Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Yang Berusaha Puan Raja Ashariah bt Raja Jaaffar, Guru Besar SK


Sungai Tua Baharu,
Barisan guru penolong kanan,
En Abdullah Razi bin Bahari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Azlina bt Osman, Guru penolong kanan Hal Ehwal Murid
En. Nazrul bin Ahmad Zaidi Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Nora bt Mohamed Isa, Guru Penolong Kanan Petang

Yang diraikan pada hari ini, semua warga pendidik yang berdedikasi..
para guru SK Sungai Tua Baharu.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah


tahun 2020

SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG


SIRIH DARI PULAU MUTIARA
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

SARUNG KETUPAT BERISI INTI


DIBAWA BUDAK SAMBIL BERLARI
KEHADIRAN SEMUA SGT DIHARGAI
MOGA MAJLIS BERTAMBAH SERI

Seperti mana yang kita sedia maklum, pandemik Covid 19 telah


menggemparkan seluruh dunia. Penularan virus ini telah memberi
kesan kepada seluruh penduduk di bumi. Negara kita juga tidak
terkecuali. Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac
2020 juga merupakan satu catatan bersejarah yang pastinya tidak
akan kita lupa sampai bila. #staysafe #kitajagakita #dudukrumah
#dalgonacoffee #masakapatakjadiharini #takbalikraya akan kita
kenang sampai bila2. Dengan PKP ini jugalah, semua sekolah ditutup
dan menyebabkan aktiviti-aktiviti yang dirancang terpaksa
ditangguhkan, termasuklah sambutan Hari Guru.
Walaubagaimanapun, kita bersyukur kerana masih diberi
kesempatan dan ruang untuk menyambutnya pada hari ini walaupun
dalam suasana yang serba sederhana.

BUNGA MAWAR CANTIK TERSEMAT


DIPETIK GADIS DI TEPI TITI
DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT
MOGA MAJLIS DIBERKATI RAHMAT

Bagi memberkati majlis kita hari ini dijemput Ustaz Nasharudin bin
Fauzi untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.

Amin ya rabbal alamin, majlis merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada ustaz Nasharudin yang telah membacakan doa
sebentar tadi.

Hadirin, tema sambutan hari guru pada tahun ini “Berguru demi ilmu,
bina generasi baharu” sangat sesuai dengan situasi kita pada hari ini.
Dengan pembatalan UPSR, kini menjadi tanggungjawab kita untuk
membetulkan semula mind set pelajar2 kita terutamanya murid
tahun 6, bahawa mereka belajar bukan kerana UPSR, tetapi ilmu yang
diperoleh itu dapat dimanfaatkan sampai bila2.

Esok, murid2 tahun 5 dan 6 akan mula bersekolah. Saya pasti guru-
guru juga turut merasa debarannya untuk memastikan murid-murid
patuh dengan norma-norma baharu. Itulah cabaran kita sebagai
warga pendidik.
Sebagai pembuka tirai acara ucapan, marilah sama-sama kita
mendengar ucapan daripada Tuan Guru Besar, Puan Raja Ashariah bt
Raja Jaaffar, majlis Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih kepada Tuan GB atas ucapan itu tadi.

Kini, marilah sama-sama kita mendengar ucapan daripada Pengerusi


Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan BKGK SK Sungai Tua Baharu,
Puan Suliati bt Yusof. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Pihak Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Hadirin, majlis kini diteruskan lagi dengan persembahan multimedia.


Sama-sama kita saksikan.
Untuk makluman, persembahan multimedia itu tadi telah disediakan
oleh Cikgu Abdul Malick. Terima kasih diucapkan.

Warga dewan sekalian, acara seterusnya ialah nyanyian lagu


keramat, Kami Guru Malaysia. Untuk itu, semua guru diminta untuk
berdiri dan sama-sama kita nyanyikan lagu keramat ini dengan penuh
semangat.

Hadirin, pihak sekolah ingin mengambil kesempatan dalam majlis


ini untuk menyampaikan sijil pencapaian kepada penerima APC untuk
tahun 2019. Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput,
majlis menjemput .........................................................................
mengiringi Tuan Guru Besar, Pn Raja Ashariah bt Raja Jaaffar untuk
tampil ke pentas bagi menyampaikan sijil.

Dipersilakan, penerima APC yang pertama

Ustz Muhammad bin mat Jusoff


Puan Dzuraini bt Lamsin
Puan Jayalakshmi a/p Kalimuthu
En Wan Ahmad Fadil bin Wan Ali
En Azman bin Amran
En Najib Asri bin Nordin
Dan Pn Raihana bt Salehan – yang telah berpindah ke SK Sungai Pusu

Tahniah dan syabas kepada semua penerima APC untuk tahun 2019.

Dengan penyampaian sijil itu tadi, majlis kita sudah sampai ke


penghujung rancangan. Pada kesempatan ini, kami selaku pengacara
majlis ingin memohon maaf andai tersilap kata tersalah bahasa
sepanjang kami mengacarakan majlis pada hari ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bertemu kembali

Sekian sahaja salam hormat wabillah hi taufik walhidayah


assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai