaftaran kehadiran staf
berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.2.7. Mengamalkan prosedur ketepatan masa yang baik
berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.2.8. Menyelesaikan tugas kerja dalam tempoh masa yang
ditetapkan berdasarkan situasi di tempat kerja.

14
4.3. Pamerkan kerjasama 4.3.1. Menyenaraikan jenis peranan personel dalam pasukan
berpasukan berdasarkan tugas di tempat kerja.
4.3.2. Menerangkan kepentingan perkongsian maklumat
berdasarkan keperluan di tempat kerja.
4.3.3. Menjelaskan maksud konsep kerja sepasukan berdasarkan
keperluan tugasan di tempat kerja.
4.3.4. Mengenal pasti langkah dan proses asas penyelesaian
masalah berdasarkan situasi di tempat kerja.
4.3.5. Menjelaskan maksud komunikasi sosio budaya berdasarkan
keperluan di tempat kerja.
4.3.6. Mengamalkan perkongsian maklumat yang releven antara
ahli pasukan berdasarkan prosedur di tempat kerja.
4.3.7. Mendengar dan memberi respon yang membina terhadap
idea ahli pasukan lain berdasarkan keperluan di tempat
kerja.
4.3.8. Mengaplikasi proses asas penyelesaian masalah
berdasarkan situasi di tempat kerja.

5. Kesedaran Etika Di 5.1. Respon kepada arahan 5.1.1. Mengenal pasti hirarki dan tahap autoriti berdasarkan
Tempat Kerja senaraitugasdi tempat kerja.
5.1.2. Menerangkan carta organisasi berdasarkan kedudukan
perjawatan di tempat kerja.
5.1.3. Mengenal pasti prinsip turutan arahan berdasarkan hirarki
di tempat kerja.
5.1.4. Mematuhi garis panduan kerja berdasarkan senarai tugas
di tempat kerja.
5.1.5. Mematuhi turutan arahan berdasarkan tahap autoriti di
tempat kerja.
5.1.6. Mengamalkan garis panduan kerja berdasarkan senarai
tugas di tempat kerja.

15
5.2. Pamerkan disiplin 5.2.1. Mengenal pasti garis panduan disiplin berdasarkan
prosedur kerja.
5.2.2. Mengenal pasti prinsip kerahsian berdasarkan prosedur
kerja.
5.2.3. Mengenal pasti standard dan kod amalan berdasarkan
prosedur kerja.
5.2.4. Mengenal pasti garis panduan kerja berkaitan disiplin kerja
berdasarkan senarai tugas.
5.2.5. Mengenal pasti prosedur interaksi sosial berdasarkan
situasi di tempat kerja.
5.2.6. Mengenal pasti garis panduan tindakan disiplin
berdasarkan peraturan di tempat kerja.
5.2.7. Mengamalkan displin kendiri yang baik berdasarkan
peraturan di tempat kerja.
5.2.8. Mengaplikasi standard dan kod amalan berdasarkan
peraturan di tempat kerja.
5.2.9. Mematuhi garis panduan kerja berkaitan disiplin kerja
berdasarkan senarai tugas.
5.2.10. Mematuhi garis panduan tindakan displin berdasarkan
peraturan di tempat kerja.

6. Kesedaran Kesihatan, 6.1. Patuhi aktiviti kesedaran 6.1.1 Menerangkan konsep kesedaran kesihatan berdasarkan
Keselamatan Dan Alam kesihatan situasi di tempat kerja.
Sekitar 6.1.2 Mengenal pasti perundangan keselamatan dan kesihatan
perkerjaan:
i. kepentingan peruntukan Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994
ii. Akta Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan 1994 (Tugas
–Tugas Pekerja)
iii. Akta Kilang dan Mesin 1967 (Keselamatan,
Kesihatan dan Kebajikan)

