Anda di halaman 1dari 4

Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar – KERTAS KERJA

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT


36400 HUTAN MELINTANG, PERAK DARUL RIDZUAN
05-6418336

KERTAS KERJA
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN
PEMIMPIN PELAJAR SK SIMPANG EMPAT
2018

Unit B&K,, Mac 2018 0


Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar – KERTAS KERJA

KERTAS KERJA MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR

SK SIMPANG EMPAT, 2018

PENGENALAN

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar diadakan adalah untuk bertujuan memberi pengiktirafan
kepada semua pelajar yang terpilih untuk menjadi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas
Asrama, PRS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas. Selain itu juga majlis ini diadakan untuk memberi
motivasi yang membina kepada murid – murid lain agar mencontohi keperibadian pemimpin sekolah.

MATLAMAT

1. Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih


2. Memperkenalkan kepada murid – murid barisan Pemimpin Pelajar tahun 2018
3. Memberi contoh teladan kepada murid mengenai pelaksanaan majlis rasmi

OBJEKTIF

1. Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik.
2. Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang terpilih.

TEMA

“KEPIMPINAN BERWIBAWA PEMANGKIN GENERASI CEMERLANG”

WAKTU PERLAKSAAN

1. TARIKH : 5 Mac 2018


2. HARI : Isnin
3. MASA : 7.20 – 7.45 pagi
4. TEMPAT : Dataran Perhimpunan, SK Simpang Empat

SASARAN

Semua guru dan pelajar SK Simpang Empat

Unit B&K,, Mac 2018 0


Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar – KERTAS KERJA

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Puan Noriah Bt Arshad


(Guru Besar)

Timbalan : Puan Norizan Bt Ahmad (PK HEM)


Pengerusi

Naib Pengerusi : Encik Hassan Bin Omar (Penolong Kanan Pentadbiran)


Puan Fauziah Bt Nassir (PK Kokurikulum)

Setiausaha : Puan Diana Dalyla Bt Jamaluddin

Ahli Jawatankuasa : Protokol Puan Nur Sabariah Bt Marhom

Disiplin Guru Disiplin

Sijil Watikah Pelantikan Puan Siti Munirah Bt Zakaria

Siaraya En. Mohd Al Bazli Bin Abu Khair

Penyelaras: Pengawas: Tn.Hj Mahadi Kamil

PSS: Puan Siti Munirah Bt Zakaria

Asrama: Ustaz Mohd Zainun Anuar

Ketua/Pen.Kelas: Guru-guru Kelas

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS


1. Sijil (RM 1.00 X 104) RM 104.00
JUMLAH RM 104.00

Unit B&K,, Mac 2018 0


Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar – KERTAS KERJA

SUMBER KEWANGAN

1. PCG Bimbingan & Kaunseling

TENTATIF PROGRAM

BIL MASA AKTIVITI

1 7.20 pagi : Perhimpunan Pagi Seperti Biasa


- Laporan guru bertugas mingguan
- Lagu negaraku dan Lagu Sekolah
- Bacaan ikrar Rukunegara

2 7.30 pagi : Ucapan dan perasmian oleh Puan Guru Besar

3 7.35 pagi : Pergerakan masuk pemimpin-pemimpin pelajar

4 7.40 pagi : Penyerahan watikah pelantikan kepada ketua pemimpin pelajar

5 7.45 pagi : Bacaan ikrar Pemimpin Pelajar

6 7.50 pagi : Pergerakan Keluar/ Perhimpunan bersurai

PENUTUP

Diharapkan majlis ini dapat berlangsung dengan baik dan akan dapat meningkatkan tahap motivasi
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Asrama, PRS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas
untuk menjalankan tugas dengan baik dan penuh dedikasi.

DISEDIAKAN OLEH: DILULUSKAN OLEH:

_______________________ _________________________
(DIANA DALYLA BT JAMALUDDIN)
Guru Bimbingan & Kaunseling
SK Simpang Empat

Unit B&K,, Mac 2018 0