Anda di halaman 1dari 7

Jenis dan Demografi Kelompok:

Kelompok = dua individu atau lebih yang berinteraksi saling bergantung dan saling bergabung
untuk mencapai sasaran tertentu.
Bersifat formal dan informal.
Formal= kelompok yang ditetapkan oleh struktur organisasi, dengan penugasan kerja yang
ditunjuk untuk menjalankan tugas-tugas lain dan diarahkan.

Klasifikasi Kelompok:
(a) Kelompok Tugas - bersama-sama menyelesaikan suatu tugasan/pekerjaan
(b) Kelompok Kepentingan - individu-individu yang bekerjasama untuk mencapai sasaran
khusus yang diperhatikan
(c) Kelompok Persahabatan - kelompok yang ditetapkan secara bersama-sama kerana memiliki
satu atau lebih sifat yang sama

Alasan orang untuk saling bergantung dan bergabung dalam kelompok;


(a) Keamanan
(b) Status
(c) Harga Diri
(d) Afiliasi= kelompok dapat memenuhi keperluan sosial
(e) Kekuatan
(f) Pencapaian Tujuan

Ciri Pengelompokan Masyarakat Melayu:


Banjar, Rawa, Minang, Jawa, Bugis dll.

Di Malaysia terdapat beberapa masalah dalam membentuk ras khususnya dalam masyarakat
majmuk.
Antaranya:

Perbezaan capaian
Jurang sosial
Pengekalan identiti
Ethnocentrisme
Monopoli
Budaya
Prasangka
Sterotaip

Konsep asas hubungan etnik:


Usaha memupuk perpaduan, terutama melalui sistem pendidikan.
Untuk faham secara mendalam, perlu kenali konsep-konsep asas hubungan etnik.
Tiga konsep penting:
masyarakat,
budaya,
perpaduan.
Konsep Masyarakat:
Merujuk kepada sekumpulan manusia yang berkongsi budaya yang sama, menduduki satu
kawasan khas dan merasai kewujudan mereka sebagai entiti yang bersatu padu dan berbeza
dengan yang lain.
Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu
(Kamus Dewan).
Masyarakat adalah kelompok manusia yang mempunyai hubungan sosial dalam sesuatu
penempatan yang sama.
Hubungan mungkin dari segi kekeluargaan, pekerjaan, tempat tinggal dan lain-lain.
Akan mewujudkan satu organisasi atau institusi tertentu yang dapat menyatukan lagi manusia
dalam kumpulan unit sosial.
Jadi masyarakat didefinasikan sebagai jaringan perhubungan pelbagai individu yang merujuk
kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial.

Perlu fahami konsep masyarakat sebab:


Untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan lain melainkan hidup bermasyarakat.
Memahami cara hidup bermasyarakat
Memahami budaya masyarakat sendiri & lain
Untuk memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan lain.
Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya masyarakat
Proses mewariskan budaya: generasi yang menurunkan budaya, dan generasi yang menerima
budaya.

Ciri-ciri utama masyarakat:


Berkelompok
Berbudaya
Mengalami perubahan
Berinteraksi
Mempunyai kepimpinan
Mempunyai aturan sosialnya.

Masyarakat Malaysia ≠ bangsa Malaysia


Masyarakat Malaysia ialah kelompok manusia yang hidup di Malaysia (konsep payung)
Bangsa Malaysia merujuk kepada bangsa idaman berteraskan hubungan kaum yang harmonis
(seperti dalam Wawasan 2020)

Ras:

Terdapat tiga jenis teori yang biasa digunakan untuk mengklasifikasikan manusia berdasarkan
perbezaan biologi iaitu:
Ras sebagai keturunan.
Ras sebagai jenis.
Ras sebagai subspesis
Pandangan ahli sosiologi, konsep ras lebih dilihat sebagai satu hasil konstruksi sosial (social
construction).
Ras merupakan sekumpulan manusia yang melihat diri mereka dan juga dilihat oleh orang lain
sebagai mempunyai keturunan yang membezakan mereka dari yang lain.

Ras:
Berdasarkan ciri kolektif seperti fizikal/biologi berdasarkan warna (kulit, mata, rambut, dsb.)