16
6.1.3 Menamakan papan tanda dan maksudnya berdasarkan
keperluan di tempat kerja.
6.1.4 Mengenal pasti jenis bahaya di tempat kerja:
i. Fizikal (jatuh, terpelanting, tergelincir, kerja di tempat
tinggi dan lain-lain)
ii. Bahan kimia, bahan mudah terbakar, toksik,
menghakis, teroksida dan lain-lain.
iii. Psikososial (stres, gangguan dan lain-lain)
iv. Biologi (mikro biologi, cecair, tisu binatang dan lain-
lain)
v. Ergonomik (kecederaan dan gangguan, pergerakan
berulang)
6.1.5 Menentukan arahan kerja prosedur operasi keselamatan
dan pelan tindakbalas kecemasan berdasarkan situasi di
tempat kerja.
6.1.6 Mengenal pasti peralatan perlindungan diri am berdasarkan
persekitaran tempat kerja.
6.1.7 Menerangkan operasi keselamatan mesin berdasarkan
prosedur di tempat kerja.
6.1.8 Menerangkan perundangan keselamatan dan kesihatan
perkerjaan berdasarkan keperluan di tempat kerja.
6.1.9 Memakai peralatan perlindungan diri yang sesuai dengan
betul berdasarkan keperluan di tempat kerja.
6.1.10 Mengenal pasti konsep kesedaran keselamatan
berdasarkan keperluan di tempat kerja.
6.1.11 Mematuhi perundangan keselamatan dan kesihatan
perkerjaan berdasarkan keperluan di tempat kerja:
i. kepentingan peruntukan Akta Keselamatan Dan
Kesihatan Perkejaan 1994
ii. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
(Tugas –Tugas Pekerja)
iii. Akta Kilang dan Mesin 1967 (Keselamatan,
Kesihatan dan Kebajikan)

17
6.1.12 Mematuhi papan tanda dan maksudnya berdasarkan
keperluan di tempat kerja.
6.1.13 Memeriksa jenis bahaya berdasarkan keperluan di tempat
kerja
6.1.14 Melaksanakan arahan kerja prosedur operasi keselamatan
dan pelan tindakbalas kecemasan berdasarkan situasi di
tempat kerja.
6.1.15 Menggunakan peralatan perlindungan diri am berdasarkan
persekitaran di tempat kerja.
6.1.16 Melaksanakan operasi keselamatan mesin berdasarkan
prosedur di tempat kerja.

6.2. Patuhi aktiviti kesedaran 6.2.1 Memahami perundangan OSH berdasarkan situasi di
keselamatan tempat kerja.
6.2.2 Memakai peralatan perlindungan diri yang sesuai dengan
betul berdasarkan situasi di tempat kerja.
6.2.3 Mengenal pasti kemudahan kebersihan berdasarkan
situasi di tempat kerja.
i. Stesen cuci tangan
ii. Sabun nyah kuman
6.2.4 Mengenal pasti kemudahan kecemasan berdasarkan
situasi di tempat kerja.
i. kotak pertolongan cemas
ii. stesen cuci mata
6.2.5 Mengenal pasti arahan kerja, prosedur operasi
keselamatan dan pelan tindakbalas kecemasan
berdasarkan situasi di tempat kerjaMengenal pasti operasi
keselamatan mesin berdasarkan situasi di tempat kerja
6.2.6 Mengamalkan prosedur kesedaran keselamatan
berdasarkan situasi di tempat kerja.
6.2.7 Mengenal pasti bahaya yang mungkin berlaku di tempat
kerja berdasarkan situasi di tempat kerja.

18
6.2.8 Memahami perundangan OSH berdasarkan situasi di
tempat kerja.
6.2.9 Mematuhi akta dan perundangan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan berdasarkan situasi di tempat kerja.
6.2.10 Memakai peralatan perlindungan diri yang sesuai dengan
betul berdasarkan situasi di tempat kerja.
6.2.11 Menggunakan kemudahan kebersihan dengan betul
berdasarkan situasi di tempat kerja
6.2.12 Menunjukcara kegunaan kemudahan kecemasan,
6.2.13 Melaporkan sebarang kecederaan atau penyakit kepada
pihak atasan berdasarkan situasi di tempat kerja.
6.2.14 Mematuhi arahan kerja, prosedur operasi keselamatan
dan pelan tindakbalas kecemasan berdasarkan situasi di
tempat kerja.
6.2.15 Mematuhi operasi keselamatan mesin berdasarkan situasi
di tempat kerja.

6.3. Patuhi aktiviti kesedaran alam 6.3.1 Mengenal pasti konsep kesedaran alam sekitar berdasarkan
sekitar situasi di tempat kerja.
6.3.2 Mengenal pasti akta dan perundangan alam sekitar
berdasarkan situasi di tempat kerja.
6.3.3 Mengenal pasti papan tanda dan maksudnya
berdasarkan situasi di tempat kerja.
6.3.4 Memahami konsep kesedaran alam sekitar berdasarkan
situasi di tempat kerja.
6.3.5 Mematuhi akta dan perundangan alam sekitar berdasarkan
situasi di tempat kerja.

19
Keupayaan Teras

21
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

1. ASAS KOMUNIKASI 1.1 Menggunakan bahasa 1.1.1 Mengenal pasti jenis bahasa kerja berdasarkan keperluan di
KERJA kerja yang bersesuaian tempat kerja.
(Inggeris/Bahasa
Kebangsaan dll.) 1.1.2 Mengenal pasti jargon yang relevan untuk komunikasi
berdasarkan keperluan di tempat kerja.

