Anda di halaman 1dari 8

RIWAYAT HIDUP IBN KHALDUN:

Nama beliau ialah Wali al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-
Hasan ibn Khaldun, dilahirkan di Tunis tahun 1332, dan meninggal dunia di Kahirah, tahun 1406.
Kawasan Khalduniyah di Tunis masih ada sekarang hampir-hampir tidak berubah, dengan rumah
yang dipercayai tempat kelahirannya.

Sebagaimana yang beliau sebutkan sendiri dalam riwayat hidupnya (at-Ta’rif bi’bni Khaldun)
keluarganya berasal dari keturunan Khaldun yang berketurunan Arab Selatan, yang datang ke
Sepanyol dalam tahun-tahun awal masa pembukaan Sepanyol oleh tentera Arab Muslimin;
kemudian mereka menetap di Carmona, kemudian berpindah ke Seville dan memainkan peranan
penting dalam perang-perang saudara di abad ke 9 itu, dan mereka dianggap termasuk ke dalam
satu daripada tiga keluarga yang terpenting dalam kota itu.

Dalam abad-abad berikutnya keluarga Ibn Khaldun itu secara berturutan memegang jawatan-
jawatan pentadbiran dan politik yang tinggi di bawah pemerintahan kerajaan Umayyah, al-
Murabitun dan al-Muwahhidun; ahli-ahli lain keluarga itu berkhidmat dalam tentera dan beberapa
orang dari mereka terkorban dalam peperangan az-Zallaqah (1086) yang buat sementara waktu
menghentikan pengambilan kembali Sepanyol oleh tentera Kristian. Bagaimanapun selepas
kejatuhan Seville, keluarga Ibn Khaldun itu berpindah ke Tunis, di mana Ibn Khaldun dilahirkan,
dan juga di mana beliau mendapat pendidikan awalnya. Di sana juga, semasa dalam umur belasan
tahun beliau masuk dalam perkhidmatan Sultan Mesir iaitu Sultan Barquq; bagaimanapun
minatnya kepada ilmu dan pendidikan menyebabkan beliau meninggalkan perkhidmatan itu dan
berpindah ke Fez; di sini timbul lama suasana tidak tenang dari segi politiknya yang ditandai
dengan persaingan dari segi politik yang memberi kesan atas kerjayanya.

Masa yang tidak aman ini termasuk ke dalamnya masa tiga tahun yang di dalamnya beliau
berlindung di kampung kecil Qalat ibn Salamah di Algeria, di situlah beliau berpeluang untuk
mengarang kitab al-Muqaddimahnya yang terkenal itu, yang berupa jilid pertama dari kitab
sejarah dunia yang menjadikan beliau mendapat nama yang kekal abadi antara para ahli sejarah,
sosiologi dan falsafah. Keadaan tidak menentu dalam kerjayanya masih berterusan, dengan negeri
Mesir menjadi tempat ia menetap dalam 24 tahun terakhir dalam umurnya.
Di sini beliau hidup dalam keadaan mendapat kemasyhuran dan penghormatan sehingga beliau
dilantik sebagai Ketua Hakim dalam mazhab Maliki dan juga guru yang memberi kuliah di
Universiti al-Azhar yang masyhur itu; tetapi dikatakan kedengkian menyebabkan beliau dipecat
dari jawatannya sebanyak lima kali.

Dalam hidupnya Ibn Khaldun tepaksa berpindah dari suatu istana kepada sebuah istana yang lain,
kadang dengan hasratnya sendiri, kadang-kadang terpaksa melakukan demikian kerana rancangan
seteru-seterunya atau raja-raja yang berkuasa penuh. Beliau mendapat banyak pengajaran
daripada hubungannya dengan para pemerintah, duta-duta, ahli-ahli politik dan para ulama dan
sarjana di Afrika Utara, Sepanyol di bawah kerajaan Islamnya, Mesir, dan lain-lain wilayah
Islam.

