Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI

Tugasan ini banyak memberi kebaikan kepada saya sepanjang menyiapkannya. Antara
kebaikan yang dapat saya gambarkan melalui kekuatan ialah saya dapat meningkatkan
kemahiran saya dalam penggunaan media catan cat air. Saya telah memilih untuk
menghasilkan sebuah karya berbentuk 2D untuk tugasan ini. Sebelum memulakan tugasan ini,
saya membuat beberapa penyelidikan mengenai teknik-teknik penggunaan, penghasilan dan
cara mengawal berus menggunakan media cat air. Dengan itu, pelbagai kaedah yang dapat
saya ketahui untuk menghasilkan tugasan yang lebih baik.

Selain itu, tugasan ini dapat dilakukan dengan agak mudah kerana dibimbing oleh
pensyarah subjek ini sendiri yang berkelulusan PHD. tidak lain tidak bukan pensyarah yang
dimaksudkan ialah Dr. Mazlan Bin A Karim. Sudah pasti beliau mempunyai pengetahuan yang
tinggi di samping mempunyai pengalaman yang luas dalam subjek ini apatah lagi pengetahuan
dalam menghasilkan karya menggunakan media cat air. Beliau seorang yang berfikiran terbuka
dan bersikap tolak ansur terhadap anak didiknya memudahkan saya mendampinginya untuk
mempelajari ilmu daripadanya.

Dr. Mazlan juga sentiasa memberikan idea-idea yang dapat membantu saya dan rakan-
rakan dalam meghasilkan tugasan ini berdasarkan tiga prinsip iaitu, ketepatan, ketelitian dan
kreatiivti. Dengan itu, mudah bagi saya dan rakan untuk menyiapkan tugasan ini berdasarkan
kehendaknya. Selain itu, kan juga membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini kerana
mereka sentiasa memberi sokongan dan menyumbangkan idea untuk menghasikan tugasan
yang bermutu kerana menyiapkan tugasan berkumpulan adalah lebih baik berbanding
menyendiri.

Namun, disebalik kekuatan, terdapat kelemahan dalam menghasilkan dan menyiapkan


tugasan ini. kelemahannya dari sudut menghasilkan karya catan cat air berbentuk 2D, saya
masih berasa takut untuk menghasilkan karya tersebut kerana kekurangan keyakinan dalam diri
untuk menggunakan media catan cat air. Selain itu, saya masih belum mahir dalam
penggunaan media cat air untuk karya 2D. Dari segi menghasilkan tugasan seperti 18 garisan,
jalinan dan lain-lain, saya memikirkan bentuk dan cara yang berlainan untuk mempamerkan
tugasan tersebut yang berlainan dengan rakan sekelas saya membuatkan saya mengambil
masa yang agak lama.
Di samping itu, saya juga mendapat beberapa peluang semasa menjalankan tugasan ini
di mana saya dapat mengeratkan hubungan dengan pensyarah seni, pelajar seni semester
enam dan rakan sekelas saya sendiri. Saya menjadikan para pensyarah seni terutama Dr.
Mazlan untuk dibimbing dengan pengalaman luas mereka sepanjang menceburi bidang seni.
Saya juga jadikan pelajar seni semester enam sebagai tempat rujukan memandangkan mereka
sudah empat tahun belajar tentang seni di institut ini. saya dam rakan bertambah akrab kerana
kami sekelas sentiasa bertanyakan perkembangan tugasan ini dan sentiasa bertukar buah
fikiran.

Saya juga dapat belajar dan mengasah bakat dan kemahiran dalam menghasilkan catan
cat air dan dapat meningkatkan daya fikiran kreativiti untuk kearas yang tinggi. Saya tidak
menjadikan tugasan ini sebagai satu beban kerana semakin hari saya mulai suka untuk berfikir
secara kreatif dalam menghasikan tugasan yang menggalakkan pelajar berkreativiti.