1.1.3 Menerangkan tanggungjawab komunikasi di tempat kerja


berdasarkan keperluan.

1.1.4 Mengenal pasti prosedur komunikasi berdasarkan situasi di


tempat kerja

1.1.5 Mengenal pasti prosedur kerja berdasarkan keperluan.

1.1.6 Mengaplikasi bahasa kerja berdasarkan keperluan di tempat


kerja.

1.1.7 Mematuhi amalan prosedur kerja berdasarkan keperluan di


tempat kerja.

1.2 Menggunakan 1.2.1 Mengenal pasti jenis komunikasi lisan berdasarkan situasi di
komunikasi lisan dan tempat kerja.
bertutur mengikut
kesesuaian. 1.2.2 Menentukan bahasa dan format yang sesuai untuk
komunikasi lisan berdasarkan situasi di tempat kerja.

21
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

1.2.3 Menerangkan kaedah komunikasi asas berdasarkan situasi


di tempat kerja.

1.2.4 Mengenal pasti bahasa isyarat dan gaya badan berdasarkan


situasi tempat kerja.

1.2.5 Menjelaskan idea dan medium penyampaian maklumat


berdasarkan situasi di tempat kerja.

1.2.6 Menjelaskan keperluan kesedaran budaya berdasarkan


situasi di tempat kerja.

1.2.7 Mengenal pasti tujuan komunikasi lisan berdasarkan situasi


ditempat kerja.

1.2.8 Mengaplikasi bahasa dan format komunikasi lisan yang


sesuai berdasarkan situasi ditempat kerja.

1.2.9 Mengaplikasi kaedah komunikasi asas berdasarkan situasi di


tempat kerja.

1.2.10 Menggunakan bahasa isyarat dan gaya badan berdasarkan


situasi tempat kerja.

1.2.11 Menyampaikan idea dan maklumat dengan jelas


berdasarkan situasi di tempat kerja.

22
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

1.2.12 Bertutur dengan jelas dan mendengar dengan betul


berdasarkan situasi ditempat kerja.

1.3 Memahami bahan-bahan 1.3.1 Menyatakan tujuan membaca berdasarkan keperluan kerja.
bacaan di tempat kerja.
1.3.2 Mengenal pasti jenis bahan bacaan:
i. Prosedur Operasi Standard
ii. Manual Kerja
iii. Arahan Kerja
iv. Prosedur Kerja
v. Buku Teks
vi. Kamus
vii. Jurnal
viii. Memo
ix. Brosur

1.3.3 Memilih jenis kandungan bacaan berdasarkan keperluan


kerja.

1.3.4 Memahami kandungan bahan bacaan yang relevan


berdasarkan keperluan kerja.

1.3.5 Menentukan maklumat daripada bahan bacaan berdasarkan


Keperluan kerja.

23
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

2. KEMAHIRAN TINGKAH 2.1 Mempamerkan kejujuran 2.1.1 Menerangkan konsep kejujuran dan integriti berdasarkan
LAKU PERSONAL dan integriti. situasi di tempat kerja.

2.1.2 Mengenal pasti prinsip kerahsiaan berdasarkan situasi


ditempat kerja.

2.1.3 Mengenal pasti standard amalan integriti berdasarkan situasi


di tempat kerja.

2.1.4 Mengenal pasti garis panduan etika berdasarkan situasi di


tempat kerja.

2.1.5 Mematuhi standard amalan integriti berdasarkan situasi di


tempat kerja.

2.1.6 Mematuhi garis panduan etika berdasarkan situasi di tempat


kerja.

2.1.7 Mengamalkan interaksi integriti yang baik berdasarkan


situasi di tempat kerja.

2.2 Mengamalkan ketepatan 2.2.1 Mengenal pasti garis panduan disiplin kendiri berdasarkan
masa. situasi di tempat kerja.

2.2.2 Menyenaraikan tugas kerja dan tanggungjawab berdasarkan


keperluan di tempat kerja.

24
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

2.2.3 Menentukan garis panduan kehadiran staf di berdasarkan


situasi tempat kerja.

2.2.4 Menentukan ketepatan masa penyerahan tugasan


berdasarkan situasi di tempat kerja.

2.2.5 Melaksanakan tugas kerja dan tanggungjawab


berdasarkan situasi di tempat kerja.

2.2.6 Mengamalkan sistem pendaftaran kehadiran staf


berdasarkan situasi di tempat kerja.