AL MUQADIMAH

Kitabnya yang terkenal sekali ialah al-Muqaddimah (Pendahuluan) yang merupakan kitab
terbesarnya ("masterpiece"nya) dalam persuratan tentang sejarah, falsafah dan sosiologi,
termasuk pendidikan. Tema utama dari kitab yang "monumental" ini ialah untuk mengecamkan
fakta-fakta psikologi, ekonomi, alam sekitar, dan kemasyarakatan yang memainkan peranan
dalam proses memajukan dan mengkedepankan peradaban manusia dan perjalanan sejarahnya.
Beliau membuat analisis tentang dinamika hubungan kumpulan-kumpulan dan menunjukkan
bagaimana kesetiakawanan, atau perpaduan sosial (al’-asabiyyah) melahirkan satu tamadun baru
dan juga kekuasaan siasah. Ia mengecamkan adanya ulangan yang berlaku hampir-hampir sebagai
rentak yang sama dengan berulang-ulang dalam proses nai turun dan jatuhnya peradaban manusia
dan beliau membuat analisis tentang faktor-faktor yang membawa ke arah yang demikian.(2).

Pandangan-pandangan beliau yang revolusionari dan asli itum menarik perhatian ulama dan
sarjana Islam, dan juga para pemikir Barat. Dalam pemerhatiannya tentang pengajian sejarah
beliau berupa sarjana pertama, pengasas, dalam meletakkan laporan-laporan sejarah di bawah dua
ujian iaitu ujian kemanasabahan pada akal dan ujian undang-undang sosial dan fisikal yang
diperhatikan.Beliau menunjukkan ada empat perkara dalam penelitian dan analisis laporan
sejarah:(3)
1. menghubungkan peristiwa-peristiwa satu dengan yang lainnya melalui kaedah sebab dan
musabab;
2. mengambil kiasan antara yang telah lalu dengan apa yang berlaku masa hadhir;
3. mengambil kira kesan dari alam sekitar dalam apa yang berlaku;
4. mengambil kira kesan daripada keadaan-keadaan perekonomian dan perkara-perkara yang
diwarisi.

Ibn Khaldun memulakan pengajian sejarah secara kritikal. Beliau memberi pengajian dan
penelitian secara analisis ke atas peradaban manusia, permulaannya, faktor-faktor yang membawa
kepada pembangunannya, dan juga faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhannya. Dengan
itu nampaknya beliau mula mengasaskan satu ilmu baharu, iaitu ilmu berkenaan dengan
pembangunan sosial atau sosiologi sebagaimana yang dipanggil sekarang ini.Beliau menulis
demikian: "Saya telah menulis dalam bidang sejarah sebuah buku yang di dalamnya saya
bincangkan sebab-sebab dan kesan-kesan pembangunan dan perkembangan negara-negara dan
peradaban-peradaban, dan saya ikuti satu cara yang bukan biasa dilakukan orang bagi menyusun
bahan-bahan kitab itu, dan saya ikuti jalan yang bukan biasa dilakukan dan yang baharu dalam
menulisnya”. Dengan memilih kaedah atau cara istimewa dan baharu dalam analisis , ia mencipta
dua ilmu baharu iaitu Historiologi atau analisis dan kajian sejarah sebagai ilmu khusus dan juga
sosiologi sekaligus.

Beliau berhujah menyuatakan bahawa sejarah adalah tertakluk kepada undang-undang sarwajagat
dan ia menyatakan kriteria untuk kebenaran sejarah.

