Anda di halaman 1dari 12

[PROPOSAL : SEMINAR FB ADS] September 30, 2017

KERTAS KERJA

SEMINAR

“SEMINAR FB ADS”

TARIKH:

26 OKTOBER 2017 (KHAMIS)

TEMPAT:

BILIK ILMU, DEWAN INSPIN, ALOR SETAR

ANJURAN:

JABATAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

AL FAIZ HOLDINGS SDN BHD


[PROPOSAL : SEMINAR FB ADS] September 30, 2017

1.0 TUJUAN

 Kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk mendapat persetujuan dan sokongan dari pihak
pengurusan untuk menjalankan program “Seminar FB Ads” yang akan dianjurkan oleh bahagian
pembangunan perniagaan.

 Disamping itu, kertas kerja ini juga adalah bertujuan untuk membentangkan pendapatan
sampingan yang bakal diperoleh oleh syarikat melalui program ini.

 Akhir sekali, kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan daripada unit kewangan
bagi menggunakan sedikit dana yang diperoleh dari yuran yang dikenakan ke atas setiap peserta
bagi menampung kos perbelanjaan program.
[PROPOSAL : SEMINAR FB ADS] September 30, 2017

2.0 PENGENALAN

Program ini dijalankan adalah berdasarkan keperihatinan dan rasa tanggungjawab unit pembangunan
perniagaan terhadap perkara-perkara seperti berikut:

 Seminar ini merupakan rentetan dari Seminar “Introduction To Marketing Strategy” yang
diadakan pada bulan Ogos yang lalu.

 Sebagai satu medium untuk membantu usahawan yang lahir di bawah naungan Al Faiz
Holdings melancarkan perniagaan mereka. Sekali gus dapat meningkat jualan syarikat
dengan tempahan ulangan yang dilakukan.

 Sebagai salah satu daya penggerak bagi memantapkan Jabatan Pembangunan Perniagaan
untuk menaikkan jualan syarikat.

 Bagi membuktikan kepada pihak pengurusan atasan bahawa Jabatan Pembangunan


Perniagaan mempunyai strategi dan rasa tanggungjawab dalam meningkatkan jualan
syarikat.

 Melonjakkan nama Al Faiz Holdings Sdn Bhd serta anak syarikat sebagai syarikat OEM di
persada tanah air.
[PROPOSAL : SEMINAR FB ADS] September 30, 2017

3.0 OBJEKTIF

 Memperkenalkan kilang produk jenama sendiri di bawah naungan Al Faiz Holdings Sdn Bhd
kepada masyarakat (Swisslab Biotech Sdn Bhd dan Kencana Technologies & Laboratories).

 Mewujudkan dan memberi peluang kepada usahawan bumiputera tempatan untuk


menceburkan diri dalam bidang keusahawanan produk.

 Menyampaikan ilmu pengetahuan mengenai teknik pemasaran produk melalui saluran online
menggunakan Facebook Advertising (FB Ads) oleh sifu terkenal iaitu Tuan Zakaria Ghazali.
[PROPOSAL : SEMINAR FB ADS] September 30, 2017

4.0 JADUAL PERLAKSANAAN

Pemilihan tarikh, masa dan jumlah peserta dibuat berdasarkan kapasiti dan kebolehupayaan peserta
untuk menghadirkan diri pada program tersebut. Berikut merupakan butiran jadual perlaksanaan dan
jumlah peserta yang telah dirancangkan:

Tarikh : 26/10/2017

Hari : Khamis

Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang

Tempat : Dewan Ilmu, INSPIN

Peserta : 20 orang
[PROPOSAL : SEMINAR FB ADS] September 30, 2017

5.0 TENTATIF PROGRAM

MASA ACARA
8.30 – 9.00 pagi Pendaftaran peserta

9.00 - 9.05 pagi Permulaan majlis & bacaan doa

9.00 – 9.10 pagi Kata-kata aluan dan majlis perasmian

9.10 – 10.15 pagi FIRST SESSION - KELAS TEORI


 Apa itu facebook ads?
 Apa itu fanpages
 Perbezaan Fb Profile , FB Groups & Fanpages
 Perbezaan Post Biasa & Post Yang Berbayar
 Jenis Kaedah Pembayaran FB Ads
 3 Tempat Settings FB Ads
 Tempat FB Ads Muncul ( Placement )
 Ocpm vs CPC
 Waktu Iklan Yang Sesuai
 Pantang Larang FB Ads
 Sebab Akaun Ads Di Flagged
10.15 – 10.45 pagi TEA BREAK
10.45 pagi – 1.00 SECOND SESSION – KELAS PRAKTIKAL
tghri  Tools FB Ads & Marketing
 Teknik Susunan Ayat ( Copywriting )
 Cara Bagaimana Nak Tetapkan Sasaran Pelanggan
 Cara Spy Audience
2.00 ptg – 6.00 ptg  Teknik Bagaimana Kos Iklan Jadi Murah!
 Start FB Ads
 Analisis FB Ads
 Relevan Score
 Edit Ads & Edit Post
NOTIS 1.00 tghri – 2.00 petang : REHAT TENGAHARI
[PROPOSAL : SEMINAR FB ADS] September 30, 2017

