Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN SAMBUTAN BULAN

KEMERDEKAAN

Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum w.b.t...

Yang saya hormati Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, Pn Hjh


Norlaili bt Idris, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Hjh Sumarni bt
Osman, Penolong Kanan Ko-kurikulum Pn Nur Munirah Teoh bt
Abdullah, guru-guru kanan, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi
sekalian.Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana telah mengizinkan kita
bersama-sama dalam majlis pelancaran bulan kemerdekaan ke-61
peringkat sekolah.

Sayangi Malaysiaku,begitulah tema hari kebangsaan kita pada tahun ini


yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Sambutan pada tahun ini
menjadi sejarah baru di bawah pentadbiran Malaysia Baru.

Bertepatan dengan tema tersebut, ia bagi memberi semangat kepada


rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sama-sama
menzahirkan rasa cinta kepada negara yang tercinta, menerapkan
amalan hormat menghormati sekaligus dapat mencapai kesejahteraan
dan kemakmuran negara.

“Sayangi Malaysiaku” menekankan kepentingan perpaduan dan


semangat cintakan negara bagi memastikan kesejahteraan dan
kemakmuran negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama, bangsa
dan fahaman.

Saya percaya pemilihan tema ini adalah sangat tepat dan saya amat
bersetuju kerana bagi saya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
ini sangat unik berbanding negara luar. Sebagai warganegara, kita
seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada rakyat negara
yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecapi kehidupan
dalam suasana yang harmonis, aman serta sejahtera. Dengan nikmat
kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup lebih selesa, harmoni dan
makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus
perpaduan kaum diterapkan. Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat
berharga dan tidak ternilai harganya.Oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk
dan dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaan Malaysia dapat
dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa serta maruah
menjadi taruhan.Apabila kita mengibarkan Jalur Gemilang, secara tidak
langsung dapat memupuk perpaduan dalam kalangan kita semua tanpa
mengira latar belakang agama yang kita anuti,warna kulit yang menyalut
tubuh badan kita, pangkat atau darjat. Bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh. Kata-kata azimat tersebut sudah cukup menggambarkan betapa
kita perlu bersatu hati.Sejarah telah membuktikan betapa keagungan
sesuatu empayar itu bukan hanya terletak kepada kepimpinan yang
bijak bestari semata-mata tetapi semangat jati diri dan permuafakatan
rakyat.

Sebagai generasi muda, para pelajar juga perlu insaf bahawa dalam
ledakan era globalisasi ini, mereka perlu mempunyai ketahanan mental
bagi menghadapi cabaran yangmembabitkan penjajahan minda oleh
pengaruh asing. Semua pelajar perlu melengkapkan diri dengan
semangat patriotisme yang tinggi agar menjadi lebih kompetitif dan
dinamik.

Guru-guru dan para pelajar sekalian.

Marilah kita sama-sama menyambut bulan kemerdekaan dengan rasa


bersyukur dan mengikuti program-program yang diatur .Sebelum saya
mengakhiri ucapan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program bulan
kemerdekaan ke-61 ini.Sehubungan dengan itu, saya dengan
sukacitanya merasmikan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan
SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur bagi tahun 2018.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai