Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAYAN LEPAS

11960 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG


MINIT MESYUARAT BADAN PENGAWAS KALI PERTAMA (1/2017)

Tarikh : 12 Januari 2017


Masa : 2.50 – 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Al-Farabbi
Pengerusi : Pengetua SMKBL
Kehadiran :

1. Tuan Haji Abdul Rahman Bin Zakaria


2. Encik Roslan Bin Yusoff
3. Encik Mohd Hasree Bin Md Noor
4. Puan Nor Farizah Hanim Binti Omar
5. Encik Azlan bin Ramli
6. Cik Zalilah Binti Ismail

Agenda:

1.0 Ucapan Pengerusi

1.0 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan guru-guru


yang menghadiri mesyuarat badan pengawas kali pertama untuk sesi pertama bagi tahun
2017.
1.1 Pengerusi menyatakan mesyuarat badan pengawas hendaklah diadakan 4 kali setahun
mengikut tarikh yang ditetapkan dalam takwim sekolah.
1.2 Memantapkan kepimpinan dan jati diri pengawas.
1.3 Pengerusi juga berharap dapat berjumpa dengan pengawas secara berkala.

2.0 Ucapan Ketua Guru Pengawas

2.1 En. Hasree menyatakan aktiviti pertama tahun 2017 ialah majlis perlantikan pengawas
dan aktiviti lain sepanjang tahun ini. (Rujuk Lampiran 1)
2.2 En. Hasree mengharapkan agar Badan Pengawas Sekolah berjalan dengan lancar.
2.3 Memaklumkan aktiviti penanda aras di sekolah yang bagus.
2.4 Menyediakan jadual guru bertugas dengan melibatkan guru disiplin.
2.5 Membuat giliran guru disiplin menjaga kehadiran lambat.
2.6 Tindakan pelajar lambat, kutip sampah di sekitar kawasan sekolah dan surat panggilan
waris.
2.7 Menyenaraikan calon-calon ketua pengawas dan timbalan ketua pengawas sesi 2017
(Rujuk Lampiran 2)
2.8 Borang pengundian akan diedarkan kepada guru semasa ldp pertama (Rujuk Lampiran 3)

3.0 Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

3.1 PK HEM memulakan ucapan dengan salam dan memberikan beberapa elemen penting
untuk pengawas antaranya:

a) Satu platform yang terbaik untuk menjadi pelajar terampil


b) Pengawas menjadi mata dan telinga kepada semua guru
c) Pengawas haruslah berlaku adil
d) Pengawas juga haruslah menjalankan tugas dengan amanah

4.0 Hal-hal lain

4.1 En. Azlan memaklumkan buku pemantauan kelas letak di bilik pengawas.
4.2 En. Azlan memaklumkan juga pengisian data demerit ke dalam sistem.
4.3 Cik Zalilah mengarahkan pengawas kantin waktu pagi mengarahkan pelajar masuk ke
dataran perhimpunan.
4.4 En. Hasree memberitahu Laluan pelajar waktu rehat mengikut jalan bawah bangunan
sekolah.
4.5 En. Azlan mencadangkan menggunakan semua guru disiplin untuk bertugas.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………. ………………………
(Mohd Hasree B Md Noor) (En. Roslan bin Yusoff)
Ketua Guru Pengawas Penolong Kanan Hem
SMKBL SMKBL