"Kaedah untuk membezakan antara apa yang benar dan apa yang palsu dalam sejarah ialah
berdasarkan kepada kemungkinannya berlaku atau mustahilnya berlaku. Ertinya ialah: kita mesti
memeriksa masyarakat manusia dan bezakan antara ciri-ciri yang bersifat asasi yang penting dan
yang tidak boleh terpisah daripadanya dalam tabiat kejadiannya dan apa yang bersifat mendatang,
dan yang tidak perlu diambil kira, dengan mengenali secara lebih jauh lagi apa yang tidak
mungkin menjadi milik baginya.Kalau kita lakukan ini, maka kita ada peraturan untuk
membezakan kebenaran sejarah daripada kesilapan dengan cara kaedah pendalilan (‘kaedah
demonstratif’) yang tidak ada syak lagi padanya.Ianya dasar yang murni yang dengannya ahli
sejarah boleh mengesahkan apa-apa yang mereka laporkan." (4).
Oleh kerana beliau memberi penekanan kepada akal fikiran dan keperluannya dalam menghakiki
sejarah dan peristiwa-peristiwa kemasyarakatan, setengah sarjana mendakwa beliau cuba
menolak pengetahuan agama yang biasa dan konvensyenal dan menggantikannya akal fikiran dan
falsafah rasional. Ini tidak berasas samasekali.Boleh diperhatikan bahawa setengah alirah erfikir
mengajar perkara-perkara yang tidak rasional tetapi ini bukan sifat Islam yang selalu memberi
penekanan kepada pemerhatian dan pencerapan serta pemikiran, dan iana memberi peringatan
kepada mereka yang tidak membawa iman kerana tidakmenggunakan akal fikiran dan renungan.

Dalam Surah al-Baqarah: ayat 164 terdapat ayat yang bermaksud:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dalam pergantian siang dan malam, dan
berlayarnya kapal-kapal melalui lautan untuk faedah umat manusia, dan hujan yang Tuhan
turunkan dari langit, dan kehidupan yang diadakanNya melaluinya kepada bumi yang mati, dan
haiwan-haiwan semua jenisnya yang ada di serata bumi, dan perubahan angin dan awan yang
mengekori yang ditundukkan antara langit dan bumi - (di dalam ini semuanya) sesungguhnya ada
tanda-tanda bagi orang-orang yang bijaksana dan berfikir”.

Dan dalam (2.170), ada ayat yang bermaksud:” Bila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang
Allah telah wahyukan". Mereka berkata: 'Tidak: kami akan ikuti jalan-jalan datuk nenek kami".
Apa? walaupun datuk nenek mereka tidak mempunyai mempunyai ilmu kebijaksanaan atau akal
serta bimbingan?

Tentang kaedah penyelidikan beliau memberi penekanan tentang perlunya perkara-perkara


kemasyarakatan dan peristiwa sejarah diberi analisis secara saintifik dan objektif. Beliau
menyatakan bahawa semua yang berlaku dalam sejarah dan mesyarakat itu bukannya hasil
daripada perkara-perkara yang berlaku secara berkebetulan, tetrapi semuanya dikawal oleh
undang-undangnya yang tersendiri, undang-undang yang boleh dicari dan didapati dan kemudian
boleh diaplikasikan dalam penyelidikan tentang masyarakat, tamadun dan sejarah.Beliau
menyatakan bahawa para ahli sejarah membuat kesilapan dalam penyelidikan mereka tentang
peristiwa sejarah kerana tiga faktor.

1. kejahilan mereka tentang hakikat dan keadaan peradaban dan umat manusia;
2. sikap prejudis atau prasangka mereka;
3. sikap mereka bertaklid mengikut laporan-laporan yang diberi olehorang lain tanpa usul periksa.
Ibn Khaldun menunjukkan bahawa kemajuan yang sebenarnya serta pembangunan datang melalui
kefahaman yang tepat tentang sejarah dan kefahaman yang tepat dan benar itu boleh dicapai
melalui pemerhatian terhadap tiga perkara penting.