2.2.7 Mengamalkan prosedur ketepatan masa yang baik


berdasarkan situasi di tempat kerja.

2.2.8 Menyelesaikan tugas kerja dalam tempoh masa yang


ditetapkan berdasarkan situasi di tempat kerja.

2.3 Mempamerkan 2.3.1 Menyenaraikan jenis peranan personel dalam pasukan


kerjasama berpasukan. berdasarkan tugas di tempat kerja.

2.3.2 Menerangkan kepentingan perkongsian maklumat


berdasarkan keperluan di tempat kerja.

2.3.3 Menjelaskan maksud konsep kerja sepasukan berdasarkan


keperluan tugasan di tempat kerja.

25
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

2.3.4 Mengenal pasti langkah dan proses asas penyelesaian


masalah berdasarkan situasi di tempat kerja.

2.3.5 Menjelaskan maksud komunikasi sosio budaya berdasarkan


keperluan di tempat kerja.

2.3.6 Mengamalkan perkongsian maklumat yang releven antara


ahli pasukan berdasarkan prosedur di tempat kerja.

2.3.7 Mendengar dan memberi respon yang membina terhadap


idea ahli pasukan lain berdasarkan keperluan di tempat
kerja.

2.3.8 Mengaplikasi proses asas penyelesaian masalah


berdasarkan situasi di tempat kerja.

3. KESEDARAN ETIKA DI 3.1 Memberi respon kepada 3.1.1 Mengenal pasti hierarki dan tahap autoriti berdasarkan
TEMPAT KERJA arahan. senarai tugas di tempat kerja.

3.1.2 Menerangkan carta organisasi berdasarkan kedudukan


perjawatan di tempat kerja.

3.1.3 Mengenal pasti prinsip turutan arahan berdasarkan hierarki


di tempat kerja.

26
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

3.1.4 Mematuhi garis panduan kerja berdasarkan senarai tugas di


tempat kerja.

3.1.5 Mematuhi turutan arahan berdasarkan tahap autoriti di


tempat kerja.

3.1.6 Mengamalkan garis panduan kerja berdasarkan senarai


tugas di tempat kerja.

3.2 Mempamerkan disiplin. 3.2.1 Mengenal pasti garis panduan disiplin berdasarkan prosedur
kerja.

3.2.2 Mengenal pasti prinsip kerahsian berdasarkan prosedur


kerja.

3.2.3 Mengenal pasti standard dan kod amalan berdasarkan


prosedur kerja.

3.2.4 Mengenal pasti garis panduan kerja berkaitan disiplin kerja


berdasarkan senarai tugas.

3.2.5 Mengenal pasti prosedur interaksi sosial berdasarkan situasi


di tempat kerja.

3.2.6 Mengenal pasti garis panduan tindakan disiplin berdasarkan


peraturan di tempat kerja.

27
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

3.2.7 Mengamalkan displin kendiri yang baik berdasarkan


peraturan di tempat kerja.

3.2.8 Mengaplikasi standard dan kod amalan berdasarkan


peraturan di tempat kerja.

3.2.9 Mematuhi garis panduan kerja berkaitan disiplin kerja


berdasarkan senarai tugas.

3.2.10 Mematuhi garis panduan tindakan displin berdasarkan


peraturan di tempat kerja.

4. KESEDARAN 4.1 Mematuhi aktiviti 4.1.1 Menerangkan konsep kesedaran kesihatan berdasarkan
KESIHATAN, kesedaran kesihatan. situasi di tempat kerja.
KESELAMATAN DAN
ALAM SEKITAR 4.1.2 Mengenal pasti perundangan keselamatan dan kesihatan
perkerjaan:
i. Kepentingan peruntukan Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994
ii. Akta Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan 1994 (Tugas –
Tugas Pekerja)
iii. Akta Kilang dan Mesin 1967 (Keselamatan, Kesihatan
dan Kebajikan)

4.1.3 Menamakan papan tanda dan maksudnya berdasarkan


keperluan di tempat kerja.

28
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

4.1.4 Mengenal pasti jenis bahaya di tempat kerja:


i. Fizikal (jatuh, terpelanting, tergelincir, kerja di tempat
tinggi dan lain-lain)
ii. Bahan kimia, bahan mudah terbakar, toksik, menghakis,
teroksida dan lain-lain.
iii. Psikososial (stres, gangguan dan lain-lain)
iv. Biologi (mikro biologi, cecair, tisu binatang dan lain-lain)
v. Ergonomik (kecederaan dan gangguan, pergerakan
berulang)

4.1.5 Menentukan arahan kerja prosedur operasi keselamatan dan


pelan tindak balas kecemasan berdasarkan situasi di tempat
kerja.