Rasisme:
Pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap
kelompok lain berdasarkan perbezaan fizikal.
Rasisme wujud pada dua tahap:
Tahap individu – kepercayaan individu
Tahap institusi – tersirat dalam struktur sosial

Etnik:
Istilah etnik (ethnic) atau ‘etniksiti’ (ethnicity) berasal daripada perkataan Yunani ‘ethnos’
(daripada perkataan ‘ethnikos’).
Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada orang bukan Yunani ataupun orang lain yang
berkongsi ciri biologi, kebudayaan dan cara hidup yang sama (Scupin, 2003).
Pada abad ke-19, dalam pelbagai bahasa Eropah, perkataan ini dilihat sama dengan istilah ras
yang mengasingkan kumpulan manusia berdasarkan perbezaan ciri fizikal seperti warna kulit,
rangka tubuh, bentuk kepala dan tekstur rambut.

Konsep Etnik:
Definisi- sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam (adat resam,
pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dll)
Ada kaitan dengan konsep-konsep ras dan bangsa
Konsep ras/bangsa – ciri fizikal/biologi
Etnosentrik – anggap etnik sendiri lebih baik
Konsep etnik membentuk konsep:
Etnisiti: rasa kekitaan kumpulan etnik
Etnosentrisme: melihat kelompok etnik lain menerusi kacamata etnik sendiri

Etnik pada masa kini mementingkan aspek :


Objektif - kebudayaan yang dapat dilihat dan simbol yang dikongsi bersama.
Subjektif - kepercayaan dalaman kumpulan, semangat kekitaan dan perpaduan komuniti.
Oleh itu identiti etnik merupakan identiti yang bersifat kebudayaan dan bukan bersifat biological
walaupun ramai yang melihatnya sebagai sesuatu yang tetap.
Ia merujuk kepada keahlian dalam sesuatu kumpulan kebudayaan yang didefinasikan mengikut
ras, sejarah, pengalaman, agama, bahasa yang dikongsi bersama.
Hubungan ras dan etnik dapat dikaitkan sebagai berikut:
Kerjasama
Persaingan - untuk mendapatkan sumber yang terhad
Konflik – Proses persaingan sehingga memusnahkan saingan

Minoriti:
Kumpulan sosial yang tertindas disebabkan ciri etnik, ras, biological dan sebagainya.
Kelompok manusia yang disebabkan ciri fizikal dan kebudayaannya yang diasingkan daripada
orang lain dalam masyarakat, menerima layanan yang tidak sama rata dan dilihat sebagai objek
untuk didiskriminasi secara kolektif (Louis Wirth).
Ciri kumpulan minoriti: Kinloch (1974)
Fizikal; ras, jantina dan umur.
Kebudayaan; agama dan etnisiti.
Ekonomi; kelas sosial.
Tingkah laku; devians

Konsep Rasisme:
Tahap individu - bahawa ada ras tertentu yang berstatus unggul (superior) dan ada yang berstatus
lebih rendah (inferior).
Tahap Institusi - melibatkan dasar dan dasar pelaksanaan bersifat diskriminasi yang akhirnya
mewujudkan ketidaksaksamaan pada manusia dari ras yang berlainan.

Prasangka:
Sikap atau tanggapan lazimnya bersifat negatif terhadap sesuatu kumpulan manusia atau ras yang
lain atau sikap yang dibentuk berdasarkan generalisasi yang tidak rasional tegar kerana
kumpulan tersebut mempunyai ciri atau kualiti tersebut.
Pandangan negatif mengenai ahli kumpulan etnik lain
Tidak diluahkan secara terbuka
Tidak berasaskan fakta yang jelas, tepat, dan mencukupi
Prejudis yang kuat sukar diubah walaupun dengan fakta yang kukuh.
Dari aspek ras dan etnik, prasangka terdiri daripada tiga kompenan berikut:
Kompenan kognitif
Kompenan afektif
Kompenan kelakuan.

Diskriminasi:
Satu proses apabila ahli sesuatu kumpulan atau kategori dalam masyarakat dinafikan hak untuk
mendapat layanan yang saksama dari segi undang-undang dan hak untuk menikmati manfaat
sosial yang lain.
Ia juga bermaksud layanan yang berlainan diberi kepada individu dan kumpulan disebabkan
faktor ras, agama dan jantina.
Pandangan, pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap
kelompok etnik yang lain
Membandingbeza berdasarkan ciri-ciri etnik
Manifestasi:
Mengelakkan diri daripada etnik yang diprasangka
Pembersihan etnik (ethnic cleansing).

