Anda di halaman 1dari 3

NOVEL TINGKATAN 4-LEFTENAN ADNAN [ Abdul Latip Talib ]

NILAI Nilai Keberanian


PENGAJARAN Kita perlulah berani mempertahankan negara.
PERSOALAN Keberanian dalam mempertahankan negara.
LATAR Masyarakat yang memiliki keberanian yang luar biasa.
MASYARAKAT
CONTOH  Leftenan Adnan dan askar Melayu yang lain berani berjuang
menentang tentera Jepun bermati-matian hingga titisan darah yang
terakhir untuk mempertahankan negara

NILAI Nilai Kebijaksanaan


PENGAJARAN Kita perlulah bijaksana mengguna taktik dalam peperangan.
PERSOALAN Kebijaksanaan menggunakan taktik dalam peperangan.
LATAR Masyarakat yang memiliki kebijaksanaan menggunakan taktik dalam
MASYARAKAT peperangan.
CONTOH  Kebijaksanaan Leftenan Adnan menghidu penyamaran askar Jepun
yang berlagak seperti tentera Sikh mendapat pujian daripada Jeneral
A.E.Percival. Kesemua tentera Jepun yang menyamar itu berjaya
dibunuh .

NILAI Nilai Cinta Akan Negara.


PENGAJARAN Kita perlulah memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi.
PERSOALAN Persoalan cinta akan negara.
LATAR Masyarakat yang cinta akan tanah air.
MASYARAKAT
Contoh  Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya
untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan
tanah air.

NILAI Nilai Bertanggungjawab


PENGAJARAN Kita mestilah bertanggungjawab demi masa depan kita.
PERSOALAN Bertanggungjawab demi masa depan kita.
LATAR Masyarakat yang bertanggungjawab.
MASYARAKAT
CONTOH  Pak Saidi bertanggungjawab memberikan didikan yang terbaik kpd
anak-anak dengan memasukkan kesekolah Inggeris agar dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan diri.
NOVEL TINGKATAN 5-TIRANI [ Beb Sabariah ]

NILAI Nilai Kasih Sayang.


PENGAJARAN Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang untuk mempererat hubungan
antara ahli keluarga.
PERSOALAN Kasih saying seorang ibu terhadap anak kandungnya.
LATAR Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih saying dalam kehidupan.
MASYARAKAT
CONTOH  Raidah amat sayng akan anak-anaknya. Raidah sanggup terbang ke
Singapura semata-mata untuk bersama-sama dengan Waheeda pada
hari pembedahan mata dan hidung anaknya itu.

NILAI Nilai Kegigihan


PENGAJARAN Kita mestilah gigih menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
PERSOALAN Kegigihan menghadapi cabaran dan dugaan.
LATAR Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
MASYARAKAT
CONTOH  Waheedan Nurlyana gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran
seperti peristiwa pembedahan mata dan hidungnya,peristiwa
keretakan dan kemusnahan rumah tangganya dan peristiwa dia
mengusahakan chalet penginapan untuk kemudahan pelancong.

NILAI Nilai Keberanian.


PENGAJARAN Kita mestilah berani mengambil risiko untuk memajukan perniagaan.
PERSOALAN Keberanian mengambil risiko untuk memajukan perniagaan.
LATAR Masyarakat yang berani mengambil risiko untuk memajukan perniagaan.
MASYARAKAT
CONTOH  Waheeda berani menanggung risiko dengan membuat pinjaman
baharu daripada tabung usahawan siswazah,Bank Pembangunan untuk
membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul
Aziz Imran.

NILAI Nilai Ketabahan.


PENGAJARAN Kita hendaklah tabah menghadapi masalah dalam kehidupan seharian.
PERSOALAN Ketabahan menghadapi masalah dalam kehidupan seharian.
LATAR Masyarakat yang tabah menghadapi masalah dalam kehidupan seharian.
MASYARAKAT
CONTOH  Waheeda sebagai seorang ibu tunggal, dia tabah mendidik dan
membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan
perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya,Zahid.
Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib . Nilai
tanggungjawab yang dapat dilihat ialah tanggungjawab terhadap keluarga. Nilai tersebut dipaparkan
melalui watak Pak Saidi yang mengambil berat pelajaran anak-anaknya. Beliau menghantar Adnan
belajar di sekolah Inggeris walaupun mendapat tentangan penduduk Kampung Sungai Ramal . Beliau
sedar akan tanggungjawab seorang ketua keluarga demi memastikan anak-anaknya mempunyai
masa depan yang terjamin dan dapat berbakti kepada masyarakat dan negara.

Selain itu, nilai tanggungjawab juga dipaparkan melalui watak Adnan . Beliau menggalas
tanggungjawab memimpin Regimen Askar Melayu Kompeni C di Pasir Panjang dan Bukit Candu
dengan mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan keselamatan negara . Beliau bersama-
sama pasukannya berjuang bermati-matian sehingga kehabisan senjata dan berakhir dengan
kematiannya yang sungguh tragis. Kemarahan tentera Jepun dengannya tidak terkira sehingga dia
digantung di bawah pohon ceri dengan kepalanya di bahagian bawah dan setiap askar Jepun
menikamnya dengan bayonet. Seseungguhnya, pengorbanan Leftenan Adnan demi tanggungjawab
mempertahankan negara perlu kita teladani

Novel yang saya pelajari ialah Tirani , karya Beb Sabariah . Nilai tanggungjawab dipaparkan pada
watak Waheeda yang bertanggungjawab mengusahakan inap desa keluarganya .Dia telah menjaga
inap desa tersebut sehingga berjaya memajukan dan menjadikan Tajau Emas tersohor dan menjadi
pilihan pelancong di dalam dan di luar negara. Nilai tanggungjawab yang terdapat pada watak
Waheeda ini menyebabkan dia juga berjaya dalam kerjayanya sebagai pegawai Perhubungan Awam
di Hotel Flamingo dan seterusnya memajukan Aya Sajinah di Cameroon Highlands.

Seterusnya, nilai tanggungjawab dapat dilihat pada watak Raidah, iaitu emak Waheeda yang
pergi ke Singapura untuk menemani Waheeda yang menjalani pembedahan kosmetikRaidah
bertanggungjawab menjaga Waheeda sepanjang pembedahan sehingga Waheeda pulih. Raidah
juga sentiasa menasihati dan memberikannya sokongan dan dorongan padu kepada Waheeda pada
saat –saat Waheeda menghadapi kemurungan kesan kekecewaan dalam perkahwinannya. Nilai
bertanggungjawab seorang ibu terhadap anaknya yang amat mulia jelas terpapar dalam novel ini,

~Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di
samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya Zahid.

~ Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas
baran.

Anda mungkin juga menyukai