Tetapi, terdapat halangan dalam menghasilkan tugasan ini untuk menepati tiga aspek
elemen iaitu ketepatan, kekemasan dan kreativiti. Halangannya ialah tugasan ini tidak dapat
dilakukan sepanjang masa kerana masa juga perlu diagihkan kepada tugasan-tugasan yang
diberikan oleh pensyarah-pensyarah lain juga. Ini menyebabkan saya mengalami kesuntukan
masa untuk menyiapkan tugasan ini apatah lagi tugsan ini memerlukan kreativiti dan inovasi
yang tinggi. Selain itu, kekurangan alat dan bahan untuk menghasilkan dan menyiapkan
tugasan ini. Saya mengalami kesempitan kewangan untuk menghasilkan tugasan yang kreatif
dan inovatif kerana masih belum menerima elaun. Ia menyekat kreativiti saya dalam
menghasilkan tugasan.
KEKUATAN

Berdasarkan aktiviti yang dijalankan dalam kumpulan tempoh hari, kami dapati beberapa aspek
yang menjadi kekuatan dalam kumpulan kami. Antara aspeknya ialah kerjasama. Semasa Dr.
Mazlam memberikan masa untuk membuat perbincangan dan pengumpulan maklumat,
sebahagian daripada ahli kumpulan terus mengakses internet, mencari sumber melalui nota
yang disalin semasa kuliah dan ada juga yang membuat perancangan untuk forum nanti. Sifat
kerjasama dalam kumpulan membuatkan kami ahli kumpulan dapat melakulkan tugasan ini
dengan baik dan efisien.

Selain itu, salah seorang daripada ahli kumpulan menyatakan hasrat secara sukarela
untuk mewakili kumpulan bagi forum yang akan diadakan selepas pengumpulan maklumat
diterima dengan baik permintaannya oleh ahli yang lain. Kami mengamalkan nilai bertolak ansur
dalam menerima pendapat dan pandangan ahli lain agar kumpulan yang dibina atas dasar
persetujuan dan kasih sayang berkekalan sehingga aktiviti selesai. Kami menerima
permintaannya dengan tangan terbuka kerana dia ingin membiasakan diri untuk berhujah
sewaktu pertandingan debat.

Di samping itu, jika diantara ahli kumpulan tidak beberapa jelas dalam pemahaman
mengenai kreativiti, kami sebagai ahli kumpulan memainkan peranan untuk memberi
penerangan kepadanya supaya dia dapat faham dengan jelas. Inilah kekuatan yang dapat kami
rasakan sepanjang aktiviti ini.
APRESIASI

Karya berupa dua ekor ayam, ayam serama dan ayan betina ini merupakan karya sulung saya,
yang pertama dibingkaikan dan yang pertama dipamerkan. Saya berasa sangat berbangga
kerana karya pertama ini dipamerkan di institusi pendidikan. Media yang digunakan adalah cat
air atas kertas A2. Karya ini dihasilkan pada tahun 2013. Berdasarkan karya berbentuk 2D ini,
saya menekankan elemen asas seni reka yang terdapat dalam unsur-unsur seni iaitu warna.
Saya menjadikan warna asas iaitu warna merah, biru dan kuning untuk menghiasi dan
mewarnai karya catan saya kerana saya ingin bermain dengan warna tersebut.

Kebanyakkan warna pada karya adalah warna asas kerana saya ingin melatih diri saya
untuk mengaplikasikan campuran warna asas untuk menghasilkan sebuah karya. Pada
bahagian gelap seperti baying, saya mengurangkan penggunaan warna hitan. Sebaliknya
digantikan dengan warna biru gelap untuk menampakkan baying-bayang tersebut. Warna putih
dibiarkan asli warna kertas kerana cat air sifatnya lut sinar.

Saya tidak hanya menggunakan warna asas sepenuh peratus untuk menghasilkan karya ini.
sebaliknya saya memasukkan warna-warna semula jadi seperti koko. Warna koko tidak
digunakan pada permukaan tanah sebaliknya untuk menggambarkan warna bulu ayam betina.
Warna koko tidak diaplikasikan untuk menggambarkan struktur tanah, sebaliknya, pada
permukaan tanah digunakan warna kekuningan dan jingga.

Anda mungkin juga menyukai