1. Seseorang ahli sejarah itu hendaklah jangan ada prasangka dengan apa cara sekalipun samaada
pro atau kontra terhadap sesuatu perkara samaada manusia atau idea.
2. Seseorang itu hendaklah mengesahkan dan memeriksa laporan-laporan yang didapati. Ia
hendaklah mempelajari apa yang boleh dipelajari seboleh-bolehnya berkenaan dengan ahli-ahli
sejarah dan laporan-laporan yang didengari dan dibaca, dan seseorang itu hendaklah memeriksa
akhlak mereka yang berkenaan serta adakah mereka itu beramanah dalam ilmu sebelum diterima
laporan-laporan mereka.
3. Seseorang itu hendaklah jangan membataskan sejarah kepada penelitian tentanhg sejarah
politik dan ketenteraan sahaja ataupun berita-berita berkenaan dengan para pemerintah dan
negara-negara sahaja.Ini kerana sejarah bukan sahaja terdiri daripada yang demikian sahaja
bahkan terdiri daripada penelitian terhadap suasana-suasana kemasyarakatan, keagamaan dan
perekonomian.

Al-Muqaddimah itu dikenali sebagai kitab yang penting semenjak dari masa hayat pengarangnya
sendiri lagi.Jilid-jilid kitabnya yang lain itu berbicara berkenaan dengan sejarah dunia - Kitab
al-‘Ibar - membicarakan sejarah bangsa Arab, sejarah para penguasa semasa, penguasa-penguasa
Eropah sezaman dengannya, sejarah Arab zaman purba, Yahudi, Yunani, Rom, Parsi purba, dan
sejarah islam, dan sejarah Mesir dan sejarah Afrika Utara, terutamanya sejarah bangsa Barbar dan
kabilah-kabilah yang berdekatan. Jilid terakhir al-Tasrif, sebahagian terbayaknya membicarakan
hal kehidupan beliau sendiri. Sebagaimana halnya dengan kitab-kitabnya yang lain, ianya ditulis
dari segi perspektif analitikal dan memulakan cara baharu dalam menulis seni biografi. Kitab
yang ditulisnya tentang ilmu hisab tidak didapati.

Ringkasnya, pengaruh Ibn Khaldun dalam sejarah, falsafah sejarah, sosiologi, sains politik, dan
pendidikan -pendeknya jasanya dalam epistemologi Sunni - kekal dan mendominasi sampai ke
zaman kita ini. Beliau juga diakui sebagai pemimpin dalam menulis biografi dan pembaharu
dalam pendidikan dan psikologi pendidikan serta penulisan persuratan yang indah dan tinggi
kualitinya dalam Bahasa. Buku-bukunya telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa Barat dan
Timur, dan menimbulkan pengaruh dalam perkembangan ilmu-ilmu. Al-Muqaddimahnya ada
terjemahannya dalam Bahasa Melayu (terbitan DBP) dan Bahasa Indonesia selain daripada
terjemahan Inggerisnya yang terkenal oleh Franz Rosenthal dalam tiga jilid itu.

IBNU KHALDUN: BAPA ILMU SEJARAH & SOSIOLOGI

Ibn Khaldun atau nibn-khaldoun-elkhabarama sebenar beliau ialah Abu Zayd Abd al-Rahman Ibn
Muhammad Ibn Khaldun Wali al-Din al-Tunisi al-Hadrami al-Ishbili al-Maliki, lahir di Tunis
pada tahun 732H/1332M dan meninggal dunia di Kaherah pada tahun 808H/1406M. Nama
sebenar beliau ialah ‘Abd Rahman. Beliau turut mempunyai nama gelaran iaitu Wali al-Din.
Akan tetapi, beliau lebih masyhur dengan panggilan Ibn Khaldun.

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam terulung dalam bidang sains sosial dan
ketamadunan. Karya beliau yang bertajuk Muqaddimah merupakan sebuah karya monumental
yang banyak dirujuk dan dikaji. Keseluruhan isi kandungan Muqaddimah disulami dengan
pengamatan dan huraian yang cukup teliti tentang manusia dan masyarakat serta sistem sosial
dalam kehidupan. Konsep peradaban yang dikemukakan oleh beliau mencakupi segala aspek
berkaitan unsur spiritual dan fitrah manusia serta aspek fizikal dan juga biologikalnya.