6.0 PENGLIBATAN STAF

Pengarah Projek : Puan Masria Binti Abdullah

Penolong Pengarah Projek : Cik Nurul Najwa Binti Abd Halim

Setiausaha & Publisiti : En Mohd Ridzuan Bin Anuwar

Kewangan : Cik Noor Fikrieyatul Wahida Binti Ahmad

Pengurusan Majlis & Protokol : Puan Norhafizah Binti Shaidan

Ketua Unit Teknikal, Media & Logistik : En Muhammad Afiq Bin Mohd Rodzi

Ketua Unit Pengurusan Cenderahati & Sijil : Cik Norfarahana Binti Ibrahim

Pendaftaran peserta : Cik Noor Fikrieyatul Wahida Binti Ahmad


[PROPOSAL : SEMINAR FB ADS] September 30, 2017

7.0 BELANJAWAN PROGRAM (20 ORANG PESERTA)


GRAND
NO ITEM HARGA (RM) UNIT/NOMBOR TOTAL (RM) TOTAL
(RM)

1 Lokasi seminar (Dewan INSPIN) 200 1 200 200

Pengurusan Pentadbiran :

a) Sijil Penyertaan 1 20 20
2

Saguhati Peserta :
(File, Pen, Towel) 20 20 400 420

Makanan & Minuman :

Air Mineral 1 20 20
3

Makanan Oleh Pihak INSPIN 18 27 486 506


(3x makan disediakan)

4 Yuran Sifu FB ADS 150 20 3,000 3, 000

5 Luar jangka (contingency) 100 1 100 100

JUMLAH PERBELANJAAN (RM) 4, 226


[PROPOSAL : SEMINAR FB ADS] September 30, 2017

8.0 PENDAPATAN KASAR DAN KEUNTUNGAN PROGRAM

HARGA SASARAN TOTAL


BIL ITEM (RM) PESERTA (RM)

1 YURAN PENYERTAAN 300 20 6, 000

2 BELANJAWAN PROGRAM - 20 4, 226

PENDAPATAN BERSIH 1, 774

Pembayaran yuran akan dimasukkan ke akaun:

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

AL FAIZ HOLDINGS SDN BHD

02105010022740
[PROPOSAL : SEMINAR FB ADS] September 30, 2017

9.0 PENUTUP DAN KESIMPULAN

Tujuan program ini adalah ingin membantu para usahawan di bawah naungan Al Faiz Holdings Sdn Bhd
agar mendapat bimbingan melalui cara pengurusan pemasaran yang betul terutamanya dari segi
pemasaran online – FB ADs. Sekaligus dapat meningkatkan jualan syarikat melalui tempahan ulangan
yang dilakukan oleh para usahawan.

Disamping itu, kami mewakili Al Faiz Holdings Sdn Bhd berharap dapat mencapai hasrat untuk
melahirkan usahawan yang berjaya dalam memasarkan produk yang telah dikeluarkan oleh anak
syarikat Al Faiz Holding Sdn Bhd.

Tuntasnya, pihak kami berharap agar kertas kerja ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak tuan. Kami dengan sebesar-besar harapan, berharap agar program yang dirancang ini dapat
berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih juga kepada pihak tuan kerana dapat meluangkan masa
untuk menilai kertas kerja ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

JABATAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN


AL FAIZ HOLDINGS SDN BHD
[PROPOSAL : SEMINAR FB ADS] September 30, 2017

LAMPIRAN

Poster seminar FB ADS yang bakal di promosikan untuk menarik peserta menyertai program ini.

Dewan Ilmu INSPIN


[PROPOSAL : SEMINAR FB ADS] September 30, 2017

Cenderahati : Contoh Goodies yang bakal diberikan kepada peserta – printed towel with box (Al Faiz
Logo)

Contoh printed pen (Al Faiz Logo) juga sebagai tanda penghargaan mereka menyertai program

Anda mungkin juga menyukai