Anda di halaman 1dari 2

Bila anda melihat keadaan barisan hadapan (frontliner) yang menangani isu Covid 19, agaknya apa yang

anda rasa mereka hadapi dari aspek psikologi berdasarkan perspektif Person Centered Counseling?

COVID-19 merupakan penyakit daripada kumpulan virus yang dikenali sebagai


CORONAVIRUS. Virus ini pernah meyerang dan menjejaskan dunia secara besar-besaran
sebanyak dua kali sebelum ini. Penyakit-penyakit tersebut dikenali dengan nama SARS dan
MERS. Serangan ketiga inilah serangan yang paling teruk yang pernah melanda dunia ini iaitu,
dengan nama COVID-19. Serangan COVID-19 ini, sehingga sekarang (30 Mac 2020) telah
meragut nyawa 32,277 orang di seluruh dunia dan bilangan ini semakin meningkat dengan
drastik. Langkah-langkah perlindungan asas terhadap coronavirus baru ini adalah seperti sentiasa
mencuci tangan, mengekalkan jarak social (social distancing) iaitu sentiasa mengekalkan jarak 1
meter daripada orang lain. Walau bagaimanapun, sumbangan kakitangan perubatan yang dikenali
sebagai frontliners sewaktu pandemik yang melanda dunia kita ini tidak dapat dibalas dengan
ucapan terima kasih. Kita semua diseru supaya #stayathome, tetapi golongan frontliners telah
melangkah ke hadapan dengan mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan dunia ini.
Menurut satu artikel yang diterbitkan oleh New Strait Times baru-baru ini, pandemik COVID-19
boleh mengancam kesihatan mental frontliner dengan menyebabkan kemurungan, kegelisahan,
insomnia, ataupun distres. Ini adalah kerana mereka bertugas berhari-hari tanpa rehat ataupun
tidur yang mencukupi. Mereka juga meletakkan tugas mereka di hadapan melebihi anak bini dan
kaum keluarga.

Pada pendapat saya, dalam keadaan sekarang, apa yang mereka hadapi dari segi psikologi
berdasarkan perspektif Person Centered Counseling (PCC) ialah mereka terpaksa mengatasi
kerisauan, kebimbangan, ketakutan dan kepentingan diri sendiri untuk menunjukkan diri mereka
yang kongruen, terima tanpa syarat dan empati terhadap pesakit-pesakit posotif Covid-19 ini.
Mereka sendiri tanpa sedar, menghayati sifat-sifat seseorang kaunselor berdasarkan PCC.
Perkara ini, secara semula jadinya sedang berlangsung di depan mata kita. Kita dapat lihat
buktinya dengan jelas daripada keikhlasan frontliners ini bertugas siang malam tanpa kenal lelah
untuk menyelamatkan nyawa-nyawa. Menurut Carl Rogers (1987), beliau yakin bahawa manusia
memang dari mula lagi sudah mempunyai satu kecenderungan dan keupayaan semula jadi untuk
berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri, dan itulah yang
dilakukan oleh pihak frontliners ini. Mereka membantu pesakit-pesakit tanpa mengira kaum,
bangsa dan sebagainya. Rogers percaya bahawa manusia memang baik secara semula jadi dan
mempunyai semua sifat-sifat baik. Beliau menolak andaian bahawa manusia perlu dipaksa, tidak
boleh dipercayai ataupun diarahkan. Kita dapat lihat dalam situasi pandemik ini, betapa mereka
memberi kerjasama dan berganding bahu antara satu sama lain di bawah penyeliaan Kementerian
Kesihatan Manusia berusaha untuk menewaskan COVID-19. 

Selain itu, pada pendapat saya berdasarkan perspektif Person Centered Counseling, mereka juga
Takut

Sedih

Ditakuti oleh semua

Dipulaukan

Anda mungkin juga menyukai