Prasangka & Diskriminasi:


Kaitan antara diskriminasi dan prasangka
Prasangka boleh wujud tanpa diskriminasi.
Diskriminasi boleh wujud tanpa prasangka.
Diskriminasi boleh menjadi penyebab kepada prasangka.
Prasangka dan diskriminasi lazimnya saling menguatkan antara satu sama lain.

Konsep Streotaip:
Kenyataan umum yang tentang sesuatu kumpulan etnik
Gambaran berlebihan tentang sesuatu perlakuan baik dan buruk yang ditujukan kepada sesuatu
kumpulan etnik
Kesan: pandang rendah -> bataskan interaksi -> semangat perkauman

Proses Hubungan Etnik & Integrasi Sosial:


Penyatuan pelbagai kumpulan tanpa mengira keturunan sama ada majoriti atau minoriti dan
lenyapnya sifat prasangka dan kelakuan diskriminasi terhadap satu sama lain.
Proses menyatupadukan berbagai-bagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti
bersama dengan menghapuskan perbezaan dan identiti masing-masing.
IS penting untuk mencapai keharmonian, kesejahteraan dan kestabilan dalam masyarakat jika
wujud keselarasan dari segi norma dan nilai.
Menurut Ting (1997) Proses integrasi boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti:
Akulturasi – Berlaku penyerapan elemen budaya antara kaum
Asimilasi – Kaum minoriti menyerap budaya masyarakat perdana keseluruhannya termasuk
ekonomi, pendidikan dsb.
Amalgamasi – Hubungan melalui perkahwinan
Akomodasi – Pemisahan tetapi dlm keadaan aman & berkompromi
Segregasi – Pemisahan dr segi fizikal, sosial & budaya - Aparthied

Konsep Perpaduan & Intergrasi:


Perpaduan:
Satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama.
Integrasi:
Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah.
Unsur Integrasi:
Integrasi wilayah
Integrasi ekonomi
Integrasi kebudayaan
Integrasi sosial
Integrasi pendidikan
Integrasi politik

Konsep Segregasi: | A | B | C |
Pengasingan: sekolah, tempat tinggal, pengangkutan, kemudahan awam.
Contoh: Dasar Aparteid di Afrika Selatan (1948-1994)
Pemisahan antara etnik.
Dasar apateid.

Konsep Akomodasi: A + B + C = A + B + C
Pertahan budaya etnik sendiri, hormati kumpulan etnik lain.
Contoh;
Malaysia: Melayu, Cina, India, Ll
Switzerland: JIP
Sedar perbezaan budaya.
Hidup dengan harmoni.

Konsep Akulturasi: Abc + Bac + Cab


Satu proses penerimaan unsur budaya lain
Unsur dari budaya asing diterima dan diolah dalam budaya sendiri
Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal penerima
Contoh: talileher, angpau, makanan.
Minoriti menerima budaya majoriti,
tanpa ubah budaya asal.

Konsep Asimilasi: A + B + C = A
Satu proses percantuman antara etnik berlainan budaya
Contoh: Melayu di Thailand, Cina di Kelantan, Baba dan Nyonya di Melaka
Berlaku bila ada interaksi yang erat untuk tempoh yang lama.
Minoriti terima budaya dominan.

Konsep Amalgamasi: A + B + C = D
Terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.
Cara utama ialah melalui perkahwinan campur
Percampuran membentuk kelompok baru.
Membentuk generasi atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal.
Kesimpulan:
Berteraskan budaya penduduk asal, unsur budaya lain yang sesuai boleh diterima.
Mencerminkan sifat struktur sosial, keadaan sosial dan ikatan sosial masyarakat, darjah
pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik dan struktur masyarakat bersifat kolonial.
Mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara.
Mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial.
Menggambarkan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku masyarakat; isu prasangka
dan diskriminasi.

http://amaljaya.com/guru/2009/12/24/kepelbagaian-kelompok/

Anda mungkin juga menyukai