PENDAHULUAN
Program Transisi adalah program/perancangan khusus untuk murid-murid pra sekolah yang naik
ke tahun 1. Murid-murid ini akan menghadapi perubahan dan suasana pembelajaran dari tidak
formal ke pendidikan formal.
RASIONAL
Program Transisi ini dilaksanakan di sekolah untuk memastikan semua murid Tahun 1 yang
datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio-ekonomi yang berbeza akan dapat
memulakan proses pembelajaran di Tahun 1 pada tahap pencapaian yang hampir sama. Malahan
daripada program ini juga, format pengajaran dan pembelajaran pra sekolah dapat diteruskan
dengan menggunakan kaedah “belajar sambil bermain”.
MATLAMAT
Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan kawan-kawan
baru dalam masa yang singkat.
Dapat meningkatkan minat dan semangat murid-murid untuk datang ke sekolah tanpa
banyak masalah.
Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani.
SASARAN
Semua murid Tahun 1 SK Batu Empat (1), Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur bagi sesi 2019.
AKTIVITI
1. MAJLIS/TAKLIMAT OLEH PENTADBIR SEKOLAH KEPADA IBU BAPA
Borang Maklumat Diri murid-murid, Kad Gigi, Kad 001, Buku Adab Belajar,
Kad Kesihatan
SPBT, penyata gaji
Buku Disiplin
Pembelian baju sukan