Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN GANTIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

SOALAN SATU
Raja Putra bekerja di Bank Galak Untung Berhad (BGUB) yang terletak di Bandaraya
Georgetown. Suatu hari, Raja Putra terlambat untuk menghadiri mesyuarat penting di BGUB.
Raja Putra yang ingin bergegas ke BGUB, hanya meletak keretanya di suatu kawasan yang
tidak dibenarkan untuk parkir. Raja Putra telah disaman RM300.00 oleh Dewan Bandaraya
Georgetown atas kesalahan lalulintas. Jumlah tersebut melebihi jumlah yang dibenarkan oleh
Ordinan Trafik 1958. Raja Putra tidak berpuas hati atas saman tersebut dan ingin mengambil
tindakan undang-undang terhadap Dewan Bandaraya Georgetown.

Nasihatkan Raja Putra berdasarkan prinsip Undang-Undang Pentadbiran. Sokong jawapan anda
dengan SATU (1) kes yang diputuskan dan SATU (1) prinsip undang-undang.

(10 markah)

SOALAN DUA

“Jika seseorang ada kuasa untuk buat undang-undang, jalankan undang-undang dan
mengecualikan dirinya dari undang-undang itu sendiri, maka orang itu akan gunakan kuasa
tersebut untuk kepentingan diri sendiri.”- John Locke

Berdasarkan kenyataan tersebut, huraikan doktrin pengasingan kuasa yang diperkenalkan oleh
John Locke dan dipekembangkan oleh Montesquieu berdasarkan situasi di Malaysia. Sokong
jawapan anda dengan ilustrasi-ilustrasi yang relevan.

(10 markah)

Anda mungkin juga menyukai