4.1.6 Mengenal pasti peralatan perlindungan diri am berdasarkan


persekitaran tempat kerja.

4.1.7 Menerangkan operasi keselamatan mesin berdasarkan


prosedur di tempat kerja.

4.1.8 Menerangkan perundangan keselamatan dan kesihatan


perkerjaan berdasarkan keperluan di tempat kerja.

4.1.9 Memakai peralatan perlindungan diri yang sesuai dengan


betul berdasarkan keperluan di tempat kerja.

29
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

4.1.10 Mengenal pasti konsep kesedaran keselamatan berdasarkan


keperluan di tempat kerja.

4.1.11 Mematuhi perundangan keselamatan dan kesihatan


perkerjaan berdasarkan keperluan di tempat kerja:
i. Kepentingan peruntukan Akta Keselamatan Dan
Kesihatan Perkejaan 1994
ii. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
(Tugas-Tugas Pekerja)
iii. Akta Kilang dan Mesin 1967 (Keselamatan, Kesihatan
dan Kebajikan)

4.1.12 Mematuhi papan tanda dan maksudnya berdasarkan


keperluan di tempat kerja.

4.1.13 Memeriksa jenis bahaya berdasarkan keperluan di tempat


kerja

4.1.14 Melaksanakan arahan kerja prosedur operasi keselamatan


dan pelan tindak balas kecemasan berdasarkan situasi di
tempat kerja.

4.1.15 Menggunakan peralatan perlindungan diri am berdasarkan


persekitaran di tempat kerja.

30
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

4.1.16 Melaksanakan operasi keselamatan mesin berdasarkan


prosedur di tempat kerja.

4.2 Mematuhi aktiviti 4.2.1 Memahami perundangan OSH berdasarkan situasi di tempat
kesedaran keselamatan. kerja.

4.2.2 Memakai peralatan perlindungan diri yang sesuai dengan


betul berdasarkan situasi di tempat kerja.

4.2.3 Mengenal pasti kemudahan kebersihan berdasarkan situasi


di tempat kerja.
i. Stesen cuci tangan
ii. Sabun nyah kuman

4.2.4 Mengenal pasti kemudahan kecemasan berdasarkan situasi


di tempat kerja.
i. Kotak pertolongan cemas
ii. Stesen cuci mata

4.2.5 Mengenal pasti arahan kerja, prosedur operasi keselamatan


dan pelan tindak balas kecemasan berdasarkan situasi di
tempat kerja.

4.2.6 Mengenal pasti operasi keselamatan mesin berdasarkan


situasi di tempat kerja.

31
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

4.2.7 Mengamalkan prosedur kesedaran keselamatan berdasarkan


situasi di tempat kerja.

4.2.8 Mengenal pasti bahaya yang mungkin berlaku di tempat kerja


berdasarkan situasi di tempat kerja.

4.2.9 Memahami perundangan OSH berdasarkan situasi di tempat


kerja.

4.2.10 Mematuhi akta dan perundangan keselamatan dan


kesihatan pekerjaan berdasarkan situasi di tempat kerja.

4.2.11 Memakai peralatan perlindungan diri yang sesuai dengan


betul berdasarkan situasi di tempat kerja.

4.2.12 Menggunakan kemudahan kebersihan dengan betul


berdasarkan situasi di tempat kerja.

4.2.13 Menunjuk cara kegunaan kemudahan kecemasan.

4.2.14 Melaporkan sebarang kecederaan atau penyakit kepada


pihak atasan berdasarkan situasi di tempat kerja.

4.2.15 Mematuhi arahan kerja, prosedur operasi keselamatan dan


pelan tindak balas kecemasan berdasarkan situasi di tempat
kerja.

32
STANDARD STANDARD
KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

4.2.16 Mematuhi operasi keselamatan mesin berdasarkan situasi di


tempat kerja.

4.3 Mematuhi aktiviti 4.3.1 Mengenal pasti konsep kesedaran alam sekitar berdasarkan
kesedaran alam sekitar. situasi di tempat kerja.

4.3.2 Mengenal pasti akta dan perundangan alam sekitar


berdasarkan situasi di tempat kerja.

4.3.3 Mengenal pasti papan tanda dan maksudnya berdasarkan


situasi di tempat kerja.

4.3.4 Memahami konsep kesedaran alam sekitar berdasarkan


situasi di tempat kerja.

4.3.5 Mematuhi akta dan perundangan alam sekitar berdasarkan


situasi di tempat kerja.

33
Terbitan:

20

Anda mungkin juga menyukai