Cendekiawan Barat mengiktiraf Ibnu Khaldun sebagai bapa ilmu sejarah, sosiologi dan ekonomi.
Ilmu yang beliau utarakan 500 tahun lebih awal berbanding tokoh-tokoh bidang yang sama di
Eropah seperti Aguste Comte, Adam Smith dan David Ricardo.

Ibnu Khaldun dikenali juga sebagai bapa ekonomi Islam kerana pemikirannya tentang teori
ekonomi yang logik dan realistik. Teori yang dikemukakannya jauh lebih dahulu daripada teori-
teori ekonomi yang dikemukakan oleh Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-
1823).

Tulisan dan pemikiran Ibnu Khaldun terhasil daripada ilmunya yang sangat tinggi dan
pengamatan yang mendalam. Sumbangan Ibnu Khaldun dalam bidang keilmuan ini melayakkan
beliau diiktiraf sebagai seorang pakar sejarah terulung, juga sebagai seorang pakar dalam bidang
falsafah, sains sosial moden dan ekonomi.
Karya tersohor yang dihasilkan oleh Ibnu Khaldun berjudul ’Muqaddimah’ menghuraikan
beberapa aspek dalam kehidupan bermasyarakat, proses pembentukan negara, faktor kemajuan
dan kemunduran sesebuah peradaban manusia, di samping menerangkan juga tentang perkara-
perkara yang berkaitan dengan bidang perniagaan, perindustrian dan pertanian.

Sehingga kini karya beliau masih relevan dan menjadi rujukan penting khususnya dalam bidang
kajian sosial, politik, falsafah dan sejarah. Karya beliau yang menakjubkan ini membolehkan
beliau digelar sebagai Prolegomena atau pengenalan kepada pelbagai displin ilmu serta
perkembangan kehidupan manusia dalam kalangan cendekiawan Barat.

Asabiyyah

The concept of "'asabiyyah" (Arabic: 'tribalism', 'clanism', 'communitarism' or in a modern


context 'nationalism') is one of the most well-known aspects of the Muqaddimah. Ibn Khaldun
uses the term Asabiyyah to describe the bond of cohesion among humans in a group forming
community. The bond, Asabiyyah, exists at any level of civilization, from nomadic society to
states and empires.[12] Asabiyyah is most strong in the nomadic phase, and decreases as
civilization advances.[12] As this Asabiyyah declines, another more compelling Asabiyyah may
take its place; thus, civilizations rise and fall, and history describes these cycles of Asabiyyah as
they play out.[12]

Ibn Khaldun argues that each dynasty has within itself the seeds of its own downfall. He explains
that ruling houses tend to emerge on the peripheries of great empires and use the unity presented
by those areas to their advantage in order to bring about a change in leadership. As the new rulers
establish themselves at the center of their empire, they become increasingly lax and more
concerned with maintaining their lifestyles. Thus, a new dynasty can emerge at the periphery of
their control and effect a change in leadership, beginning the cycle anew.

Ibn Khaldun's model is an instinctive one, not requiring a conceptual social contract present in
classical republicanism.
Conflict theory

Ibn Khaldun conceived both a central social conflict ("town" versus "desert") as well as a theory
(using the concept of a "generation") of the necessary loss of power of city conquerors coming
from the desert.

Similarities to modern sociology

The sociology of the Muqaddimah is more similar to the theories developed by Hegel or Marx in
emphasizing dialectic or feedback loops, or systems theory as applied to fields such as corporate
social responsibility, than to the theories of Durkheim and others who emphasized structures.
There is a remarkable similarity between modern economic ideas and some ideas developed by
Ibn Khaldun.

Anda mungkin juga menyukai